KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

Similar documents
Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan

Penulisan Kreatif yang Cemerlang

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH BEACON

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

Memahami Emosi Watak dalam Gambar Bersiri Melalui Kaedah Berfikir Secara Lateral

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

counselling2u.uitm.edu.my

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

Kata kunci: kemahiran mendengar, pasangan minimal, Perceptual Assimilation Model, diskriminasi, perisian PRAAT.

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

Mohamad Harkimi, Julismah Jani & Saidil Mazlan Abdul Razak Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI ABSTRAK

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

PENGISYTIHARAN PUTRAJAYA SEBAGAI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

PENGGUNAAN MODEL PENGUKURAN RASCH MANY-FACET (MFRM) DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERASASKAN PRESTASI

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

Teori Behavioris. Pelopor Pelaziman Klasik : Watson Pavlov Thorndike Skinner Albert Bandura (Neo-Behaviorist)

TERAPI MUZIK. Pengenalan

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih.

(A) Ahad & Selasa Sun. & Tue. (B) Isnin & Rabu Mon. & Wed. Teras Kesukarelawanan / Volunteership Core

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID

Guide for Activity Report Panduan untuk Laporan Aktiviti

DEVELOPMENT OF PADDED BANDANA FOR TAKRAW PLAYERS MUHAMMAD AZRI BIN MOHD RAZI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


Katakunci : kecederaan atlet silat

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

Siri Selamat di Rumah dan di Luar Rumah

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

TAJUK : 3 TEORI PEMBELAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

TheMind's Q'Bank - A non-profit community initiative by TheMind Association

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

NEYMAR JR S FIVE RULES OF THE GAME *Untuk versi Bahasa Malaysia, sila rujuk muka surat 13*

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan

NURUL SA ADAH BINTI SABDIN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

OSCC Case Study. Aplikasi Sistem Maklum Balas Sesi Latihan & Khidmat Sokongan (e- Penilaian) IAB. Agensi Kerajaan : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

Transcription:

11 KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH ABSTRAK Hajjah Marzia Abdul Rahman hajjah_marzia@moe.edu.sg Rohaizah Juri rohaizah_juri@moe.edu.sg Sekolah Rendah Fuchun Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menulis murid melalui penggunaan lembaran kerja dan senarai semak. Kumpulan sasaran adalah murid Darjah 5 (Tahap 2). Aktiviti yang dirancang memberikan murid pengalaman dan peluang bagi perbincangan dalam proses pembelajaran. Perancahan yang dilaksanan telah menggalakkan dan membantu murid memupuk kemahiran menulis dengan lebih yakin dan baik. Aktiviti-aktiviti yang membantu pengubahsuaian diperkenalkan agar dapat merangsang murid menjana idea serta pendapat mereka. Hasil kajian menunjukkan ada peningkatan dalam prestasi murid dalam menggantikan kosa kata oleh kesemua murid. Seramai 44% murid menunjukkan peningkatan dari segi perkembangan isi cerita setelah kaedah pembelajaran dijalankan. Murid didapati lebih yakin dan lebih bersedia untuk menyelesaikan tugasan menulis. Kata kunci Perancahan, Penggantian Kosa Kata, Lembaran Kerja, Senarai Semak PENGENALAN Penulisan merupakan kemahiran yang paling sukar dikuasai. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memastikan kemahiran ini dapat dikuasai oleh murid. Untuk membantu guru memupuk murid menjadi seorang yang yakin diri dan mempunyai semangat belajar secara kendiri, penelitian, uji kaji dan renungan dijalankan. Guru 144

memperkenalkan pelbagai kaedah pembelajaran dan strategi yang dapat memenuhi keperluan pembelajaran murid dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah menyediakan perancahan secara bertahap kepada murid. Contohan karangan diberikan kepada murid di peringkat awal dan diikuti dengan penggantian perkataan dan frasa sebelum isi dan cerita karangan dikembangkan. Dengan cara ini, murid boleh menulis dengan lebih baik kerana mendapat idea dan latihan secara bertahap. Lembaran kerja dan senarai semak juga digunakan sebagai alat penilaian untuk membantu pelajar dalam mempersiapkan diri mereka menulis tugasan penulisan yang diberikan oleh guru. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian dijalankan adalah untuk meneliti: 1. keberkesanan penggunaan perancahan dalam pengajaran penulisan karangan; dan 2. keberkesanan kaedah penggantian kosa kata dan frasa dalam penulisan karangan murid. PERMASALAHAN KAJIAN Pada umumnya, murid menghadapi masalah untuk menulis karangan kerana mereka kurang idea dan penguasaan kosa kata terhad. Walaupun pelbagai teknik pengajaran karangan digunakan termasuklah penggunaan drama dan dialog, yang bertujuan untuk membantu murid menulis telah diterapkan, murid didapati masih lemah dalam komponen bahasa dan memerlukan perancahan yang lebih dan berbeza. 145

KAJIAN LEPAS Menurut Connie M.Moss dan Susan M.Brookhart (2009) dalam bukunya Advancing Formative Assessment In Every Classroom menyatakan bahawa proses pembelajaran perlu ada kerjasama antara guru dan murid. Guru dan murid dapat mencapai objektif pembelajaran dengan sentiasa mengumpul bukti pembelajaran untuk memperbaik tahap pencapaian. Menurut Connie dan Susan (2009), soalan-soalan sepert Ke manakah saya hendak pergi?, Di manakah saya sekarang? dan Strategi apakah yang boleh membantu saya menuju ke tahap yang diinginkan? merupakan soalan-soalan panduan bagi menjalani proses pembelajaran kendiri. Penggunaan senarai semak dapat membantu murid untuk merenung dan menilai tahap kecekapan mereka dan usaha dapat ditingkatkan untuk mencapai tahap yang diinginkan. Roger (2001) pula mengatakan bahawa memberikan maklum balas kepada murid amat penting kerana melalui maklum balas, murid dapat membandingkan kelakonan mereka dengan yang ideal dan merenung kekuatan dan kelemahan masing-masing. Guru memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran murid. Galakan dan rangsangan guru dapat meningkatkan usaha murid untuk mencapai yang terbaik. Guru dapat memantau kemahiran murid dan melakukan campur tangan pada masa yang diperlukan agar murid dapat terus mengikuti pelajaran. Penggantian kosa kata dalam penulisan dapat memperbaik kelakonan murid dalam tugasan menulis kerana kepelbagaian dalam kosa kata digunakan untuk menjadikan penulisan lebih menarik. Menurut M.A.K. Halliday dan Ruqaiya Hasan (1976), penggantian kosa kata adalah salah satu cara menyatupadukan idea dalam penulisan. Latihan penggantian kosa kata bertahap yang diberikan dapat membiasakan murid dengan kosa kata yang pelbagai. Murid kemudiannya bukan sahaja dapat memberikan kosa kata yang berbeza dan menarik, murid juga mampu menambahkan kosa kata dan frasa untuk menjadikan karangan mereka lebih menarik. 146

Colleen Johnson (2002) menyatakan bahawa pembelajaran yang berkesan dapat dilalui kanak-kanak jika mereka diberi peluang untuk melakukan aktiviti yang membolehkan mereka berfikir dengan lebih mendalam tentang proses pemikiran mereka sendiri. Menurut Kathleen Warren (1993) pula, kerjasama antara guru dan murid dapat mempengaruhi jalan cerita dan kesimpulan, menyelesaikan masalah yang mungkin timbul dan membuat keputusan yang menentukan jalan cerita tersebut. Dalam perkataan lain, pengalaman yang dilalui sendiri oleh murid membantu dan mendorong murid menulis dengan baik. KAEDAH KAJIAN Kajian dijalankan setelah perbincangan dilakukan antara guruguru untuk mengatasi masalah murid yang perlu menghadapi perubahan dalam melengkapkan diri bagi kemahiran penulisan karangan yang berbeza dengan tahun sebelumnya. Guru telah bersepakat untuk menggunakan kaedah pengajaran secara perancahan dengan penggunaan contohan bertahap dan penggantian kosa kata bagi pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan di peringkat Darjah 5. Subjek Kajian Subjek kajian ini melibatkan murid Darjah 5 (Tahap 2). Murid Darjah 5 didapati menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan dan menulis tugasan penulisan dengan baik disebabkan kehendak soalan karangan bagi peringkat Darjah 5 sangat berbeza dengan kehendak soalan bagi peringkat Darjah 4. Murid didapati masih belum bersedia dengan perubahan dari segi jenis dan kehendak soalan penulisan karangan di peringkat Darjah 5. Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan ialah data yang dikumpulkan daripada senarai semak berkaitan dengan kecekapan murid yang dimuatkan dalam lembaran kerja murid. Guru juga telah menggunakan senarai semak semasa menilai penulisan murid. Data yang dikumpulkan daripada senarai semak ini memberikan guru 147

maklumat mengenai sebab-sebab mengapa objektif pelajaran tercapai atau sebaliknya. Melalui penggunaan senarai semak ini juga, guru dapat mengenal pasti kelemahan murid dan membolehkan guru menjalankan campur tangan yang bersesuaian dan bertepatan bagi memperbaik pembelajaran. Prosedur Kajian Langkah 1 Permulaan Pada awalnya, pelajar dikenalkan dengan lagu Kalau Gembira yang mempunyai seni kata yang berulang. Lagu yang sesuai dengan objektif pengajaran dipilih dengan teliti supaya dapat memberikan pengalaman dan peluang untuk murid berbincang. Lagu tersebut mengandungi pelbagai jenis kata dan pengulangan yang baik bagi tujuan latihan. Lagu tersebut dipilih agar dapat memberikan kesempatan kepada murid untuk memahami tujuan dan proses pembelajaran. Induksi nyanyian lagu juga dijalankan untuk menarik minat murid dan memberikan pengalaman agar dapat terlibat dalam aktiviti sumbang saran. Langkah 2 Pertukaran Kosa Kata Murid dipandu untuk memerhatikan beberapa pertukaran pada kosa kata dalam lirik lagu itu. Murid mengecam jenis kata yang diubah; iaitu kata kerja / kata nama / kata adjektif. Murid kemudiannya mengenal pasti perubahan seni kata pada lagu asal yang boleh menghasilkan satu lagi lagu lain yang menggunakan melodi yang sama. Guru mengaitkan perubahan yang berlaku pada lagu asal dengan objektif pelajaran di mana sebuah karangan yang berbeza dapat dihasilkan dengan menggantikan kosa kata dan frasa dalam penulisan tersebut. Guru juga dapat membuktikan kepada murid melalui perubahan ini, isi cerita dalam lagu tersebut juga dapat dan boleh berubah sehinggakan ia dapat menjadi hasil penulisan yang berlainan. Langkah 3 Penggunaan Contohan Murid kemudiannya diberikan contohan keseluruhan karangan berdasarkan gambar bersiri agar mereka dapat melakukan 148

perubahan pada karangan tersebut dengan menggunakan pelbagai jenis kosa kata. Namun begitu jalan cerita masih tetap relevan dan sesuai dengan gambar. Contoh karangan yang dipilih merupakan karangan yang menepati gambar bersiri dan mempunyai pelbagai kosa kata serta isi yang padat. Langkah 4 Kerja Kumpulan dan Perbincangan Setiap kumpulan murid melakukan perubahan pada beberapa perenggan yang ditetapkan guru. Kerja kumpulan memberikan peluang yang baik untuk murid menambah pengalaman dan pengetahuan. Secara berkumpulan, murid dapat melihat kecekapan berbahasa rakan mereka dan menilai diri mereka sendiri. Kumpulan yang kecil juga memberi murid peluang untuk menyatakan pendapat mereka dalam suasana yang tidak terancam. Pada awalnya, kosa kata yang boleh diubah atau digantikan dengan kosa kata lain, ditetapkan oleh guru dengan menggaris bawah kosa kata tersebut. Murid perlu mengenal pasti jenis kata dan mengubahnya dengan kosa kata jenis yang sama. Semasa perbincangan, murid digalakkan menggunakan kamus jika mereka tidak berupaya menggantikan kosa kata yang diberikan. Cara ini melibatkan murid secara tidak langsung untuk belajar kendiri dan memberikan gambaran mengenai tahap kecekapan mereka. Sikap belajar secara kendiri dan menilai kecekapan sendiri inilah yang ingin dilihat dalam diri murid sesuai dengan kemahiran abad ke-21. Langkah 5 Penggunaan Contohan Karangan Langkah seterusnya, murid diberi contohan karangan yang lain dan mereka bebas mengubah kosa kata di dalamnya. Ini memberikan murid peluang untuk menggunakan kosa kata yang pelbagai yang mereka ketahui atau yang ingin mereka gunakan. Latihan ini juga dapat memberikan perancahan dan latihan yang cukup agar mereka lebih yakin dan cekap dalam tugasan yang bakal diselesaikan. Latihan menggantikan kosa kata ini membiasakan murid untuk memikirkan kosa kata yang pelbagai, yang dapat digunakan dalam penulisan mereka. Murid yang lemah dalam kosa kata, dapat juga dikenal pasti oleh guru kerana mereka hanya 149

mampu menggantikan kosa kata yang mudah atau biasa digunakan sahaja. Pemulihan dan bimbingan kemudiannya dapat diberikan kepada murid yang memerlukan lebih bantuan. Langkah 6 Perancahan Guru menyediakan langkah perancahan dalam langkah seterusnya. Murid kemudiannya dibantu dengan lembaran menggantikan frasa. Frasa yang perlu diubah dikenal pasti oleh guru pada awalnya, diikuti dengan latihan mengubah tanpa bantuan guru. Murid digalak menggantikan frasa dengan frasa sinonim yang sesuai. Mereka juga boleh menyarankan kosa kata atau frasa-frasa lain yang difikirkan sesuai untuk digantikan. Cara ini membantu mereka meluaskan isi cerita pada karangan asal. Latihan ini juga secara tidak langsung melatih murid mempersiapkan diri untuk menyelesaikan latihan terakhir dalam pengajaran. Langkah 7 Aplikasi dan Pengukuhan Latihan terakhir melibatkan aktiviti yang memberikan ruang bagi murid mengubah dan menambah isi dan contohan dalam penulisan karangan. Murid diberikan kebebasan untuk mengubah dan menambah isi cerita bagi contohan karangan yang diberi. Murid menggunakan strategi mengenal pasti jenis kosa kata dan mengubah kosa kata agar penulisan mereka bertambah menarik. Murid juga boleh menambahkan frasa yang sesuai untuk melengkapkan isi cerita agar menjadi lebih berkesan. Penambahan isi cerita juga digalakkan untuk menjadikan penulisan murid lebih padat dan menarik. Murid melalui dua kitaran dalam jangka masa tiga bulan. Murid mendapat bantuan dalam pengubahsuaian kosa kata pada kitaran pertama dan meluaskan frasa dan isi cerita pada kitaran kedua. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian menunjukkan murid pada awalnya didapati hanya mampu mengubah kosa kata yang biasa sahaja. Murid tidak berupaya untuk menggunakan kosa kata yang lebih berkesan 150

semasa melakukan perubahan pada karangan mereka. Penggunaan kamus didapati menyekat pembelajaran kerana murid mengambil masa yang agak lama untuk mencari makna dan kata sinonim yang sesuai. Murid juga didapati ragu-ragu dalam mengubah contohan karangan yang diberikan. Setelah perbincangan dan rancangan pengajaran serta lembaran perancahan diubah suai untuk menepati kehendak dan tujuan pembelajaran, murid didapati lebih bersedia menyiapkan tugasan yang diberikan. Daftar kata telah digunakan untuk menggantikan penggunaan kamus kerana ia lebih mudah dan terarah. Guru juga memberi lebih banyak latihan agar murid lebih yakin dan tahu apa yang diperlukan daripada mereka. Penerangan dan galakan guru mengenai kebebasan yang diberikan kepada mereka untuk mengubah dan menambah isi cerita telah merangsang murid untuk menyelesaikan tugasan sesuai dengan objektif pembelajaran. Aktiviti perbincangan yang dijalankan didapati membantu murid untuk mengembangkan pemikiran dan proses ini menjadikan pembelajaran lebih bermakna kerana pelajar berperanan lebih aktif dalam memperoleh pengetahuan. Maka pengalaman dan peluang untuk perbincangan dan perancahan yang telah dijalankan semasa kajian ini terbukti dapat menggalakkan dan membantu murid memupuk kemahiran menulis mereka dengan lebih yakin dan baik. Penggunaan senarai semak pula mendorong murid menyemak dan memikirkan cara-cara untuk meningkatkan kemahiran menulis kerana murid diberi gambaran tentang tahap kemahiran yang harus dicapai. Data yang dikumpulkan merupakan markah yang murid raih dalam tugasan penulisan. Terdapat dua jenis markah yang telah dikumpul. Markah yang pertama merupakan markah yang diperoleh murid apabila terdapat perubahan kosa kata dalam tugasan sementara markah kedua merupakan markah yang diraih daripada hasil penambahan atau pengubahsuaian isi cerita. Dapatan kajian menunjukkan ada peningkatan bagi kedua-dua bahagian dari segi perubahan dan penambahan / pengubahsuaian. Kesemua murid telah dapat menggantikan perkataan / frasa yang lain hingga dapat membuat perubahan pada contohan karangan. 151

Sementara itu, seramai 44% murid didapati telah berjaya memasukkan isi-isi yang lain yang tidak terdapat dalam contohan karangan yang diberikan dalam penulisan karangan mereka. KESIMPULAN Kesimpulannya, murid didapati belajar menulis dengan cara melakukan dan bukan melalui bacaan mengenai bahan penulisan atau melihat sahaja. Faktor yang penting di dalam latihan penulisan adalah murid perlu melibatkan diri secara aktif agar pengalaman belajar dapat memberikan kesan dan bermakna. Guru perlu menggalakkan dan terlibat sama dalam merangsang murid terlibat aktif dalam perbincangan. Usaha meluaskan kosa kata dan frasa murid memerlukan juga penglibatan aktif guru semasa menjalankan aktiviti perbincangan. Berdasarkan kajian yang dijalankan, penggunaan lembaran kerja berupa penggantian perkataan / frasa dan senarai semak telah membantu murid dalam membuat perubahan dan perkembangan isi cerita semasa tugasan menulis dijalankan. Dengan mengadakan latihan sebegini, murid dapat menggunakan idea dan kosa kata yang pelbagai dalam penulisan mereka. Senarai semak yang murid gunakan memberikan gambaran kebolehan murid dan murid dapat meningkatkan kebolehan mereka kerana mereka tergalak untuk menaik taraf kebolehan sendiri. Oleh kerana keberkesanannya, kajian telah dilanjutkan untuk murid-murid lain. Murid Darjah 5 (Tahap 1) dapat menjalani pembelajaran dengan mudah sementara murid Tahap 3 memerlukan lebih bimbingan. Suasana bilik darjah yang tidak mengancam membolehkan murid berkongsi dan memberikan pendapat mereka semasa sesi perbincangan. Diharapkan melalui kajian ini, guru dapat menghasilkan murid yang mahir berkomunikasi dan cekap berbahasa termasuk dalam kemahiran menulis. Nota: Guru-guru berikut turut terlibat dalam kajian yang dijalankan: 1. Asmidah Mohd Jailani 152

2. Siti Salhah Salam 3. Nur Hasyimah Surnin 4. Rasyidah Bajuri RUJUKAN Connie M. Moss, Susan M. Brookhart (2009), Advancing Formative Assessment In Every Classroom, a Guide for Instructional Leaders, ASCD Jennifer Stepanek, Gary Appel, Melinda Leong, Michelle Turner Mangan & Mark Mitchell (2007), Leading Lesson Study, Corwin Press. Johnson, Colleen (2002). Drama and Metacognition' in Early Child Development and Care, 172: 6, 595 602 Kathleen (1993). 'Empowering children through drama' in Early Child Development and Care, 90:1, 83 97 M. A. K. Halliday and Ruqaiya Hasan (1976). Cohesion in English, Longman Sumber elektronik: Roger, Jenny (2002) in Adults Learning, Buckingham: Open University Press (on line). Bertarikh 23 September 2012. www.findarticles.com/ articles/feedback/ 153