BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Similar documents
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

INTERNAL SURFACE PIPE ROUGHNESS CLASSIFICATION USING HIGH FREQUENCY ACOUSTIC EVALUATION

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

NURUL SA ADAH BINTI SABDIN

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

Faculty of Engineering

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

counselling2u.uitm.edu.my

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN PENYEWAAN PERUMAHAN SITI NOOR FARAHANIS BINTI FADZIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Katakunci : kecederaan atlet silat

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

Faculty of Engineering

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN AKUATIK MSSPP

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

BLOOD PRESSURE MONITORING SYSTEM USING PIEZOELECTRIC FILM SENSOR NORSYILA BINTI BAHARUDIN

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan

PERATURAN SPESIFIK (CRITERIUM)

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis


SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Mohamad Harkimi, Julismah Jani & Saidil Mazlan Abdul Razak Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI ABSTRAK

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

NEYMAR JR S FIVE RULES OF THE GAME *Untuk versi Bahasa Malaysia, sila rujuk muka surat 13*

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

Yang Saya Hormati Saudara/Saudari Pengerusi Majlis

Guide for Activity Report Panduan untuk Laporan Aktiviti

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

DEVELOPMENT OF CONTROL SYSTEM FOR SEPAK TAKRAW LAUNCHER MODEL MOHANDAS SAGARAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

THE EFFECTS OF CHANGES AT SIGNALIZED INTERSECTION ON THE VEHICLES EMISSION LOADING IN PARIT BUNTAR, PERAK.

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

PERATURAN SPESIFIK (CRITERIUM)

Penulisan Kreatif yang Cemerlang

Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan

Terma dan Syarat Program Keistimewaan Golf World Mastercard ( Program )

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Program Golf Serantau 2018( Program )

Complimentary green fees for 1 full flight for Cardmember and 3 guests. Tee-off at 10 renowned regional golf courses.

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

Transcription:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERBEZAAN KESAN PENGGUNAAN BAT SOFBOL JENIS ALUMINIUM DAN BAT SOFBOL JENIS KOMPOSIT TERHADAP JARAK LANTUNAN BOLA DALAM KEMAHIRAN BUNT SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya: KHAIRUN AZAM BIN RUDZI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 8/83 RUMAH KAKITANGAN FELDA EN SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI BUKIT TANGGA,06050 BANDAR BUKIT KAYU HITAM, KEDAH Tarikh : Tarikh: CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Tandatangan : Nama Penyelia : EN SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI Tarikh :

PERBEZAAN KESAN PENGGUNAAN BAT SOFBOL JENIS ALUMINIUM DAN BAT SOFBOL JENIS KOMPOSIT TERHADAP JARAK LANTUNAN BOLA DALAM KEMAHIRAN BUNT KHAIRUN AZAM BIN RUDZI Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MEI 2011

ii PENGAKUAN Saya mengakui bahawa tesis yang bertajuk Perbezaan Kesan Penggunaan Bat Sofbol Jenis Aluminium Dan Bat Sofbol Jenis Komposit Terhadap Jarak Lantunan Bola Dalam Kemahiran Bunt adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tanda Tangan Nama Penulis : : KHAIRUN AZAM BIN RUDZI Tarikh : MEI 2011

v DEDIKASI Buat ayahanda dan bonda tersayang Rudzi Bin Md Akhir Dan Hasnah Bte Basiron Buat ahli keluarga yang tersayang Khairon Naim Bin Rudzi Khairon Ariff Bin Rudzi Khairun Faiz Bin Rudzi Khairon Akmal Bin Rudzi Nureen Husna Bte Rudzi Buat rakan-rakan sekelas terutamanya Mohd azli,riduan Efandy, Muhamad Firdaus dan rakan-rakan kelas yang lain. Tidak lupa juga kepada teman-teman SPS. Terima kasih diucapkan kepada kalian selama ini yang banyak membimbing dan menyokong serta memberi semangat dalam mengharungi perjuangan ini Kalian adalah pencetus inspirasi dan semangat juang Diharapkan semua terus berjuang untuk mencapai kejayaan yang diinginkan dan kenangan kita bersama tidak mungkin dapat dilupakan

v PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya. Disini saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Syahrul Ridhwan Bin Morazuki selaku penyelia PSM sini yang telah banyak bertungkus lumus dalam memberi bimbingan dan pandangan sepanjang menjalankan dan menyiapkan projek ini. Selain daripada itu tidak lupa juga kepada semua pensyarah-pensyarah Sains Sukan yang telah membantu memberikan pandangan dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan projek ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada para subjek yang terlibat secara langsung dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan kajian ini. Tidak lupa juga buat teman-teman seperjuangan 4 Sains Sukan tahun 2010/2011 dan seluruh warga SPS yang banyak memberikan dorongan dan semangat dalam menyelesaikan projek ini. Terima kasih di atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan. Semoga Allah merahmati kalian di dunia dan akhirat.

ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit terhadap jarak lantunan bola (bunt). Seramai sembilan orang pemain sofbol peringkat negeri yang berumur 16 tahun terlibat dalam penyelidikan ini. Terdapat lima jenis ujian kemahiran bunt dijalankan iaitu bunt daripada balingan bola jenis straight, balingan bola jenis drop, balingan bola curve in, balingan bola jenis curve out dan balingan bola jenis rise up. Semua subjek dikehendaki melakukan kelima-lima pengujian tersebut dengan menggunakan bat aluminium dan komposit. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan jarak lantunan bola (bunt) yang signifikan bagi semua jenis balingan di antara pengguna bat aluminium dan bat komposit. Kesimpulanya, penggunaan bat sofbol jenis aluminium adalah lebih baik daripada bat sofbol jenis komposit bagi semua jenis pengujian

ABSTRACT This study was carried out to investigate the usage effects of aluminum softball bat and composite bat towards the ball bounce distance (bunt). Nine state level softball players aged 16 years involved in this study.there were five types of bunt skills test conducted which are bunt against straight ball throws, drop ball throw, curve in throw, curve out throw and rise up throw. Results of the study was found that there were significant difference in ball bounce distance (bunt) against all types of throw between the use of aluminium bat and composite bat. In conclusion, the use of aluminum softball bat is better than composite bat in all types of test

viii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii viii-xvi xiii xiv-xv xvi 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1-3 1.2 Latar Belakang Masalah 3-4 1.3 Penyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Hipotesis Kajian 5-6 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.7 Skop Batasan Kajian 7 1.8 Definisi Operasional 7-8 1.9 Penutup 8

ix 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 9 2.2 Bat jenis Aluminium 9-10 2.3 Bat jenis Komposit 10 2.4 Jarak lantunan bola 11 2.5 Kajian-kajian berkaitan 11-12 2.6 Implikasi alatan kepada latihan 13 2.7 Penutup 13 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 14 3.2 Subjek Kajian 15 3.3 Instrumen Kajian 15 3.4 Lokasi Kajian 15 3.5 Rekabentuk Kajian 16 3.6 Prosedur Kajian 17 3.5.1 Penyerahan Surat Lantikan 17 3.5.3 Surat Persetujuan 17 3.5.4 Taklimat Kajian 17 3.7 Protokol kajian 18-19 3.8 Pengumpulan Data 20 3.8.1 Penganalisaan Data 20 3.9 Kajian Rintis 20 3.14 Penutup 21

x 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 22 4.2 keputusan Penganalisaan 23 4.2.1 Subjek 23 4.2.2Analisis Kebolehpercayaan alat 24-28 4.2.3 Jarak lantunan bola dalam kemahiran bunt bagi bola jenis straight 29-30 4.2.4 Jarak lantunan bola dalam kemahiran bunt bagi bola jenis drop 31-33 4.2.5 Jarak lantunan bola dalam kemahiran Bunt bagi bola jenis Curve in 33-35 4.2.6 Jarak lantunan bola dalam kemahiran bunt bagi bola jenis curve out 36-38 4.2.7 Jarak lantunan bola dalam kemahiran bunt bagi bola jenis rise up 38-41 4.5 Penutup 41

xi 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 42 5.2 Ringkasan rekabentuk kajian 43 5.3 Perbincangan 44 5.3.1 Jarak lantunan 44-45 5.3 Kesimpulan 45-46 5.4 Permasalahan 46 5.4.1 peralatan 46 5.5 Cadangan 47 5.6.1 Permukaan padang 47 5.6.2 Blind Test 47 5.6.3 penglibatan ssubjek lelaki dan perempuan 48 5.7 Penutup 48 RUJUKAN 49-50 LAMPIRAN 51-55

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Protokol ujian kemahiran bunt menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan komposit ke atas 5 jenis balingan 18-19 4.1 Purata, berat, umur dan tinggi subjek 23 4.2 Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan bola jenis straight 24 4.3 Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan bola jenis Jenis drop 25 4.4 Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan bola jenis curve in 26 4.5 Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan bola jenis curve out 27 4.6 Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan Bola jenis rise up 28 4.7 Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola terhadap balingan bola jenis straight. 29 4.8 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara penggunaan bat aluminium dan komposit terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan kemahiran bunt bagi bola straight. 30 4.9 Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola terhadap balingan bola jenis drop. 32 4.10 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara penggunaan bat aluminium dan komposit terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan kemahiran bunt bagi bola drop. 33

xiii 4.11 Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola terhadap balingan bola jenis curve in. 34 4.12 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara penggunaan bat aluminium dan komposit terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan kemahiran bunt bagi bola curve in. 35 4.13 Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola terhadap balingan bola jenis curve out. 37 4.14 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara penggunaan bat aluminium dan komposit terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan kemahiran bunt bagi bola curve out 38 4.15 Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola terhadap balingan bola jenis rise up. 39 4.16 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara penggunaan bat aluminium dan komposit terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan kemahiran bunt bagi bola rise up 40

xiv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Ringkasan rekabentuk kajian 16 4.1 perbezaan penggunaan bat sofbol jenis Aluminium dengan bat sofbol jenis komposit Dalam kemahiran bunt bagi bola jenis straight 30 3.3 perbezaan penggunaan bat sofbol jenis Aluminium dengan bat sofbol jenis komposit Dalam kemahiran bunt bagi bola jenis drop 32 3.4 perbezaan penggunaan bat sofbol jenis Aluminium dengan bat sofbol jenis komposit Dalam kemahiran bunt bagi bola jenis curve in 35 3.5 perbezaan penggunaan bat sofbol jenis Aluminium dengan bat sofbol jenis komposit Dalam kemahiran bunt bagi bola jenis curve out 37 3.6 perbezaan penggunaan bat sofbol jenis Aluminium dengan bat sofbol jenis komposit Dalam kemahiran bunt bagi bola jenis rise up 40

xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Perlantikan subjek 51 B Gambar instrumen 52 C Borang Pengujian 53-55

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Menurut catatan sejarah, permainan sofbol diperkenalkan secara tidak sengaja oleh George W. Hancook di kompleks olahraga Farragut Boat Club Chicago, Illinois, Amerika Syarikat pada 16 September 1887. Ianya bermula apabila terdapat beberapa alumni Universiti Yale dan Harvard sedang menonton pertandingan akhir American Football antara Yale dan Harvard di Club Farragut Boat. Setelah skor akhir diumumkan iaitu kemenangan kepada Yale, seorang alumni Yale dengan gembiranya melempar sebuah sarung tinju ke penyokong Harvard. Seorang penyokong dengan reflek mengambil sebatang kayu dan memukul ke arah sarung tinju itu. Melihat keadaan tersebut, seorang wartawan dari Chicago Board Trade, George Hancoc telah mendapat idea untuk mencipta suatu permainan baru. Beliau mencadangkan agar satu permainan dimainkan dalam suatu ruangan dengan menggunakan bola yang dibuat dari sarung tinju itu dan mengikatnya dengan ketat menggunakan seutas tali. Kemudian dengan beberapa batang kapur, Hancoc menandakan pada lantai Farragut Boat menyerupai padang baseball. Pada mulanya alat pemukul bagi permainan sofbol adalah sebatang penyapu. Permainan dibahagikan kepada dua pasukan dan Hancook menjerit kata-kata play ball, maka permainan dimulakan. Semenjak itu permainan baseball versi dalaman diperkenalkan yang dinamakan sebagai Indoor Baseball. Disebabkan bentuk bola yang berubah-ubah, nama sofbol sebelumnya juga telah diilhamkan dari bahanbahan yang digunakan untuk membuat bolanya, nama-nama seperti kitten ball,

2 army ball, mush ball telah digunakan pada masa tersebut. Selain itu sofbol juga dikenali dengan nama indoor-outdoor, recreational ball, dan playground ball. Di awal abad ke-20 sofbol mula dimainkan di luar dewan. Pada tahun 1908 organisasi amatur juga telah diperkenalkan dalam permainan sofbol iaitu National Amateur Playground Ball Association Of The United States. Organisasi ini juga telah merancang agar sukan ini dimainkan di luar dewan. Pada tahun 1923 Kongres Rekreasi Nasional (The National Recreation Congress) telah meminta kebenaran untuk menstandardisasikan sukan ini. Pada tahun 1926 nama softball mula digunakan walaupun belum dirasmikan. Pada tahun 1933, kejuaraan dunia pertama dilaksanakan di bawah persatuan Sofbol Amatur Amerika (Amateur Softball Association of America) di mana telah digunakan sebagai peraturan asas di Amerika. Pemenang untuk sofbol kategori lelaki pada waktu tersebut adalah J.L. Gills dari Chicago, dan pemenang bagi kategori wanita iaitu Great Northerns dari kota yang sama. Walaupun kejuaraan yang dipertandingkan adalah amatur, kebiasaannya pasukan tersebut ditaja oleh organisasi wilayah. Sejak tahun 1933, softball telah menjadi sebuah nama rasmi. Pada tahun 1934, pembentukkan peraturan bersama telah menstandardisasikan peraturan permainan sofbol. Sudah banyak perubahan peraturan sejak saat itu, khususnya pada tahun 1946, di mana terdapat perubahan jumlah pemain dalam pasukan utama iaitu dari 10 ke 9 orang. Pada tahun 1950 jarak antara pitcher s plate dan home plate ditambah untuk kategori lelaki dari 43 kaki ke 46 kaki (13.114 meter). Dilihat dari segi penyertaan, sofbol telah berkembang menjadi sukan yang popular dan digemari. Ini telah dibuktikan dengan 125,000 pasukan telah berdaftar di Persatuan Sofbol Amatur Amerika. Pada tahun tersebut juga telah diadakan enam kejuaraan nasional setiap tahun, ini tidak termasuk pasukan-pasukan yang bertanding dalam pertandingan tidak rasmi.

3 Pada tahun 1949, pasukan Toronto s Tip Top Tailors dari Kanada telah menjuarai kejuaraan antarabangsa pertama yang telah dianjurkan oleh persatuan sofbol amatur dan merupakan kejohanan pertama bertaraf dunia untuk kategori lelaki. Pada tahun 1966, di bawah penajaan daripada International Softball Federation, telah diadakan kejuaraan pertama bagi kategori wanita dan kejuaraan tersebut telah dimenangi oleh pasukan Australia Setelah kejohanan-kejohanan peringkat antarabangsa ini diadakan, sukan sofbol ini mula diterima ke negara-negara Asia termasuklah Malaysia. Di Malaysia, permainan sofbol ini telah diperkenalkan oleh pegawai-pegawai dari konsulat Amerika iaitu Pasukan Khidmat bakti (peace Corps) kepada para pelajar dan rakyat Malaysia. Pada tahun 1974 Persatuan Sofbol Malaysia ditubuhkan di Ipoh, Perak. Tiga buah negeri, iaitu Pulau Pinang, Perak dan Selangor telah mendaftar menjadi ahli persatuan sofbol Malaysia. Presiden pertamanya ialah Datuk Seri Haji Kamarudin bin Mohamed Isa, Beliau merupakan Menteri Besar Perak ketika itu dan satu kejohanan telah diadakan pada tahun tersebut yang telah dimenangi oleh pasukan Selangor. Pada tahun 1976, Malaysia telah menganjurkan kejohanan Asean pertama di Kuala Lumpur bagi kategori lelaki dan ianya telah disertai oleh kebanyakan negara Asean seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina. Selain itu, antara kejohanan sofbol yang telah diadakan di Malaysia ialah Sukan Asean, Kejohanan Terbuka Malaysia dan kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.

4 1.2 Latar Belakang Masalah Permainan sofbol adalah salah satu permainan yang telah lama diperkenalkan di dunia. Ia dimainkan oleh semua peringkat umur tetapi di Amerika Syarikat, ianya lebih tertumpu dalam kalangan wanita berbanding lelaki. Hal ini disebabkan oleh rata-rata pemain lelaki lebih tertumpu kepada sukan baseball namun sukan ini masih lagi popular di peringkat sekolah menengah, antarabangsa, negara, negeri persatuan dan kelab-kelab. Peralatan-peralatan yang berteknologi tinggi juga mula diperkenalkan bagi meningkatkan lagi mutu permainan sofbol antaranya bola, sarung tangan kulit dan juga bat. Kebanyakan peralatan tersebut dicipta bagi memudahkan pemain dan dicipta mengikut teknologi-teknologi terkini sebagai contoh penghasilan bat-bat sofbol daripada komposit. Dengan terhasilnya peralatan-peralatan tersebut telah menarik minat ramai pemain sofbol menggunakannya terutamanya bat jenis komposit. Ini menyebabkan penggunaan bat jenis aluminium semakin berkurangan. Namun kebanyakan daripada pemain tidak mempunyai maklumat yang tepat dalam memilih jenis bat yang sesuai ketika bermain. Selain itu, bat sofbol juga mempengaruhi jarak lantunan bola ketika melakukan pukulan. Hal ini kerana berlainan bat dihasilkan oleh bahan yang berbeza. Sebagai contoh, bat jenis alumunium dan juga bat komposit. Kedua-dua bat tersebut telah dihasilkan daripada bahan yang berbeza. Namun, perbezaan bat yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada teknologi dan kajian yang telah dijalankan supaya bat menjadi ringan, mudah dihayun dan sebagainya tetapi yang menjadi persoalan sehingga kini, adakah bat dengan teknologi terkini lebih baik digunakan bagi setiap kemahiran yang terdapat di dalam sukan sofbol. Terdapat pelbagai kemahiran ataupun teknik pukulan dalam permainan sofbol. Namun, pada masa kini, penggunaan bat sofbol jenis komposit lebih menjadi keutamaan kepada pemain dan jurulatih untuk digunakan di dalam setiap jenis kemahiran. Memandangkan tiada kepastian mengenai sejauhmana keberkesanan penggunaan bat komposit bagi semua jenis kemahiran, pengkaji berpendapat bahawa

5 adalah perlu dijalankan satu kajian mengenai keberkesanan penggunaan bat sofbol jenis komposit dan bat sofbol jenis aluminium terhadap kemahiran dalam sukan ini. Sebagai permulaan, kajian ini memfokuskan keberkesanan penggunaan bat sofbol jenis komposit dan bat sofbol jenis aluminium terhadap kemahiran bunt. 1.3 Pernyataan Masalah Kajian ini dilakukan adalah bagi melihat perbezaan jarak lantunan bola ketika melakukan kemahiran bunt dengan menggunakan bat jenis aluminium dan komposit. 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah mengkaji kesan penggunaan bat aluminium dan bat komposit terhadap jarak lantunan bola dalam kemahiran bunt. 1.5 Hipotesis Kajian Hipotesis kajian yang diramalkan adalah: Ho1: tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi jarak lantunan bola ketika melakukan kemahiran bunt diantara penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis komposit Ha1: terdapat perbezaan yang signifikan bagi jarak lantunan bola ketika melakukan kemahiran bunt di antara penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis komposit

6 1.6 Kepentingan kajian Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah bagi memberi panduan kepada jurulatih dan atlit di Malaysia khususnya. Kajian ini memberi ruang kepada atlet dan jurulatih dalam memilih bat sofbol yang sesuai ketika latihan mahupun ketika perlawanan sebenar. Penggunaan bat yang sesuai ini juga mampu meningkatkan mutu dan kualiti sukan di Malaysia khususnya tentang penggunaan bat yang sesuai ketika perlawanan. 1.6.1 Pemain Membantu pemain membuat pilihan jenis bat yang sesuai digunakan dalam permainan sofbol, terutama pemain yang baru menceburi permainan ini. 1.6.2 Jurulatih Membantu jurulatih dalam merancang program dan memilih bat yang sesuai untuk di gunakan oleh pemain semasa latihan serta perlawanan bagi membantu meningkatkan prestasi pemain juga dalam melakukan taktikal semasa perlawanan 1.7 Skop Dan Batasan Kajian Terdapat beberapa batasan di dalam kajian ini. Antaranya ialah :

7 1.7.1 Kajian terbatas kepada 9 orang pemain yang mewakili Johor pada kejohanan sofbol Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM). 1.7.2 Semua subjek sudah mempunyai teknik tersendiri dalam melakukan kemahiran bunt. 1.8 Definisi Operasional Berikut merupakan beberapa definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini: 1.8.1 Kemahiran bunt Alan Yong dan Helen Ten (1995) menyatakan bahawa kemahiran bunt ialah apabila bola yang diketuk dengan sah dan bukannya dihayun, tetapi sengaja ditahan dengan bat dan diketuk dengan perlahan. 1.8.2 Bat Sofbol Jenis Komposit Menurut Subic (2007), bat sofbol jenis komposit merupakan sejenis bat yang telah dibuat melalui gabungan dua atau lebih bahan. Salah satu bahan biasanya gentian yang kukuh seperti gentian, kevlar atau gentian karbon.

8 1.8.3 Bat Sofbol Jenis Aluminium Bat sofbol jenis aluminium merupakan sejenis bat yang telah direka pada tahun 1970 bagi menggantikan bat sofbol jenis kayu dan ianya direka lebih ringan daripada bat sofbol jenis kayu (subic,2007) 1.8.4 Pitching Machine Sebuah mesin yang digunakan untuk melepaskan bola sofbol dan bola baseball berbeza mengikut kelajuan dan gaya bola dilepaskan 1.9 Penutup Bab 1 membincangkan tentang latar belakag masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, kepentingan kajian serta batasan kajian.

BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan Perkembangan teknologi sukan pada masa kini seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Hal ini kerana telah banyak kajian-kajian yang telah dilakukan oleh ahli-ahli sains sukan bagi meningkatkan lagi mutu permainan sukan. Menurut Aish (2001), dengan terciptanya peralatan-peralatan dan teknologi dalam sukan menjadikan sesuatu sukan semakin diminati. Selain itu, teknologi membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih menarik, lebih teratur, lebih tepat dan lebih selamat. Teknologi diperlukan untuk membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih popular dalam masyarakat dan menarik minat masyarakat untuk mencuba sukan itu. Pada aspek jurulatih pula, dengan adanya alat bantuan seperti bowling machine dalam sukan kriket, sofbol dan baseball dapat membantu jurulatih untuk melatih pemain pada kadar yang ramai. Ini secara tidak lansung tidak membosankan pemain untuk menunggu giliran mereka. 2.2 Bat Sofbol Jenis Aluminium Menurut Subic (2007), bat sofbol jenis Aluminium mula dicipta pada tahun 1970 dan hanya terdapat sedikit perubahan yang dilakukan sehingga tahun 1990. Bat sofbol jenis komposit merupakan alternatif baru selepas terciptanya bat sofbol jenis kayu.

10 Bat aluminium juga dicipta bagi memudahkan pemain baru untuk mencuba permainan sofbol kerana bat sofbol jenis aluminium dicipta lebih ringan berbanding bat kayu sekaligus memudahkan seseorang pemain membuat hayunan. Ini disokong oleh pernyataan Russel (2006) yang menyatakan bat yang lebih ringan mempercepatkan hayunan dan memudahkan pemain untuk mengawal ketika melakukan hayunan. Ini membolehkan pemain melakukan pukulan yang baik. 2.3 Bat Sofbol Jenis Komposit Komposit merupakan jenis campuran bahan yang telah digunakan dalam penghasilan beberapa peralatan sukan. Ianya telah mula digunakan dalam kebanyakan peralatan sukan sejak awal 90-an, termasuklah di dalam sukan sofbol iaitu dalam pembuatan bat sofbol. Menurut Subic (2007), penghasilan bat sofbol jenis komposit bermula pada era 90-an di mana penghasilan bat sofbol jenis komposit di campur dengan beberapa bahan lain supaya penghasilannya lebih kukuh. Dengan penghasilan bat jenis komposit, penggunaan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis kayu semakin berkurangan. Hal ini disokong oleh Rosandich (2000) yang menyatakan peralatan terkini menarik minat pemain untuk menggunakannya dan penggunaan peralatan lama semakin dilupakan. Hal ini juga kerana penghasilan setiap peralatan yang berteknologi adalah daripada hasil-hasil kajian yang telah dijalankan.

11 2.4 Jarak Lantunan Bola Menurut Alan Yong dan Helen Tan (1995), kemahiran bunt ialah bola yang ditahan dengan sah, bukannya dihayun tetapi ditahan dengan bat dan dengan perlahan supaya menghasilkan jarak lantunan yang dekat.. Menampan adalah cara khas dalam permainan sofbol. Ianya tidak melibatkan hayunan dan gerakan ikut lajak. Kemahiran bunt memerlukan bola yang ditahan tidak bergerak jauh. Kemahiran bunt juga merupakan salah satu inisiatif lain yang boleh dilakukan pemain ketika perlawanan dan merupakan taktikal permainan. Menurut pernyataan Aish (2001), kemahiran menampan adalah kemahiran yang amat berguna tetapi malangnya tidak digunakan dan diamalkan dengan secukupnya oleh para pemain terutama pemain muda yang masih kekurangan kuasa dan kemahiran memukul. 2.5 Kajian-kajian Berkaitan Menurut Russel (2006), terdapat perbezaan yang ketara di antara bat sofbol dan juga bat baseball dari segi perbezaan panjang dan perbezaan bat. Berat dan panjang bat sofbol yang dibenarkan digunakan dalam kejohanan-kejohanan sofbol adalah 32 inci- 34 inci bagi sofbol manakala 31 inci- 34 inci bagi baseball. Bagi berat pula, unit yang digunakan ialah ounce. Satu ounce bermaksud 28gram. Bagi berat bat sofbol yang dibenarkan di dalam perlawanan adalah 23oz - 28oz manakala bat baseball adalah 28oz hingga 31oz. Hal ini kerana bola yang digunakan oleh pemain baseball dan pemain sofbol adalah berbeza dan bat tidak ditetapkan kepada satu berat sahaja supaya pemain dapat memilih bat yang sesuai sebelum melakukan pukulan. Ini menunjukkan pemilihan bat oleh pemain juga menjadi salah satu faktor.

12 Menurut Marian dan Charles (2007), pemilihan bat yang sesuai adalah amat penting dalam menjadikan pukulan yang dilakukan berkesan. Pemilihan bat dalam sukan sofbol dipengaruhi oleh sifat pemain tersebut iaitu ketinggian pemain tersebut, berat pemain tersebut dan juga teknik pukulan pemain tersebut. Ini adalah kerana setiap pemain mempunyai kemahiran tersendiri dan bentuk badan yang sendiri berbeza diantara satu sama lain. Selain daripada pemilihan bat yang sesuai pukulan yang tepat juga diperlukan untuk mendapatkan momentum yang lebih kuat dan menghasilkan pukulan yang jauh. Ini disokong oleh Aish (2001), yang menyatakan sweet spot merupakan faktor lain yang menjadikan bola yang dipukul adalah lebih berkualiti. Menurut beliau kawasan sweet spot adalah 5-10 inci dari hujung hadapan bat yang dipegang oleh pemain. Tambahan lagi, Russel (2007) menyatakan momentum bola adalah lebih baik apabila bola dikenakan pada kawasan sweet spot. Hal ini kerana apabila bola yang dipukul dikenakan tepat pada kawasan sweet spot akan menjadikan bat yang dipukul menjadi sedikit fleksibel. Apabila bat tersebut fleksibel membantu dalam menghasilkan momentum yang lebih baik dn mengurangkan gegaran pada bat tersebut. Selain itu, kajian beliau juga menerangkan bahawa pukulan yang tidak tepat akan menghasilkan gegaran pada bat dan boleh menyebabkan pemain mendapat kecederaan. Kecederaan juga boleh berlaku bukan sahaja ketika pemain membuat pukulan malahan teknik balingan yang salah juga akan mengakibatkan kecederaan kepada pemain. Ini disokong oleh Barrentine, et. al (1998) yang menyatakan teknik balingan kincir angin (windmill) oleh pitcher (pembaling) boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain. Kecederaan akan dialami pada bahagian bahu dan siku. Kecederaan akan terjadi apabila paksaan dilakukan ketika pembaling membuat balingan dengan membuat teknik balingan kncir angin (windmill).

13 2.2 Implikasi Alatan Kepada Latihan Menurut Yusof Ismail (1999), kemunculan teknologi terkini telah banyak membawa perubahan dalam setiap peringkat kehadapan termasuk latihan sukan. Alat teknologi dianggap satu media yang bertujuan untuk membolehkan seseorang jurulatih mencapai maklumat yang ditetapkan semasa latihan. Bagi sesetengah sukan, latihan dijalankan dengan menggunakan peralatan adalah lebih berkesan jika dibandingkan tanpa peralatan. Ini kerana teknologi yang direka cipta pada masa kini adalah spesifik untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran tertentu. Dengan bantuan peralatan tersebut maka latihan akan berjalan dengan lancar dan berkesan selain dari dapat menarik minat pemain ketika latihan. Menurut Teng Bong Tong (2001), dengan adanya peralatan teknologi dalam latihan, maka seseorang jurulatih dapat menjalankan latihan dengan lebih berkesan. Di samping itu, atlit berpeluang untuk menikmati keseronokan semasa latihan serta dapat melakukan latihan mengikut kebolehan dan kemampuan masing-masing. 2.4 Penutup Sorotan kajian ini digunakan sebagai rujukan dalam pelaksanaan metodologi kajian serta sebagai rujukan bagi perbincangan hasil kajian.

BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Tujuan utama kajian dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit ketika melakukan kemahiran bunt. Terdapat beberapa metodologi atau kaedah kajian yang digunakan oleh penyelidik untuk melaksanakan kajian ini. Dalam bab ini, penyelidik membincangkan dan menghuraikan perkara-perkara berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Subjek kajian Instrumen kajian Lokasi kajian Reka bentuk kajian Prosedur kajian Pengumpulan data Kajian rintis

15 3.2 Subjek Kajian Seramai 9 orang atlit lelaki sukan sofbol yang mewakili Johor untuk kejohanan Majlis sukan sekolah sekolah Malaysia (MSSM) terlibat dalam kajian ini. 3.3 Instumen kajian Instrumen yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah: i. Pitching Machine ii. Bat sofbol jenis aluminium iii. Bat sofbol jenis komposit iv. Bola v. Pita pengukur 3.4 Lokasi kajian Johor Kajian ini dijalankan di Padang Sekolah Menengah Vokasional Kota Tinggi,

16 3.5 Rekabentuk Kajian Kajian berbentuk eksperimental ini dijalankan bagi menyelidik tentang perbezaan jarak lantunan bola dengan menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit dalam kemahiran bunt. Pengujian bagi setiap kemahiran tersebut dilakukan pada lima jenis balingaan yang berbeza iaitu balingan bola jenis straight, balingan bola jenis drop, balingan bola jenis curve in, balingan bola jenis curve out, balingan bola jenis rise up. Ringkasan rekabentuk kajian adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.1 Subjek (n=9) Bola jenis straight Bola jenis drop Kemahiran bunt Bat aluminium Bola jenis curve in Bola jenis curve Bola jenis rise up Bola jenis straight Bola jenis drop 10 biji bola dilepaskan dengan sela masa rehat 20 saat atas setiap pelepasan Bat komposit Bola jenis curve in Bola jenis curve out Bola jenis rise up Rajah 3.1 : Ringkasan rekabentuk kajian

17 3.6 Prosedur Kajian berikut: Kajian yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada langkah-langkah 3.6.1 Penyerahan surat lantikan Setiap subjek diberikan surat perlantikan yang memaklumkan bahawa mereka terpilih bagi menjalani kajian ini. 3.6.2 Surat persetujuan Subjek yang terpilih diberikan surat persetujuan yang mengandungi syaratsyarat pelepasan tanggungan. Subjek perlu menandatangani surat perjanjian ini bagi menyatakan bahawa subjek telah bersetuju dan bersedia mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam ujian ini. 3.6.3 Taklimat Kajian Satu sesi taklimat mengenai prosedur kajian diberikan kepada subjek supaya subjek mendapat maklumat dan memahami prosedur ujian serta dapat memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan kajian.

18 3.7 Protokol Kajian Jadual 3.1: Protokol ujian kemahiran bunt menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan komposit ke atas 5 jenis balingan. Ujian Pengujian bertujuan melihat jarak lantunan bola selepas kemahiran bunt dilakukan ke atas bola jenis straight, bola jenis drop, bola jenis curve in, bola jenis curve out dan bola jenis rise up dengan menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan komposit Peralatan Prosedur 1. pitching machine 2. bat sofbol jenis aluminium 3.bat sofbol jenis komposit 4. bola Setiap subjek diperuntukkan masa selama 5 minit untuk melakukan aktiviti memanaskan badan (warm up). Subjek dikehendaki berada dalam keadaan bersedia di batting box. Subjek diberikan arahan bersedia setelah penyelidik mendapat isyarat bahawa subjek sudah bersedia. Bola sebanyak 3 biji akan dilepaskan melalui pitching machine. Sela masa bagi setiap bola yang dilepaskan adalah selama 20 saat.

19 Subjek diminta melakukan bunt bagi setiap bola yang dilepaskan dengan menggunakan bat sofbol jenis aluminium. Bagi memastikan subjek melakukan kemahiran bunt setiap kali bola dilepaskan, penyelidik telah terlebih dahulu menerangkan teknik bunt sebelum pengujian dijalankan. jarak lantunan bola direkodkan. Subjek diberi rehat 30 minit. 30 minit selepas rehat subjek diminta melakukan prosedur yang sama dengan menggunakan bat sofbol jenis komposit. Seminggu selepas ujian, subjek dikehendaki melakukan ujian menggunakan bola jenis drop, 2 minggu selepas ujian, subjek dikehendaki melakukan ujian menggunakan bola jenis curve in. 3 minggu selepas ujian, subjek dikehendaki melakukan ujian menggunakan bola jenis curve out. 4 minggu selepas ujian, subjek dikehendaki melakukan ujian menggunakan bola jenis rise up

20 3.8 Pengumpulan data Semua data pengujian yang diperolehi drekodkan di dalam borang skor yang telah disediakan 3.8.1 Penganalisisan Data Data-data yang diperolehi semasa menjalankan ujian kemahiran bunt bagi kesemua jenis balingan dengan menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan komposit dianalisis menggunakan program Microsoft Excel 2007 dan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0 3.9 Kajian Rintis Kajian rintis terhadap kebolehpercayaan Pitching Machine dalam melepaskan bola sebelum penyelidikan sebenar telah dijalankan di Sekolah Vokasional Kota Tinggi (SMVKT). Pengujian kebolehpercayaan instrumenn dilakukan bagi setiap jenis pengujian pelepasan bola. Ujian yang digunakan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen yang digunakan ialah menggunakan kaedah uji ulang uji. Uji ulang uji dilakukan menggunakan instrumen pitching machine ke atas sasaran yang sama dalam 2 keadaan masa yang berbeza. Data daripada uji ulang uji yang telah dilakukan diambil dan dianalisis menggunakan kaedah korelasi untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan.

21 3.10 Penutup Bab ini menerangkan dengan terperinci rekabentuk kajian dan prosedur dihuraikan dengan jelas bagi memudahkan dan melicinkan proses melaksanakan ujian kemahiran bunt. Bab seterusnya akan melihat kepada data-data yang diperolehi dan juga analisis data.

BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan Bab ini membincangkan hasil keputusan proses penganalisaan data mentah yang diperolehi melalui ujian yang dijalankan terhadap sembilan orang pemain sofbol yang mewakili Johor pada kejohanan MSSM bagi peringkat umur bawah 16 tahun. Data mentah yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2007 dan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0. Penganalisaan dilakukan bertujuan untuk melihat perbezaan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis komposit terhadap kemahiran bunt. Sebahagian daripada analisis deskriptif diterjemahkan dalam bentuk jadual dan graf manakala analisis inferensi pula dilakukan menerusi Independent-samples T Test dengan nilai signifikan ditetapkan pada 0.05.

23 4.2 Keputusan Penganalisaan 4.2.1 Subjek Kajian ini melibatkan sembilan orang subjek lelaki (n=9) yang mewakili Pasukan Johor dalam Sukan Sofbol U-16 pada sesi 2010. Jadual 4.1 Purata umur, berat dan tinggi subjek. Subjek Umur Berat(Kg) Tinggi(Cm) 1 16 56 160 2 16 63 158 3 16 71 170 4 16 58 162 5 16 63 165 6 16 46 156 7 16 60 166 8 16 54 158 9 16 48 161 Purata 16 58.0 162.0 Sisihan piawai 0.0 7.8 4.5 Berdasarkan Jadual 4.1, kesemua subjek berumur 16 tahun. Min berat keseluruhan subjek adalah 58.0kg dengan nilai sisihan piawai sebnyak 7.8. Bagi ketinggian nilai purata dan sishan piawai adalah 162.0 ± 4.5cm.

24 4.2.2 Analisis Kebolehpercayaan Alat Jadual 4.2: Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan bola jenis straight Jenis Balingan Ujian 1 Ujian 2 Straight Pearson 1.885 (**) Correlation.001 Sig. (2-tailed) 10 10 N Straight2 Pearson.885 (**) 1 Correlation.001 Sig. (2-tailed) 10 10 N Keputusan analisa menunjukkan nilai korelasi antara kedua-dua ujian yang dilakukan dengan menggunakan instrument pitching machine adalah 0.885. Merujuk kepada jadual korelasi, nilai positif 0.885 adalah nilai korelasi yang sangat kuat yang menunjukkan bahawa instrumen yang dibangunkan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu mampu memberikan keputusan yang konsisten pada setiap ujian yang dijalankan.

25 Jadual 4.3: Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan bola jenis drop Jenis Balingan Ujian 1 Ujian 2 Drop Pearson 1.667(**) Correlation.035 Sig. (2-tailed) 10 10 N Drop2 Pearson.667 (**) 1 Correlation.035 Sig. (2-tailed) 10 10 N Keputusan analisa menunjukkan nilai korelasi kebolehpercayaan antara kedua-dua ujian yang dilakukan dengan menggunakan instrument pitching machine adalah 0.667. Merujuk kepada jadual korelasi, nilai positif 0.667 adalah nilai korelasi yang sederhana kuat yang menunjukkan bahawa instrumen yang dibangunkan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang sederhana tinggi iaitu mampu memberikan keputusan yang konsisten pada setiap ujian yang dijalankan.

26 Jadual 4.4 Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan bola jenis curve in Jenis Balingan Ujian 1 Ujian 2 Curve in Pearson 1.937(**) Correlation.000 Sig. (2-tailed) 10 10 N Curve in2 Pearson.937 (**) 1 Correlation.000 Sig. (2-tailed) 10 10 N Keputusan analisa menunjukkan nilai korelasi kebolehpercayaan antara kedua-dua ujian yang dilakukan dengan menggunakan instrument pitching machine adalah 0.937. Merujuk kepada jadual korelasi, nilai positif 0.937 adalah nilai korelasi yang sangat kuat yang menunjukkan bahawa instrumen yang dibangunkan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu mampu memberikan keputusan yang konsisten pada setiap ujian yang dijalankan.

27 Jadual 4.5: out Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan bola jenis curve Jenis Balingan Ujian 1 Ujian 2 curve out Pearson 1.764 (**) Correlation.010 Sig. (2-tailed) 10 10 N curve out 2 Pearson.764(**) 1 Correlation.010 Sig. (2-tailed) 10 10 N Keputusan analisa menunjukkan nilai korelasi kebolehpercayaan antara kedua-dua ujian yang dilakukan dengan menggunakan instrument pitching machine adalah 0.764. Merujuk kepada jadual korelasi, nilai positif 0.764 adalah nilai korelasi yang kuat yang menunjukkan bahawa instrumen yang dibangunkan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu mampu memberikan keputusan yang konsisten pada setiap ujian yang dijalankan.

28 Jadual 4.6: Keputusan ujian kebolehpercayaan bagi balingan bola jenis rise up Jenis Balingan Ujian 1 Ujian 2 Rise up Pearson 1.667 (**) Correlation.035 Sig. (2-tailed) 10 10 N Rise up2 Pearson.667(**) 1 Correlation.035 Sig. (2-tailed) 10 10 N Keputusan analisa menunjukkan nilai korelasi kebolehpercayaan antara kedua-dua ujian yang dilakukan dengan menggunakan instrument pitching machine adalah 0.667. Merujuk kepada jadual korelasi, nilai positif 0.667 adalah nilai korelasi yang sederhana kuat yang menunjukkan bahawa instrumen yang dibangunkan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu mampu memberikan keputusan yang konsisten pada setiap ujian yang dijalankan.

29 4.2.3 Jarak Lantunan Bola Dalam Kemahiran Bunt Bagi Bola Jenis Straight Rajah 4.1 menunjukkan terdapat perbezaan jarak lantunan bola dalam kemahiran bunt bagi bola jenis straight yang dilakukan menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit dilakukan oleh semua subjek. Jarak tahanan bola diukur dalam meter (m). Dapatan kajian menunjukkan purata jarak lantunan bola daripada kemahiran bunt menggunakan bat sofbol jenis komposit adalah lebih jauh berbanding jarak lantunan bola menggunakan bat sofbol jenis aluminium. Rajah 4.1 Perbezaan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis komposit dalam kemahiran bunt bagi bola jenis straight. Selain itu, dapatan kajian yang diukur menunjukkan subjek yang pertama mencatatkan perbezaan jarak lantunan tertinggi iaitu sebanyak 1.89m setelah mencatatkan purata jarak lantunan bola menggunakan bat sofbol jenis komposit sebanyak 5.32 ± 0.96m berbanding bat sofbol jenis aluminium sebanyak 3.43 ± 1.22m. Purata keseluruhan pula menunjukkan perbezaan jarak lantunan sebanyak 1.17m apabila bat sofbol jenis aluminium mencatatkan jarak lantunan bola sebanyak 3.21 ± 0.65m manakala bat sofbol jenis komposit mencatatkan jarak lantunan bola yang lebih jauh iaitu 4.38 ± 0.56m.

30 Jadual 4.7 bola jenis straight. Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola terhadap balingan Subjek Aluminium Komposit 1 3.43 ± 1.22 m 5.32 ± 0.96 m 2 3.41 ± 0.85 m 5.09 ± 0.25 m 3 3.95 ± 0.40 m 5.03 ± 0.57 m 4 3.77 ± 0.44 m 4.74 ± 0.45 m 5 2.46 ± 0.68 m 3.45 ± 0.68 m 6 3.02 ± 0.34 m 4.80 ± 0.42 m 7 3.49 ± 0.76 m 4.23 ± 0.61 m 8 2.76 ± 0.60 m 3.58 ± 0.81 m 9 2.57 ± 0.59 m 3.18 ± 0.25 m min 3.21 ± 0.65 m 4.38 ± 0.56 m Berdasarkan Jadual 4.8, purata jarak lantunan bola ketika melakukan kemahiran bunt terhadap balingan bola jenis straight dengan menggunakan bat aluminium dan komposit masing-masing adalah 3.2 ± 0.65 m dan 4.4 ± 0.6 m. Di samping itu, analisis ujian t-test tidak bersandar mendapati perbezaan jarak lantunan di antara penggunaan kedua-dua jenis bat tersebut adalah signifikan (p=0.02). Jadual 4.8 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara penggunaan bat aluminium dan komposit terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan kemahiran bunt bagi bola jenis straight.. Bat min Sisihan piawai Aluminium 3.21 0.65 Komposit 4.38 0.56 Ind. T-test 0.02

31 4.2.4 Jarak Lantunan Bola Dalam Kemahiran Bunt Bagi Bola Jenis Drop Rajah 4.2 menunjukkan nilai jarak lantunan bola dalam kemahiran bunt bagi bola jenis drop yang dilakukan menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit oleh semua subjek adalah terdapat perbezaan. Jarak tahanan bola diukur dalam meter (m) dan semakin tinggi nilai diperolehi menunjukkan semakin jauh pergerakan bola tersebut. Rajah 4.2 Perbezaan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis komposit terhadap kemahiran bunt dengan dikenakan bola jenis drop Dapatan kajian purata jarak lantunan bola daripada kemahiran bunt dengan menggunakan bat sofbol jenis komposit adalah lebih jauh berbanding jarak lantunan bola dengan menggunakan bat sofbol jenis aluminium. Nilai perbezaan yang diukur menunjukkan jarak lantunan tertinggi telah dicatatkan oleh subjek yang ke-8 iaitu sebanyak 2.62m setelah mencatatkan purata jarak lantunan bola menggunakan bat sofbol jenis komposit sebanyak 4.89 ±0.46 m berbanding jarak lantunan bola dengan menggunakan bat sofbol jenis aluminium sebanyak 2.27 ± 0.36 m.

32 Purata keseluruhan pula menunjukkan perbezaan jarak lantunan bola sebanyak 2.10m iaitu apabila bat sofbol jenis aluminium mencatatkan 1.68 ± 0.9 m dan bat sofbol jenis komposit mencatatkan jarak lantunan bola yang lebih jauh iaitu 3.78 ± 0.51 m. Jadual 4.9 bola jenis drop. Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola terhadap balingan Subjek Aluminium Komposit 1 1.55 ± 1.73 m 3.89 ± 0.37 m 2 2.29 ± 0.61 m 3.20 ± 0.24 m 3 1.21 ± 1.11 m 2.85 ± 0.53 m 4 1.52 ± 1.03 m 3.61 ± 0.71 m 5 0.88 ± 0.76 m 3.45 ± 0.19 m 6 1.43 ± 0. 88 m 3.97 ± 0.60 m 7 2.70 ± 0.53 m 4.54 ± 0.90 m 8 2.27 ± 0.36 m 4.89 ± 0.46 m 9 1.25 ± 1.11 m 3.60 ± 0.64 m min 1.68 ± 0.9 m 3.78 ± 0.51 m Keputusan analisa berdasarkan Jadual 4.10 menunjukkan nilai ujian T-test tidak bersandar bagi bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit bagi perbezaan jarak lantunan bola adalah signifikan (p=0.00). Keputusan ujian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara skor purata bagi bola jenis Drop di antara bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis komposit iaitu masing-masing mencatatkan 1.7 ± 1.0m dan 3.8 ± 0.5 m.

33 Jadual 4.10 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara penggunaan bat aluminium dan komposit terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan kemahiran bunt bagi bola jenis Drop. Bat min Sisihan piawai Aluminium 1.68 0.9 Komposit 3.78 0.51 Ind. T-test 0.00 4.2.5 Jarak Lantunan Bola Dalam Kemahiran Bunt Bagi Bola Jenis Curve In Rajah 4.3 menunjukkan terdapat perbezaan jarak lantunan bola dalam kemahiran bunt bagi bola jenis curve in yang dilakukan menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit oleh semua subjek. Jarak tahanan bola diukur dalam meter (m) dan semakin tinggi nilai diperolehi menunjukkan semakin jauh pergerakan bola tersebut. Rajah 4.3 Perbezaan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis komposit terhadap kemahiran bunt dengan dikenakan bola jenis curve in

34 Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan purata jarak lantunan bola daripada kemahiran bunt menggunakan bat sofbol jenis komposit menunjukkan jarak yang lebih jauh berbanding jarak yang ditunjukkan oleh subjek yang melakukan kemahiran bunt menggunakan bat sofbol jenis aluminium. Nilai perbezaan jarak lantunan tertinggi telah dicatatkan oleh subjek yang ke- 3 iaitu sebanyak 2.65 m setelah mencatatkan purata jarak lantunan bola menggunakan bat sofbol jenis komposit sebanyak 3.99 ± 0.21 m berbanding bat sofbol jenis aluminium sebanyak 1.34 ± 1.41 m. Purata keseluruhan pula menunjukkan perbezaan jarak lantunan sebanyak 2.14m iaitu apabila bat sofbol jenis aluminium mencatatkan 2.46 ± 0.78 m manakala bat sofbol jenis komposit mencatatkan jarak lantunan bola yang lebih jauh iaitu 4.60 ± 0.74 m. Jadual 4.11 bola jenis curve in. Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola terhadap balingan Subjek Aluminium Komposit 1 1.35 ± 1.66 m 2.70 ± 2.37 m 2 2.11 ± 0.70 m 4.36 ± 0.56 m 3 1.34 ± 1.41 m 3.99 ± 0.21 m 4 1.59 ± 1.40 m 4.22 ± 0.70 m 5 2.03 ± 0.34 m 3.54 ± 0.66 m 6 3.41 ± 0.63 m 6.04 ± 0.55 m 7 3.29 ± 0.32 m 4.94 ± 0.30 m 8 3.32 ± 0.28 m 6.95 ± 0.66 m 9 3.74 ± 0.27 m 4.64 ± 0.67 m min 2.46 ± 0.78 m 4.60 ± 0.74 m

35 Berdasarkan analisa jadual 4.12, purata jarak lantunan bola ketika melakukan kemahiran bunt terhadap balingan bola jenis curve in dengan menggunakan bat aluminium dan komposit masing-masing adalah 2.5 ± 0.8m dan 4.6 ± 0.7m. Di samping itu, analisis ujian t-test tidak bersandar mendapati perbezaan jarak lantunan di antara penggunaan kedua-dua jenis bat tersebut adalah signifikan (p=0.02). Jadual 4.12 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara penggunaan bat aluminium dan komposit terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan kemahiran bunt bagi bola jenis curve in. Bat Min Sisihan piawai Aluminium 2.46 0.78 Komposit 4.60 0.74 Ind. T-test 0. 02 4.2.5 Jarak Lantunan Bola Dalam Kemahiran Bunt Bagi Bola Jenis Curve Out Berdasarkan Rajah 4.4, jarak lantunan bola dalam kemahiran bunt bagi bola jenis curve out yang dilakukan menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit oleh semua pemain menunjukkan perbezaan. Jarak tahanan bola diukur dalam meter (m) dan semakin tinggi nilai diperolehi menunjukkan semakin jauh pergerakan bola tersebut.

36 Rajah 4.4 Perbezaan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis komposit terhadap kemahiran bunt dengan dikenakan bola jenis curve out Melalui dapatan kajian menunjukkan setiap subjek yang melakukan kemahiran bunt menggunakan bat sofbol jenis komposit menunjukkan jarak yang lebih jauh berbanding jarak yang ditunjukkan oleh subjek yang melakukan kemahiran bunt menggunakan bat sofbol jenis aluminium. Nilai perbezaan jarak lantunan tertinggi telah dicatatkan oleh subjek yang ke- 9 iaitu sebanyak 2.23m setelah mencatatkan purata jarak lantunan bola menggunakan bat sofbol jenis komposit sebanyak 4.9 ± 0.3 m berbanding bat sofbol jenis aluminium sebanyak 2.67 ± 2.32 m. Purata keseluruhan pula menunjukkan perbezaan jarak sebanyak 1.22m iaitu apabila bat sofbol jenis aluminium mencatatkan 5.14 ± 1.28 m manakala bat sofbol jenis komposit mencatatkan jarak lantunan bola yang lebih jauh iaitu 3.92 ± 0.89 m..

37 Jadual 4.13 bola jenis curve out. Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola terhadap balingan Subjek Aluminium Komposit 1 2.22 ± 1.92 m 3.31 ± 2.96 m 2 3.21 ± 0.28 m 5.40 ± 0.83 m 3 3.62 ± 0.25 m 4.62 ± 0.51 m 4 2.82 ± 0.38 m 4.38 ± 0.65 m 5 3.93 ± 0.26 m 5.06 ± 0.67 m 6 5.53 ± 1.09 m 6.43 ± 0.46 m 7 5.31 ± 1.04 m 5.17 ± 4.48 m 8 6.01 ± 0.50 m 6.95 ± 0.66 m 9 2.67 ± 2.32 m 4.90 ± 0.30 m min 3.92 ± 0.89 m 5.14 ± 1.28 m Berdasarkan keputusan analisa menunjukkan nilai ujian T-test tidak bersandar bagi bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit bagi perbezaan jarak lantunan bola adalah signifikan (p=0.01). Keputusan ujian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara skor purata bagi bola jenis Curve out di antara bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis komposit iaitu masing-masing mencatatkan 3.3±0.9m dan 5.1±1.0m Jadual 4.14 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara penggunaan bat aluminium dan komposit terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan kemahiran bunt bagi bola jenis curve out. Bat purata Sisihan piawai Aluminium 3.92 0.89 Komposit 5.14 1.28 Ind. T-test 0.01.

38 4.2.6 Jarak Lantunan Bola Dalam Kemahiran Bunt Bagi Bola Jenis Rise Up Berdasarkan Rajah 4.5 menunjukkan terdapat perbezaan jarak lantunan bola dalam kemahiran bunt bagi bola jenis Rise up yang dilakukan menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit oleh semua pemain. Jarak tahanan bola diukur dalam meter (m) dan semakin tinggi nilai diperolehi menunjukkan semakin jauh pergerakan bola tersebut. Rajah 4.5 Perbezaan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis komposit terhadap kemahiran bunt dengan dikenakan bola jenis rise up Dapatan kajian menunjukkan setiap subjek yang melakukan kemahiran bunt menggunakan bat sofbol jenis komposit menunjukkan jarak yang lebih jauh berbanding jarak yang ditunjukkan oleh subjek yang melakukan kemahiran bunt menggunakan bat sofbol jenis aluminium.

39 Nilai perbezaan jarak lantunan tertinggi telah dicatatkan oleh subjek yang ke- 3 iaitu sebanyak 1.84m setelah mencatatkan purata jarak lantunan bola menggunakan bat sofbol jenis komposit sebanyak 6.17 ± 0.96 m berbanding bat sofbol jenis aluminium sebanyak 4.33 ± 0.78 m. Purata keseluruhan pula menunjukkan perbezaan jarak lantunan sebanyak 1.17m iaitu apabila bat sofbol jenis aluminium mencatatkan 4.73 ± 0.68 m manakala bat sofbol jenis komposit mencatatkan jarak lantunan bola yang lebih jauh iaitu 5.90 ± 0.97 m. Jadual 4.15 bola jenis rise up. Purata dan sisihan piawai bagi jarak lantunan bola terhadap balingan Subjek Aluminium Komposit 1 4.78 ± 1.15 m 5.67 ± 0.70 m 2 3.74 ± 0.42 m 3.94 ± 3.44 m 3 4.33 ± 0.78 m 6.17 ± 0.96 m 4 3.76 ± 0.40 m 5.38 ± 1.01 m 5 3.79 ± 0.15 m 4.88 ± 0.35 m 6 5.10 ± 0.76 m 6.37 ± 0.99 m 7 5.70 ± 1.28 m 7.26 ± 0.37 m 8 5.64 ± 0.76 m 6.53 ± 0.53 m 9 5.76 ± 0.40 m 6.90 ± 0.40 m min 4.73 ± 0.68 m 5.90 ± 0.97 m Keputusan analisa menunjukkan nilai ujian T-test tidak bersandar bagi bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit bagi perbezaan jarak lantunan bola adalah signifikan (p=0.3). Keputusan ujian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara skor purata bagi bola jenis Rise up di antara bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis komposit iaitu masing-masing mencatatkan 4.7±0.7m dan 5.9±1.0 m.

40 Jadual 4.16 Analisis statistik T-test tidak bersandar di antara penggunaan bat aluminium dan komposit terhadap jarak lantunan bola semasa melakukan kemahiran bunt bagi bola rise up. Bat purata Sisihan piawai Aluminium 4.73 0.68 Komposit 5.90 0.97 Ind. T-test 0.03 4.3 Penutup Penganalisaan data dilakukan dan maklumat dinyatakan dalam bentuk jadual, graf dan jadual Ujian t (sampel tidak bersandar) supaya lebih jelas dan mudah difahami. Hasil kajian ditunjukkan bagi memenuhi objektif kajian dan bincangkan di dalam bab seterusnya.

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan Di dalam bab ini, penyelidik membuat perbincangan, rumusan keseluruhan dan cadangan berdasarkan keputusan analisis data yang diperolehi di dalam Bab 4. Perbincangan dilakukan merujuk kepada dapatan ujian yang dijalankan ke atas subjek dan diperjelaskan dengan lengkap mengikut data yang telah dianalisis. Melalui perbincangan, penyelidik menerangkan faktor-faktor yang mungkin menyumbang terhadap dapatan kajian. Setelah perbincangan dilakukan, penyelidik membuat rumusan keseluruhan berdasarkan daripada perbincangan bagi menunjukkan bahawa kajian ini boleh dijadikan sebagai bahan sokongan kepada individu mahupun pihak-pihak tertentu dalam mengkaji topik yang berkaitan dengan kajian ini pada masa akan datang. Selain itu, cadangan yang diberikan adalah untuk kegunaan dalam meningkatkan lagi mutu kajian supaya selari dengan perkembangan teknologi penyelidikan semasa. Dalam usaha menjayakan kajian ini, penyelidik telah melakukan kajian berdasarkan prosedur dan protokol yang telah ditetapkan bagi memastikan hasil kajian tepat dan berkualiti. Ringkasan kajian meliputi perkaraperkara seperti pernyataan masalah, metodologi kajian, instrumen kajian serta penganalisaan data. Bahagian kesimpulan pula merumuskan dapatan kajian dan bahagian cadangan mengandungi beberapa pandapat dan saranan untuk panduan pihak-pihak tertentu dan penyelidik baru pada masa akan datang.

43 5.1.2 Ringkasan Rekabentuk Kajian Tujuan utama kajian dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit dalam kemahiran bunt terhadap bola jenis straight, drop, curve in, curve out dan rise up. Selain itu, ia juga untuk membantu pemain dan juga jurulatih dalam melakukan pemilihan bat sofbol yang sesuai untuk kemahiran bunt. Penyelidik melakukan ujian dengan menggunakan bantuan pitching machine untuk melepaskan kelimalima jenis balingan bola dan kajian rintis telah dilakukan bagi menilai kebolehpercayaan instrumen tersebut. Hal ini supaya pitching machine tersebut mengeluarkan bola dengan konsisten setiap kali bola dilepaskan. Menurut Azizi Yahya (2007), apabila elemen kesahan dan kebolehpercayaan wujud pada sesuatu alat pengukuran maka instrumen tersebut berjaya untuk mengukur konsep atau komponen yang sepatutnya diukur. Ia disokong oleh Safrit (1986) yang menyatakan jika instrumen baru hendak digunakan sebagai pengganti kepada istrumen lama maka pekali kesahan dan kebolehpercayaan 0.90 dan ke atas adalah sangat bersesuaian Ujian tersebut dilakukan ke atas sembilan orang pemain sofbol Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor (MSSJ) yang mewakili johor pada kejohanan sofbol bawah 16 tahun kebangsaan Subjek dikehendaki menjalani lima ujian kemahiran bunt iaitu dengan menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit daripada balingan bola jenis straight, balingan bola jenis drop, balingan bola curve in, balingan bola jenis curve out dan balingan bola jenis rise up. Prosedur ujian adalah dengan melengkapkan tiga kali bunt bagi setiap jenis balingan bola dengan menggunakan bat aluminium dan bat komposit. Tujuan kelima-lima jenis ujian dilaksanakan adalah untuk mengukur jarak lantunan bola kesan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit terhadap kemahiran bunt.

44 5.2 Perbincangan Dapatan kajian yang diukur adalah untuk mengetahui kesan penggunaan kedua-dua jenis bat dalam kalangan subjek bertujuan melihat perbezaan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit terhadap kemahiran bunt. Hasil kajian ini juga dapat membantu pemain untuk memilih bat sofbol yang sesuai dan selesa dengan permainan mereka, ini akan meningkatkan lagi prestasi permainan sofbol. 5.2.1 Jarak lantunan bola Hasil daripada kajian menunjukkan terdapat perbezaan jarak lantunan bola dalam kemahiran bunt dengan menggunakan bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit. Terdapat lima sesi ujian telah dijalankan ke atas subjek. Subjek diminta melakukan kemahiran bunt ke atas lima jenis balingan iaitu bola straight, bola curve in, bola curve out, bola rise up dan bola drop dengan menggunakan dua jenis bat sofbol iaitu bat sofbol jenis aluminium dan bat sofbol jenis komposit Setelah dianalisis didapati jarak lantunan bagi setiap kali subjek melakukan kemahiran bunt dengan menggunakan bat sofbol jenis komposit adalah lebih jauh berbanding ketika subjek melakukan kemahiran bunt dengan menggunakan bat sofbol jenis aluminium. Ini disokong oleh Fadhli (2009), Hasil daripada kajian beliau telah mendapati terdapat perbezaan yang signifikan ke atas penggunaan kayu hoki jenis komposit berbanding kayu hoki jenis kayu. Ketika membuat pukulan dalam permainan hoki.

45 Selain itu, faktor seperti penggunaan jenis bahan pada bat sofbol juga banyak mempengaruhi, bat sofbol jenis komposit menggunakan bahan seperti Kevlar, carbon fiber dan glass fiber supaya bat yang digunakan lebih ringan dan dapat menghasilkan daya pukulan yang lebih kuat. Ini menjadikan setiap kali bola dikenakan pada bat sofbol jenis komposit menghasilkan lantunan yang lebih jauh. berbanding penggunaan bat sofbol jenis aluminium pada kelima-lima jenis balingan. Namun di dalam kemahiran bunt bat sofbol jenis komposit dilihat kurang memberi kesan kerana kemahiran bunt memerlukan seseorang pemain itu mengawal bola dan mengurangkan daya supaya bola tidak melantun jauh. Oleh itu bat sofbol jenis aluminium dilihat lebih memberi kesan dalam melakukan kemahiran bunt kerana bahan yang digunakan pada bat jenis aluminium lebih padat dan dapat mengurangkan daya yang dikenakan pada bat tersebut. Ini jelas menjadikan lantunan bola menjadi semakin perlahan berbanding menggunakan bat sofbol jenis komposit 5.3 Kesimpulan Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis komposit terhadap kemahiran bunt setelah dikenakan balingan bola jenis straight, drop, curve in, curve out dan rise up.

46 Hasil dapatan kajian menunjukkan Ho1 ditolak kerana terdapat perbezaan yang signifikan jarak lantunan bola ketika melakukan kemahiran bunt kesan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis komposit. Melalui perbincangan secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa hasil ujian-t yang diperolehi menunjukkan keputusan perbezaan yang signifikan iaitu bola jenis straight menunjukkan nilai p=0.02, bola jenis drop menunjukkan nilai p=0.00 iaitu sangat signifikan, bola jenis curve in p=0.01 adalah signifikan, bola jenis curve out p=0.01 adalah signifikan dan balingan bola jenis rise up p=0.03 juga signifikan dalam semua ujian kemahiran bunt yang dibuat terhadap kesan penggunaan bat sofbol jenis aluminium dengan bat sofbol jenis komposit. 5.4 Permasalahan 5.4.1 Peralatan Semasa proses merekod data menggunakan pitching machine mengalami beberapa masalah kerana peralatan ini memerlukan kuasa eletrik untuk berfungsi dan tempat kawasan kajian yang tidak mempunyai sumber kuasa eletrik. Oleh sebab itu penyelidik perlu menggunakan kabel penyambung yang panjang dari sumber kuasa eletrik ke tempat kawasan kajian untuk menggunakan peralatan ini.

47 5.4.2 Permukaan Padang Permukaan padang yang sedikit tidak rata menyebabkan terdapat sedikit ralat dalam pengukuran yang dijalankan. Kawasan kajian ini dijalankan adalah di padang Sekolah Menengah Vokasional Kota Tinggi (SMVKT). 5.4.3 Subjek kurang mahir dalam kemahiran bunt Terdapat subjek yang kurang konsisten dalam melakukan kemahiran bunt. Ini dibuktikan apabila terdapat perbezaan jarak lantunan di antara ketiga-tiga percubaan oleh subjek yang pertama ketika melakukan kemahiran bunt terhadap balingan bola jenis drop yang menyebabkan sishan piawai menjadi besar. 5.5 Cadangan Daripada kajian yang dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang dirasakan mempengaruhi keputusan kajian. Oleh itu untuk mempertingkatkan lagi kajian-kajian yang akan dilakukan pada masa hadapan maka terdapat beberapa cadangan serta langkah yang perlu diambil perhatian. Antaranya ialah:- 5.5.1 Subjek Kajian Pemilihan subjek adalah dicadangkan diperluaskan lagi populasi kepada pemain dari negeri-negeri lain ataupun dalam kalangan pemain Ini membolehkan dapatan kajian lebih signifikan dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

48 5.5.2 Blind test Penyelidik juga mencadangkan menggunakan kaedah blind Test terhadap subjek bagi mengelakkan subjek mengetahui bat jenis mana yang digunakan untuk ujian kemahiran. Kedua-dua jenis bat ini dicat dengan warna yang sama bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik. 5.5.3 Penglibatan Subjek Lelaki dan Perempuan Selain itu penyelidik mencadangkan mengambil subjek perempuan dan lelaki untuk melihat perbezaan kesan penggunaan bat sofbol kedua-dua jenis bat mengikut jantina. 5.6 Penutup Kajian yang telah dijalankan ini masih mempunyai kelemahan dan perlu diperbaiki pada kajian akan datang supaya dapatan yang diperolehi akan lebih tepat dan konsisten. Walau bagaimanapun, kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada penyelidik-penyelidik lain pada masa akan datang yang ingin melakukan kajian dalam bidang berkaitan.

49 RUJUKAN Aish, A. (2001). How to Choose a Softball Bat. Journal of sports recreation. 16: 71-76 Alex, Y. dan Helen, T. (1995). Sofbol. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd America College of Sports Medicine. (2000). ACSM s Guideline For Exercise Testing and Prescription. (6 th ed). Baltimore, MD: Pillincott, Willians dan Wilkins. Azizi, Y., Shahrin, H., Jamaludin, R., Yusof, B., dan Abdul, R. H. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Barrentine, S. W., Fleisig, G. S., Whiteside, J. A., Escamilla, R. F., Andrews, J. R. (1998). Biomechanics of Windmill Softball Pitching with Implications about Injury Mechanisms at the Shoulder and Elbow. Journal of Orthopaedic & Sports Physical Therapy. 28(6): 405-414. Marian, E. K. dan Charles, L. M. (2007) Softball: Slow and Fast Pitch. (6 th ed). Lincoln, NB: University of Nebraska Press Rosandich, T. J. (2000). Sports Equipment and Technology. The Sport Journal. 3(2). USA: United States Sports Academy. Russell, D. A. (2006). Pysic and Acoustics of Baseball and Softball Bats, Journal of sports recreation. 18: 42-44

50 Sheikh, K. S. A. (1994). Pendekatan Pendidikan Sains Sukan Ke Arah Berteknologi Tinggi Tahun 2020. Seminar dan Ekspo Pendidikan Sains Sukan Kebangsaan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Sheikh, K. dan Sarjit, S. (1998). ( Buku Sumber Kecergasan Fizikal. Kuala Lumpur: Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia Dengan Kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Sheikh, K. S. A. (2000). Buku Sumber Kecergasan Fizikal. (3 rd ed). Kuala Lumpur: Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Subic, A. (2007). Material In Sports Equipment Vol 2. Cambridge: Woodhead Publishing dan CRC Press. Teng, B. T. (2001). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. Malaysia: Pearson Education Malaysia Sdn.Bhd. Yusof, I. (1992). Strategi Pengajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

51 KHAIRUN AZAM BN RUDZI 4 SPS Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 81310 Skudai, Johor Darul Ta zim LAMPIRAN A SURAT PERLANTIKAN SUBJEK Kepada, 7 OKTOBER 2010 Saudara/Saudari, Perlantikan Sebagai Subjek Kajian Projek Sarjana Muda (PSM) Merujuk kepada perkara di atas, dengan sukacitanya adalah dimaklumkan bahawa saudara telah dipilih menjadi subjek bagi kajian Projek Sarjana Muda saya yang bertajuk Perbezaan Keberkesanan Penggunaan Bat Sofbol Jenis Aluminium Dengan Bat Sofbol Jenis Komposit Terhadap Kemahiran Bunt. 2. Sesi taklimat akan diadakan untuk memberi penerangan jelas tentang prosedur kajian dan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh subjek akan diadakan seperti butiran berikut: Tarikh : 14 OKTOBER 2010 Hari : Khamis Masa : 5.00 petang Tempat : Padang sekolah SMTVKT. 3. Segala kerjasama dari pihak saudara saya dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar,. (KHAIRUN AZAM BIN RUDZI)

52 LAMPIRAN B GAMBAR INSTRUMEN