WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

Similar documents
KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

Penulisan Kreatif yang Cemerlang

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH BEACON

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

counselling2u.uitm.edu.my

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

Memahami Emosi Watak dalam Gambar Bersiri Melalui Kaedah Berfikir Secara Lateral

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kata kunci: kemahiran mendengar, pasangan minimal, Perceptual Assimilation Model, diskriminasi, perisian PRAAT.

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

Teori Behavioris. Pelopor Pelaziman Klasik : Watson Pavlov Thorndike Skinner Albert Bandura (Neo-Behaviorist)

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Guide for Activity Report Panduan untuk Laporan Aktiviti

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

TAJUK : 3 TEORI PEMBELAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

KKPICESM. mm PANGING. m m m m


Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

PENGGUNAAN MODEL PENGUKURAN RASCH MANY-FACET (MFRM) DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERASASKAN PRESTASI

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih.

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

Katakunci : kecederaan atlet silat

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

LAMPIRAN 3 M A R I N E S C I E N C E L E A D E R S H I P

TERAPI MUZIK. Pengenalan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

POLITIK BIROKRASI SEMASA PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) TERHADAP PROJEK PEMAJUAN PERUMAHAN KERAJAAN

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

RHB Premium Cards Golf Privileges 2019 Terms and Conditions

Salina Binti Ramli. I/C No: Dr. Norhazilan Bin Md. Noor

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

Faculty of Electrical & Electronic Engineering University Malaysia Pahang

KEFAHAMAN BERAGAMA DAN PROSES TRANSFORMASI HUBUNGAN PASANGAN DALAM PERKAHWINAN

OSCC Case Study. Aplikasi Sistem Maklum Balas Sesi Latihan & Khidmat Sokongan (e- Penilaian) IAB. Agensi Kerajaan : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

GARIS PANDUAN IDENTITI KORPORAT & PRODUK OKTOBER 2018 PRODUCT & CORPORATE IDENTITY GUIDELINES

PENGISYTIHARAN PUTRAJAYA SEBAGAI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

Complimentary green fees for 1 full flight for Cardmember and 3 guests. Tee-off at 10 renowned regional golf courses.

Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif

Transcription:

31 Seminar Bahasa Melayu 2011 1 WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Zuraidah Saidin Sekolah Rendah Beacon ABSTRAK Walaupun pembelajaran kolaboratif dengan sokongan komputer (CSCL) merupakan satu pendekatan yang kian meningkat penggunaannya dalam dunia pendidikan, kajian menunjukkan penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) di peringkat sekolah rendah masih merupakan satu cabaran bagi guru. Kajian ini memperlihatkan kesan penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan pada waktu yang sama membentuk e-portfolio murid. Pengajaran dan pembelajaran ini memberikan fokus kepada penggunaan alat-alat ICT, seperti Wallwisher dan Kidblog yang menjadi platform pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Wallwisher merupakan platform menarik yang digunakan dalam sesi perbincangan dan pembelajaran, khususnya penulisan karangan. Melalui wadah ini segala idea dan pendapat murid dapat dirangkum dan dimuat naik secara langsung. Maklum balas murid dan guru juga dapat disampaikan secara spontan. Ruang refleksi dan hasil kerja murid yang dimuat naik dalam Kidblog menjadi satu platform e-portfolio dan wadah perkongsian antara murid. Melalui Kidblog, murid membuat refleksi akan hasil kerja dan dapatan yang mereka kumpulkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran kolaboratif dengan sokongan komputer ini dapat membantu meningkatkan pemahaman murid, merangsang minat mereka dan menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid. Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi kini membuka lebih banyak peluang kepada murid untuk meneroka dan meraih pengetahuan dalam alam

32 Seminar Bahasa Melayu 2011 maya. Teknologi kini mempunyai manfaat motivasi yang berupaya untuk menarik murid agar turut aktif dalam pembelajaran. Teknologi juga membantu murid mengekalkan minat dan menggalakkan pembelajaran kendiri. Minat murid akan turut meningkat apabila dapat mengakses bahan-bahan sedia ada, informasi terkini dan juga input langsung daripada rakan dan guru. Maka itu, platform yang sesuai harus digunakan oleh guru agar pembelajaran kolaboratif dengan sokongan komputer (CSCL) dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid serta menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Permasalahan yang dihadapi oleh murid masa kini ialah kekurangan minat untuk turut aktif dalam pembelajaran. Pembelajaran konvensional menggunakan pena dan kertas dan berpusatkan guru sahaja membuat murid hilang minat dan seringkali menjadi pasif lantas membuat pembelajaran itu bersifat satu hala dan membosankan. Platform seperti Wallwisher berupaya menjadikan pembelajaran lebih aktif; setiap murid diberikan peluang menyumbang idea dan pendapat serta maklum balas guru dan rakan dapat diberikan secara langsung. Platform yang sentiasa tersedia di alam maya ini membenarkan murid merujuk kembali dan meninjau pembelajaran mereka pada bila-bila masa. Kidblog pula berupaya menjadi e-portfolio untuk murid mengumpulkan hasil kerja mereka dalam ruang yang membolehkan mereka merujuk dan membuat renungan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Kertas kajian ini akan memberikan tumpuan terhadap penggunaan Wallwisher dan Kidblog dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam meningkatkan pemahaman murid, merangsang minat dan menggalakkan pembelajaran kendiri. Kajian Lepas Dengan perkembangan teknologi yang kian meluas, integrasi ICT dalam pembelajaran semakin mendapat perhatian guru. Guru harus membuat perancangan dengan teliti sebelum memulakan integrasi ICT dalam kurikulum. Guru harus bijak memilih kaedah ICT yang sesuai bagi menepati objektif dan konteks pengajaran, mengubah suai bahan sedia ada ataupun membangunkan persekitaran yang sesuai bagi memastikan pelibatan murid dalam pembelajaran.

33 Seminar Bahasa Melayu 2011 Menurut Woodrff & Brett (1993), komunikasi bertulis akan lebih efektif jika bergabung dengan komunikasi bersemuka (face-to-face) kerana komunikasi sedemikian memerlukan pemikiran secara ekstensif. Newman, Webb, & Cochran (1997) menjelaskan proses penulisan itu menggalakkan murid membuat refleksi yang dapat membantu meningkatkan tahap pembelajaran seperti menganalisis, sintesis, menilai dan juga menimbulkan pemikiran yang lebih jelas. Jonassen (2008) berpendapat bahawa pembelajaran murid juga akan menjadi lebih bermakna jika mereka terlibat secara aktif dan membuat refleksi pengalaman dengan bercerita semula. Melalui catatan refleksi dalam Kidblog, murid mempunyai ruang untuk meluahkan pengalaman yang diraih melalui penulisan dan membuat renungan aktiviti dengan menggunakan kosa kata yang sesuai. Kaedah Kajian Kajian kuantitatif telah dipilih memandangkan matlamat utama kajian ini adalah untuk membuktikan bahawa penggunaan Web 2.0 berupaya meningkatkan pemahaman pelajar, merangsang minat dan menggalakkan pembelajaran kendiri. Pemantauan dan pemerhatian rapi diambil bagi mengumpul data yang diperlukan. Mutu setiap karangan dinilai dan peratusan lulusan karangan murid diambil kira bagi melihat sejauh mana keberkesanan alat yang digunakan ini. Subjek Kajian 17 pelajar Darjah 4 terlibat dalam kajian ini. Pelajar telah didedahkan kepada penggunaan komputer dan ICT sejak di peringkat satu. Wallwisher merupakan satu platform yang tidak asing bagi kumpulan kajian ini. Wallwisher telah digunakan sebagai wadah pengajaran bahasa Melayu dan murid telah didedahkan kepada cara penggunaannya. Pelaksanaan Kajian Dengan adanya platform perbincangan dan ruang untuk berkongsi idea secara maya, murid melibatkan diri dengan aktif, lebih berminat serta mencuba memberikan idea yang baik kerana bahan yang dikongsi itu akan menjadi tatapan rakan sekelas. Penjanaan idea dilakukan secara serentak dalam komputer yang

34 Seminar Bahasa Melayu 2011 berbeza dan semua input dapat dilihat secara langsung oleh semua pelajar. Pembelajaran kolaboratif berlangsung apabila murid harus mengambil kira respons yang diberikan oleh rakan mereka dan menjana idea selanjutnya bagi menyampaikan respons mereka pula. Pembelajaran ini menjadi lebih inklusif kerana setiap murid perlu memainkan peranan dalam perbincangan dan perkongsian yang dijalankan di lelaman Wallwisher. Pembelajaran ini juga amat memanfaatkan murid yang berat mulut dan malu untuk menyuarakan pendapat atau idea mereka secara lisan mengikut pendekatan konvensional. Wadah Kidblog pula digunakan sebagai platform utama pautan Wallwisher agar murid sentiasa ada jalinan utama. Hal ini membolehkan murid merujuk kembali setiap perbincangan dan perkongsian yang dijalankan. Cara ini menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid. Setiap rujukan mengenai perkara yang dikongsi dan dibincangkan sentiasa ada di alam maya dan murid boleh mengaksesnya pada bila-bila masa. Ruang perkongsian juga dijalankan di platform Kidblog ini. Karangan murid dapat dimuatnaikkan dalam blog mereka sendiri. Murid lain dapat mengakses dan membaca karangan-karangan yang ditulis oleh rakan sekelas dan memberikan respons mereka. Jalinan ini juga membenarkan mereka membaca, menilai dan memperoleh pengajaran untuk memperbaik hasil tulisan mereka. Kidblog juga bertindak sebagai satu ruang e-portfolio, yang membolehkan murid menyimpan hasil kerja mereka. Kidblog membenarkan murid menulis blog dan membuat refleksi mengenai aktiviti-aktiviti serta pembelajaran yang dijalankan. Prosedur Kajian Pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan telah dijalankan menggunakan platform Wallwisher dan Kidblog. Pelaksanaan ini telah dijalankan selama tiga sesi sepanjang 90 minit. Sesi pertama (a) Murid telah diberikan karangan bergambar dan diajak berbincang mengenai jalan cerita secara lisan. Murid diperkenalkan kepada soalan jenis

35 Seminar Bahasa Melayu 2011 Socratic yang melibatkan jenis soalan yang berbentuk andaian, anggapan, alasan dan sebab. Murid juga diajar mengenai unsur klimaks dan konflik dalam jalan cerita. (b) Murid kemudian dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk memberikan perkataan atau frasa yang berkaitan dengan gambar yang diberikan. Murid harus menggunakan penyoalan Socratic dalam melahirkan perkataan dan frasa yang berkaitan. Pelajar diberikan sepuluh minit untuk berbincang dalam kumpulan dan menulis respons dalam Wallwisher. Pautan Wallwisher telah disediakan di dalam Kidblog. (c) Setiap kumpulan membuat pembentangan ringkas mengenai respons mereka. Murid dan guru memberikan maklum balas secara lisan. Dengan menggunakan platform Wallwisher yang sama, murid kemudian menokok tambah respons yang ada. (d) Murid dan guru membuat kesimpulan dan murid menaip karangan mereka menggunakan Words. Murid memuatnaikkan hasil karangan mereka di dalam Kidblog. Sesi kedua Murid menerima kembali karangan mereka yang telah disemak untuk dibaiki. Guru berbincang dengan murid tentang kesilapan umum yang dibuat dan lanjutan isi yang diperlukan. Murid memuatnaikkan draf terakhir. Sesi ketiga Murid menerima hasil kerja yang telah dimarkahkan. Guru berbincang bersama murid mengenai kesilapan umum dan contoh karangan yang baik. Murid digalakkan membaca karangan rakan sekelas yang lain dan memberikan komen. Murid juga digalakkan membuat refleksi terhadap hasil karangan mereka. Dapatan Kajian Dapatan kajian berdasarkan pemerhatian guru terhadap respons dan pelibatan murid di dalam kelas serta tugasan yang dihasilkan oleh murid menunjukkan

36 Seminar Bahasa Melayu 2011 kesan yang menggalakkan. Karangan pertama yang dibina murid pada awalnya agak lemah. Sebilangan kecil murid (Tahap 1) menghadapi masalah memberikan respons yang baik dalam Wallwisher dan juga dalam membina ayat yang baik dalam karangan mereka. Namun karangan seterusnya menunjukkan pemeringkatan yang baik. Pencapaian murid meningkat 97% dan mutu karangan yang dibina menunjukkan kematangan. Murid telah menggunakan respons yang dijalankan di dalam Wallwisher dalam isi karangan. Karangan yang baik yang dihasilkan oleh murid (Tahap 3) menjadi perangsang dan sandaran untuk memperbaik karangan murid-murid yang lain. Murid menunjukkan sikap yang positif akan penggunaan Wallwisher dan Kidblog dalam pengajaran dan pembelajaran karangan. Proses perbincangan secara lisan dan kemudian diikuti dengan penyampaian respons dalam Wallwisher telah menggalakkan pelibatan aktif murid. Murid amat teruja untuk melihat respons mereka tercatat di Wallwisher secara langsung. Murid yang lebih baik pula tidak teragak-agak menokok tambah respons mereka dalam kumpulan lain. Perbincangan secara kumpulan sebelum mencatat respons telah berupaya membawa murid terhadap pemahaman lanjut mengenai penyoalan jenis Socratic dan respons yang diperlukan. Murid memahami respons yang dijangkakan dan lebih teliti dalam memberikan respons mereka kerana sedar karangan itu akan dibaca oleh rakan sekelas. Pautan Wallwisher yang mengetengahkan hasil perbincangan dan idea mereka di dalam Kidblog membantu murid menjana idea dan menggunakan perkataan dan frasa yang baik dalam penulisan karangan mereka. Murid dapat merujuk hasil kerja mereka pada bila-bila masa yang diperlukan. Proses memuatnaikkan hasil karangan mereka dalam Kidblog telah menjadikannya satu platform perkongsian antara murid. Murid dapat saling mempelajari antara satu sama lain dan hal ini membantu mereka menilai dan menggunakannya sebagai bahan pengajaran. Dengan adanya karangan mereka di alam maya dan peka akan hasil penulisan yang boleh dibaca oleh rakan sekelas, murid lebih prihatin untuk menulis karangan yang lebih baik. Kidblog juga menjadi platform simpanan bagi murid untuk merujuk dan membuat refleksi terhadap hasil kerja mereka.

37 Seminar Bahasa Melayu 2011 Hasil pemerhatian ini menunjukkan bahawa kesan penggunaan ICT yang dilalui oleh murid amat baik. Murid memberikan maklum balas yang positif akan konsep perbincangan dan olahan idea yang dijalankan melalui alam maya. Murid yang lemah juga turut meraih manfaat melalui modeling. Murid yang pendiam dan malu juga turut aktif dalam memberikan respons. Catatan refleksi murid dalam Kidblog juga memberangsangkan. Rata-rata murid berasa seronok melihat hasil kerja mereka dimuat naik di dalam blog dan dapat membaca karangan rakan yang lain. Mereka berpendapat respons dan perbincangan yang diberikan di dalam Wallwisher banyak membantu mereka membina karangan yang lebih bermutu dan pada waktu yang sama membuat mereka lebih yakin untuk menghasilkan karangan yang terbaik, kerana sedar karangan mereka akan dikongsi dan dibaca oleh murid lain. Cabaran Antara cabaran yang dihadapi semasa menjalankan pembelajaran ini adalah dalam memastikan murid memuatnaikkan hasil karangan mereka pada masa yang ditetapkan memandangkan tidak semua murid mempunyai komputer dan jalinan Internet di rumah. Walaupun murid boleh menggunakan komputer riba peribadi yang disediakan oleh pihak sekolah, ada murid yang tidak mempunyai jalinan Internet di rumah. Sering kali tugasan harus dilengkapkan di rumah dan hal ini menghambat murid yang menggunakan komputer riba milik sekolah. Kelewatan penghantaran karangan bererti guru tidak berupaya menyemak dan memulangkannya tepat pada waktunya, lantas mengganggu proses pembelejaran. Kelonggaran diberikan kepada murid yang tidak mempunyai jalinan Internet untuk menghantarnya menggunakan alat thumbdrive, menjadikan tugas guru pula untuk memuatnaikkan hasil kerja atas nama murid. Ada murid pula tidak mempunyai komputer dan terpaksa menghantarnya dalam bentuk bercetak. Bagi memastikan murid berpeluang untuk terlibat sama pembelajaran maya, masa terpaksa diperuntukkan bagi murid untuk menulis semula dalam bentuk Words. Maka itu cabaran masa masih menjadi hambatan bagi kelancaran pelaksanaan ini. Namun, manfaat penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran melebihi cabaran yang harus ditangani.

38 Seminar Bahasa Melayu 2011 Kesimpulan Dapatan yang diraih melalui kajian ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan Web 2.0 dapat membantu meningkatkan pembelajaran murid. Tinjauan terhadap kajian yang menunjukkan keberkesanan pendekatan Web 2.0 terhadap pembelajaran menguatkan lagi keinginan untuk menyesuaikan penggunaan ICT dalam pelaksanaan ini. Kesimpulannya, Web 2.0 telah berjaya meningkatkan minat murid terhadap konsep perbincangan dan penulisan karangan. Penulisan karangan tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang sukar dan membosankan. Alat Web 2.0 berjaya meningkatkan mutu pembelajaran murid. Rujukan Herrington, J., Reeves, C. T., & Oliver, R., (2000). Authentic Tasks Online : Synergy among learner, task, and technology. Distance Education, Vol 27, No 2, 223-247. Jonassen, D., Howland, J., Marra, R.M. & Chrismond, D., (2008). Meaningful Learning with Technology. Pearson Prentice Hall, New Jersey, USA. Wang, Q.Y., Woo, H.L., & Chai, C.S. (2010). Affordances of ICT tools for learning. ICT for self-directed and collaborative learning, 70-79. Woodruff, E. & Brett, C. (1993). Fostering scholarly collaboration in young children through the development of electronic commenting. Research in Education, 50, 83-95.