TAWARAN BIASISWA YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN DI PERINGKAT IJAZAH PERTAMA DI DALAM NEGARA & IJAZAH LANJUTAN DI DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA BAGI PENGAJIAN 2016/2017 1. Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) sedang mencari calon-calon yang layak dan berpotensi untuk ditaja di bawah Biasiswa Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR). 2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN (a) Syarat-syarat Asas (i) Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada yang bermastautin tetap di Negeri Sarawak ; (ii) Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara SEPENUH MASA di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf dalam dan luar negara : - Ijazah Pertama untuk pengajian di dalam negara sahaja. - Ijazah Lanjutan untuk pengajian di dalam dan di luar negara. (b) Syarat Khusus (Kelayakan Akademik) Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telah diterima masuk ke institusi pengajian tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:
BIL. KELAYAKAN & PENCAPAIAN AKADEMIK A. IJAZAH PERTAMA Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Gred B dan ke atas pada setiap subjek di peringkat STPM, atau memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil / Diploma / Matrikulasi / A-Level dan yang setaraf dengannya; B. IJAZAH LANJUTAN Memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Ijazah Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa Ijazah Pertama atau Sarjana; C. KRITERIA TAMBAHAN Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum; Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan; Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepemimpinan, kemahiran dan kreativiti; 3. BIDANG & PROGRAM TAJAAN Bidang kursus dan program yang ditaja mengikut keutamaan adalah seperti berikut:- BIL BIDANG PENGAJIAN A. PROFESSIONAL / IJAZAH LANJUTAN B. IJAZAH LANJUTAN ( SARJANA DAN PHD ) PROGRAM 1. The Association Of Chartered Certified Accountants ( ACCA ) 2. Institute Chartered Accountant In England And Wales ( ICAEW ) 3. Company Secretaries 4. Perakaunan 1. Bidang Komunikasi Kewartawanan Komunikasi Massa 2. Bidang Sains Marin Forensik Biologi ( Genetik / Geonomics / Proteomics ) Learning Sciences
3. Sains Sosial & Antropologi : (Kebudayaan, Sosiologi, Sejarah) 4. Kaunseling 5. Undang Undang 6. Pendidikan Awal Kanak-Kanak 7. Pengurusan Alam Sekitar 8. Ekonomi Antarabangsa : Finance / Islamic Banking 9. Bahasa Asing (Foreign Language) 10. Pelancongan & Hospitaliti C. IJAZAH PERTAMA (INSTITUSI DALAM NEGARA SAHAJA) 1. BIDANG KEJURUTERAAN Mekanikal, Kimia, Elektrik & Elektronik, Marin, Rekabentuk Industri 2. BIDANG SENI KREATIF Seni Muzik, Seni Koreografi Seni Kebudayaan 3. Pertanian ( Agrobase ) 4. Perhutanan / Perkayuan 5. Akuakultur 6. Farmasi 7. Fisioterapi 8. Usuludin & Syariah 9. Sains Sukan 10. Sains Sosial, Psikologi & Kaunseling 11. Teknologi Makanan ( Nutrisien ) 12. Patologi Pertuturan (Speech Pathology) 4. KRITERIA PEMILIHAN Calon yang layak dan memenuhi kriteria di atas, akan ditemuduga oleh satu panel khas. Pemilihan akan dibuat dengan mengambilkira prestasi semasa temuduga, potensi calon, bakat kepimpinan, sumbangan kepada masyarakat dan kriteria-kriteria lain yang difikirkan wajar oleh Panel. 5. CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON a. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan. b. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi, Asasi Sains / Pra Universiti / Foundation. c. Pelajar-pelajar yang mengikuti program / kursus jarak jauh / separuh masa.
6. CARA MEMOHON (a) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman yang boleh didapati di : Pejabat Yayasan Sarawak, Lot 4784, Blok 14, Jalan Sultan Tengah, Salak Land District, Semariang, 93050 Kuching. Dimuat turun daripada laman web http://www.yayasansarawak.org.my Pemohon hendaklah memaklumkan alamat email semasa memohon bagi tujuan komunikasi dan semua komunikasi akan dibuat melalui email ; ATAU Permohonan secara On-line melalui laman web http:/www.yayasansarawak.org.my (b) (c) (d) (e) (f) (g) Permohonan hendaklah disertakan dengan SALINAN SURAT TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI / INSTITUSI Salinan dokumen-dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan. SILA AMBIL PERHATIAN bahawa kesemua salinan dokumen dan sijil hendaklah disahkan terlebih dahulu ; Pegawai atau Kakitangan Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan memperolehi kebenaran untuk belajar secara sepenuh masa samada bergaji penuh atau separuh gaji ; Setiap permohonan akan melalui proses tapisan dan akan disenarai pendekkan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Permohonan yang berjaya melalui proses ini akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Tarikh, masa dan tempat temuduga akan ditetapkan dan dimaklumkan oleh Sekretariat Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman ; Calon akan dinilai oleh Panel Temuduga dan Pemilihan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman semasa sesi temuduga. Hanya calon yang berjaya semasa sesi temuduga sahaja yang akan diperakukan kepada Lembaga Amanah untuk proses pertimbangan dan kelulusan ; Calon yang telah diluluskan permohonan mereka oleh Lembaga Amanah akan dimaklumkan secara rasmi oleh Urusetia Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman ; (h) Sebarang pindaan atau perubahan pada syarat-syarat permohonan pada iklan ini jika ada, termasuk tarikh tutup permohonan, akan dimaklumkan melalui media massa atau email.
7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN Tarikh tutup permohonan ialah pada Khamis, 1 September 2016 jam 4.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :- SETIAUSAHA KERJA YAYASAN BIASISWA SARAWAK TUNKU ABDUL RAHMAN d/a Pusat Pembangunan Pendidikan Ibu Pejabat Yayasan Sarawak, Lot 4784, Blok 14, Jalan Sultan Tengah Semariang, 93050 Petra Jaya, Kuching Sarawak Talian Pejabat : (082) 441686 Faks : (082) 440023