KEARIFAN TEMPATAN: DESKRIPSI DAN TERMINOLOGI TENTANG PADI DALAM MASYARAKAT IBAN DI SARAWAK

Similar documents
BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis


KKPICESM. mm PANGING. m m m m

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

COMMUNICATION I. Kesan Penggabungan Germplasma Jagung dari CIMMYT (Rattray Arnold) dengan Germplasma Jagung Tempatan (Jagung Kumpit) ^

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

counselling2u.uitm.edu.my

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

ABSTRAK. di kawasan pendidikan di Malaysia. ABSTRACT. ) is very important because the air containing O 3

Penemuan Awal Berkaitan Pemuliharaan Bandar dalam Pembentukan Imej Bandar di Tanjong Malim, Perak

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

Jurnal Teknologi PERBANDINGAN CIRI-CIRI SOSIOEKONOMI PENERIMA INOVASI SISTEM INTENSIFIKASI PADI DAN PROJEK ESTET PADI. Full Paper

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

Katakunci : kecederaan atlet silat

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-407/17 ANTARA PUTERI NADIA BINTI AZMAN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

LAMPIRAN 3 M A R I N E S C I E N C E L E A D E R S H I P

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

Development of Bicycle Shift Models in Universiti Kebangsaan Malaysia Campus

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih.

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

Impak Pasir Belanda Resort Terhadap Pembangunan dan Perubahan Sosiobudaya Masyarakat Setempat Muhamad Khalid Bin Razali (37208)

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

Kajian Dinamik Nitrogen ke atas Padi Titisan Mutan Menggunakan Kaedah Isotop 15 N

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

Piama dan Petua Tradisi: Ilmu Menanam Padi Masyarakat Melayu di Utara Semenanjung Malaysia

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

PERATURAN SPESIFIK (CRITERIUM)

Cerita silat pdf. 02/12/2018 Duo kvetinas free 02/13/2018. Teach me how to cry monologue pdf 02/15/2018

ANALYSIS THE PERFORMANCE OF UNSIGNALIZED INTERSECTION BASED ON GAP ACEPTANCE STUDIES

Kos Perbelanjaan Perumahan dalam Kalangan Penduduk Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Sederhana di Pulau Pinang

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PEMBIAYAAN MENGIKUT JENIS PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

PERANAN SITUATIONAL FACTORS DALAM MEMPENGARUHI TINGKAHLAKU DEVIAN PARA PENYOKONG BOLASEPAK

Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan

Cerita Lisan sebagai Sumber Pelancongan: Suatu Perbandingan di Malaysia dan Singapura

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

(A) Ahad & Selasa Sun. & Tue. (B) Isnin & Rabu Mon. & Wed. Teras Kesukarelawanan / Volunteership Core

Memahami Emosi Watak dalam Gambar Bersiri Melalui Kaedah Berfikir Secara Lateral

Indeks Kualiti Air (IKA) Sg. Selangor pasca pembinaan Empangan Sg. Selangor

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

AKTIVITI MENANGKAP IKAN TUNA DI LAUTAN HINDI

RHB Premium Cards Golf Privileges 2019 Terms and Conditions

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

POLA PERTUMBUHAN IKAN SEBAGAI PENGUKUR KUALITI EKOSISTEM SUNGAI. Ahmad Abas Kutty & M. Munajah

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

Transcription:

KEARIFAN TEMPATAN: DESKRIPSI DAN TERMINOLOGI TENTANG PADI DALAM MASYARAKAT IBAN DI SARAWAK Remmy GEDAT Rosnah MUSTAFA Hamidah ABDUL WAHAB Wan Robiah MEOR OSMAN Siti Marina KAMIL Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak 94300 Kota Samarahan, Sarawak gremmy@unimas.my, mrosnah@unimas.my, awhamidah@unimas.my, mowrobiah@unimas.my, ksmarina@unimas.my Abstrak Padi di Sarawak mempunyai nilai dan kisah tersendiri dalam masyarakat Iban. Suku Iban amat menghormati dan menghargai padi sehinggakan satu pesta diciptakan khas untuk meraikan hasil perolehan padi iaitu hari Gawai. Hari Gawai merupakan perayaan yang memperingati dan memuja semangat padi. Padi dianggap suci dan mempunyai roh. Keagungan padi dalam masyarakat Iban terlakar dalam beberapa cerita lisan. Salah satunya ialah Penti Pemali Muai Leka Asi Pumai Kitai Iban. Pada suatu ketika dahulu sesebuah keluarga dianggap kaya, berharta dan berketurunan rajin sekiranya memiliki jumlah padi yang banyak. Kini, penanaman padi masih lagi dijalankan namun nilai serta kepercayaan tentang ritual penanaman padi kian luntur. Makalah ini bertujuan mendokumentasikan dan menghuraikan terminologiterminologi berkaitan dengan padi serta aktiviti penanaman padi dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak. Kajian yang dilakukan dengan kaedah temu bual dan observasi langsung mendapati bahawa banyak istilah berkenaan padi tradisional semakin dilupakan masyarakat Iban atas faktor kemodenan. Ekoran kesan pemodenan secara global dilihat terminologi yang lazim diujarkan oleh komuniti Iban ini akan berpotensi menjadi kata arkaik kepada generasi akan datang jika tidak didokumentasikan dan dilestarikan penggunaannya dalam komuniti ini. Kata kunci: Kearifan Tempatan, Terminologi Padi, Masyarakat Iban, Etno-budaya Local Knowledge: The Iban s description and terminology of paddy Abstract Paddy has its own value and unique identity within the Iban community in Sarawak. This community s high regard and appreciation for rice are manifested in the annual festival to celebrate the rice harvest known as the Gawai Festival. This festival marks the community s commemoration and worship of the spirit of the paddy because the Ibans believe paddy to be holy and possess a spirit. The supremacy of paddy within the Iban community can be found in the Iban oral tradition, including the story Penti Pemali Muai Leka Asi Pumai Kitai Iban. In the past, a family is considered rich and of 1

hardworking descent if they have a lot of paddy. Today, the values and beliefs in the planting rituals are slowly disappearing. This paper aims to document and explain the terminology associated with paddy and the activities in paddy planting within the Iban community in Sarawak. This study which employed the interview and observation methods found that due to modernisation, a huge number of traditional terms associated with paddy are slowly disappearing from the Iban community. The researchers believe that modernisation may potentially result in the loss of these traditional terms or their relegation to archaic forms of the language by future generations, unless these terms are documented and continue to be used within the community. Keywords: Local knowledge, Paddy/Rice terminology, Iban community, Ethnocultural Pengenalan Masyarakat Iban merupakan penduduk peribumi yang mempunyai bilangan penduduk terbesar mendiami pulau Borneo. Sejarah asal usul suku ini yang diceritakan melalui tusut (cerita lisan mengenai susur galur keluarga) mengatakan masyarakat Iban berasal dari Lembah Kapuas, Kalimantan Barat Indonesia (Benedict, 1967). Migrasi suku Iban mempunyai sejarah dan kisah yang panjang. Menurut Nielson dan Spencer (2012) penghijrahan suku ini dari lembah Kapuas seawal abad ke-16 dan berlaku beberapa peringkat gelombang penghijrahan. Menurut (Nielson dan Spencer, 2012) lagi, salah satu cabaran masyarakat yang terlibat dengan migrasi ialah mereka bergelut dengan cabaran mengekalkan kearifan tempatan. Dalam situasi kajian ini, masyarakat Iban berdepan dengan cabaran mengekalkan kearifan tempatan dalam bidang pertanian khususnya berkait dengan aktiviti penanaman padi. Asalnya, penanaman padi oleh masyarakat Iban di Sarawak menggunakan sistem tanaman pindah. Jenis padi yang ditanam ialah padi huma atau padi bukit dan hanya untuk sara diri. Masyarakat Iban menanam padi dalam satu tempoh kitaran iaitu selama setahun. Sesebuah kawasan perlu menanam padi dalam satu tempoh serentak. Ini kerana sekiranya padi ditanam tidak mengikut musim, hasil padi akan berkurangan bahkan menurut informan di kawasan yang dikunjungi pengkaji, sekiranya padi ditanam tidak mengikut musim, tiada hasil untuk dituai. Oleh yang demikian, padi mula disemai pada bulan Ogos atau September setiap tahun. Masyarakat Iban pada suatu ketika dahulu mempunyai ritual serta amalan memuja semangat padi. Padi dianggap mempunyai semengat (semangat) bagi masyarakat Iban.Pada suatu ketika dahulu, ritual penanaman padi yang dilalukan sejak turun temurun tidak pernah gagal dilaksanakan walaupun suku ini pada asalnya terkenal dengan tradisi bejalai (mengembara) malah mereka bermigrasi dari Kalimantan Barat hingga ke hampir seluruh pelusuk negeri Sarawak. Namun, Tidak sekali kehilangan kearifan tempatan terutama dalam aktiviti penanaman padi. Sehingga kini, suku Iban masih lagi menanam padi huma/bukit sebagai tanaman sara diri. Namun, perbuhan zaman arus pemodenan dan telah banyak mengubah cara 2

hidup masyarakat Iban. Begitu juga dengan aktiviti penanaman padi juga telah banyak berubah. Perihal berkaitan padi tidak dapat diperlekehkan dan tidak boleh dipandang mudah. Metodologi Kajian Kajian ini dihasilkan berdasarkan data yang dikumpul dengan menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu melalui wawancara bersemuka dengan informan dan penyertaan observasi. Setelah mengenalpasti kawasan kajian, pengkaji mengunjungi kampung berkenaan dan mewancara informan berkenaan padi, misalnya berkenaan penamaan untuk proses menanam padi, pantang larang berkaitan padi, kaedah yang sesuai menanam padi, deskripsi-deskripsi tentang pokok padi dan sebagainya. Kampung Sampun merupakan sebuah perkampungan Iban di bahagian Samarahan dipilih untuk kajian kali ini. Perbincangan Kearifan Tempatan Flavier (1995), menjelaskan bahawa, kearifan tempatan adalah pengetahuan unik yang merujuk kepada budaya sesebuah komuniti. Pengetahuan ini adalah asas kepada komuniti tempatan untuk membuat keputusan dalam pertanian, penjagaan kesihatan, penyediaan makanan, pendidikan, pengurusan alam semula jadi, sumber dan pelbagai aktiviti lain. Menurut Cheng (2003) kearifan tempatan merupakan pengtahuan dalam amalan komuniti di sesebuah kawasan. Ilmu pengetahuan dan kearifan sesebuah komunti adalah berguna dan relevan untuk dikumpulkan sebagai langkah pemeliharaan. Sistem pengetahuan komuniti setempat adalah berbeza. Ini kerana, tidak dapat dinafikan bahawa sesebuah kawasan semestinya memiliki perbezaan dari segi etnik, sosial, aset budaya, latar belakang sejarah dan sebagainya. Menurut Hiwasaki et al. (2014) pula, aspek kearifan tempatan boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Antaranya cerita rakyat, lagu, peribahasa, nilai budaya, kepercayaan, ritual, undangundang adat, bahasa dan amalan pertanian. Oleh yang demikian, aktiviti penanaman padi dalam masyarakat Iban merupakan salah satu kearifan tempatan khususnya dalam bidang pertanian. Proses Sebelum Menanam Padi Nebas merupakan aktiviti pembersihan kawasan menanam padi dan ianya adalah perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum aktiviti menanam padi dilakukan. Biasanya aktiviti ini dilaksanakan oleh golongan lelaki dan boleh dilakukan atau bedurok (bergotong royong). Sekiranya kawasan yang dipilih tersebut merupakan kawasan yang baharu, maka ritual miring (memuja kawasan) dilakukan. Ini adalah simbolik meminta kebenaran empunya alam. Nebas boleh dilakukan di kawasan bekas tinggalan mahupun kawasan baharu. Ini kerana, penanaman padi huma atau padi bukit dilakukan tidak kekal di satu-satu kawasan. Sekiranya tanah didapati tidak lagi subur, maka satu kawasan baharu akan dibuka. Proses Semasa dan Selepas Menanam Padi 3

Muai benih: gelujung dan nguhik merupakan aktiviti menyemai benih padi. Terminologi ngelujung digunakan sekiranya benih disemai di atas tanah kering dengan memasukkan benih ke dalam lubang yang dibuat dengan menggunakans sebatang kayu. Manakala, terminologi nguhik digunakan sekiranya benih disemai di sebuah batas yang dibuat dengan menggunakan tanah becak. Kedua-dua cara ini mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Misalnya sekiranya petani memilih untuk ngelujung maka haruslah berdepan dengan ancaman tikus atau burung yang mungkin akan memakan benih yang disemai. Sekiranya mereka memilih untuk nguhik pula, benih padi pasti akan tumbuh namun anak benih perlu dipindahkan sekali lagi sebelum menanamnya. Ini bermakna petani perlu bekerja lebih lagi sekiranya memilih kaedah nguhik. Betamabak ialah istilah yang digunakan merujuk kepada aktiviti menanam padi. Aktiviti ini biasanya dilakukan oleh golongan wanita dan melalukannya secara bedurok. Pemilik tanah yang bertindak selaku tuan rumah dalam setiap aktiviti bedurok akan meyediakan makanan, minuman serta benih padi yang hendak ditanam serta tapak menanam yang sudah dibersihkan. Oleh itu, sehari sebelum maik durok (menjadi tuan rumah untuk aktiviti gotong royong) pemilik tanah akan menggali benih untuk ditanam bersama rakan durok pada keesokannya. Ngetau merupakan aktiviti mengutip hasil padi atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai menuai. Tugas ini biasanya digalas oleh golongan wanita dan dilalukan secara bedurok. Golongan lelaki akan memainkan peranan seperti menyimpan padi ke dalam guni dan mengangkut padi ke rumah. Setelah padi matang untuk dituai, kebiasaannya masyarakat Iban akan mengambil hasil tuaian pertama dalam kuantiti yang sedikit. Aktiviti menuai hasil padi buat kali pertama dalam kitaran menanam padi disebut sebagai ngambi padi baru (mengambil padi baharu). Setelah diproses menjadi beras dan dimasak, nasinya akan dikongsi bersama jiran tetangga. Istilah makai asi baru (makan nasi baru) sering digunakan untuk menamai keraian yang dilangsungkan semasa berkongsi dengan jiran tetangga. Deskripsi Penamaan Mengikut Peringkat Tumbesaran Pokok Padi Benih merupakan biji padi yang dipilih untuk ditanam dan merupakan biji benih yang terbaik. Terdapat pelbagai jenis benih padi. Ada benih yang rendang, tinggi, dan tempoh matangnya tidak sama. Namun tergantung kepada petani untuk memilih jenis padi yang dimahukan. Setelah benih disemai, pokok yang tumbuh disebut sebagai paung. Paung akan ditanam di tegalan iaitu kawasan lapang yang telah dibersihkan. Untuk menanam padi, sebatang kayu digunakan khas untuk membuat lubang di atas tanah. Lubang dibuat berdasarkan saiz paung yang sudah dibahagibahagikan mengikut kesesuaian. Lubang yang dibuat juga tidak boleh terlalu rapat kerana memberi ruang untuk pokok padi membesar. Ngandung ialah satu peringkat pokok padi setelah kira-kira dua bulan padi ditanam, pada. Pada peringkat ini, batang padi dikatakan sudah mempunyai tangkai namun tangkainya belum kelihatan. Batang yang mempunyai tangkai di dalamnya menyebabkan atang kelihatan mengembang dan kerana keadaan ini batang padi tersbut dikatakan sebagai ngandung (mengandung). Selepas itu, kira-kira dua bualan lebih atau tiga bulan (bergantung kepada jenis padi) padi akan mengeluarkan 4

tangkai. Pada peringkat ini, padi dikatakan muhai. Sekiranya pokok padi belum mengeluarkan tangkai sepenuhnya, ianya digelar muhai bejalai. Pada masa ini, sekiranya hujan turun, masyarakat Iban akan menggelarkannya sebagai ujan padi (hujan padi). Hujan ini dikatakan hujan rahmat yang memberi padi mandi dan membantu tubesaran padi dan akhirnya mengeluarkan hasil yang banyak. Padi yang sudah masak dikatakan sebagai mansau (mansau) dan boleh diketau (dituai). Kepercayaan dan Ritual Berkaitan Padi Peristiwa mendengar bunyi burung yang membawa pentanda buruk dinamakan sebagai jaik burung. Kepercayaan ini mendorong pengkaji barat seperti Freeman (1955:28) menganggap mereka sebagai masyarakat yang beragama (an extremely religious people). The Iban believe that god communicates with them through this system by using the calls of birds and other visible and audible signs made by the behaviour of animals and insects (Stanley, 2016). Masyarakat Iban merupakan masyarakat yang percaya kepada petanda burung. Bunyi burung di persekitaran boleh membawa petanda baik mahupun buruk. Menurut Awang (2013) kepercayaan tradisional ini dikenali sebagai sebagai Pengarap Lama. Masyarakat Iban percaya sekiranya mendengar bunyi burung tertentu yang membawa petanda buruk, maka segala aktiviti penanaman padi perlu dihentikan. Malah, sekiranya terdengar bunyi burung yang membawa petanda buruk semasa dalam perjalanan ke huma, maka mereka akan membatalkan niat untuk menanam padi pada hari tersebut dan berpatah balik ke rumah. Ngebau merupakan upacara pemujaan yang dilangsungkan semasa membuka kawasan untuk menanam padi. Sampi (doa) akan dilakukan oleh seorang manang atau lemambang dengan memanggil Petara (Tuhan) yang berkuasa terhadap alam. Sesetengah kawasan menyebut upacara ini sebagai miring. Selain itu, ngebau kawasan pertanian, benih padi yang bakal ditanam juga melalui proses yang sama. Malah, hasil tuaian yang pertama juga perlu melalui proses ini. Semasa upacara ini dilangsungkan, idang (hidangan) yang perlu disediakan ialah tujuh dulang makanan yang terdiri daripada ayam, nasi pulut, rokok, pinang dan sirih. Semasa upacara ini, manang akan mengucapkan sampi dan diakhiri dengan menyembelih seekor ayam. Ngebau merupakan simbolik untuk meminta kebenaran, mengucapkan kesyukuran dan meminta h keberkatan daripada Petara dan aki ini (nenek moyang). Perkataan Gawai secara umumnya merujuk kepada perayaan yang ada kaitan dengan agama dan kepercayaan tradisi masyarakat Iban (Menurut Jimbun, 2012). Gawai Taun (Gawai Dayak) merupakan pesta yang penuh dengan ritual yang dijalankan setelah mendapatkan hasil tuaian padi. Semasa pesta ini, masyarakat Iban akan menyediakan piring (hidangan) untuk memuja semangat padi, dewa Simpulang Gana dan nenek moyang yang dipercayai memberi berkat dan rezeki iaitu hasil padi yang lumayan (Awang, 2013). Ritual yang dijalankan dikaitkan dengan alam ghaib dan semangat pertanian, khususnya padi. Semasa hari gawai, masyarakat Iban akan memanggil roh nenek moyang datang ngabang bersama. 5

Kesimpulan Kesimpulannya, terdapat banyak ritual dan amalan penanaman padi masyarakat Iban yang kian hilang dan tidak lagi diamalkan pada masa kini. Misalnya kini masyarakat Iban tidak lagi melalukan aktiviti pemujaan semasa memulakan aktiviti penanaman padi. Malah, perayaan hari Gawai yang disambut juga semakin mengalami perubahan. keunikan kearifan tempatan masyarakat Iban dalam aktiviti penanaman padi seharusnya dikekalkan oleh masyarakat Iban. Golongan mudah masa kini perlu mengetahui deskripsi-deskripsi serta ritual berkaitan padi agar semuanya tidak ditelan zaman. Sesungguhnya masyarakat Iban berdepan dengan cabaran besar dalam mengekalkan identiti sekaligus kearifan tempatan yang dimiliki. Rujukan Awang Azman Awang Pawi. (2013). Weltanschauung dan Manifestasi Kepercayaan Tradisi Etnik di Sarawak. Jurnal Melayu Antarabangsa, 139-154. Benedict, S. (1967). The Sea Dayaks of Borneo before White Rajah Rule. London: Macmillan. Cheng, Y. C. (2003, November). Fostering local knowledge and wisdom in globalized education. Ucap tama dibentangkan di 8th International Conference di Faculty of Education of Chulalongkorn University, Bangkok, Thailand. Flavier, J. M. (1995). The regional program for the promotion of indigenous knowledge in Asia. Dalam D. M. Warren, L. J. Slikkerveer, D. Brokensha (Eds.), The cultural dimension of development: Indigenous knowledge systems (pp. 479-487). London: Intermediate Technology Publications. Freeman, J. D. (1955). Iban agriculture: A report on the shifting cultivation of hill rice by the Iban of Sarawak. London: Her Majesty s Stationery Office. Hiwasaki L., Luna E., Syamsidik, & Shaw R. (2014). Local and indigenous knowledge for community resilience: Hydro-meteorological disaster risk reduction and climate change adaptation in coastal and small island communities. Jakarta: UNESCO. Jimbun anak Tawai. (2012, November). Fungsi dan plot Timang Gawain Ngiga Tuah (Invokasi Timang Gawai Mencari Azimat Pemurah Rezeki). Kertas kerja dibentangkan di Simposium Bahasa dan Budaya Iban dan Folkor Borneo/Kalimantan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Nielson, I. M., & Spencer, E. S. (2012, November). Migrasi, Identitidan kearifan tempatan: Kaum Iban di Sabah, Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Simposium Bahasa dan Budaya Iban dan Folkor Borneo/Kalimantan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Stanley Bye Kadam-Kiai. (2016). The confluence of politics and traditional religion among the Iban in elections In Sarawak. Journal of Borneo Kalimantan, 2 (1). 6