Penemuan Awal Berkaitan Pemuliharaan Bandar dalam Pembentukan Imej Bandar di Tanjong Malim, Perak

Similar documents
SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Cabaran perubahan fungsi bandar kecil dalam era globalisasi: petunjuk positif dari Tanjong Malim, Malaysia

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010


DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

Daya Saing Bandar Kecil: Satu Penelitian Dari Aspek Persepsi Penduduk Dalam Kawasan Majlis Daerah Tanjong Malim

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

counselling2u.uitm.edu.my

Siri Selamat di Rumah dan di Luar Rumah

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

(GEOGRAFI) HULUBERNAM ROSLAN B. SAAD PROJEK INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK FAKULTI SAINS KEMANUSIAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong This page is deliberately left blank

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

ANALYSIS THE PERFORMANCE OF UNSIGNALIZED INTERSECTION BASED ON GAP ACEPTANCE STUDIES

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

Walkability in Campus, Case study of University Technology Malaysia SAMAN JAVAN FARD

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

PERANAN SITUATIONAL FACTORS DALAM MEMPENGARUHI TINGKAHLAKU DEVIAN PARA PENYOKONG BOLASEPAK

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EAL335 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

HYDROSTATIC FORCE ON A SUBMERGED PLANE SURFACE

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

POLITIK BIROKRASI SEMASA PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) TERHADAP PROJEK PEMAJUAN PERUMAHAN KERAJAAN

Impak Sosioekonomi dan Politik Program Perumahan Rakyat Lembah Subang, Selangor


Kos Perbelanjaan Perumahan dalam Kalangan Penduduk Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Sederhana di Pulau Pinang

PROBLEMS FOR CHAPTER 2 - PRESSURE. Question 1

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

Bachelor of Engineering with Honours (Civil Engineering)

IMPAK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) KEPADA NILAI HARTA TANAH KEDIAMAN DI SETAPAK, KUALA LUMPUR SITIAYU ZUBAIDAH BINTI YUSUF

PERLAKUAN PEMAJU SWASTA AP ABILA BERHADAPAN DENGAN DASAR PERUMAHAN KOS RENDAH DI MALAYSIA. oleh NOR 'AINI BINTI YUSOF

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PEMBIAYAAN MENGIKUT JENIS PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

Indeks Kualiti Air (IKA) Sg. Selangor pasca pembinaan Empangan Sg. Selangor

Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif

NEYMAR JR S FIVE RULES OF THE GAME *Untuk versi Bahasa Malaysia, sila rujuk muka surat 13*

Katakunci : kecederaan atlet silat

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

Imej Pelancongan Pusat Pentadbiran Negara Berdasarkan Perspektif Pelancong: Kes Putrajaya

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

THE EFFECTS OF CHANGES AT SIGNALIZED INTERSECTION ON THE VEHICLES EMISSION LOADING IN PARIT BUNTAR, PERAK.

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

GARIS PANDUAN IDENTITI KORPORAT & PRODUK OKTOBER 2018 PRODUCT & CORPORATE IDENTITY GUIDELINES

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

MODELLING OF MOTORCYCLE ACCIDENTS AT NON-EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE JUNCTIONS IN MALAYSIA

Development of Bicycle Shift Models in Universiti Kebangsaan Malaysia Campus

COMMUNICATION I. Kesan Penggabungan Germplasma Jagung dari CIMMYT (Rattray Arnold) dengan Germplasma Jagung Tempatan (Jagung Kumpit) ^

LAMPIRAN 3 M A R I N E S C I E N C E L E A D E R S H I P

Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ABSTRAK. di kawasan pendidikan di Malaysia. ABSTRACT. ) is very important because the air containing O 3

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

Transcription:

64 Penemuan Awal Berkaitan Pemuliharaan Bandar dalam Pembentukan Imej Bandar di Tanjong Malim, Perak (Preliminary Urban Conservation Findings of Tanjong Malim Image Development) Yazid Saleh, Mohmadisa Hashim, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah & Nasir Nayan Abstrak Pemuliharaan bandar merupakan salah satu aspek yang telah diberi penekanan utama dalam perancangan bandar. Usaha ini dilakukan bagi mengekalkan imej atau keadaan sesuatu bandar itu bagi memelihara kepentingan budaya. Umumnya proses pemuliharaan bandar melibatkan usaha seperti perawatan mengikut keadaan tertentu termasuklah pengekalan, pemulihan, pembangunan semula dan penyesuaian. Dalam hal ini, bandar Tanjong Malim yang boleh dianggap sebagai sebuah bandar lama wujud sejak zaman penjajahan British di samping ia menjadi terkenal dengan tertubuhnya Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1922. Dari segi senibina, terdapat beberapa bangunan di bandar ini mempunyai nilai warisan yang boleh dikekalkan dan dipulihara. Justeru, pemuliharaan dan imej bandar mempunyai perkaitan yang amat kukuh kerana melalui pemuliharaan penambahbaikan terhadap fizikal bandar yang dilakukan dan seterusnya imej sesebuah bandar mampu ditonjolkan. Hasil penemuan awal di bandar Tanjong Malim menunjukkan tidak terdapat usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam usaha memulihara beberapa bangunan warisan yang boleh dikekalkan bagi membentuk imej bandar Tanjong Malim. Walaupun, bandar Tanjong Malim memberi imej sebagai sebuah bandar pendidikan tetapi kajian menunjukkan tiada satu elemen yang cuba ditonjolkan di bandar ini untuk membentuk imej tersebut. Kerjasama pihak berkuasa tempatan, jabatan perancang bandar dan juga universiti diperlukan bagi sama-sama menilai dan membuat perancangan yang sewajarnya bagi usaha pemuliharaan dan memberi imej bandar pendidikan di Tanjong Malim. Kata kunci Pemuliharaan bandar, Imej, Tanjong Malim Abstract Urban conservation is one aspect that has been emphasised in urban planning. This effort is done to maintain the image of a city or state to preserve its culture. Generally, conservation processed need efforts such as treatment according to certain conditions, including maintenance, rehabilitation, reconstruction and reconciliation. In this case,

65 the town of Tanjong Malim which can be considered as an old town established since the British colonial era while it became famous with the establishment of the Sultan Idris Training College (SITC) in 1922. In terms of architecture, there are several buildings in the town has a heritage value that can be maintained and preserved. Thus, conservation and image of the city has a very strong relationship because through physical improvements on urban conservation, their image can be highlighted. Early findings in Tanjong Malim town shows there is no attempt being made by the responsible parties in terms of preserving some of the heritage buildings to maintained images of Tanjong Malim. Although Tanjong Malim also known as a city of education, research shows no one has tried to capture the uniqness of the city in order to retain or enhance their image. Cooperation of local authorities, urban planners departments and universities required to jointly assess and make appropriate plans for the conservation of Tanjong Malim town. Keyword Urban Conservation, Image, Tanjong Malim PENGENALAN Artikel ini cuba meninjau usaha pemuliharaan serta signifikannya dengan imej bandar Tanjong Malim. Walaupun kadar pembandaran di Tanjong Malim (dalam konteks kadar pembandaran negeri Perak itu sendiri) tidaklah sehebat seperti Kuala Lumpur, Geogretown, Pulau Pinang, Petaling Jaya, Selangor mahupun Johor Bahru, Johor. Namun memandangkan Tanjong Malim kini semakin pesat membangun (dengan adanya Universiti Pendidikan Sultan Idris, Politeknik Sultan Azlan Shah serta Bandar Proton) ditambah pula dengan hierakinya sebagai pusat wilayah Lembah Bernam dan disokong oleh sedikit elemen sejarah terutamanya bangunan warisan sedia ada, adalah penting untuk dibuat satu penelitian awal tentang pembandaran dan pemuliharaan di Tanjong Malim serta perkaitan kedua-duanya dengan imej Tanjong Malim itu sendiri. Ini kerana, proses pembandaran yang tidak mengambilkira elemen-elemen pemuliharaan bukan sahaja menghilangkan sejarah sesebuah kawasan tetapi ia juga akan menghakis imej dan identiti kawasan tersebut. PEMBANDARAN DAN PEMULIHARAAN: SATU PERKAITAN Tekanan pembangunan baru akan membawa perubahan kepada gunatanah sesebuah kawasan. Kewujudan kawasan komersial, pertambahan penduduk dan juga pertambahan dalam jumlah kenderaan akan membawa kesan kepada warisan yang ada di sesebuah bandar. Nilai tanah yang tinggi mengakibatkan tekanan terhadap kawasan dan bangunan warisan yang dilihat tidak lagi berdaya saing dari segi ekonomi. Oleh yang demikian, seringkali kawasan dan bangunan warisan yang ada di kawasan bandar menjadi mangsa pembangunan. Kebanyakannya dimusnahkan dan dirobohkan atas nama pembangunan walaupun pada hakikatnya senibina warisan terutamanya bangunan juga mempunyai nilai komersial dalam konteks ekonomi. Konsep seperti hotel in heritage building seperti yang diamalkan di beberapa buah negara barat membuktikan bahawa bangunan warisan sebenarnya masih berdaya saing dalam arus pembangunan dan pemodenan.

66 Oleh yang demikian, jelas pemuliharaan bandar merupakan salah satu elemen yang tidak boleh diabaikan dalam proses perancangan dan pembangunan sesebuah bandar (terutamanya bandar yang agak tua usianya). Kewujudan kawasan-kawasan dan bangunan yang mempunyai nilai warisan merupakan satu anugerah dari masa silam yang seharusnya dijaga dan dipulihara dengan sempurna. Ketiadaannya akan mencacatkan imej dan keunikan sesebuah bandar dan secara tidak langsung akan menjadikan bandar tersebut tiada bezanya dengan bandar-bandar moden yang lain. TANJONG MALIM-SEPINTAS LALU Dari perspektif sejarah, pada 1922, Sultan Idris Training College (SITC) didirikan di Tanjong Malim dan ini merupakan antara faktor awal yang membantu kepada proses perkembangan Tanjong Talim. Apabila SITC dinaik taraf menjadi Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) dan kemudiannya sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 1997 terus membantu kepada perkembangan dan pembangunan pembandaran di Tanjong Malim. Menurut Syed Zainol (1996), keunggulan UPSI yang terkenal kerana telah melahirkan ramai pendidik yang unggul dan berkarisma telah memberikan imej dan tanda pengenalan kepada Tanjong Malim. Kemudian, pembinaan kilang kereta Proton di Bandar Proton pada tahun 1996 yang telah beroperasi pada tahun 2003 telah menyebabkan Tanjong Malim sama ada mampu atau tidak terpaksa menghadapi fenomena pertambahan penduduk yang sememangnya memerlukan perkhidmatan dan keperluan yang sepatutnya ditawarkan oleh sebuah bandar. Dari segi geografinya, Tanjong Malim terletak dalam daerah Batang Padang. Dalam konteks tempatan, ia diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM). Daerah Tanjong Malim mempunyai dua buah kawasan pusat bandar yang utama iaitu Tanjong Malim dan Slim River. Bandar Tanjong Malim diletakkan pada hieraki pusat wilayah Lembah Bernam dan mempunyai fungsi asas sebagai pusat pentadbiran dan perkhidmatan wilayah Lembah Bernam. Dalam konteks pengezonan guna tanah pula, kawasan ini telah dikategorikan sebagai kluster perdagangan dan institusi utama. Dalam konteks warisan pula, Syed Zainol (1996) menyatakan Tanjong Malim mempunyai 73 buah bangunan rumah kedai sebelum perang (pre-war) yang mempunyai nilai warisan (Jadual 1). Kebanyakannya mempunyai gaya senibina awal era peralihan yang dibina antara tahun 1900 hingga 1940. Bangunan sesebuah pula ialah masjid jamek, balai polis lama Jalan Besar dan rumah rehat Tanjong Malim. Walau bagaimanapun, daripada kesemua bangunan warisan tersebut, bukan semuanya mempunyai potensi untuk usaha pemuliharaan bagi mempertingkatkan imej bandar, hanya beberapa buah bangunan sahaja dilihat berpotensi untuk usaha ini. Bangunan-bangunan ini berpotensi kerana dinilai dari pelbagai aspek seperti sejarah, keunikan senibina, lokasi perletakan dan juga nilai budaya yang ada pada bangunan tersebut. Menurut Rancangan Tempatan Tanjong Malim-Slim River, terdapat beberapa bangunan yang telah disenaraikan berpotensi untuk dipulihara antaranya Rumah Rehat Tanjong Malim, Rumah Kedai No. 29, 35, 32, 39, 41, 43 di Jalan Besar Tanjong Malim dan beberapa buah bangunan rumah kedai yang lain.

67 Jadual 1 Taburan dan Gaya Senibina Bangunan Warisan Di Tanjong Malim Lokasi Awal Kolonial Awal Rumah Kedai Eclectic Jumlah Jalan Besar 6 6 41 53 Jalan Douglas 0 3 0 3 Jalan Chong Ah Peng 0 8 0 8 Bangunan-Sesebuah 9 JUMLAH 6 17 41 73 Sumber: Ubahsuai Daripada Syed Zainol (1996) KEPERLUAN PEMULIHARAAN BANDAR DI TANJONG MALIM Menurut Catanese dan Synder (1979) terdapat enam kriteria utama bagi sesebuah kawasan atau bangunan mencapai keperluan bagi tujuan pemuliharaan. Keenam-enam kriteria tersebut ialah nilai estetika, rekabentuk, kekurangan (jumlahnya), peranannya daripada aspek sejarah, kedudukannya dalam masyarakat serta kemampuannya untuk menaikkan imej dan taraf kawasan yang berhampiran. Selain itu, Catanese dan Synder (1979) juga telah menyenaraikan beberapa sebab atau motif yang perlu ada bagi membolehkan sesebuah kawasan atau bangunan itu menjalani pemuliharaan iaitu pengekalan sejarah, kepentingan ekonomi, pengekalan fabrik bandar dan juga sebagai simbol bagi sesebuah bandar. Pemuliharaan bandar mempunyai perkaitan dengan imej bandar. Pemuliharaan sesebuah kawasan atau bangunan yang mempunyai nilai-nilai tertentu seperti sejarah dan kebudayaan akan membantu kepada peningkatan imej sesebuah bandar. Sebagai contoh, pemuliharaan bangunan dan kawasan warisan di Hoi An di Vietnam dan San a di Yemen telah menonjolkan imej kedua-dua bandar tersebut sebagai bandar yang bernilai warisan (Yazid 2010). Begitu juga halnya dengan Melaka dan Pulau Pinang iaitu usaha pemuliharaan telah berjaya mengekalkan warisan yang ada dan seterusnya membawa kepada penonjolan imej di kedua-dua buah kawasan tersebut. Dalam konteks imej pula, Lynch (1960) menyatakan imej bandar adalah satu proses dua hala antara pemerhati dengan alam semula jadi. Imej boleh dikategorikan kepada tiga komponen iaitu identiti, struktur dan maksud. Satu imej yang berfungsi memerlukan satu identiti yang mana ia mempunyai satu sifat yang berbeza dengan yang lain. Kedua imej tersebut mesti termasuk isi atau corak hubungan di antara objek dengan pemerhati serta kepada objek yang lain. Akhirnya objek itu mesti mempunyai sesuatu maksud kepada pemerhati sama ada secara praktikal atau emosi. Lynch (1960) juga telah membahagikan imej bandar kepada lima elemen iaitu: 1. Mercu Tanda merupakan rujukan titik iaitu pemerhati tidak masuk ke dalamnya seperti bangunan, tanda jalan, bukit dan lain-lain. 2. Laluan pula ialah pemerhati bergerak dan mengalami alam sekelilingnya seperti jalan raya, laluan pejalan kaki, landasan dan sebagainya mengikut laluan ini alam sekitar diperhati dan dihubungkaitkan.

68 3. Sempadan pula dikaitkan dengan elemen linear yang bukan laluan yang digunakan untuk membahagikan dua bahagian yang mempunyai perbezaan seperti sungai, pantai, landasan, dinding atau sempadan yang tidak dapat dilihat. Sempadan juga penting untuk membentuk imej keseluruhan sesuatu bandar. 4. Daerah adalah bahagian bandar yang mempunyai persamaan iaitu seseorang pemerhati boleh masuk ke dalam. 5. Titik tumpu adalah titik atau tumpuan iaitu pemerhati boleh masuk seperti simpang jalan, perhentian laluan dan lain-lain konsep titik tumpu ada hubung kaitnya dengan konsep daerah dan laluan. Dalam konteks Tanjong Malim, ada tiga elemen yang perlu dipulihara dan dikekalkan agar ia mampu menonjolkan imej Tanjong Malim itu sendiri. Ketiga-tiga elemen tersebut ialah mercu tanda, laluan dan titik tumpu. PEMULIHARAAN BANDAR DAN PEMBENTUKAN IMEJ TANJONG MALIM: SATU ALTERNATIF Menurut Dolbani (2000) bagi sesebuah bandar dan jenis petempatan lain, imej amat penting dan ia sepatutnya dapat memberikan gambaran yang jelas dan tepat terhadap kawasan tersebut. Dalam konteks ini beliau menambah bahawa persekitaran bandar memainkan peranan utama dalam menentukan sama ada sesebuah bandar atau kawasan mempunyai imej yang jelas atau sebaliknya, kerana imej yang jelas adalah hasil dari penyusunan elemen fizikal yang bersepadu dan saling berpaut. Pemuliharaan pula adalah satu proses yang mampu mencorakkan imej sesebuah bandar atau petempatan. Bandar-bandar seperti Casablanca (Maghribi) dan Bergen (Norway) merupakan bandar yang dikenali kerana proses pemuliharaan yang berjaya menaikkan imej warisannya. Begitu juga dengan Georgetown (Pulau Pinang) dan bandar Melaka (Melaka). Oleh yang demikian jelas bahawa pemuliharan bandar sememangnya mempunyai peranan yang amat penting dalam pembentukan imej sesebuah bandar. Pemuliharaan dan imej bandar mempunyai perkaitan yang amat kukuh kerana melalui pemuliharaan, penambahbaikan terhadap fizikal bandar akan dilakukan dan seterusnya imej sesebuah bandar mampu ditonjolkan. Ini kerana sesebuah bandar yang maju bukan sahaja bandar yang hebat dari segi fizikalnya tetapi juga bandar yang mampu mengekalkan elemenelemen warisan sedia ada. Bila memperkatakan tentang pemuliharaan bandar serta perkaitannya dengan imej di Tanjong Malim, persoalan yang utama yang perlu dijawab ialah apakah imej Tanjong Malim? Umum mengetahui bahawa Tanjong Malim ialah kawasan tempat terletaknya satu-satunya universiti pendidikan di Malaysia, maka secara tidak langsung dengan mudah ramai yang mengandaikan bahawa sudah semestinya Tanjong Malim merupakan sebuah bandar yang berimej dan beridentitikan pendidikan. Namun, apa yang ada adalah sebaliknya. Tidak ada satu elemen pun yang menonjolkan imej Tanjong Malim sebagai sebuah bandar pendidikan. Malah, dalam Rancangan Tempatan Tanjong Malim-Slim River sendiri tidak diperincikan tentang imej Tanjong Malim sebagai sebuah bandar yang berimejkan pendidikan. Walau bagaimanapun, beberapa cadangan masa hadapan yang mempunyai perkaitan dengan elemen pemuliharaan bandar ada dijelaskan.

69 Oleh yang demikian adalah penting untuk dibincangkan beberapa elemen di Tanjong Malim yang berpotensi untuk dipulihara dan akhirnya mampu menonjolkan Tanjong Malim sebagai sebuah bandar yang mempunyai imej tersendiri. Elemenelemen tersebut ialah mercu tanda, laluan dan titik tumpu. 1. Mercutanda: Rumah-rumah kedai dan Rumah Rehat Elemen mercu tanda yang paling menonjol di Tanjong Malim ialah deretan rumah kedai serta rumah rehat (Foto 1). Walau bagaimanapun, didapati rumah rehat sedia ada dan kebanyakan rumah kedai di Tanjong Malim tidak terurus. Pemuliharaan yang teliti perlu dilakukan seandainya ingin menjadikan Tanjong Malim dikenali sebagai bandar yang mempunyai nilai warisan. Foto 1 Rumah Rehat Tanjong Malim (kiri) dan Rumah Kedai Tradisional (kanan) 2. Laluan: Jalan raya utama (Jalan Besar) dan landskap jalan Elemen laluan dan landskap mempunyai pengaruh kepada pembentukan imej Tanjong Malim (Foto 2). Sebagai contoh, Melaka yang terkenal dengan imejnya sebagai bandaraya bersejarah. Penyediaan dan pemuliharaan landskap yang bercirikan sejarah di sepanjang laluan utama ke kawasan pelancongan di Melaka telah menonjolkan imejnya sebagai bandar bersejarah. Oleh yang demikian, usaha yang sama (pembaikan imej) sepatutnya boleh diambil di Tanjong Malim Foto 2 Jalan Besar Tanjong Malim (kiri) dan Landskap (tengah dan kanan)

70 3. Titik tumpu: Stesen bas Tanjong Malim Stesen bas Tanjong Malim, merupakan titik tumpu yang perlu diberikan perhatian dalam usaha pemuliharaan dalam pembentukan imej Tanjong Malim. Walaupun, stesen bas ini masih muda usianya namun usaha-usaha peningkatan kualiti fizikal perlu dilakukan (Foto 3). Ini kerana bagi pengunjung yang datang ke Tanjong Malim dengan menggunakan mod pengangkutan awam, stesen bas ini yang akan memberikan gambaran awal terhadap pengunjung tentang Tanjong Malim. Oleh yang demikian, seandainya Tanjong Malim ingin dikenali sebagai bandar yang berimej, beberapa elemen yang bersesuaian perlu ada di stesen bas Tanjong Malim. Foto 3 Stesen Bas Tanjong Malim ISU DAN HALANGAN Wujud beberapa isu dan halangan dalam konteks pemuliharaan dan pembentukan imej Tanjong Malim. Isu dan halangan ini terbahagi kepada dua komponen utama iaitu halangan fizikal dan halangan bukan fizikal. Halangan fizikal terdiri dari segi kekaburan imej bandar itu sendiri serta fungsi warisan yang tidak mencapai tahap nasional. Manakala halangan bukan fizikal pula ialah ketiadaan usaha dan ketiadaan peruntukan khusus untuk pemuliharaan. Kekaburan Imej Bandar Masalah utama yang membelenggu elemen pemuliharaan di Tanjong Malim ialah kekaburan imej bandar itu sendiri. Walaupun umum mengetahui Tanjong Malim merupakan sebuah bandar pendidikan malahan ada juga yang mengandaikan bahawa kewujudan Bandar Proton (Proton City) akan memberikan imej yang lebih moden kepada Tanjong Malim, namun senario semasa tidak seperti mana yang dijangkakan. Selain itu, elemen-elemen landskap terutamanya landskap keras didapati tidak menonjolkan sebarang imej yang menarik kepada Tanjong Malim secara keseluruhannya (Foto 4). Tambahan pula, landskap ini terbiar tanpa penjagaan yang sempurna.

71 Foto 4 Dua Elemen Landskap Yang Tidak Mencerminkan Imej Tanjong Malim Fungsi Tidak Mencapai Peringkat Nasional Dalam konteks pemuliharaan bandar pula didapati tiada satupun bangunan warisan yang ada di bandar Tanjong Malim (dengan tidak mengambilkira beberapa buah bangunan di UPSI kerana ia di luar kawasan bandar) yang mampu mencapai tahap nasional. Ini merupakan satu isu yang agak ketara. Bandar-bandar seperti Georgetown (Pulau Pinang) Ipoh dan Taiping (Perak) telah melalui sejarah yang panjang. Malah ada antaranya pernah menjadi pusat pentadbiran bagi sesebuah negeri terutamanya semasa zaman penjajahan. Oleh yang demikian, bangunan warisan yang ada di bandar-bandar ini tidak terhad kepada rumah-rumah kedai tradisional semata-mata. Ia turut merangkumi bangunan sesebuah seperti stesen keretapi, bangunan pentadbiran, mahkamah dan lain-lain. Berbeza dengan Tanjong Malim, di samping usianya yang masih muda (diambilkira dari tahun 1870 sebagai permulaan sejarah pembukaannnya), ia juga tidak pernah menjadi pusat pentadbiran penjajahan. Pembangunan awal yang ada hanyalah SITC/ MPSI/IPSI (itupun di luar kawasan bandar Tanjong Malim). Selain itu, tiada apaapa bangunan yang signifikan di peringkat nasional yang mampu ditonjolkan sebagai penyokong kepada imej Tanjong Malim seperti mana Kota A Famosa di Melaka dan Kota Konwallis di Pulau Pinang yang mampu menonjolkan imej kedua-dua kawasan tersebut sebagai bandar warisan dan sejarah. Ketiadaan Usaha Berterusan Satu lagi isu yang wujud dalam konteks pemuliharaan di Tanjong Malim ialah ketiadaan usaha yang berterusan dari pihak berkuasa tempatan. Memang tidak dinafikan bahawa eleman warisan yang ada di Tanjong Malim tidaklah sehebat seperti bandar-bandar lain di Malaysia seperti Melaka dan Pulau Pinang. Melaka dan Pulau Pinang mempunyai pelbagai variasi bangunan warisan dari zaman penjajahan seperti A Famosa (Melaka) dan Kota Konwallis (Pulau Pinang) hinggalah kepada pelbagai jenis rumah kedai dari pelbagai rekabentuk. Tanjong Malim pula, hanya mempunyai tiga gaya rumah kedai sahaja iaitu Awal Kolonial, Awal Rumah Kedai dan Eclectic (Syed Zainol 2006). Walau bagaimanapun, kekurangan ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengenepikan usaha pemuliharaan secara berterusan.

72 Di kawasan bandar Tanjong Malim, ada antara bangunan warisan (dari jenis rumah kedai) yang terbiar dan tidak dipulihara. Sekiranya ia berterusan, lama kelamaan bangunan tersebut akan rosak terus dan musnah malah ia akan turut membawa kepada kecacatan imej bandar Tanjong Malim itu sendiri (Foto 5). Foto 5 Bangunan Warisan Yang Tidak Dipulihara Kelemahan Peruntukan dan Ketiadaan Garispanduan Pemuliharaan Satu lagi isu ialah ketiadaan garis panduan yang memperincikan tentang pendekatan dan peraturan pemuliharaan (dalam konteks bangunan warisan). Penyediaan garis panduan pemuliharaan penting sekiranya pihak berkuasa di Tanjong Malim benar-benar serius untuk memastikan bangunan warisan yang ada akan terus kekal dan membantu kepada pembentukan imej Tanjong Malim. Majlis Perbandaran Taiping dan Majlis Bandaraya Ipoh adalah dua contoh pihak berkuasa tempatan di negeri Perak yang mengambil perhatian serius dalam usaha pemuliharaan dan turut mempunyai garis panduan sendiri dalam konteks pemuliharaan. CADANGAN DALAM USAHA PEMULIHARAAN BANDAR TANJONG MALIM Setelah mengenalpasti beberapa kelemahan dalam konteks pembandaran, pemuliharaan dan imej Tanjong Malim, beberapa cadangan awal dikemukakan untuk menangami kelemahan yang timbul. Pengkukuhan Imej Bandar (Penetapan Imej) Lynch (1960) telah membahagikan imej bandar kepada lima elemen iaitu mercu tanda, laluan, sempadan, daerah dan titik tumpu. Di Tanjong Malim terdapat tiga elemen utama yang berpotensi dipulihara dalam menonjolkan imejnya iaitu mercu tanda, laluan dan titik tumpu. Oleh yang demikian, usaha pemuliharaan perlu memfokuskan kepada tiga elemen ini. Walau bagaimanapun, yang paling penting ialah Tanjong Malim perlu ditetapkan imejnya. Dalam bahasa yang mudah, ia hendak dikenali sebagai bandar yang bercirikan

73 apa? Jika Tanjong Malim ingin dikenali sebagai bandar yang berimejkan pendidikan maka, satu proses pemuliharan dan penambahbaikan perlu dijalankan terhadap ketigatiga elemen tadi. Harus diingat, bahawa imej bukan sahaja timbul daripada bentuk fizikal sematamata sahaja. Penambahbaikan dalam penyediaan landskap-landskap yang bercirikan pendidikan seperti replika buku dan sebagainya perlu bagi menonjolkan imej bandar pendidikan. Landskap (sama ada landskap lembut atau landskap keras) perlu diperincikan letakan dan jenisnya. Perabot jalan haruslah mampu menonjolkan imej yang hendak ditonjolkan. Begitu juga dengan arca-arca yang ada. Selain itu, pemuliharaan bangunan warisan sedia ada juga adalah perlu kerana ia akan dapat dapat membantu menaikkan imej Tanjong Malim. Bangunan warisan sedia ada boleh dipulihara mengikut kaedah tertentu dan dijadikan pusat atau kedai buku. Ini kerana imej pendidikan selari dengan ilmu dan kewujudan kedai buku yang banyak dalam bangunan warisan dapat membantu menonjolkan imej tersebut. Usaha Yang Serius Oleh Pihak Berkuasa Satu lagi cadangan yang boleh diambil bagi menjadikan aktiviti pemuliharaan dijalankan dengan berkesan dan seterusnya membantu menaikkan imej Tanjong Malim ialah usaha yang serius oleh pihak berkuasa tempatan. Dalam konteks perancang dan pembangunan sesebuah kawasan, pihak berkuasa tempatan dan dalam hal ini ialah MDTM berperanan penting dalam merancang dan menentukan pembangunan di kawasannya. Begitu juga halnya dengan Tanjong Malim, jika MDTM menyasarkan untuk menjadikan Tanjong Malim sebagai sebuah bandar yang menjalani proses pemuliharaan yang baik serta menjadikan ia bandar yang mempunyai imej selaras dengan pembangunan yang sedang berlangsung maka usaha yang bersungguh-sungguh perlu dijalankan. Dalam konteks pemuliharaan, ada baiknya jika ditubuhkan satu unit yang berperanan untuk mengawasi dan menyelia sebarang aktiviti terhadap bangunan warisan di Tanjong Malim. Dalam bahasa yang mudah, sebarang aktiviti pengubahsuaian bangunan warisan di Tanjong Malim perlu mendapat sokongan dan kelulusan dari unit ini. Contoh yang diamalkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) melalui Unit Konservasi boleh dijadikan contoh yang terbaik. Selain itu, penyediaan garis panduan pemuliharaan juga perlu. Garis panduan dalam pemuliharaan bandar amat penting bagi memastikan bangunan warisan yang sedia ada akan kekal dalam keadaannya yang asal walaupun proses pembandaran yang pesat berlaku. Kebiasaannya, satu-satu garis panduan pemuliharaan akan memperincikan pelbagai aspek yang dibenarkan dan tidak dibenarkan bagi sesebuah bangunan warisan seperti kawalan warna, kawalan ketinggian, kawalan papan tanda iklan dan lain-lain. Dengan garis panduan yang ada, setiap pemilik akan tertakluk kepada garis panduan tersebut apabila hendak melakukan satu-satu pengubahan terhadap bangunan warisan milik mereka. Sebarang usaha yang bertentangan dengan garis panduan akan ditegah. Oleh yang demikian, secara tidak langsung, bangunan warisan yang ada di Tanjong Malim akan dapat kekal dalam bentuk yang asal dan seterusnya menyumbang kepada pembentukan imej bandar Tanjong Malim itu sendiri

74 KESIMPULAN Tanjong Malim sebuah bandar yang kecil tetapi sedang mengalami proses pembangunan dan pembandaran yang agak pesat. Dari aspek wilayah, ia merupakan kawasan yang berpotensi untuk membangun dan akan terus mengalami pembangunan yang pesat kerana disasarkan menjadi pusat pertumbuhan strategik wilayah (bersama-sama dengan Bandar Proton) dalam Rancangan Struktur Negeri Perak. Deretan bangunan warisan dari jenis rumah kedai di bandar Tanjong Malim merupakan satu prospek utama dalam konteks pemuliharaan dan pembentukan imej Tanjong Malim. Kewujudan UPSI dan Politeknik Sultan Azlan Shah merupakan pemangkin paling penting kepada Tanjong Malim sekiranya Tanjong Malim ingin ditonjolkan sebagai bandar yang berimejkan pendidikan (bandar ilmu dan sebagainya). Walau bagaimanapun, beberapa isu dan masalah didapati wujud dan ia perlu ditangani sekiranya pihak berkuasa tempatan benar-benar serius untuk memastikan Tanjong Malim menjadi sebuah bandar yang mempunyai imej sendiri. Pendidikan dan warisan adalah dua imej penting yang boleh ditonjolkan di Tanjong Malim melalui beberapa usaha pemuliharaan. Tidak mustahil, dengan usahaya yang bersungguhsungguh, Tanjong Malim juga akan mampu dikenali sebagai sebuah bandar yang mempunyai imej yang terkenal suatu hari nanti. RUJUKAN Catanese, A. & Snyder, J. (Pnyt). 1979. Intoduction to urban planning. New York: Mc Graw- Hill Book Company Dolbani Mijan. 2000. Imej bandar: Pemahaman mengenai eleman yang membentuk imej sesuatu bandar. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Forum Kebangsaan Imej Bandar di Malaysia,7-8 November, Aseania Resort Langkawi, Kedah. Lynch, K. 1960. The image of the city. Cambridge: MIT Press. Syed Zainol Abidin Idid. 1996. Pemeliharaan warisan rupa bandar: Panduan mengenali warisan rupa bandar berasaskan inventori bangunan warisan Malaysia. Kuala Lumpur: Badan Warisan Malaysia. Yazid Saleh. 2010. Pengenalan pemuliharaan bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.