UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KETERANGAN MENGENAI MAJLIS KONVOKESYEN KE-41 TAHUN 2017

Similar documents
ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

counselling2u.uitm.edu.my

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

RHB Premium Cards Golf Privileges 2019 Terms and Conditions

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 30 November 2017)

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

Senarai MoU/MoA Dalam Negara (yang masih sah sehingga 12 Mac 2018)

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

Complimentary green fees for 1 full flight for Cardmember and 3 guests. Tee-off at 10 renowned regional golf courses.

Terma dan Syarat Program Keistimewaan Golf World Mastercard ( Program )

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Mohamad Rafidi Mat Dahan. No. Fail: QU (QM/6-262) Tarikh: 8 Ogos 2014 (Semakan 14 Ogos 2014)

PERATURAN SPESIFIK (CRITERIUM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

(i) Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada yang bermastautin tetap di Negeri Sarawak ;

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Program Golf Serantau 2018( Program )

PERATURAN SPESIFIK (CRITERIUM)

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN AKUATIK MSSPP

KADAR KEMUDAHAN/ URUSAN PENTADBIRAN

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PEMBIAYAAN MENGIKUT JENIS PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

4. BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, AKUATROP adalah :

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

(A) Ahad & Selasa Sun. & Tue. (B) Isnin & Rabu Mon. & Wed. Teras Kesukarelawanan / Volunteership Core

Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2017 Garis Panduan, Tatacara dan Tanggungjawab Peguam Lantikan Mahkamah bagi Kes Kesalahan Hukuman Mati

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

28 April hingga 1 Mei 2017

oleh Pemohon (Pelukis Pelan Berdaftar/ Arkitek/ Jurutera Profesional

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

Guide for Activity Report Panduan untuk Laporan Aktiviti

EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam

PERATURAN TEKNIKAL SUKAN LUMBA BASIKAL

(Menggunakan Letter Head Jabatan)

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

TAJUK TENDER / SEBUTHARGA : MAT-IMSE TO REPLENISH INSTRUMENT SPARES FOR OVERHAUL

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

GARIS PANDUAN IDENTITI KORPORAT & PRODUK OKTOBER 2018 PRODUCT & CORPORATE IDENTITY GUIDELINES

Faculty of Engineering

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

INTERNAL SURFACE PIPE ROUGHNESS CLASSIFICATION USING HIGH FREQUENCY ACOUSTIC EVALUATION

a) This Contest is open to all individual customers of Maybank, who are Digi subscribers and at least 18 years of age ( Eligible Participant(s) )

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

TAKLIMAT ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN: SUB-KOMPONEN JARINGAN KOMUNITI

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-407/17 ANTARA PUTERI NADIA BINTI AZMAN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

NEYMAR JR S FIVE RULES OF THE GAME *Untuk versi Bahasa Malaysia, sila rujuk muka surat 13*

Siri Selamat di Rumah dan di Luar Rumah

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN PENJANAAN PENDAPATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA GARIS PANDUAN PENJANAAN PENDAPATAN UNIVERSI TI TEKNOLOGI MARA

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

NOTIS PEMBERITAHUAN TERMASUK TARIKH AKHIR UNTUK MENYELESAIKAN POTENSI TUNTUTAN BEG UDARA INFLATOR TAKATA

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. EAL 335/4 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

Faculty of Engineering

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

PENGAUDITAN PEMBINAAN PENGALAMAN MALAYSIA (JABATAN AUDIT NEGARA)

KERJA KERJA PEMBAIKAN PENYELENGGARAAN TAHUN 2015 ( KERJA KERJA AWAM SAHAJA) BIL BUTIR BUTIR KERJA UNIT KUANTITI HARGA JUMLAH (PROV) (RM) (RM)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


TOPIC 10 SISTEM PENGANGKUTAN MEKANIKAL (MECHANICAL CONVEYORS SYSTEM) ROSADAH MAHAMUD

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHO HARUN NARRASHID [ KOT A TINGGI ]

JADUAL PERANCANGAN AKADEMIK & AKTIVITI SEMESTER SARJANA MUDA & DIPLOMA MAC - JULAI 2018 TARIKH HARI MASA TEMPAT AKTIVITI PERSON IN CHARGE

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

16/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

BORANG PERMOHONAN PELESENAN

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH GREAT EASTERN TAKAFUL BERHAD

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

Risalah Data Keselamatan Kimia. Chemical Safety Data Sheet

Transcription:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KETERANGAN MENGENAI MAJLIS KONVOKESYEN KE-41 TAHUN 2017 1. Maklumat Majlis Konvokesyen UPM Ke-41 Tahun 2017 Tarikh : 4 hingga 7 November 2017 Tempat : Hari/Sesi: Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah(PKKSSAAS), UPM Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa (4 hari/ 8 sesi) 2. Susunan Graduan Mengikut Program dan Sesi seperti di Lampiran 1. 3. Kehadiran Graduan 3.1 Sebagaimana termaktub dalam Acara Konvokesyen UPM, Ijazah dan Diploma hendaklah biasanya dikurniakan hanya kepada graduan yang hadir pada sesuatu Konvokesyen dengan syarat bahawa Senat, boleh dalam keadaan luar biasa, memutuskan supaya sesuatu Ijazah atau Diploma dikurniakan tanpa hadir. 3.2 Graduan hendaklah mematuhi arahan kehadiran yang telah ditentukan mengikut sesi yang ditetapkan. 3.3 Graduan tidak dibenarkan menangguhkan Majlis Konvokesyen ataupun mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri Majlis Konvokesyen. 4. Yuran Graduan 4.1 Semua graduan Ijazah Lanjutan diwajibkan membayar yuran graduan sebanyak RM200.00. Yuran ini diwajibkan bagi semua graduan sama ada yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen sebaliknya. Borang Maklumat untuk Bergraduat (GS-17) hendaklah dikemukakan ke Sekolah Pengajian Siswazah sekiranya masih belum berbuat demikian. 4.2 Mana-mana graduan yang belum menjelaskan yuran graduan (RM200.00) hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya dua (2) hari bekerja sebelum mengambil jubah akademik melalui salah satu kaedah berikut: (a) JomPAY (b) Cimbclicks (Internet banking) (c) Kaunter CIMB (d) Kad Kredit online

Saluran Bayaran Langkah PERINGATAN: Cara bayaran selain dari di bawah TIDAK DIBENARKAN dan di anggap tiada bayaran telah di buat. Melalui kemudahan JomPAY Bayaran boleh dibuat menggunakan internet banking dari semua bank yang mempunyai kemudahan JomPAY. Pilih modul Bill Payment Klik butang JomPAY Pilih akaun pembayar samada akaun simpanan atau akaun kad kredit anda Biller Code : 8441 Ref 1 : No matrik (Wajib) Ref 2 : No Kad Pengenalan Teruskan ke proses selanjutnya (Tag) & pengesahan Sila input no transaksi yang berjaya (8 digit) ke dalam sistem My-Konvokesyen sebagai bukti bayaran. Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya 2 hari bekerja sebelum tarikh pengambilan jubah Melalui internet banking CIMB Clicks Bagi pemegang akaun CIMB samada pelajar atau ahli keluarga yang membuat bayaran. url web https://www.cimbclicks.com.my/ibk/ Pilih modul Pay Klik butang Bills Enter Biller Name : Taip UPM Pilih : Universiti Putra Malaysia Kampus Serdang Masukkan no matrik, No Kad Pengenalan dan jumlah RM200 Teruskan ke proses selanjutnya (Tag) & pengesahan Sila input no transaksi yang berjaya (8 digit) ke dalam sistem My-Konvokesyen sebagai bukti bayaran. Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya 2 hari bekerja sebelum tarikh pengambilan jubah Kaunter Cawangan CIMB Bayaran boleh dibuat di kaunter cawangan CIMB diseluruh Malaysia. Nama Akaun : UPM COLLECTION No Akaun : 8 0 0 2 1 5 5 0 4 2

Kad Kredit OnLine Fund Transfer dan penggunaan CDM ke akaun ini TIDAK DIBENARKAN Sila input no transaksi yang berjaya (8 digit) ke dalam sistem My-Konvokesyen sebagai bukti bayaran Proses: Muat turun dan lengkapkan borang yang boleh dilayari melalui url: http://www.bursar.upm.edu.my/dokumen/90032 _directdebit.pdf, Faks borang yang telah lengkap ke : 03-89472048 or email to bursar.student_pg@upm.edu.my Bayaran melalui kad kredit secara online hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum mengambil jubah akademik (a) Graduan yang tidak dapat menghadiri Majlis Konvokesyen boleh menjelaskan bayaran pada bila-bila masa menggunakan kaedah diatas. (b) Skrol / Transkrip graduan hanya akan dikeluarkan selepas tarikh konvokesyen dan segala yuran yang tertunggak dijelaskan (yuran graduan, yuran pengajian, denda perpustakaan & saman lalulintas dll), jika ada. 5. Kajian Pengesanan Graduan Graduan juga dikehendaki melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan 2017 secara Online bermula 16 Oktober 2017 (Isnin) melalui sistem kajian seperti berikut: Sistem Kajian Pengesanan Graduan (Kementerian Pendidikan Tinggi) (Laman Web: http://graduan.mohe.gov.my ) * Sila cetak Slip Pengesahan di laman terakhir borang kajian dan bawa bersama semasa minggu pengambilan jubah akademik untuk disemak dan disahkan oleh CEM di kaunter semakan. Jubah akademik tidak akan diberikan sekiranya graduan gagal mengemukakan slip pengesahan. *Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak CEM ditalian 03-89471020 / 1409 6. Pinjaman dan Pemulangan Jubah Akademik 6.1 Proses Pinjaman

Graduan hendaklah: (a) jelaskan yuran graduan berdasarkan kaedah pembayaran yang dihuraikan seperti di item 4.2 di atas; (b) lengkapkan borang pinjaman jubah akademik secara online melalui portal pelajar di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) di menu Mykonvokesyen (borang jubah akademik), mulai 5 Oktober 2017. (www.smp.upm.edu.my) (c) untuk graduan siswazah sila gunakan nombor K.P./pasport dan kad matrik bagi kata laluan dan id di menu Mykonvokesyen (borang jubah akademik); Nota: Guna browser IE atau Mozella Firefox sahaja. Google Chrome adalah tidak dibenarkan (d) cetak dan bawa borang pinjaman jubah akademik dalam talian yang telah dilengkapkan dan diberikan status BERJAYA dalam semak permohonan pada borang jubah akademik di bawah menu Mykonvokesyen SMP semasa mengambil jubah akademik di Kompleks Akademik Pusat, UPM pada tarikh yang telah ditetapkan. (e) graduan hendaklah melengkapkan borang mewakilkan pengambilan jubah akademik dan bawa bersama borang permohonan dalam talian yang telah dicetak semasa pengambilan jubah sekiranya jubah akademik diambil oleh wakil. (Seorang wakil hanya boleh mengambil untuk dua (2) graduan sahaja) (f) hubungi Bahagian Urus Tadbir Akademik sekiranya mempunyai masalah untuk mengakses sistem MyKonvokesyen e-smp di talian 03-89466026/03-89471464/03-89466147 untuk kenalpasti masalah berkaitan. 6.2 (g) hubungi pihak Bendahari sekiranya terdapat masalah berkaitan pembayaran yuran di talian 03-8946 4156/4161 atau emel ke bursar.student_pg@upm.edu.my (untuk graduan siswazah). Sila pastikan Jubah akademik UPM yang dipinjam dalam keadaan baik dan sempurna seperti berikut : a) PhD: jubah (warna maroon), hood (warna peach), dan Bonnet; b) Master: jubah (warna maroon), hood (warna peach),dan mortar board 6.3 Graduan tidak dibenarkan meminda atau mengubah suai mana-mana

bahagian jubah akademik yang dipinjam. 6.4 Urusan pinjaman Jubah akademik akan dilaksanakan di Kompleks Akademik Pusat, UPM sebagaimana berikut: Tarikh Masa Tindakan/Catatan 28 Oktober hingga 2 November 2017 (Sabtu Khamis) 9.00 pagi hingga 5.00 petang Pastikan semua Kaunter yang disediakan oleh Urus Setia diikuti bagi mengelakkan sebarang masalah ketika menyertai Majlis Konvokesyen. Kaunter pengambilan Jubah akan DITUTUP semasa sesi raptai (jam 9.00 hingga 12.00 tengah hari dan akan DIBUKA selepas sesi raptai pada jam 2.30 hingga 5.00 petang) seperti tarikh berikut: 29 Oktober 2017 (Ahad) 1 November 2017 (Rabu) 2 November 2017 (Khamis) 6.5 Urusan Pemulangan Jubah Akademik Maklumat pemulangan jubah akademik terdapat di dalam album/skrol. Bayaran denda lewat memulangkan jubah akademik akan dikenakan mulai 13 November 2017 (Isnin) seperti berikut: (a) hari pertama RM10.00 seterusnya ditambah RM5.00 setiap hari berikutnya; (b) Bayaran denda hendaklah dibuat di Kaunter Pelanggan Bendahari III, Tingkat Bawah, Bangunan Canselori Putra; dahulu dikenali sebagai Bangunan Pentadbiran, UPM dan resit bayaran hendaklah dikemukakan semasa memulangkan jubah akademik; (c) wakil yang memulangkan jubah akademik hendaklah memastikan telah mendapatkan pengesahan pemulangan sebelum meninggalkan kaunter. 6.6 Graduan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan jubah akademik. 6.7 Jubah akademik yang rosak atau hilang, bayaran akan dikenakan dan sijil akademik/transkrip tidak akan dikeluarkan sehingga bayaran tersebut dijelaskan seperti berikut: Program Bayaran (RM) Total Jubah Hood Mortar Bonnet (+GST Board 6%) Ijazah Bacelor 280.00 35.00 50.00-386.90 Diploma 150.00-50.00-212.00 Master 400.00 35.00 50.00-514.10 PhD 750.00 35.00-75.00 911.60

7. Pakaian Graduan 7.1 Graduan adalah DIWAJIBKAN mematuhi etika berpakaian seperti berikut semasa menghadiri Majlis Konvokesyen (rujuk contoh di Lampiran 2 (A&B):- Wanita: (a) Baju kurung moden/traditional/pakaian kebangsaan/pantsuit atau skirt labuh hingga buku lali dan blaus lengan panjang menutupi dada dan seterusnya memakai jubah akademik. (b) Warna pakaian adalah bebas. (c) Bagi yang memakai tudung, dicadangkan agar menggunakan tudung warna cerah supaya mudah disesuaikan dengan warna hood fakulti masing-masing. (d) Sarung tangan dipakai pada kedua-dua belah tangan yang berwarna hitam atau warna kulit dan bertutup (TIDAK DIWAJIBKAN hanya untuk graduan yang memakai sarung tangan sahaja) (e) Kasut berwarna hitam dan bertutup pada bahagian hadapan dan belakang. TIDAK DIBENARKAN Memakai skirt pendek dan kasut sukan/sandal/terbuka di belakang/berwarna cerah atau putih. Lelaki: (a) (b) Kemeja lengan panjang berkolar, berseluar slack berwarna gelap, bertali leher dan memakai kot, atau lengkap memakai Lounge Suit berwarna gelap, berstoking dan berkasut hitam dan seterusnya memakai jubah akademik. Potongan rambut hendaklah pendek dan kemas. TIDAK DIBENARKAN Memakai seluar jeans/seluar pendek, kasut sukan/sandal/ kasut berwarna cerah atau putih.

7.2 Majlis Konvokesyen ini adalah satu upacara rasmi Universiti. Graduan diingatkan supaya mematuhi peraturan pakaian seperti dinyatakan di atas. 8. Kad Jemputan Graduan yang TIDAK MEMATUHI peraturan pakaian TIDAK AKAN DIBENARKAN masuk, berarak atau naik ke pentas untuk upacara pengurniaan Ijazah Lanjutan, Ijazah Bacelor dan Diploma. Video tatacara pemakaian jubah boleh diakses di laman web www.akademik.upm.edu.my mulai 4 Oktober 2017. 8.1 8.2 Kad jemputan dan arahan lain akan diedarkan pada graduan/wakil graduan semasa meminjam jubah akademik; Pihak Universiti tidak bertanggungjawab atas kehilangan kad jemputan yang telah diedarkan dan kad yang hilang tidak akan diganti; 8.3 (a) (b) Setiap graduan akan diberikan satu (1) kad jemputan untuk dua (2) orang tetamu; dua (2) nama tetamu hendaklah dilengkapkan pada keratan kad dan dibawa untuk diserahkan kepada penyambut tetamu sebelum masuk ke dewan. 9. Kudapan Ibu bapa Satu bag berisi dua (2) makanan ringan dan dua (2) botol air mineral disediakan untuk ibu bapa/tetamu dan akan diberi semasa masuk ke dewan. 10 Taklimat dan Raptai Konvokesyen Tiga (3) sesi taklimat dan raptai akan diadakan kepada semua graduan supaya lebih memahami acara yang akan dijalankan pada hari Konvokesyen dan kerjasama graduan amat dialu-alukan agar menyertai taklimat dan raptai yang akan diadakan di PKKSSAAS seperti maklumat berikut : Tarikh Sesi Masa *29 Oktober 2017 Terbuka untuk semua yang 9.00 pagi hingga 12.00 (Ahad) tidak boleh hadir pada 1 & 2 tengahari 1 November 2017 (Rabu) November 2017 Graduan Sesi 1,2,3, 4 (rujuk Lampiran 1) 2 November 2017 (Khamis) Graduan Sesi 5,6,7,8 (rujuk Lampiran 1) 11. Parkir Ibu bapa * Graduan yang tidak dapat hadir raptai mengikut sesi boleh hadir mana-mana sesi raptai mengikut kesesuaian masa masing-masing.

12. Perarakan Graduan Sila ikut arahan kawalan lalulintas (peta laluan - Lampiran 3) 12.1 Graduan hendaklah berkumpul di tempat letak kereta Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM seperti berikut: Sesi Pagi: Berkumpul - 7.30 pagi Perarakan - 8.00 pagi; Sesi Petang: Berkumpul - 1.45 petang Perarakan - 2.10 petang. 12.2 Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, graduan diminta mematuhi arahan yang diberikan oleh pegawai bertugas dan berkumpul pada masa dan tempat yang telah ditetapkan. 12.3 Elakkan membawa beg tangan atau barang berharga semasa berkumpul untuk sesi perarakan graduan. 12.4 Graduan yang lewat tidak dibenarkan masuk bagi menyertai Majlis Konvokesyen. 12.5 Ibu bapa/tetamu dinasihati untuk makan sebelum masuk ke dewan. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dewan. 12.6 Ibu bapa/tetamu tidak dibenarkan membawa masuk jambangan bunga atau cenderamata ke dalam dewan kerana ia akan mengganggu kedudukan tetamu lain. 12.7 Graduan kelainan upaya (OKU)/mempunyai masalah lain yang memerlukan bantuan peralatan seperti kerusi roda atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Urus Setia pada masa raptai atau hubungi 03-89466026/6141/6060/03-89471464. 12.8 Graduan perlu mematuhi semua peraturan dan arahan dari pegawai petugas semasa majlis berlangsung. 12.9 Graduan dan tetamu graduan tidak dibenarkan meninggalkan Dewan sehingga majlis selesai. 13. Peraturan kepada Ibu bapa/tetamu untuk masuk ke Dewan 13.1 Pakaian: a) Tetamu Lelaki: Kebangsaan/Lounge Suit/Batik/Tertib (Bersongkok bagi Sesi 1) b) Tetamu Wanita: Kebangsaan/Sopan 13.2 Kasut: Kasut bertutup (selipar, kasut sukan dan sandal TIDAK DIBENARKAN)

13.3 Tetamu graduan boleh memasuki Dewan PKKSSAAS melalui pintu yang ditetapkan oleh pegawai petugas (sila rujuk Pelan Dewan di Lampiran 4). Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan PKKSSAAS, UPM semasa Majlis Konvokesyen berlangsung. 14. Atur Cara Pengurniaan Kedudukan barisan dan susunan graduan adalah ditentukan oleh pihak Jawatankuasa/Urus Setia/Petugas. 15. Pengambilan Sijil Akademik dan Transkrip Ijazah Lanjutan, Bacelor dan Diploma 15.1 Graduan yang masih berhutang hendaklah menjelaskan hutang sebelum sijil dapat dikeluarkan. Sila kembarkan resit/ surat pengesahan daripada pihak berkenaan yang menyatakan hutang telah dijelaskan. 15.2 Lengkapkan dan serahkan borang permohonan pengambilan sijil akademik /transkrip semasa pemulangan jubah akademik (Borang pengambilan sijil diedarkan bersama Notis Graduan). 15.3 Sijil akademik/transkrip graduan boleh diambil di Kompleks Akademik Pusat, UPM pada tarikh yang ditetapkan sebagaimana maklumat dalam album/skrol. 15.4 Pengambilan sijil akademik/transkrip graduan boleh diambil mengikut program pengajian seperti berikut: i. program Ijazah Lanjutan di kaunter Sekolah Pengajian Siswazah; ii. program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) di kaunter UPM Education & Training Sdn. Bhd. 15.5 Graduan yang mewakilkan untuk mengambil sijil akademik/transkrip hendaklah mengemukakan surat akuan yang di alamatkan kepada Ketua Pentadbiran Akademik dan Anratabangsa, Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, UPM dengan nama, nombor kad pengenalan dan lampiran salinan kad pengenalan wakil (tertaluk pada perkara (13.1 hingga 13.6) perlu dipatuhi sebelum menyerahkan sijil akademik dan transkrip. Pihak UPM tidak bertanggungjawab sekiranya sijil akademik/transkrip yang dituntut oleh graduan/wakil graduan berkenaan hilang atau rosak. 16. Lain-lain Maklumat: 16.1 Tarikh-tarikh penting yang berkaitan Majlis Konvokesyen Ke-41 UPM (2017) (Lampiran 5). 16.2 Senarai semak pelaksanaan yang diperlukan bagi memastikan Majlis Konvokesyen berjalan lancar (Lampiran 6)

16.3 Arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Mesyuarat Penyelarasan Integrasi Sistem Pengambilan dan Penempatan Graduan Pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 19 Ogos 2014, menghendaki semua graduan Pendidikan mendaftar di JobsMalaysia melalui url www.jobsmalaysia.gov.my bagi penempatan graduan pendidikan oleh pihak KPM. 16.4 Graduan/ibu bapa/tetamu adalah DILARANG meletak Buku Program di lantai bagi menghormati maklumat yang terkandung. 16.5 Surau disediakan di Tingkat 1 Bangunan Canselori Putra (dahulunya dikenali sebagai Bangunan Pentadbiran), kiri dan kanan PKKSSAAS. Kerjasama para graduan mematuhi atur cara dan maklumat konvokesyen ini adalah amat diharapkan bagi memastikan Majlis Konvokesyen UPM Ke-41 berjalan lancar. Graduan boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lanjut: Siswazah: Sekolah Pengajian Siswazah: (03-89464220 - Pn. Hasnor/Pn. Siti Noor Alia/ En. Khairul Mahzan) Pengajian Jarak Jauh (PJJ- nombor matrik JM/JXXX): (03-89593408 Pn. Nur Baiti/Pn. Sakinah) URUS SETIA MAJLIS KONVOKESYEN Bahagian Urus Tadbir Akademik, Bangunan Canselori Putra (dahulunya dikenali sebagai Bangunan Pentadbiran) Universiti Putra Malaysia, UPM Serdang, Selangor 03-8946 6050/6026/6060/03-8947 1464 The English Version Notice for the 41 st Convocation Ceremony may be accessed at www.akademik.upm.edu.my

BAHAGIAN KEMASUKAN DAN BAHAGIAN URUS TADBIR AKADEMIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SUSUNAN SESI GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-41 LAMPIRAN 1 Sesi 1 (Sabtu - Pagi) 4 November 2017 Nama Program Doktor Kejuruteraan Doktor Falsafah (A ke F) Master Sains - FPSK, FSKTM, FPV Master Perubatan (Perubatan Keluarga) Master Perubatan (Psikiatri) Master Patalogi Master Sains Veterinar Master Komunikasi Korporat Sesi 3 (Ahad - Pagi) 5 November 2017 Nama Program Doktor Falsafah (N - R) Master Sastera Master Sains - FK,FPP Master Kejuruteraan Alam Sekitar Master Pengurusan Teknologi Alam Sekitar Sesi 5 (Isnin) 6 November 2017 Pagi Nama Program Master Sains - FP, IBS, FSPM Bintulu Master Sains Komputer Master Kejuruteraan Sistem Pembuatan Master Keselamatan Proses dan Pencegahan Kehilangan Master Kejuruteraan Lebuhraya dan Pengangkutan Master Kejuruteraan Struktur dan Pembinaan Master Teknologi Makanan Sesi 7 (Selasa) 7 November 2017 Pagi Nama Program Master Sains - FEM, FBMK, ITMA, IPSAS Master Alam Sekitar Master Pembangunan Sumber Manusia Master Pengurusan Perladangan Master Kejuruteraan Air Sesi 2 (Sabtu - Petang) 4 November 2017 Nama Program Doktor Falsafah (F - M) Master Sains - FBSB,FPAS, ITAFoS Master Ekonomi Master Pengurusan Sumber Tanah Master Statistik Gunaan Master Kesusasteraan Dunia Sesi 4 (Ahad Petang) 5 November 2017 Nama Program Doktor Falsafah (S-Z) Master Sains - FS, FRSB, INSPEM, INTROP Master Linguistik Terapan Master Senibina Landskap Master Perancangan dan Respon Kecemasan Master Keselamatan dan Pemastian Kualiti Makanan Sesi 6 (Isnin) 6 November 2017 Petang Nama Program Master Sains - FH, FEP Master Kesihatan Awam Master Pengurusan Kejuruteraan Master Inovasi dan Rekabentuk Kejuruteraan Master Bahasa Melayu Master Pengurusan Air Sesi 8 (Selasa) 7 November 2017 Petang Nama Program Master Sains - FSTM, IPPH, IKDPM, IPPM Master Kesusasteraan Melayu Master Penderiaan Jauh dan GIS Master Pendidikan

Singkatan: FPP : Fakulti Pengajian Pendidikan FEP : Fakulti Ekonomi dan Pengurusan FBMK : Fakulti Bahasa Moden dan FH : Fakulti Perhutanan Komunikasi FSKTM : Fakulti Sains Komputer dan FBSB : Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul Teknologi Maklumat FPV : Fakulti Perubatan Veterinar IPSAS : Institut Pengajian Sains Sosial FSPM : Fakulti Sains Pertanian dan INSPEM : Institut Penyelidikan Matematik (Bintulu) Makanan (Bintulu) FPAS : Fakulti Pengajian Alam Sekitar INTROP : Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan FRSB : Fakulti Rekabentuk dan IBS : Institut Biosains Senibina FPSK : Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan IKDPM : Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan FSTM : Fakulti Sains dan Teknologi IPPM : Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia Makanan FS : Fakulti Sains ITAFoS Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan FK : Fakulti Kejuruteraan ITMA : Institut Teknologi Maju FP : Fakulti Pertanian IPPH : Institut Penyelidikan Produk Halal FEM : Fakulti Ekologi Manusia

ETIKA PEMAKAIAN GRADUAN LAMPIRAN 2A ETIKA PEMAKAIAN YANG DICADANGKAN SEBELUM MENGENAKAN JUBAH AKADEMIK ETIKA PEMAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN GRADUAN WANITA

ETIKA PEMAKAIAN YANG DICADANGKAN SEBELUM MENGENAKAN JUBAH AKADEMIK POTONGAN RAMBUT KASUT HITAM ETIKA PEMAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN GRADUAN LELAKI

CONTOH PAKAIAN DAN CARA BERPAKAIAN LAMPIRAN 2B Mortar Board (untuk Ijazah Bachelor sahaja) Contoh potongan rambut Hood (untuk Ijazah Bachelor sahaja) Jubah Kain/skirt labuh hingga buku lali Kasut warna gelap yang bertutup/bertali di bahagian hadapan dan belakang GRADUAN WANITA GRADUAN LELAKI

CONTOH PAKAIAN DAN CARA BERPAKAIAN Mortar Board(untuk Ijazah Bachelor sahaja) Hood (untuk Ijazah Bachelor sahaja) Jubah Kain/skirt labuh hingga buku lali Kasut warna gelap yang bertutup/bertali di bahagian hadapan dan belakang GRADUAN WANITA

LAMPIRAN 3 [Grab your reader s attention with a great quote from the document or use this space to emphasize a key point. To place this text box anywhere on the page, just drag it.]

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-41 (2017) LAMPIRAN 4

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-41 (2017) TARIKH-TARIKH PENTING PELAKSANAAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-41 TAHUN 2017 LAMPIRAN 5 BIL TARIKH PERKARA/ AKTIVITI 1. 28 Oktober hingga 2 November 2017 (Sabtu hingga Khamis) Pengambilan jubah akademik oleh graduan di Kompleks Akademik Pusat (KAP) mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang Kaunter pinjaman jubah akademik ditutup mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari semasa raptai graduan dijalankan. 2. 29 Oktober 2017 (Ahad) Raptai Graduan di PKKSSAAS 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari - Terbuka untuk semua yang tidak boleh hadir pada 1 & 2 November 2017 1 November 2017 (Rabu) Raptai Graduan di PKKSSAAS 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari - untuk graduan Sesi 1,2,3 dan 4 2 November 2017 (Khamis) Raptai Graduan di PKKSSAAS 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari - untuk graduan Sesi 5,6,7 dan 8 * kaunter pengambilan jubah akan ditutup semasa sesi raptai dan akan dibuka pada jam 2.30 hingga 5.00 petang 3. 31 Oktober 2017 (Selasa) 9.00 pagi - Raptai Pegawai di PKKSSAAS 4. 2 November 2017 (Khamis) Raptai Majlis Konvokesyen UPM-IPTS di PKKSSAAS- 2.30 petang 5. 3 hingga 8 November 2017 (Jumaat hingga Rabu 10.00 pagi hingga 10.00 malam) 6. 4 hingga 7 November 2017 (Sabtu hingga Selasa) Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM bertempat di Bukit Ekspo Majlis Konvokesyen UPM Ke-41 Tahun 2017 (4 hari/ 8 sesi) Sesi Pagi: 8.00 pagi hingga tangguh sesi pagi; Sesi Petang: 2.00 petang hingga tangguh sesi petang/tamat majlis 7. 8 November 2017 (Rabu - 2.00 petang hingga selesai) Majlis Konvokesyen UPM-IPTS Ke-19 di PKKSSAAS

BIL TARIKH PERKARA/ AKTIVITI 8. Tarikh Pemulangan Jubah Akademik: Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-41 (2017) Pemulangan jubah akademik oleh graduan di Kompleks Akademik Pusat (KAP). Kaunter akan dibuka seperti berikut: 4 November 2017 (Sabtu) 5 hingga 7 November 2017 (Ahad hingga Selasa) 8 dan 9 November 2017 (Rabu dan Khamis) 10 November 2017 (Jumaat) 11 November 2017 (Sabtu) - kaunter dibuka pada jam 2.30 hingga 6.30 petang (rehat pada jam 1.00 hingga 2.00 petang); - kaunter dibuka pada jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang; - kaunter dibuka pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang (rehat pada jam 1.00 hingga 2.00 petang); - kaunter dibuka pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang (rehat pada jam 12.15 t/hari hingga 2.45 petang); - kaunter dibuka pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang (rehat pada jam 1.00 hingga 2.00 petang); 9. Mulai 13 November 2017 (Isnin) Pemulangan Jubah Akademik Kaunter, Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik, Tingkat Satu, Bangunan Canselori Putra, UPM. Waktu adalah pada hari bekerja jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang (Isnin hingga Khamis - jam 1.00 hingga 2.00 petang dan Jumaat jam 12.15 t/hari hingga 2.45 petang). Pengambilan sijil dan transkrip Tempat: Sekolah Pengajian Siswazah selepas mendapat pengesahan pemulangan pakaian akademik dari Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik, UPM Denda dikenakan mulai 13 November 2017 (Isnin). Denda pada hari pertama RM10.00 dan penambahan RM5.00 bagi setiap hari berikutnya;

Keterangan Majlis Konvokesyen UPM Ke-41 (2017) SENARAI SEMAK GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-41 TAHUN 2017 LAMPIRAN 6 1. ( ) Terima, baca dan memahami Keterangan 2. ( ) Melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan (Kementerian Pendidikan Tinggi) 2017 dan cetak Slip Pengesahan kajian di laman terakhir dan bawa bersama semasa pengambilan jubah akademik untuk disemak dan disahkan di kaunter semakan (Kaunter CEM). 3. ( ) Menyemak bayaran yuran/denda yang masih tertunggak dan menjelaskan selewat - lewatnya dua (2) hari sebelum mengambil jubah akademik. 4. ( ) Membuat bayaran yuran graduan mengikut cara bayaran yang diterangkan sebelum mengambil jubah akademik. 5. ( ) Melengkapkan borang pinjaman jubah akademik secara online melalui portal pelajar di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) di menu Mykonvokesyen (borang jubah akademik) dan mencetak borang yang telah diisi. 6. ( ) Kemukakan pengesahan bayaran bila graduan/wakil meminjam pakaian akademik di Dewan Kuliah Pusat seperti dijadualkan. 7. ( ) Jubah akademik yang dipinjam adalah mengikut kelulusan PhD/MS/Bacelor/Diploma), warna hood betul dan berkeadaan baik/sempurna. 8. ( ) Taklimat dan Raptai Majlis Konvokesyen Ke-41 Tarikh Sesi Masa 29 Oktober 2017 (Ahad) Terbuka 10.00 pagi- 12.30 tengah hari 1 November 2017 (Rabu) 9.00 pagi - 12.00 tengah hari 2 November 2017 (Khamis) 9.00 pagi - 12.00 tengah hari 9. ( ) Graduan: bawa kad sebutan nama; Tetamu: kad jemputan (2 tetamu bagi seorang graduan) 11. ( ) Tiba lebih awal sebelum majlis bermula. 12. ( ) Pemulangan Jubah akademik (sila rujuk bilangan 4 senarai semak graduan) Denda akan dikenakan kepada graduan yang lewat memulangkan jubah akademik mulai tarikh 13 November 2017 (Isnin) mengikut kadar yang ditetapkan. 13. ( ) Terima pengesahan jubah akademik yang dipinjam telah dipulangkan; dan 14. ( ) Membawa borang pemulangan jubah akademik semasa mengambil sijil akademik dan transkrip. Lampiran 1 Lampiran 2A Lampiran 2B Lampiran 2C Lampiran 3 Lampiran 4 Lampiran 5 Lampiran 6 SUSUNAN GRADUAN MENGIKUT PROGRAM DAN SESI ETIKA PAKAIAN (WANITA) ETIKA PAKAIAN (LELAKI) GRADUAN BERJUBAH AKADEMIK PETA LALUAN DAN TEMPAT LETAK KENDERAAN IBU BAPA PELAN LANTAI DEWAN TARIKH-TARIKH PENTING SENARAI SEMAK GRADUAN