KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH BEACON

Similar documents
Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

counselling2u.uitm.edu.my

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

Penulisan Kreatif yang Cemerlang

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

Memahami Emosi Watak dalam Gambar Bersiri Melalui Kaedah Berfikir Secara Lateral

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

Guide for Activity Report Panduan untuk Laporan Aktiviti

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

Katakunci : kecederaan atlet silat

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN AKUATIK MSSPP

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH


KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kata kunci: kemahiran mendengar, pasangan minimal, Perceptual Assimilation Model, diskriminasi, perisian PRAAT.

PENGISYTIHARAN PUTRAJAYA SEBAGAI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Yang Saya Hormati Saudara/Saudari Pengerusi Majlis

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

PANDUAN PEMBANGUNAN SOALAN LATIHAN KEMAHIRAN

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

Pelan Pengurusan Perubahan Fasa III Self Reliance dan Tahap Kematangan Self Reliance

4. BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, AKUATROP adalah :

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

PENGGUNAAN MODEL PENGUKURAN RASCH MANY-FACET (MFRM) DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERASASKAN PRESTASI

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Complimentary green fees for 1 full flight for Cardmember and 3 guests. Tee-off at 10 renowned regional golf courses.

a) This Contest is open to all individual customers of Maybank, who are Digi subscribers and at least 18 years of age ( Eligible Participant(s) )

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

EAL335 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]

TAKLIMAT ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN: SUB-KOMPONEN JARINGAN KOMUNITI

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH GREAT EASTERN TAKAFUL BERHAD

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih.

Mohamad Harkimi, Julismah Jani & Saidil Mazlan Abdul Razak Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI ABSTRAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. EAL 335/4 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]

TERAPI MUZIK. Pengenalan

(A) Ahad & Selasa Sun. & Tue. (B) Isnin & Rabu Mon. & Wed. Teras Kesukarelawanan / Volunteership Core

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

Transcription:

SEKOLAH RENDAH BEACON 1

PROGRAM WARTAWAN CILIK PENGENALAN Berdasarkan dapatan daripada peperiksaan pada akhir tahun Darjah 1, lebih daripada 50 peratus murid tidak berjaya mendapat markah penuh dalam bahagian pemahaman teks yang dibaca. Salah satu cara yang disarankan oleh guru-guru di Sekolah Rendah Beacon untuk mengatasi keprihatinan ini adalah dengan mendedahkan murid Darjah 2 pada kemahiran bertanya dan menemu ramah agar mereka dapat lebih memahami penggunaan kata tanya tertentu. Murid disarankan menjalani aktiviti dalam suasana autentik agar pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna. OBJEKTIF PROGRAM 2. Di akhir program ini, murid Darjah 2 akan dapat: bertanya bagi mendapatkan maklumat yang tertentu dengan sebutan dan intonasi yang betul; menggunakan strategi 5W dan 1H (what, where, who, when, why, how) dengan berkesan; mengenal pasti nilai bekerjasama dalam sebuah komuniti (community of practice); dan mengetahui pentingnya tugas setiap ahli kumpulan untuk menyelesaikan tugasan dengan sempurna. PERANCANGAN PROGRAM 3. Mengenal Pasti Keperluan Murid Guru: meningkatkan penguasaan kosa kata murid; meningkatkan kemahiran bertutur serta keupayaan murid bertanya; dan meningkatkan keupayaan murid memahami maklumat yang penting daripada pertuturan seseorang. 4. Menetapkan Matlamat Guru menjalankan usaha intervensi untuk: memperkaya kosa kata murid; membina pengetahuan kognitif melalui sesi temu ramah; mengumpul dan menyusun maklumat ke bentuk penyampaian; dan membolehkan murid belajar secara kumpulan dengan melakukan aktiviti yang autentik. 2

5. Menentukan Reka Bentuk dan Kandungan Program Guru: menentukan aktiviti pembelajaran yang autentik; menetapkan tema dan personaliti untuk sesi temu ramah; merancangkan jangka masa program yang sesuai; menetapkan tugasan bagi setiap murid; dan menetapkan masa untuk menerangkan peranan setiap murid dalam kumpulan. PELAKSANAAN PROGRAM 6. Praaktiviti Program atau rancangan intervensi ini dijalankan selama tiga minggu. Murid telah didedahkan kepada strategi 5W dan 1H what, who, when, where, why, how sebelum program ini dijalankan. Sebagai induksi dan pengenalan, murid menonton klip video yang menunjukkan sesi bertemu ramah. Kemudian, murid mengenal pasti pekerjaan dan tugas yang diperlukan untuk menjayakan sesi temu ramah itu. 7. AKTIVITI MINGGU 1 Guru berbincang tentang peranan yang telah ditetapkan untuk setiap anggota dalam kumpulan. Setiap murid menjalani sesi penerangan bagi setiap pekerjaan yang berikut: wartawan; penerbit; jurugambar; dan penyunting. Murid hanya diberitahu tugasan yang diberi setelah sesi penerangan selesai. 8. AKTIVITI MINGGU 2 i. Murid: a) menonton video mengenai Silat; b) berkongsi pengalaman menonton persembahan silat atau belajar silat; c) nyatakan seni mempertahankan diri yang lain. ii. Guru menulis dan memaparkan kosa kata berkaitan dengan gerakan silat di papan tulis. iii. Murid berbincang tentang soalan-soalan yang akan ditanyakan kepada jurulatih silat: a) menyenaraikan soalan-soalan berdasarkan strategi 5W dan 1H di lelaman www.wallwisher.com atau Group Scribbles yang disediakan oleh guru; dan b) memilih soalan-soalan yang sesuai (pilih hanya 4). 3

iv. Semua murid: a) mendengar penyampaian jurulatih silat; dan b) mencuba pergerakan silat. v. Murid yang bertugas sebagai jurugambar mengambil gambar rakan-rakan dan jurulatih dan sedang beraksi. vi. Murid yang bertugas sebagai penerbit mencatatkan kosa kata yang disebutkan oleh jurulatih seperti menggenggam, melangkah dan menendang. vii. Tugas jurugambar dan penerbit: a) memilih gambar yang sesuai; b) menaipkan ayat berdasarkan gambar yang dipilih; dan c) memasukkan klip video semasa menemu ramah. viii. Tugas wartawan dan penyunting: a) menyunting slaid yang telah siap; b) mengedit ejaan dan tanda baca; dan c) meneliti ketepatan isi. ix. Semua murid secara kumpulan perlu merekodkan refleksi mengenai aktiviti yang mereka telah jalankan di slaid yang dibina. x. Murid yang bertugas sebagai penerbit sahaja yang membuat penyampaian menggunakan slaid yang sudah disunting dan disemak oleh guru. PENILAIAN PROGRAM 9. Senarai semak disediakan untuk murid agar guru dapat memantau pembelajaran mereka pada peringkat-peringkat tertentu. Semua murid melaporkan bahawa aktiviti silat menyeronokkan. Hampir semua murid bersetuju bahawa mereka telah mempelajari lebih banyak kosa kata berkenaan seni mempertahankan diri. Hampir semua murid memahami tugas dan peranan masing-masing dalam kumpulan. Murid yang kurang pasti terhadap sesuatu pelajaran akan mendapat bantuan daripada rakan dan guru. Semua murid merekodkan refleksi mengenai aktiviti dan peranan dalam slaid. Hal ini memberikan peluang kepada murid yang kurang yakin untuk menulis refleksi dengan lebih baik. Ramai murid memberikan pendapat bahawa sesi temu ramah memberikan kesan positif dan semangat untuk menjadi juara. Ramai murid juga memberikan pendapat bahawa aktiviti ini membuat mereka lebih yakin ketika berkomunikasi dengan orang dewasa. 10. Guru-guru berpendapat bahawa program ini telah memenuhi matlamat pembelajaran. Jangka masa yang ditentukan untuk menjelaskan setiap tugas berfaedah dan berkesan. Semua guru bersetuju bahawa program ini merangsang minda, meningkatkan keyakinan diri serta penglibatan murid dalam pembelajaran. 4

11. Murid-murid terdedah kepada suasana community of practice. Rata-rata mereka memahami kepentingan bekerjasama untuk menyelesaikan sesebuah projek. Guru menekankan bahawa setiap tugas merupakan tanggungjawab bersama. 12. Semasa program ini dijalankan, murid didapati mempunyai kesulitan untuk mencatat nota ketika sesi temu ramah. Mereka tidak dapat menuliskan semua fakta pada waktu itu. Mereka perlu menonton rakaman sesi itu berulang kali untuk mendengar semula apa yang dikatakan oleh orang yang ditemu ramah. Tambahan pula, gambar-gambar yang dipetik oleh juru gambar mungkin tidak begitu baik dan sesuai. Oleh itu, guru perlu membantu mereka mengambil gambar untuk mendapatkan gambar-gambar yang lebih elok. 13. Selain itu, guru juga memastikan setiap murid menggunakan masa dengan bermakna ketika ahli kumpulan yang lain sedang membuat penyampaiannya. Sebagai contoh, sekiranya penyunting sedang mengedit slaid, ahli-ahli yang lain boleh menyelesaikan refleksi atau karangan berdasarkan aktiviti tersebut. USAHA SUSULAN 14. Program Wartawan Cilik ini telah dijalankan pada tahun 2009 dan 2010. Program ini akan diteruskan dengan beberapa pengubahsuaian menurut keperluan dan keupayaan murid Darjah 2 pada tahun ini. Kemahiran bertutur menerusi sesi temu ramah akan diperluaskan kepada murid-murid Darjah 3 dan 4. RUJUKAN 1. Eckert & Wenger, 2005. Dialogue: Communities of practice in sociolinguistics, Journal of Sociolinguists 9/4,2005 :582-589 2. Hung, W.L. & Chen D.T. Victor, 2003. Learning within Context of Communities of Practices: A Reconceptualization of Tools, Rules and Roles of the Activitiy System, Education Media International. http://www.tandf.co.uk/journals 3. Pica, Rae, 2008. Learning by Leaps and Bounds : In Defense of Active Learning Beyond the Journal, Young Children on the Web, November 2008, National Association for the Education of Young Children. www.journal.naeyc.org/about/permissions.asp 5

SENARAI SEMAK SEMASA MERANCANG DAN MEMBINA KBS PROGRAM WARTAWAN CILIK Aspek Catatan Langkah 1: Meneliti Keperluan murid meneliti keputusan ujian/penilaian Dapatan daripada peperiksaan akhir tahun Darjah 1 menunjukkan bahawa lebih daripada 50% murid tidak mendapat markah yang penuh dalam bahagian kefahaman menjalankan soal selidik pemerhatian guru Dalam bahagian kefahaman mendengar pula lebih daripada 40% murid tidak mendapat markah penuh Langkah 2: Mengenal Pasti Objektif menentukan kemahiran yang hendak dinilai makna kata tanya soalan-soalan yang sesuai untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting menentukan aspek kognitif, afektif dan sikap yang hendak diambil kira dalam melakar objektif pengajaran dan pembelajaran tatasusila ketika menemu ramah setiap peran dalam kumpulan penting untuk menyelesaikan projek Langkah 3: Memilih dan Menyusun Kandungan Program menentukan jenis program Program Wartawan Cilik menentukan jenis aktiviti Sesi temu ramah menentukan jangka masa program Mengambil kira waktu yang diperlukan untuk seluruh program Langkah 4: Memilih dan Menyusun Pengalaman Pembelajaran Menyediakan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran secara aktif Aktiviti autentik dan menyeronokkan memastikan pengetahuan yang hendak dibina adanya nilai tambah dalam pembelajaran Mencari maklumat daripada jurnal dan penyelidikan sebelum ini 6

Aspek Catatan Langkah 5: Menilai Pencapaian Kemahiran memastikan program yang dibina dapat memenuhi kemahiran yang hendak dicapai Refleksi guru dan murid memastikan kemahiran yang hendak dicapai selaras dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran Rubrik untuk penyampaian memastikan kriteria penilaian jelas Rubrik, Senarai Semak 7

LAKARAN PROGRAM KBS WARTAWAN CILIK Mengenal Pasti Keperluan Murid Meneliti kelakonan murid dalam kefahaman membaca dan mendengar Memantau pemahaman murid tentang kata tanya Memantau keupayaan murid menjawab soalan kefahaman secara lisan Menetapkan Matlamat Memperkayakan kosa kata murid Membina pengetahuan kognitif melalui sesi temu ramah Mengumpul dan menyusun maklumat ke bentuk penyampaian Belajar secara kumpulan dengan melakukan aktiviti yang autentik Program Wartawan Cilik Menentukan Program Menentukan aktiviti autentik Menetapkan tema dan personaliti untuk sesi temu ramah Menetapkan tugasan setiap murid Menetapkan masa untuk menerangkan peranan setiap murid dalam kumpulan Melaksanakan Aktiviti Menerangkan mengenai sukan/seni mempertahankan diri dan jurulatih Menjana dan memilih soalan untuk jurulatih Menerangkan peranan setiap murid dalam kumpulan Mencuba langkah-langkah seni mempertahankan diri Menemu ramah jurulatih Menilai Pencapaian Kemahiran Murid Memahami makna kata tanya Mengenal pasti isi-isi utama dalam sesi temu ramah Menerangkan maklumat yang terdapat dalam sesi temu ramah melalui penyampaian slaid Refleksi murid 8

PROGRAM KBS WARTAWAN CILIK RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Nama Program Wartawan Cilik Kumpulan Sasaran Darjah 2 Fokus Kegiatan Jangka Masa Kemahiran Teknik Menyoal 3 minggu Bertutur Objektif Pembelajaran Murid dapat : 1) menggunakan kata tanya yang sesuai untuk mendapatkan maklumat yang diingini 2) menggunakan strategi 5W dan 1H (what, where, who, when, why, how). Nilai tambah pembelajaran Murid dapat mengenal pasti nilai bekerjasama dalam komuniti (community of practice) dan pentingnya tugas setiap ahli kumpulan untuk menyelesaikan tugasan. Pengenalan/persediaan awal (Tuning-in) Murid: a. menonton klip video yang menunjukkan sesi temu ramah b. mengenal pasti pekerjaan/tugas yang diperlukan untuk menjayakan sesi menemu ramah itu Bahan/Catatan Bahan Klip video yang menunjukkan sesi bertemu ramah Nota Guru berbincang tentang peranan setiap anggota yang terlibat Aktiviti Minggu 1 Kewartawanan : Tugas setiap anggota Murid: a. mendengar penerangan guru mengenai tugas setiap anggota b. menulis maklumat tugasan yang diberikan Bahan Slaid Bahan/Catatan Nota Guru menerangkan tugas setiap anggota: Wartawan Panduan menemu ramah dengan tertib dan jelas Penerbit Jurugambar Penyunting 9

Aktiviti Minggu 2 Induksi Murid: a. menonton video mengenai Silat b. berkongsi pengalaman menonton persembahan silat atau belajar silat c. menerangkan seni mempertahankan diri yang lain Aktiviti 1 Perbincangan tentang soalan-soalan bagi jurulatih Murid: a. menyenaraikan soalan-soalan berdasarkan strategi 5W dan 1H b. memilih soalan-soalan yang sesuai ( pilih hanya 4 ) Aktiviti 2 Aktiviti Silat Bahan Klip Video Silat Nota Guru menulis dan memaparkan kosa kata berkenaan dengan gerakan silat di papan tanda Bahan Kertas Nota Komputer riba Bahan Poster 1. Semua murid: a. mendengar taklimat dan arahan jurulatih silat b. mencuba pergerakan silat 2. Murid sebagai jurugambar mengambil gambar rakanrakan dan jurulatih yang sedang beraksi 3. Murid sebagai penerbit mencatatkan kosa kata yang disebutkan oleh jurulatih (seperti menggenggam, melangkah, memangkah dan sebagainya) Aktiviti 3 Temu ramah 4. Murid sebagai wartawan perlu menemu ramah jurulatih 5. Murid sebagai penerbit : a. memastikan semua soalan yang ditanyakan sesuai b. mencatatkan jawapan secara ringkas dalam lembaran/ komputer riba melalui lelaman www.wallwisher.com c. memastikan jurugambar dan penyunting menjalankan tugas mereka Bahan Lembaran Nota soalan dan jawapan Komputer riba www.wallwisher.com Rubrik Kerjasama dalam kumpulan 6. Murid sebagai penyunting duduk di sebelah penerbit untuk membuat catatan bagi jawapan 10

Aktiviti Minggu 3 1. Tugas jurugambar dan penerbit: a. memilih gambar b. menaipkan ayat berdasarkan gambar yang dipilih c. memasukkan klip video semasa menemu ramah 2. Tugas wartawan dan penyunting: a. menyunting draf slaid b. memastikan ejaan, tanda baca betul c. isi tepat Bahan Komputer Gambar dan klip video disimpan di Projects Folder. Rubrik penyampaian 3. Semua anggota perlu merekodkan refleksi mengenai aktiviti ini di slaid 4. Penerbit membuat penyampaian slaid yang sudah disunting dan disemak oleh guru 11

BORANG MENILAI KEBERKESANAN PROGRAM KBS WARTAWAN CILK Nama Guru: Tarikh: Arahan: Lengkapkan borang penilaian ini. No Item Ya Tidak Tindakan Susulan 1. Matlamat program memenuhi keperluan murid. 2. Bahan autentik dan sumber pengajaran meningkatkan pemahaman murid. 3. Aktiviti dapat dijalankan dengan berkesan. 4. Murid dapat menjalankan aktiviti dengan baik. 5. Program ini merangsang minda murid. 6. Program ini meningkatkan pelibatan murid di bilik darjah. Perkara Lain: 7. Bagaimanakah program ini dapat diperbaik? 12

PROGRAM KBS WARTAWAN CILIK REFLEKSI AKTIVITI PEMBELAJARAN Nama: Kelas: Tarikh: Arahan: Tandakan dalam petak yang sesuai. Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju No Item 1 Saya suka dengan aktiviti yang dijalankan. 2 Aktiviti ini dapat menambah kosa kata saya. 3 Aktiviti ini membantu saya berbual dengan jurulatih. 4 Aktiviti ini membantu saya bertutur dengan lebih baik. 5 Saya dapat belajar sesuatu yang baharu. Nota: Murid boleh mengisi borang ini bersama guru bagi memudahkan murid memahami soalan yang ditanyakan. 13

PROGRAM KBS WARTAWAN CILIK UNIT 5: BERSUKAN Nama Kumpulan: Kelas: Tarikh: Arahan: Kamu akan menemu ramah seorang juara silat. Tulis soalan kamu dalam ruang yang disediakan. Tulis nama kamu di sebelah soalan kamu. Kamu boleh menggunakan jenis kata tanya yang berikut. apakah siapakah bilakah mengapakah bagaimanakah berapa lamakah di manakah Nama murid Soalan tentang silat Nama murid Soalan tentang Juara 14

PROGRAM KBS WARTAWAN CILIK Contoh soalan-soalan yang diajukan oleh murid kepada jurulatih Silambam di www.wallwisher.com Catatkan soalan-soalan yang ingin kamu kemukakan. Siapakah yang mengajar Encik sukan silambam? Sudah berapa lamakah Encik mengajar sukan silambam? Apakah pertandingan yang pernah Encik menangi? Bilakah Encik mula belajar silambam? Dimanakah Encik belajar silambam? Apakah kegunaan silambam? Pernahkah Encik memasuki pertandingan? Mengapakah Encik belajar silambam? 15

PROGRAM KBS WARTAWAN CILIK SENARAI SEMAK AKTIVITI SILAT DAN SILAMBAM Nama: Kelas: Tarikh: Arahan: Tandakan dalam petak yang sesuai. Saya dapat melakukan perkara yang baharu. Aktiviti ini membolehkan saya belajar perkataan-perkataan baharu. Saya tahu dan jelas akan tugas saya pada aktiviti ini. Saya tahu dan jelas akan tugas rakan kumpulan saya dalam aktiviti ini. Saya rasa saya dapat melakukan tugas saya dengan baik. Saya rasa rakan-rakan dalam kumpulan bekerjasama untuk menyudahkan kerja. Aktiviti ini menyeronokkan. Nota: Murid boleh mengisi borang ini bersama guru bagi memudahkan murid memahami soalan yang ditanyakan. 16

PROGRAM KBS WARTAWAN CILIK SENARAI SEMAK AKTIVITI BELAJAR SECARA KUMPULAN Nama: Kelas: Tarikh: Arahan: Tandakan dalam petak yang sesuai. Tidak pernah Kadang-kadang Sering Setiap masa Item Saya bekerjasama dengan rakan dalam kumpulan saya. Saya mendengar dengan teliti. Saya belajar daripada rakan-rakan dalam kumpulan. Sesi kerja kumpulan membantu kerja saya. 17