UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA PPTD: MENDEPANI CABARAN, MENGGALAS HARAPAN

Similar documents
Yang Saya Hormati Saudara/Saudari Pengerusi Majlis

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

Yang Berhormat Tuan Bakri Dato Ali, representative for Menteri Besar of Perlis.

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

TEKS UCAPAN BRIG.JEN DATO PROF. DR

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL


ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

counselling2u.uitm.edu.my

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

POLITIK BIROKRASI SEMASA PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) TERHADAP PROJEK PEMAJUAN PERUMAHAN KERAJAAN

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

Chairman s Statement / Penyata Pengerusi

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

Complimentary green fees for 1 full flight for Cardmember and 3 guests. Tee-off at 10 renowned regional golf courses.

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH GREAT EASTERN TAKAFUL BERHAD

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN PENYEWAAN PERUMAHAN SITI NOOR FARAHANIS BINTI FADZIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHO HARUN NARRASHID [ KOT A TINGGI ]

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA

TEKS UCAPAN YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-15 (MAPPA XV)

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBERKESANAN KURSUS INTEGRITI KONTRAKTOR MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SIFAT DAN PERANAN RAJA DAN PEMBESAR DALAM NASKHAH HUKUM KANUN PAHANG

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLMATIK GRED M

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

(A) Ahad & Selasa Sun. & Tue. (B) Isnin & Rabu Mon. & Wed. Teras Kesukarelawanan / Volunteership Core

PELAN STRATEGIK ICT SEKTOR AWAM

Penemuan Awal Berkaitan Pemuliharaan Bandar dalam Pembentukan Imej Bandar di Tanjong Malim, Perak

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

4. BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, AKUATROP adalah :

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Program Golf Serantau 2018( Program )

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

DiGi s commitment to change, and desire to innovate and simplify has led us to deliver several smart solutions to our customers. Dear Shareholders,

EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

Siri Selamat di Rumah dan di Luar Rumah

PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA FALSAFAH PENGAWALSELIAAN

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

* kertas kerja telah dibentangkan di Persidangan Perpustakaan Digital Ke5, Kuala Lumpur, Julai 2009

UTMSPACE GLOBAL OUTREACH PROGRAMME 2015

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

NEYMAR JR S FIVE RULES OF THE GAME *Untuk versi Bahasa Malaysia, sila rujuk muka surat 13*

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Pelan Pengurusan Perubahan Fasa III Self Reliance dan Tahap Kematangan Self Reliance

TAKLIMAT ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN: SUB-KOMPONEN JARINGAN KOMUNITI

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

OSCC Case Study. Aplikasi Sistem Maklum Balas Sesi Latihan & Khidmat Sokongan (e- Penilaian) IAB. Agensi Kerajaan : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

Penilaian awal impak perlaksanaan Dasar Perumahan Negara terhadap sektor perumahan di Kuala Lumpur

Transcription:

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA PPTD: MENDEPANI CABARAN, MENGGALAS HARAPAN SEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PERKHIDMATAN TADBIR & DIPLOMATIK (PPTD) 2014 27 JUN 2014 (JUMAAT), 10.00 PAGI AUDITORIUM INTAN BUKIT KIARA KUALA LUMPUR

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Saudara/Saudari Pengacara Majlis; Yang Berbahagia Dato Seri Zainal Rahim bin Seman, Presiden Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD); Barisan Exco PPTD; Yang Berbahagia Tan Sri, Dato -Dato, Datin- Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan; Saudara-saudari Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang dikasihi sekalian. 1

PENDAHULUAN 1. Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat kurnia dan keizinan-nya, Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) 2014 dapat diadakan pada pagi ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada PPTD kerana memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PPTD pada kali ini. 2. Sesungguhnya, Mesyuarat PPTD sebegini memberi peluang kepada kita semua untuk bertemu dengan rakan-rakan PTD dari pelbagai 2

gred dan tempat bertugas, dan seterusnya, mengukuhkan tali silaturrahim sesama kita. LAPAN PRINSIP BAGI MENDAKAP TRANSFORMASI Hadirin yang dihormati sekalian, 3. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dalam ucapan beliau semasa merasmikan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 telah menyatakan lima prinsip yang perlu ada dalam seorang penjawat awam bagi mendakap transformasi dan bergerak ke hadapan bagi tempoh 50 tahun akan datang. Lima prinsip tersebut ialah: (i) membudayakan ilmu; 3

(ii) mempamerkan sikap kebolehpercayaan dan keperibadian integriti yang tinggi; (iii) mempraktikkan amalan-amalan terbaik (best practices) bagi mencerminkan kewibawaan sebagai penjawat awam; (iv) menanam semangat patriotisme; dan (v) memberi penekanan dari segi keberhasilan atau outcome, berbanding output. 4. Seterusnya, dalam Majlis Perhimpunan Hari Pekerja 2014 Peringkat Kebangsaan pada 21 Jun 2014 baru-baru ini, Yang Amat Berhormat 4

Perdana Menteri telah menambah tiga lagi prinsip untuk menjadi pekerja yang berinovasi. Tambahan tiga prinsip tersebut ialah: (i) Budaya kreativiti dan inovasi, bertujuan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan yang bersifat lonjakan berganda; (ii) Nilai tambah dan kompetensi, yang mana amalan kerja biasa digantikan dengan amalan kerja yang luar biasa; dan (iii) Permuafakatan Kerja, iaitu tidak bekerja secara silo. 5. Saya amat berharap lapan prinsip yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana 5

Menteri ini dapat disemai dan terus disuburkan dalam setiap sanubari pegawai PTD untuk memastikan Transformasi Perkhidmatan Awam akan dapat dijayakan sepenuhnya. MENERAJUI TRANSFORMASI MENCAPAI VISI Para hadirin yang saya hormati sekalian, 5. Agenda Transformasi Negara berteraskan kreativiti dan inovasi digariskan sebagai strategi kebangkitan bagi memastikan Malaysia terus berada di hadapan keluk perubahan. Kita kini berada di selekoh terakhir menjelang tahun 2020, dan kita perlu mengorak langkah yang lebih strategik untuk memeta laluan negara menuju ke garisan sasaran. Inisiatif berterusan Kerajaan mentransformasikan negara melalui kepelbagaian proses inovasi 6

secara inklusif, berupaya melonjakkan Malaysia menjadi sebuah negara maju yang mampu mengharungi pelbagai cabaran serta persaingan di peringkat tempatan mahupun global. 6. Mendepani realiti cabaran hari ini, penjawat awam khususnya Pegawai Tadbir dan Diplomatik, perlu mendakap kemas hasrat Kerajaan dan berikrar untuk bersama-sama menjayakan agenda Transformasi Negara. Transformasi yang sering dilaungkan ini tidak akan dapat direalisasikan dengan hanya berkata-kata tanpa diiringi usaha. 7. Menyedari hakikat ini, pelan transformasi yang sedang dilaksanakan di Kementerian, agensi serta jabatan Kerajaan merupakan usaha untuk meningkatkan kompetensi, prestasi, produktiviti dan daya inovasi perkhidmatan 7

awam agar agenda Transformasi Negara dapat direalisasikan, dan kehendak dan ekspektasi dari stakeholders serta rakyat dapat dipenuhi dan disampaikan dengan berkesan. Sebagai tunjang kepada pelaksanaan dasar negara, PTD perlulah menumpukan segala usaha dan tenaga ke arah memenuhi keperluan stakeholders. 8. Untuk makluman saudara-saudari sekalian, Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik telah mencecah 42 tahun usianya, yang mewarisi tradisi keunggulan Malayan Civil Service (MCS). Kebetulan, usia ini menyamai usia Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), institusi ilmu di mana kita berada ketika ini. Dalam tempoh tersebut, pelbagai perubahan dalam perkhidmatan awam telah berjaya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin sebelum ini untuk menjadikan skim PTD ini kekal unggul dan 8

disegani. Angka ini seharusnya mencerminkan kematangan dan kebijaksanaan pegawaipegawai yang bernaung di bawah skim ini. PERANAN PTD Para hadirin yang saya hormati sekalian, 9. Sejarah telah membuktikan bahawa PTD telah menjadi tonggak utama dalam jentera pentadbiran negara, di mana PTD selalu dilihat sebagai think-tank dan penasihat atau advisor kepada Kerajaan. PTD merupakan thinkers, planners dan implementors yang terlibat secara langsung dalam pembangunan negara. Oleh yang demikian, peranan ini perlulah diteruskan agar skim PTD terus kekal relevan. 9

10. Pegawai PTD kini perlu berupaya untuk menangani segala cabaran dalam negara mahupun di peringkat global yang semakin kompleks, dan harus mempunyai kebolehan untuk membuat keputusan yang cepat, tepat dan bijaksana. Chip Heath dan Dan Heath, melalui buku Decisive: How to Make Better Choices in Life and Work, telah mengungkapkan empat kelemahan umum dalam membuat keputusan iaitu pertimbangan yang sempit, bias (berat sebelah), beremosi dan terlalu yakin. Justeru, penulis telah menyarankan kita supaya mengaplikasikan model W.R.A.P dalam membuat keputusan, iaitu: (i) Widen your options - perluaskan alternatif supaya kita tidak terperangkap dalam pilihan yang sempit; 10

(ii) Reality test your assumptions uji persepsi kita dengan realiti untuk mengelakkan pertimbangan yang berat sebelah; (iii) Attain distance before deciding mengelakkan diri daripada dipengaruhi emosi sebelum membuat keputusan; dan (iv) Prepare to be wrong bersedia untuk menghadapi kesilapan bagi mengendurkan keyakinan yang melampau. 11. Untuk membolehkan kita menjadi PTD yang cemerlang, saya menyarankan agar empat keperluan tersebut dikuasai. Kita bukan sahaja dituntut untuk rasional dalam melaksanakan 11

perubahan, tetapi pada masa sama, mengenal pasti pilihan yang ada, mengambil alternatif terbaik berdasarkan realiti, dan menjangka impak dan kesan ke atas keputusan yang diambil tersebut. 12. Saya juga ingin menyeru ahli-ahli PPTD untuk sentiasa bergerak sebagai satu pasukan, be united in our diversity, dan terus komited dalam memartabatkan skim PTD. Kita perlu sentiasa saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain, di mana kekurangan seseorang anggota bakal ditampung oleh kelebihan anggota yang lain. Dengan cara ini, maka kukuhkanlah sikap kerjasama berpasukan dan bekerja secara silo dapat dielakkan. Dalam apa jua yang kita laksanakan, sentiasalah berkhidmat dengan penuh tanggungjawab, dan ingat akan amanah yang telah diberikan kepada kita oleh rakyat. 12

PPTD AS A FAIL-SAFE SPACE Para hadirin yang saya hormati sekalian, 13. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh sedikit tentang peranan persatuan kita, PPTD. Pada pandangan saya, PPTD telah menyediakan ruang yang luas kepada ahli-ahlinya untuk mencuba banyak perkara baharu melalui penganjuran pelbagai bentuk program yang telah dirangka khusus untuk ahli-ahlinya. PPTD juga telah bertindak sebagai training ground dan platform pembelajaran yang baik untuk menimba pengetahuan dan pengalaman, terutamanya untuk rakan-rakan PTD Muda. Ini kerana ilmu yang kita perolehi tidak hanya datang dalam bentuk formal seperti ceramah atau intellectual discourse di bilik kuliah semata-mata, 13

malahan melalui pemerhatian dan penglibatan terus dalam pelaksanaan sesuatu program. 14. Dengan itu, saya yakin bahawa PPTD boleh mewujudkan satu Fail-Safe Space 1 yang membenarkan pegawai-pegawai untuk mencuba perkara-perkara baharu dan membuat eksperimen tanpa risau akan kesilapan dan kegagalan yang boleh berlaku. Perkara ini adalah amat penting agar kita lebih berkeyakinan untuk mencuba dan menimba pengalaman baru, dan keyakinan ini dapat dibawa dan dipraktikkan di tempat kerja masing-masing. 15. Saya ingin mengingatkan kita semua bahawa untuk PTD kekal relevan, kita perlu melaksanakan perkara-perkara yang dianggap 1 Dipetik daripada kertas Intrapreneurship in Government oleh Deloitte University Press 14

mustahil untuk dicapai dengan mencabar status quo dan menyanggah perkara-perkara yang bersifat ortodoks yang membelengu perkhidmatan awam sebelum ini. Kewujudan PTD pada hari ini tidak boleh sekadar ada tanpa membawa nilai tambah kepada perkhidmatan awam khususnya dan negara amnya. PENUTUP Para hadirin yang saya hormati sekalian, 16. Sebelum saya mengundur diri, suka saya berkongsi persoalan yang diutarakan oleh Cynthia A. Montgomery, Pengarah Penyelidikan di Harvard Business School, iaitu: If your company disappeared today, would the world be different 15

tomorrow? 2 Dalam konteks PTD, If PTD disappeared today, would the Public Service, or our country, be different tomorrow? 17. Untuk menjawab persoalan tersebut, PTD perlu menelusuri sejarah lalu dan menyemak semula peranan yang dimainkan ketika ini, lebihlebih lagi ke atas kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Kita perlu pastikan bahawa kita mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri untuk kekal berdaya saing. Disinilah letaknya fungsi dan peranan PPTD. 18. Persatuan ini, persatuan kita. Besarlah harapan saya agar PPTD berupaya menjadi persatuan yang disegani yang boleh memayungi ahli-ahlinya, umpama bait-bait kata: 2 Dipetik dari buku The Strategist, Be The Leader Your Business Needs (2012) oleh Cynthia A. Montgomery 16

Bagaikan kayu besar di tengah padang; Rimbun daunnya tempat berteduh; Kuat dahannya tempat bergantung; Kukuh batangnya tempat bersandar; dan Besar akarnya tempat bersila. 19. Sekali lagi sebagai ingatan kepada diri saya dan hadirin yang dihormati sekalian, dalam kita melaksanakan tugas, let us renew our commitment and resolve to serve God, King and Country. Semoga usaha murni kita ini diberkati Allah S.W.T. jua dan diberikan ganjaran yang berkekalan. 20. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada PPTD kerana telah menjemput saya merasmikan persidangan tahunan ini. Dengan lafaz kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan 17

sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Tahun 2014. Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 18