Untuk Siaran Serta-Merta NIPPON PAINT MALAYSIA MEMPERKENALKAN TREND WARNA 2011 Untuk Mengilhamkan dan Mewujudkan Kesan Postif Dalam Ruang Kediaman Kuala Lumpur, November 19, 2010 Nippon Paint (Malaysia) Sdn Bhd (Nippon Paint Malaysia), jenama cat terunggul di Malaysia, hari ini memperlihatkan koleksi warna bertenaga yang diramalkan untuk 2011. Pilihan warna yang bertenaga itu, bertujuan untuk mengilhamkan dan mewujudkan tenaga positif dalam ruang kediaman. Melancarkan ramalan trend warna 2011 Nippon Paint Malaysia, Pengarah Urusan syarikat, En Yaw Seng Heng berkata, Pilihan warna 2011 mempertengahkan tenaga tinggi serta ciri-ciri yang mencerminkan kegembiraan, kemegahan, ketulenan, keriangan dan mengikuti trend semasa. Sejajar dengan pendirian yang lebih optimistik untuk tahun depan, Nippon Paint memasangkan warna-warna yang bertenaga, moden dan bergaya dengan tona warna neutral. Kami yakin pemilik rumah, juruhias dalaman serta arkitek-arkitek akan berasa gembira dalam memperolehi warnawarna yang terang yang dapat merangsang deria mereka dan memenuhi keperluan syarat-syarat estetik mereka. Diwujudkan oleh panel pakar warna Nippon Paint, Colour Trends 2011 adalah berdasarkan analisis mendalam mengenai trend utama dan peristiwa-peristiwa di peringkat global dan diperkenalkan untuk mencapai pilihan utama serta aliran trend global yang kian berubah, dan pada masa yang sama mengambil kira sentimen tempatan yang lebih optimistik. Koleksi 2011 menggabungkan warna-warna klasik dan moden dengan tona warna yang bertenaga yang dipengaruhi oleh enam trend utama Homage to Culture, New Luxury, Sky s the Limit, Back to Basics, Individuality and Optimism dan Urban Treasures. Homage to Culture menawarkan warna berani dan terang yang memberi penghormatan kepada budaya dan seni yang telah diwarisi. New Luxury memperlihatkan pilihan warna semula jadi lembut yang menimbulkan ketulenan anggun yang menenangkan aliran semasa. Sky s the Limit memperlihatkan warna cerah yang menawan intipati kebebasan di mana imaginasi tidak terhad.
Back to Basics menawarkan pilihan warna-warna alam yang bersandarkan kehidupan mesra alam dan kelestarian bahan binaan. Individuality and Optimism yang sangat dipengaruhi oleh generasi internet, menampilkan warna-warna kehijauan dan kekuningan yang terang, sejajar dengan trend baru dan peristiwa yang dicipta oleh rangkaian media sosial. Urban Treasures adalah pilihan warna-warna neutral yang membangkitkan warna kegelapan yang glamour dengan warna neutral kuat untuk mempertengahkan daya penarik kontemporari bandar. Pilihan warna untuk 2011 adalah unik dan mempunyai hubung kait dengan kemunculan pembangunan canggih dan pengaruh untuk kelestarian hidup. Rangkaian warna Nippon Paint Colour Trends 2011 bertujuan untuk memperkenalkan pengguna kepada warna-warna yang bergaya untuk tahun hadapan, dan membolehkan pemilik rumah dan juruhias dalaman untuk memilih skima serta gabungan warna yang sesuai. Setiap tahun, pakar cat menambah beberapa warna baru kepada rangkaian warna, berdasarkan penyelidikan luas dan maklum balas daripada pengguna. Pilihan warna dilahirkan akibat pemerhatian alam semula jadi serta pengaruh-pengaruh yang akan memberi kesan terhadap dunia pada masa hadapan. Ia diinspirasikan oleh pembangunan sosioekonomi global, teknologi, cara hidup dan gaya permainan, penyimpangan, hiburan dan yang lebih penting, keperluan, perasaan hati, khayalan dan aspirasi pengguna-pengguna yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam gaya, warna dan gabungan-gabungan yang sesuai. Gabungan-gabungan dinamik dalam ramalan Colour Trends 2011 dijamin akan memberi inspirasi pemilik rumah dan juruhias dalaman mengunakan daya kreatif mereka untuk menghias ruang kediaman untuk tahun baru. Selain daripada berkongsi ramalan warna tahunan, Nippon Paint Malaysia juga berkongsi ideaidea inovatif dan tip-tip pemadanan warna. Idea-idea kreatif ini ialah melalui projek buat sendiri, terutamanya bagi pengguna-pengguna yang mahu mencantikkan rumah mereka. Untuk tambahan sentuhan profesional, Nippon Paint Malaysia juga menyediakan Colour Scheme Services (www.nipponpaint.com.my/colourschemeservices) yang membolehkan pengguna-pengguna mendapat idea warna dan cadangan-cadangan dari pakar warna kami. Bantuan perisian skema warna itu membolehkan pengguna menggambarkan warna serta tona sesuai sebelum mengecat. Tujuan kami adalah bagi menjadikan akitiviti mengecat mudah dan menyeronokkan untuk semua, jelas En. Yaw.
Warna-warna baru dari trend warna 2011 boleh didapati dengan rangkaian pilihan produk Green Choice Nippon Paint, yang mesra kesihatan dan mesra alam. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.nipponpaint.com.my atau kunjungi pengedar Nippon Paint Malaysia yang sah dan pusat Colour Creations, kedai perkakasan, dan juga rangkaian kedai D-I-Y. Mengenai Nippon Paint Malaysia Ditubuhkan pada tahun 1967, Nippon Paint Malaysia Sdn Bhd (NPM) mengeluarkan cat dan cat lapisan asas untuk kegunaan rumah dan perindustrian. Setakat ini, NPM mempunyai tiga kilang pengeluaran di Malaysia. Satu daripadanya terletak di Shah Alam, sebuah di Johor Bahru dan sebuah lagi di Kota Kinabalu. NPM kini mengeluarkan lebih 10,000 rumusan cat yang berlainan untuk pasaran hiasan dan seni bina, automotif, perindustrian, lapisan perlindungan dan kapal penangkap ikan. Nippon Paint telah menerima Anugerah Kecemerlangan Hijau yang berprestij daripada Frost & Sullivan sebagai pengiktirafan kepada pencapaiannya dalam usaha memperjuangkan kelestarian alam sekitar dalam industri cat. ~ tamat ~ Dikeluarkan oleh : Nippon Paint (Malaysia) Sdn Bhd Menerusi : Kim Chew Communications Sdn Bhd Jacqueline Arnold / Daisy Sidhu Tel: 03-7726 3430 Faks: 03-7728 3432
NIPPON PAINT COLOUR TRENDS 2011 Homage to Culture New Luxury Sky s the Limit Back to Basics Individuality & Optimism Urban Treasures Saffron Song CT1101 Vintage Rose CT1102 Secret Scarlet CT 1103 Flaming Lime CT 1104 Blue Moon CT1105 Blue Weave CT1106 Red Carpet CT1107 Antique Brass CT1108 Light Charm CT1109 Pink Opal CT1110 Shaded Platinum CT1111 Fortune Jade CT1112 Eclipse CT1113 Black Pearl CT1114 Blue Gem CT1115 Crystalica CT1116 Gray Topaz CT1117 Butter Blossom CT1118 Enchanted CT1119 Wishing Orange CT1120 Petal Peach CT1121 Fairy Lights CT1122 Heart s Desire CT1123 Flying Leaves CT1124 Paradise Sky CT1125 Coffee Bean CT1126 Rustic Rock CT1127 Treetop Walk CT1128 Woody Presto CT1129 River Stone CT1130 Cement Gray CT1131 Dusky Granite CT1132 Potter s Brown CT1133 Down to Earth CT1134 My Halo CT1135 High Five CT1136 Golden Spark CT1137 Valentine Kiss CT1138 Berry Berry CT1139 Electric Lime CT1140 Rockin Orange CT1141 Translucent Gray CT1142
Boutique Blue CT1143 Tantalizing Spa CT1144 Skyscraper Sky CT1145 Laser Gray CT1146 Minerals CT1147 Power Gray CT1148