BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Similar documents
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

INTERNAL SURFACE PIPE ROUGHNESS CLASSIFICATION USING HIGH FREQUENCY ACOUSTIC EVALUATION

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

NURUL SA ADAH BINTI SABDIN

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

Faculty of Engineering

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

Katakunci : kecederaan atlet silat

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

Faculty of Engineering

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

counselling2u.uitm.edu.my

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN PENYEWAAN PERUMAHAN SITI NOOR FARAHANIS BINTI FADZIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

BLOOD PRESSURE MONITORING SYSTEM USING PIEZOELECTRIC FILM SENSOR NORSYILA BINTI BAHARUDIN

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

NEYMAR JR S FIVE RULES OF THE GAME *Untuk versi Bahasa Malaysia, sila rujuk muka surat 13*

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

PERSEPSI PEKERJA TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA NOR AZLINA BINTI HJ WAHAP

Mohamad Harkimi, Julismah Jani & Saidil Mazlan Abdul Razak Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI ABSTRAK

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN AKUATIK MSSPP

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

DEVELOPMENT OF CONTROL SYSTEM FOR SEPAK TAKRAW LAUNCHER MODEL MOHANDAS SAGARAN

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

(A) Ahad & Selasa Sun. & Tue. (B) Isnin & Rabu Mon. & Wed. Teras Kesukarelawanan / Volunteership Core

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

(i) Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada yang bermastautin tetap di Negeri Sarawak ;

PERATURAN SPESIFIK (CRITERIUM)


Transcription:

1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS Nama Penuh Penulis : OMAR NOR BIN ABU BAKAR Tarikh lahir : 13 JUN 1981 Tajuk : PERBANDINGAN TAHAP KEKUATAN MENTAL DI ANTARA ATLET LELAKI DAN ATLET PEREMPUAN DALAM ACARA SILAT OLAHRAGA SILAT SENI NEGERI JOHOR Sesi Akademik : SESI 2007/08 Saya mengaku bahawa tesis ini sulit seperti berikut: / SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)* Saya setuju bahawa tesis saya dibuka kepada capaian tidak terhad (teks penuh) Saya membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. Disahkan oleh : TANDATANGAN (810613-02-5011) Tarikh : 30 APRIL 2008 TANDATANGAN PENYELIA EN. SYAHRUL RIDHWAN MORAZUKI Tarikh : 30 APRIL 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

2 Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN). Tandatangan :... Nama Penyelia : EN. SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI Tarikh : 30 APRIL 2008

PERBANDINGAN TAHAP KEKUATAN MENTAL DI ANTARA ATLET LELAKI DAN ATLET PEREMPUAN DALAM ACARA SILAT OLAHRAGA DAN SILAT SENI NEGERI JOHOR OMAR NOR BIN ABU BAKAR Tesis ini di hantar untuk memenuhi kelayakan anugerah Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia JUNE 2008

ii Saya akui tesis ini yang bertajuk PERBANDINGAN TAHAP KEKUATAN MENTAL DI ANTARA ATLET LELAKI DAN ATLET PEREMPUAN DALAM ACARA SILAT SENI DAN SILAT OLAHRAGA NEGERI JOHOR adalah merupakan hasil kerja yang dilakukan oleh saya sendiri kecuali nukilan dan juga ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : Nama Penulis : OMAR NOR BIN ABU BAKAR Tarikh : 30 APRIL 2008

iii DEDIKASI Kehadapan ibunda tercinta Habsah binti Shabudin dan ayahanda tersayang Abu Bakar bin Dalim, Kehadapan Penyelia yang dihormati En. Syahrul Ridhwan bin Morazuki, Kehadapan rakan-rakan seperjuangan, para jurulatih dan para atlet yang diingati, Terima Kasih kerana membantu dan menyokong saya. Semoga kita dirahmati oleh Allah SWT

iv PENGHARGAAN BISMILLAAHIRRAHMANIRRAHIM Alhamdulillaahirobbilaalamin..Segala puji bagi Allah, tuhan pentadbir sekelian alam Bersyukur saya kehadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnia-nya dapat saya menyempurnakan laporan akhir Projek Sarjana Muda untuk Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) yang bertajuk Perbandingan Tahap Kekuatan Mental Atlet Lelaki dan Atlet Perempuan Dalam Acara Silat Olahraga dan Silat Seni Negeri Johor. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penyelia saya iaitu En. Syahrul Ridhwan bin Morazuki dan kedua ibu bapa yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan menyokong saya dalam menyempurnakan Projek Sarjana Muda. Tidak dilupakan ucapan jutaan terima kasih kepada rakan seperjuangan, jurulatih-jurulatih silat dan atlet-atlet Pencak Silat Majlis Sukan Negeri Johor yang akan mewakili negeri Johor dalam Sukan Malaysia 2008 kerana banyak membantu dalam kesempurnaan kajian kekuatan mental yang telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam kajian ini.

v ABSTRAK Kajian ini dilakukan untuk membuat pembandingan tahap kekuatan mental antara atlet lelaki dan perempuan dalam kategori silat olahraga dan silat seni untuk Majlis Sukan Negeri Johor. Seramai 27 orang atlet (16 Lelaki, 11 Perempuan) menjawab borang soal-selidik yang merangkumi 5 kriteria kekuatan mental iaitu kebolehbalikkan, kebolehan terhadap penumpuan, keyakinan dan tahap motivasi. Berdasarkan purata markah bagi semua subjek didapati tahap kekuatan mental atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat olahraga adalah rendah dan silat seni adalah sederhana. Analisis ujian-t tidak bersandar menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet perempuan bagi acara silat olahraga dan silat seni untuk semua kriteria kekuatan mental kecuali kriteria motivasi bagi acara silat seni (p<0.05). Kesimpulannya, kajian ini mendapati atlet silat olahraga dan silat seni mempunyai tahap kekuatan mental yang rendah.

vi ABSTRACT This study was carried out to compare the level of mental toughness between male and female athletes of silat olahraga and silat seni for the Johor State Sports Council. Twenty seven athletes (16 male, 11 female) answered the questionnaire which consist of 5 main mental toughness criteria such as reboundability, pressure handling, concentration, confidence and motivation level. Based on the average marks for all subjects, it is obtained that the level of mental toughness of athletes from the silat olahraga and silat seni is low. Independent t-test analysis revealed that there was no significant difference for the level of mental toughness between male and female athletes for both silat olahraga and silat seni in all criteria mental toughness criteria except motivation criteria for silat seni. This study concludes that silat olahraga and silat seni athletes have low mental toughness.

vii SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN DEKLARASI DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRACT ABSTRAK SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii ix x xi 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Pernyataan Masalah 1.4Objektif Kajian 1.5 Hipotesis Kajian 1.6 Persoalan Kajian 1.7 Kepentingan Kajian 1.8 Skop Kajian 1 5 6 7 8 8 9 9

viii 2 SOROTAN KAJIAN 10 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Rekabentuk Kajian 3.2 Subjek Kajian 3.3 Instrumen Kajian 3.3 Prosedur Pengumpulan Data 3.4 Analisis Data 14 14 15 16 16 4 ANALISIS KAJIAN 4.1 Analisis Deskriptif 4.1.1 Karakteristik Subjek Kajian 4.1.2 Analisis Kekuatan Mental 4.2 Analisis Inferensi 17 18 22 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Perbincangan 5.2 Kesimpulan 5.3 Cadangan 25 29 29 RUJUKAN LAMPIRAN A 31 33-37

ix SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 4.1 4.2 Keputusan kajian pembandingan tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat olahraga. Keputusan kajian pembandingan tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat seni. 23 24

x SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 Pembandingan purata markah tahap kekuatan mental seorang atlet dalam acara silat olahraga (lelaki=10 orang; perempuan=5 orang) berdasarkan 5 kriteria asas kekuatan mental Goldberg (1999) Pembandingan purata markah tahap kekuatan mental seorang atlet dalam acara silat seni (lelaki= 6 orang; perempuan= 6 orang) berdasarkan 5 kriteria asas kekuatan mental Goldberg (1999) Pembandingan purata markah tahap kekuatan mental diantara atlet lelaki dan atlet perempuan (lelaki=16 orang; perempuan= 11 orang) dalam acara silat olahraga dan silat seni Pembandingan purata markah tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat olahraga secara peratusan perbezaan purata markah. Pembandingan tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat seni secara peratusan perbezaan purata markah. 18 19 20 21 22

xi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Ujian Tahap Kekuatan Mental Atlet Pencak Silat 32

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Ilmu pencak silat dan bela diri merupakan permainan dan pengetahuan yang ada hubungannya dengan rahsia mempertahankan diri Nusantara Melayu. Pencak silat kini terkenal dengan silat olahraga dan silat seni diperingkat antarabangsa. Tajuk kajian adalah perbandingan tahap kekuatan mental atlet lelaki dan perempuan dalam acara silat seni dan silat olahraga Negeri Johor. Merujuk kepada Kamus Dewan (2005) perbandingan didefinisikan sebagai perbuatan membandingi atau membandingkan. Tahap bermaksud peringkat atau tingkat dan kekuatan mempunyai dua maksud iaitu pertama; tenaga, daya dan kedua; kekuasaan, keteguhan atau kekukuhan yang didefinisikan oleh Kamus Dewan (2005). Kamus Dewan (2005) mendefinisikan mental kepada dua maksud iaitu berkaitan dengan atau melibatkan akal, pemikiran, proses intelektual dan dalam bahasa percakapan tidak siuman, sakit otak atau gila. Selain dari itu, atlet didefinisikan sebagai orang yang giat dalam lapangan sukan, ahli sukan. Selain itu, silat didefinisikan oleh Kamus Dewan sebagai sejenis seni (permainan dan sebagainya) atau kepandaian berjuang dengan menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri. Kamus Dewan (2005) mendefinisikan seni kepada dua bahagian iaitu yang pertama halus (kecil, elok), tipis dan halus, enak didengar (suara) dan comel (bentuk badan), manakala yang kedua ialah karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil dari suatu ciptaan dan kebolehan mencipta

2 sesuatu seperti seni silat seni mengenai bersilat atau berpencak. Manakala Olahraga didefinisikan oleh Kamus Dewan sebagai latihan atau sukan yang memerlukan kekuatan fizikal, ketangkasan atau stamina. Abd. Wahab (1987) menyatakan seni pencak silat adalah satu seni mempertahankan diri bangsa Melayu. Beliau mendefinisikan seni sebagai karya indah yang diciptakan dan pencak bermaksud kepandaian menangkis untuk mempertahankan diri. Tambahan lagi, beliau mendefinisikan silat sebagai satu permainan menangkis serangan yang didalamnya terdapat serangan dan bela diri samada tanpa senjata atau senjata. Kuan dan Roy (2007) menyatakan bahawa tidak terdapat definisi yang khusus mengenai kekuatan mental. Walaubagaimanapun, Middleton et al. (2005) mencadangkan definisi bagi kekuatan mental adalah keteguhan dan keyakinan yang tidak goyah terhadap matlamat yang sedikit walaupun ada tekanan dan kesusahan. Tambahan beliau lagi, bagi mencapai kekuatan mental memerlukan sebahagian atau kesemua 12 komponen kekuatan mental yang telah dikenalpasti dalam kajian beliau. Pertandingan silat olahraga menggunakan unsur-unsur pertandingan yang didasarkan kepada norma-norma olahraga. Terdapat 2 orang pesilat bertanding dalam gelanggang. Peserta pertandingan memperlihatkan variasi teknik persilatan yang cekap dan pantas misalnya kaedah menangkis atau mengelak, mengenakan sasaran, menjatuhkan dan mengunci lawan sesuai dengan perguruan seni pencak silat yang mereka pelajari. Pada masa yang sama, pesilat wajib mematuhi peraturanperaturan yang ditetapkan seperti pemakaian, pukulan, sepakan dan sebagainya. Dalam sesuatu pertandingan silat olahraga boleh disertai pesilat lelaki dan wanita. Penganjuran pertandingan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu mengikut jantina, kategori umur dan berat badan. Abd. Wahab (1987) menyatakan silat seni meliputi permainan bela diri yang digabungkan dengan seni dan dilakukan dalam gaya gerak tari yang berseni. Segala gerak tari dan langkah yang dilakukan mempunyai hubungan dengan maksud

3 pembelaan diri dan serangan. Pergerakan tarian ini lembut dan perlahan, namun tarian ini masih tetap mengandungi kaedah serangan dan belaan yang tinggi nilainya. Pada tahap ini kalah dan menang tidak menjadi soal apabila dalam pertandingan. Kepentingannya ialah penyampaian, ketepatan, kebolehan dan keindahan seni yang dilakukan oleh pesilat. Pertandingan silat seni lebih kepada persembahan seni pencak silat yang mana pergerakan mereka mempunyai maksud yang tersendiri dalam konteks belaan dan serangan yang hanya difahami oleh pengadil-pengadil pertandingan. Penganjuran pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu mengikut jantina dan jenis persembahan. Terdapat sekumpulan pesilat yang akan dibahagikan kepada 3 kategori persembahan iaitu solo, tempur dan berkumpulan. Persembahan solo menampilkan seorang pesilat membuat persembahan seni pencak silat. Selain daripada itu, dalam kategori persembahan tempur terdapat 2 orang pesilat akan berlawan sesama sendiri samada melibatkan tangan kosong atau senjata. Persembahan berkumpulan melibatkan 3 orang pesilat membuat persembahan seni pencak silat samada yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT) atau penganjur pertandingan. Goldberg (1999) membahagikan soal selidik bagi menguji tahap kekuatan mental kepada 5 kriteria yang utama iaitu: (i) Kebolehbalikkan (reboundability) bermaksud bahawa seseorang itu mempunyai kemahiran mental untuk kembali pulih daripada melakukan kesilapan. Kekuatan mental bergantung kepada kebolehan seseorang untuk melupakan kesilapan yang pernah dilakukan. Kekerapan memikirkan kesilapan yang dilakukan mengakibatkan prestasi akan jatuh. (ii) Kawalan tekanan (handle pressure) yang bermaksud tanpa keupayaan untuk bertenang dalam pertandingan, atlet akan berada pada bukan tahap sebenar. Puncak prestasi memerlukan anda tenang semasa permulaan perlawanan. Sementara itu, sedikit kebimbangan

4 diperlukan untuk membangkitkan keupayaan atau prestasi pada tahap terbaik. Walaubagaimanapun, terlalu banyak kebimbangan mengakibatkan otot tegang dan membawa anda kepada prestasi yang merudum jatuh. (iii) Penumpuan (concentration) diterjemahkan kepada keupayaan untuk fokus kepada yang mana lebih penting dan menghalang gangguan yang lain adalah kunci utama kepada kecemerlangan prestasi. Penumpuan yang lemah adalah faktor utama atlet terperangkap dalam prestasi yang kurang baik. (iv) Tahap keyakinan (level of confidence) menunjukkan bahawa tahap keyakinan yang dimilikki oleh seseorang atlet yang tidak goyah oleh kesilapan dan kegagalan yang lepas. Apabila tahap keyakinan yang rendah dalam pertandingan akan mengembalikan keupayaan semulajadi, kesungguhan dan bakat yang dimilikki oleh atlet. Manakala ketinggian tahap keyakinan akan meningkatkan latihan atlet dan bakat yang dikurniakan bagi menaikkan prestasi mereka ke satu tahap yang lebih tinggi. (v) Motivasi (motivation) mempunyai maksud satu dorongan kepada atlet untuk berlatih bersungguh-sungguh dan mencapai matlamat. Motivasi diri membenarkan diri atlet itu mengangkat diri semula setelah melakukan kesilapan dan kegagalan pada masa lampau. Menurut Abd. Aziz (2006) menyatakan bahawa tumpuan ialah proses menumpukan perhatian mempunyai dua komponen utama iaitu memberikan tumpuan atau fokus secara sedar dan sengaja kepada satu topik, tugasan atau petunjuk yang releven dan memberikan tumpuan secara berterusan. Selain daripada itu beliau juga menyatakan bahawa motivasi ialah satu daya yang membantu peningkatan serta pengekalan perlakuan seseorang individu.

5 Oleh yang demikian, secara umumnya kajian ini dilakukan adalah untuk membandingkan peringkat kekuatan mental setiap pesilat olahraga dan seni serta pembandingan antara lelaki dan perempuan dalam menghadapi pertandingan bagi mewakili negeri Johor. 1.2 Latar Belakang Masalah Seorang pesilat olahraga lazimnya mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi khususnya apabila menentang lawan yang lebih handal. Ini disebabkan salah satu punca kebimbangan ialah tekanan terhadap fizikal. Sehubungan dengan itu, Abd Aziz (2006) menyatakan atlet akan berasa bimbang sekiranya seseorang itu tahu bahawa ada usaha yang akan dilakukan oleh pihak lawan untuk menewaskan atau mencederakannya secara fizikal. Selain daripada itu, penilaian atau perbandingan sosial menyebabkan kita merasa tertekan apabila prestasi kita akan dinilai atau dibandingkan dengan orang lain. Sehubungan itu, Anizu et al. (2000) menyatakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan diantara kekuatan mental dan kecederaan. Kajian beliau menyatakan bahawa kebanyakkan pemain bola sepak yang cedera mendapat markah yang rendah dalam ujian kekuatan mental berbanding pemain bola sepak yang tidak cedera. Maka kekuatan mental boleh dianggap sebagai alat pengukur kepada kecederaan pemain bola sepak liga professional di Malaysia. Oleh yang demikian, pemain yang memperolehi markah yang rendah dalam ujian kekuatan mental mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat kecederaan berbanding pemain yang memperolehi markah yang sederhana dan tinggi dalam ujian kekuatan mental. Abd Aziz (2006) mendefinisikan kebimbangan sebagai tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu terhadap apa yang terdapat di persekitarannya samada yang telah, sedang dan akan dihadapi oleh seseorang itu dari segi fisiologikal atau psikologikal. Sekiranya tafsiran tersebut menjurus kepada sesuatu yang

6 mendatangkan kesan negatif maka ia menghasilkan kebimbangan. Sebagai contoh, apabila seorang gimnas terjatuh dari balance beam kemudian melakukan cubaan seterusnya, perasaan takut jika jatuh untuk kali kedua serta kebimbangan yang dirasai kerana kehilangan mata akibat jatuh pada percubaan sebelumnya berpotensi memberikan kesan negatif yang sekaligus menjejaskan prestasi gimnas tersebut. 1.3 Pernyataan Masalah Kuan dan Roy (2007) menyatakan bahawa faktor kejayaan dalam sesuatu pertandingan ialah kekuatan mental. Kekuatan mental boleh dipertimbangkan sebagai faktor yang mempengaruhi kemahiran-kemahiran mental. Sehubungan dengan itu, Davenport (2006) menyatakan setiap atlet bela diri perlu mempertimbangkan kepentingan kemahiran mental dalam latihan fizikal mereka. Namun begitu kefahaman mereka tentang psikologi dalam perlawanan dan bahagian dalam pembangunan kemahiran mental perlu dibina dalam jangkamasa yang sangat panjang. Proses pembangunan kekuatan mental ini dipengaruhi oleh jurulatih dan atlet itu sendiri dengan siapa mereka berkongsi pengalaman dan pembelajaran kenali diri sendiri untuk memperbaiki kelemahan. Selain daripada itu, masalah yang akan dihadapi ialah aplikasi latihan kemahiran mental yang tidak sistematik dan tidak berstruktur. Dalam temuramah bersama Ketua Jurulatih Pencak Silat Majlis Sukan Negeri Johor, didapati tiada peruntukan bagi menyediakan pakar motivasi dan kaunseling untuk persediaan mental atlet dalam menghadapi perlawanan akan datang. Namun begitu, mereka mengambil inisiatif dengan menghantar para jurulatih kursus untuk memimpin psikologi atlet. Selain daripada itu, mereka juga mengahantar atlet mereka untuk program motivasi berkelompok yang akan dikendalikan oleh mereka yang profesional. Maka beberapa pendekatan, kaedah dan strategi untuk meningkatkan kemahiran mental para atlet telah diambil oleh pihak pengurusan dan

7 jurulatih yang akhirnya terpulang kepada atlet bagaimana penerimaan mereka terhadap persediaan mental dalam pertandingan yang akan mereka hadapi. Sehubungan dengan itu, Davenport (2006) juga menyatakan terdapat hubungan antara latihan mental dalam latihan fizikal adalah sangat penting dalam pembangunan kemahiran mental. Semasa latihan, atlet beladiri akan belajar mengumpulkan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya untuk mempertingkatkan prestasi perlawanan mereka. Dalam temuramah beliau, subjek kedua menyatakan bahawa dia akan membawa gambar pihak lawan dalam beg dan tidak akan pulang ke rumah selagi belum memecahkan atau merosakkan gambar yang dilekatkan pada punching bag tersebut dengan tumbukan. Manakala subjek pertama menyatakan dalam menjadi jurulatih secara fizikal dan mental beliau telah banyak kali memaki hamun untuk meningkatkan semangat para pelatihnya. 1.4 Objektif Kajian 1.4.1 Mengenalpasti tahap kekuatan mental antara atlet silat olahraga dan atlet silat Seni Negeri Johor. 1.4.2 Membandingkan tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat olahraga Negeri Johor 1.4.3 Membandingkan tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat seni Negeri Johor.

8 1.5 Hipotesis Kajian Dalam konteks kajian ini hipotersis adalah seperti berikut : Hο 1 Tidak terdapat perbezaan tahap kekuatan mental yang signifikan di antara atlet lelaki dan atlet perempuan bagi silat olahraga Majlis Sukan Negeri Johor Ha 1 Terdapat perbezaan tahap kekuatan mental yang signifikan di antara atlet lelaki dan atlet perempuan bagi silat olahraga Majlis Sukan Negeri Johor Hο 2 Tidak terdapat perbezaan tahap kekuatan mental yang signifikan di antara atlet lelaki dan atlet perempuan bagi silat seni Majlis Sukan Negeri Johor Ha 2 Terdapat perbezaan tahap kekuatan mental yang signifikan di antara atlet lelaki dan atlet perempuan bagi silat seni Majlis Sukan Negeri Johor 1.6 Persoalan Kajian 1.6.1 Apakah tahap kekuatan mental atlet silat olahraga dan atlet silat seni Negeri Johor? 1.6.2 Adakah terdapat perbezaan tahap kekuatan mental diantara atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat olahraga dan silat seni Negeri Johor?

9 1.7 Kepentingan Kajian Kajian ini dijalankan untuk membandingkan tahap kekuatan mental atlet-atlet pencak silat Negeri Johor. Keputusan kajian boleh dijadikan panduan kepada pihak jurulatih dan pengurusan untuk menilai tahap kemampuan mental atlet silat olahraga dan silat seni sebelum pertandingan dapat mengenalpasti kriteria kekuatan mental yang lemah atlet-atlet tersebut. Kelemahan yang dikenalpasti dapat membantu jurulatih memberikan latihan mental yang sesuai kepada atlet untuk meningkatkan keupayaan sesuatu kriteria kekuatan mental. 1.8 Skop Kajian Kajian ini hanya melibatkan pesilat-pesilat lelaki dan perempuan bagi kategori silat olahraga dan silat seni. Kajian ini juga hanya memberi tumpuan atau penekanan kepada tahap kekuatan mental pesilat-pesilat tersebut sebelum pertandingan.