Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

Similar documents
KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

Penulisan Kreatif yang Cemerlang

counselling2u.uitm.edu.my

Memahami Emosi Watak dalam Gambar Bersiri Melalui Kaedah Berfikir Secara Lateral

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH BEACON

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

(A) Ahad & Selasa Sun. & Tue. (B) Isnin & Rabu Mon. & Wed. Teras Kesukarelawanan / Volunteership Core

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

Kata kunci: kemahiran mendengar, pasangan minimal, Perceptual Assimilation Model, diskriminasi, perisian PRAAT.

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

Katakunci : kecederaan atlet silat

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

TERAPI MUZIK. Pengenalan

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

DEVELOPMENT OF PADDED BANDANA FOR TAKRAW PLAYERS MUHAMMAD AZRI BIN MOHD RAZI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Walkability in Campus, Case study of University Technology Malaysia SAMAN JAVAN FARD

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih.

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

PENGGUNAAN MODEL PENGUKURAN RASCH MANY-FACET (MFRM) DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERASASKAN PRESTASI

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BEHAVIOUR OF CORRUGATED COMPOSITE TUBE UNDER COMPRESSIVE LOAD USING FINITE ELEMENT METHOD

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA INGGERIS TAHUN 3 MASALAH PEMBELAJARAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

Krisis Subprima dan Kemeruapan Harga Saham Mengikut Sektor Ekonomi di Bursa Malaysia

Salina Binti Ramli. I/C No: Dr. Norhazilan Bin Md. Noor

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

KEBERKESANAN KURSUS INTEGRITI KONTRAKTOR MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

COMMUNICATION I. Kesan Penggabungan Germplasma Jagung dari CIMMYT (Rattray Arnold) dengan Germplasma Jagung Tempatan (Jagung Kumpit) ^

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

PERSPEKTIF DAN SUMBER MAKLUMAT ISU PERUMAHAN DALAM KALANGAN PENGGUNA SABAH

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN AKUATIK MSSPP

EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam

THE EFFECTIVENESS OF THE CYLINDER BLOCK ON STILLING BASIN AS ENERGY DISSIPATION SYSTEM NOR FARAHIAH IBRAHIM. Report submitted in fulfillment of the

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

Transcription:

25 Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak Mohamed Sha ban Mohd Rapiai mohamed_shaban_mohd_rapiai@moe.edu.sg Najiyyah Mohamed Said najiyyah_mohamed_said@moe.edu.sg Sekolah Rendah Greenwood Abstrak Dewasa ini, kian ramai murid Darjah 1 yang tidak mengenali sastera Melayu. Antara punca masalah ialah kurang pendedahan kepada bahan-bahan yang berkaitan dengan sastera Melayu dan tiada pengajaran yang berstruktur dalam kelas. Perkara ini menimbulkan keprihatinan dalam kalangan para guru kerana sastera Melayu berkait rapat dengan pembelajaran nilai-nilai murni. Oleh itu, pembelajaran nilai-nilai murni melalui lagu kanak-kanak telah dipilih sebagai wadah yang terbaik bagi menyemai minat murid dalam sastera Melayu. Kajian ini bertujuan meneliti keberkesanan lagu kanak-kanak dalam penyemaian minat murid dalam sastera Melayu dan pembelajaran nilai. Seramai 28 orang murid Darjah1 terlibat dalam kajian yang dijalankan. Murid dibahagikan kepada satu kumpulan eksperimental dan satu lagi kumpulan terkawal. Pengkaji telah menggunakan rubrik penilaian dan lembaran kerja yang direka khas untuk mengukur minat dan tahap pemahaman murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembelajaran sastera melalui lagu kanak-kanak menunjukkan kesan yang amat ketara pada minat dan pemahaman murid. Kata Kunci: penyemaian minat, rubrik penilaian, nilai, pengajaran berstruktur 281 Seminar Bahasa Melayu 2016

Pengenalan Kerelevanan sastera Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu memang tidak dapat dipertikaikan. Namun, perubahan masa, pemikiran dan corak kehidupan masyarakat Melayu telah menyebabkan kian ramai murid Darjah 1 yang tidak mengenali sastera Melayu. Mereka kurang didedahkan kepada bahan-bahan yang berkaitan dengan sastera Melayu oleh ibu bapa mereka. Selain itu, tiada pengajaran sastera Melayu yang berstruktur dalam kelas. Keadaan ini menimbulkan keprihatinan dalam kalangan para guru kerana sastera Melayu berkait rapat dengan pembelajaran nilai yang turut menyumbang ke arah pembentukan akhlak yang mulia. Bagi menangani masalah ini, satu usaha intervensi telah dijalankan. Lagu kanak-kanak telah dipilih dalam usaha intervensi itu. Genre puisi Melayu tradisional berbentuk nyanyian telah dipilih kerana sesuai dengan tahap pemahaman dan keupayaan murid Darjah 1. TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk: 1. mengkaji keberkesanan lagu kanak-kanak menyemai minat murid-murid Darjah 1 dalam Sastera Melayu; dan 2. meneliti keberkesanan lagu kanak-kanak dalam memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid. PERNYATAAN MASALAH Sebelum usaha intervensi dijalankan, pengajaran sastera Melayu tidak dijalankan secara eksplisit dan berstruktur untuk murid Darjah 1. Ini bermakna murid kurang pendedahan terhadap sastera Melayu dalam kelas. Bukan itu sahaja, perubahan masa dan pemikiran masyarakat turut menyebabkan kebanyakan murid tidak didedahkan kepada bahan-bahan yang berkaitan dengan sastera Melayu. Hal-hal yang sedemikian mengakibatkan minat dan pengetahuan murid tentang sastera Melayu semakin lama semakin terhakis. 282 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

Para guru bersetuju bahawa satu cara untuk memperkenalkan dan menyuntik minat murid Darjah 1 terhadap sastera Melayu menerusi nyanyian. Ternyata, kanak-kanak dan nyanyian memang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, lagu kanak-kanak yang merupakan satu genre puisi Melayu tradisional dalam bentuk nyanyian, telah dikenal pasti sebagai satu genre yang sesuai bagi peringkat Darjah 1. Murid-murid didapati bukan sahaja dapat berseronok bahkan mampu menyerap banyak nilai murni yang tersemat dalam lagu-lagu tersebut. Lazimnya, murid Darjah 1 hanya menyanyikan lagu-lagu yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu. Walaupun lagu-lagu itu menyampaikan mesej yang baik, lagu-lagu tersebut bukanlah berbentuk puisi Melayu tradisional. Oleh itu, para guru membuat keputusan untuk menyemai minat murid Darjah 1 terhadap sastera Melayu dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri mereka menerusi lagu kanak-kanak. KAJIAN LEPAS Nijhar (1984) menyatakan bahawa kesusasteraan kanak-kanak mencakupi segala jenis penulisan kreatif dan imaginatif yang bertujuan khusus untuk bacaan, hiburan dan bacaan kanak-kanak. Misran Rokimin (2001) pula berpendapat bahawa sastera kanak-kanak merupakan sebuah ejen pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri seseorang manusia dari segi emosi, pemikiran dan kecekapan berbahasa. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Chew, Mahzan, Zahari dan Loh dari Fakulti Pendidikan dan Teh dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya telah mendapati bahawa kanak-kanak perlu didedahkan kepada bahan-bahan sastera yang bermutu agar dapat membentuk keperibadian kanak-kanak yang mulia dan bermoral. Mereka turut menambah bahawa ibu bapa dan guru-guru perlu memainkan peranan dalam mendedahkan kanak-kanak kepada bahan-bahan sastera dari awal lagi demi melahirkan masyarakat yang berkeperibadian tinggi dan berbudi pekerti. 283 Seminar Bahasa Melayu 2016

KAEDAH KAJIAN Guru telah memilih enam buah lagu kanak-kanak untuk didedahkan dan diajarkan kepada murid. Lagu-lagu tersebut dipilih kerana mengandungi mesejmesej positif dan nilai-nilai murni. Lagu-lagu tersebut juga mengandungi irama dan lirik yang sesuai untuk murid Darjah 1. Sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, murid diminta untuk mengisi borang soal selidik. Berdasarkan maklumat yang dikumpul, guru meraih informasi mengenai tahap pendedahan dan minat murid terhadap lagu kanak-kanak. Selepas enam minggu, kesemua enam buah lagu kanak-kanak diajarkan dan didedahkan kepada murid. Kemudian, murid diminta untuk mengisi borang soal selidik yang sama bagi membantu guru untuk mendapatkan data tentang tahap pendedahan dan minat murid terhadap lagu kanak-kanak. Setelah itu, guru membuat perbandingan data kajian yang diperoleh sebelum dan selepas murid didedahkan kepada lagu kanak-kanak. Guru kemudian membuat analisis mengenai data yang telah diperoleh untuk menentukan sama ada sesi intervensi yang dijalankan telah berjaya meningkatkan minat murid terhadap lagu kanak-kanak. Pemahaman murid tentang nilai-nilai murni yang terdapat dalam lagu-lagu tersebut juga diteliti. Subjek Kajian Seramai 28 orang murid Darjah 1 dari kelas yang sama telah dipilih khas sebagai subjek kajian. Pemilihan tersebut dilakukan agar memudahkan setiap sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jika subjek kajian itu dipilih daripada pelbagai kelas Bahasa Melayu, kelancaran pelajaran akan terjejas kerana subjek kajian itu perlu bergerak dari satu ke kelas yang lain untuk dikumpulkan dan ini akan menyebabkan pembaziran masa. Faktor-faktor keselesaan dan kekariban juga merupakan antara faktor yang dipertimbangkan sebelum keputusan dibuat untuk memilih murid-murid dalam sebuah kelas yang sama sebagai subjek kajian. Subjek kajian ini mesti berada dalam ruang lingkup yang selesa bersama murid yang dikenali agar tumpuan mereka semasa pengajaran dan pembelajaran tidak akan terjejas. 284 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

Instrumen Kajian 1. Borang Soal Selidik Prapengajaran Sebelum sesi-sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, subjek kajian telah mengisi borang soal selidik agar guru dapat meninjau tahap pendedahan dan minat murid terhadap lagu kanak-kanak. 2. Borang Soal Selidik Pascapengajaran Pada akhir semua sesi pengajaran dan pembelajaran, subjek kajian perlu mengisi borang soal selidik yang sama. Ini dilakukan agar data tentang tahap pendedahan dan minat mereka terhadap lagu kanak-kanak akan dapat dikumpulkan. Menerusi penganalisisan data yang telah terkumpul, guru meninjau sama ada sesi-sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan dapat meningkatkan tahap pendedahan dan minat subjek kajian terhadap lagu kanak-kanak. Prosedur Kajian Kajian ini berjalan selama 6 minggu pada penggal tiga. Subjek kajian melalui 6 sesi intervensi yang dijalankan oleh guru Bahasa Melayu kumpulan itu. Setiap sesi mengambil masa 3 waktu atau 1 jam dan 30 minit. Semasa setiap sesi intervensi, subjek kajian didedahkan kepada sebuah lagu kanak-kanak secara eksplisit. Hal ini dilakukan untuk memastikan bahawa subjek kajian mendapat pendedahan yang mencukupi atau lebih dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru menggunakan teknik pembelajaran koperatif, main peran dan bercerita semasa sesi intervensi. Selain itu, guru juga memastikan bahawa sesi intervensi itu merangkumi tiga gaya pembelajaran visual, audio dan kinestetik. Tujuan guru berbuat demikian agar subjek kajian mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dapat meraih manfaat daripada pengajaran yang dilaksanakan. 285 Seminar Bahasa Melayu 2016

Sepanjang sesi intervensi, guru menayangkan setiap klip video lagu terlebih dahulu. Kemudian, guru dan subjek kajian menyanyikan lagu sambil menggayakan watak dalam lagu beberapa kali dengan berpandukan klip video lagu yang dipaparkan. Selepas menyaksikan tayangan video dan menyanyi, guru berbincang dengan subjek kajian tentang nilai-nilai murni yang terkandung dalam lagu kanak-kanak tersebut. Subjek kajian menyelesaikan lembaran aktiviti untuk mengukuhkan lagi pemahaman mereka tentang mesej-mesej yang terkandung dalam setiap lagu kanak-kanak yang dipelajari. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Skala Likert telah digunakan dalam soal selidik yang telah dijalankan. Skala ini amat sesuai digunakan untuk mengukur respons murid. Berikut merupakan carta dapatan borang soal selidik yang telah dijalankan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran lagu tradisional kanak-kanak dijalankan. Sila rujuk Jadual 1. Jadual 1: Dapatan Soal Selidik Prapengajaran 286 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

Berikut ialah Jadual 2 yang menunjukkan tentang data-data yang terkumpul melalui borang soal selidik yang telah diisi oleh subjek kajian selepas sesi pengajaran dan pembelajaran lagu tradisional kanak-kanak dijalankan. Sila rujuk Jadual 2. Jadual 2: Dapatan Soal Selidik Pascapengajaran Jadual 3 memaparkan peratusan peningkatan bagi setiap item soal selidik prapengajaran dan pascapengajaran. Kesemua item dalam soal selidik telah menunjukkan peningkatan daripada segi peratusan. Sila rujuk Jadual 3. 287 Seminar Bahasa Melayu 2016

Jadual 3: Perbandingan antara Dapatan Soal Selidik Prapengajaran dengan Pascapengajaran 288 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi

KESIMPULAN Kajian ini menunjukkan bahawa sesi pengajaran lagu kanak-kanak berjaya melakukan tiga perkara. Pertama, sesi tersebut berjaya menarik minat subjek kajian untuk menyanyikan lagu kanak-kanak dalam Bahasa Melayu. Kedua, sesi pengajaran yang dilakukan secara eksplisit dan berstruktur itu telah mendedahkan subjek kajian kepada satu genre sastera Melayu. Ketiga, sesi pengajaran yang memberi pendedahan kepada nilai-nilai murni boleh membentuk akhlak murid. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran sastera Melayu melalui lagu kanak-kanak telah memberi kesan yang positif terhadap subjek kajian. Nilai-nilai murni yang dipelajari memang sejajar dengan nilai-nilai teras yang terkandung dalam Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan. Oleh itu, lain-lain genre sastera Melayu yang sesuai bagi peringkat sekolah rendah harus diperkenalkan kepada murid-murid. Pendekatan pengajaran yang menggunakan sastera Melayu yang sesuai boleh digunakan sebagai bahan pengajaran penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat-peringkat yang lain. Dengan cara sebegini, warisan bangsa Melayu yang banyak terdapat dalam sastera Melayu dapat terus dikekalkan. Nota: Guru-guru berikut turut serta dalam kajian yang dijalankan: 1. Fauziah Osman 2. Junainah Mohamed Yusoff 3. Matufa Latiff 4. Nurhidayah Ashari 5. Siti Fadiah Ramdan 289 Seminar Bahasa Melayu 2016

RUJUKAN Abdul Kadir, Wan (2003). Pengkaedahan penyelidikan pengajian Melayu Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya Best, John and Kahn, James, (2006). Research In Education, Pearson Education Chew Fong Peng, Mahzan Arshad, Zahari Ishak, Loh Sau Cheong, Teh Ying Wah, (2008). Pendidikan Kesusasteraan Awal Kanak-kanak: Isu dan Masalah, Universiti Malaya Misran Rokimin (2001). Sastera kanak-kanak dan remaja sebagai agen pembangunan, Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja, 26-27 April, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Nijhar (1984). Apakah sastera kanak-kanak-khasnya buku bergambar? Dalam Othman Puteh & Abdul Ahmad (pngr.), Sekitar sastera kanak kanak dan remaja, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Yahya, (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu, Pahang, PTS Professional Publishing 290 Menjana Inovasi Memarak Inspirasi