BAB 1 PENDAHULUAN. Lazimnya petani-petani kecil menggunakan penyembur racun mekanikal sebagai pilihan
|
|
- Esmond Cooper
- 6 years ago
- Views:
Transcription
1 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan Penyembur racun merupakan satu alatan pertanian yang digunakan secara meluas dalam sektor pertanian. Penyembur racun mempunyai 2 jenis pam iaitu mekanikal atau berenjin. Penyembur racun mekanikal berfungsi dengan mengepam air racun tersebut manakala penyembur racun berenjin menggunakan enjin untuk melakukan semburan. Lazimnya petani-petani kecil menggunakan penyembur racun mekanikal sebagai pilihan utama kerana murah, mudah diselenggara, ringan, dan kecekapan yang tinggi kerana menggunakan sistem kerja yang sangat mudah. Penyembur racun berenjin kebiasaannya digunakan di kebun yang luas kerana menjimatkan kos mengupah buruh, cepat dan
2 2 menyembur tempat yang tinggi walaupun harganya yang mahal dan kos penyelenggaraan yang tinggi. Kaedah menggunakan penyembur racun mestilah betul agar tiada bebanan fizikal yang ditanggung oleh petani. Petani perlu sentiasa berdiri tegak dan seimbang terutama ketika tong berisi penuh. Pemakaian haruslah lengkap untuk menjaga keselamatan dan kesihatan. Pada semester ini, tema projek untuk semesta akhir dipilih sebagai tema bebas setiap kumpulan perlu menghasilkan suatu produk yang di inovasi dari sebuah produk yang lama. Dalam pemilihan tajuk projek, Produk yang dipilih adalah untuk menambah baik fungsi penyembur racun mekanikal kepada penyembur racun bermotor yang hanya perlu menekan butang suis bagi memulakan sistem penyemburan, ianya bertujuan untuk mempermudahkan pekebun atau pekerja-pekerja majlis menggunakannya. Produk ini dihasilkan untuk pengguna yang kurang mampu untuk membeli penyembur racun berenjin yang harganya mencecah ribuan ringgit. Harganya lebih murah dan lebih berpatutan. Ia juga lebih mesra alam kerana tidak menggunakan enjin yang menggunakan minyak dan menggeluarkan asap, malah menggunakan bateri untuk menggerakkan motor pam(fuel pump). Setiap bateri mampu bertahan hingga 8 kali pengisian tong racun. Bateri perlu dicas dalam lingkungan empat jam sahaja. Bateri atau komponen yang lain ade dijual secara berasingan dan mudah untuk didapati.
3 3 1.2 Penyataan masalah i. Bebanan fizikal yang perlu ditanggung oleh petani semasa proses meracun rumput ii. iii. Semburan racun tidak sekata dan tidak berkabus serta meleleh dari nozzle. Mesin racun yang dipacu dengan kuasa enjin sangat mahal dengan petani yang masih baru dalam bidang petanian. 1.3 Objektif i. Mengira perbezaan masa yang diperlukan bagi sistem penyemburan di antara penyembur racun mekanikal yang sedia ada dengan penyembur racun bermotor. ii. iii. Mengkaji kecekapan semburan yang terhasil dari nozzle Menghasilkan penyembur racun yang berpatutan 1.4 Skop Projek Skop atau had perlaksanaan projek perlu dibuat sebagai rujukan bagi memastikan setiap perlaksanaan projek tidak terkeluar dari objektif yang perlu dicapai. Skop perlaksanaan projek ditetapkan berdasarkan objektif atau matlamat projek. i. Produk sesuai digunakan dikawasan kebun berskala kecil
4 4 ii. Menggunakan motor pam(fuel pump) yang sesuai untuk menghantar air racun dari beg racun ke nozzle supaya tidak merosakkan nozzle. iii. Menggunakan hos getah transparent yang lebarnya berdiameter 1cm serta ketebalan 1mm.
5 5 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan Tujuan kajian literature ialah untuk menjelaskan kajian yang akan dijalankan berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang tepat tentang hubung kait isu yang hendak dikaji bagi merealisasikan projek ini. Selain itu, dapat memberi data-data yang berkaitan adalah tepat dan dapat menunjukkan hubung kait di antara sejarah awal dan projek. Ini bertujuan mengelakkan dari tersasar daripada matlamat projek.perkara yang diambil kira untuk melakukan kajian literature adalah : i. Idea dan konsep ii. Pemerhatian dan Analisa
6 Sejarah Awal i. Penyembur Racun Penyembur ialah alat yang digunakan untuk menyembur cecair. Dalam pertanian penyembur ialah satu alat yang menggunakan muncung sembur untuk kegunaan menyembur seperti racun rumpai, racun perosak, dan pembajaan daun kepada tanaman pertanian. Penyembur mempunyai pelbagai bentuk daripada buatan manusia mudah alih (selalunya beg sandang dengan alat penyembur) sehinggalah semburan auto seperti traktor dengan kadar semburan kaki jauhnya Idea dan konsep Idea dan konsep ini dikaji dan hasil kajian kami sependapat untuk melakukan mesin racun bermotorbagi pekebun kecil yang tidak mampu membeli mesin racun rumput berenjin.dalam merangka idea dan konsep ini terdapat juga beberapa isu yang didebatkan bersama iaitu penggunaan bahan dan tajuk projek yang dipersetujui.sistem yang dicadangkan perlulah berfungsi dalam keadan yang baik seterusnya memastikan keselamatan disamping diinovasikan bersesuaian dengan projek ini.begitu juga komponen harus bersesuaian agar tiada kecacatan atau kecuaian yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna apabila menggunakan produk yang dihasilkan.
7 7 2.2 Pemerhatian dan analisa Kami mengadaptasi dari sistem mesin racun rumput yang sedia ada iaitu menggunakan pam mekanikal untuk penyemburan racun untuk disalurkan keluar dari bekas racun. Salah satu kelebihan sistem ini adalah menggunakan sistem mekanikal iaitu dengan bantuan pengepam yang perlu dipam menggunakan tangan untuk menyedut racun dari bekas racun dan disalurkan ke nozzle melalui paip bertekanan tinggi. Kami telah melakukan pemerhatian tentang akan bagaimana sistem ini berfungsi. Pemerhatian dibuat berdasarkan pemilihan komponen yang dipilih dan aliran ke setiap komponen.analisa juga dilakukan dengan melakukan kajian pada spesifikasi penyembur racun mekanikal yang sedia ada.hasil daripada analisa ini dapat dirumuskan terdapat beberapa kekurangan dan kelebihan yang boleh digabungkan untuk pengubahsuaian bagi menggantikan sistem pammekanikal kepada sistem pam bermotor yang sesuai.
8 8 a. Antara kelebihan dan kekurangan penyembur racun mekanikal adalah seperti berikut : kelebihan Cara penggunaan yang tidak terhad Kekurangan Penggunaan tenaga yang banyak untuk mengepam semasa meracun Tidak perlu diselenggara Hasil pancutan penyemburan yang kurang sempurna Bekas racun yang besar mampu menampung kuantiti racun banyak Mengambil masa yang lama untuk meracun kawasan yang sederhana luas. 2.3 Kajian Komponen Yang Akan Digunakan a. Fuel pump electrical/pam bermotor Motor pam yang digunakan merupakan sebuah pam penyedut minyak petrol yang berada didalam tangki minyak yang berfungsi menyedut dan menyalurkan petrol ke enjin kenderaan, kami menggunakan sistem tersebut dan mengubahnya menggantikan kegunaannya pada air racun
9 9 Rajah 2.1 : Berikut menunjukkan binaan fuel pump/ motor pam Motor pam terdiri dari motor DC, turbin pump (impeller), check valve, relief valve, dan filter yang tersusun menjadi satu unit dan ditempatkan di dalam tangki bahan bakar kenderaan. Bila listrik dialirkan ke motor pam, maka bergerak memutar turbine pump. Turbine pump terdiri dari satu atau dua buah impeller. Ketika turbin ini berputar bahan bakar akan masuk melalui inlet port dan keluar melewati outlet port, kemudian mengalir di bahagian dalam motor dan keluar dari motor pam melalui check valve,.
10 10 Rajah 2.2 : Berikut menunjukkan komponen pada fuel pump/motor pam Relief valve berfungsi membebaskan tekanan bahan bakar apabilaa telah mencapai 3,5 6,0kg/cm. Check valve berfungsi menyalurkan bahan bakar ke fuel line dan akan menutup saluran keluar untuk memperlahankan tekanan statis di dalam fuel line selama mesin berhenti. Jika tidak ada tekanan bahan bakar, penguapan akan mudah terjadi pada temperature tinggi, sehingga mesin sulit dihidupkan.
11 11 In-Line Fuel Pump Motor pam ini terdiri dari motor, motor, unit pam, relief valve, check valve dan silinder. Unit motor pam terdiri dari rotor, pump spacer dan roller-roller. Apabila arus listrik dialirkan ke motor pam, maka rotor akan berputar dan roller-rollernya pun ikut berputar dan bergerak keluar oleh gaya sentrifugal. Karena garis pusat rotor tidak sepusat dengan garis sumbu pump spacer, maka terdapat suang yang menyempit di sekitar outlet. Akibatnya bahan bakar mengalir ke bahagian dalam motor, terus ke check valve, silencer dan fuel lines.setelah bahan bakar keluar dari motor pam, silencer menyerap tekanan bahan bakar yang diciptakan oleh pompa sehingga mengurangi suara bising. Relief valve dan check valve berfungsi sama seperti halnya pada motor pam tipe in tank.
12 12 Rajah 2.3 : Berikut menunjukkan komponen pada fuel pump/motor pam B. Suis Suis merupakan sejenis alat yang boleh memutuskan litar elektrik, menghentikan aliran arus elektrik ataupun mengalihkan arah aliran dari satu pengalir ke pengalir yang lain. Suis disambung secara siri pada wayar hidup dan bahagian luarnya biasanya dibuat daripada bahan penebat seperti plastik atau bakelit. Apabila suis ditutup, arus akan mengalir di dalam litar. Apabila suis dibuka, arus tidak akan mengalir di dalam litar. Suis yang biasa digunakan dalam litar termasuklah suis togel, suis tekan buka, dan suis tekan tutup.
13 13 Jenis Suis Rajah 2.4 : Berikut menunjukkan komponen suis togel serta symbol suis togel a. Cara kerja suis togel arus mengalir apabila punat ditekan atau ditolak., arus berhenti mengalir apabila punat ditekan atau ditolak ke arah berlawanan.
14 14 Rajah 2.5 : Berikut menunjukkan komponen suis terbuka/tertutup serta symbol suis terbuka/tertutup. b. Cara kerja suis terbuka/tertutup i. Suis tekan buka apabila punat suis ditekan, arus tidak mengalir, sebaliknya arus akan mengalir apabila punat suis dilepaskan. Suis ini juga digunakan dalam litar mentol pada peti sejuk dan litar mentol pada kenderaan.
15 15 ii. Suis tekan tutup apabila punat suis ini ditekan, arus akan mengalir dalam litar, arus akan mengalir berhenti mengalir jika punat suis ini dilepaskan. Suis ini juga digunakan pada litar loceng rumah. C Bateri Bateri menyimpan tenaga elektrik dalam bentuk kimia dimana ia akan menukar tenaga kimia kepada tenaga elektrik apabila penggunaannya diperlukan. Tenaga elektrik diperoleh daripada tindakan kimia antara dua jenis plambum yang direndam dalam elektrolite (campuran asid sulfuric dan air suling) dalam bateri. Bateri kenderaan adalah dari jenis asid plambam (lead asid battery) atau dikenali dengan nama bateri bekal. Tugas utama bateri bekal ini adalah untuk mengengkol enjin bagi menghidupkannya serta memenuhi keperluan elektrik pada kenderaan apabila melebihi daripada keluaran alternator.
16 16 Gambar rajah 2.6 : Berikut menunjukkan bateri serta symbol bateri 12V. a. Jenis-jenis bateri Bateri boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu bateri primary dan bateri secondary. Contoh bateri primary ialah bateri jam dan lampu suluh yang mana hanya boleh digunakan sekali sahaja. Bateri secondary pula adalah seperti bateri kereta yang mana boleh digunakan berulang kali ( boleh dicas semula). Dalam tajuk ini akan dibincangkan berkenaan bateri jenis secondary. Bateri boleh dihasilkan dalam bentuk wet-charged atau drycharged i. Wet-charged Bateri lead-acid akan dipenuhkan dengan elektrolite dan dicas semasa dihasilkan.tindakan kimia yang berlaku semasa tempoh penyimpanan akan menyebabkan bateri ini akan luput cas sendiri ( self-discharged). Oleh sebab itu, bateri perlu dicas sebelum boleh digunakan.
17 17 ii. Dry-charged Semasa dikeluarkan bateri jenis ini tidak akan di isi dengan elektrolite. Tempoh penyimpanan bateri ini lebih lama iaitu sehingga 18 bulan berbanding wet-charged.sebelum digunakan, bateri jenis ini perlu di isi dengan elektrolite dan dicas. iii. Binaan bateri Asas struktur bateri terdiri daripadaterminal post (positif dan negatif), cell connectors, cells, plates, vent caps, cover, cell partitions case saparators dan electrolyte. Rajah 2.7 : Berikut menunjukkan binaan bateri
18 18 1. Case (Kotak Bateri) Dibentuk berpetak-petak mengikut bilangan sel bateri.ia diperbuat daripada getah keras atau synthetic resin.ia mestilah teguh dan boleh tahan menakung asid sulfurik serta tahan kejutan dan gegaran Rajah 2.8 : Berikut menunjukkan binaan kotak bateri 2. Cells (Elemen) Elemen ialah gabungan satu kumpulan plet positif dengan plet negatif. Plet positif berwarna coklat dan dikenali dengan nama lead peroxide, plet negatif berwarna kelabu dan dikenali dengan nama spongy lead. Elemen direndam di dalam elektrolait yang terkandung di dalam kotak yang teguh. Plet-plet ini disusun berselang seli di dalam setiap sel. Pletplet positif disambungkan diantara satu sama lain dengan penyambung plumbum dan dihubungkan kepada punca
19 19 plumbum. Plet-plet negatif juga dipasang dengan cara yang sama dan diantara plet negatif dan plet positif ditebat dengan penyekat. Bagi setiap elemen, bilangan plet negatif lebih satu jumlahnya dari bilangan plet positif. Contoh,sebuah elemen yang mengandungi 17 plet akan mempunyai 9 plet negatif dan 8 plet positif. Dengan sebab itu tiap-tiap plet positif diapit oleh plet negatif.ini diperlukan kerana tindakan kimia mengambil tempat pada plet positif.bateri kenderaan terdiri dari 6 sel (bateri 12 volt) iaitu menghasilkan lebih kurang 12.6 volts. Rajah 2.9 : Berikut menunjukkan binaan sebuah elemen di dalam bateri 3. Separators (Penyekat) Fungsi penyekat ialah untuk memisahkan plet posotif dan plt negatif supaya tidak bersentuh yang mana akan mengakibatkan litar pintas. Penyekat ini berliang supaya
20 20 elektrolait boleh bergerak dengan bebas dari satu plet ke satu plet yang lain bagi menghasilkan tenaga elektrik yang maksima. Penyekat dibuat dari kepingan getah, kaca gentian atau kertas istimewa.pada sesetengah bateri, lebih dari satu jenis penyekat digunakan. Contoh, kertas istimewa digunakan bersama-sama dengan kaca gentian Rajah 2.10 : Berikut menunjukkan binaan separators bateri 4. Cell connectors (Perangkai Sel) Sel-sel bateri disambungkan secara siri dengan menggunakan perangkai sel. Ia diperbuat daripada bar plumbum yang disambungkan pada cuar punca sel. Pada sesetengah bateri perangkai sel terletak di dalam penutup bateri(tudung bateri).binaan ini mengurangkan kebocoran arus bateri.jika perangkai sel berada di atas tudung bateri, lembapan dan kotoran akan terkumpul di atasnya lalu membentuk satu aliran elektrik dari satu cuar punca sel kepada
21 21 cuar punca sel yang lain.ini mengakibatkan arus elektrik luput secara perlahan-lahan. Dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan bateri menjadi luput cas 5. Terminal post (Terminal bateri) Setiap bateri mestilah mempuyai sepasang terminal bateri, iaitu terminal positif dan terminal negatif.setiap terminal mempunyai pengenalannya sendiri bertujuan mengelakkan daripada sebarang salah pasang kepada kenderaan yang mana boleh merosakkan jenarus (alternator), peralatan elektronik atau bateri itu sendiri.terminal positif boleh dikenal pasti pada garis pusatnya yang lebih besar berbanding terminal negatif.selain dari itu terminal positif mempunyai gelang berwarna merah manakala terminal negatif bergelang hijau. Terminal positif juga ditandakan dengan simbol +, terminal negatif ditandakan dengan simbol - pada tudung bateri. Terdapat 3 jenis terminal bateri iaitu Top (Post) Terminal, Side Terminal dan L Terminal
22 22 Rajah 2.11 : Berikut menunjukkan rekaan terminal bateri. 6. Vent caps (Palam berliang) Palam berliang boleh dibuka untuk menambah atau mengisi air suling ke dalam sel apabila diperlukan.cecair di dalam sel hilang disebabkan pengewapan atau bertukar kepada gas hidrogen.palam berliang mempunyai lubang kecil untuk membenarkan gas keluar dengan bebas.
23 23 Rajah 2.12 : Berikut menunjukkan binaan palam berliang bateri 7. Electrolyte (Elektrolite) Elektrolait ialah campuran diantara asid dengan air suling.asasnya elektrolait dibuat daripada 60% air suling dengan 40% asid sulfurik. Elektrolait ini digunakan untuk sama ada lead antimony battery (standard battery) atau lead calcium battery (maintenance free battery). Elektrolait dijual dalam keadaan sudah dicampur, dengan kekuatan cas penuhnya diantara s.g.,atau telah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam bateri semasa bateri itu dijual
24 24 Rajah 2.13 : Berikut menunjukkan kandungan Elektrolite di dalam bateri. Elektrolite tambahan janganlah ditambah kepada mana-mana bateri selepas isian asalnya.adalah normal bagi air bebas dalam bentuk gas semasa sesebuah bateri dicaskan.hanya air suling perlu ditambahkan apabila bateri kekurangan air. 8. Specific Gravity(S.G) S.G ialah dikira nisbah berat asid yang dibandingkan dengan berat air. Asid dikira dala unit gram dan air dikira dalam unit centimeter padu(c.c). Bertambah berat asid akan meningkatkan ketumpatan bandingan (s.g) elektrolait.alat yang digunakan untuk menguji ketumpatan bandingan elektrolait ialah jangka hidro(hydrometer).
25 25 Kebanyakkan maintenance free (MF) bateri menggunakan penunjuk yang terdapat pada bateri tersebut untuk mengetahui S.G bateri tersebut.
BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF
1. Umum. - Graf digunakan untuk memperlihatkan maklumat atau menggambarkan data dengan tepat dan jelas. - Graf terdiri daripada beberapa jenis seperti:- 1. Graf bar berganda 2. Graf garisan berganda -
More informationINSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.
INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan. QUESTION 1 SOALAN 1 (a) Define the gauge pressure,
More informationOBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.
OBJEKTIF MODUL Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data. Untuk memberi kefahaman dan kemahiran kepada peserta kursus dalam melaksanakan arahan
More informationPEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA
PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA ABD TALIP BIN ABD RAHMAN A dissertation submitted in partial fulfilment of
More informationKAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI
KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA MASTER SAINS UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU 2015 KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO,
More informationPengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih.
Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih. Abstrak Siti Norihan Binti Mohd Alias Kolej Komuniti Temerloh E-mail : sitinorihan.kktm@yahoo.com Asma Laily binti Md Hanafiah Kolej Komuniti
More informationPEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]
NO. SOALAN: 72 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : LISAN DARIPADA TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ] TARIKH 27 MEI 2015 RUJUKAN 7906 SOALAN: Tuan William Leong Jee
More informationTHE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD
THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD Thesis Submitted in Fulfillment of the Requirement for the Degree of Master of Science
More informationcounselling2u.uitm.edu.my
Page0 MANUAL PENGGUNA PELAJAR (Message, Temu Janji, Sesi Kaunseling, Kes Dirujuk) Page1 NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Pendaftaran Pengguna Baru 2 2. Log Masuk 10 3. My Profile 12 4. Message 15 5. Temu
More informationEAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2004/2005 Oktober 2004 EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam Masa : 3 jam Arahan Kepada Calon: 1. Sila pastikan kertas peperiksaan
More informationDATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1
DATA AKSES Source Data Table View CAATs ASAS ACL / 1 OBJEKTIF MODUL Mendedahkan peserta dengan konsep data akses iaitu:- Memahami dan mengenalpasti jenis data yang dikehendaki Memahami proses mendapatkan
More information-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat
-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA First Semester Examination 2010/2011 Academic Session November 2010 ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat Duration : 3 hours [Masa : 3 jam] INSTRUCTION TO CANDIDATES
More informationSIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM
SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM A project report submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationSHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK
IN CONJUNCTION OF THE FIRST MALAYSIA'S GRANDPARENTS' DAY CELEBRATION SEMPENA SAMBUTAN HARI DATUK/NENEK MALAYSIA YANG PERTAMA SHORT ESSAY COMPETITION IMPORTANT: Before any submission made, please read all
More informationSUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI
PERATURAN PERMAINAN LAWN BOWLS 1. Peraturan Teknikal 1.3 Undang - undang permainan 1.1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut World Bowls dan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) yang sedang berkuatkuasa
More informationDATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1
DATA INTEGRITI CAATs ASAS ACL / 1 OBJEKTIF MODUL Untuk membolehkan para peserta memahami pentingnya untuk membuat pengesahan data sebelum data dianalisis dengan lebih lanjut. Modul ini akan membincangkan
More informationJENIS JENIS KABEL ELEKTRIK
JENIS JENIS KABEL ELEKTRIK Jenis-jenis kabel elektrik yang terdapat di pasaran tempatan (Malaysia) adalah seperti berikut : PVC Insulated Cable2@Kabel PV bertebat Kabel jenis ini kebiasaannya digunakan
More informationSistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia
Prosiding Komputeran UTM Inovasi di dalam Teknologi dan Aplikasi Komputeran Volume: I Year: 2016 ISBN: 978-967-0194-82-0 1 Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia MOHAMAD ZUL AZRAL
More information9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia
Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 81310 UTM Skudai, Johor, Malaysia 1 Toolbox Meeting Accidents 2 2 Toolbox meeting Brief gatherings of crews or employees along with their supervisor
More informationBAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Arus kemodenan yang dikecapi seiring dengan peningkatan ekonomi di masa kini, semestinnya alatan mesin lebih diutamakan kerana ianya lebih mempercepatkan kerja-kerja manusia.
More informationLAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)
LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA) 1. PERATURAN PERTANDINGAN 1.1 UNDANG-UNDANG PERMAINAN 1.1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut World Bowls dan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) yang sedang berkuatkuasa
More informationASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.
PENGENALAN Kursus ini memberikan peluang kepada para peserta untuk memahami kepentingan perakaunan dalam pengurusan sesuatu organisasi. Peserta akan didedahkan dengan penyediaan penyata kewangan yang betul.
More informationPROBLEMS FOR CHAPTER 2 - PRESSURE. Question 1
PROBLEMS FOR CHAPTER 2 - PRESSURE Question 1 The basic elements of a hydraulic press are shown in Figure 1. The plunger has an area of 3-cm 2, and a force, F 1, can be applied to the plunger through a
More information-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010
-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA First Semester Examination 2010/2011 Academic Session November 2010 ESA 343/2 Aircraft Aerodynamics Aerodinamik Pesawat Duration : 2 hours [Masa : 2 jam] INSTRUCTION TO CANDIDATES
More informationPATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT
PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationA SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI
A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI A project report submitted in fulfilment of the Requirements for the award of the degree of Master of Engineering (Industrial
More informationSULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.
4551/3 Question 1 / Soalan 1 One experiment was carried out to investigate the importance of transpiration at plant leafy shoot. Water evaporates from the leaves surface by transpiration. The transpiration
More informationANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI
i ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the
More informationProgram Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial
WEBINAR bersama IRFAN KHAIRI Creating A Website That Sells Membina Laman Web Yang Menjual 1 You will learn: How to sell online Types of websites How to build your website 2 3 OpenEdu.com.my 1 Siapa pelanggan
More informationDEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION
DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION By RIZAL MAT JUSOH Thesis Submitted to the School of Graduate Studies,, in Fulfilment of the Requirement
More informationBAB 1 PENDAHULUAN 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Sebuah mesin pembersihan kerang yang dibina untuk mempercepatkan proses membuang lumpur. Mesin ini merupakan jenis silinder, menggunakan kaedah yang sama seperti
More informationBAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Pengguna yang mempunyai kecacatan yang dipanggil OKU atau dikenali sebagai orang kurang upaya telah meningkat akibat kemalangan yang berlaku. Kecacatan mempunyai dua kategori
More informationREKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal
REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL Laporan ini dikemukakan sebagai Memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
More informationTHE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH
THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationBengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis
Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis Pada 18hb November 2013 United Voice dijemput ke Bengkel Daya Sg. Petani untuk berbincang tentang Job Coach (dengan staf) dan untuk
More informationBUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018
BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018 PERTANDINGAN PENYELIDIKAN & REKACIPTA (PEREKA) 2018 24 25 OKTOBER 2018 (RABU- KHAMIS) KOMPLEKS DEWAN KULIAH PUSAT KE-2, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1 1. JADUAL PROGRAM TARIKH
More informationPERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR
PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR SYAFIAH ZAHRA MOHD ZAILANI SITI FADZILAH MAT NOOR Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Penyelamatan diri semasa berlakunya bencana banjir
More informationBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sebelum memulakan kerja berkumpulan ini, perbincangan antara kami telah diadakan bersama-sama bagi mendapatkan idea yang sesuai untuk direalisasikan sebagai projek semester
More informationTHE EFFECTS OF CHANGES AT SIGNALIZED INTERSECTION ON THE VEHICLES EMISSION LOADING IN PARIT BUNTAR, PERAK.
THE EFFECTS OF CHANGES AT SIGNALIZED INTERSECTION ON THE VEHICLES EMISSION LOADING IN PARIT BUNTAR, PERAK. By MAISARAH BT SULAIMAN Dissertation submitted in fulfilment of the requirements for the degree
More informationECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA
ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA Thesis Submitted in Fulfillment of the Requirement for the Degree of Master of Science in the Institute
More informationNama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PENERBIT UPM Kod Dokumen: OPR/PUPM/BR02/PENILAIAN MANUSKRIP BORANG PENILAIAN MANUSKRIP Tajuk Manuskrip :... Nama Penilai No. K/Pengenalan Jawatan Alamat :... :... :... :......
More informationVOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID
3 VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID A project report submitted in partial fulfilment of the requirements for the
More informationASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED
ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree
More informationINSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.
INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi ENAM (6) soalan esei. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja. QUESTION 1 SOALAN 1
More informationSENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PERAKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRAC KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH
iii PENGHARGAAN Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah merupakan satu jalan dan juga pintu dalam menuju ke alam dunia pekerjaan. Disinilah tempatnya ilmu pengetahuan ditimba dan dijadikan panduan untuk menentukan
More informationRESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL
RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL HAVAL MOHAMMED SALIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI
More informationMASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR
MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR CHAN CHING YENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA MOHAMMAD RASOOL AHMAD RAJABI FK 2012 40 DETERMINATION
More informationHYDROSTATIC FORCE ON A SUBMERGED PLANE SURFACE
Chapter 3 - Hydrostatic force on a submerged plane surface HYDROSTATIC FORCE ON A SUBMERGED PLANE SURFACE When a surface is submerged in a fluid, forces develop on the surface due to the fluid. The determination
More informationAPLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)
APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS) Nurul Syafiqah Najwa Nu Mahamad Zainal Rasyid Mahayuddin ABSTRAK Malaysia memiliki pelbagai
More informationBAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
3764/2PP BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 202 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
More informationMASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR
MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR CHAN CHING YENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT
More informationKAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH
i KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH Laporan ini di kemukakan sebagai Memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
More informationSiri Selamat di Rumah dan di Luar Rumah
Siri Selamat di Rumah dan di Luar Rumah Safe on the Road Dewi Cendika Orbit Buku Mastura Sneak Abd. Peak! Basar Tan Boon Kim TIP UNTUK MELINTAS JALAN DENGAN SELAMAT Berhati-hatilah ketika melintas jalan.
More informationSINOPSIS HASIL PEMBELAJARAN. 1. Mendefinisikan muatan haba. 2. Mendefinisikan muatan haba tentu dan muatan haba molar
TAJUK 2 TERMOKIMIA SINOPSIS Topik ini adalah mengenai muatan haba, muatan haba tentu dan muatan haba molar bagi sesuatu bahan. Alat yang digunakan untuk menentukan muatan haba ini adalah kalorimeter serta
More informationMaterial Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kima
Material Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kima 1. Chemical product and company identification Product name Supplier/Manufacturer Telephone no. Fax no. Use of the substance/preparation Sika Kimia
More informationKAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR
KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah
More informationTOPIC 10 SISTEM PENGANGKUTAN MEKANIKAL (MECHANICAL CONVEYORS SYSTEM) ROSADAH MAHAMUD
TOPIC 10 SISTEM PENGANGKUTAN MEKANIKAL (MECHANICAL CONVEYORS SYSTEM) 1 LIF JENIS-JENIS SISTEM PENGANGKUTAN MEKANIKAL ESKALATOR TRAVELATOR PATERNOSTER 2 LIFT Is a device which carries people or objects
More informationFaculty of Electrical & Electronic Engineering University Malaysia Pahang
COMPUTER BASED INSTRUMENTATION FOR LEVEL MEASUREMENT USING VISUAL BASIC APPLICATION MOHD HAFIZ B. HASBULLAH This thesis is submitted as partial fulfillment of the requirement for the award of the Bachelor
More informationNomenklatur galas bebola
Kuliah 6 Galas Galas bertindak sebagai penyokong (support) dan juga membolehkan pergerakan putaran dan menggelangsar berlaku. Boleh dikatakan setiap mesin hari ini menggunakan galas, seperti di dalam engin
More informationFaculty of Engineering
Faculty of Engineering A PRELIMINARY SURVEY OF COMMON MAINTENANCE AND REHABILITATION PROCEDURE: CASE STUDY FOR KUCHING-SAMARAHAN ROAD Mike Jackson Tsai Bachelor of Engineering with Honours (Civil Engineering)
More informationMaterial Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kimia
Material Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kimia 1. Chemical product and company identification Product name Supplier/Manufacturer Telephone no. Fax no. Use of the substance/ mixture Sika Kimia
More informationPenggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak
30 Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan Rohani Mafot rohani_mafot@moe.edu.sg Sekolah Rendah Pei Tong Abstrak Kerap kali murid mendapati sukar untuk mengembangkan isi karangan berdasarkan
More informationHBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II
Angka Giliran : No. Tempat Duduk UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2003/2004 Februari/Mac 2004 HBT 203 - Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II Masa : 3 jam ARAHAN
More informationESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]
-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Second Semester Examination 2014/2015 Academic Session June 2015 ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik] Duration : 2 hours [Masa : 2 jam] Please ensure that this paper contains
More informationEAL235 Highway and Traffic Engineering
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KSCP Examination 2016/2017 Academic Session August 2017 EAL235 Highway and Traffic Engineering [Kejuruteraan Lebuh Raya dan Lalu Lintas] Duration : 2 hours [Masa : 2 jam] Please
More informationRISALAH DATA KESELAMATAN SAFETY DATA SHEET
RISALAH DATA KESELAMATAN SAFETY DATA SHEET Tarikh Penyediaan : Nombor Rujukan : 13.11.2014 Date Prepared : Reference No. : WATERSTOP_13.11.2014_V1 BAHAGIAN 1 : PENGENALPASTIAN BAHAN / CAMPURAN DAN SYARIKAT
More informationJABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja
Mukasurat: 1 daripada 9 1. TUJUAN Tujuan prosedur ini dtubuhkan adalah untuk memberikan arahan yang jelas bagi langkah atau tatacara bagaimana menjalankan analisis sampel menggunakan peralatan Field Emission
More informationSUPERVISOR DECLARATION
ii SUPERVISOR DECLARATION I hereby declare that I have read this thesis and in my opinion this report is sufficient in terms of scope and quality for the award of the degree of Bachelor of Mechanical Engineering
More informationTHE EFFECTIVENESS OF THE CYLINDER BLOCK ON STILLING BASIN AS ENERGY DISSIPATION SYSTEM NOR FARAHIAH IBRAHIM. Report submitted in fulfillment of the
THE EFFECTIVENESS OF THE CYLINDER BLOCK ON STILLING BASIN AS ENERGY DISSIPATION SYSTEM NOR FARAHIAH IBRAHIM Report submitted in fulfillment of the requirements for the award of the degree of Bachelor of
More informationBuku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan
410 [ARTIKEL] [JULAI 2018] ULASAN BUKU Abdul Aziz Hussin (2017), Undangundang Pembinaan: Konsep, Skop dan Persekitaran Perundangan Am, hlm. 370, ISBN 978-983-46-1225-2. Azlinor Sufian sazlinor@iium.edu.my
More information1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.
vii SENARAI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABTRAK ABTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xiii xiv xvi
More information4. BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, AKUATROP adalah :
TATACARA PENGURUSAN TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN INSTITUT AKUKULTUR TROPIKA (AKUATROP) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) 1. TUJUAN Tujuan Tatacara Pengurusan Jawatankuasa
More informationNEYMAR JR S FIVE RULES OF THE GAME *Untuk versi Bahasa Malaysia, sila rujuk muka surat 13*
NEYMAR JR S FIVE RULES OF THE GAME *Untuk versi Bahasa Malaysia, sila rujuk muka surat 13* 1. OUTPLAY THEM ALL 2. THE FIELD OF PLAY 3. GOAL 4. THE NUMBER OF PLAYERS 5. THE PLAYERS EQUIPMENT 6. THE BALL
More informationSUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG
SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG.0 PERATURAN AM. Selain daripada peraturan-peraturan terkandung, pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan Ping Pong sebagaimana
More informationMaterial Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kimia
Material Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kimia 1. Chemical product and company identification Product name Supplier/Manufacturer Telephone no. Fax no. Use of the substance/ mixture Sika Kimia
More informationCOMMUNICATION I. Kesan Penggabungan Germplasma Jagung dari CIMMYT (Rattray Arnold) dengan Germplasma Jagung Tempatan (Jagung Kumpit) ^
PertanikaJ.Trop.Agric.Sci. 16(2): 151-155 (1993) ISSN: 0126-6128 Universiti Pertanian Malaysia Press COMMUNICATION I Kesan Penggabungan Germplasma Jagung dari CIMMYT (Rattray Arnold) dengan Germplasma
More informationUNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA DESIGN AND DEVELOP AN ECO FLY KILLER IN UTeM s CAFETERIA This report submitted in accordance with requirement of the Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) for the
More informationBORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: CAR LOCK INDICATOR SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya HAIRULAZAM BIN HAIRULDIN (830523-08-5369) (HURUF BESAR) mengaku
More informationEAL335 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KSCP Examination 2016/2017 Academic Session August 2017 EAL335 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas] Duration : 3 hours [Masa : 3 jam]
More informationKERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM
KERAJAAN MALAYSIA Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM Jabatan Perdana Menteri Malaysia 11 Julai, 1996 Dikelilingkan kepada:
More informationINSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.
INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi ENAM (6) soalan esei. Jawab EMPAT (4) soalan sahaja. QUESTION 1 SOALAN 1
More informationRisalah Data Keselamatan Safety data sheet
Risalah Data Keselamatan Safety data sheet Mukasurat (Page): 1/18 1. Pengenalan bahan kimia dan pembekal Euperlan PCO Kegunaan: Pearl shine concentrates, opacifiers Syarikat: BASF (Malaysia) Sdn Bhd No
More informationRisalah Data Keselamatan Safety data sheet
Risalah Data Keselamatan Safety data sheet Mukasurat (Page): 1/18 1. Pengenalan bahan kimia dan pembekal Plantasil Micro Kegunaan: kandungan kosmetik Syarikat: BASF (Malaysia) Sdn Bhd No 2, Jalan Astaka
More informationhttp://www.konsumerkini.net.my/v1/images/stories/images/image_24092010_medical.jpg Pelancongan kesihatan dimaksudkan apabila seorang individu atau pesakit yang melancong ke negara lain untuk mendapatkan
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BEHAVIOUR OF CORRUGATED COMPOSITE TUBE UNDER COMPRESSIVE LOAD USING FINITE ELEMENT METHOD
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BEHAVIOUR OF CORRUGATED COMPOSITE TUBE UNDER COMPRESSIVE LOAD USING FINITE ELEMENT METHOD NG SEET WAI FK 2009 76 BEHAVIOUR OF CORRUGATED COMPOSITE TUBE UNDER COMPRESSIVE LOAD
More informationKANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT
v ABSTRAK Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar Dan Berpengawal (GACOS) di Malaysia telah memperkenalkan melalui pindaan Akta Hakmilik Strata 1985 pada 2007. Tujuannya adalah untuk membaikpulih dan mengatasi
More informationDOKUMEN TIDAK TERKAWAL
Halaman: 1/12 1.0 TUJUAN Prosedur ini bertujuan untuk menerangkan kaedah memberikan perkhidmatan sesi kaunseling kepada semua staf Universiti Putra Malaysia. 2.0 SKOP Skop prosedur ini meliputi semua staf
More informationPersonaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *
Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a * Abstrak. Dimensi personaliti telah mendapat tempat dalam asas
More informationKURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26
KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26 1. Matlamat kursus Menilai kemahiran pegawai dalam pengurusan penyeliaan lukisan kerja untuk membolehkan pegawai
More informationPenggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan
20 Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan Hajjah Marzia Abdul Rahman Hajjah_marzia@moe.edu.sg Atikah Adilah Ahmad Affandi atikah_adilah_ahmad_affandi@moe.edu.sg Sekolah Rendah Fuchun Abstrak
More informationSISTEM PENDAFTARAN PARKIR PANGSAPURI. Alaaniah Binti Md Sulaiman. Prof. Dr. Zawiyah Mohammad Yusof
SISTEM PENDAFTARAN PARKIR PANGSAPURI PTA-FTSM-2018-142 Alaaniah Binti Md Sulaiman Prof. Dr. Zawiyah Mohammad Yusof Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Sistem parkir
More informationFaculty of Engineering
Faculty of Engineering DETERMINATION OF SPILLWAY CAPACITY OF PROPOSED BENGOH DAM John Gary anak Jentry Bachelor of Engineering with Honours (Civil Engineering) 2009 UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN
More informationFACULTY OF ELECTRICAL ENGINEERING UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM2)
FACULTY OF ELECTRICAL ENGINEERING UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM2) MULTY-SENSORY CONTROL SYSTEM FOR REMOTELY CONTROL SURFACE VESSEL AZRUL BIN MOHAMAD SAZALI Bachelor
More informationRisalah Data Keselamatan Safety data sheet
Risalah Data Keselamatan Safety data sheet Mukasurat (Page): 1/19 1. Pengenalan bahan kimia dan pembekal Cosmedia Triple C Kegunaan: kandungan kosmetik Syarikat: BASF (Malaysia) Sdn Bhd No 2, Jalan Astaka
More informationRHB Premium Cards Golf Privileges 2019 Terms and Conditions
RHB Premium Cards Golf Privileges 2019 Terms and Conditions RHB Bank Berhad (Company No. 6171-M) and RHB Islamic Bank Berhad (680329-V) will be collectively referred to as RHB unless otherwise specified.
More informationSIG SOUTHERN INDUSTRIAL GAS SDN BHD
SIG SOUTHERN INDUSTRIAL GAS SDN BHD SAFETY DATA SHEET RISALAH DATA KESELAMATAN 0.1 2.3% HYDROGEN IN AIR 0.1 2.3% HIDROGEN DALAM UDARA 1. CHEMICAL PRODUCT AND COMPANY IDENTIFICATION PENGENALPASTIAN PRODUK
More informationUNIVERSITI SAINS MALAYSIA. EAL 335/4 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Second Semester Examination 2009/2010 Academic Session April/May 2010 EAL 335/4 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas] Duration : 3
More informationRisalah Data Keselamatan Safety data sheet
Risalah Data Keselamatan Safety data sheet Mukasurat (Page): 1/19 1. Pengenalan bahan kimia dan pembekal Flamenco Pearl 110C Kegunaan: kandungan kosmetik Syarikat: BASF (Malaysia) Sdn Bhd No 2, Jalan Astaka
More informationMaterial Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kimia
Material Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kimia 1. Chemical product and company identification Product name Supplier/Manufacturer Telephone no. Fax no. Use of the substance/ mixture Sika Kimia
More information