FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Similar documents
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

INTERNAL SURFACE PIPE ROUGHNESS CLASSIFICATION USING HIGH FREQUENCY ACOUSTIC EVALUATION

Faculty of Engineering

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

counselling2u.uitm.edu.my

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

Faculty of Engineering

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

STRATEGI PROMOSI PELANCONGAN KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

BLOOD PRESSURE MONITORING SYSTEM USING PIEZOELECTRIC FILM SENSOR NORSYILA BINTI BAHARUDIN

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN PENYEWAAN PERUMAHAN SITI NOOR FARAHANIS BINTI FADZIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia


MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PEMBIAYAAN MENGIKUT JENIS PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

PENGISYTIHARAN PUTRAJAYA SEBAGAI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

NURUL SA ADAH BINTI SABDIN

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

(A) Ahad & Selasa Sun. & Tue. (B) Isnin & Rabu Mon. & Wed. Teras Kesukarelawanan / Volunteership Core

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SIFAT DAN PERANAN RAJA DAN PEMBESAR DALAM NASKHAH HUKUM KANUN PAHANG

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

a) This Contest is open to all individual customers of Maybank, who are Digi subscribers and at least 18 years of age ( Eligible Participant(s) )

LJ"N1Y ERSITl MALAYSIA S.AJ3.AH

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

KAJIAN KEBERKESANAN PRODUK HELLO KIT1Y SEBINGGA MENJADI 'CULT BRAND' Noorhaslina Binti Senin

Siri Selamat di Rumah dan di Luar Rumah

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

..., C t;~:~xj ')' KESANPEMBANGUNANPERUMAHANTERHADAP KUALITI HID UP PENDUDUK BANDAR LINDA ANAK ABRAHAM PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

KEPUASAN PENGHUNI TERHADAP PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI OLEH KONTRAKTOR PENYELAMAT KAJIAN KES : TAMAN PERINDUSTRIAN HIJAU, RAWANG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

GARIS PANDUAN IDENTITI KORPORAT & PRODUK OKTOBER 2018 PRODUCT & CORPORATE IDENTITY GUIDELINES

(Menggunakan Letter Head Jabatan)

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

Transcription:

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF PROMOSI BUSANA CIK MINAH SONGKET DI KAMPUNG PENAMBANG, PANTAI CAHAYA BULAN (PCB), KELANTAN Wan Noor Hayati binti Wan Mahmud 28604 Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2013

PROMOSI BUSANA CIK MINAH SONGKET DI KAMPUNG PENAMBANG, PANTAI CAHAYA BULAN (PCB), KELANTAN WAN NOOR HAYATI BINTI WAN MAHMUD 28604 Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2013

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PROMOSI BUSANA CIK MINAH SONGKET DI KAMPUNG PENAMBANG, PANTAI CAHAYA BULAN (PCB), KELANTAN. SESI PENGAJIAN : 2012 / 2013 Saya WAN NOOR HAYATI BINTI WAN MAHMUD mengaku membenarkan *tesis ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat 5. salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 6. **sila tandakan SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan oleh: (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Kg Taman Lubok Jong, 17070 Pasir Mas, Kelantan. Tarikh : Tarikh : Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD i

PENGAKUAN Projek bertajuk Promosi Busana Cik Minah Songket di Kampung Penambang, Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kelantan ini telah disediakan oleh Wan Noor Hayati binti Wan Mahmud dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni. Diterima untuk diperiksa oleh: (Mohd.Ghazali bin Abdullah) Tarikh: ii

PENGHARGAAN Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya telah memberikan kekuatan mental dan fizikal sehingga saya berjaya menyempurnakan tesis ini bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif Pengurusan Seni. Penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia utama, En. Mohd Ghazali Abdullah kerana keikhlasan dan kesediaan memberi nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar sehingga tesis ini dapat diselesaikan. Seterusnya, tidak ketinggalan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada institusi Pusat Perkhidmatan Maklumat Akademik (CAIS) UNIMAS, Cik Minah Songket, Perpustakaan Negeri Kelantan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Cawangan Kelantan kerana memberi sumbangan yang bermakna terhadap kajian yang dijalankan. Buat ibuku, Che Nab binti Nor dan keluarga yang tersayang, tiada ungkapan wang boleh diabadikan dalam cebisan warkah ini diatas sumbangan dan pengorbanan harta benda, kasih sayang dan restu demi kejayaan diri ini dengan penuh harapan sehingga tesis selamat disempurnakan. Terima Kasih. iii

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Pengesahan Pengakuan Penghargaan Jadual Kandungan Senarai Rajah Senarai Gambar Foto Senarai Singkatan Abstrak Abstract i ii iii iv xi xi xiii xiv xv BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Kajian 1 1.2 Sejarah Penubuhan Cik Minah Songket 4 1.3 Permasalahan Kajian 5 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 6 1.6 Kerangka Kajian 6 1.7 Skop Kajian 12 1.8 Kepentingan Kajian 13 1.9 Batasan Kajian 13 1.9.1 Batasan Masa 14 1.9.2 Batasan Tempat 14 1.9.3 Batasan Informan 14 iv

1.9.4 Batasan Ruang 15 1.9.5 Batasan Kandungan 15 1.10 Penyampaian Kajian 15 BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN 2.0 Pengenalan 17 2.1 Konsep Promosi 17 2.2 Konsep Busana 22 2.3 Konsep Songket 24 2.4 Sejarah Kampung Penambang 26 2.5 Rumusan 27 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 28 3.1 Pendekatan Penyelidikan 28 3.1.1 Pendekatan Kualitatif 29 3.2 Jenis Data 29 3.2.1 Data Sekunder 30 3.2.2 Data Primer 31 v

3.3 Kaedah Pengumpulan Data Sekunder 31 3.3.1 Perpustakaan 31 3.3.1.1 Buku 32 3.3.1.2 Majalah 33 3.3.1.3 Tesis 33 3.3.1.4 Keratan Akhbar 33 3.4. Kaedah Pengumpulan Data Primer 33 3.4.1 Pengumpulan Data 34 3.4.2 Temubual 34 3.4.3 Pemerhatian 34 4.4.4 Fotografi 35 3.5 Kaedah Penganalisan Data 35 3.5.1 Berdasarkan Objektif Kajian 37 3.6 Lokasi Kajian 37 3.7 Instrumen Kajian 38 3.7.1 Soalan Berstruktur 39 3.7.2 Kamera Digital 39 3.7.3 Telefon Bimbit 40 vi

3.7.5 Komputer Riba 40 3.7.6 Buku Catatan 40 3.8 Rumusan 41 BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan 42 4.1 Mengenalpasti Peranan Promosi yang 42 dilakukan oleh Cik Minah Songket 4.2.1 Kaedah Promosi melalui pengiklanan 43 a) Pengiklanan Melalui Keratan Akhbar 43 b) Kaedah Pengiklanan Melalui Hebahan 45 Radio c) Pengiklanan Melalui Mulut ke Mulut 45 d) Pengiklanan Melalui Papan Tanda 46 (Billboard) e) Pengiklanan Melalui Laman 47 Sosial (Facebook) f) Pengiklanan Melalui Televisyen 48 4.3.1 Kaedah Melalui Galeri 49 4.4.1 Mengadakan Promosi Songket bersama dengan 50 Lembaga Kraftangan Malaysia Sempena Hari Kraf Negara. 4.3 Mendokumentasi Motif-motif Cik Minah 51 4.3.1 Motif Tumbuhan 51 vii

4.3.2 Motif Alam Benda dan Objek 59 4.3.4 Motif Kontemporari 60 4.3.5 Nilai-Nilai Estetika pada Corak Motif 61 Kontemporari 4.4 Menganalisis Kaedah Promosi yang dilakukan 65 oleh Cik Minah Songket. 4.4.1 Harga 65 4.4.2 Kualiti 66 4.4.3 Warna 66 4.4.4 Motif 67 4.4.5 Jenis kain 68 a) Kain Tenunan 68 b) Kain Selit Benang Emas 69 c) Kain Cindai 69 d) Kain Limar 69 4.4.6 Pembuatan Tradisional 70 4.7 Rumusan 71 BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN 5.0 Pengenalan 72 5.1 Rumusan 73 5.2 Cadangan 76 viii

5.2.1 Mempertingkatkan Promosi di Kalangan 76 Agensi-Agensi Pelancongan Negeri Kelantan dan di Luar Kelantan 5.2.2 Mengadakan Promosi Songket di Peringkat 77 Antarabangsa Bersama dengan Tourism Malaysia 5.3 Kajian untuk pengkaji-pengkaji akan datang 77 5.3.1 Kajian akan datang dalam Bidang lain 77 Berkenaan Falsafah Motif Songket Cik Minah 5.3.2 Pemakaian Songket Sebagai Lambang Identiti 78 Budaya Melayu dalam Majlis Rasmi. 5.4 Penemuan Kajian 78 5.5 Rumusan 79 RUJUKAN 80 LAMPIRAN 82 Lampiran A: Soalan bagi informan 82 Lampiran B: Pengusaha dan Pemilik Che Minah 83 Songket Lampiran C: Penenun Songket 1 84 Lampiran D: Penenun Songket 2 85 Lampiran E: Penenun Songket 3 86 Lampiran F: Pembantu Tadbir PKKM, Cawangan 87 Kelantan Lampiran G: Cik Minah Songket / Pantas Batek 88 & Enterprise ix

Lampiran H: Papan Tanda Cik Minah Songket 89 Lampiran I: Papan Tanda Cik Minah Songket 90 Lampiran J: Van Cik Minah Songket 91 Lampiran K: Alat Tenunan Cik Minah Songket 92 Lampiran L: Anugerah Fair Price 2008-2009 93 Lampiran M: Iklan Promosi Songket Sempena 94 Hari Kraf Kebangsaan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur 2013 Lampiran N: Anugerah Industri Pelancongan 95 Kelantan, Songket Kelantan Lampiran O: Anugerah Tokoh Usahawan Kraf 2002 96 (Encik Ahmed Kamel Bin Hussein) Lampiran P: Anugerah Kedai Harga Berpatutan oleh 97 KPDNKK 2010 Lampiran Q: Anugerah Kedai Pilihan Rakyat 98 Malaysia oleh KPDNKK 2012 Lampiran R: Anugerah Seri Cempaka, Pewaris 99 Industri Kraf 2001 SENARAI RAJAH Rajah 1.1: Kerangka Kajian Promosi Campuran 6 Rajah1.2: Kerangka Kajian Che Minah Songket 10 x

SENARAI GAMBAR Gambar 4.1: Keratan Akhbar Kosmo Malaysia 44 Gambar 4.2: Keratan Akhbar New Strait Times (NST) 44 Gambar 4.3: Papan Tanda (Billboard) Cik Minah Songket 46 Gambar 4.4: Promosi melalui Laman sosial (Facebook) 47 Gambar 4.5: Promosi melalui Radio Televisyen Malaysia 48 (RTM), TV1 Gambar 4.6: Promosi melalui Galeri Cik Minah Songket 50 Gambar 4.7: Promosi sempena Hari Kraf Negara 51 Gambar 4.8: Motif Pucuk Rebung 52 Gambar 4.9: Motif Bunga Jalur 52 Gambar 4.10: Motif Bunga Pecah Lapan 53 Gambar 4.11: Motif Bunga Kangkung 53 Gambar 4.12: Motif Bunga Penuh 54 Gambar 4.13: Motif Bunga Bintang 54 Gambar 4.14: Motif Bunga Cermai 55 Gambar 4.15: Motif Bunga Penuh, 55 Rantai Bunga Pecah Lapan Gambar 4.16: Motif Bunga Bertabur 56 Gambar 4.17: Motif Bunga Tanjung 56 xi

Gambar 4.18: Motif Bunga Cendawan 57 Gambar 4.19: Motif Tampuk Manggis 57 Gambar 4.20: Motif Tampuk Kesemak 58 Gambar 4.21: Motif Bunga Telekang 58 Gambar 4.23: Motif Panji Semirang, Bunga Tabur 60 Gambar 4.24: Motif Bunga Raya 62 Gambar 4.25: Motif Bunga Ros 62 Gambar 4.26: Motif Bulan Bintang 63 Gambar 4.27: Motif Lambang PAS 63 Gambar 4.28: Motif Lambang UMNO 64 Gambar 4.29: Motif Bunga Melur 64 SENARAI SINGKATAN PCB Pantai Cahaya Bulan PKKM Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia PKMA - Pusat Khidmat Maklumat Akademik xii

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan promosi Cik Minah Songket di Kampung Penambang, Pantai Cahaya Bulan, Kelantan. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti peranan promosi, mendokumentasi motif-motif songket, dan menganalisis kaedah promosi yang dilakukan oleh Cik Minah Songket. Kerangka kajian menggunakan Model Campuran Promosi oleh Belch. Dapatan kajian menunjukkan bahawa promosi yang dijalankan oleh Cik Minah Songket sudah mempunyai asas yang kukuh dalam menyebar luaskan produk songketnya. Namun begitu, promosi sedia ada itu perlu dipertingkatkan lagi terutama promosi di peringkat serantau dan antarabangsa untuk menampakkan penyebaran produk songket ke peringkat antarabangsa. xiii

ABSTRACT This study aims to determine the effectiveness of promotional Cik Minah Songket in Kampung Penambang, Pantai Cahaya Bulan, Kelantan. The objective of this study was to identify the role of promotions, embroidered motifs documenting, and analyzing methods of promotion done by Cik Minah Songket. Framework for research using Mixed Model Promotion by Belch. The results showed that the campaign conducted by Cik Minah Songket already have a strong foundation to spread songket products. However, existing promotion should be further improved, especially in the promotion of regional and international levels to reveal the spread of embroidered products internationally. xiv

BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini memaparkan tentang latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kerangka kajian, skop kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan penyampaian kajian. Dalam bab ini juga pengkaji akan menerangkan tentang sejarah songket, sejarah penubuhan Cik Minah Songket serta beberapa pendapat mengenai promosi. 1.1 Latar Belakang Kajian Perkataan Songket berasal dari perkataan Melayu yang bermaksud menyulam dengan benang emas atau perak (menyulam). Songket sememangnya telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15, pada abad tersebut songket mula menjadi popular terutamanya di negerinegeri pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan. Pada masa itu, wilayah pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan merupakan pusat 1

pengeluaran kain tenunan. Menurut Siti Zainon (1949:53): Di Kelantan, dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang (1610-1677) juga dikaitkan dengan pemakaian kain tenun ikat. Kain ini lebih dikenali dengan makna kain limar atau limas, sebagai pakaian khas wanita istana. Pakaian Cik Siti Wan Kembang diperikan sebagai: Cik Siti Wan Kembang berkembang jantan Kain limar melekat di kulit Songket bertabur merah pulasan Ikat seribu pancung ke bawah. Kain-kain songket dibuat daripada benang sutera atau kapas yang ditenung bersama-sama dengan benang emas atau perak. Menurut Siti Zainon 1989: 207) dalam bukunya yang bertajuk Tekstil Tenunan Melayu Keindahan Budaya Tradisonal Nusantara:... Perkataan bersungkit (songket) atau sulam benang emas dan perak dikenali juga sebagai kain jong sarat, teluk berantai atau berpakan emas. Istilah kain jong sarat dan teluk berantai biasanya dirujuk kepada hiasan yang memenuhi permukaan kain hingga dikenali sebagai songket bunga penuh atau songket cuban. Hiasan ini berbeza dengan songket bunga tabur Siti Zainon (1989:207); sawet Palembang atau balapak Minangkabau. Songket berpakan emas, lebih menekankan aspek teknik dan proses menenun. Dalam tenunan ini benang pakan yang digunakan melalui cuban ialah benang emas dan perak. Busana berfungsi untuk menutup atau melindungi bahagian tubuh. Selain itu, dengan pemakaian busana seseorang itu akan kelihatan menawan. Busana ini biasanya memperlihatkan pelbagai jenis motif, khususnya dalam menggunakan kain songket. Kain songket mengandungi makna simbolik tertentu sebagai simbol status sosial 2

seseorang dalam masyarakat. Selain itu, kain songket juga melambangkan imej dan identiti budaya Melayu. Seperti yang kita maklum, tidak setiap orang dapat menggunakan kain songket, penggunaan kain songket ini biasanya digunakan di istana dan merupakan kelengkapan-kelengkapan kerabat diraja. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Malah, kain songket ini juga turut digunakan oleh rakyat jelata di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya. Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Negeri Sembilan pula menyatakan busana merupakan salah satu intipati dalam kebudayaan sesebuah kaum. Setiap kaum mempunyai busana dan membawa pengertian yang tersendiri. Melalui perbezaan yang terdapat pada busana tradisional ini memudahkan masyarakat luar mengenali kebudayaan yang terdapat dalam kelompok masyarakat tersebut. Promosi memberi penekanan kepada pemberitahuan, pengalakkan dan kaedah untuk menyakinkan kepada pembeli-pembeli yang berpotensi untuk mencuba dan membeli keluaran ataupun barangan yang dipasarkan itu. Penekanan kepada komunikasi bermaksud cara kita untuk menyampaikan, menyakinkan dan juga menggalakkan pembeli untuk mendapatkan barangan itu. Persoalan di sini lah yang menjadi titik tolak kepada konsep promosi itu. 3

1.2 Sejarah Penubuhan Cik Minah Songket Nama Cik Minah diambil sempena nama pengasas tersebut iaitu Che Aminah binti Omar. Cik Minah Songket mula beroperasi sejak dari tahun 1930 dan kini diuruskan oleh warisan keturunan Cik Minah sendiri. Kedai dua tingkat ini merupakan tempat pembuatan tenunan songket dan galeri songket. Perusahaan ini telah diambil alih oleh anaknya setelah beliau meninggal dunia. Selain itu, perusahaan songket ini merupakan hasil titik peluh Cik Minah dalam menguasai bidang tenunan songket yang dipelajari daripada moyangnya. Pada masa kini, perusahaan Cik Minah Songket telah diambil alih dan dikendalikan oleh anak Cik Minah sendiri iaitu Encik Ahmed Kamel Bin Hussein setelah beliau meninggal dunia. Namun begitu, nama Cik Minah Songket dikekalkan kerana nama tersebut merupakan landmark jurang keturunan Cik Minah. Cik Minah Songket ataupun turut dikenali dengan nama Pantas Batek & Enterprise terletak di kampung Penambang yang mana merupakan laluan utama untuk ke pantai Cahaya Bulan (PCB). Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di Kelantan. PCB adalah kawasan kraftangan yang penting terutamanya dalam industri percetakan batik, penenunan songket dan pembuatan layang-layang serta loyang. Kedudukan Cik Minah Songket yang begitu strategik menyebabkan Cik Minah Songket sentiasa mendapat sambutan daripada penduduk tempatan dan pelancong asing yang mengemari songket. 4

1.3 Permasalahan Kajian Songket adalah pakaian tradisional Melayu yang kebanyakan digunakan untuk majlis-majlis tertentu, iaitu majlis-majlis yang berkaitan dengan upacara-upacara kebesaran negeri seperti sambutan hari keputeraan al Sultan, upacara perkahwinan antara teruna dan dara, mesyuarat rasmi Ahli-ahli Majlis Kerajaan dan majlis mengangkat sumpah perlantikan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri. Songket mempunyai nilai seni yang tinggi kerana diusahakan secara tradisional melalui benang emas dan perak yang diusahakan orang-orang tertentu sahaja. Orang-orang itu mestilah mempunyai kemahiran seni menyongket dan menenun kain songket. Dalam hal ini, Cik Minah Songket sebagai satu industri songket yang telah begitu lama diwarisi oleh neneknya, kemudian oleh Cik Minah dan seterusya sekarang diwarisi oleh anaknya adalah satu industri yang melambangkan jati diri orang-orang melayu Kelantan. Oleh kerana itu, songket yang harus dipaparkan dalam kajian ini mengenai motif-motif yang digunakan, bagaimana songket itu dipromosikan oleh Cik Minah Songket dan keberkesanan promosi yang dijalankan oleh Cik Minah Songket 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji mengenai Promosi Busana Cik Minah Songket di Kampung Penambang, Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan. Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 5

(a) Mengenalpasti peranan promosi yang dilakukan oleh Cik Minah Songket. (b) (c) Mendokumentasi motif-motif songket Cik Minah. Menganalisis kaedah promosi yang dilakukan oleh Cik Minah Songket. 1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian ini memberi fokus kepada Promosi Busana Cik Minah Songket di Kampung Penambang, Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan. Persoalan kajian ini berkaitan: (a) (b) (c) Apakah kaedah promosi yang dilakukan oleh CikMinah Songket. Apakah motif-motif yang diusahakan oleh Cik Minah Songket Bagaimanakah kaedah menganalisis promosi yang dilakukan oleh Cik Minah Songket. 1.6 Kerangka Kajian Model Campuran Promosi oleh Belch, 2004 Promotional Mix Advertising Direct marketing Interactive / Internet marketing Sales promotion Publicity/ Public relations Personal selling Rajah 1.1: Element of the Promotional Mix Sumber: Buku Advertising and Promotion An Integrated Communication Perspective. 6

Model proses campuran promosi oleh George E.Belch dan Michael A.Belch dalam bukunya yang berjudul Advertising and Promotion An Integrated Communication Perspective menerangkan penyata asas mengenai hubungan campuran promosi yang merangkumi enam elemen seperti pengiklanan, pemasaran langsung, pemasaran interaktif, promosi jualan, hubungan awam dan publisiti. Hubungan ini diringkaskan secara terperinci dalam gambarajah 1.1 iaitu Campuran Promosi. Menurut (Belch, 2004) Promosi adalah satu elemen pemasaran yang merupakan firma atau organisasi berkomunikasi dengan pelanggan mereka. Berdasarkan gambarajah 1.1, Pengiklanan ditakrifkan sebagai apa jua bentuk berbayar daripada komunikasi nonpersonal seperti organisasi, produk, perkhidmatan, atau idea oleh penaja yang dikenalpasti dan merupakan aspek yang dibayar. Definisi pengiklanan ini mencerminkan bahawa ruang dan masa untuk mesej pengiklanan amnya mesti dibeli. Komponen nonpersonal juga bermaksud bahawa pengiklanan melibatkan media massa yang boleh menghantar mesej kepada kumpulan-kumpulan besar individu pada masa yang sama. Pemasaran langsung adalah cara bagi organisasi untuk berkomunikasi secara langsung dengan pelanggan sasaran untuk menjana tindak balas atau transaksi. Pemasaran langsung adalah melibatkan mel langsung dan katalog pesanan mel. Ia melibatkan pelbagai aktiviti termasuk pengurusan pangkalan data, jualan langsung, tele pemasaran dan iklan tindak balas langsung melalui mel langsung, internet dan pelbagai siaran dan media cetak. Mel langsung adalah cara yang sangat efektif bagi mendekati kumpulan-kumpulan besar. 7

Pemasaran interaktif adalah keupayaan untuk menangani pelanggan, ingat apa kata pelanggan dan menangani pelanggan sekali lagi dengan cara yang menunjukkan bahawa kita masih ingat apa yang pelanggan telah memberitahu kami (Deighton 1996). Pemasaran interaktif tidak sinonim dengan pemasaran dalam talian, walaupun proses pemasaran interaktif sangat mudah melalui penggunaan teknologi internet. Keupayaan kita untuk ingat apa yang pelanggan telah katakan dibuat lebih mudah apabila kita boleh mengumpul maklumat dalam talian pelanggan dan kami boleh berkomunikasi dengan pelanggan kami dengan lebih mudah menggunakan internet. Promosi jualan secara amnya ditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti pemasaran yang menyediakan nilai tambahan atau insentif kepada pasukan jualan, pengedar atau pengguna akhir dan boleh merangsang jualan dengan serta merta. Pengguna berorientasikan promosi jualan menyasarkan pengguna dengan sesuatu produk atau perkhidmatan seperti penggunaan kupon, pensampelan, premium, rebat, pertandingan, cabutan bertuah dan pelbagai bahan. Alat-alat promosi menggalakkan pengguna untuk membuat pembelian serta-merta dan dengan itu boleh merangsang jualan jangka pendek. Perhubungan awam merujuk (Belch,2004) ialah fungsi pengurusan yang menilai sikap orang awam, mengenal pasti dasar dan prosedur individu atau organisasi dengan kepentingan awam dan melaksanakan program tindakan untuk mendapatkan pemahaman dan penerimaan awam (Moore & Canfield,1977). Apabila sesebuah 8