UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN PENYEWAAN PERUMAHAN SITI NOOR FARAHANIS BINTI FADZIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

IMPAK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) KEPADA NILAI HARTA TANAH KEDIAMAN DI SETAPAK, KUALA LUMPUR SITIAYU ZUBAIDAH BINTI YUSUF

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

counselling2u.uitm.edu.my

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

(GEOGRAFI) HULUBERNAM ROSLAN B. SAAD PROJEK INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK FAKULTI SAINS KEMANUSIAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

Daya Saing Bandar Kecil: Satu Penelitian Dari Aspek Persepsi Penduduk Dalam Kawasan Majlis Daerah Tanjong Malim

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

..., C t;~:~xj ')' KESANPEMBANGUNANPERUMAHANTERHADAP KUALITI HID UP PENDUDUK BANDAR LINDA ANAK ABRAHAM PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN,

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal


KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEPUASAN PENGHUNI TERHADAP PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI OLEH KONTRAKTOR PENYELAMAT KAJIAN KES : TAMAN PERINDUSTRIAN HIJAU, RAWANG

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN BAGI GENERASI Y FARAH HANAN BINTI MD ANUAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

TAKLIMAT ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN: SUB-KOMPONEN JARINGAN KOMUNITI


NAJMAH NAWAWI MOHD NUSI ABD. RAHMAN NOOR SHAFEEZA ZAINUDDIN NUR SYAZWANI ZAINUL ABIDIN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FAKTOR-FAKTOR KRITIKAL BAGI PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI FADZILAH BINTI IBRAHIM

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

Faculty of Engineering

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

Guide for Activity Report Panduan untuk Laporan Aktiviti

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

PERSEPSI PEKERJA TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA NOR AZLINA BINTI HJ WAHAP

Jumal Kinaballl IV (1998) 58-76

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

LAMPIRAN 3 M A R I N E S C I E N C E L E A D E R S H I P

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

NURUL SA ADAH BINTI SABDIN

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

OSCC Case Study. Aplikasi Sistem Maklum Balas Sesi Latihan & Khidmat Sokongan (e- Penilaian) IAB. Agensi Kerajaan : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

Kos Perbelanjaan Perumahan dalam Kalangan Penduduk Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Sederhana di Pulau Pinang

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

Impak Pasir Belanda Resort Terhadap Pembangunan dan Perubahan Sosiobudaya Masyarakat Setempat Muhamad Khalid Bin Razali (37208)

Transcription:

TAHAP DAYA TAHAN PERNIAGAAN (BUSINESS RESILIENCE) DALAM PREMIS PENGINAPAN SKALA KECIL: DESARU, JOHOR MARIA BINTI MOHD YATIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP DAYA TAHAN PERNIAGAAN (BUSINESS RESILIENCE) DALAM PREMIS PENGINAPAN SKALA KECIL: DESARU, JOHOR MARIA BINTI MOHD YATIM Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Perancangan Pelancongan Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia Jun 2012

Khas ditujukan kepada keluarga tersayang, Suami Mohd Izwan bin Wahab, Anak-anak Marsya Iwani Syakirah, Marsya Iwani Syahirah dan Miftah Danish Hakimi, Ayah Mohd Yatim bin Sahim, Mak - Ngaisah binti Sujak dan Ibu Mertua Amirah binti Othman serta Rakan-rakan seperjuangan.

PENGHARGAAN Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada beberapa individu yang telah membantu saya dalam menyiapkan tesis ini. Penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis, Dr. Hairul Nizam bin Ismail di atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh penyediaan laporan tesis ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah iaitu Prof. Dr. Amran bin Hamzah, Prof. Dr. Zainab Khalifah dan En. Ahmad Tajuddin Hj. Kechik di atas panduan dan nasihat yang telah diberikan. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada pengusaha-pengusaha resort iaitu Batu Layar Beach Resort, Punggai Bayu Beach Resort, Chalet D Punggai, Tanjung Sepang Beach Resort dan Punggai Indah (Z) Beach Resort serta tidak ketinggalan Puan Noriah binti Hussain (Penolong Pengurus Bahagian Pelancongan, KEJORA) yang banyak membantu sepanjang saya menjalankan kajian lapangan. Tidak dilupakan juga kepada semua rakan-rakan seperjuangan di atas nasihat dan pertolongan yang diberikan sepanjang saya menjadi warga UTM, Skudai. Akhir sekali buat ahli keluarga saya yang banyak membantu serta memberi sokongan dan juga kepada individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kajian ini. Segala kerjasama dan jasa baik kalian akan dikenang selamanya.

ABSTRAK Penyediaan infrastruktur dan prasarana dari premis penginapan skala kecil adalah pelengkap bagi menampung keperluan pelancong terutama di dalam sektor penginapan. Premis penginapan yang sentiasa berkeupayaan untuk menarik dan memenuhi permintaan pelanggan seterusnya mengekalkan pelanggan sedia ada selalunya akan terus berdaya saing di dalam pasaran. Oleh yang demikian, kajian ini memberikan tumpuan kepada resort-resort berskala kecil di kawasan pantai peranginan Desaru, Johor. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap daya saing resort-resort skala kecil. Di antara resort-resort yang terlibat dalam kajian ini adalah Batu Layar Beach Resort, Punggai Bayu Beach Resort, Chalet D Punggai, Tanjung Sepang Beach Resort dan Punggai Indah (Z) Beach Resort Untuk mencapai matlamat kajian ini, kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif yang mana pengkaji telah menjalankan beberapa sesi temu bual bersama beberapa responden. Hasil daripada kajian ini dapat digunakan oleh pihak-pihak berkepentingan untuk membantu daya saing resort-resort skala kecil ini bagi berdaya saing dalam industri pelancongan.

ABSTRACT Provision of infrastructure and facilities of small scale accommodation premises is complementary in catering the needs of tourist especially in accommodation sector. Accommodation premises that able to attract and satisfy customer needs normally will prevail and remain competitive in the market. Therefore, this research studies centred and focused on small-scale resorts at Desaru beach area. Objective and goal of this study is to identify the level of competitiveness of small scale resorts within the rapid development of big scale resorts, hotel and theme parks at the same area. The resorts involved in this research and studies are Batu Layar Beach Resort, Punggai Bayu Beach Resort, Chalet D Punggai, Tanjung Sepang Beach Resort dan Punggai Indah (Z) Beach Resort. In order to achieve the objective of this research and studies, qualitative approach has been used on which researcher has conducted numbers of interviews with selected respondents. Results from this research and studies can be utilized by immediate stakeholders to assist and support the small scale resorts in ensuring they remain continuously competitive in the tourism industry regardless of the rapid growth of big scale resorts and hotels within the area.

KANDUNGAN MUKA SURAT BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN 1 1.2 PENYATAAN MASALAH 4 1.3 PERSOALAN KAJIAN 4 1.4 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN 5 1.5 SKOP KAJIAN 6 1.5.1 Kajian Literatur 6 1.5.2 Menganalisa kelebihan premis penginapan skala kecil untuk kekal bersaing menyediakan perkhidmatan penginapan 1.5.3 Menganalisa segmentasi pengunjung yang menginap di premis penginapan skala kecil di Desaru 1.5.4 Menganalisa pelaksanaan strategi perniagaan oleh pengusaha premis penginapan pelancongan skala kecil di Desaru 1.6 PENDEKATAN KAJIAN 7 1.6.1 Fasa I - Kajian Awal 7 1.6.2 Fasa II - Pengumpulan Maklumat 7 1.6.3 Fasa III Analisis 8 1.6.4 Fasa IV - Penemuan Kajian dan Cadangan 8 1.7 KAWASAN KAJIAN 10 6 6 7 1.8 KEPENTINGAN KAJIAN 12

KANDUNGAN MUKA SURAT BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN 13 2.2 PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) 13 2.2.1 Pengenalan dan Definisi Perniagaan Kecil 15 2.2.2 Kepentingan PKS dalam Pelancongan 16 2.3 TIPOLOGI PENGINAPAN 17 2.3.1 Pengkelasan Premis Penginapan 20 2.4 SEGMENTASI PEMASARAN 25 2.4.1 Definisi Segementasi Pemasaran 25 2.4.2 Asas Segmentasi Pemasaran 27 2.4.3 Sasaran Pasaran 28 2.4.4 Pemposisian Pasaran 28 2.5 MODEL PELANCONGAN TOURISM AREA LIFE CYCLE BUTLER S 29 2.6 DAYA TAHAN PERNIAGAAN BUSINESS RESILIENCE 35 2.6.1 Definisi Daya Tahan Resilience 35 2.6.2 Enam Asas Daya Tahan Perniagaan Business Resilience 2.7 STRATEGI PENGUSAHA PENGINAPAN 38 2.7.1 Model Perniagaan Business Model Canvas 39 2.7.2 Sistem Kawalan Pengurusan 41 2.7.3 Strategi Pemasaran Berkesan 42 35

KANDUNGAN MUKA SURAT 2.8 PERKEMBANGAN SEKTOR PELANCONGAN NEGERI JOHOR 2.8.1 Unjuran Ketibaan Pelancong Asing ke Negeri Johor 2000 2020 2.8.2 Dasar/ Polisi Rancangan Struktur Negeri Johor Dalam Konteks Sektor Pelancongan 50 52 53 BAB 3 KAWASAN KAJIAN 3.1 LOKASI 55 3.2 SEJARAH DESARU 58 3.3 TARIKAN DAN SUMBERJAYA 59 3.4 RASIONAL PEMILIHAN KAWASAN KAJIAN 61 3.5 PREMIS PENGINAPAN SKALA KECIL DI PANTAI PERANGINAN DESARU 3.5.1 Tanjung Sepang Beach Resort 64 3.5.2 Batu Layar Beach Resort 65 3.5.3 Punggai Bayu Beach Resort 66 3.5.4 Chalet D Punggai 67 3.5.5 Punggai Indah (Z) Beach resort 67 3.6 METODOLOGI DAN PENDEKATAN KAJIAN 68 3.6.1 Kaedah Kajian Kualitatif: Temu bual Semi-struktur Indepth 64 68

KANDUNGAN MUKA SURAT BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN 4.1 PENGENALAN 72 4.2 PEMILIHAN SAMPEL KAJIAN 72 4.3 ANALISIS TAHAP DAYA SAING PREMIS PENGINAPAN KELAS SEDERHANA DI PANTAI PERANGINAN DESARU 4.3.1 Kelebihan dan Halangan Premis Penginapan 74 4.3.2 Kawalan Pengurusan oleh Pengusaha Premis Penginapan 4.3.3 Pelaksanaan Strategi-strategi Pemasaran Berkesan 81 4.4 KESIMPULAN 86 73 80 BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN 93 5.2 RUMUSAN 93 5.3 CADANGAN 95 BIBILIOGRAFI 97

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT Rajah 1.1 Carta Alir Pendekatan Kajian 9 Rajah 1.2 Peta Kawasan Kajian Desaru 10 Rajah 2.1 Pembahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia 15 Rajah 2.2 Langkah-langkah di dalam Segmentasi Pemasaran, Sasaran Pasaran dan Market Positioning 26 Rajah 2.3 Model Tourism Area Life Cycle Butler 1980 30 Rajah 2.4 Business Model Canvas 40 Rajah 2.5 Sistem Pelancongan 44 Rajah 2.6 Model Kesedaran dan Pemilihan Destinasi oleh Woodside dan Lysonski, (1989) 46 Rajah 2.7 Unjuran Ketibaan Pelancong Asing ke Negeri Johor 2000 2020 53 Rajah 2.8 Zon Pembangunan berasaskan Aktiviti Pelancongan Negeri Johor 2000 2020 54 Rajah 3.1 Kemudahsampaian ke Desaru 56 Rajah 3.2 Kemudahan Lebuh Raya E22 57 Rajah 3.3 Lokasi Kajian 62 Rajah 3.4 Cadangan Pembangunan Desaru 63 Rajah 4.1 Antara Kemudahan Yang Disediakan Kepada Pengunjung 78

Rajah 4.2 Antara Saluran Media Sosial Facebook Sebagai Alat Promosi Resort 83 Rajah 4.3 Orientasi 1 4 Penemuan Kajian bagi Tahap Daya Saing Premis Penginapan Skala Kecil Di Pantai Peranginan Desaru 84 Rajah 4.4 Rajah 4.5 Rajah 4.6 Rajah 4.7 Orientasi 5-7 Penemuan Kajian bagi Tahap Daya Saing Premis Penginapan Skala Kecil Di Pantai Peranginan Desaru Ketahanan Mempengaruhi Keseluruhan Tanjung Sepang Beach Resort Ketahanan Mempengaruhi Keseluruhan Batu Layar Beach Resort Ketahanan Mempengaruhi Keseluruhan Punggai Bayu Beach Resort 85 86 87 88 Rajah 4.8 Ketahanan Mempengaruhi Keseluruhan Chalet D Punggai 89 Rajah 4.9 Ketahanan Mempengaruhi Keseluruhan Punggai Indah (Z) Beach Resort 90 SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT Jadual 1.1 Ketibaan Pelancong Mengikut Negara 2010 2012 3 Jadual 1.2 Senarai Penginapan di Sekitar Pantai Peranginan Desaru 11 Jadual 1.3 Tarikan di Sekitar Desaru 11 Jadual 2.1 Ringkasan Jenis-jenis Hotel/Resort 20 Jadual 2.2 Premis Penginapan Pelancong Yang Telah Dikelaskan 22

Jadual 2.3 Premis Penginapan Pelancong Yang Belum Dikelaskan/Ditangguh 23 Jadual 2.4 Premis Penginapan Pelancong Yang Tidak Layak Dikelaskan/Ditangguh 24 Jadual 2.5 Petunjuk Aras bagi Model Tourism Area Life Cycle oleh Butler 31 Jadual 2.6 Aktiviti Explore Johor 52 Jadual 3.1 Data Trafik Plaza Toll Penawar 58 Jadual 3.2 Tarikan dan Sumber Jaya Sekitar Desaru 61 Jadual 3.3 Kemudahan di Tanjung Sepang Beach Resort 65 Jadual 3.4 Kemudahan di Batu Layar Beach Resort 65 Jadual 3.5 Kemudahan di Punggai Bayu Beach Resort 66 Jadual 3.6 Kemudahan di Chalet D Punggai 67 Jadual 3.7 Kemudahan di Punggai Indah (Z) Beach Resort 68 Jadual 3.8 Pemboleh Ubah yang Digunakan Dalam Kajian Sebagai Panduan Temu Bual 71 Jadual 4.1 Senarai Responden 73 Jadual 4.2 Jadual 4.2: Rumusan daripada Analisis Data bagi Resort Skala Kecil di Kawasan Kajian 92

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Dewasa ini industri pelancongan merupakan di antara industri terbesar dan paling menguntungkan di dunia. Ia juga merupakan antara industri yang kukuh dan mampu menarik minat pelabur dan usahawan bergiat cergas dalam industri yang berorientasikan perkhidmatan ini. WTO menganggarkan jumlah pelancong seluruh dunia bagi tahun 2010 akan meningkat kepada satu billion orang dan 1.6 billion orang pada tahun 2020. Justeru itu, kebanyakan negara mengambil peluang membangunkan industri pelancongan untuk mempertingkatkan pertukaran mata wang asing di samping menjana pertumbuhan ekonomi di sekitar destinasi pelancongan. Malaysia juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama mengorak langkah membangunkan sektor pelancongan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Laporan Tahunan MITI 2010 industri pelancongan merupakan industri ke-5 terbesar selepas minyak, gas dan tenaga, perkhidmatan kewangan, perdagangan borong dan runcit serta minyak sawit. Selain menjadi sumber pendapatan pertukaran wang asing, peningkatan dalam aktiviti-aktiviti pelancongan menjana kesan pengganda dalam sektor ekonomi lain seperti industri hotel, perniagaan runcit, restoran dan pengangkutan.

Berikut merupakan statistik ketibaan pelancong ke Malaysia 2010-2012 mengikut negara. Januari - Disember Negara 2010 2011 2012 Singapura 1,3042,004 13,372,647 13,014,268 Thailand 1,458,678 13,32,048 1,263,024 Indonesia 2,506,509 2,134,381 2,382,606 Brunei 1,124,406 1,239,404 1,258,070 Filipina 486,790 362,101 508,744 Vietnam 159,271 173,783 211,008 Kemboja 48,618 49,472 50,179 Laos 38,111 29,520 38,364 Myanmar 72,792 81,946 83,473 China 1,130,261 1,250,536 1,558,785 Japan 415,881 386,974 470,008 Taiwan 211,143 233,783 242,519 Korea Selatan 264,052 263,428 283,977 India 690,849 693,056 691,271 Arab Saudi 86,771 87,693 102,365 UAE 25,645 24,212 n.a Iran 116,252 139,617 127,404 Kanada 91,701 86,015 86,931 U.S.A 232,965 216,755 240,134 Australia 580,695 558,411 507,948 New Zealand 66,152 81,387 65,726 United Kingdom 429,965 403,940 402,207 Denmark 24,869 22,269 24,408 Finland 21,355 19,969 n.a Norway 22,773 19,891 19,996 Sweden 48,971 44,138 38,418 Belanda 114,887 90,590 88,404 Perancis 111,175 127,980 136,172 German 130,896 124,670 131,277 Switzerland 27,894 25,802 27,360 Rusia 32,075 38,918 44,765

Januari - Disember Negara 2010 2011 2012 Austria n.a 13,082 13,679 Itali 46,068 43,864 44,330 Turki 9,149 85,777 n.a Afrika Selatan 26,395 31,441 23,635 Sepanyol n.a n.a 23,594 Ireland n.a n.a 21,639 Kazakstan n.a n.a 20,188 Iraq n.a n.a 21,939 Nepal n.a n.a 123,173 Bangladesh n.a n.a 86,465 Pakistan n.a n.a 79,989 Sri Lanka n.a n.a 62,821 Oman n.a n.a 24,977 Nigeria n.a n.a 18,792 Belgium n.a n.a 17,151 Poland n.a n.a 13,432 Lain-lain 68,0178 792,024 337,093 Jumlah Keseluruhan 24,577,196 24,714,324 25,032,708 Jadual 1.1: Ketibaan Pelancong Mengikut Negara 2010 2012 Sumber: Kementerian Pelancongan Malaysia Dalam rangka mencapai matlamat yang telah digariskan, pelbagai kempen dan promosi yang holistik perlu diadakan untuk memperkenalkan Malaysia di seluruh dunia termasuk penglibatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam sektor pelancongan. Penyediaan infrastruktur dan prasarana dari premis penginapan skala kecil sebagai pelengkap bagi menampung keperluan pelancong terutama sekali di dalam sektor penginapan seperti resort dan chalet. Sektor penginapan yang sentiasa berkeupayaan untuk menarik dan memenuhi permintaan pelanggan seterusnya mengekalkan pelanggan sedia ada selalunya akan terus berdaya saing di dalam pasaran.

1.2 PENYATAAN MASALAH Suatu ketika dahulu, Desaru merupakan destinasi pelancongan pilihan di kalangan pelancong tempatan dan asing terutama sekali warga Singapura. Namun, berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pusat peranginan Desaru mengalami fasa kemalapan dan kelembapan pembangunan pada sekitar tahun 1998 sehingga banyak kegiatan pelancongan terhenti kerana kurang mendapat sambutan. Tambahan lagi dengan pembangunan destinasi-destinasi pelancongan yang lain telah menyebabkan reputasi Desaru sebagai pantai peranginan semakin pudar dan dilupakan. Walaubagaimanapun, masih terdapat hotel-hotel yang masih beroperasi. Di antaranya adalah Lotus Desaru Beach Resort, Pulai Beach Resort dan Desaru Damai Beach Resort Tidak ketinggalan juga premis penginapan yang berskala kecil dan sederhana didirikan bagi melengkapkan penawaran penginapan kepada pengujung di Desaru. Premis-premis penginapan tersebut adalah Batu Layar Beach Resort, Pelangi Balau Resort, Chalet D Punggai, Bayu Balau Beach Resort, Punggai Bayu Beach Resort dan Tanjung Sepang Resort. Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin mengkaji daya tahan tahan premis penginapan skala kecil di sekitar pantai peranginan Desaru, Johor. 1.3 PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian yang disenaraikan ini juga merupakan rangka kajian yang bakal dilaksanakan. Ia juga akan digunakan untuk menilai pencapaian matlamat kajian pada akhirnya. 1. Apakah kelebihan premis penginapan skala kecil untuk kekal bersaing menyediakan perkhidmatan penginapan sehingga kini? Bagaimanakah pengusaha premis skala kecil menggunakan produk pelancongan, servis dan pengurusan sumber manusia sebagai kelebihan asas premis penginapan?

2. Adakah strategi pengusaha premis penginapan yang dirancang dan dilaksanakan dapat membantu premis penginapan skala kecil berdaya saing? Bagaimanakah pengusaha premis penginapan kelas sederhana di Desaru merancang dan melaksanakan strategi-strategi perniagaan? 3. Apakah pelan tindakan perniagaan yang perlu dilaksanakan oleh pengusaha-pengusaha premis penginapan skala kecil di Desaru untuk terus berdaya saing? Bagaimanakah pihak premis penginapan skala kecil di Desaru merancang dan melaksanakan strategi-strategi pemasaran yang berkesan? 1.4 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN Matlamat utama dalam kajian ini adalah untuk menyumbang kepada pemahaman pembangunan sektor penginapan skala kecil di Desaru. Objektif Kajian 1. Mengenalpasti kelebihan premis penginapan skala kecil untuk kekal bersaing menyediakan perkhidmatan penginapan di sekitar pantai peranginan di Desaru. 2. Mengenalpasti bagaimanakah pengusaha premis penginapan skala kecil menguruskan perniagaan. 3. Mencadangkan pelan tindakan perniagaan yang perlu dilaksanakan oleh pengusaha premis penginapan skala kecil untuk terus berdaya saing. 1.5 SKOP KAJIAN

Terdapat beberapa aspek kajian yang akan dikaji berdasarkan kemampuan pengkaji dalam jangka masa kajian yang terhad. Oleh itu, bidang kajian ini merangkumi aspek-aspek kajian seperti berikut: 1.5.1 Kajian Literatur Kajian literatur ini merupakan bahagian yang menghuraikan topik yang akan dikaji secara teoritikal dan terperinci. Ia melibatkan ulasan-ulasan buku, jurnal, keratan akhbar serta kajian-kajian lepas yang berkaitan. Antara kandungan yang akan diperincikan dalam bahagian ini merangkumi penyelidikan berkaitan dengan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), segmentasi pemasaran, tipologi penginapan pelancongan, Model Kitar Hayat Destinasi Pelancongan (TALC), daya tahan perniagaan dan strategi pemasaran berkesan. Secara ringkasnya, dalam bahagian ini pengkaji perlu memahami bidang kajian dengan lebih mendalam. Hal ini kerana, untuk memberi pemahaman, pendedahan dan gambaran yang jelas terhadap kajian yang bakal dijalankan agar dapat disesuaikan semasa kajian dilakukan. 1.5.2 Menganalisa kelebihan premis penginapan skala kecil untuk kekal bersaing menyediakan perkhidmatan penginapan. Tujuan analisa ini adalah untuk mengkaji daya saing atau kelebihan yang dimiliki oleh penginapan skala kecil di Desaru yang dapat disediakan kepada para pengunjung. 1.5.3 Menganalisa segmentasi pengunjung yang menginap di premis penginapan skala kecil di Desaru.

Tujuan analisa ini adalah untuk melihat jenis-jenis pengunjung yang kerap menginap di premis penginapan skala kecil di Desaru. 1.5.4 Menganalisa pelaksanaan strategi perniagaan oleh pengusaha premis penginapan pelancongan skala kecil di Desaru. Tujuan analisa ini adalah untuk mengkaji sama ada strategi perniagaan yang di laksanakan pengusaha premis penginapan di Desaru mampu membantu premis penginapan berskala kecil ini berdaya saing. 1.6 PENDEKATAN KAJIAN Bagi tujuan mencapai objektif kajian yang telah digariskan, proses yang sistematik telah dirangka. Pada dasarnya, proses penyelidikan ini melibatkan empat peringkat utama iaitu Kajian Awal, Pengumpulan Maklumat, Analisis dan Penemuan Kajian dan Cadangan (Rajah 1.1). 1.6.1 Fasa I - Kajian Awal Langkah pertama dimulai dengan mengenal pasti isu dan masalah sebelum menetapkan matlamat dan objektif. Seterusnya, persoalan penyelidikan dalam kajian dirangka merujuk kepada kajian literatur dan kajian teoritikal. Setelah itu, empat skop kajian ditentukan dengan berdasarkan persoalan penyelidikan. 1.6.2 Fasa II - Pengumpulan Maklumat Fasa ini melibatkan dua komponen iaitu data primer dan data sekunder di mana ianya digabungkan bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian. Bagi data primer, kajian tapak dijalankan melalui kaedah temu bual. Manakala data sekunder

diperoleh daripada laporan, polisi, garis panduan, statistik daripada Tourism Malaysia, Jabatan Pelancongan Negeri Johor, KEJORA dan sebagainya. 1.6.3 Fasa III Analisis Fasa ini melibatkan analisis terhadap data dan maklumat yang dikumpulkan semasa fasa ke dua. Pada peringkat awal, analisis dilakukan untuk mengetahui kelebihan asas premis penginapan skala kecil di Desaru. Kemudian, analisis ini akan melihat strategi perniagaan yang dijalankan oleh pengusaha premis penginapan dan seterusnya mencari pelaksanaan strategi perniagaan yang bersesuaian premis penginapan skala kecil di pusat peranginan Desaru. 1.6.4 Fasa IV - Penemuan Kajian dan Cadangan Fasa yang terakhir iaitu penemuan kajian dan rumusan daripada analisis yang telah dibuat. Fasa ini juga turut menjawab persoalan kajian yang telah dibentuk dan seterusnya mencapai matlamat kajian iaitu Menyumbang kepada pemahaman daya tahan premis penginapan skala kecil di Desaru.

FASA 1: KAJIAN AWAL MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERSOALAN PENYELIDIKAN SKOP KAJIAN MENILAI KEADAAN SEMASA PREMIS PENGINAPAN MENGENAL PASTI PENGUNJUNG PREMIS PENGINAPAN MENGENAL PASTI KEUPAYAAN PREMIS PENGINAPAN FASA 2: PENGUMPULAN DATA PENGUMPULAN DATA FASA 3: ANALISIS ANALISIS DAN PENEMUAN KELEBIHAN PREMIS PENGINAPAN SKALA KECIL KELEMAHAN PREMIS PENGINAPAN SKALA KECIL PELUANG- PELUANG PREMIS PENGINAPAN SKALA KECIL FASA 4: PENEMUAN KAJIAN RUMUSAN DAN CADANGAN Rajah 1.1: Carta Alir Pendekatan Kajian Sumber: Pengkaji, 2013

1.7 KAWASAN KAJIAN Desaru terletak di pantai timur Tanjung Penggerang di bahagian tenggara negeri Johor dan berada di hujung tenggara Semenanjung Malaysia. Kedudukan Desaru (Rajah 1) ialah pada garis lintang 1 35 U dan 1 25 U dan pada garis bujur 104 18 T dan 104 18 T. Desaru merupakan sebuah kawasan yang unik kerana di bahagian timur Desaru terbentang Laut China Selatan manakala Selat Tebrau pula terletak di bahagian selatannya. Kawasan Desaru adalah di bawah pentadbiran jajahan Kota Tinggi. Rajah 1.2: Peta Kawasan Kajian Desaru Kebanyakan penduduk yang menetap di kawasan Desaru merupakan bangsa Melayu yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan dan ada juga yang menjadi peneroka. Pihak yang bertanggungjawab di atas kemajuan kawasan Desaru ialah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara atau ringkasnya dikenali sebagai KEJORA.

Desaru mempunyai daya penarik yang tersendiri iaitu pantai berpasir putih yang bersih menjadi faktor penarik kepada pelancong tempatan mahupun pelancong luar negeri. Sehubungan dengan itu, sektor penginapan mengambil peluang keindahan alam semula jadi ini untuk mendirikan hotel, resort mahupun chalet untuk memberikan perkhidmatan penginapan kepada pelancong yang mengunjungi Desaru. Di antara penginapan-penginapan yang disediakan di sekitar pantai peranginan Desaru adalah: Bil Hotel/Resort/Chalet 1 Pelangi Balau Resort 2 Chalet Tanjung Balau 3 Lotus Desaru Beach Resort 4 The Pulai Desaru Beach 5 Desaru Damai Beach Resort 6 Batu Layar Beach Resort 7 D Punggai Chalet 8 Punggai Beach Resort 9 Punggai Indah (Z) Beach resort 10 Tanjung Sepang Beach Resort Jadual 1.2: Senarai Penginapan di Sekitar Pantai Peranginan Desaru Selain dari menawarkan keindahan semula jadi, Desaru turut mempunyai tempat-tempat menarik yang dikunjungi oleh pelancong sepanjang tempoh percutian mereka di Desaru. Jadual 1.3 di bawah menunjukkan tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Desaru. Bil Tempat-Tempat Menarik 1 Ladang Ostrich di Teluk Ramunia 2 Ladang Buaya di Teluk Sengat 3 Desaru Fruit Farm 4 Muzium Nelayan Tanjung Balau 5 Kampung Nelayan Tanjung Balau 6 Kelip-kelip di Sungai Lebam 7 Kompleks Sejarah Kota Johor Lama Jadual 1.3: Tarikan di Sekitar Desaru

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN Sektor Pelancongan baru-baru ini, akhirnya telah dikenal pasti menjadi antara penyumbang sektor ekonomi terbesar kepada ekonomi negara dan negeri Johor. Sehubungan dengan ini, Jabatan Pelancongan Negeri Johor telah melengkapkan Pelan Perancangan Strategik Pelancongan 2011 2015 yang akan menjadi panduan pembangunan, pemasaran dan perkhidmatan di dalam industri pelancongan dengan mengambil kira kepentingan semua pihak. Pembangunan pelancongan di Desaru akan mendapat kesan positif di atas pelan perancangan strategik ini. Justeru itu, kajian ini amat penting bagi menyokong hasrat murni yang telah dirancang oleh Jabatan Pelancongan Negeri Johor. Dapatan kajian yang diperoleh akan membantu pengusaha premis penginapan kelas sederhana merangka pelan tindakan pemasaran yang bersesuaian dengan evolusi premis perniagaan tersebut. Seterusnya, pihak Jabatan Pelancongan dapat mencapai objektif yang telah digariskan di dalam Pelan Perancangan Strategik Pelancongan 2011 2015. Keupayaan pengusaha premis penginapan skala kecil kekal dalam industri dan seterusnya menjadi pemangkin kepada penambahbaikan tahap ekonomi dan sosial di kalangan komuniti tempatan seperti memberikan peluang pekerjaan dan mempelbagaikan ekonomi penduduk tempatan. Seterusnya mampu memberi ruang dan peluang menerapkan ciri-ciri keusahawanan di kalangan komuniti tempatan.

BIBILIOGRAFI Bell, M. (2002). Five Principles of Organizational Resilience. Bolton, D. (2004). Change, coping and context in the resilient organisation. Mt Eliza Business Review, 7, 56-66. Buhalis, D. (1998). Strategic use of information technologies in the tourism industry. Tourism Management, 19: 409 421. Burn, R.B. (1995). Introduction to Research Methods. Melbourne. Longman Burnette, John J. (1984). Promotion Management-A Strategic. 2 nd Publishing Company. Edition. West Butler, R.W. (1980). The Concept of Tourist Area Cycle of Evolution and Implications for Management. The Canadian Geographer, 24: 5-12. Coutu, D. L. (2002). How Resilience Works. Harvard Business Review, 46-55. Decorp, D. (2006). Vacation Decision Making. CABI International Wallingford, Oxfordshire. Damonte, L., Rompf, P., Bahl, R., & Domke, D. (1997). Brand affiliation and property size effects on measures of performance in lodgings industry. Hospitality Research Journal, 20 (3):1-16 Dolnicar, S. (2008). Market segmentation in tourism, in Woodside, AG and Martin, D (eds), Tourism Management: Analysis, Behaviour and Strategy, CAB International, Cambridge, 129-150.

Fakhrul Zaman Abdullah, Nor Khomar Ishak & Farah Liyana Bustaman. (2012). A Case Study of Small Budget Chalets at East Cost of Malaysia. International Journal of Business and Social Science, 3(1): January 2012. Liu, Z. (2000). Internet tourism marketing: potential and constraints. Fourth International Conference Tourism in Southeast Asia & Indo-China: Development, Marketing and Sustainability. Chiang Mai, Thailand. Mastura, S. (1983). Coastal Geomorphology of Port Dickson and Desaru Malaysia and Its Implication for Coastal Zone Management. Thesis Ph. D, Dept.of Geography, Faculty of Science, University of Southampton. Merriam, S. B. (1988). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. 2 nd ed. Thousand Oaks, Califf. Sage Gammack, J. (2004). Asia Pacific Economic Cooperation (Organization), Tourism Working Group, Griffith University School of Management, APEC International Centre for Sustainable Tourism. Development Needs of Small to Medium Size Tourism Businesses: A Report Prepared for APEC Tourism Working Group. School of Management Griffith Business School Griffith University: Nathan, Queensland. Gibson, C. A. & Tarrant, M. (2010). A conceptual models approach to organisational resilience. Australian Journal of Emergency Management, 25: 6-12. Govindarajan, V. (1988). Appropriateness of accounting data in performance evaluation: an empirical examination of environmental uncertainty as an intervening variable. Accounting, Organizations and Society, 9(2):125-135. Gunn, C. A. & Var, T. (2002). Tourism Planning. 4 th and Francis. Edition. New York: Taylor Hoffman, K. D., Kelly, S. W. & Chung, B.c. (2003). A CIT investigation of servicescape failures and associated recovery strategies, Journal of Service Marketing, 17(4): 322-340.

Jackson, M., Inkabaran, R. & Schmierr, C. (2003) Rationalizing personality typologies in tourism: A lexical analysis, in Aiken, M. and Ryan, C. (eds). Taking Tourism to the Limits Refereed Research Papers, University of Waikato Management School, University of Waikato, Hamilton, New Zealand, 338 360. Kotler, P., Bowen, J., & Makens, J., (2003). Marketing for Hospitality and Tourism. Prentice Hall. NY. Kotler, P., Bowen, J. T. & Makens, J. C. (2010). Marketing for Hospitality and Tourism. 5th Edition. Pearson Education. Inc, United States of America. Kurtz, D.L. & Clow, K.E. (1998). Service Marketing. New York: John Wiley & Sons. Kumar, K., & Subramaniam, R. (1997). Porter's strategic types: differences in internal processes and their impact on performance. Journal of Applied Business Research, 14(1): 107-123. Langfield-Smith, K. (1997). Management Control Systems and Strategy: A Critical Review. Accounting, Organizations and Society, 22(2): 207-232. Lewis, R., & Chambers, R.E., (1989). Marketing Leadership in Hospitality. Foundations and Practices. Van-Nostrand Reinhold, London, England. Morrison, A. (1996). Marketing the small tourism business. The Marketing of Tourism Products: Concepts, Issues and Cases. International Thomsons Business Press, London. Morrison, A., & Teixeira, R. (2004). Small business performance: a tourism sector focus. Journal of Small Business and Enterprise Development, 11(2): 166-173.

Morrison, A. M. (2002). Hospitality and Travel Marketing. 3 rd Thomson Learning, USA. Edition. Delmar Mujtaba, B. G. & McFarlane, D., (2007). Competitive Advantage and Market Organizations in the 21st Century: Market Driving or Market Driven. Chapter 45 in the Handbook of Globalization, Governance, and Public Administration, edited by Ali Farazmand and Jack Osterwalder, A. & Pignuer, Y. (2009). Business Model Canvas. (dicapai pada 1 April 2013). http://www.businessmodelgeneration.com/book. Othman Lebar (2007). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Perak: Univision Press Sdn.Bhd. Ozcan, G. B. (1995), Small Firm and Local Economic Development, Avebury Ashgate Publishing Limited, London. Paley, N. (2001). Marketing Strategy Desktop Guide. London, GBR: Thorogood. Pato, D. (2007). Preparing for natural hazards: the role of community trust. Disaster Prevention and Management, 16: 370-379. Peter, P. J. & Donnelly, J. (2006). A preface to marketing Management, 9 th Edition. McGraw-Hill, Inc. New York. Perdue, R. (1996). Target market selection and marketing strategy: the Colorado downhill skiing industry. Journal of Travel Research, 34(4): 39-46. Phillimore, J. & Goodson, L. (2004). Qualitative Research in Tourism: Ontologies, Epistemologies and Methodologies. London. Routledge Pike, S. (2005). Tourism destination branding complexity. Journal of Product & Brand Management, 14(4): 258-259. Porter, M. (1980). Competitive strategy. New York: The Free Press.

R. Ramakrishnan & G. Johannes. (2003). Database Management Systems. McGraw- Hill, Inc. New York. Reich, J. W. (2006). Psychological principles of resilience in natural disasters. Disaster Prevention and Management, 15: 793-798. Rutter, M. (1985). Resilience in the face of adversity - protective factors and resistance to psychiatric-disorder. British Journal of Psychiatry, 147: 598-611. Shahabudin Ismail (2010), Ciri-ciri perlu ada bagi mencapai ketahanan yang cemerlang dalam sebuah organisasi. (dicapai pada 10 Jun 2013). http://repo.uum.edu.my/3168/ Simons, R. (1987). Accounting control systems and business strategy: an empirical analysis. Accounting, Organizations and Society, 12(4): 357-374. Taylor, S. J., & Bogdan, R. (1984). Introduction to qualitative research methods: The search for meanings. New York: John Wiley & Sons. Theobald, W. F.(1998). Global Tourism. 2 nd Heinemann. Edition. Oxford. Butterworth Van-Kemp, S. (2004). Timeshare firm gets feet wet with the net. Adweek Magazines' Technology Marketing, July 2004. Van der Stede, W. A. (2000). The relationship between two consequences of budgetary controls: budgetary slack creation and managerial short-term orientation. Accounting, Organizations and Society, 2(6): 609-622. Walkers, Boyd, and Larreche (1996). Marketing Strategy Planning and implementation: 2 nd Edition. Irwin.

Yin, R. K. (1994). Case Study Reseacrh: Design and Methods. 2 nd ed. Thousand Oak, Calif Sage http://www.hoteltrafficbuilders.com/pdf/todays-hotel-internet-marketing.pdf (dicapai pada 1 April 2013) http://www.smeinfo.com.my (dicapai pada 1 April 2013) http://www.businessmodelgeneration.com (dicapai pada 1 Mei 2013) www.farlex.com.br (dicapai pada 1 April 2013)