APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

Similar documents
Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

counselling2u.uitm.edu.my

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

OSCC Case Study. Aplikasi Sistem Maklum Balas Sesi Latihan & Khidmat Sokongan (e- Penilaian) IAB. Agensi Kerajaan : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

SISTEM PENDAFTARAN PARKIR PANGSAPURI. Alaaniah Binti Md Sulaiman. Prof. Dr. Zawiyah Mohammad Yusof

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat


VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

Development of Bicycle Shift Models in Universiti Kebangsaan Malaysia Campus

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

Guide for Activity Report Panduan untuk Laporan Aktiviti

EAL335 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

IMPAK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) KEPADA NILAI HARTA TANAH KEDIAMAN DI SETAPAK, KUALA LUMPUR SITIAYU ZUBAIDAH BINTI YUSUF

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

Bachelor of Engineering with Honours (Civil Engineering)

ANALYSIS THE PERFORMANCE OF UNSIGNALIZED INTERSECTION BASED ON GAP ACEPTANCE STUDIES

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID

Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih.

Faculty of Electrical & Electronic Engineering University Malaysia Pahang

THE EFFECTS OF CHANGES AT SIGNALIZED INTERSECTION ON THE VEHICLES EMISSION LOADING IN PARIT BUNTAR, PERAK.

Salina Binti Ramli. I/C No: Dr. Norhazilan Bin Md. Noor

JENIS JENIS KABEL ELEKTRIK

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. EAL 335/4 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]

Penulisan Kreatif yang Cemerlang

Walkability in Campus, Case study of University Technology Malaysia SAMAN JAVAN FARD

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Pelan Pengurusan Perubahan Fasa III Self Reliance dan Tahap Kematangan Self Reliance

Penemuan Awal Berkaitan Pemuliharaan Bandar dalam Pembentukan Imej Bandar di Tanjong Malim, Perak

LJ"N1Y ERSITl MALAYSIA S.AJ3.AH

NAJMAH NAWAWI MOHD NUSI ABD. RAHMAN NOOR SHAFEEZA ZAINUDDIN NUR SYAZWANI ZAINUL ABIDIN

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

4. BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, AKUATROP adalah :

Transcription:

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS) Nurul Syafiqah Najwa Nu Mahamad Zainal Rasyid Mahayuddin ABSTRAK Malaysia memiliki pelbagai tarikan lokasi percutian yang menjadi salah satu faktor menyumbang kepada sektor pelancongan negara ini. Dengan kepelbagaian lokasi menarik di sesebuah negara, perancangan pelancongan dibuat untuk memastikan pelancongan tersebut dapat memenuhi kehendak pelancong di mana aktiviti ini meliputi pelbagai aspek yang perlu diambil berat seperti masa dan kewangan. Perancangan tersebut meliputi senarai lokasi yang ingin dituju dalam jangka masa atau bajet kewangan yang telah ditetapkan. Justeru, cadangan menghasil aplikasi peringatan lokasi serta penjanaan laporan sebagai rujukan pengguna diutarakan. Dengan implementasi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), aplikasi ini meliputi fungsi untuk menetap peringatan di mana pengguna boleh membuat tetapan peringatan berdasarkan senarai lokasi yang ada. Laporan yang dijana berfungsi sebagai rekod pengguna. Aplikasi ini dibangun dengan menggunakan Android Studio. Projek pembangunan aplikasi ini menggunakan metod Agile dan pengujian kotak hitam sebagai kaedah pengujian aplikasi. Sebagai tambahan, kajian terhadap aplikasi yang sedia ada telah dijalan serta dibanding dengan aplikasi yang dibangun ini. Pembangunan aplikasi dijalankan dan diuji bagi menjayakan projek ini. Aplikasi yang dibangun dengan teknologi GPS ini mampu memberi peringatan dan seterusnya menjana laporan bagi membantu pelancong membuat perancangan. 1

1 PENGENALAN Setiap pelancong pasti ada tujuan utamanya untuk melancong ke sesuatu tempat. Secara umumnya, tujuan utama untuk melancong dibahagikan kepada empat iaitu, perniagaan, melawat kenalan atau saudara mara, untuk keseronokan dan urusan peribadi lain (Goeldner & Ritchie 2012). Malaysia yang dikenali sebagai negara yang mempunyai pelbagai budaya dan agama telah menjadi salah sebuah negara yang popular di kalangan pelancong sama ada di luar mahupun dalam negara. Tarikan yang sedia ada dalam masa yang sama telah memberikan impak yang besar kepada sektor pelancongan negara. Sektor ini telah menjadi salah satu sumber pendapatan penting untuk negara membangun, mewujudkan suatu platform sektor pelancongan berasaskan ekonomi (Alam et al. 2015). Menjelang abad ke - 21, kehidupan seharian masyarakat kini semakin terdedah dengan penggunaan teknologi mudah alih khususnya telefon pintar khususnya telefon yang menggunakan sistem operasi Android. Sistem ini telah mendapat perhatian ramai kerana sistem sumbernya terbuka dan adanya beberapa alat pembangunan percuma, banyak aplikasi mudah alih telah dibina (Gu, Wang & Ma 2014). Kesulitan mengingati sesuatu perkara bukanlah perkara asing dalam kehidupan seharian seseorang individu. Dengan inisiatif seperti nota atau diari manual, masyarakat kini boleh memperingat diri sendiri tentang sesuatu perkara atau aktiviti. Ada sesetengah individu lebih selesa untuk merekod kegiatan harian atau percutian. Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, pelbagai aplikasi dan sistem dibina sebagai jalan untuk memudahkan kehidupan harian masyarakat zaman kini. Aplikasi peringatan membenarkan penggunanya untuk membuat peringatan mengikut keperluan, dan mengingatkan semula kepada pengguna mengikut ketetapan yang telah disetkan. Sebagai contoh, penerbangan ke Malaysia pada jam 10.00 pagi dan aplikasi akan membuat notifikasi kepada penggunanya. 2

Aplikasi laporan pula digunakan untuk menyediakan laporan bagi sesebuah aktiviti yang telah dilakukan dan disimpan ke dalam pangkalan data yang telah disediakan. Penggunanya boleh melihat semula laporan yang telah disimpan. Justeru itu, projek ini akan meliputi pembangunan sistem mudah alih yang berpotensi untuk memberi peringatan lokasi pelancongan di Malaysia dan menjana laporan berdasarkan peringatan yang telah dibuat. 2 PENYATAAN MASALAH Untuk melancarkan perjalanan semasa melancong, perancangan awal perlu dibuat oleh seseorang pelancong. Berhadapan dengan masalah lupa akan sesuatu semasa perjalanan berkemungkinan akan menyebabkan pelan pelancongan terganggu. Sebagai contoh, terlepas penerbangan boleh mengakibatkan pelancong tersebut itu terpaksa mengeluarkan wang lebih untuk menempah tiket penerbangan baru. Menaip laporan secara manual adalah kurang efektif kerana skrin aplikasi yang agak terhad, menyebabkan reka bentuk antara mukanya kelihatan lebih serabut serta padat. Penyediaan laporan bergantung kepada keadaan penggunanya. Apabila seseorang pelancong ingin membuat laporan mengenai perjalanannya, kemungkinan pelancong tersebut keletihan selepas melalui sesuatu aktiviti, menaip secara manual agak tidak sesuai. 3 OBJEKTIF KAJIAN Secara umum, projek ini dibangun untuk menghasil aplikasi mudah alih berteras sistem pengoperasian Android sebagai jalan penyelesaian masalah yang telah dinyatakan di pernyataan masalah. Aplikasi ini meliputi penerapan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) serta fungsi untuk menetapkan peringatan lokasi percutian yang hendak dilawati dan menerima laporan ringkas aktiviti berdasarkan peringatan yang telah ditetapkan. 3

Kertas ini membincang tentang projek pembangunan aplikasi dan menjelaskan bagaimana ia beroperasi. Peringatan berteras lokasi yang diterap akan menjana laporan sebagai rujukan pengguna. 4 METOD KAJIAN Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) adalah gambaran abstrak beberapa proses yang digunakan dalam pembangunan sistem dan perisian (Kaur & Kaur 2015). Terdapat pelbagai model SLDC iaitu model Air Terjun, model Iteratif, model berbentuk V, model Spiral dan model Agile (Rastogi 2015). Menerusi SDLC, perlaksanaan dapat dijalankan dengan lebih mudah dan efisien dengan pembahagian tugas kepada bahagian kecil dan dijalankan secara berperingkat. Di samping itu, aplikasi juga dapat dibaik pulih pada peringkat seterusnya mengikut kekurangan yang ada pada aplikasi yang dibangunkan. Model ini telah terbahagi kepada lima bahagian iaitu Perancangan, Analisis, Reka Bentuk, Implementasi dan Pengujian. Rajah 4.1 Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) 4

4.1 Fasa Perancangan Menerusi fasa ini, perancangan dan aktiviti awal untuk pembangunan aplikasi dirancang secara teliti untuk mengenalpasti projek yang bakal dibangun. Penyediaan dokumen awal seperti carta gantt turut dilaksana sebagai garis panduan untuk perjalanan keseluruhan projek ini agar hasil projek menepati segala keperluan dan objektif yang telah ditetapkan. 4.2 Fasa Analisis Fasa kedua ini melibatkan proses pengumpulan data serta maklumat daripada jurnal, laman web serta buku. Selain daripada bahan bacaan, kajian lanjut seperti permasalahan yang wujud dan penyelesaian masalah mengenai sistem aplikasi yang sedia ada turut dijalankan dan dibandingkan antara satu sama lain. Pengumpulan maklumat bagi keperluan pengguna juga diperoleh melalui kaedah temu bual untuk memastikan projek yang bakal dibangun mencapai kehendak pengguna dan objektif. 4.3 Fasa Reka Bentuk Rekaan antara muka sistem dibentuk berdasarkan fungsi aplikasi serta hasil pengumpulan data yang telah diperolehi dari perlaksanaan fasa analisis. Papan cerita turut digunakan sebagai panduan untuk mendapatkan perjalanan sistem yang bakal dibangun secara sistematik dan tersusun. Dalam fasa ini, beberapa reka bentuk penyelesaian dibina sebagai gambaran proses aplikasi yang dibina. Sebagai contoh, reka bentuk algoritma seperti di Rajah 4.2 menunjukkan aliran data keseluruhan aplikasi. Spesifikasi keperluan perkakasan dan perisian turut diambil kira dalam fasa ini. Perkakasan dan perisian yang diguna untuk membangun projek harus dipilih dengan teliti agar pembangunan aplikasi dapat dibangun dengan baik serta tidak menjejas perjalanan pembangunan dan hasil projek. Spesifikasi keperluan perkakasan komputer yang diguna adalah seperti berikut: - Komputer: HP Notebook, Windows 10. - Pemproses: Intel(R) Core(TM) i5-7200u CPU @ 2.50GHz. - Ingatan capaian rawak (RAM): 4.00 GB. - Jenis sistem: Sistem pengoperasian 64-bit, x64 5

Rajah 4.2 Carta Alir Algoritma Bagi membangunkan sistem aplikasi, keperluan perisian juga memainkan peranan penting, memastikan sama ada perisian tersebut bersesuaian dengan perlaksanaan projek. Berikut merupakan antara perisian yang diguna: 1. Android Studio Android Studio adalah sebuah platfom yang berteraskan Java yang boleh mewujudkan persekitaran pembangunan bersepadu (IDE). Platfom ini mempunyai pelbagai plugin yang menjadikannya fleksibel dan mudah digunakan. 6

2. Android Developer Tool (ADT) ADT, Peralatan Pembangun Android merupakan salah satu plugin yang mampu menyokong penciptaan dan penyahpepijatan semasa pembangunan aplikasi tersebut berlangsung. Plugin ini juga membantu penggunanya dengan membolehkan pembinaan aplikasi Android baru dan mewujudkan antara muka Android. 3. Android SDK Android SDK adalah sejenis kit pembangunan perisian, yang menyeluruh serta dilengkapi dengan perpustakaan, pelagak, penyahpepijatan dan lain lain. Kit ini mempunyai pelbagai ciri dan telah banyak dipertingkat mengikut keperluan (Darcey & Conder 2012). 4. Android Virtual Device Tool (AVD) AVD adalah sejenis pelagak, atau lebih dikenali sebagai emulator yang membolehkan penggunanya untuk menguji aplikasi tanpa memerlukan peranti fizikal seperti telefon mudah alih. AVD dikonfigurasi untuk melagak pelbagai perkakasan termasuk pilihan seperti saiz skrin, dan muatan memori (Smyth 2016). 5. Pangkalan data Firebase Firebase merupakan platform pembangunan aplikasi mudah alih dan web. Perkhidmatan seperti pangkalan data membolehkan data dapat diambil dalam masa nyata. Perubahan pada pangkalan data juga mengubah data pada peranti pada masa yang sama. 4.4 Fasa Implementasi Pembangunan sistem dijalankan berdasarkan reka bentuk dan papan cerita yang telah direka dalam fasa rekabentuk. Pembangunan ini meliputi proses pengaturcaraan, pembinaan antara muka aplikasi dan pangkalan data. Papan cerita dan keperluan sistem dikod dan dihasilkan dalam bentuk aplikasi mudah alih. 7

4.5 Fasa Pengujian Sistem yang telah dibangunkan dalam fasa implementasi akan diuji untuk mengesan sebarang ralat dan diselenggara semula untuk penambahbaikan. Penilaian dibuat untuk memastikan sama ada sistem yang telah dibangunkan telah menepati kehendak penggunanya atau sebaliknya. Aplikasi diuji oleh beberapa pengguna sasaran untuk pengujian. 5 HASIL KAJIAN Bahagian ini membincang hasil daripada proses pembangunan aplikasi peringatan dan laporan. Pembangunan aplikasi termasuk reka bentuk antara muka dibangun berdasarkan reka bentuk dan spesifikasi yang dijalankan di Fasa Rekabentuk. Faktor mesra pengguna turut dititik berat dalam pembangunan antara muka aplikasi agar mudah diguna oleh pengguna. Sebagai pengujian fungsi aplikasi iaitu kemampuan untuk menerima peringatan berdasarkan lokasi dan penjanaan laporan, lokasi yang diguna adalah sekitar kampus kerana masalah lokasi pelancongan yang jauh. 5.1 Halaman utama Rajah 5.1 di bawah menunjukkan halaman utama sebagai permulaan aplikasi. Halaman ini memapar tiga butang fungsi iaitu Tambah Peringatan (Add Reminder), Lihat Peringatan (View Reminder) dan Lihat Laporan (View Report). Halaman seterusnya dipapar berdasarkan butang yang diklik oleh pengguna. 8

Rajah 5.1 Halaman utama aplikasi 5.2 Halaman kategori Halaman senarai negeri seperti di Rajah 5.2 (a) akan dipapar jika pengguna memilih untuk menambah peringatan baru. Setelah memilih negeri pilihan, seperti Selangor di Rajah 5.2 (b), kategori dijadikan lebih spesifik dengan memilih daerah yang ingin ditujui. Rajah 5.2 (c) menunjukkan paparan pilihan daerah Hulu Langat di mana terletak kampus UKM. Informasi ringkas turut disertakan seperti yang dapat dilihat di Rajah 5.2 (b) dan (c). Senarai lokasi dipamer dalam bentuk butang yang boleh diklik oleh pengguna. Halaman web Kementerian Pelancongan dapat dicapai apabila pengguna klik pada butang yang terletak berhampiran dengan toolbar halaman. 9

(a) (b) (c) Rajah 5.2 Halaman kategori lokasi dalam aplikasi 10

5.3 Halaman informasi lokasi Halaman seperti di Rajah 5.3 membolehkan pengguna untuk menambah lokasi sebagai peringatan. Peringatan dapat dibuat apabila pengguna klik pada butang + dan dimasukkan ke dalam pangkalan data sebagai rekod. Bagi aplikasi ini, pangkalan data yang diguna bagi menyimpan data adalah Firebase di mana data dapat diperoleh secara masa nyata (real-time). Rajah 5.3 Halaman informasi lokasi bagi Kolej Burhanuddin Helmi, UKM 5.4 Halaman senarai peringatan Rajah 5.4 menunjukkan halaman senarai peringatan yang telah dibuat oleh pengguna. Halaman ini akan dipapar jika pengguna memilih untuk melihat senarai peringatan yang sudah ditetap di halaman utama. Maklumat peringatan dapat dicapai dengan memilih peringatan yang tersenarai. 11

Rajah 5.4 Halaman senarai peringatan 5.5 Halaman laporan Rajah 5.5 (a) menunjukkan laporan yang dijana jika pengguna sudah melawat lokasi tersebut. Di halaman ini, senarai fasiliti berserta cadangan lokasi berhampiran turut dipamer. Senarai fasiliti digambar dalam ikon merah dan cadangan lokasi dalam bentuk butang kelabu. Kotak pop-up akan dipamer jika ikon dipilih oleh pengguna. Seperti di Rajah 5.5 (b), popup kafe menyediakan direktori untuk ke tempat tersebut. Jika pengguna memilih untuk ke lokasi berhampiran, pop-up seperti Rajah 5.5 (c) akan memapar ringkasan lokasi serta dua butang yang membolehkan pengguna untuk mendapatkan direktori ke lokasi sama ada dengan menaiki kenderaan sendiri atau bas. Rajah 5.5 (d) menunjukkan jika pengguna memilih untuk pergi ke Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) dengan menaiki bas. Laluan bas juga diserta sebagai rujukan pengguna. Pilihan untuk ke lokasi sekitar juga ditambah sebagai peringatan dan disimpan dalam pangkalan data. 12

(a) (b) (c) (d) Rajah 5.5 Halaman maklumat laporan 13

6 KESIMPULAN Laporan ini merumuskan perancangan serta hasil pembangunan bagi projek Aplikasi Peringatan dan Laporan berasaskan Android untuk Pelancongan. Aplikasi mudah alih ini dijangka dapat membantu pengguna dengan memberi peringatan mengikut ketetapan pengguna serta menjana laporan ringkas. Dengan penggunaan GPS, peringatan dapat diberi apabila pengguna berhampiran dengan lokasi sebagai jalan untuk memastikan pengguna singgah di lokasi yang ingin dilawati. 7 RUJUKAN Alam, F., C, E. A., Begum, H. & Alam, M. M. 2015. The Factors of Selecting Malaysia as Tourist Destination. Mediterranean Journal of Social Sciences MCSER Publishing, 6(3), 2039 9340. doi:10.5901/mjss.2015.v6n3s1p491 Darcey, L. & Conder, S. 2012. Android Wireless Application Development Volume I: Android Essentials hlm.3rd Edisi. Addison-Wesley. Goeldner, C. R. & Ritchie, J.. B. 2012. Tourism: Principles, Practices, Philosophies hlm.12th Edisi. Gu, L., Wang, J. & Ma, L. 2014. Research and Development for Android Platform 9(4), 187 198. Kaur, A. & Kaur, K. 2015. Suitability of Existing Software Development Life Cycle (SDLC) in Context of Mobile Application Development Life Cycle (MADLC). International Journal of Computer Applications, 116(19), 1 6. Retrieved from http://www.ijcaonline.org/archives/volume116/number19/20441-2785 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 2016. Malaysia Registers 25.7 Million Tourists in 2015. doi:10.5235/204976114814222476 Rastogi, V. 2015. Software Development Life Cycle Models- Comparison, Consequences. International Journal of Computer Science and Information Technologies, 6(1), 168 172. Smyth, N. 2016. Android Studio Development Essentials Second Edition hlm.2nd Edisi. ebookfrenzy. 14