Impak Pasir Belanda Resort Terhadap Pembangunan dan Perubahan Sosiobudaya Masyarakat Setempat Muhamad Khalid Bin Razali (37208)

Similar documents
SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

Daya Saing Bandar Kecil: Satu Penelitian Dari Aspek Persepsi Penduduk Dalam Kawasan Majlis Daerah Tanjong Malim

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.


Kos Perbelanjaan Perumahan dalam Kalangan Penduduk Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Sederhana di Pulau Pinang

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

Jumal Kinaballl IV (1998) 58-76

..., C t;~:~xj ')' KESANPEMBANGUNANPERUMAHANTERHADAP KUALITI HID UP PENDUDUK BANDAR LINDA ANAK ABRAHAM PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN,

Walkability in Campus, Case study of University Technology Malaysia SAMAN JAVAN FARD

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

Katakunci : kecederaan atlet silat

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

(GEOGRAFI) HULUBERNAM ROSLAN B. SAAD PROJEK INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK FAKULTI SAINS KEMANUSIAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

EAL335 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

NAJMAH NAWAWI MOHD NUSI ABD. RAHMAN NOOR SHAFEEZA ZAINUDDIN NUR SYAZWANI ZAINUL ABIDIN

Jurnal Teknologi PERBANDINGAN CIRI-CIRI SOSIOEKONOMI PENERIMA INOVASI SISTEM INTENSIFIKASI PADI DAN PROJEK ESTET PADI. Full Paper

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

counselling2u.uitm.edu.my

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

Serangga 20(2): ISSN , Centre for Insects Systematic, Universiti Kebangsaan Malaysia

Impak Sosioekonomi dan Politik Program Perumahan Rakyat Lembah Subang, Selangor

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

Imej Pelancongan Pusat Pentadbiran Negara Berdasarkan Perspektif Pelancong: Kes Putrajaya

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

IMPAK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) KEPADA NILAI HARTA TANAH KEDIAMAN DI SETAPAK, KUALA LUMPUR SITIAYU ZUBAIDAH BINTI YUSUF

Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

Article history: Received: 1 November 2017 Received in revised form: 4 April 2018 Accepted: 16 April 2018 Published online: 30 April 2018

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

KEPUASAN PENGHUNI TERHADAP PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI OLEH KONTRAKTOR PENYELAMAT KAJIAN KES : TAMAN PERINDUSTRIAN HIJAU, RAWANG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. EAL 335/4 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]

PERSPEKTIF DAN SUMBER MAKLUMAT ISU PERUMAHAN DALAM KALANGAN PENGGUNA SABAH

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

POLA PERTUMBUHAN IKAN SEBAGAI PENGUKUR KUALITI EKOSISTEM SUNGAI. Ahmad Abas Kutty & M. Munajah

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

THE EFFECTS OF CHANGES AT SIGNALIZED INTERSECTION ON THE VEHICLES EMISSION LOADING IN PARIT BUNTAR, PERAK.

Indeks Kualiti Air (IKA) Sg. Selangor pasca pembinaan Empangan Sg. Selangor

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

TheMind's Q'Bank - A non-profit community initiative by TheMind Association

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

PERSEPSI PEKERJA TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA NOR AZLINA BINTI HJ WAHAP

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong This page is deliberately left blank

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN BAGI GENERASI Y FARAH HANAN BINTI MD ANUAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

Development of Bicycle Shift Models in Universiti Kebangsaan Malaysia Campus

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID

EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam

Transcription:

Impak Pasir Belanda Resort Terhadap Pembangunan dan Perubahan Sosiobudaya Masyarakat Setempat Muhamad Khalid Bin Razali (37208) ABSTRAK Penyelidikan bertujuan menilai persepsi masyarakat setempat terhadap impak Resort Pasir Belanda dari segi pembangunan dan perubahan sosiobudaya masyarakat setempat. Kajian ini menilai kebaikan dan keburukan dari segi sosiobudaya serta mengukur tahap indeks iritasi. Kajian ini membantu pemilik resort, bakal pengkaji, dan masyarakat untuk kelestarian pembangunan resort pada masa akan datang. Masyarakat setempat di Kampung Bangol dan di sekitar Pantai Cahaya Bulan, Kelantan menjadi sasaran kajian sebagai responden. Kaedah statistik juga digunakan seperti kekerapan, peratusan, min, medium, mod, dan aplikasi teori Doxey dalam kajian ini. Kajian mendapati bahawa masyarakat setempat mengalami kesan yang positif dalam pembangunan sosial dan budaya, serta tahap iritasi terhadap kesan daripada pelancongan adalah berada pada tahap keghairahan. Keadaan ini penting kepada masyarakat supaya mereka tahu tahap pembangunan pelancongan yang mereka alami. Kedua, pengusaha resort akan lebih berhati-hati dalam pembangunan industri pelancongan yang berasaskan resort. Kata kunci: pelancongan, resort, impak, pembangunan, perubahan, sosiobudaya, pelancong, masyarakat. 1. PENGENALAN Resort hanya ditakrifkan sebagai kemudahan penginapan yang berkaitan dengan aktivitiaktiviti rekreasi. Ini menunjukkan tempat untuk melakukan hubungan sosial, menghadiri majlis-majlis sosial yang boleh meningkatkan kesihatan dan kecergasan. Resort membuat persekitaran yang lebih cantik dan menambah kemudahan untuk menarik pelanggan (Huffadine, 2000). Dalam pembanguanan resort adalah bertujuan menarik pelancong untuk datang disamping masyarakat tempatan terpaksa menerima kedatangan mereka. Perniagaan penginapan seperti resort sangat diperlukan untuk menampung jumlah pelancong yang datang ke Kelantan, Malaysia. Industri pelancongan resort yang terkemuka di Kelantan adalah Pasir Belanda Resort yang menjadi faktor tarikan pelancong yang boleh memberi manfaat dan juga boleh menjejaskan sosial dan budaya masyarakat setempat. 2. OBJEKTIF KAJIAN 2.1 Untuk mengukur tahap iritasi kesan pelancongan terhadap masyarakat setempat. 2.2 Untuk menganalisa pendapat respoden mengenai jenis kesan pelancongan resort terhadap sosial dan budaya yang mereka alami. 2.3 Untuk mencadangkan pembangunan Pasir Belanda Resort untuk manfaat sosiobudaya masyarakat setempat. 3. SOROTAN KESUSASTERAAN 3.1 Teori kesan demostrasi (demonstration effect) Kesan demostrasi yang dimaksudkan adalah masyarakat tempatan atau pedalaman yang menerima serta mengguna pakai budaya barat seperti gaya dan kelakuan yang dibawa oleh pelancong melalui demostrasi atau demo dan interaksi. Kesan demostrasi ini boleh

berlaku melalui penyebaran terhadap komuniti (Winter, 2008). Penyebaran ini terbahagi kepada beberapa aspek iaitu, akulturasi / pembudayaan (acculturation), globalisasi (globalization), pemodenan (modernization), dan asimilasi (assimilation). 3.2 Kesan tanggapan dan jangkaan terhadap pelancongan Menurut Tsundoda & Mendlinger (2009), Kesan pelancongan dan pelancong terhadap sosial dan budaya bersandarkan kepada dua perkara iaitu tanggapan dan jangkaan. Kedua-dua kesan tanggapan dan kesan jangkaan mempunyai jawapan yang positif dan negatif. Dalam setiap bahagian mempunyai empat elemen penting iaitu tanggapan kebaikan, tanggapan keburukan, harapan, dan kebimbangan. Kesan Tanggapan Tanggapan (positif) Tanggapan (negatif) Kesan Jangkaan Harapan (positif) Kebimbangan (negatif) Rajah 3.1. Kesan tanggapan dan jangkaan adaptasi dari Tsundoda & Mendlinge (2009). 3.3 Jenis kesan pelancongan Jadual 3.1 Jenis kesan pelancongan menurut Kreag (2001) Kesan positif Memperbaiki kualiti hidup Memudahkan pelawat bermesyuarat (pengalaman pendidikan) Perubahan positif dalam nilai-nilai dan adab resam Menggalakkan pertukaran budaya Meningkatkan kefahaman masyarakat yang berbeza Mengekalkan identiti budaya penduduk setempat Meningkatkan permintaan untuk pameran sejarah dan budaya Lebih bertoleransi dalam perbezaan sosial Memenuhi keperluan psikologi Kesan negatif Minim secara berlebihan, ketagih arak dan perjudian Peningkatan minum dibawah umur Jenayah dadah dan pelacuran Peningkatan penyeludupan Kesan bahasa dan budaya yang kasar Perubahan gaya hidup yang tidak diingini Penduduk menjadi sasaran untuk pembangunan pelancongan Perubahan negatif dalam nilai-nilai dan adat resam Gangguan keluarga Pengecualian penduduk tempatan daripada sumber semula jadi Mengubah struktur sosial Memudaratkan dalam politik, hubungan orang awab dan alam sekitar. 3.4 Kesan sosial pelancongan Menurut Bogahawatte (n.d.), kesan pelancongan terhadap sosial dan budaya boleh diistilahkan sebagai kesan terhadap masyarakat tempatan secara langsung dan tidak langsung melalui hubungan dengan pelancong dan interaksi dengan industri pelancongan. Kesan boleh berlaku apabila pelancongan membawa perubahan dalam nilai tingkah laku atau sistem yang boleh mengancam identiti masyarakat peribumi. Perubahan boleh berlaku dari segi struktur masyarakat, hubungan kekeluarhaan, cara hidup yang diamalkan sejak turun-temurun, perayaan dan moral. Kesan negatif pelancongan terhadap sosial dan budaya boleh dikategorikan seperti berikut:

Berlaku perubahan atau kehilangan identiti dan adat resam. kesan ini boleh berlaku disebabkan oleh komodifikasi, piawaian atau standard, kehilangan tahap keaslian, pengubahsuaian untuk permintaan pelancong, pertembungan budaya, berlaku gangguan disebabkan oleh tingkah laku pelancong, geseran tahap pekerjaan, kewujudan jenayah, buruh kanak-kanak, pelancongan seks (Bogahawatte, n.d.). Menurut Bogahawatte (n.d.), pelancongan juga boleh memberi kesan positif. Kesan positif tersebut adalah seperti berikut: Pelancongan sebagai satu langkah kearah keamanan, memperkukuhkan masyarakat. pembangunan kemudahan asas pelancongan untuk kemudahan pelancong dan masyarakat. revolusi dalam budaya dan tradisi. menggalakkan penglibatan masyarakat. 3.4 Peringkat Kesan Pelancongan Keghairahan (Euphoria) Sikap acuh tak acuh (Apathy) Iritasi (Annoyance) Permusuhan (Antagonism) Pemulauan (Resignation) Rajah 3.2: Teori Doxey. Sumber Doxey (1976) dalam petikan Dalam Weaver, D. & Lawton, L. (2010) Mengukur tahap kesan sosial. Terdapat cadangan mengenai indeks gangguan pelancong terhadap masyarakat tempatan adalah wujud. Bagi mengenal pasti kadar tersebut adalah mustahil untuk mengukur kesan pelancongan terhadap sosial (Mill, 1990). Jika proses pembangunan pelancongan dibiarkan, kesan yang ditinggalkan oleh aktiviti pelancongan boleh dirasai pada lima peringkat iaitu: Keghairahan. Pada peringkat pertama kesan pelancongan terhadap sosial masyarakat tempatan adalah teruja atau keghairahan dalam pembangunan pelancongan di tempat mereka. Mereka mengalu-alukan kedatangan pelancong yang berasa puas kerana pelancong berpeluang untuk melawat komuniti mereka. Oleh itu, mereka akan mendapat keuntungan dari segi ekonomi hasil dari tarikan pelancog (Mill, 1990). Sikap Acuh Tak Acuh. Semasa pembangunan pelancongan berkembang masyarakat tempatan berpandangan bahawa mereka boleh mengambil peluang untuk mendapatkan keuntungan atau wang yang sebanyak mungkin. Dalam hal ini hubungan masyarakat dengan pelancong adalah sangat terhad kepada mereka yang membuat pembelian sahaja (Mill, 1990). Gangguan. Menurut pandangan masyarakat tempatan, sesebuah kawasan pelancongan tidak dapat mengendalikan jumlah kemasukan pelancong ke tempat tersebut. Gangguan yang biasa berlaku adalah, jalan-jalan menjadi sesak atau kesesakan lalu lintas, restoran dan bar yang sesak dengan pelanggan. Pada ketika ini, perasaan akan bertukar kepada gangguan (Mill, 1990). Percanggahan. Apabila masyarakat tempatan mula merasa bahawa masalah pencemaran masyarakat seperti, jenayah, kenaikan cukai adalah kesalahan yang disebabkan oleh pelancong yang semakin ramai. Mereka mula bercanggah dan berpaling secara terbuka dan bermusuhan dengan pelancong. Hasilnya menyebabkan para pelancong telah ditipu disebabkan oleh percanggahan pendapat antara masyarakat (Mill, 1990). Tahap Akhir. Di peringkat kelima dan terakhir ini masyarakat terlupa bahawa pelancong yang tertarik kepada komuniti mereka disebabkan oleh fizikal

atau budaya. Pembangunan pelancongan telah mengubah masyarakat, dan kemungkinan ia berubah untuk selama-lamanya. Jenis dan ragam pelancong yang datang adalah berbeza sekarang, serta masyarakat tempatan beranggapan bahawa destinasi pelancongan adalah berbeza dengan jenis pelancong. Namun timbul persoalan yang menyatakan bahawa: Adakah masyarakat tempatan boleh menyesuaikan diri dengan pelancong baru yang mengunjungi tempat mereka? (Mill, 1990). 4.0 METODOLOGI KAJIAN 4.1 Kaedah pengumpulan data Kaedah pengumpulan data melalui borang soal selidik kepada masyarakat setempat. borang soal selidik ini memngandungi empat bahagian iaitu seperti berikut: Bahagian A: Demografi penduduk. Bahagian B: Pengenalan kepada Pasir Belanda Resort dan pelancong. Bahagian C: Persepsi penduduk terhadap pelancong Bahagian D: Persepsi penduduk terhadap Pasir Belanda Resort 4.2 Populasi dan Persempelan Populasi dalam kajian ini adalah masyarakat setempat di Kampung Bangol dan di sekitar Pantai Cahaya Bulan pada tahun 3 hingga 14 Febuari 2015. Jumlah sampel kumpulan adalah seramai 310 orang di kawasan tersebut. Persempelan ini dilakukan secara rawak. 4.3 Analisa data Analisa deskriptif dilakukan melalui kekerapan, peratusan, nilai, jumlah yang digunakan untuk menganalisa data berdasarkan persepsi penduduk terhadap pelancong dan Pasir Belanda Resort yang merangkumi respon antara penah dan tidak pernah serta kenyataan tidak setuju, kurang setuju, neutral, setuju, dan sangat setuju. Data juga dianalisa mengikut kaedah min, medium, dan mod untuk mengambarkan data secara keseluruhan. 5.0 DAPATAN KAJIAN 5.1 Latar belakang responden Dapatan kajian ini menunjukkan lelaki lebih ramai iaitu (N = 164, 52.9%). Umur pula antara 20 hingga 29 lebih ramai iaitu (N = 120, 38.7%). Jadual 5.1 Latar belakang responden Jantina Umur Status Perkahwinan Kenyataan Kekerapan Peratus (%) Lelaki 164 52.9 Perempuan 146 47.1 <19 72 23.2 20-29 120 38.7 30-39 33 10.6 40-49 24 7.7 50-59 22 7.1 60-69 28 9.0 70> 11 3.5 Berkahwin 120 38.7 Duda 10 3.2 Bujang 180 58.1

Agama Islam 310 100.0 Bangsa Melayu 310 100.0 Pendidikan Rendah (UPSR) 69 22.3 Pendidikan Menengah (SPM) 100 32.3 Pendidikan (STPM) 16 5.2 Peringkat Sijil 9 2.9 Peringkat Diploma 38 12.3 Tahap Pendidikan Peringkat Ijazah Sarjana Muda 61 19.7 Peringkat Ijazah Sarjana (Master) 3 1.0 Peringkat Doktor Falsafah (PhD) 2 0.6 Tidak Belajar 10 3.2 Matrikulasi 2 0.6 Bekerja 142 45.8 Bekerja Separuh Masa 8 2.6 Pekerjaan Tidak Bekerja 46 14.8 Pelajar 99 31.9 Bersara 15 4.8 Tiada 130 41.9 Kakitangan awam 36 11.6 Kakitangan swasta 35 11.3 Petani 1 0.3 Jenis pekerjaan sekiranya bekerja Nelayan 1 0.3 Buruh kasar 6 1.9 Persendirian 80 25.8 Suri rumah 20 6.5 Lain-lain 1 0.3 Tiada 153 49.4 <RM 500 20 6.5 RM 600-700 20 6.5 RM 800-900 23 7.4 RM 1,000-1,100 19 6.1 RM 1,200-1,300 16 5.2 RM1,400-RM1,500 4 1.3 Jika bekerja, berapakah gaji bulanan anda? RM 1,600-1,700 4 1.3 RM 1,800-1,900 7 2.3 RM 2,000-2,100 4 1.3 RM 2,400-2,500 4 1.3 RM 2,600-2,700 1 0.3 RM 2,800-2,900 4 1.3 RM 3,000 > 31 10.0 Ya 260 83.9 Adakah anda pemastautin tetap? Tidak 50 16.1 Tiada 256 82.6 Kuala Lumpur 5 1.6 Kelantan 29 9.4 Sarawak 1 0.3 Terengganu 7 2.3 Johor 2 0.6 Jika (tidak), anda berasal dari mana? Perak 2 0.6 Pahang 1 0.3 Melaka 2 0.6 Kedah 1 0.3 Selangor 2 0.6 Negeri Sembilan 2 0.6 Tiada 42 13.5 < 1 tahun 6 1.9 2-5 tahun 7 2.3 Jika (ya), berapa lama anda menetap di kawasan 6-10 tahun 6 1.9 ini? 11-15 tahun 15 4.8 16-20 tahun 48 15.5 21 tahun > 186 60.0

Apakah jenis tempat kediaman anda? Berapakah bilangan tanggungan ahli keluarga? Apakah jenis perkhidmatan awam yang anda guna? Sila tanda lebih dari satu Tiada 1 0.3 Rumah teres 39 12.6 Rumah papan 199 64.2 Rumah flat 15 4.8 Rumah Banglo 48 15.5 Asrama 7 2.3 Rumah sewa 1 0.3 Tiada 160 51.6 1 org 22 7.1 2 org 20 6.5 3 org 27 8.7 4 org 19 6.1 5 org 17 5.5 6 org 21 6.8 7 org 9 2.9 8 org 5 1.6 9 org 3 1.0 10 org 4 1.3 11 org 1 0.3 12 org 1 0.3 15 org 1 0.3 Institusi pendidikan 85 27.4 Hospital 34 11.0 Pusat hiburan 1 0.3 Bekalan elektrik 156 50.3 Bekalan air 7 2.3 Pengangkutan awam 2 0.6 Balai polis 5 1.6 Tempat beribadat 20 6.5 5.2 Persepsi masyarakat terhadap pelancong melalui aplikasi teori Doxey. Ya Tidak 350 300 250 200 150 100 50 0 252 58 295 239 71 15 302 275 35 8 282 300 306 275 291 299 298 240 203 107 70 28 35 10 4 19 11 12 Rajah 5.1 Tanggapan terhadap pelacong Berdasarkan kepada persepsi masyarakat yang pertama iaitu adakah PBR menyumbang kepada pembangunan pelancongan dan masyarakat? mendapati jumlah kekerapan untuk kenyataan Ya adalah seramai 252 orang (81.3%), dan seramai 85 orang yang menyatakan Tidak iaitu bersamaan dengan 18.7 peratus. Setelah ditanya tentang PBR, rata-rata

responden menyatakan bahawa mereka tidak bergantung kepada PBR dalam kehidupan mereka iaitu seramai 239 orang bersamaan dengan 77.1 peratus, manakala responden yang bergantung kepada PBR adalah seramai 71 orang (22.9%). Walau bagaimanapun, penduduk setempat juga rata-ratanya bersetuju bahawa mereka suka dengan kehadiran pelancong iaitu (N = 295, 95.2%). Namun begitu, bilangan responden yang tidak suka akan kehadiran pelancong adalah amat sedikit iaitu (N = 15, 4.8%). Untuk soalan seterunya, responden yang mengalu-alukan kedatangan pelancong sedikit mengalami penurunan berbanding dengan responden yang suka akan kehadiran pelancong iaitu (N = 275, 88.7%). Tetapi seramai (N = 35, 11.3%) responden yang tidak mengalualukan kedatangan pelancong di kawasan mereka. Menurut data yang dikumpul menyatakan bahawa responden setuju atau berkata Ya bahawa pelancong yang datang dikawasan tersebut menghormati masyarakat mereka iaitu (N = 302, 97.4%). Terdapat juga yang menyatakan bahawa pelancong tidak menghormati mereka iaitu seramai 8 orang bersamaan dengan 2.6 peratus. Selain itu, seramai (N = 282, 91.0%) orang reponden yang menyatakan Ya iaitu mereka setuju atau suka jika pelancong berbelanja lebih di tempat mereka, manakala segelintir penduduk seramai 28 orang tidak suka iaitu bersamaan denga 9.0 peratus. Apabila responden ditanya samada mereka pernah ataupun tidak pernah mendapatkan keuntungan daripada pelancong dengan menjual barang rata-rata mereka menyatakan Tidak pernah iaitu seramai (N = 203, 65.5%). Selebinya menyatakan mereka pernah mendapatkan keuntungan daripada pelancong dengan menjual barang-barang tertentu iaitu seramai (N = 107, 34.5%). Walau bagaimanapun, responden yang menyatakan bahawa mereka risau jika pelancong datang beramai-ramai adalah seramai 70 orang iaitu bersamaan dengan 22.6 peratus, manakala responden yang tidak risau adalah seramai 240 orang atau 77.4 peratus. Jika data diatas diteliti, mustahil bahawa mereka tidak mengalami ganguan yang disebabkan oleh pelancong. Ini menunjukkan rata-rata mereka tidak mengatakan yang kedatangan pelancong telah menyebabkan kawasan mereka menjadi sesak atau kesesakan lalu-lintas. Seramai 275 orang atau 88.7 peratus yang menyatakan tidak tentang kesesakan ini. Bagi yang menyatakan pelacong pernah menyebabkan kawasan mereka menjadi sesak adalah seramai 35 orang atau bersamaan dengan 11.3 peratus. Ini menunjukkan mereka masih lagi dalam proses pembangunan dalam sektor pelancongan di tempat mereka. Dalam soalan yang menyatakan bahawa pelancong pernah mengganggu kehidupan masyarakat setempat merupakan soalan yang berbentuk krisis. Bagi mereka yang mengatakan pernah adalah seramai 10 orang atau 3.2 peratus sahaja, manakala yang minyatakan tidak pernah adalah seramai 300 orang iaitu bersamaan dengan 96.8 peratus. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat setempat kurang diganggu oleh pelancong selama ini dan hanya segelintir sahaja. Pada pendapat mereka, responden yang menyatakan bahawa pernah bergaduh dengan responden hanya 4 orang (1.3%), manakala yang selebihnya tidak pernah bergaduh iaitu (N = 306, 98.7%). Akan tetapi, 19 orang responden pernah bergaduh dengan pelancong, manakala 291 orang tidak iatu 93.9 peratus. Mereka juka memberi respon akan berpindah seramai 11 orang dan 299 orang tidak, dan rata-rata peratusan mereka adalah 3.5 dan 96.5 peratus. Jika dibandingkan dengan jumlah bergaduh dengan pelancong, kekerapan untuk pernah menghalau pelancong adalah seramai 12 orang iaitu bersamaan denga 3.9 perataus, dan seebihnya tidak pernah memulau pelancong. 5.3 Tahap kesan iritasi pelacongan

Teori Doxey + Ya Tidak Expon. (Ya) Keghairahan Perasaan Sikap acuh tak acuh - Iritasi Percanggahan Pemulauan Rajah 5.2 Tahap iritasi pelancongan Melalui aplikasi teori ini, dapatan kajian menunjukkan tahap iritasi berada pada tahap kehgairahan atau permulaan bagi tahap pelancongan. 5.4 Jenis kesan positif dan kesan negatif Pasir Belanda Resort terhadap sosiobudaya masyarakat. Jadual 5.2 Persepsi kesan positif dan negatif penduduk setempat terhadap PBR Persepsi kesan positif dan negatif PBR memperbaiki kualiti hidup masyarakat PBR memudahkan pelawat bermesyuarat (pengalaman pendidikan) Tidak setuju Kurang setuju Neutral Setuju Sangat setuju K % K % K % K % K % 16 5.2 21 6.8 74 23.9 124 40.0 75 24.2 14 4.5 22 7.1 78 25.2 129 41.6 67 21.6 PBR menggalakkan perubahan positif dalam adat resam masyarakat PBR menggalakkan pertukaran budaya masyarakat dengan pelancong PBR meningkatkan kefahaman masyarakat yang berbeza PBR mengekalkan identiti budaya penduduk tempatan 12 3.9 27 8.7 128 41.3 115 37.1 28 9.0 25 8.1 27 8.7 78 25.2 135 43.5 45 14.5 9 2.9 10 3.2 80 25.8 121 39.0 90 29.0 4 1.3 37 11.9 60 19.4 148 47.7 61 19.7

PBR meningkatkan permintaan untuk mempamerkan sejarah dan budaya masyarakat PBR memupuk masyarakat bertoleransi dalam perbezaan sosial PBR memenuhi keperluan psikologi (kesempurnaan diri dan dihargai oleh PBR & pelancong) PBR memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat PBR membenarkan aktiviti minum di bawah umur 18 tahun PBR menyebabkan jenayah dadah dan pelacuran PBR menyumbang penyeludupan manusia PBR menyebabkan penggunaan bahasa dan budaya yang kasar PBR menyebabkan perubahan gaya hidup ala kebaratan PBR menyebabkan penduduk menjadi sasaran untuk pembangunan pelancongan PBR menyebabkan perubahan negatif dalam nilai-nilai dan adat resam PBR mengganggu kepada aktiviti kekeluargaan dan masyarakat PBR menyebabkan perubahan struktur sosial PBR memudaratkan dalam hubungan politik dan hubungan orang awam serta alam sekitar 12 3.9 10 3.2 72 23.2 152 49.0 64 20.6 6 1.9 20 6.5 62 20.0 169 54.5 53 17.1 3 1.0 12 3.9 116 37.4 129 41.6 50 16.1 13 4.2 19 6.1 67 21.6 158 51.0 53 17.1 179 57.7 74 23.9 47 15.2 9 2.9 1 0.3 191 61.6 74 23.9 35 11.3 8 2.6 2.6 192 61.9 68 21.9 45 14.5 4 1.3 1.3 166 53.5 98 31.6 32 10.3 12 3.9 2 0.6 168 54.2 79 25.5 50 16.1 11 3.5 2 0.6 148 47.7 70 22.6 70 22.6 19 6.1 3 1.0 177 57.1 80 25.8 42 13.5 8 2.6 3 1.0 171 55.2 80 25.8 49 15.8 8 2.6 2 0.6 169 54.5 69 22.3 64 20.6 7 2.3 1 0.3 175 56.5 74 23.9 53 17.1 7 2.3 1 0.3 Persepsi masyarakat terhadap PBR terhadap kenyataan tidak setuju yang paling tinggi bagi kenyataan PBR menyumbang penyeludupan manusia iaitu seramai 192 orang bersamaan dengan 61.9 peratus. Selain itu, untuk kenyataan kurang setuju pula seramai 98 orang atau 31.6 peratus yang kurang setuju bahawa PBR menyebabkan penggunaan bahasa yang kasar. Bagi neutral pula, seramai 128 orang atau 41.3 peratus yang neutral terhadap kenyataan PBR menggalakkan perubahan positif dalam adat resam masyarakat. Walau bagaimanapun, angka tertinggi untuk respon setuju adalah seramai 169 orang atau 54.5 peratus terhadap kenyataan PBR memupuk masyarakat yang bertoleransi dalam perbezaan sosial. Seterusnya, seramai 90 orang (29.0%) yang sangat setuju terhadap kenyataan PBR meningkatkan kefahaman masyarakat yang berbeza. 6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN Persepsi masyarakat tempatan terhadap pembangunan pelancongan resort sering kali ada dalam kalangan masyarakat tempatan. Walau bagaimanapun, mereka cenderung untuk mewujudkan industri pelancongan yang berasaskan resort untuk memberi kemudakan kepada pelanconga dan sebagai sumber pendapatan. Dalam hal ini, pemilik atau pengusaha resort semestinya mendalami ilmu tentang pengurusan pelancongan yang boleh memberi panduan kepada pengusaha resort untuk mendapatkan keuntungan disamping dapat menjaga hubungan sosial dan amalan budaya yang berterusan. namun begitu, sesebuah destinasi pelancongan di Kampung Bangol bukan sahaja melibatkan seni bina resort yang mengekalkan unsur seni

bina Melayu, akan tetapi di sekeliling resort tersebut terdapat pelbagai produk budaya yang menjadi tarikan pelancong. Produk budaya ini adalah bersifat boleh sentuh (tangible) yang menjadi kayu ukur kepada masyarakat tempatan untuk mempamerkan kekayaan budaya mereka. Namun begitu, produk budaya yang mereka pamerkan haruslah dijaga keasliannya supaya produk tersebut tidak hilang nilainya. Oleh itu, pengusaha resort seharusnya mengehadkan jumlah dan tempoh menginap kepada pelancong supaya tidak terlalu sibuk yang boleh menyebabkan kesan demostrasi terhadap masyarakat. RUJUKAN Bogahawatte, C. (n.d.). Socio-cultural impacts of tourism. Dicapai dari http://si.archaeology.lk/materials/socio-cultural-impact-of-tourism.pdf Weaver, D. & Lawton, L. (2010). Tourism management. 4 th Edition. Milton. John Wiley & Sons Australia, Ltd. Kreag, G. (2001). The impacts of tourism. University of Minnesota. Dicapai dari http://www.seagrant.umn.edu/tourism/pdfs/impactstourism.pdf. Mill, R. C. (1990). Tourism the international business. New Jersey. Prentice-Hall, Inc. Mill, R. C. & Morrison, A. M. (1984). The tourism system. New Jersey.Prentice-Hall, Inc. Alfta., A, S. Hassan., & K, A. Ku Hassan. (2009). Resort Architecture in Langkawi, Malaysia. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia. Winter. (2008). Demostration effect. UNBC oudoor recreation & tourism management. Dicapai dari http://www.unbc.ca/assets/outdoor_recreati-on_tourism_management/- new_courses/demonstration_effect.pdf.