DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

Similar documents
PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM


THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

Penemuan Awal Berkaitan Pemuliharaan Bandar dalam Pembentukan Imej Bandar di Tanjong Malim, Perak

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

Impak Sosioekonomi dan Politik Program Perumahan Rakyat Lembah Subang, Selangor

counselling2u.uitm.edu.my

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

Kos Perbelanjaan Perumahan dalam Kalangan Penduduk Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Sederhana di Pulau Pinang

NAJMAH NAWAWI MOHD NUSI ABD. RAHMAN NOOR SHAFEEZA ZAINUDDIN NUR SYAZWANI ZAINUL ABIDIN

Daya Saing Bandar Kecil: Satu Penelitian Dari Aspek Persepsi Penduduk Dalam Kawasan Majlis Daerah Tanjong Malim

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

IMPAK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) KEPADA NILAI HARTA TANAH KEDIAMAN DI SETAPAK, KUALA LUMPUR SITIAYU ZUBAIDAH BINTI YUSUF

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PEMBIAYAAN MENGIKUT JENIS PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

(A) Ahad & Selasa Sun. & Tue. (B) Isnin & Rabu Mon. & Wed. Teras Kesukarelawanan / Volunteership Core

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

EAL335 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

Penilaian awal impak perlaksanaan Dasar Perumahan Negara terhadap sektor perumahan di Kuala Lumpur

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

4. BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, AKUATROP adalah :

THE EFFECTS OF CHANGES AT SIGNALIZED INTERSECTION ON THE VEHICLES EMISSION LOADING IN PARIT BUNTAR, PERAK.

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

Katakunci : kecederaan atlet silat

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

PERSPEKTIF DAN SUMBER MAKLUMAT ISU PERUMAHAN DALAM KALANGAN PENGGUNA SABAH

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong This page is deliberately left blank

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHO HARUN NARRASHID [ KOT A TINGGI ]

Sorotan Literatur Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat vs Sistem Piramid

Cabaran perubahan fungsi bandar kecil dalam era globalisasi: petunjuk positif dari Tanjong Malim, Malaysia

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. EAL 335/4 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

Siri Selamat di Rumah dan di Luar Rumah

PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

Serangga 20(2): ISSN , Centre for Insects Systematic, Universiti Kebangsaan Malaysia

PERANAN SITUATIONAL FACTORS DALAM MEMPENGARUHI TINGKAHLAKU DEVIAN PARA PENYOKONG BOLASEPAK

LAMPIRAN 3 M A R I N E S C I E N C E L E A D E R S H I P

ANALYSIS THE PERFORMANCE OF UNSIGNALIZED INTERSECTION BASED ON GAP ACEPTANCE STUDIES

KEPUASAN PENGHUNI TERHADAP PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI OLEH KONTRAKTOR PENYELAMAT KAJIAN KES : TAMAN PERINDUSTRIAN HIJAU, RAWANG

POLITIK BIROKRASI SEMASA PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) TERHADAP PROJEK PEMAJUAN PERUMAHAN KERAJAAN

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

Jurnal Teknologi PERBANDINGAN CIRI-CIRI SOSIOEKONOMI PENERIMA INOVASI SISTEM INTENSIFIKASI PADI DAN PROJEK ESTET PADI. Full Paper

VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

GARIS PANDUAN IDENTITI KORPORAT & PRODUK OKTOBER 2018 PRODUCT & CORPORATE IDENTITY GUIDELINES

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

Jumal Kinaballl IV (1998) 58-76

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam

Transcription:

Dino Faizal Abdullah Maktab Koperasi Malaysia Zon Selatan Definisi pengangkutan awam menurut Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) ialah sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas, dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Permintaan orang ramai terhadap penggunaan pengangkutan awam semakin meningkat dari semasa ke semasa disebabkan faktor pertambahan penduduk yang memerlukan pengangkutan untuk menuju ke sesuatu destinasi. Merujuk kepada Pelan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Negara (NLPTMP), pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam menyediakan mobiliti dan akses kepada rakyat Malaysia. Justeru, permintaan terhadap pengangkutan awam memberi impak yang tinggi kepada masyarakat dalam penjimatan kos disebabkan faktor perkembangan ekonomi yang pesat dan kepadatan pengangkutan darat pada masa kini. Sistem pengangkutan awam di Malaysia juga dilihat sebagai aspek terpenting dalam sistem perhubungan kepada masyarakat bandar mahupun luar bandar. Lantas, sebagai sebuah negara yang sedang meningkat maju, sistem perhubungan di dalam sesebuah negara harus mempunyai kecekapan dan kemajuan dari segi perkhidmatan dan juga teknologi yang digunakan. Fungsi SPAD Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ditubuhkan pada 3 Jun 2010 dan merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Fungsi utama SPAD adalah untuk merancang dan membuat polisi serta mengawal selia pengangkutan awam darat di negara ini seperti kereta api, bas dan teksi serta pengangkutan barang yang menggunakan jalan raya atau rel kereta api. Suruhanjaya ini turut menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undangundang sebagaimana yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan. SPAD memainkan peranan penting di dalam usaha membaik pulih perkhidmatan pengangkutan awam darat di Malaysia, yang merupakan salah satu agenda utama Bidang Keberhasilan Utama negara. 21

Perkhidmatan Teksi Koperasi Teksi di Malaysia Antara pengangkutan awam utama di semenanjung Malaysia terutamanya di Lembah Klang dan Kuala Lumpur ialah perkhidmatan teksi, bas, Komuter, LRT dan Monorel. Namun, perkhidmatan teksi dilihat sebagai perkhidmatan pengangkutan yang lebih eksklusif berbanding pengangkutan lain kerana ia beroperasi sepanjang 24 jam sama ada di luar kawasan, atau dalam situasi pengangkutan awam biasa sukar untuk diperoleh. Oleh itu, adalah penting bagi perkhidmatan teksi dilihat sebagai pelengkap dalam memperkasakan pengangkutan awam dan bukannya sebagai pesaing kepada pengangkutan awam yang lain. Memandangkan perkhidmatan teksi menjadi antara kemudahan pengangkutan awam yang penting kepada masyarakat di Malaysia, maka, gerakan koperasi di Malaysia telah mengambil inisiatif bagi melibatkan koperasi dalam menceburi perniagaan perkhidmatan teksi sebagai salah satu aktiviti perniagaan. Maktab Koperasi Malaysia (MKM) juga telah menganjurkan Kursus Perniagaan Perkhidmatan Teksi pada penghujung bulan Mac 2014, untuk memberi pendedahan kepada koperasi berkaitan pengurusan perkhidmatan teksi yang terbaik. Seterusnya, MKM telah membuat satu kajian lapangan yang bertujuan untuk mengetahui impak daripada kursus yang dilaksanakan sebelum ini. Hasil kajian lapangan yang dijalankan pada 18 hingga 19 Ogos 2014 menunjukkan terdapat 18 buah koperasi yang menjalankan perniagaan perkhidmatan teksi di semenanjung Malaysia. Antara negeri-negeri yang mempunyai koperasi teksi yang aktif ialah Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka dan Pahang. Selain itu, hasil kajian juga dapat mengukur tahap perkembangan semasa koperasi dan anggota yang menjalankan aktiviti perniagaan perkhidmatan teksi, menilai faktor pendorong dan kekangan yang dihadapi, serta mengenal pasti aspek latihan yang diperlukan dalam meningkatkan impak latihan kepada koperasi dan anggota. Sejajar dengan itu, koperasi yang menjalankan perniagaan perkhidmatan teksi perlu menawarkan khidmat teksi yang berbeza daripada pasaran sedia ada. Sebagai contoh, koperasi perlu menitikberatkan keperluan untuk mengekalkan kos perkhidmatan yang rendah bagi mencapai aksesibiliti kepada masyarakat dan keperluan transit khususnya bagi kumpulan penduduk berpendapatan rendah yang tiada kenderaan persendirian. 22 22

Koperasi yang menjalankan perniagaan perkhidmatan teksi Perkembangan Perkhidmatan Teksi Luar Negara Bancian oleh syarikat penyedia perkhidmatan tempahan hotel secara dalam talian, Hotels.com pada tahun 2014 mendapati bahawa perkhidmatan teksi di London adalah yang terbaik di dunia dan status itu kekal selama enam tahun berturut-turut. Manakala tempat kedua terbaik adalah perkhidmatan teksi New York, diikuti dengan Tokyo, Berlin dan kedudukan kelima pula dikongsi secara bersama oleh Amsterdam, Madrid dan Mexico City. Jika dilihat kepada kejayaan perkhidmatan teksi, London dan New York berjaya mencatatkan kedudukan teratas. Ini kerana, London telah mewujudkan skim latihan khas bagi melahirkan pemandu yang berhemah. Sebelum memperoleh lesen pemanduan teksi, mereka perlu menduduki ujian The London Knowledge terlebih dahulu. Pemandu perlu menghadiri kursus serta menghafal dan mahir semua 320 laluan, 25,000 nama jalan di bandar raya itu dan juga mengetahui 30,000 mercu tanda termasuk bangunan bersejarah, sekolah, balai polis dan hospital yang terdapat di dalam buku panduan khas Blue Book untuk lulus dalam ujian tersebut. Ujian akan dilakukan secara bertulis dan juga sesi temu duga bersemuka. Selain itu, rekod kesihatan serta kelakuan pemohon turut diperiksa bagi memastikan mereka tidak mempunyai rekod jenayah. Di New York pula, skim latihan disediakan oleh sekolah khas untuk pemandu teksi. Setelah mengikuti latihan selama 80 jam, calon akan menduduki peperiksaan khas. Mereka juga perlu menjalani pemeriksaan perubatan dan disahkan bebas daripada najis dadah. Dari segi saiz kereta pula, teksi di London atau lebih dikenali dengan nama Black Cab menggunakan kenderaan yang direka khas untuk teksi sahaja yang dikeluarkan oleh London Taxi Company (LTC). Teksi yang menjadi ikon di London itu cukup luas dan selesa serta boleh bertahan selama 15 tahun dengan kos penyelenggaraan yang rendah. Salah sebuah syarikat teksi yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pemandu teksi di Australia 23

Penanda aras perkhidmatan Teksi London atau 'Black Cab' Majoriti 20,000 teksi berlesen dimiliki dan dipandu oleh individu Individu dan syarikat boleh menjadi (taxi proprieror) dan dibenarkan untuk menyewakan teksi berlesen tetapi tidak mempunyai kenderaan Pemilik teksi London perlu berumur 21 tahun dan ke atas Tanggungjawab pemilik: - Menjalankan penyelenggaraan luaran dan dalaman standard TfL - Memastikan teksi bersedia untuk diperiksa oleh pegawai TfL - Menyimpan rekod pemandu yang menggunakan teksi - Mengembalikan plat lesen yang telah tamat tempoh TfL Penanda aras perkhidmatan Teksi Singapura Teksi boleh disewa daripada mana-mana 7 operator yang berdaftar dengan Land Transport Authority, Singapura. Kadar sewaan adalah berbeza mengikut jenis teksi dan juga operator. Kadar sewaan semasa adalah di dalam lingkungan SS75 ke SS 105 sehari. Pengendali teksi perlu mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh LTA di dalam 3 aspek iaitu: - Servis tempahan teksi - Keselamatan Isu dan Cabaran Industri Perkhidmatan Teksi Antara isu dan cabaran utama dalam industri perkhidmatan teksi di Malaysia ialah kegagalan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan. Isu segelintir pemandu seperti memilih penumpang, mengambil penumpang bukan di perhentian teksi, tidak membantu walaupun penumpang membawa beg yang berat, mengenakan tambang tidak mengikut meter, dan menurunkan penumpang di tempat yang tidak dibenarkan. Hal ini akan menyebabkan imej perkhidmatan teksi terjejas sekali gus memberi kesan kepada industri perkhidmatan teksi. Faktor-faktor inilah yang boleh mencemarkan imej perkhidmatan teksi negara yang menjadi cabaran utama dan amat sukar untuk dipantau. Bahkan, terdapat juga pihak yang menyifatkan penggunaan kereta yang tidak bersesuaian untuk dijadikan sebagai teksi seperti saiz yang minimum. Ini kerana, saiz teksi yang kecil hanya mampu memuatkan beberapa orang penumpang sahaja. Ini menjadi masalah sekiranya penumpang itu berasal dari negara Timur Tengah dan Eropah yang rata-ratanya mempunyai saiz badan yang besar dan tinggi. Perkara ini secara tidak langsung akan mencerminkan perkhidmatan teksi negara tidak berkualiti dan menjejaskan pendapatan pemandu tempatan yang lain. Peningkatan kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak juga menjadi penyebab pemandu mengelakkan daripada penggunaan meter bagi perkiraan tambang. Hal ini akan mendorong kepada penipuan terhadap pengguna dan kemerosotan kualiti yang ditawarkan dalam industri perkhidmatan teksi di negara ini. Selain itu, pemandu teksi juga berhadapan dengan situasi kos hidup yang semakin meningkat seperti kos pengendalian dan penyenggaraan teksi. Lambakan 24

teksi juga telah menyebabkan berlaku persaingan sengit dalam mendapatkan penumpang apatah lagi dengan wujudnya pengangkutan awam alternatif yang diusahakan oleh kerajaan secara berterusan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang merangkumi bas, LRT dan komuter. Kesimpulan Dalam mempergiatkan industri perkhidmatan teksi di Malaysia, pihak SPAD melalui penguatkuasaan, perlu memantau sebilangan teksi yang cuba melakukan penipuan kepada pengguna dengan sistem tawarmenawar. Impak daripada perbuatan ini juga akan menyebabkan kurangnya kepercayaan pengguna terhadap sistem pengangkutan awam terutamanya teksi, malahan turut menjejaskan industri pelancongan di negara ini. Justeru, SPAD memainkan peranan yang penting dalam memastikan perkhidmatan teksi di negara ini sehebat bandar raya New York yang memberikan perkhidmatan cukup baik kepada pelancong dalam dan luar negara. SPAD juga akan menyediakan perkhidmatan berkualiti dan profesional yang menawarkan pilihan sebenar kepada pengguna dan menjadi jenama yang diakui di peringkat antarabangsa dari segi tahap perkhidmatan serta kualiti. Tidak dapat dinafikan lagi, pengangkutan awam adalah merupakan salah satu sistem yang akan memberikan impak yang berkesan di dalam penyebaran maklumat pelancongan dalam negara ini. Perkhidmatan teksi yang terbaik bermula dengan cara pemandu mempromosikan negara ini kepada para pelancong. Namun begitu, semua cabaran ini sebenarnya tidak langsung menggugat relevannya teksi kerana ia masih satu-satunya perkhidmatan yang menyediakan khidmat istimewa iaitu perkhidmatan dari pintu ke pintu. Justeru, koperasi perlu memanfaatkan peluang ini dengan menceburkan diri secara agresif kerana potensi koperasi dilihat amat cerah dalam mempergiatkan industri perniagaan perkhidmatan teksi di Malaysia melalui peluang sebegini. Rujukan Abd Rahim Md Nor., & Mazdi Marzuki.(1999). Pengangkutan awam dan pelestarian hidup di bandar: Menilai kemampuan. Abd Rahim Md Nor.(2002). Impak pengangkutan terhadap kualiti alam sekitar bandar: Mitigasi melalui penggunaan. Haryati Shafii., & Sharifah Meryam Shareh Musa.(2009). Keselesaan di jalan raya mempengaruhi kualiti hidup. Akademika, 79. Khairil Khalid.(2014). Nota Slaid SPAD (Power Point Slides). Unpublished manuscript, Bengkel Susulan Perniagaan Perkhidmatan Teksi, Maktab Koperasi Malaysia,Johor Bahru. 25