BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

Similar documents
ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

JENIS JENIS KABEL ELEKTRIK

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK


ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

Katakunci : kecederaan atlet silat

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PERAKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRAC KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

HYDROSTATIC FORCE ON A SUBMERGED PLANE SURFACE

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih.

THE EFFECTS OF CHANGES AT SIGNALIZED INTERSECTION ON THE VEHICLES EMISSION LOADING IN PARIT BUNTAR, PERAK.

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Nomenklatur galas bebola

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

BAB 1 PENDAHULUAN. Lazimnya petani-petani kecil menggunakan penyembur racun mekanikal sebagai pilihan

NEYMAR JR S FIVE RULES OF THE GAME *Untuk versi Bahasa Malaysia, sila rujuk muka surat 13*

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

EAL335 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]

Siri Selamat di Rumah dan di Luar Rumah

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

counselling2u.uitm.edu.my

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

Walkability in Campus, Case study of University Technology Malaysia SAMAN JAVAN FARD

VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

TOPIC 10 SISTEM PENGANGKUTAN MEKANIKAL (MECHANICAL CONVEYORS SYSTEM) ROSADAH MAHAMUD

PERATURAN SPESIFIK (CRITERIUM)

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

Development of Bicycle Shift Models in Universiti Kebangsaan Malaysia Campus

FACULTY OF ELECTRICAL ENGINEERING UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM2)

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Material Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kima

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

OPTIMAL DESIGN OF A COMPETITION BICYCLE FOR COMFORT RIDING (FOCUS ON BICYCLE SEAT FOR FEMALE) RADHIAH BT ABD RAZAK UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

Bachelor of Engineering with Honours (Civil Engineering)

SINOPSIS HASIL PEMBELAJARAN. 1. Mendefinisikan muatan haba. 2. Mendefinisikan muatan haba tentu dan muatan haba molar

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

COMMUNICATION I. Kesan Penggabungan Germplasma Jagung dari CIMMYT (Rattray Arnold) dengan Germplasma Jagung Tempatan (Jagung Kumpit) ^

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

Material Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kimia

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

Material Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kimia

4. BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, AKUATROP adalah :

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

Transcription:

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Pengguna yang mempunyai kecacatan yang dipanggil OKU atau dikenali sebagai orang kurang upaya telah meningkat akibat kemalangan yang berlaku. Kecacatan mempunyai dua kategori sama ada cacat sepenuhnya atau tidak. Oleh itu, ramai pengguna tidak dapat berjalan sepenuhnya dan bagi kecacatan yang boleh berjalan hilang keseimbangan telah menyebabkan pergerakkan mereka tidak lancar kebanyakkan pesakit terdiri daripada orang yang susah dan tdak mampu untuk membeli alat bantuan berjalan akibat kos yang mahal. Hal ini akan menyebabkan pesakit hilang semangat dan berputus asa untuk berjalan dengan selesa. Selain itu, pesakit seperti ini memerlukan alatan sokongan untuk membantu pergerakkan memandangkan disekeliling terdapat situasi yang sukar apabila pengerakan yang jauh dari satu tempat ke satu tempat. Hal ini juga telah memberikan beban kepada mereka dan sukar untuk mereka apabila melalui kawasan yang didaki seperti menaiki tangga. Terdapat banyak pernyataan masalah yang membelenggu pengguna sehingga penghasilan projek ini dilaksanakan. 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN Dalam pasaran hari ini, banyak kemudahan yang direka untuk setiap pesakit OKU (orang kurang upaya) sama ada di Malaysia atau dinegara luar. Seterusnya, terdapat banyak alat bantu berjalan di Malaysia yang digunakan untuk membantu pesakit berjalan antaranya di hospital, klinik-klinik swasta. Walaubagaimanapun, kos untuk membeli alat

ini agak tinggi dan tidak mampu dimiliki kerana alatan ini menggunakan peralatan yang berkualiti tinggi. Kajian statistik mendapati pesakit yang mempunyai kecacatan fizikal kebanyakanya tidak mampu membeli peralatan-peralatan yang mahal untuk kegunaan peribadi. Selain itu, alatan dipasaran tidak bersifat pelbagai fungsi seperti tiada alat kawalan, tidak boleh dilipat, tidak mempunyai pergerakkan secara automatik dan sebagainya. Selain itu, tenaga yang digunakan oleh pengguna untuk menolak alatan menyebabkan keletihan dibahagian kaki untuk meneruskan pergerakkan apatah lagi mereka berjalan dalam keadaan tidak stabil. 1.3 PENYATAAN MASALAH Sebilangan orang kurang upaya masih boleh melakukan sebahagian aktiviti secara sendiri. Walau bagaimanapun berdasarkan pemerhatian didapati pergerakan mereka terbatas menyebabkan aspek keselamatan kurang dititikberatkan. Orang kurang upaya (OKU) mungkin berdepan risiko kecederaan apabila mereka menggunakan laluan tangga, bilik air, longkang, eskalator (tangga bergerak) laluan berbukit, dan ketika menggunakan kenderaan awam mahupun persendirian. Alat bantuan berjalan atau walker didapati masih mempunyai kelemahan bagi setiap situasi yang telah dinyatakan. Peralatan yang ada dipasaran pada umumnya terhad untuk kegunaan jalan atau kawasan yang rata sahaja. Setiap alat bantu berjalan direka khas dengan kekurangan dari segi pergerakan yang secara manual contohnya pengguna perlu menolak alatan bagi mengerakan alat itu bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Kestabilan produk juga amat penting terutama sekali ketika alatan ini menaiki tangga kerana apabila kestabilanya tidak seimbang maka akan mengundang bahaya kepada pengguna terutama sekali pengguna OKU dari segi fizikal kaki.

1.4 OBJEKTIF Projek ini dibangunkan untuk mereka bentuk alatan bagi mencapai objektif yang dinyatakan di bawah: i. Mereka alat bantu berjalan yang selamat bagi orang kurang upaya. ii. Mengukur tahap keselamatan orang kurang upaya yang menggunakan alat bantu berjalan dipersekitaran awam. iii. Mewujudkan kemudahan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. 1.5 SKOP Penghasilan sebuah alat bantu berjalan iaitu Disabilities Person Walker (DPW) yang mampu meringankan beban pengguna bagi pengguna orang tua. Alatan ini dibangunkan bagi kegunaan usia 7-80 tahun terutama kepada jenis kecacatan bukan lumpuh sepenuhnya. Malah kapasiti berat produk untuk menampung pengguna adalah maksimum 75 KG. Selain itu, alatan ini dikhususkan bukan sahaja untuk orang kurang upaya yang mempunyai kecacatan fizikal dari segi kaki malah ia dapat digunakan oleh orang sakit yang tidak mampu berjalan dengan lancar. Alatan ini juga direka untuk penggunaan kawasan yang terhad dalam persekitaran awam sahaja kerana alatan ini direka dengan mempunyai empat roda yang boleh dibawa ke kawasan yang lapang. 1.6 RUMUSAN BAB Kesimpulanya, ia dapat mengetahui cara yang sesuai untuk membuat kajian dengan menggunakan topik-topik diatas. Selain itu, ia juga dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi pada pesakit OKU dengan melakukan kajian di atas. Seterusnya, projek ini dihasilkan bagi mecapai objektif seperti yang dinyatakan tanpa keluar dari skop.

BAB 2 KAJIAN LITERASI 2.1 PENGENALAN Pada era globalisasi perkembangan teknologi yang melibatkan alatan bagi pengguna yang mempunyai kecacatan fizikal yang dikategorikan dengan dua kumpulan iaitu secara kekal atau sementara. Oleh demikian kecacatan yang dihadapi telah membuat mereka memerlukan alatan yang boleh membantu mereka dan memudahkan mereka dalam pergerakan. Malah terdapat banyak alatan yang dapat membantu mereka dipasaran memandangkan perkembangan teknologi kini makin pesat. Alatan ini mempunyai kelebihan dan spesifikasi yang tersendiri untuk pengguna. 2.2 KONSEP Konsep bagi alat bantu berjalan adalah mementingkan keperluan pengguna bagi pesakit orang kurang upaya iaitu OKU terhadap penggunaan mereka bagi mendorong mereka dalam pergerakkan seharian. Berikut adalah informasi yang didapi dalam laman sesawang tentang masalah pesakit OKU.

2.2.1 Isu dalam kepentingan bagi alat kesihatan untuk bantu berjalan Salah satu fungsi alat kesihatan adalah sebagai alat perawatan. Ada juga alat kesihatan sesuai dengan fungsinya. Salah satunya adalah alat kesehatan yang berfungsi sebagai alat bantu. Diantaranya adalah alat bantu jalan. Alat bantu jalan adalah alat kesihatan yang digunakan untuk membantu perjalanan seseorang dengan keterbatasan fisik kerana sakit, faktor usia atau cacat. Alat bantu jalan sendiri mempunyai beberapa macam dan jenis. Artikel ini selanjutnya akan membahas seputar alat bantu jalan. Alat bantu jalan efektif digunakan jika kedua tangan pesakit berfungsi dengan baik. Kerana alat ini digunakan untuk menumpang sebahagian berat tubuh pesakit untuk berjalan. Alat ini juga efektif untuk pesakit lanjut usia kerana biasanya pada usia yang meningkat pesakit sudah kehilangan keseimbangan untuk berjalan. Dengan menggunakan alat ini diharapkan pesakit tidak jatuh. Selain itu, alat ini juga efektif untuk eadaani osteoarthritis yang sudah kritikal. iaitu keadaan dimana lutut atau pergelangan kaki sangat sukar untuk berjalan. Alat bantu jalan pesakit adalah alat bantu jalan untuk pesakit yang mengalami penurunan kekuatan otot dan patah tulang pada anggota gerak serta gangguan keseimbangan serta untuk membantu pesakit agar dapat berjalan dan bergerak untuk membantu berjalan supaya menurunkan bebanan kepada orang lain. Selain itu, alat bantu jalan seperti tongkat, walker atau kerusi roda sangat membantu untuk orang yang mengalami gangguan untuk berdiri atau berjalan. Kerusi roda digunakan jika otot-otot pesakit tidak boleh digerakan. Tujuan tindakan alat bantu berjalan : i. Untuk memudahkan pesakit berjalan. ii. Untuk memudahkan pesakit bergerak. iii. Menjaga agar tidak terjadi keretakan tulang semula. iv. Membantu mengurangkan bebanan pada orang lain.

2.2.2 Jenis jenis alat kesihatan untuk bantu berjalan Masing-masing alat bantu jalan memiliki penggunaan dan cara penggunaan yang berbeza. Ada beberapa sebab yang dipertimbangkan untuk mendefinisikan cara berjalan dengan menggunakan alat bantu jalan, seperti kemampuan pesakit dengan, tumpuan beban dan keseimbangan pesakit yang menggunakan satu kaki atau kedua kaki, dan kekuatan kedua untuk mempertahankan tumpuan dan beban keseimbangan, serta kemampuan menegakkan tubuh dalam posisi berdiri. Manfaat alat bantu jalan pesakit: i. Menjaga dan mempertahankan fungsi otot. ii. Mencegah kelainan bentuk kaki seperti membengkok. iii. Menjaga dan meningkatkan kekuatan otot. WALKER Walker adalah salah satu alat kesihatan untuk membantu berjalan yang bingkainya diperbuat dari bahan logam atau aluminium yang memiliki bentuk ergonomik dan ringan. Alat ini juga dilengkapi dengan dua pemegang yang berfungsi sebagai tempat pegangan serta mempunyai empat kaki. Salah satu jenis walker adalah standart walker. Walker jenis ini biasanya digunakan untuk pesakit yang masih kuat mengangkat alat ini untuk berjalan, biasanya yang menggunakan alat ini memerlukan bantuan dari orang lain. KERUSI RODA Kerusi roda adalah alat bantu berjalan bagi orang yang mengalami kesulitan dalam berjalan dengan menggunakan kaki dengan baik disebabkan oleh penyakit, kecederaan, ataupun cacat. Alat ini boleh digerakkan dengan dibantu oleh orang lain, digerakkan

menggunakan tangan atau digerakkan menggunakan mesin automatik jenis kerusi roda iaitu kerusi roda manual dan kerusi roda elektrik. 2.3 KAJIAN YANG PERNAH DIJALANKAN OLEH PENYELIDIK TERDAHULU Antara alat bantu berjalan yang pertama dikeluarkan dalam pasaran adalah Walker. Walker adalah satu produk yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat yang pertama telah dianugerahkan pada tahun 1953 kepada William Cribbes Robb, England yang dikenali sebagai Walking aids, yang telah difailkan di pejabat paten British pada Ogos 1949. Dua varian dengan roda kedua-duanya dianugerahkan pada Amerika Syarikat pada Mei 1957, dan reka bentuk NON WHEELS pertama yang dipanggil WALKER telah direka pada tahun 1965 oleh Elmer F. Ries Cincinnati, Ohio. Walker pertama yang menyerupai pejalan kaki moden telah direka pada tahun 1970 oleh Alfred A. Smith dari Van Nuys, Cali. Selain itu, terdapat juga alat bantuan berjalan dari walker yang dikenali dengan wheel chair. Dimana apabila kerusi roda yang pertama telah dicipta dan digunakan untuk orang yang kurang upaya. Penggunaan terawal di Eropah, kerusi beroda telah memasuki Eropah kira-kira abad ke-12 bersama-sama dengan kereta sorong. Walau bagaimanapun, penggunaan pertama direkodkan sendiri dengan kerusi yang boleh digerakkan oleh orang-orang kurang upaya di Eropah wujud pada abad ke-17. Pada awal abad itu, mekanik Jerman dan pencipta Johann Hautsch mencipta kerusi beroda orang cacat (wheelchair). Reka bentuk pertama ia mencipta pada tahun 1595 dan dipanggil kerusi invalids telah dibuat untuk Phillip II Sepanyol oleh pencipta yang tidak diketahui. Contoh boleh dilihat seperti rajah 2.1.

Rajah 2.1: Kerusi invalids sumber: SlideLectures/Sawatzky/WC_history.html Pada tahun 1655, Stephen Farfler membina kerusi beroda ada tiga roda seperti ditunjukkan dalam rajah 2.2. Beliau membina sendiri kerusi beroda tiga roda beliau pada umur 22 tahun 1655. Rajah 2.2: Kerusi beroda Sumber: http://www.mobilityscooters.co.nz/history/wheelchairs Pada rajah 2.3 Kerusi Mandi 1840, Ini adalah kerusi mandi biasa yang boleh didapati untuk disewa. Mereka membawa pesakit untuk mengambil air di bilik pam atau untuk mandi dibilik mandi. Kerusi itu telah dicipta oleh James Heath Bath sekitar tahun 1750.

Rajah 2.3: Kerusi Mandi sumber: http://www.mobilityscooters.co.nz/history/wheelchairs Kerusi roda mandi yang ditunjukkan pada rajah 2.4 tidak begitu selesa dan semasa separuh terakhir pada abad ke-19 banyak penambahbaikan telah dibuat untuk kerusi roda. Satu rekaan pada tahun 1869 untuk kerusi roda menunjukkan model pertama dengan menolak roda belakang dan kecil ke depan. Antara tahun 1867-1875, pencipta menambah roda getah baru berongga pada kerusi roda serupa dengan roda getah yang digunakan pada basikal pada logam rim. Pada tahun 1881, tayar yang ditolak kedepan dengan menggunakan tangan bagi mengerakan kerusi roda dicipta untuk penambahbaikan bagi pendorongan buat pengguna agar lebih selesa dan selamat.

Rajah 2.4: Kerusi roda mandi sumber: SlideLectures/Sawatzky/WC_history.html Pada tahun 1900, roda spoked pertama telah digunakan di kerusi roda seperti rajah 2.5. Pada tahun 1916, kerusi roda bermotor yang pertama telah dihasilkan di London. Rajah 2.5: kerusi roda spoked sumber: http://www.mobilityscooters.co.nz/history/wheelchairs Rajah 2.6: kerusi beroda sumber: SlideLectures/Sawatzky/WC_history.html Pada tahun 1932, jurutera Harry Jennings membina kerusi beroda pertama yang boleh dilipat seperti rajah 2.6. Ia adalah kerusi roda terawal yang serupa dengan apa yang ada dalam penggunaan moden hari ini. Kerusi roda yang telah dibina untuk rakan lumpuh Jennings dipanggil Herbert Everest.

Rajah 2.7: kerusi roda berkuasa sumber: http://www.mobilityscooters.co.nz/history/wheelchairs kerusi roda berkuasa pertama yang bergerak telah dibuat pada awal abad ke-20 seperti rajah 2.7. Kerusi kuasa bermotor yang pertama telah dicipta pada tahun 1912, jurutera George Klein memulakan reka bentuk kerusi roda bermotor ini. 2.4 KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK DIPASARAN Rajah 2.8: Zimmer walker Sumber: http://www.ebay.com/sch/wheelchairs/19265/bn_705170/i.html Jadual 2.1: spesifikasi zimmer walker

Nama Syarikat: Nama Produk: Jenis Bahan: Saiz produk: Kapasiti: Saiz Roda: Ukuran tempat duduk: Pengendalian Laras: Berat maksimum: Ciri-Ciri: Kegunaan: CASIN Zimmer walker Aluminium 31.1 x24.8 x(31.89-36.22 ) (LxWxH) 100Kg 6 inci 30cm (Panjang) 30cm (Lebar) 81cm hingga 92cm 114Kg ringan, mudah alih, ketinggian boleh laras, boleh dilipat,genggaman tangan ergonomic, beg simpan barang OKU, orang tua, orang awam Terdapat pelbagai model yang dijual dipasaran terutamanya di luar negara. Rajah 2.8 menunjukkan sebuah produk yang dikaji yang mempunyai reka bentuk dan spesifikasi yang berbeza mengikut pengeluaran setiap syarikat. Kajian pertama adalah alat bantuan berjalan yang di keluarkan oleh syarikat Casin yang diberi nama Zimmer walker. Zimmer walker adalah alatan yang banyak digunakan untuk orang yang mempunyai kecacatan fizikal pada bahagian kaki, orang sakit dan orang tua yang tidak mampu berjalan. Malah ia juga boleh digunakkan untuk orang awam kerana banyak manfaat yang boleh digunakan seperti membawa alatan ini ke kawasan yang bersesuaian. Alatan ini mempunyai spesifikasi yang tersendiri seperti yang dinyatakan pada jadual 2.1 iaitu bahan yang digunakan untuk rangka utama ialah terdiri daripada aluminium. Saiz produk alatan ini mempunyai saiz yang tersendiri kerana saiz ini telah pun mengikut kesesuaian pengguna dengan ketinggian alatan yang boleh dilaras dan tidak terlalu besar dan kecil untuk pengguna menyimpan di tempat yang sepatutnya contohnya di dalam rumah atau didalam kereta. Disamping itu, kapasiti produk ini mampu menampung dan menyokong berat pengguna.

Selain itu, berat maksimum alatan ini boleh menyebabkan pengguna boleh mengangkat dan membawa produk ini untuk dibawa ke dalam kereta atau naik tangga. Setiap pergerakan haruslah mempunyai roda bagi memudahkan pengguna dapat bergerak. Produk ini direka khas yang ringan dengan pemegang yang boleh laras yang selesa kerana genggaman tangan yang ergonomik dan boleh dikunci. Alatan ini juga boleh dilipat dan ketinggianya yang boleh dilaras dan mempunyai kerusi yang empuk dengan backrest boleh alih. Setiap pengguna ingin mempunyai ruang yang boleh dibekalkan tempat ruang simpan barang kerana ruang yang disediakan dapat memberi kepuasan hati pengguna untuk meletakkan barang di dalam ruang tersebut. Ia juga sangat diperlukan kerana pengguna yang sakit dan cacat pada bahagian kaki tidak mampu membawa barang yang berat kerana kepenatan akan dirasai oleh pengguna. Dari segi aspek keselamatan amatlah dititikberatkan bagi rekaan produk ini. Ini kerana rekaan produk ini mempunyai alat kawalan brek. Brek amatlah penting dalam keselamatan kerana ia dapat menahan dan memberhentikan walker yang sedang bergerak. Rajah 2.9: Stop and rest Rolling Walker sumber: http://www.ebay.com/sch/wheelchairs/19265/bn_705170/i.html Jadual 2.2: Spesifikasi Stop and rest Rolling Walker Nama syarikat: CAREX

Nama produk: Jenis Bahan: Saiz Produk Kapasiti Saiz roda: Ukuran tempat duduk: Berat maksimum pengguna: Stop and rest Rolling Walker Besi 31.5 (tinggi)28 (panjang)24 (lebar) 136Kg 8 Inci 13.5 (Lebar) 115Kg Pengendalian boleh laras: 32-36 Penggunaan: Ciri-ciri: oku, orang sakit 1. tempat duduk yang mudah 2. laras dibina dengan brek dikunci 3. mudah untuk menawarkan keselamatan Rajah 2.10: Walker yang boleh dilipat Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=3h5sk4svmvc

Rajah 2.11:Tempat duduk yang empuk Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=3h5sk4svmvc Rajah 2.12: Ketinggian pemegang yang boleh dilaras Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=3h5sk4svmvc Rajah 2.13: Tempat penyimpanan barang sumber: https://www.youtube.com/watch?v=3h5sk4svmvc Produk ini mempunyai sedikit persamaan dengan rajah 2.10 iaitu Stop and rest roling walker yang dikeluarkan oleh syarikat Casin. Produk ini mempunyai reka bentuk yang serupa dengan Zimmer walker tetapi hanya spesifikasi dan bentuk rekaan yang berbeza menunjukkan perbezaan antara kedua produk ini. Spesifikasi yang terdiri didalam produk ini seperti jenis bahan yang digunakkan ialah keluli. Oleh itu, dari aspek perbandingan ketahanan produk ini lebih kuat berbanding Zimmer walker yang ada pada

rajah 2.9 kerana ia mengunakkan aluminium. Keluli adalah sejenis aloi yang bahan utamanya ialah besi. Manakala, aluminium adalah mempunyai kekuatan logam yang lemah berbanding keluli. Kapasiti berat produk memainkan peranan penting dan ia menunjukkan walker pada rajah 2.10 ini lebih besar berbanding walker pada rajah 2.9 kerana produk ini mempunyai kapasiti yang mempunyai sedikit kelebihan yang boleh menampung dan menyokong berat pengguna. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kedua-dua produk ini mempunyai beberapa persamaan iaitu walker yang boleh dilipat seperti ditunjukkan pada rajah 2.8 iaitu Zimmer walker kerana mudah dibawa ke mana sahaja. Produk ini direka khas dengan alatan yang boleh dilipat dengan adanya Lock-out memastikan unit kekal terbuka apabila digunakan dan memastikan unit ini akan kekal dilipat untuk memudahkan si pengguna membawa kemana sahaja. Kedua dua walker ini juga mempunyai empat roda tetapi roda pada Stop and rest rolling walker lebih besar berbanding Zimmer walker. Kestabilan dan ketahanan walker adalah disebabkan roda dan roda yang lebih besar menyebabkan walker lebih stabil apabila berada di jalan yang tidak rata. Penyokong belakang adalah tambahan penghadang belakang bagi keselesaan dan keselamatan bagi pengguna. Ia juga menyediakan tempat yang selesa dan sesuai untuk berehat dengan tempat duduk yang empuk. Ketinggian walker ini juga boleh dilaras dengan Self-threading knob dan pengendalian ergonomik yang mudah untuk cengkaman. Penggunaan produk ini bukan sahaja digunakan untuk orang yang mempunyai kecacatan fizikal dan orang tua. Ia juga boleh digunakan oleh orang awam untuk kegunaan yang tersendiri.

Rajah 2.14: Winnie Go-Lite Supreme 3-Wheel Walker sumber: http://www.ebay.com/sch/wheelchairs/19265/bn_705170/i.html Jadual 2.3: spesifikasi Winnie Go-Lite Supreme 3-Wheel Walker Nama syarikat: Nama produk: DRIVE MEDICAL Winnie Go-Lite Supreme 3-Wheel Walker Jenis bahan: Aluminium aloi Pengendalian laras: 31-36 Saiz produk: 25.59" X 10.63" X 29.72 (L x W x H ) Kapasiti: 220lbs Ciri-ciri: 1. 3 roda walker yang sesuai untuk seseorang yang tidak perlu kestabilan 4-roda walker. 2. mempunyai 7.5 "casters pepejal yang besar untuk kegunaan dalaman dan luaran. 3. meneruskan pembayaran mudah untuk pengangkutan atau kemuatan penyimpanan 4. pemegang adalah ketinggian yang boleh dilaras

Rajah 2.15: walker yang boleh dipasang sumber: https://www.youtube.com/watch?v=3h5sk4svmvc Rajah 2.16: pemegang yang boleh dilaras sumber: https://www.youtube.com/watch?v=3h5sk4svmvc Rajah 2.17: raga yang dipasang sumber: https://www.youtube.com/watch?v=3h5sk4svmvc

Drive medical telah mengeluarkan produk 3 roda yang dikenali sebagai Winnie Go-Lite Supreme 3-Wheel Walker. Produk ini mempunyai kelebihan dan kepentinganya sendiri kerana ia boleh dipasang cabut semula bagi pengguna untuk menyimpannya semula apabila tidak mengunakanya lagi seperti dalam rajah 2.15. Walker 3 roda ini sangat ringan berbanding walker 4 roda kerana julat ketinggianya lebih tinggi. Walker ini tidak seperti walker yang mempunyai 4 roda. Hal ini kerana tujuanya hanya satu untuk perjalanan yang lancar di kebanyakan permukaan berbanding dengan walker yang mempunyai 4 roda yang lebih kepada kestabilan dan keseimbangan. Persamaan antara kedua walker ini ia juga boleh melaraskan ketinggian pada bahagian pemegang sepertimana walker yang mempunyai 4 roda. Produk ini juga didatangi dengan bakul atau raga yang mudah dan selamat untuk mengangkut barang-barang peribadi seperti pada rajah 2.17. Produk ini direka dengan ketiadaan kerusi untuk pengguna kerana ia lebih kepada raga dan bakul yang boleh dipasang dan dicabut semula. Setiap walker akan diambil berat dari segi aspek keselamatan dengan kawalan brek tangan yang berketepatan tinggi untuk memberhentikan walker apabila ditolak oleh pengguna dan apabila kawalan brek ditekan kebawah walker tidak dapat berjalan dan diberhentikan dengan serta merta. Penggunaan walker ini lebih kepada pengguna untuk orang tua yang dan orang kurang upaya yang tidak boleh berjalan dengan lancar. Malah, orang yang sakit kurang menggunakan walker ini kerana tidak mempunyai tempat untuk berehat. Orang yang mempunyai kecacatan fizikal dari segi kaki memerlukan rehat yang banyak. Oleh kerana itu, pemilihan walker ini tidak berapa menjadi pemilihan kepada orang yang mempunyai kecacatan fizikal pada kaki dan orang sakit yang tidak mampu berjalan.

Gambar rajah 2.18: kerusi roda elektrik Filipina sumber: http://www.ebay.com/sch/wheelchairs/19265/bn_705170/i.html Jadual 2.4: spesifikasi kerusi roda elektrik filipina Nama syarikat: Nama produk: Jenis bahan: Berat produk: Nanjing Jin Bai He Kerusi Roda Elektrik Filipina Aluminium aloi 50.7 lbs Saiz produk: 968x 565 x 925mm (L x W x H ) Kapasiti: Saiz roda: Kelajuan Maksimum: Jenis Bateri: CIri-ciri: 120KG 7.5 (depan), 12 (belakang) 6 km/h 12V /20Ah, DC24V 1. Ringan dan tahan lama 2. lipatan sangat cepat 3. sangat padat untuk penyimpanan,

Produk ini diberi nama kerusi Roda Elektrik Filipina. Dimensi seperti mana ditunjukan dalam rajah 2.18. Produk ini ialah 968 x 565 x 925mm. Produk ini boleh dilipat supaya senang untuk diletakkan di dalam kereta. Dimensi lipatan untuk dilipat ialah 780 x565 x320mm. Produk ini menggunakan motor yang mempunyai tenaga elektrik sebagai sumber kuasa sebanyak 180W. Ia menggunakan bateri litium (12AH/ 20AH, DC24V) X1pc/2 unit. Produk ini juga memiliki sistem brek yang diperbuat berasaskan konsep elektromagnet. Brek elektromagnet ini dapat kawal dengan menggunakan arus pusar dan dapat menghasilkan cengkamam yang kuat. Pengisian masa yang digunakan ialah sebanyak 5 jam. Kelajuan maksimum produk ini untuk bergerak ialah antara 6 kg/jam. Seterusnya kemuatan kapasiti produk ini memiliki 120kg. Produk ini juga boleh mendaki cerun sebanyak 12 darjah. Produk ini memiliki tayar depan dan belakang. Tayar depan berukuran 7.5 inci dan tayar belakang berukuran 12 inci. Seterusnya produk ini memiliki kedalaman tempat duduk berukuran 430 mm dan juga memiliki kelebaran tempat duduk berukuran 480 mm. Produk ini juga memiliki ketinggian sebanyak 460 mm. Ia juga memiliki tempat menyadar yang berukuran 400 mm dan tempat untuk letak tangan yang berukuran 200 mm.

Rajah 2.19: CTM HS-6200 Folding Power Chair with Drop-In Battery sumber: http://www.ebay.com/sch/wheelchairs/19265/bn_705170/i.html Jadual 2.5: spesifikasi CTM HS-6200 Folding Power Chair with Drop-In Battery Nama syariakat:: Nama produk: Jenis Bahan: CTM CTM HS-6200 Folding Power Chair with Drop-In Battery Besi Aluminium 2. BERAT PRODUK 156.3 lbs Berat produk: 1160mm x 620mm x 90mm (L x W x H ) Kapasiti: Saiz roda: Kelajuan maksimum: Jenis bateri: Ciri-ciri: 100 KG 16 & 10 (depan&belakang) 6 km/h 12V 12Ah 1. Rangka keluli yg ringan dan tahan lama 2. Mudah untuk penyimpanan barang atau pengangkutan

Produk CTM yang menunjukkan pada rajah 2.19 mempunyai kapasiti berat produk sebanyak 100 kg. Tahap kelajuan produk ini untuk bergerak ke hadapan sebanyak 0-6 kilometer sejam dan bergerak ke belakang sebanyak 0-3 kilometer sejam. Ia juga boleh dicondong sebanyak 8 darjah. Seterusnya, jenis brek yang digunakan pada produk ini ialah brek elektromagnet. Brek elektromagnet ini dapat kawal menggunakan arus pusar dan dapat menghasilkan cengkaman yang kuat dan sepenuhnya automatik. Produk ini mampu bergerak 20 km. Seterusnya motor yang berfungsi sebagai komponen didalam produk ini mempunyai sumber kuasa sebanyak 24v DC/300W. Selain daripada motor produk ini juga mempunyai bateri sebanyak 12v/12A dan mengambil masa 6 jam untuk pengecasan yang penuh. Keseluruhan produk ini berukuran 1160 mm. Produk ini direka supaya boleh dilipat agar dapat memudahkan pengguna untuk memasukan alatan ini ke dalam kereta. Panjang produk ini untuk dilipat sebanyak 805 mm. Seterusnya kelebaran keseluruhan produk ini sebanyak 620 mm dan apabila dilipat kelebarannya menjadi sebanyak 425 mm. Untuk kelebaran tempat duduk produk ini pula berukuran 45 mm. Ketinggian pada bahagian belakang pula berukuran sebanyak 390 mm. Produk ini mempunyai tayar khususnya di bahagian depan yang berukuran sebanyak 16inci dan dibahagian belakang sebanyak 10 inci.

Rajah 2.20: Invacare P9000 XDT Motorized Wheelchair sumber: http://www.ebay.com/sch/wheelchairs/19265/bn_705170/i.html Jadual 2.6: spesifikasi Invacare P9000 XDT Motorized Wheelchair Nama syarikat: Nama produk: Jenis bahan: Berat produk: Saiz: Kapasiti: Saiz roda: Kelajuan maksimum: Jenis bateri: Ciri-ciri: INVACARE Invacare P9000 XDT Motorized Wheelchair Aluminium aloi 197 kg 115cm x 88cm x 137cm 150 kg 42cm 7.5 km/h 12V 27Ah x 4 unit Ketinggian boleh laras memberikan keselesaan.

Produk pada rajah 2.20 mempunyai kelajuan maksimum untuk bergerak dalam anggaran 7.5 km/jam. Produk ini bergerak dengan bantuan bateri yang berat sebanyak 197 kg dan bateri yang digunakan didalam produk ini sebanyak 12v 27Ah x 4pcs. Seterusnya, kemuatan kapasiti dalam produk ini sebanyak 150 kg. Penggunaan roda untuk produk ini bersaiz biasa yang berukuran 115 x 73 x 137 cm manakala produk bersaiz besar pula berukuran 115 x 88 x 137 cm. Seterusnya jarak yang mampu produk ini bergerak adalah sebanyak 15 km. Pengecasan bateri untuk produk ini mengambil masa sebanyak 8-10 jam. Produk ini juga mempunyai keupayaan untuk mendaki cerum sebanyak 30 darjah. Seterusnya, produk ini disyorkan mempunyai keupayaan untuk melangkah yang tinggi dengan berukuran sebanyak 12 cm dan bersudut 25 darjah. Seterusnya, jenis brek yang digunakan pada produk ini ialah brek elektromagnet. Brek elektromagnet ini dapat kawal menggunakan arus pusar dan dapat menghasilkan cengkamam yang kuat. Sepertimana spesifikasi produk ini ditunjukan dalam jadual 2.6.

2.5 PENGGUNAAN BAHAN PADA MODEL-MODEL PASARAN Berdasarkan model-model alat bantuan berjalan yang terdapat di pasaran, terdapat beberapa jenis bahan yang telah dikenal pasti bagi penghasilan alatan tersebut. 2.5.1 Aluminium Aluminium merupakan unsur logam yang paling berlimpah-limpah di dalam kerak bumi yang digunakan dalam pelbagai kegunaan seperti transportasi dan bangunan. 2.5.2 Ciri-ciri aluminium i. Logam yang lembut, kuat, dan tahan hakisan. ii. Bertindak sebagai konduktor tetapi non-magnet. iii. Kepadatan yang rendah. iv. Tahan karat dan tidak beracun. v. Pengalir elektrik dan haba yang baik. vi. Boleh ditempa dan mulur. 2.5.3 Pengunaan/Aplikasi Aluminium banyak digunakan dalam bangunan seperti dinding, atap dan lain-lain. Dalam transportasi, aluminium banyak dipakai pada pembuatan kapal terbang. Aluminium juga banyak digunakan untuk alat-alat elektronik, dalam industri tin dan alat-alat pembungkus lainnya, dalam industri mesin-mesin dan alat-alat untuk industri kimia dan logam. 2.5.4 Aluminium aloi Unsur-unsur pengaloian utama adalah tembaga, zink, magnesium, silikon dan litium. Penambahan kecil kromium, titanium, zirkonium, plumbum, bismut dan nikel juga dibuat dan besi adalah sentiasa hadir dalam kuantiti yang kecil. 2.5.5 Sifat-sifat aluminium aloi: i. Keluli berkualiti tinggi. ii. Kekonduksian terma dan rintangan kakisan. 2.6 KOMPONEN KOMPONEN UTAMA ALAT BANTUAN BERJALAN

Berdasarkan komponen-komponen yang ada dipasaran, terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh dijadikan petunjukan bagi penghasilan alatan tersebut. 2.6.1 Bingkai Terdapat beberapa jenis rangka kerusi roda yang dijadikan sebagai alat bantuan berjalan. Jenis ini adalah: a) Bingkai kerusi roda Manual (Manual Wheelchair Frames) Rangka kerusi roda adalah komponen yang memegang semua komponen lain dan menentukan jenis kerusi roda yang akan terhasil. Kerusi roda berat biasanya akan mempunyai bingkai keluli. Manakala, kerusi roda ringan biasanya akan mempunyai bingkai aluminium dan bingkai ultralight boleh dibuat sama ada aluminium atau bingkai titanium. b) Lipatan Bingkai kerusi roda (Folding Wheelchair Frames) Bingkai lipatan adalah rangka lipatan ringan konvensional dan terdiri daripada dua bingkai sampingan. Bingkai lipatan adalah yang jenis yang paling biasa bingkai yang terdapat hari ini kerana kemampuan mereka untuk pengangkutan dan penyimpanan. Biasanya, kerusi roda yang ringan boleh dilaras dengan bingkai lipatan. c) Bingkai kerusi roda tegar (Rigid Wheelchair Frames) Bingkai kerusi roda tegar kelihatan serupa dengan bingkai lipatan tetapi ia mempunyai bar lurus untuk melampirkan dua bingkai sampingan bersama-sama dan bingkai semuanya akan dikimpal bersama-sama untuk mengukuhkan sendi. Rangka tegar lebih kuat dan lebih ringan daripada bingkai kerusi roda lain. d) Menyengetkan bingkai kerusi roda (Tilting Wheelchair Frame) Bingkai Tilting kerusi roda adalah sama dengan bingkai Rigid tetapi biasanya lebih besar dan ia juga boleh dikimpal ke batang untuk menyambung atau diperketatkan. Bingkai tilting biasanya diperketatkan. Bingkai ini tidak mempunyai bingkai kerusi dan memerlukan bingkai kerusi yang berengsel ke belakang bingkai kerusi roda.

e) Bingkai kerusi roda bariatric (Bariatric Wheelchair Frames) Rangka bariatric boleh lipat tetapi biasanya akan menjadi model yang berat dan boleh dibuat daripada keluli atau aluminium tetapi ia bergantung kepada kapasiti berat kerusi roda yang direka. Kerusi roda bariatric adalah sama seperti mana kerusi roda lain kecuali sendi biasanya diperkukuhkan dan dalam hal bingkai lipatan mungkin ada dua bingkai cross iaitu bersilang. 2.6.2 Pengenalan Tayar Roda Tayar roda untuk kerusi roda harus dicari mengikut kesesuaian projek. Oleh kerana terdapat berapa perkara untuk memilih roda antaranya perkara pertama yang perlu mengambil kira adalah saiznya. Ini kerana saiz kerusi roda perlu mengikut kesesuaian produk yang ingin direka. Dalam usaha untuk mengelakkan pembaziran wang pada tayar yang tidak sesuai, Pertama adalah perlu mengukur kerusi roda. Ini membolehkan mereka untuk menentukan apa saiz tayar baru yang akan digunakan. Terdapat dua jenis tayar kerusi roda dengan ciri-ciri dan reka bentuk yang sangat berbeza. Jenis ini adalah: i. Pneumatik Rajah 2.21: Tayar pneumatik sumber: AH HONG ENTERPRISE Tayar pneumatik asasnya terdiri daripada lapisan luar getah yang nipis, ia berada pada "tiub dalaman" disebuah terowong udara yang berada di sekitar bahagian dalam

tayar. Sifat tayar pneumatik ini adalah udara yang dimampat apabila tayar yang bergerak ke atas permukaan yang kasar atau tidak rata. Ia juga mempunyai tenaga kinetik yang kurang. Kelebihan tayar pneumatik ini meningkatkan prestasi perjalanan kerusi roda yang telah dicipta. Ciptaan ini mengurangkan getaran pada tayar serta perjalanan lebih selesa. Kerusi roda ini dapat dibawa kemana-mana kerana mempunyai kriteria yang lebih ringan. Seterusnya keburukan yang terdapat didalam rekabentuk ini ialah mudah berlaku kerosakkan jika ia tidak diselenggara dengan baik. Seterusnya lapisan getah yang digunakan terlalu nipis dan memudahkan kerosakkan berlaku lebih cepat. ii. Tidak berhawa (Airless) Rajah 2.22: Tayar tidak berhawa (Airless) sumber: Peralatan permainan kanak kanak, syuhada 2000 Tayar tidak berhawa adalah tayar yang tidak disokong oleh tekanan udara. Ia digunakan pada beberapa kenderaan kecil seperti pemotong rumput dan kereta golf bermotor. Ia juga digunakan pada peralatan berat seperti jengkaut yang diperlukan untuk beroperasi. Tayar terbuat daripada poliuretana ia juga dibuat untuk basikal dan kerusi roda. Bahan-bahan tayar adalah getah sintetik, getah asli, kain dan wayar, bersama-sama dengan hitam karbon dan bahan kimia lain. Kelebihan utama tayar tidak berhawa adalah tidak boleh lalu diatas jalan rata. Kelebihan lain adalah tayar tidak berhawa perlu diganti kerap. Peralatan berat dilengkapi dengan tayar tidak berhawa akan dapat membawa muatan yang lebih berat dan boleh digunakan di dalam aktiviti yang lebih lasak. Tayar

tidak berhawa umumnya boleh mempunyai rintangan yang lebih tinggi dan persediaanya agak kurang penggantungan daripada berbentuk sama dan tayar pneumatik yang bersaiz. Masalah lain yang ada pada tayar tidak berhawa termasuk pembentukan haba yang berlaku apabila mereka digunakan. Tayar tidak berhawa sering diisi dengan polimer yang dimampatkan (plastik) dan bukannya udara atau boleh menjadi produk yang kukuh dibentuk. 2.6.3 Jenis Kerusi i. Kerusi kulit (Seat leather) Rajah 2.23: Kerusi kulit sumber: ZAMANHEALTHCARE.BLOGSPOT.COM Kusyen kerusi roda terdapat kriteria yang tertentu. Kerusi roda perlu membantu mengekalkan penjajaran sistem rangka kerusi, memudahkan pergerakkan normal di samping menghalang pergerakkan tidak normal mewujudkan asas yang stabil untuk mengoptimumkan aktiviti normal di samping mencegah tekanan yang tidak normal pada badan, membantu untuk mengurangkan atau melegakan kesakitan. Kerusi roda perlu berada dalam keadaan yang betul untuk menyokong kecacatan rangka kerusi apabila diperlukan.

ii. Kusyen Gel (Gel design cushion) Rajah 2.24: Kusyen gel (Gel design cushion) sumber: kusyen gel, shukeri 2014 Permukaan kusyen gel ini mempunyai kedalaman kontur tanpa beban, sarat kedalaman kontur. Ianya mempunyai sokongan preischial, sokongan pelvis sisi, sokongan paha medial, sokongan paha sisi. Kelebihan kusyen gel ini melegakan pemampatan tisu lembut kerana ia menyerap tekanan yang dikenakan. Ini adalah berfaedah terutamanya bagi orang-orang yang perlu duduk untuk jangka masa yang panjang ianya juga bagus untuk tulang belakang. Seterusnya, kusyen ini juga baik untuk seseorang yang mengalami kesihatan seperti buasir, sakit pinggang dan lain-lain. Kelemahan yang terdapat pada kusyen ini pula ialah mudah terdedah pada bahaya kerana penggunaanya adalah di luar. 2.6.4 Brek Terdapat pelbagai jenis kerusi roda yang menggunakan brek atau kunci. Terdapat manual auto-lock dan sistem brek cakera. Kunci kerusi roda adalah bertujuan untuk menjaga kerusi roda manakala pemindahan pengguna masuk atau keluar dari kerusi. Brek kerusi roda membantu untuk melambatkan atau menghentikan kerusi roda apabila

menurun. Apabila tinggal di satu lokasi seperti bangunan yang bertingkat atau apabila melakukan tugas harian anda seperti belajar di meja atau mencuci pinggan mangkuk adalah idea yang baik untuk mereka memasang brek pada kerusi bagi mengelakkan kepenatan dan keletihan. Penggunaan kerusi mengeluarkan brek kerusi roda untuk mengelakkan diri daripada ibu jari cedera atau tangan. Ini boleh membahayakan terutama jika mereka tidak meletakkan brek belakang pada kerusi roda mereka apabila bersedia untuk kembali ke aktiviti harian. Terdapat beberapa jenis brake antaranya ialah : i. Tolak/tarik jenis pengunci (push/pull to lock style) Tolak / tarik untuk mengunci gaya kunci roda adalah pilihan yang standard digunakan untuk kebanyakan kerusi roda manual. Ia terlibat sama ada dengan menarik tuil belakang atau menolak ke hadapan sehingga bar menekan di atas tayar. Sistem kunci perlu menarik untuk mengunci dan menolak untuk melepaskan adalah yang paling biasa. Bagaimanapun, tidak semestinya yang terbaik. Setiap tolak / tarik kunci untuk mengunci sistem memenuhi keperluan pelbagai peringkat kekuatan dan penyelarasan. ii. Brek kerusi roda automatik (automatic wheelchair brake) Brek kerusi roda automatik dapat membantu mencegah daripada jatuh bagi pengguna kerusi roda yang tidak boleh atau tidak konsisten mengunci brek manual pada kerusi roda. Kunci dan brek dikawal mengikut berat di kerusi kerusi roda. Apabila kerusi itu diduduki, kunci tidak digunakan dan pengguna boleh mengunakan brek ini apabila memerlukan. Apabila pengguna berdiri dari tempat duduk, kunci atau brek secara automatik digunakan dengan mengunci roda.

BAB 3 METODOLOGI 3.1 PENGENALAN Metodologi adalah meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi menjadikan kajian yang dijalankan lebih sistematik dan perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif. Bab ini akan menjelaskan metodologi yang digunakan dalam kajian yang dijalankan. Metodologi kajian dan strategi yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data melalui kaedah-kaedah tertentu. Sehubungan dengan itu, bab ini akan menerangkan setiap langkah yang diambil dalam penghasilan rekabentuk projek yang dilaksanaan. Selain itu, bab ini turut dimuatkan juga penerangan dengan lebih terperinci tentang proses dan konsep rekabentuk kerusi roda ini.

3.2 CARTA ALIR PROSES KERJA Mula Pernyataan masalah Menganalisis masalah Penyelesaian masalah Melakar idea projek Memilih bahan untuk projek TIDAK Penghasilan projek Ujilari projek Tamat YA Rajah 3.1: Carta alir proses kerja

Carta alir adalah sejenis rajah yang mewakili suatu algoritma atau proses di mana ia ditunjukkan dalam pelbagai jenis kotak dan susunannya dihubungkan dengan anak panah. Gambar rajah dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul secara selangkah demi selangkah. Operasi proses diwakili dalam bentuk kotak dan anak panah yang menghubungkannya pula dengan mewakili aliran kawalan data. Carta alir telah digunakan dalam menganalisis, mereka bentuk, mendokumentasi atau menguruskan proses atau program dalam pelbagai bidang. Pada permulaan, telah dibincangkan untuk memilih tajuk projek. Pemilihan projek ini berdasarkan permasalahan yang berlaku di persekitaran yang mendatangkan kepayahan atau kesusahan pada seseorang. Selepas banyak idea yang diperkenalkan dan dibincangkan dengan penyelia, persepakatan untuk menghasilkan satu alat penambahbaikkan iaitu kerusi roda berjalan dengan lancar. Selepas itu, mencari skop dan objektif daripada penghasilan projek. Skop dan objektif ini, berdasarkan permasalahan yang berlaku. Pembentangan projek satu, melibatkan beberapa perkara iaitu pengenalan projek, skop, objektif, pernyataan masalah, kajian literasi, metodologi, lukisan berbantu komputer dan lain-lain. Selepas projek diluluskan dan diterima, pelaksanaan aktiviti projek seperti proses mereka bentuk dibuat untuk penghasilan projek. Apabila projek telah dihasilkan, semakan projek dilakukan oleh penyelia supaya projek yang dilakukan berfungsi seperti yang dirancangkan. Penghasilan laporan projek untuk menganalisis data-data yang terdapat pada projek yang diciptakan. Selepas penghasilan ini, pembentangan kedua diadakan untuk mengetahui tentang pelaksanaan projek. Penyerahan projek dan laporan akhir adalah proses akhir selepas pembentangan diadakan.