IMPAK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) KEPADA NILAI HARTA TANAH KEDIAMAN DI SETAPAK, KUALA LUMPUR SITIAYU ZUBAIDAH BINTI YUSUF

Similar documents
SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN PENYEWAAN PERUMAHAN SITI NOOR FARAHANIS BINTI FADZIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

..., C t;~:~xj ')' KESANPEMBANGUNANPERUMAHANTERHADAP KUALITI HID UP PENDUDUK BANDAR LINDA ANAK ABRAHAM PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN,

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

counselling2u.uitm.edu.my

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong This page is deliberately left blank

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

KEPUASAN PENGHUNI TERHADAP PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI OLEH KONTRAKTOR PENYELAMAT KAJIAN KES : TAMAN PERINDUSTRIAN HIJAU, RAWANG

Kos Perbelanjaan Perumahan dalam Kalangan Penduduk Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Sederhana di Pulau Pinang

EAL335 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]

Walkability in Campus, Case study of University Technology Malaysia SAMAN JAVAN FARD

(GEOGRAFI) HULUBERNAM ROSLAN B. SAAD PROJEK INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK FAKULTI SAINS KEMANUSIAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


NAJMAH NAWAWI MOHD NUSI ABD. RAHMAN NOOR SHAFEEZA ZAINUDDIN NUR SYAZWANI ZAINUL ABIDIN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. EAL 335/4 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

NURUL SA ADAH BINTI SABDIN

Development of Bicycle Shift Models in Universiti Kebangsaan Malaysia Campus

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Impak Sosioekonomi dan Politik Program Perumahan Rakyat Lembah Subang, Selangor

FAKTOR-FAKTOR KRITIKAL BAGI PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI FADZILAH BINTI IBRAHIM

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

Penemuan Awal Berkaitan Pemuliharaan Bandar dalam Pembentukan Imej Bandar di Tanjong Malim, Perak

PERLAKUAN PEMAJU SWASTA AP ABILA BERHADAPAN DENGAN DASAR PERUMAHAN KOS RENDAH DI MALAYSIA. oleh NOR 'AINI BINTI YUSOF

LJ"N1Y ERSITl MALAYSIA S.AJ3.AH

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN BAGI GENERASI Y FARAH HANAN BINTI MD ANUAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAKLIMAT ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN: SUB-KOMPONEN JARINGAN KOMUNITI

Daya Saing Bandar Kecil: Satu Penelitian Dari Aspek Persepsi Penduduk Dalam Kawasan Majlis Daerah Tanjong Malim

THE EFFECTS OF CHANGES AT SIGNALIZED INTERSECTION ON THE VEHICLES EMISSION LOADING IN PARIT BUNTAR, PERAK.

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

Penilaian awal impak perlaksanaan Dasar Perumahan Negara terhadap sektor perumahan di Kuala Lumpur

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

Faculty of Engineering

VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PEMBIAYAAN MENGIKUT JENIS PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

Bachelor of Engineering with Honours (Civil Engineering)

Transcription:

IMPAK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) KEPADA NILAI HARTA TANAH KEDIAMAN DI SETAPAK, KUALA LUMPUR SITIAYU ZUBAIDAH BINTI YUSUF Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah Universiti Teknologi Malaysia JAN 2013

iii DEDIKASI Ditujukan buat Bonda dan Ayahanda tercinta YUSUF BIN MOHAMAD & SITI HAJAR BINTI HAKIMIN Terima kasih diatas pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan selama ini Serta ahli keluarga yang banyak membantu dalam melaksanakan kajian ini Tidak lupa juga buat teman seperjuangan yang banyak membantu dalam mendapatkan maklumat berkaitan kajian yang dilaksanakan. Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua. Semoga persahabatan kita kekal abadi. \

PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T Dengan lafaz Bismillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat dan limpah kurnianya, maka penulisan Projek Sarjana ini dapat disiapkan setelah pelbagai rintangan ditempuhi. Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Selain itu, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan khas kepada penyelia Projek Sarjana Muda ini, Dr. MohD Nadzri Bin Jaafar, Terima kasih di atas tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat yang diberikan sehingga terhasilnya penulisan ini. Ingatan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kakitangan Jabatanjabatan yang terlibat secara langsung di dalam pembinaan LRT dan juga perumahan Kuala Lumpur yang telah memberi kerjasama dan bantuan dalam memperoleh maklumat yang diperlukan. Tidak lupa juga kepada penduduk sekitar kawasan stesen atas kesudian membantu melaksanakan kajian ini. Akhir kata, tidak ketinggalan juga kepada semua rakan-rakan yang banyak memberi sokongan sehingga terhasilnya penulisan ini.

v ABSTRAK Pembinaan LRT merupakan kemudahan pengangkutan yang terbaik bagi kawasan bandar yang pesat bagi mengelakkan masalah kesesakkan lalu lintas terutama bagi kawasan Kuala Lumpur. Matlamat kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji hubungan antara pembinaan LRT dan harta tanah kediaman di kawasan berhampiran stesen Transit. Kajian yang dilakukan adalah berasaskan kepada dua objektif utama iaitu Mengkaji perbezaan nilai harta tanah kediaman di kawasan berdekatan stesen LRT dengan kawasan yang jauh dan mengkaji faktorfaktor yang mempengaruhi perubahan nilai harta tanah di sekitar kawasan stesen LRT. Tiga kawasan telah dipilih sebagai kawasan kajian iaitu Wangsa Maju, Taman Melati dan Taman Sri Rampai kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang mengalami pertumbuhan di dalam sektor perumahan. Bagi mencapai objektif yang telah di tetapkan, penulis telah menjalankan temubual dengan pihak yang terlibat secara langsung dengan pembinaan LRT dan perumahan dan borang soal selidik diedarkan kepada penduduk sekitar kawasan stesen. Maklumbalas dan pandangan daripada responden telah di analisis menggunakan kaedah dikriptif. Hasil kajian yang diperolehi telah menjelaskan pembinaan LRT telah memberikan impak yang positif kepada perumahan di kawasan stesen dan pembinaan LRT merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi permintaan rumah. Melalui penemuan kajian ini, ia boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan pembangunan tanah di sekitar kawasan stesen LRT di dalam memastikan pembangunan yang dijalankan selaras dengan keperluan pembangunan masa kini.

vi ABSTRACT Light Rail Transit (LRT) construction is the best transport facility for urban areas to avoid traffic congestion problems, especially in Kuala Lumpur. Aim of this study is to examine the relationship between the construction of LRT and residential properties in Bay Area Rel Transit (BART) station. The study conducted based on two main objectives which is to study the different values of residential properties between BART station and areas not proximate to station and to study the factors that influence property values changes in the BART station. Three areas have been selected as a study area which is Wangsa Maju, Taman Melati and Taman Sri Rampai because this area is an area that experienced growth in housing sector. To achieve the objectives of this study, the authors have conducted interviews with the parties directly involved in the construction of the LRT and housing and the questionnaire was distributed to residents in the area near the LRT station. Feedback and suggestions from respondents were analyzed using descriptive analysis to achieve results. The results were proven that LRT construction assign the positive impact on housing values in area near the LRT station. Through these findings, it can be used as a reference and guide to the parties involved with the development of land in the area near the LRT stations in ensuring that development carried out in accordance with the requirements of the current development.

vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xi xii xiii xiv 1. PENGENALAN 01 1.1 Pendahuluan 01 1.2 Penyataan Masalah 02 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 04 1.4 Skop Kajian 04 1.5 Kepentingan Kajian 05 1.6 Metodologi Kajian 08 1.7 Jangkaan Keputusan 11 1.8 Kesimpulan 12

viii 2. KAJIAN LITERATUR 13 2.1 Pendahuluan 13 2.2 Definasi 14 2.2.1 Transit Rel (Rail Transit) 14 2.2.2 Kawasan stesen Rel (Rail station area) 15 2.3 Sejarah pembinaan Transit rel di Malaysia 16 2.4 Transit rel sebagai pengangkutan awam bandar 17 2.4.1 Kelebihan perkhidmatan transit rel 17 2.4.2 Teori keperluan perkhidmatan pengangkutan rel 19 2.5 Perumahan 22 2.5.1 Guna Tanah Kediaman (residential land use) 23 2.5.2 Nilai harta tanah dan sewaan 26 2.6 Faktor yang mempengaruhi nilai harta tanah perumahan 27 2.6.1 Jarak pejalan kaki (pedestrian) 27 2.6.2 Kemudahsampaian 28 2.6.3 Pembangunan beroentasikan transit 28 2.7 Kesan pembinaan LRT kepada harga rumah dan nilai sewa di luar negara 29 2.8 Kesimpulan 31 3. METODOLOGI DAN KAJIAN KES 33 3.1 Pendahuluan 33 3.2 Latar Belakang kajian 34 3.2.1 Wangsa maju 34 3.2.2 Taman Melati 36 3.2.3 Sri Rampai 38 3.3 Kaedah pengumpulan data 39 3.4 Responden kajian 41 3.5 Kaedah penentuan jarak 41 3.6 Penentuan tempoh masa 42 3.7 Kesimpulan 45

ix 4. ANALISIS KAJIAN 46 4.1 Pendahuluan 46 4.2 Kaedah analisis 47 4.2.1 Analisis Kuantitatif 47 4.2.2 Analisis Kualitatif 47 4.3 Analisis responden 48 4.4 Analisis Kepentingan Pembinaan LRT 49 4.5 Analisis perubahan guna tanah 52 4.5.1 Pertambahan stok kediaman 56 4.5.2 Pelaburan Harta tanah kediaman 59 4.6 Analisis perubahan nilai harta tanah kediaman 62 4.7 Analisis Harga Perumahan Bertingkat (Highrise Development) Di Sekitar Mukim Setapak 66 4.8 Faktor yang mempengaruhi perubahan guna tanah dan peningkatan nilai kediaman 68 4.9 Kesimpulan 70 5. CADANGAN DAN KESIMPULAN 71 5.1 Pendahuluan 71 5.2 Penemuan kajian 72 5.3 Pencapaian objektif kajian 73 5.4 Limitasi kajian 76 5.5 Cadangan kajian lanjutan 77 5.6 Kesimpulan 78 BIBLIOGRAFI 79 LAMPIRAN 82

x SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT 2.1 Keperluan Sistem Transit 19 2.2 Penawaran Perumahan Mengikut Status (2000) 24 2.3 Pusat Pertumbuhan Perumahan Di Kuala Lumpur 25 2.4 Kesan Pembinaan Transit Rel Kepada Harta Tanah Perumahan 30 3.1 Kronologi Perkembangan LRT Kelana Jaya 43 4.1 Responden Kajian 48 4.2 Pindah Milik Harta Tanah Kediaman 60 4.3 Nilai Pindah Milik dan Peratus Pergerakan Kediaman Kuala Lumpur 63 4.4 Harga Harta Tanah Bertingkat di Mukim setapak 66

xi SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Ringkasan Kepentingan Kajian 06 1.2 Carta Aliran Metodologi Kajian 10 3.1 Kawasan Perumahan Seksyen 1, Wangsa Maju 35 3.2 Rumah Pangsa Wangsa Maju 35 3.3 pembangunan perumahan bertingkat (highrise) Taman Melati 37 3.4 Kawasan Perumahan Taman Melati 37 3.5 Kondominium Villa Wangsamas 39 3.6 Kawasan Perumahan Sri Rampai 39 3.7 Penentuan Jarak 42 4.1 Sistem Bersepadu Pengangkutan Awam Berasaskan Rel, 2000 50 4.2 Kelebihan/ manfaat Kepada Masyarakat Sekitar 51 4.3 Guna Tanah Kuala Lumpur 2000 53 4.4 Guna Tanah Kuala Lumpur 54 4.5 Guna Tanah Di kawasan Kurang daripada 500 meter dari stesen 55 4.6 Pertumbuhan Perumahan Kuala Lumpur 1980 2000 56 4.7 Taburan Perumahan Mengikut Jenis 57 4.8 Stok Kediaman Setapak 58

xii 4.9 Jenis Pemilikan 61 4.10 Nilai Sewaan Kediaman sekitar stesen LRT 65 4.11 Faktor pemilihan kediaman 68 4.12 kemudahsampaian ke Stesen Berhampiran. 69

xiii SENARAI SINGKATAN LRT - Transit Aliran Ringan TOD - Pembangunan Berorientasikan Transit JPPH - Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta DBKL - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Osh - Orang Sehektar

xiv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A B C D Borang Soal Selidik Soalan Temu Bual Keratan Akhbar Sistem Rel Intergrasi Lembah Klang

BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pembangunan merupakan satu proses yang penting dalam sesebuah negara bagi membolehkan negara tersebut beroleh kemajuan dari segi ekonomi, pentadbiran dan sosial. Pembangunan akan berubah dari semasa kesemasa dengan begitu cepat dan pesat. Pembangunan yang pesat ini kerap berlaku di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Namun begitu, setiap pembangunan yang dijalankan harus memberi manfaat kepada masyarakat setempat yang mana akan memberikan peluang, kemudahan dan manfaat kepada tahap sosioekonominya. Pembangunan transit rel sering dikaitkan dengan kemudahan dari segi keselamatan dan kemudahsampaian. Ia juga sering dikaitkan sebagai pemangkin bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan kawasan sekitarnya. Pengangkutan transit rel telah mula diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1885 dan masih digunakan sehingga kini. Pengangkutan transit rel di Malaysia terdiri daripada rel berat (termasuk rel kelajuan tinggi), transit aliran ringan (LRT), monorel dan garis funikular keretapi. Rel berat kebanyakannya digunakan untuk penumpang antara bandar dan pengangkutan barang serta beberapa pengangkutan awam di bandar, manakala LRT digunakan untuk pengangkutan awam bandar dan beberapa kegunaan khusus seperti mengangkut penumpang antara bangunan lapangan terbang. Terdapat satu landasan

2 keretapi kelajuan tinggi dengan dua perkhidmatan kereta api kelajuan tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Laluan tunggal monorel di negara ini juga digunakan untuk pengangkutan awam di Kuala Lumpur manakala keretapi funikular hanya digunakan di Pulau Pinang. Rangkaian keretapi meliputi kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia. Pembangunan transit rel di Malaysia secara langsung memberi kesan kepada guna tanah serta nilai harta tanah terutamanya kepada perumahan. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh sifat-sifat dan ciri-ciri fizikal, kemudahan dan alam sekitar. Kawasan yang menerima perubahan paling ketara adalah kawasan sekitar stesen. Stesen transit rel berfungsi sebagai rangkaian pengangkutan bagi tempat-tempat dalam persekitaran bandar. Mendokumenkan kesan pembangunan transit rel adalah penting untuk merancang satu sistem yang berkesan bagi menangani keperluan mobiliti di kawasan bandar yang semakin meningkat. Pada masa yang sama, pelaburan yang dibuat dalam mewujudkan rangkaian laluan transit dijangka menjana kesan positif kepada pembangunan ekonomi, pekerjaan, perumahan, pasaran tanah, dan guna tanah. Oleh itu, kajian mengenai impak pembangunan transit rel kepada nilai perumahan dan guna tanah kediaman akan membantu di dalam menyediakan pembangunan laluan berikutnya. 1.2 Penyataan Masalah Menurut Green (1997), pelaburan dalam perumahan akan memberi perubahan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), perubahan tersebut seterusnya akan melibatkan perubahan dalam sektor bukan perumahan. Oleh itu, pelaburan dalam perumahan akan memberi kesan berganda kepada pelaburan dalam sektor yang lain dan seterusnya boleh merangsang ekonomi sesebuah negara. Keadaan ekonomi yang baik akan merancakkan lagi perkembangan pelaburan dalam pelbagai sektor seperti

3 pembuatan dan pengurusan. Penggerak atau pelaksananya ialah sumber manusia yang mencukupi. Penumpuan kelompok manusia di sesuatu kawasan menjadikan harta tanah di kawasan tersebut bernilai kerana ada permintaan terhadapnya. Walaupun begitu, belum dapat dipastikan sama ada permintaan terhadap harta tanah di sesuatu kawasan yang menjadikan harganya meningkat di dalam pasaran akan turut memberi kesan ke atas sewaan harta tanah di kawasan tersebut. Persoalan ini yang ingin dikaji dari perspektif Malaysia walaupun hasil penyelidikan Hendershott dan Shilling (1982) dan Meese dan Wallance (1994) yang difokuskan kepada 27 bandar di Amerika Syarikat mendapati, dalam jangkamasa panjang kenaikan harga rumah adalah menyamai dengan kenaikan sewa pasaran. Fokus kajian adalah untuk melihat sama ada perubahan pada harga harta tanah memberi kesan kepada perubahan sewa harta tanah di kawasan tersebut atau sebaliknya. Pembinaan Transit rel yang menjadi penyambung kepada sub bandar di lembah klang adalah satu usaha yang diambil oleh kerajaan bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur, dan seterusnya membantu mengekalkan pembangunan ekonomi negara. Tujuan pembinaan LRT tersebut adalah untuk mengurangkan tempoh perjalanan dan seterusnya menjana pembangunan ekonomi kepada kawasankawasan yang terlibat. Diantara pengukuran pencapaian ekonomi adalah melalui pasaran hartanah. Menurut teori ekonomi, sebarang penambahbaikan kepada infrastruktur pengangkutan seharusnya mempunyai pengaruh yang kuat keatas nilai hartanah disekitarnya. Terdapat pelbagai kajian keatas kesan transit rel terhadap nilai hartanah disekitarnya, walaubagaimanapun ianya masih sukar untuk difahami dan mempunyai keputusan yang berbeza-beza. Merujuk kepada jangkaan terhadap kenaikan harga dan sewa harta tanah perumahan, persoalan kajian petama dapat dikemukakan iaitu apakah wujud perbezaan nilai harta tanah di kawasan berdekatan dengan transit aliran ringan. Masalah perumahan seperti permintaan melebihi penawaran, peningkatan jumlah penduduk, kekurangan tanah di bandar,kekurangan dan kenaikan harga bahan binaan, kekurangan buruh mahir dan sebagainya telah menyebabkan kenaikan harga yang mendadak di dalam harga hartanah. Kewujudan persoalan pertama ini menunjukkan perubahan didalam permintaan harta tanah kediaman di kawasan yang dibangunkan dengan kemudahan pengangkutan transit rel. Perubahan permintaan ini

4 mepengaruhi penawaran terhadap stok kediaman di kawasan tersebut. Oleh itu, persoalan kedua yang wujud ialah apakah faktor yang mempengaruhi peningkatan nilai harta tanah kediaman di kawasan berdekatan stesen LRT. Persoalan kajian ini akan menjelaskan faktor utama yang diambil kira didalam membuat pemilihan kediaman. 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara pembinaan Transit Aliran Ringan dan harta tanah kediaman di kawasan berhampiran stesen Transit. Objektif bagi kajian ini ialah: 1. Mengkaji perbezaan nilai harta tanah kediaman di kawasan berdekatan stesen transit aliran ringan dengan kawasan yang jauh. 2. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan nilai harta tanah di sekitar kawasan stesen Transit Aliran Ringan. 1.4 Skop Kajian Kajian ini meliputi data harta tanah kediaman di beberapa kawasan terpilih di Lembah Klang. Kawasan yang dipilih untuk kajian ialah: i. Wangsa Maju ii. Taman Melati iii. Taman Sri Rampai

5 Hanya tiga kawasan perumahan terpilih di atas yang akan dikaji bagi melihat impak pembinaan LRT ke atas harta tanah perumahan. Ketiga-tiga kawasan kajian dipilih berdasarkan kepada kepadatan pembangunan perumahan di kawasan tersebut. Sistem berasaskan transit rel di Kuala Lumpur terdiri daripada dua laluan Transit Aliran Ringan (Light Rail Transit lines), satu laluan monorail (monorail line), dua sistem rel komuter (commuter rail systems) yang mempunyai empat laluan, dan link rel lapangan terbang (airport rail link). Bagi menjalankan kajian ini, penulis memilih laluan Transit Aliran Ringan Kelana Jaya sebagai kawasan laluan kajian. Di dalam kajian ini, penulis membahagikan responden kepada dua bahagian iaitu penduduk yang tinggal berhampiran stesen LRT dan penduduk yang tinggal jauh dari kawasan stesen. Di dalam melaksanakan kajian ini, lima isu utama reka bentuk kajian telah di pertimbangkan iaitu: 1. Mentakrifkan tempoh masa sebelum dan selepas pembinaan LRT 2. Menentukan tempoh masa untuk analisis 3. Mentakrifkan "kawasan stesen" atau kawasan untuk mencari kesan-kesan ekonomi. 4. Mewujudkan kawasan perumahan perbandingan (kawasan sama dengan kawasan stesen tetapi tidak berdekatan stesen LRT). 5. Melihat kesan ekonomi di seluruh semua stesen atau membezakan stesen berdasarkan ciri-ciri penting. 1.5 Kepentingan Kajian Kajian yang dijalankan diharap dapat memberi faedah kepada pihak-pihak yang terlibat di dalam pembangunan tanah di kawasan bandar terutamanya yang melibatkan pembangunan transit rel dan perumahan.

6 Sumber : Kajian Penulis (2012) Menggalakkan pembangunan dan pelaburan oleh pemilik tanah Sumber rujukan kepada perancangan pengangkutan bandar Individu Kerajaan Bidang Ilmu Sektor Swasta Memberi maklumat berkenaan impak LRT kepada harta tanah perumahan. Menentukan kawasan yang berpotensi bagi tujuan perumahan Rajah 1.1 Ringkasan Kepentingan Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan kajian yang akan memberi manfaat kepada: \ 1. Individu Kajian ini diharapkan dapat menggalakkan pemilik-pemilik tanah untuk membangunkan tanah sesuai dengan permintaan mengikut kawasan dan kepadatan penduduk di kawasan tersebut. 2. Bidang Ilmu Kajian ini akan memberi maklumat kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui perkara berkaitan dengan impak LRT kepada guna tanah dan nilai harta tanah perumahan.

7 3. Kerajaan Kajian ini akan membantu kerajaan dalam merangka model dalam usaha kebangsaan untuk memantau dan mendokumenkan kesan ekonomi dan komuniti pembangunan berasaskan transit rel. Kemudahan pengangkutan yang perlu disediakan bukan sahaja perlu disediakan di atas dasar ekonomi malah perlu menitik beratkan kesan kepada penduduk sekitar. Selain itu, kajian ini juga membantu pihak kerajaan di dalam menyediakan kemudahan awam yang lebih praktikal di kawasan bandar dengan menitik beratkan kesan positif kepada penduduk dan masyarakat setempat. 4. Sektor Swasta Pemaju Kajian ini boleh digunakan oleh pemaju untuk menentukan kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan bagi tujuan perumahan. Kajian ini juga membantu pemaju dalam membuat keputusan dalam membangunkan pembangunan yang lebih bersepadu dan permohonan integrasi menyeluruh antara pengangkutan dan pembangunan perumahan. Pelabur Kajian ini dapat meningkatkan keyakinan kepada para pelabur untuk membuat pelaburan keatas pembangunan perumahan di kawasan berdekatan stesen LRT. Perkara ini adalah berdasarkan permintaan perumahan yang semakin meningkat di kawasan sekitar stesen.

8 1.6 Metodologi Kajian 1. Peringkat Awalan Pengenalan Pada peringkat awalan, penulis telah menetapkan matlamat, objektif dan skop kajian sebagai garis panduan terhadap kajian yang dijalankan. Di dalam peringkat ini, penulis telah memilih beberapa kawasan di dalam pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai kawasan kajian. 2. Peringkat Kedua Kajian Literatur Pada peringkat kedua, penulis menerangkan definasi transit rel, perumahan dan perlaksanaan konsep pengangkutan rel dan perumahan secara keseluruhan. Penekanan pada bacaan dan rujukan daripada data sekunder seperti buku akademik, laporan kerajaan, surat khabar, tesis, internet, majalah dan lain-lain. 3. Pengumpulan Data Pengumpulan data akan dilakukan di kawasan kajian iaitu Wangsa Maju, Taman Melati dan Datuk Keramat. Kawasan yang dipilih adalah kawasan di yang berada di laluan LRT Putra - Kelana Jaya, Gombak. Pada peringkat ini, penulis akan mengumpul data primer melalui soal selidik dan temu bual. Penulis akan mengedarkan borang soal selidik kepada penduduk yang tinggal di sekitar kawasan stesen dan juga yang tinggal di kawasan yang jauh. Penulis juga akan menjalankan temu bual kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengan pembangunan rel dan perumahan.

9 4. Analisis Data Analisis data akan dilakukan menggunakan kaedah deskriptif dan di tafsirkan di dalam bentuk rajah. 5. Cadangan dan Kesimpulan Penemuan kajian diperolehi sama ada objektif tercapai atau tidak. Beberapa cadangan untuk penambahbaikan dan juga cadangan bagi kajian lanjutan akan di kemukakan di dalam bab ini.

10 PERINGKAT 1 Mengenalpasti masalah Objektif kajian Skop kajian PERINGKAT 2 Kajian Literatur Mengkaji faktor yang mempengaruhi perubahan guna tanah dan nilai perumahan PERINGKAT 3 Pengumpulan Data Data Primer Kualitatif - Temu bual Kuantitatif - soal selidik Data Sekunder Buku, Jurnal, Artikel, Laporan kerajaan, internet dan sebagainya PERINGKAT 4 Analisis Data -data akan di analisis menggunakan kaedah deskriptif PERINGKAT 5 Cadangan dan Kesimpulan Sumber : Kajian Penulis (2012) Rajah 1.2 Carta Aliran Metodologi Kajian

11 1.7 Jangkaan Keputusan Di dalam kajian yang telah dilakukan, penulis menjangkakan pembinaan LRT akan memberi impak yang besar kepada guna tanah dan nilai harta tanah perumahan di kawasan berdekatan stesen. Penulis membuat hipotesis bahawa laluan transit rel adalah satu kemudahan yang dipermodalkan dalam transaksi pasaran dan akan membawa kepada perubahan dalam penggunaan tanah. 1. Peningkatan Nilai Hartanah Perumahan Nilai hartanah perumahan adalah tinggi di kawasan berdekatan stesen LRT berbanding dengan nilai hartanah perumahan di kawasan yang jauh dari stesen. Bagi jangkaan peningkatan nilai harta tanah di kawasan stesen ini, penulis membuat hipotesis bahawa semakin hampir sesuatu pembangunan perumahan dengan stesen LRT, harga atau nilai harta tanah tersebut akan meningkat. 2. Faktor-faktor yang mempengaruhi Penulis menjangkakan bahawa kebanyakkan pembeli rumah di kawasan sekitar stesen LRT memilih rumah berdasarkan faktor daripada kemudahan pengangkutan yang disediakan. Semakin banyak kemudahan pengangkutan yang disediakan, semakin banyak permintaan perumahan di kawasan tesebut.

12 1.8 Kesimpulan LRT laluan Kelana Jaya Gombak telah mula beroperasi di Malaysia pada tahun 1998. Laluan yang dibina ini merupakan pelaburan utama di Lembah Klang sebagai rangkaian yang komprehensif di dalam perancang. Kajian ini membentangkan hasil penemuan impak perumahan ekonomi akibat daripada pembinaan laluan LRT. Bagi melaksanakan kajian ini, matlamat kajian telah ditetapkan dan disokong oleh tiga objektif kajian sebagai garis panduan kajian. Kajian ini akan memberi tumpuan terhadap impak pembinaan LRT kepada harta tanah di dalam aspek guna tanah, pelaburan serta nilai harta tanah di kawasan sekitar stesen LRT. Beberapa kawasan yang berpotensi dengan pertambahan kawasan kediaman di Lembah Klang di ambil sebagai kawasan kajian. Kawasan yang dipilih ialah Wangsa Maju, Taman Melati dan juga Datuk Keramat. Kawasan yang dipilih adalah berdasarkan kepadatan pembangunan perumahan yang semakin pesat.

79 BIBLIOGRAFI Asniza binti Kamarudin (2010) Kesan Kesesakkan Lalu Lintas Terhadap Nilai Sewa Umah Kedai Di Joho Bahru, UTM Becky P.Y. Looa, Cynthia Chenb, Eric T.H. Chanc (2010) - Rail-based transitoriented development: Lessons from New York City and Hong Kong Boris A. Portnov, Bella Genkin, and Boaz Barzilay (2009) - Investigating the Effect of Train Proximity on Apartment Prices: Haifa,Israel as a Case Study Doina Olaru, Brett Smith, John H.E. Taplin (2011) - Residential location and transit-oriented development in a new rail corridor Edward G. Goetz, Kate Ko, Aaron Hagar, Hoang Ton, Jeff Matson (2010) - The Hiawatha Line: Impacts on Land Use and Residential Housing Value Fatimah Zulkifli Maimuna Md Sidek Jpph Temerloh (2009) Kesan Lebuhraya Pantai Timur Terhadap Nilai Harta Tanah Di Sekitarnya Francesca Pagliara, Enrica Papa (2011) - Urban rail systems investments: an analysis of the impacts on property values and residents location Ghebreegziabiher Debrezion Eric Pels Piet Rietveld (2003) - The Impact of Railway Stations on Residential and Commercial Property Value Hoo Chin Soon (2010) A Story of Singapore and Kuala Lumpur

80 Ima Sazali Ghazali (2005), Improving Bus Service Quality : Shah Alam Towards Sustainable Transportation, UTM Ishak bin Jahari (2007) Facilities Improvement for LRT Station, UTM Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (1997 2011), Laporan Pasaran Harta Jean Dubé, François Des Rosiers, Marius Thériault, Patricia Dib (2011) - Economic impact of a supply change in mass transit in urban areas: A Canadian example Kalthum Binti Mohd Ghazali (2007) Talian Bekalan Elektrik Dan Kesannya Ke Atas Masyarakat dan Nilai Hartanah, UTM Mass Transport: Imposing Changes on Real Estate (2011) - The Proposed Light Rail Infrastructure Project - Impact on the Lagos Real Estate Landscape Mohammad bin Che Nai (2007) Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Nilai Tanah: Kajian Kes Bandar Darul Aman Utama, Kuala Ketil, Baling, Kedah, UTM Nathaniel Baum-Snow, Matthew E. Kahnb (2000) - The effects of new public projects to expand urban rail transit Research carried out for Project 21439S, Task 7 NEORail II, Cleveland, Ohio (2001) - The Effect Of Rail Transit On Property Values:A Summary Of Studies Robert Cervero and Jin Murakami (DNA) - Rail and Property Development in Hong Kong: Experiences, Impacts, and Extensions Roderick B. Diaz Booz Allen & Hamilton Inc. Mclean, VA (DNA) - Impacts Of Rail Transit On Property Values Siti Noraishah Saharif, Institut Penilaian Negara (2008) - Kajian Terhadap Hubungkait Di Antara Harga Dan Sewa Harta Tanah Kediaman Di Lembah Klang

81 Suhana Binti Ismail (2009) Implikasi Perletakkan Terminal Bas Klang Sentral Terhadap Pengguna, UTM The Report Of The Transportation Strategies Ad Hoc Committee Of The Incog Transportation Policy Committee (2008) - Rail Transit Strategic Plan United States Department of Transportation Federal Transit Administration (2008) - Capturing the Value of Transit Vukan R Vuchic (DNA) Urban Public Transportations Systems Yizhen Gu (Department of Planning Research, Beijing Municipal Institute of City Planning & Design Room 2005, No.60, South Lishi Road, Beijing, 100045, China) (2005) - The impacts of rail transit on property values: Empirical study in Beijing Zhi-Chun Li, William H.K. Lam, S.C. Wong, Keechoo Choi (2012) - Modeling the effects of integrated rail and property development on the design of rail line services in a linear monocentric city