STRATEGI PROMOSI PELANCONGAN KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

Similar documents
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

Faculty of Engineering

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

INTERNAL SURFACE PIPE ROUGHNESS CLASSIFICATION USING HIGH FREQUENCY ACOUSTIC EVALUATION

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

Faculty of Engineering

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN PENYEWAAN PERUMAHAN SITI NOOR FARAHANIS BINTI FADZIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

counselling2u.uitm.edu.my

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE


INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan

Yang Saya Hormati Saudara/Saudari Pengerusi Majlis

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

IMPAK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) KEPADA NILAI HARTA TANAH KEDIAMAN DI SETAPAK, KUALA LUMPUR SITIAYU ZUBAIDAH BINTI YUSUF

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

KEPUASAN PENGHUNI TERHADAP PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI OLEH KONTRAKTOR PENYELAMAT KAJIAN KES : TAMAN PERINDUSTRIAN HIJAU, RAWANG

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

Katakunci : kecederaan atlet silat

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BLOOD PRESSURE MONITORING SYSTEM USING PIEZOELECTRIC FILM SENSOR NORSYILA BINTI BAHARUDIN

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PEMBIAYAAN MENGIKUT JENIS PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

Guide for Activity Report Panduan untuk Laporan Aktiviti

NURUL SA ADAH BINTI SABDIN

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

Penemuan Awal Berkaitan Pemuliharaan Bandar dalam Pembentukan Imej Bandar di Tanjong Malim, Perak

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

PERSEPSI PEKERJA TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA NOR AZLINA BINTI HJ WAHAP

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

LJ"N1Y ERSITl MALAYSIA S.AJ3.AH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

..., C t;~:~xj ')' KESANPEMBANGUNANPERUMAHANTERHADAP KUALITI HID UP PENDUDUK BANDAR LINDA ANAK ABRAHAM PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN,

PENGISYTIHARAN PUTRAJAYA SEBAGAI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Jumal Kinaballl IV (1998) 58-76

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SIFAT DAN PERANAN RAJA DAN PEMBESAR DALAM NASKHAH HUKUM KANUN PAHANG

(GEOGRAFI) HULUBERNAM ROSLAN B. SAAD PROJEK INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK FAKULTI SAINS KEMANUSIAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

(i) Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada yang bermastautin tetap di Negeri Sarawak ;

KAJIAN KEBERKESANAN PRODUK HELLO KIT1Y SEBINGGA MENJADI 'CULT BRAND' Noorhaslina Binti Senin

Transcription:

STRATEGI PROMOSI PELANCONGAN KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR Tanaletchumi Muniandy Sarjana Muda Seni Gunaa n dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2012

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN I Gred: JUDUL STRATEGI PROMOSI PELANCONGAN KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR SESI PENGAJlAN: 201112012 Saya T ANALETCHUMI MUNIANDY mengaku membenarkan tesis/laporan ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti belikut: I. TesisiLaporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salin an untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangtmkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat KJlidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesisllaporan ini sebagai bah an pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *Sila tandakan [;21 D SULIT D TERHAD TlDAK TERHAD (mengandungi maklumat yang berdarj ah keselamatan atau kepentingan seperli tennaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMII972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditenrukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Tandatangan Penulis Tan nyelia Tarikh: ':):) ""'S.~~ ~(\\.":) Tarikhl ) Alarnat Tetap: A3 lotaman Darnai, 32400 Ayer Tawar, Perak..l~ G. Catalan: * Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Saljana dan Sarjana Muda * lika Tesis/Laboran 111i SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat dmipada pihak berkuasalorganisasl ber-kenaan dengan mcnyatakan sebab dan tempoh Tesis/Laporan ini perlu dikelaskan SULIT atau TERHAD

STRATEGI PROMOSI PELANCONGAN KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR TANALETCHUMI AlP MUNIAN DY Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2012

PENGAKUAN Projek bertajuk Strategi Promosi Pelancongan Kompleks Kraf Kuala Lumpur ini telail di sediakan oleh Tanaletchumi Muniandy dan telah di serahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk lj azah Salj ana Muda Gunaan denga n Kepujian Pengumsan Seni. Diterima unruk diperiksa oleh: (Tn. Hj. M ohd Ghaza ti bin Abdullah) Tarikh:

PENGHARGAAN Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya projek tahun akhir 1m berjaya disiapkan bagi 111 el11enuhi sebahagian daripada keperluan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan kepujian (Pengurusan Sen i). Jutaan terima kasih diucapkan khas kepada Tuan Haji Mohd Ghazali Abdullah selaku penyelia saya dalam menyiapkan projek tahun akhir ini. Bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan kerjasama yang beliau berikan telah banyak l11embantu dalam menyiapkan sepanjang projek tahun akhir ini dengan baik dan sempurna. Selain itu, terima ka si h juga diucapkan buat semua pensyarah program Pengurusan Seni yang banyak mencurahkan ilmu, dorongan serta tunjuk ajar sepanjang pengajian saya di UNIMAS dan menyiapkan projek tahun akhir ini. Penghargaan teristimewa ditujukan buat kedua ibubapa tercinta saya iaitu En. Muniandy Renoo selaku bapa say a dan Pn. Ellammah Rengasa my selaku ibu saya yang telah banyak berkorban dengan tidak pemah jemu memberikan kata-kata sel11angat kepada saya. Pengorbanan dan dorongan yang diberikan begitu berl11akna tidak akan saya lupakan sehingga keakhir hajat. Tidak lupa juga kepada abang-a bang dan kakakkakak saya yang banyak mel11berikan dorongan kepada saya dalal11 menyiapkan projek tahun akhir saya ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan karib say a Kogilava ni, yang banyak l11embantu dalam memberi kan dorongan dan sel11ua pihak yang terlibat dalam menyiapkan projek tahlm akhir tnl. Semoga dengan terhasilnya tesis ini akan memberi mantaat dan kepuasa n kepada semua pihak. Sekian terima kasih. ii

"usat K1U4l11ftt MakJurnal Akadtmik UNlYEkSm MALAYSiA ~J\llA\\IV< lsi KAi'lDUNGAN PENGAKUAN PENGHARGAAN lsi KANDUNGAN SENARAI JADlJAL SENARAI PETA SENARAI CARTA SENARAI GAMBAR SINGKATAN ABSTRAK ABSTRACT ii iii vii vii viii vii_i viii ix x BAB 1 : PENDAHlJLUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Kajian J.3 Bahagian Bahagian D i Kompleks Kraf Ku ala Lumpur 2 3 JA Carta Orga ni sasi 6 1.5 PermasaJahan Kajian 1.6 Objektif Kajian 1.7 Persoalall Kaj iall 1.8 Kepentingan Kajian 1.9 Hipotesis Kajian 1.10 Skop Kaji an 1. I 1 Organisasi Kajian 7 8 9 9 10 10 J J iii

BAB 2 : SO ROTAN KESUSASTERAAN 2.1 Pengellaiall 2.2 Sejarah Kraftangan 12 12 2.3 Definisi 2.3.1 Promosi 2.3.2 Kraf 2.3.3 Peiancong 2.4 Pelancongan Budaya 2.5 Produk Budaya 2.6 Fungsi Promosi 2.7 Teknik Teknik Promosi 2.8 Promosi Kra ftangall 2.9 Kraf sebagai lndustri Kreatif 2.10 Promosi dan Cita Rasa 2.11 Pasaran Kra f 2.12 Kraf dan Masyarakat 2.13 Kesimpuian 14 16 18 21 22 25 27 29 30 30 31 32 33 BAB 3 : MET ADOLOGI KAHAN 3. 1 3.2 3.3 Pengenaian Lokasi Kaj ian Kaedah Kajian 3.3.1 Data Primer 3.3. 1.1 Kuantitatif 3.3. 1.2 Kualitatif 34 35 36 36 37 37 iv

3.3.2 Data Sekunder 38 3.4 Informen 39 3.5 Persam pelan 40 3.6 Instmmen Ka j ian 40 3 7 Limitasi Kajian 42 3 8 Kesimpulan 43 BAB 4: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 44 4.2 Objektif Pertama: Mengkaji peranan yang dimainkan oleh bahagian pasaran dan promosi dalam mempromosikan Kompleks Kraf Kuala Lumpur bagi meningkatkan lagi bilangan pelancong 44 4.2.1 Borang Soal Selidik 46 4.2.1.1 Jantina Keseluruhan Responden 47 4.2.1.2 Bangsa Keseluruhan Responden 48 4.2.13 Umur Keseluruhan Responden 49 4.2.1.4 Kewarganegaraan Responden 50 4.2.1.5 Pendapat tentang Kompleks Kraf Kuala Lumpur. 51 4.2.1.6 Kedatangan pelancong ke Kompleks KIaf Kuala Lumpur. 52 4.2.1.7 Kekerapan pelancong datang ke KKKL. 53 4.2.1.8 Tujuan me1awat Kompleks KrafKuala Lumpur. 54 4.21.9 Penghayatan krafyang dipamerkan di KKKL. 56 4.2.1.10 Cara mengetahui tentang KKKL. 57 4.2.1.11 Bahagian yang menarik perhatian di KKKL 60 4.2.1.12 Melawat Kompleks KrafKuala Lumpur Lagi. 61 v

4.3 Obj ektif Kedua: Meninjau sejauhmanakah keberk esanan strategi promosi Kompl eks Kraf Kuala Lumpur dalam menarik lebih ramai pelancong ke kompl eks tersebut. 63 4.3.1 Penyertaan dalam pameran. 64 4.3.2 Pameran yang pernah dihadiri. 65 4.3.3 Kepenlingan promosi da lam sesuatu pameran. 66 4.3.4 Kepuasan llati dengan strategi promosi. 68 4.3.5 Maklulllat dalalll suratkhabar dan internet berkaitan KKKL. 69 4. 3.6 M elayari laman web kraftangan. 7 1 4.3.7 Produk kraftangan dalam risalah KKKL. 72 4.3.8 Berminat uotuk datang ke KKKL selepas melayari laman web. 74 4. 3.9 KKKL perlu mempertingkatkan strategi promosi. 75 4.3.1 0 Bahagian D: Pendapat responden 77 4.4 Temuramah 78 4.5 Kesimpulan 86 BAB 5: CADANGAN & RUMUSAN KAJIAN 5. 1 Pengenalan 87 5.2 Rumusan 87 5.3 Cadangan 89 5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 93 5.5 Penutup 94 RUJUKAN 95 LAMPIRAN Lampiran A: Borang Soal Selidik 97 Lampiran B: Soalan Temu BuaJ 103 vi

Lampiran C: Lampiran D: Lampiran E: Lampiran F: Lampiran G: Lampiran H: Lampiran J: Lampiran l: Lampira n K: Perkampungan Kraf, KKKL 104 Perkampungan Kraf, KKKL 104 Muzium Kraf, KKKL 105 Kompleks Kraf Kuala Lumpur 105 Poster Pameran Hari Kraf Kebangsaan 20 I 2 KKKL 106 Risalah Promosi Kerja Kahwin KKKL 106 Pameran di KKKL 107 Pameran Promosi Kraf di KKKL 107 Poster strategi promosi KKKL untuk menarik pelancong 108 SENARAI JADUAL l adu al 2. I: Aspek aspek budaya dalam pelancongan Malaysia 24 SENARAI PET A Peta 3. 1: Peta lokasi kedudukan Kompleks KrafKuala Lumpur 36 SENARAl CARTA Carta I. I: Carta organisasi bahagian pasaran dan promosi, KKKL 6 Carta 4. I : 1antina pelancong 47 Calia 4.2 : Bangsa keseluruhan pelancong 48 Carta 4.3 : Umur keseluruhan pelancong 49 Carta 4.4 : Kewarganegaraan keseluruban pelancong 50 Carta 4.5 : Pemahkah pelancong ke KKKL. 5 1 Carta 4.6 : Berapa kali pelancong datang ke KKKL 53 Carta 4.7: Tujuan pelancong datang ke KKKL. 54 vii

Carta 4.8 : Penghayatan kraf oleh pelancong di KKKL. 56 Carta 4.9 : Bagaimana pelancong mengetahui tentang KKKL. 57 Carta 4.10 : Bahagian yang menarik perhatian pelancong di KKKL. 60 Carta 4.11 : Pelancong yang akan melawat KKKL lagi. 61 Carta 4.12 : Pelancong yang menyertai pameran di KKKL. 64 Carta 4.13 : Berapa ka li pelancong menghadiri pameran di KKKL. 65 Carta 4.14 : Peranan promosi dalam sesuatu pameran di KKKL. 66 Carta 4.1 5: Kepuasan hati pelancong dengan strategi promosi di KKKL. 68 Carta 4.16: Maklumat dalam suratkhabar dan internet berkaitan KKKL. 69 Carta 4.17 : Pela ncong yang sering melayari intemet www. kraftangan.com 71 Carta 4.18 : Produk kraftangan dalam risalah KKKL. 72 Carta 4.19 : Berminat nntuk datang KKKL selepas melayari laman web. 74 Carta 4.20 : KKKL perlu mempertingkatkan lagi strategi promosi. 75 SENARAI GAMBAR Gambar 4.1 : Temuramah dengan pegawai di KKKL 79 SINGKATAN KKKL PKKM Ko mpleks KrafKuala Lumpur Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia viii

ABSTRAK Kajian ini memberi tertumpu kepada strategi promosi pelancongan Kompleks KrafKuala Lumpur. Kompleks KrafKuala Lumpur suatu pusat promosi dan pemasara n hasil hasil kraf berkualiti keluaran tempatan untuk memenuhi permintaan pelancong dan penduduk tempatan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji peranan yang dimainkan oleh bahagian pasaran dan promosi dalam mempromosikan Kompleks Kraf Kuala Lumpur bagi meningkatkan lagi bilangan pelancong dan juga meninjau sejauhmanakah keberk esanan strategi promosi kompleks terse but dalam menarik lebih ramai pelancong ke kompleks tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa kedatangan pelancong ke kompl ek s tersebut dipengaruhi oleh strategi promosi yang dilakukan oleh kompleks ini kerana tanpa aktiviti promosi komplek s ini susah untuk mencapai objektifuya. Seterusnya aktiviti promosi dipengaruhi oleh perbelanjaan bagi sesuatu promosi dan tahap kesedaran berkaitan produk kraf oleh pelancong. Maka, pengkaji berharap penghasil an kajian ini dapat membantu pihak Kompleks Kraf Kuala Lumpur untuk meningkatkan lagi kaedah yang bersesuaian untuk melakukan sesuatu promosi supaya meningkatkan lagi pelancong yang datang ke kompleks tersebut. Dengan itu, industri kraf di negara dapar berkembang dengan maju apab ila masyarakat di negara ini menggunakan barang-barang kraf. IX

ABSTRACT This study focu sed on promotion strategy of Craft Complex Kuala Lumpur to ahact the tourists. Craft Complex Kuala Lumpur is a center of promotion and marketin g of locally produced qu ality craft to meet th e demands of tourists and local people. Therefore, this study was conducted to examine th e role played by mark eting and promotions department in Craft Complex Kuala Lumpur to increase the number of tourists and also to explore the effectiveness of the Craft Complex's promotional strategy to attract more tourists to the Craft Complex. T he results showed that the touri st who arrivals to the Craft Complex depended by strategy promoti ons of that complex because without this complex promoti onal activities it 's difficult for the complex to achieve its obj ectives. Then, the promotional acti vities are affected by the expenses for th e promotions and the awareness level of craft products by the tourists. Thus, the re searchers hope thi s study will aid the production of the Craft Complex Ku ala Lumpur to improve the appropriate ways to do promotions to increase the tourists to the complex. Tbus, the cra ft industry can be devel oped very well in this country when people use craft items. x

Istilah "studio kral" telah mendapat perhatian beberapa ketika dan istilah ini digllnakan sebagai sen i yang diamalkan oleh artis yang bekelja bersendirian atau dalam kumpllian kecil. Studio kraf mungkin termasu k studio tembika r, kelja logam, tenunan, wood lurning, gloss blowing dan seni kaca. Kcbanyakan kraf memerlllkan apprenlices, gabllngan kemahiran, kclajuan dan kesa baran. Ku aliti ini membantll dal am membuat karya-karya kraf tenentu. Kllaliti-kualiti ini membantu artificers yang bijak dan inovatif llntllk kekal dalam pemburllan bagi menda pat tawaran yang lebih baik. (Rajneesh Dubey, 2007 dalam artikel ' Craft Importal1l and Utilities '). 1.2 Latar Belakang Kajian Menllrut Perbadanan Kemajllan Krafiangan Malaysia (PKKN), Kraftanga n Malaysia merupakan agensi di bawah Kementerian Peneranga n, Komunikasi dan Kebu dayaan. Ia ditu buhkan di bawah Akta 222, Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, tahun 1979 dan Akta A5 62 Akta Perbadanan Kemajlla n Kraftangan Malaysia (Pindaan) 1983. Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia diketu ai oleh Pengerusi, dan ahlinya yang terdiri daripada Timbalan Pengeru si, Ketua Pengarah Kraftangan Ma laysia dan wakil daripada agensi Kerajaan dan pihak swasta. Pentadbiran Kraftangan Malaysia dik etuai oleh Ketua Pengarah dan dibantll oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketlla Pengarah (Operasi) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) bagi mencapai visi dan misi Kraftanga n M alaysia selaras dengan peranannya. Krafiangan Malaysia mempunya i tiga buah Kompleks Kraf iaitll Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Kompleks Kraf Langkawi dan Kompleks Kraf Seremban yang merupakan lokasi pengunjung tempatan mahupun dari luar negara. Kompleks Kraf 2

memberi peluang kepada pengunjung melihat lebih dekat mengenai kecantikan, keunikan dan kehalusan pembuatan produk kraf yang mempunyai nilai estetika tersendiri. Di samping itu, pengunjung dapat membeli pelbagai jenis produk kraf yang bennutu tinggi. Dalam kajian ini, pengkaji memilih Kompleks Kraf Kuala Lumpur sebagai lokasi kajian. Kompleks Kraf Kuala Lumpur merupakan pusat kraf setempat bagi destinasi pelancongan tempatan dan antarabangsa serta menjadi salah satu lokasi yang mesti dilawati. Memberi peluang kepada pengunjung melihat lebih dekat lagi keunikan dan kecantikan produk kraf tempatan yang mempunyai nilai estetika tersendiri. Kompleks Kraf Kuala Lnmpur menjadi aspirasi aktiviti kraf negara yang meliputi pemasaran, pendidikan, pembudayaan dan pemakanan setempat serta dipenuhi dengan pelbagai aktiviti krafyang beridentiti Malaysia. 1.3 Bahagian bahagian di Kompleks Kraf Kuala Lumpur Menurut Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kompleks Kraf Kuala Lumpur terdiri daripada beberapa bahagian iaitu: i. Jualan Kraf Menawarkan kepelbagaian jualan produk kraf tempatan di kedai Karyaneka untuk dibeli oleh pengunjung dengan tawaran harga yang menarik dan berpatutan. Menjual dan menerima tempahan pelbagai produk kraf dan pilihan, meliputi hadiah dan cenderamata, pakaian dan aksesori, kemasan dan perhiasan nllnah serta perabot dari pelbagai bidang kraf 3

ii. Kedai Hadiah dan Cenderamata Terdapat pelbagai cenderamata kraf mel iputi bidang hasil rimba, tekstil, seramik, loga m dan aneka krafturut dijual. Himpunan prod uk kraf dari semua negeri di seluruh Malaysia memberi peluang kepada pengl.lnjung memilih, membeli dan membuat tempahan dengan harga yang berpatutan. Pengunjung juga boleh me111ilih jenis pembungkl.lsan dan hiasan yang sesuai. Perkhidmatan penghantaran secara percuma di sekitar Lembah Kelang disediakan kepada pe 111beli. iii. Kedai Cenderamata Korporat Karyaneka turut menyediakan ruang khas untuk cend eramata korpora t iaitu produk kra f eksk lu sif dalam pelbagai pilihan untuk dihadiahkan kepada tetamu negara, dan orang perseoranga n. Cenderamata korporat beridentiti Malaysia boleh dibeli terus atau melalui tempahan mengikut imej syarikat dan organisasi. iv. Butik Karyaneka Terdapat pelbagai koleksi pakaian, kain ela, hiasan rumah, aksesori hiasan diri dan lain-lain dari kraf tekstil batik, tenunan dan songket boleh didapati dalam rekaan dan corak eksklusif Bergaya lah dengan fes yen dari kraf tekstil untuk majlis rasmi ke pejabat mahupun bersa nta i. v. Malaysian Modern Felda Malaysian Modern Felda tumt 111enawarkan jualan prodl.lk kraf yang unik dan menarik. Himpunan produk kraf moden konte111porari yang ditawarkan adalah sesuai duadikan cenderamata dan hiasan mmah kepada pengunjung tempatan dan luar negara. 4

vi. Muzium Kraf Muzium kraf ada lah untuk mengenali dan menghayati warisa n kraf zaman ke zaman. Pengumpulan maklumat proses pembuatan kraf serta pameran warisan kraf yang diadakan dapat memberi pendidikan dan kefahaman ya ng berkesan kepada orang ramai dan generasi muda melalui program pemuliharaan kraf warisan. Penghayatan generasi muda ini dapat memupuk minat dan kecintaan mereka ter hadap nilai seni produk kraf ya ng diha silkan, agar terus berkembang hingga ke akhir zaman. Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat tentang kraf melalui buku -buku, cakera padat serta risalah-risalah. vii. Perkampungan Kraf Aktiviti demonstrasi dan interaktif kraf dijalankan di Perkampunga n Kraf bagi memberi peluang kepada pengunjung mempelajari dan menjiwai proses pembuatan produk kraf seperti anyaman rotan, mencanting batik, mengukir kayu dan membuat seramik. Pengunjung berpelu ang mencipta hasil seni kraf yang digemari sa mbil mengasah bakat dan kreativiti diri sendiri melalui tunjuk ajar usahawan di Perkampungan Kraf Bayaran minimum dikenakan kepada pengu njung yang ingin mencuba aktiviti ini. viii. Perkampungan Pelukis Perkampungan Pelukis meluahkan bakat dan kreativiti pelukis-pelukis tempatan dalam menghasilkan seni lukisan asli yang berimej Malaysia. Peminat lukisan boleh berinteraksi dan menyaksikan pelukis menggunakan pelbagai bahan dan teknik tersendiri. Pengunjung baleh membeli ha si l lukisan atau membuat tempahan mengikut citarasa sendir 5

1.4 Carta Organisasi Bahagian pasaran dan promosi, Kompleks Kraf Kuala Lumpur Faezah bin tj Abd. Aziz Peng8rah Nariman binti Yusoff Ke tu a Penolong Pengarah Tengku Azrul Hisham bin Tengku Abdullah Penolong penga rah r Shamsul Azizi bin ~ Sarnsudin I-- PenolonQ. Pengarah Hamidah bintj Hassan Ketua Penolong Pengarah I Noor Azima binti Haji Mohd Alwi Penolong Pengarah 1 I I Mohammad Nass er bin Tun 'Alia Nadirah binti Baharjn I-- Ahmad Suh airni f----- Penoione Penearah Penolong Pengarah Nor Farahin Nazmi biotj Nor Azrni Penolong Pengarah Zurina binti Uamzah Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Yushajirnah binti Misman Penolong Pegawai Ehwal I Ekollomi I Luqrnanul Hakim bin Mokhtar Penolong Pegawai Ehwal Ekonorni f- Hamidah binti Rosly Peno long Pegawai Ehwal Ekonollu I Mohd. Asri bin Abdullah Peno long Pegawai Ehwal Ekonomi Mahizan binti Hashim Penolong Pegawai Ehwal Eko nomj Kanan Ka nan I- Noorazwa binti Abd. Azis Peno long Pegawai Ehwal Ekono mi I Nurdalia Shafinaz bint; Abdullah Penoiong Pega\vai Ehwal Ekono n-u Ahmad bin Said Penolong Pegawa i Ehwa l Ekonomi I Siti Arnizah binti Mohd. Amir Peno long Pegawai Ehwal Ekonomi I lsnaniyah binti Ismail Penolong Pegawai Ehwal Ekono nti Ahmad Effieindie bin Ghazali Pembantu ladbi r (Perk erallian! Ope rasi) 1 Rabitah binti Juahir Pembantu Tadb ir (Perke ran'an/ Operas.) Kanan I- Abdul Rahim bin Zainudin Pembantu T adbi r (Perkeranian / O perasi) Zawahir binti C hc Leh Pengaj ar Kraf Nor Ashikin binti Abdul Manar Pegawai Khidmat Pelao,Q;.gan I-- Zainorabidin bin Abdul Majid Pembantu Am Pej abat Kanan Carta 1. 1: Bahagian Pasaran da n Promosi. (S umber: Kraftangan Malaysia) 6

1.5 Permasalahan Kajian Pengkaji akan menjalankan kajian ini untuk mengkaji sa ma ada strategi promosi yang dijalankan oleh Kompl eks Kraf Kuala Lumpur bersesuaian dengan objektif utama organi sasi itu. Perma sa lahan yang cuba diselidiki dan dikaji adala h mengenai keberkesanan, traleg i promosi ya ng dilakukan oleh Kompleks Kraf Kuala Lumpur da lam menarik pelancong ke kompleks lersebut. Menurut Azrul Affandi Sobry (Berita Harian,6 July 2009), menyatakan bahawa menu rut ha sil perbualan Azrul dengan kebanya kan pempamer di situ, tidak ramai orang tempatan mengetahui kewujudan kompleks itu, malah ada juga orang di Kuala Lumpur sendiri tidak pernah menjejakkan kaki di situ. Ia menimbulkan kekesalan da lam kalangan kebanyakan pencinta seni yang berkampung di situ saban hari kerana apa ya ng dihidangkan kepada pengunjung Kompleks Kraf amat sukar diperoleh di lokasi lain, malah 1a cukup untuk memberikan seribu kepuasan dengan sekadar mengunjungmya. Menurut perbualan Azrul dengan pempamer, dapat tahu bahawa pelancong asing dilibat lebih menghargai dan menghayati hasil seni tangan ma syarakat negara ini sedangkan ia tidak banyak menarik perhatian rakyat tempata n. Menurut pempamer, pelancong asing mudah ditangani kerana mereka tidak cerewet seperti orang tempatan. Mungkin kerana bagi pelancong asing, hasil kraf tempatan unik. Orang tempatan pula tak nampak sangat keunikannya, malah kurang menghargai. Ada juga yang menyatakan bahawa, kurangnya promosi mengenai Kompleks Kra f menyebabkan tidak ramai menyedari kewujudannya meskipun sebenarnya di situ mempunya i banyak hasil kraftangan berkualiti tinggi serta unik yang sukar dijumpai di loka si lain. Oleh kerana keunikan kraftangan tempatan yang terkumpul da lam Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang akan dipaparkan dalam kaj ian ini, maka produk-produk ya ng 7

diutarakan itu dihuraikan secara mendalam. Pendapat yang di utarakan oleh Azrul Affa ndi Sobry itu ma sih boleh dipertikaikan kerana kajian yang dil akukan itu ta npa fakta yang jelas, sedangkan usa ha ya ng dilakukan oleh bahagian pasaran dan promosi, Kompleks Kraf Kuala Lumpur memenuhi strategi di peringkat tempatan dan antarabangsa. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan menilai usa ha-usaha ya ng dilakukan oleh bahagian pasaran dan promosi, Kompleks Kraf Kuala Lumpur dalam mempromosikan produk kra fkepada pela ncong tempatan dan antarabangsa. 1.6 Objektif Kajian Tujuan penyelidikan dijalankan adalah untuk mengenalpasti strategi promosi yang dilakukan oleh bahagian pasaran dan promosi di Kompleks Kraf Ku ala Lumpur itu sendiri untuk menarik perhatian pelancong untuk datang ke kompleks tersebut. Terdapat 2 objektifyang perlu diberi perhatian iaitu: 1. Mengkaji peranan ya ng dimainkan ojeh bahagian pasa ran dan promosi dalam mempromosikan Kompleks Kraf Kuala Lumpur bagi meningkatkan lagi bilangan pelancong. n. Meninjau sejauhmanakah keberkesanan strategi promosi Kompleks Kraf Kuala Lumpur dalam menarik lebih ramai pelancong ke kompleks tersebut. 8

1.7 Persoalan kajian Persoalan yang wujud kepada pengkaji serna sa menjalankan kajian ini adalah: 1. Apakah peranan yang dimainkan oleh babagian pa sa ran dan promosi dalam mempromosikan Kompleks KJaf Kuala Lu mpur bagi meningkatkan lagi bilangan pelancong? 11. Sejauhmanakah keberkesanan strategi promosi Kompleks Kraf Kuala Lumpur dalam menarik lebih ramai pelancong ke kompleks tersebut? 1.8 Kepentingan Kajian Kajian ini diharap dapat menyumbang terhadap memperbahallli kaedah promosi yang dijalankan ol eh pihak Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan juga mengkaji keberkesanan strategi promosi yang dijalankan oleh bahagian pasaran dan promosi dalam menyebarkan dan juga memperkenalkan kompleks terse but kepada pelancong tempatan mahupun luar negara supaya dapat mengetahui dan selcaligus meningkatkan bilangan mereka ke kompleks tersebut. Melalui kajian ini, pengkaji berharap dapat membantu Kompleks KrafKuala Lumpur dalam meningkatkan lagi bilangan pelancong mahupun pengunjung ke kompleks tersebut dan sekaligus dapat menghalllmkan nama kompleks diserata dunia. Seteru snya melalui kajian ini, kompleks dapat meningkatkan lagi kaedah ya ng bersesuaian untuk melakukan sesuatu promosi supaya pelancong dapat mengetahui aktiviti yang dij alal1kan oleh Kompleks Kraf Kuala Lumpur. la juga penting kepada perancang ekonomi dan untuk agensi-agensi pe lancongan yang berkaitan. la dapat dijadikan asas bagi merumus poli si serta strategi perancangan dan pengurusan yang 9

berkaitan dalam mel11bentuk dan mel11bangunkan Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat pejancongan. 1.9 Hipotesis Kajian Peningkatan pelancongan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur ditentukan oleh strategi promosi untuk menar ik pelancong dari luar negara dan tel11patan kerana tanpa kedatangan mereka Kompleks Kra f Kuala Lumpur akan menjadi lesu dan tidak bermaya. 1.10 Skop Kajian Kajian ya ng dijalankan di sekitar Kompleks Kraf Kuala Lumpur adalah berfokus kepada strategi promosi yang dij alankan oleh Kompl eks Kraf Kuala Lumpur dalam menarik lebih ramai pelancong dari dalam negara dan luar negara. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji di sekitar Komplek s Kraf Kuala Lumpur di sebabkan tempatnya menjadi tumpuan bagi ramai pelancong dan juga orang tempatan yang datang melawat kompleks tersebut. Kaj ian juga dijalank an di kompleks tersebut kerana ia memberi peluang kepada pelancong melihat lebih dekat lagi keunikan dan kecantikan produk kraf tempatan yang mempunyai nilai estetika tersendiri. Pengkaji juga mengkaji mengenai keberkesanan strategi promosl yang dijalankan oleh Kompleks Kraf Kuala Lumpur dalam menarik perhatian pelancong tempatan dan pelancong luar negara supaya mengalakkan mereka datang ke kompleks terse but beramai-ramai untuk mengetahui tentang sesuatu aktiviti yang dianjurkan oleh kompleks terse but. 10

1.11 Organisasi Kaji an Kajian ini teltumpu kepada strategi promosi Kompleks Kraf Kuala Lumpur untuk menarik pelancong. Kajian ini dimulai dengan Bab 1, yang membinca ngkan tentang latar belakang kajian, permasalahan kajian, obj ektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, skop kajian dan juga kepentingan kajian. Dalam Bab 2 iaitu sorotan kesusasteraan pu la akan dibincangkan tentang beberapa kajian lepas daripada bukll, artikel, dan laman web berkaitan promosi, kral; dan pelancong. Selel11 Snya Bab 3 ada lah metodologi kajian yang berkaitan tentang lokasi kaj ian, kaedah kajian, populasi kajian, persampelan, instl11m en kajian, dan limitasi kajian. Dalam Bab 4 berkaitan dengan anal isis dan dapatan kajian ya ng akan dibincangkan tentang hasil dapatan ka jian melalui kaedah kajian ya ng digunakan iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kllatitatif. Akhirnya, iaitu Bab 5 adalah l11mllsan dan cadangan kaj ian yang akan dibinca ngkan tentang ha sil rumusan keseluruhan kajian ini dan memberi beberapa cadangan supaya masalah-masalah yang wujud dapat diatasi. Selai n daripada iru, pengkaji juga akan memberi beberapa cadangan kepada para pengkaji yang ingin membual kajian lanjutan dari segi aspek motif kraf dan rekabentuk kraf tradisiona l mengikutjenis dan bahan yang digunakan. 11

BAB2 SOROTAN KESUSASTERAAN 2.1 Pengenalan Sorotan kesusasteraan adalah membuat rujukan secara kritikal dan sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat. idea. data dan ka edah memperoleh maklumat, yang berkaitan denga n tajllk kajian ya ng akan dilaksa nakan. (Chua Yan Piaw, 2006). Dalam bab ini pengkaji telah mengkaji beberapa kajian lepas daripada buku, artikel, journa l dan laman web. 2.2 Sejarah Kraftangan Menurut Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM), Semenanjung Malaysia terletak di huju ng Benu a Asia dengan ta nah yang menganjur mensu su ri Lalit China Selatan dan Selat Melaka. Kedudukan geografi ini menjadikan Malaysia salah satu laluan perdagangan utama dunia. Menyusuri galur warisan kraftanga n Malaysia faktor geografi ini berperanan membentuk keperibadian hasil keq.kangan kraftangan negara. Pedagang-pedaga ng dari India, Asia Barat dan China membawa hasil dagangan bersama budaya yang kini mewarnai rupa bentuk kraftanah air. Menllrut PKKM, abad ke 19 pelbagai seni kraf berkembang di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak. Tllkang-tukang kraf ketika itu bernau ng di bawah penga l1jh istana dan pembesar-pembesar negeri, menjadikan seni kraf tempatan tidak 12