KHAIDZIR HJ. ISMAIL, KHAIRIL ANWAR & HANINA H. HAMSAN PENGENALAN
|
|
- Abner Paul
- 6 years ago
- Views:
Transcription
1 Malaysian Journal of Youth Studies ABSTRAK Analisis Kecenderungan Penyalahgunaan Bahan dan Peranan Faktor Keagamaan: Kajian Kes Terhadap Belia di Sebuah IPTA KHAIDZIR HJ. ISMAIL, KHAIRIL ANWAR & HANINA H. HAMSAN Kajian ini bertujuan mengenalpasti kecenderungan penyalahgunaan bahan dalam kalangan pelajar tahun pertama di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Responden terdiri daripada 1000 orang pelajar berumur antara 18 hingga 23 tahun. Tahap kecenderungan penyalahgunaan bahan telah diukur menggunakan alat pengukuran psikologi SASSI-2 (Substance Abuse Subtle Screening) yang terdiri daripada lapan subskala, iaitu: Family friends risk, Attitude, symptom, obvious attributes, subtle attributes, defensiveness, supplemental addiction measure dan correctional. Menerusi hasil psikometrik Skala SASSI-2,terdapat seramai 21 orang pelajar terbabit dalam penyalahgunaan bahan (SAD) dan sembilan orang pelajar telah dikenalpasti berada pada tahap kebergantungan dengan bahan (SDD). Selain itu, seramai 793 pelajar dikenalpasti memiliki potensi untuk terlibat dengan penyalahgunaan bahan (tahap kebarangkalian yang rendah untuk SAD) dan seramai 177 pelajar bebas dari keterlibatan ini. Dalam mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kecenderungan penyalahgunaan bahan dalam kalangan responden, analisis regresi menunjukkan sumbangan faktor keagamaan terhadap kesemua subskala pengukuran SASSI-2. Dapatan kajian ini mencadangkan program prevensi terapi spiritual mental-kognitif dan psiko-sosial terhadap subjek yang berpotensi untuk terlibat dengan penyalahgunaan bahan serta program intervensi terapi mentalkognitif dan psiko-sosial yang disertakan dengan terapi klinikal bio-fizikal dan bio-psikologikal bagi subjek yang berada pada tahap SAD dan SDD. Kata kunci: pengukuran psikometrik, belia, penyalahgunaan bahan, keagamaan PENGENALAN Isu belia dan gejala sosial bukanlah suatu permasalahan baru dalam masyarakat. Bahkan, isu ini juga merupakan isu global yang sentiasa dibincang dan dibahas oleh para pemimpin dunia dalam mencari formula menanganinya. Salah satu masalah sosial dalam kalangan belia yang agak meruncing adalah penyalahgunaan dadah. Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah. Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menangani masalah ini yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untuk membasminya. Sehubungan dengan itu, kita juga sedia maklum dengan kesan buruk akibat dari pengambilan dadah ini iaitu satu penyakit 'kronik' yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficency Virus) dan AIDS (Aquired Immune Deficency Syndrome). Di Malaysia, penyalahgunaan dadah bukan satu persoalan baru. Ia telah menjadi satu ancaman bukan sahaja kepada individu atau keluarga, malah turut menjadi satu masalah besar kepada negara (Syed Amin 1995; Mahmood 1999; Abdul Ghafar 1992; Ruslina 2004). Masalah dadah lebih ganas daripada putaran kemiskinan. Ia mengancam secara berantai bermula dari penyeludupan dan pengedaran, kemudian membawa kepada penyalahgunaan dan seterusnya penagihan dadah. Jika dilihat isu penyalahgunaan dadah yang melanda dunia khususnya negara barat pada hari ini sangat kritikal. Peningkatan kes penyalahgunaan dan penagihan dadah setiap tahun menuntut pelbagai usaha untuk memerangi gejala ini yang sememangnya berhadapan dengan dugaan dan cabaran yang begitu hebat. Apa yang lebih malang pada masa ini ialah fenomena keterlibatan pelajar pengajian tinggi sebagai penyumbang utama kepada penagihan dadah peringkat IPT sepanjang 2002 hingga Julai Penglibatan pelajar IPT ini adalah mencerminkan peranan dunia pendidikan dalam mencegah dan menangani masalah dadah ini sangat diperlukan. Salah satu yang terpenting adalah peningkatan tahap mental kognitif keagamaan di setiap bidang keilmuan, sebagai program asas yang harus diterapkan oleh seluruh IPT yang ada di negara ini (IPPBM, 2008; AADK, 2008).
2 Oleh Mohamad Basri Hamzah pada hari Rabu, Januari 19, Artikel - Pengenalan Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ). Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam). Penerangan Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya.begitu juga dengan mengambil minuman beralkohol bersama rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh masyarakat. Namun begitu, penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat umum. Penggunaan bahan (samada dadah atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna. Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan kesan yang merbahaya. Secara amnya kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga bunuh diri. Asas Saintifik Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak
3 dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnah sesuatu. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak. Faktor - Faktor Risiko Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah: Faktor biologi 1. Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan. Faktor psikososial 1. Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar. Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai. Faktor sosial
4 1. Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti televisyen, radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa apa yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum arak. 2. Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam dunia hiburan mampu menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa. Tekanan untuk menjalani kehidupan yang dikatakan 'berarus deras' ini sangat menggoda kepada kebanyakan masyarakat zaman ini. Tanda- Tanda dan Gejala Berikut merupakan ciri-ciri penyalahguna dadah dikesan: a) Gejala fizikal Berpeluh Meremang bulu roma Pening kepala Menggigil (tremor) b) Gejala psikologi Keresahan Insomnia - tidak dapat tidur Kerisauan
5 Gangguan emosi dan perasaan c) Gejala perlakuan Sentiasa ponteng kerja Penurunan prestasi kerja Digantung atau dibuang sekolah Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam Mencuri Di antara dadah-dadah yang sering disalahgunakan termasuklah kanabis (ganja), amfetamin, ekstasi dan heroin. Gejala-gejala yang biasa dipamerkan oleh penyalahguna dadah adalah: Gangguan koordinasi Mata merah Insomnia - tidak dapat tidur Hilang selera makan Penurunan berat badan Kemurungan
6 Cakap banyak Tidak dapat mengimbang diri Loya dan muntah Mengetap gigi dan rahang Peningkatan tenaga Kerap menggosok hidung Berpeluh berlebihan Mengantuk Menggunakan tandas terlalu lama Walau bagaimanapun, sesetengah dadah menghasilkan gejala yang khusus. Contohnya, mempamerkan simptom yang dikenali sebagai cocaine bug iaitu rasa sesuatu merayap di atas kulit. Ekstasi pula mempamerkan gejala yang ganjil iaitu rasa tersangat dahaga. Komplikasi Penggunaan dadah dan alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Alkohol terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung. Hati yang telah dirosakkan oleh alkohol kurang berupaya untuk membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul di dalam badan. Individu yang berada dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah, mengantuk, pengsan, bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Koma hepatik boleh membawa maut dan perlu dirawat dengan segera. Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun. Kuman yang berjangkit dari jarum yang tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak bernanah. Virus
7 hepatitis yang juga boleh merebak melalui perkongsian jarum, boleh menyebabkan kerosakan hati. Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara subkutanus (di bawah kulit) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat dan menjadikan salur venanya tersumbat. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum, ramai penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS. Penggunaan dadah yang berlebihan boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh menyebabkan gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut. Ujian - Ujian Penyalahgunaan dadah yang masih di peringkat awal jarang-jarang dapat dikesan melalui pemeriksaan fizikal. Penyiasatan yang biasa dijalankan termasuklah mengesan bahan yang disalahgunakan itu di dalam air kencing ataupun di dalam darah. Namun bagitu, ujian air kencing ini adalah tidak sensitif bagi mereka yang mengambil dadah secara bersela (tidak berterusan). Kes penyalahgunaan alkohol pula boleh dikesan pada nafas atau darah individu yang terlibat. Pengesanan pada rambut pula adalah berguna bagi mengesan dadah yang telah disalahgunakan untuk jangkamasa yang panjang. Pencegahan Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol. Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya yang dibawa oleh bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala penagihan muncul. Mengekalkan kewaspadaan terhadap tanda-tanda awal penagihan dadah atau pengalaman lampau yang boleh menjurus kepada penagihan adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat penagihan atau penagihan semula. Oleh
8 kerana penagihan adalah gangguan kronik yang boleh berulang, setiap individu masih memiliki risiko mengulangi semula tabiat buruk mereka ataupun membawa masalah baru dengan menggunakan bahan-bahan lain. Akhir sekali, pencegahan tertier melibatkan rawatan kesan perubatan dari dadah yang telah disalahgunakan dan membantu penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi mengatasi ketakupayaan mereka seterusnya. Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau perkembangan individu yang terlibat adalah amat penting. Sumber: Penyalahgunaan Dadah, yang diakses pada 20 Disember Read more:
KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI
KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA MASTER SAINS UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 2015 KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO,
More informationBAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF
1. Umum. - Graf digunakan untuk memperlihatkan maklumat atau menggambarkan data dengan tepat dan jelas. - Graf terdiri daripada beberapa jenis seperti:- 1. Graf bar berganda 2. Graf garisan berganda -
More informationhttp://www.konsumerkini.net.my/v1/images/stories/images/image_24092010_medical.jpg Pelancongan kesihatan dimaksudkan apabila seorang individu atau pesakit yang melancong ke negara lain untuk mendapatkan
More informationA SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI
A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI A project report submitted in fulfilment of the Requirements for the award of the degree of Master of Engineering (Industrial
More informationANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI
i ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the
More informationISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP
ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP Ku Basyirah Ku Yaacob 1, Mohd Suhaimi Mohamad, Norulhuda Sarnon ABSTRACT The issue of homelessness became popular when it was disseminated
More informationSIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM
SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM A project report submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationPEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]
NO. SOALAN: 72 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : LISAN DARIPADA TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ] TARIKH 27 MEI 2015 RUJUKAN 7906 SOALAN: Tuan William Leong Jee
More informationTHE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD
THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD Thesis Submitted in Fulfillment of the Requirement for the Degree of Master of Science
More informationASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED
ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationBengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis
Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis Pada 18hb November 2013 United Voice dijemput ke Bengkel Daya Sg. Petani untuk berbincang tentang Job Coach (dengan staf) dan untuk
More informationVALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE
VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE By MOHAMMAD EBRAHIM MARJANI Thesis Submitted to the School of Graduate Studies, Universiti Putra Malaysia, in Fulfilment of the Requirements for
More informationPEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA
PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA ABD TALIP BIN ABD RAHMAN A dissertation submitted in partial fulfilment of
More informationOBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.
OBJEKTIF MODUL Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data. Untuk memberi kefahaman dan kemahiran kepada peserta kursus dalam melaksanakan arahan
More information-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010
-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA First Semester Examination 2010/2011 Academic Session November 2010 ESA 343/2 Aircraft Aerodynamics Aerodinamik Pesawat Duration : 2 hours [Masa : 2 jam] INSTRUCTION TO CANDIDATES
More informationSUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI
PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS 1. Peraturan Teknikal 1.3 Undang - undang permainan 1.1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut World Bowls dan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) yang sedang berkuatkuasa
More informationAbstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai
25 Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak Mohamed Sha ban Mohd Rapiai mohamed_shaban_mohd_rapiai@moe.edu.sg Najiyyah Mohamed Said najiyyah_mohamed_said@moe.edu.sg Sekolah Rendah Greenwood Abstrak
More information9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia
Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 81310 UTM Skudai, Johor, Malaysia 1 Toolbox Meeting Accidents 2 2 Toolbox meeting Brief gatherings of crews or employees along with their supervisor
More informationLAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)
LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA) 1. PERATURAN PERTANDINGAN 1.1 UNDANG-UNDANG PERMAINAN 1.1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut World Bowls dan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) yang sedang berkuatkuasa
More informationDATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1
DATA INTEGRITI CAATs ASAS ACL / 1 OBJEKTIF MODUL Untuk membolehkan para peserta memahami pentingnya untuk membuat pengesahan data sebelum data dianalisis dengan lebih lanjut. Modul ini akan membincangkan
More informationWEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
31 Seminar Bahasa Melayu 2011 1 WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Zuraidah Saidin Sekolah Rendah Beacon ABSTRAK Walaupun pembelajaran kolaboratif dengan sokongan komputer (CSCL) merupakan
More informationTHE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH
THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationKatakunci : kecederaan atlet silat
Mengenalpasti Kecederaan Yang Dialami Oleh Atlet Silat Olahraga Semasa Kejohanan Silat Asha Hasnimy Binti Mohd Hashim& MAT AZMIN BIN BAKAR Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Silat
More informationSHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK
IN CONJUNCTION OF THE FIRST MALAYSIA'S GRANDPARENTS' DAY CELEBRATION SEMPENA SAMBUTAN HARI DATUK/NENEK MALAYSIA YANG PERTAMA SHORT ESSAY COMPETITION IMPORTANT: Before any submission made, please read all
More informationcounselling2u.uitm.edu.my
Page0 MANUAL PENGGUNA PELAJAR (Message, Temu Janji, Sesi Kaunseling, Kes Dirujuk) Page1 NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Pendaftaran Pengguna Baru 2 2. Log Masuk 10 3. My Profile 12 4. Message 15 5. Temu
More information15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
15/2017 UNIVERSITI TENAGA NASIONAL 10 OGOS 2017 Putrajaya Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Graduan (AIG) Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Graduan 2017 (AIG2017) telah diadakan di Hotel Everly,
More informationPenggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak
30 Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan Rohani Mafot rohani_mafot@moe.edu.sg Sekolah Rendah Pei Tong Abstrak Kerap kali murid mendapati sukar untuk mengembangkan isi karangan berdasarkan
More informationBENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA
BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA Laporan projek ini dikemukakan sebagai daripada memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah
More informationPersonaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *
Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a * Abstrak. Dimensi personaliti telah mendapat tempat dalam asas
More informationBuku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan
410 [ARTIKEL] [JULAI 2018] ULASAN BUKU Abdul Aziz Hussin (2017), Undangundang Pembinaan: Konsep, Skop dan Persekitaran Perundangan Am, hlm. 370, ISBN 978-983-46-1225-2. Azlinor Sufian sazlinor@iium.edu.my
More informationSistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia
Prosiding Komputeran UTM Inovasi di dalam Teknologi dan Aplikasi Komputeran Volume: I Year: 2016 ISBN: 978-967-0194-82-0 1 Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia MOHAMAD ZUL AZRAL
More informationASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.
PENGENALAN Kursus ini memberikan peluang kepada para peserta untuk memahami kepentingan perakaunan dalam pengurusan sesuatu organisasi. Peserta akan didedahkan dengan penyediaan penyata kewangan yang betul.
More informationPenggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan
20 Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan Hajjah Marzia Abdul Rahman Hajjah_marzia@moe.edu.sg Atikah Adilah Ahmad Affandi atikah_adilah_ahmad_affandi@moe.edu.sg Sekolah Rendah Fuchun Abstrak
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA MOHAMMAD RASOOL AHMAD RAJABI FK 2012 40 DETERMINATION
More informationProgram Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial
WEBINAR bersama IRFAN KHAIRI Creating A Website That Sells Membina Laman Web Yang Menjual 1 You will learn: How to sell online Types of websites How to build your website 2 3 OpenEdu.com.my 1 Siapa pelanggan
More informationKEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH
11 KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH ABSTRAK Hajjah Marzia Abdul Rahman hajjah_marzia@moe.edu.sg Rohaizah Juri rohaizah_juri@moe.edu.sg Sekolah
More informationPengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia
Jurnal Pembangunan Sosial (Edisi Khas) Policy & Profesional Development: 19 35 Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia (Knowledge and Skills of Mental Health Social Worker in Malaysia)
More informationPENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA
LJMS 2018, 12 Labuan e-journal of Muamalat and Society PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA Muhammad Safuan Yusoff 1, Nur Hidayah
More informationPERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR
PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR SYAFIAH ZAHRA MOHD ZAILANI SITI FADZILAH MAT NOOR Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Penyelamatan diri semasa berlakunya bencana banjir
More informationKAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH
i KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH Laporan ini di kemukakan sebagai Memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
More informationPATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT
PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationPEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM
SOALAN NO: 52 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN: LISAN DARIPADA: DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM TARIKH: 28 OKTOBER 2014 SOALAN: Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta
More informationBUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018
BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018 PERTANDINGAN PENYELIDIKAN & REKACIPTA (PEREKA) 2018 24 25 OKTOBER 2018 (RABU- KHAMIS) KOMPLEKS DEWAN KULIAH PUSAT KE-2, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1 1. JADUAL PROGRAM TARIKH
More informationKAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR
KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah
More informationVOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID
3 VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID A project report submitted in partial fulfilment of the requirements for the
More informationTERAPI MUZIK. Pengenalan
TERAPI MUZIK Pengenalan Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental
More informationBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PSZ 19: 16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ANALISA PENERIMAAN BOLA PERTAMA DALAM PERMAINAN SEPAK TAKRAW DI KALANGAN ATLET SEPAK TAKRAW NEGARA SESI PENGAJIAN:
More informationPenggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan
22 Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan Badrolhaizat Kamsin badrolhaizat_kamsin@moe.edu.sg Irvena Herlin Abdullah irvena_herlin@moe.edu.sg Sekolah Rendah Woodgrove Abstrak Murid-murid didapati
More information-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat
-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA First Semester Examination 2010/2011 Academic Session November 2010 ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat Duration : 3 hours [Masa : 3 jam] INSTRUCTION TO CANDIDATES
More informationECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA
ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA Thesis Submitted in Fulfillment of the Requirement for the Degree of Master of Science in the Institute
More informationDIMENSIKOOP. Fungsi SPAD
Dino Faizal Abdullah Maktab Koperasi Malaysia Zon Selatan Definisi pengangkutan awam menurut Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) ialah sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas, dan kereta api yang
More informationTheMind's Q'Bank - A non-profit community initiative by TheMind Association
900/2 STPM 2008 PENGAJIAN AM KERTAS 2 (ESEI) (Tiga jam) PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2008 ANJURAN BERSAMA PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
More informationMASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR
MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR CHAN CHING YENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT
More informationKos Perbelanjaan Perumahan dalam Kalangan Penduduk Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Sederhana di Pulau Pinang
Akademika 88(1), April 2018:167-179 https://doi.org/10.17576/akad-2018-8801-12 Kos Perbelanjaan Perumahan dalam Kalangan Penduduk Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Sederhana di Pulau Pinang Housing Consumption
More informationDEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION
DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION By RIZAL MAT JUSOH Thesis Submitted to the School of Graduate Studies,, in Fulfilment of the Requirement
More information32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)
32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT) 13 14 OCTOBER 2018 STADIUM UNIVERSITY MALAYA KUALA LUMPUR, MALAYSIA PENDAHULUAN (INTRODUCTION) Kejohanan Olahraga Master
More informationPOLA PERTUMBUHAN IKAN SEBAGAI PENGUKUR KUALITI EKOSISTEM SUNGAI. Ahmad Abas Kutty & M. Munajah
Asian Journal of Environment, History and Heritage December 217, Vol. 1, Issue. 2, p. 21-28 ISSN 259-4213 (Print) e-issn 259-431(Online) Published by Malay Arts, Culture and Civilization Research Centre,
More informationPERANAN SITUATIONAL FACTORS DALAM MEMPENGARUHI TINGKAHLAKU DEVIAN PARA PENYOKONG BOLASEPAK
PERANAN SITUATIONAL FACTORS DALAM MEMPENGARUHI TINGKAHLAKU DEVIAN PARA PENYOKONG BOLASEPAK Nur Hafizah Binti Yusoff Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatann, Universiti Sains Malaysia, 11700 Minden, Penang.
More informationSOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313
SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 MEMAHAMI PARADIGMA DAN SARJANA UTAMA KULIAH MINGGU 3 & 4 WACANA KONTEMPORARI SAINS SOSIAL Pemikiran sains sosial dikaitkan dengan tokoh-tokoh sosiologi, antropologi dan
More informationSkim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif
Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif Zulkifli Abdul Rahim Nor Asmat Ismail Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.
More informationPenemuan Awal Berkaitan Pemuliharaan Bandar dalam Pembentukan Imej Bandar di Tanjong Malim, Perak
64 Penemuan Awal Berkaitan Pemuliharaan Bandar dalam Pembentukan Imej Bandar di Tanjong Malim, Perak (Preliminary Urban Conservation Findings of Tanjong Malim Image Development) Yazid Saleh, Mohmadisa
More informationPENGGUNAAN MODEL PENGUKURAN RASCH MANY-FACET (MFRM) DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERASASKAN PRESTASI
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid 4, 2015 1 PENGGUNAAN MODEL PENGUKURAN RASCH MANY-FACET (MFRM) DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERASASKAN PRESTASI Nor Mashitah M.R 1,Mariani M. N 2,, Jain
More informationPERSPEKTIF DAN SUMBER MAKLUMAT ISU PERUMAHAN DALAM KALANGAN PENGGUNA SABAH
PERSPEKTIF DAN SUMBER MAKLUMAT ISU PERUMAHAN DALAM KALANGAN PENGGUNA SABAH Mohd Hamdan Adnan, Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah Abstrak Rumah adalah di antara keperluan paling
More informationDOKUMEN TIDAK TERKAWAL
Halaman: 1/12 1.0 TUJUAN Prosedur ini bertujuan untuk menerangkan kaedah memberikan perkhidmatan sesi kaunseling kepada semua staf Universiti Putra Malaysia. 2.0 SKOP Skop prosedur ini meliputi semua staf
More informationJurnal Teknologi PERBANDINGAN CIRI-CIRI SOSIOEKONOMI PENERIMA INOVASI SISTEM INTENSIFIKASI PADI DAN PROJEK ESTET PADI. Full Paper
Jurnal Teknologi PERBANDINGAN CIRI-CIRI SOSIOEKONOMI PENERIMA INOVASI SISTEM INTENSIFIKASI PADI DAN PROJEK ESTET PADI Nur Badriyah Kamarul Zaman a*, Jamal Ali a, Zakirah Othman b a Sekolah Ekonomi, Kewangan
More informationMASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR
MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR CHAN CHING YENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT
More informationABSTRAK. di kawasan pendidikan di Malaysia. ABSTRACT. ) is very important because the air containing O 3
Sains Malaysiana 46(12)(2017): 2523 2528 http://dx.doi.org/10.17576/jsm-2017-4612-30 Peramalan Bahan Pencemar Ozon ( ) di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia Mengikut Monsun
More informationTINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS
TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah
More informationLAMPIRAN 3 M A R I N E S C I E N C E L E A D E R S H I P
LAMPIRAN 3 M A R I N E S C I E N C E L E A D E R S H I P M A R I N E S C I E N C E L E A D E R S H I P Pengkalan data marin INOS diiktiraf dan telah dilantik sebagai Associate Data Unit (ADU - under International
More informationArticle history: Received: 1 November 2017 Received in revised form: 4 April 2018 Accepted: 16 April 2018 Published online: 30 April 2018
Full paper Sains Humanika The Homeless' Survival Strategy in Kuala Lumpur City Strategi Kelangsungan Hidup Gelandangan di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur Syafiq Sham *, Doris Padmini Selvaratnam Fakulti Ekonomi
More informationDATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1
DATA AKSES Source Data Table View CAATs ASAS ACL / 1 OBJEKTIF MODUL Mendedahkan peserta dengan konsep data akses iaitu:- Memahami dan mengenalpasti jenis data yang dikehendaki Memahami proses mendapatkan
More informationPEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010
PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010 PENUBUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA OLEH MAJIKAN SEKTOR KORPORAT DAN PERNIAGAAN USAHASAMA ANTARA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA DENGAN TABUNG KANAK-KANAK
More informationDaya Saing Bandar Kecil: Satu Penelitian Dari Aspek Persepsi Penduduk Dalam Kawasan Majlis Daerah Tanjong Malim
Geografi Vol. (3), No. (2) (2015), 45-61 45 Daya Saing Bandar Kecil: Satu Penelitian Dari Aspek Persepsi Penduduk Dalam Kawasan Majlis Daerah Tanjong Malim Small Town Competitiveness: A Study for the Aspect
More informationPengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih.
Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih. Abstrak Siti Norihan Binti Mohd Alias Kolej Komuniti Temerloh E-mail : sitinorihan.kktm@yahoo.com Asma Laily binti Md Hanafiah Kolej Komuniti
More informationPOLITIK BIROKRASI SEMASA PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) TERHADAP PROJEK PEMAJUAN PERUMAHAN KERAJAAN
Volume: 3 Issues: 9 [June, 2018] 95-108] International Journal of Law, Government and Communication eissn: 0128-1763 Journal website: www.ijgc.com POLITIK BIROKRASI SEMASA PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA
More informationImpak Pasir Belanda Resort Terhadap Pembangunan dan Perubahan Sosiobudaya Masyarakat Setempat Muhamad Khalid Bin Razali (37208)
Impak Pasir Belanda Resort Terhadap Pembangunan dan Perubahan Sosiobudaya Masyarakat Setempat Muhamad Khalid Bin Razali (37208) ABSTRAK Penyelidikan bertujuan menilai persepsi masyarakat setempat terhadap
More informationWalkability in Campus, Case study of University Technology Malaysia SAMAN JAVAN FARD
1 Walkability in Campus, Case study of University Technology Malaysia SAMAN JAVAN FARD A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Master of Urban design Faculty
More informationTHE EFFECTS OF CHANGES AT SIGNALIZED INTERSECTION ON THE VEHICLES EMISSION LOADING IN PARIT BUNTAR, PERAK.
THE EFFECTS OF CHANGES AT SIGNALIZED INTERSECTION ON THE VEHICLES EMISSION LOADING IN PARIT BUNTAR, PERAK. By MAISARAH BT SULAIMAN Dissertation submitted in fulfilment of the requirements for the degree
More informationBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ANALISIS PERLAWANAN BOLA TAMPAR WANITA DI ANTARA PASUKAN UNIVERSITI MALAYSIA DAN PASUKAN UNIVERSITI THAILAND SESI PENGAJIAN: 2009/2010
More informationINSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.
INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi ENAM (6) soalan esei. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja. QUESTION 1 SOALAN 1
More informationKAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB
KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah
More informationJENIS JENIS KABEL ELEKTRIK
JENIS JENIS KABEL ELEKTRIK Jenis-jenis kabel elektrik yang terdapat di pasaran tempatan (Malaysia) adalah seperti berikut : PVC Insulated Cable2@Kabel PV bertebat Kabel jenis ini kebiasaannya digunakan
More informationDevelopment of Bicycle Shift Models in Universiti Kebangsaan Malaysia Campus
Jurnal Kejuruteraan 26(2014): 69-75 Development of Bicycle Shift Models in Universiti Kebangsaan Malaysia Campus (Pembangunan Model Anjakan Berbasikal di Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia) Amiruddin
More informationINSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.
INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan. QUESTION 1 SOALAN 1 (a) Define the gauge pressure,
More informationKEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA iii DEDIKASI Istimewa buat ayah bonda tercinta, Isteri dan
More informationProduk Pengguna. Paling Banyak Terima Aduan. Semasa. Sidang Redaksi
Semasa Produk Pengguna Paling Banyak Terima Aduan 1 2 3 4 5 NCCC menerima sebanyak 40,637 aduan sepanjang tahun 2011. Ini melibatkan nilai pertikaian sebanyak RM33,861,72.95. Kategori aduan tertinggi adalah
More informationSiri Selamat di Rumah dan di Luar Rumah
Siri Selamat di Rumah dan di Luar Rumah Safe on the Road Dewi Cendika Orbit Buku Mastura Sneak Abd. Peak! Basar Tan Boon Kim TIP UNTUK MELINTAS JALAN DENGAN SELAMAT Berhati-hatilah ketika melintas jalan.
More informationKAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI
Buletin Fakulti Pendidikan Wadah@fp:Keluaran Bulan Disember 2001(Bil.3) KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI Oleh: Yahya bin Buntat
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A CORPUS-BASED STUDY OF MALAYSIAN ESL STUDENTS' USE OF DISCOURSE CONNECTORS IN UPPER AND POST-SECONDARY ARGUMENTATIVE WRITING SEYED ALI REZVANI KALAJAHI FPP 2014 12 A CORPUS-BASED
More informationSerangga 20(2): ISSN , Centre for Insects Systematic, Universiti Kebangsaan Malaysia
Serangga 20(2): 37-47 ISSN 1394-5130 2015, Centre for Insects Systematic, Universiti Kebangsaan Malaysia TROPICAL BED BUG (CIMEX HEMIPTERUS) IN MALAYSIA: SURVEY ON PEST CONTROL OPERATORS MANAGEMENT AND
More informationPENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA
PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA Sharifah Nur Nusrah Syed Yassin & Suhaili Alma amun sharifahnurnusrah@gmail.com & suhaili@ukm.edu.my Universiti Kebangsaan Malaysia,
More informationHUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK JAMALUDIN SUHAIMI Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Kaunseling)
More informationREKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal
REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL Laporan ini dikemukakan sebagai Memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
More informationINTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA FEBRUARY 2011 INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS
More informationKAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad
KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH Che Rohalan Binti Ahmad Normah binti Cheman Azahar bin Mohd Noor ABSTRAK Pembelajaran
More informationPENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006
PENGESAHAN PENYELIA Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca laporan projek ini dan pada pandangan saya/kami* laporan projek ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah/
More informationMotorist Compliance Level Towards Pedestrian Crossing in University Campus
Jurnal Kejuruteraan SI 1(5) 2018: 17-22 https://dx.doi.org/10.17576/jkukm-2018-si1(5)-03 Motorist Compliance Level Towards Pedestrian Crossing in University Campus (Tahap Kepatuhan Pemandu Kenderaan Bermotor
More informationBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERBEZAAN KESAN PENGGUNAAN BAT SOFBOL JENIS ALUMINIUM DAN BAT SOFBOL JENIS KOMPOSIT TERHADAP JARAK LANTUNAN BOLA DALAM KEMAHIRAN BUNT
More informationESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]
-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Second Semester Examination 2014/2015 Academic Session June 2015 ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik] Duration : 2 hours [Masa : 2 jam] Please ensure that this paper contains
More informationFaculty of Electrical & Electronic Engineering University Malaysia Pahang
COMPUTER BASED INSTRUMENTATION FOR LEVEL MEASUREMENT USING VISUAL BASIC APPLICATION MOHD HAFIZ B. HASBULLAH This thesis is submitted as partial fulfillment of the requirement for the award of the Bachelor
More information