Memahami Emosi Watak dalam Gambar Bersiri Melalui Kaedah Berfikir Secara Lateral

Similar documents
KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

Penulisan Kreatif yang Cemerlang

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

counselling2u.uitm.edu.my

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH BEACON

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

Kata kunci: kemahiran mendengar, pasangan minimal, Perceptual Assimilation Model, diskriminasi, perisian PRAAT.

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

PENGGUNAAN MODEL PENGUKURAN RASCH MANY-FACET (MFRM) DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERASASKAN PRESTASI

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

Teori Behavioris. Pelopor Pelaziman Klasik : Watson Pavlov Thorndike Skinner Albert Bandura (Neo-Behaviorist)

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

Katakunci : kecederaan atlet silat

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

TAJUK : 3 TEORI PEMBELAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

TERAPI MUZIK. Pengenalan

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

(A) Ahad & Selasa Sun. & Tue. (B) Isnin & Rabu Mon. & Wed. Teras Kesukarelawanan / Volunteership Core

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI


KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih.

Walkability in Campus, Case study of University Technology Malaysia SAMAN JAVAN FARD

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

Mohamad Harkimi, Julismah Jani & Saidil Mazlan Abdul Razak Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI ABSTRAK

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

PROBLEMS FOR CHAPTER 2 - PRESSURE. Question 1

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

Guide for Activity Report Panduan untuk Laporan Aktiviti

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

DEVELOPMENT OF PADDED BANDANA FOR TAKRAW PLAYERS MUHAMMAD AZRI BIN MOHD RAZI

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

PENGISYTIHARAN PUTRAJAYA SEBAGAI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

Krisis Subprima dan Kemeruapan Harga Saham Mengikut Sektor Ekonomi di Bursa Malaysia

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam

KEFAHAMAN BERAGAMA DAN PROSES TRANSFORMASI HUBUNGAN PASANGAN DALAM PERKAHWINAN

COMMUNICATION I. Kesan Penggabungan Germplasma Jagung dari CIMMYT (Rattray Arnold) dengan Germplasma Jagung Tempatan (Jagung Kumpit) ^

ANALISIS LAKUAN BAHASA DIREKTIF GURU PELATIH DALAM KOMUNIKASI DI BILIK DARJAH

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

ANALYSIS THE PERFORMANCE OF UNSIGNALIZED INTERSECTION BASED ON GAP ACEPTANCE STUDIES

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Transcription:

09 Memahami Emosi Watak dalam Gambar Bersiri Melalui Kaedah Berfikir Secara Lateral Farizan Mohamed Amin farizan_b_md_amin@moe.edu.sg Ghazali Mohamed Ibrahim ghazali_b_md_ibrahim@moe.edu.sg Sekolah Rendah Townsville Abstrak Murid-murid seringkali berhadapan dengan masalah mengesan emosi yang tepat bagi watak-watak yang terkandung dalam gambar bersiri. Selain itu, murid didapati mempunyai kesukaran menjelaskan sebab pembentukan emosi-emosi tersebut. Tambahan lagi, murid mempunyai kesukaran mengaitkan gerak tubuh manusia yang terpapar dalam gambar dengan emosi tertentu. Kajian ini mengkaji bagaimana murid dapat memahami emosi watak dalam penulisan gambar bersiri. Bagi menyokong kajian ini kaedah akronim seperti SAMMBoB dan PAGMaD telah diperkenalkan kepada murid. Analisis kuantitatif dan kualitatif juga telah digunakan untuk melihat keberkesanan strategi ini. Dapatan kajian menunjukkan pemikiran secara lateral melalui rutin berfi kir Lihat-Fikir-Tanya, murid-murid telah menunjukkan peningkatan dari segi prestasi pascaujian mereka. Kata Kunci: teknik penulisan, SAMMBoB, strategi pemikiran secara lateral, emosi, watak 128 PAPER 9 (pages 128-139)-CC.indd 128

PENGENALAN Edward de Bono (1970) mengatakan bahawa pemikiran lateral (Lateral Thinking - LT) sebenarnya berkaitan dengan proses penglahiran idea-idea baharu. Malah, beliau menambah bahawa pemikiran lateral ialah kemahiran kreatif yang boleh memanfaatkan atau memberikan faedah kepada masyarakat secara umum. Tambahan lagi, LT ialah satu kaedah penyelesaian masalah yang menggunakan daya imaginasi dan memahami emosi bukan secara konvensional atau tradisional. Ia merupakan cara pemikiran yang menitikberatkan pelbagai jenis jawapan bagi mencipta idea-idea baharu. Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (1996) berpendapat,...kita tidak akan dapat menggali lubang-lubang baharu di tempat-tempat lain jika kita asyik menggali lubang yang ada supaya lebih dalam lagi. Hal di atas menggambarkan bahawa perlu ada kesedaran untuk menjana idea-idea baharu dengan pemikiran yang bukan konvensional dan juga memahami emosi sesebuah watak. Untuk seseorang itu berfi kir, perlu ada daya imaginasi yang bukan konvensional bagi mencipta sesuatu yang baharu. Edward de Bono (1977) telah memperkenalkan banyak teori berdasarkan pemikiran lateral. Beliau juga menyarankan banyak alat berfi kir untuk mengatasi sesuatu permasalahan dengan lebih cekap dan berkesan. Contohnya, dalam CoRT (Cognitive Research Trust), yakni salah satu teknik alat berfi kir yang telah diperkenalkan oleh beliau. Antaranya ialah PMI (Plus, Minus, Interesting), CAF (Consider All Factors), OPV (Other People s Views) dan sebagainya. Edward de Bono dalam (Jill Jenson, 2012, p76) membezakan pemikiran kepada dua, iaitu: 1. Pemikiran secara vertikal atau pemikiran secara tradisional (Vertical Thinking or Traditional Thinking) 2. Pemikiran secara lateral (Lateral Thinking). Pemikiran secara lateral melibatkan seseorang itu untuk melihat masalah daripada sudut yang berbeza bagi menjana idea dan mencari jalan. Antara sudut yang berbeza juga adalah merupakan paparan memahami emosi watak yang menggerakkan sesebuah cerita. Ron Ritchhart and David Perkins (2008), pula dalam Making Thinking Visible atau Menjadikan Pemikiran Jelas mengetengahkan rutin berfi kir yang berlandaskan enam prinsip utama. Terdapat beberapa alat berfi kir secara visible 129 PAPER 9 (pages 128-139)-CC.indd 129

yang telah dikaji oleh Ron Ritchhart and David Perkins berserta para pengkaji kumpulan mereka. Antara yang mereka bincangkan ialah, Headlines (Tajuk Utama), Connect-Extend-Challenge (Kaitkan-Luaskan-Cabar), dan See-Think- Wonder (Lihat-Fikir-Tanya). Bagi tujuan kajian ini yang mendalami learning is a consequence of thinking, pengkaji mendapati bahawa alat yang lebih sesuai kepada kumpulan sasaran ialah See-Think-Wonder (Lihat-Fikir-Tanya) atau LFT. Tujuan berfi kir secara rutin yang menggunakan strategi LFT ini, adalah untuk: 1. menggalakkan murid-murid membuat pemerhatian dengan teliti dan mengintrepretasi perkara-perkara yang mereka fi kirkan; 2. membantu untuk merangsang pemikiran murid-murid bagi menjana rasa ingin tahu; dan 3. memberikan wahana untuk pemikiran inkuiri. PERNYATAAN MASALAH Murid-murid sering kali berhadapan dengan masalah mengesan emosi yang tepat bagi watak-watak yang terkandung dalam gambar bersiri. Selain itu, murid didapati mempunyai kesukaran menjelaskan sebab pembentukan emosi-emosi tersebut. Tambahan lagi, murid mempunyai kesukaran mengaitkan gerak tubuh manusia yang terpapar dalam gambar dengan emosi tertentu. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah seperti yang berikut: 1. untuk memahami emosi watak dalam gambar bersiri; 2. untuk membantu murid membuat pemilihan perkataan yang paling tepat dan berkesan berdasarkan konteks; dan 3. untuk memantapkan hasil penulisan dengan berfi kir secara lateral bagi menyerlahkan idea murid. KAJIAN LEPAS Menurut Ohamn dan Soares (1998), terdapat kaitan erat antara mekanisme emosi yang tidak disedari, harapan yang disedari, dan respons anatomi terutama emosi takut. Manusia akan bertindak sesuai dengan interaksi antara ketiga-tiga hal ini. 130 PAPER 9 (pages 128-139)-CC.indd 130

Widner dan Smith (1996) meneliti pengujian feeling-of-knowing (FOK) sebagai dasar pertimbangan dalam eksperimen. Mereka mengatakan bahawa FOK lebih tepat apabila maklumat tugasan yang berkaitan disatukan dengan pertimbangan. Penelitian mereka ini menunjukkan bahawa proses kognitif juga perlu mewujudkan rasa mengerti atau memahami. Istilah rasa mengerti seperti yang dijelaskan oleh Johana (1998) menunjukkan bahawa proses kognitif ada kaitan dengan deria rasa. Hal ini dijelaskan lagi dalam penggunaan bahasa yang juga merupakan proses kognitif. Pemilihan leksikon dipengaruhi oleh emosi subjek yang diteliti. Subjek yang sedang berasa sedih akan cenderung memilih kata yang sedih jika dibandingkan dengan subjek yang berasa gembira dalam situasi yang kurang jelas. (Halberstadt, Niedenthal dan Kushner (1995). Goleman (1996) menjelaskan pelbagai aspek kehidupan yang memerlukan kecerdasan emosi. Di dalam penulisannya beliau mengatakan mengenai berbagai penelitian untuk membuktikan bahawa kecerdasan emosi sangat berpengaruh dalam kehidupan sehari-hari. Awal kajian membincangkan tentang kegunaan emosi dan anatomi emosi. Namun, kajian-kajian lanjutan menjelaskan bahawa reaksi emosi tertentu dapat digunakan untuk menggambarkan petanda atau kewaspadaan untuk bertindak dengan lebih berhati-hati. Ekspresi wajah memberikan maklumat tentang suasana emosi seseorang individu. Untuk mengesan emosi yang tepat terhadap watak-watak di dalam gambar bersiri boleh menjadikan satu tahap cabaran kepada murid-murid. Menurut Wierbicka (1995), seorang ahli bahasa yang membuat penelitian emosi, mengatakan bahawa ekspresi marah, takut, jijik, sedih, ataupun gembira adalah khusus berpusatkan kepada bahasa yang dikuasai atau diperoleh dan budaya kehidupan seseorang. Ekspresi-ekspresi yang ada tidak dapat menunjukkan kesamaan universal bagi melahirkan ucapan. Ia menunjukkan bahawa berbagai emosi dapat dikenal pasti dalam senario kognitif. Semuanya dapat dikaitkan dengan cara-cara senario kognitif tersebut diungkapkan dalam istilah konsep manusia universal. Russell dan Sato (1995) mengungkapkan hal yang sama dengan Wierbicka (1995) bahawa kata-kata di dalam bahasa Inggeris seperti happy, sad, angry dan afraid menunjukkan taksonomi keadaan emosi. 131 PAPER 9 (pages 128-139)-CC.indd 131

KAEDAH KAJIAN Bagi mencapai objektif pengajaran, kaedah pengajaran secara eksplisit dijalankan selama lima minggu yang terdiri daripada lima peringkat, iaitu (1) peringkat praujian, (2) pengenalan topik tentang emosi (Teknik PAGMaD), (3) penerapan LFT yang berkaitan dengan perasaan, (4) latihan ayat menggunakan Teknik PAGMaD yang memberikan fokus kepada ayat-ayat Perasaan (5) pascaujian dan (6) penutup. Subjek Kajian Subjek kajian terdiri daripada murid-murid Darjah 5 Bahasa Melayu yang mempunyai keupayaan pembelajaran yang berbeza-beza, iaitu murid-murid berkeupayaan tinggi, sederhana dan lemah. Jumlah keseluruhan murid yang terlibat ialah 17 orang murid daripada Darjah 5. Kumpulan sasaran ini dipilih kerana guru mendapati murid-murid perlu menggunakan gambar bersiri dalam penulisan mereka. Kajian ini menggunakan gambar bersiri yang serupa sebagai instrumen kajian bagi keselarasan. Murid-murid didapati berhadapan dengan masalah untuk mengesan emosi yang tepat bagi watak-watak yang terkandung dalam gambar bersiri. Selain itu, murid juga didapati mempunyai kesukaran menjelaskan sebab pembentukan emosi-emosi tersebut. Tambahan lagi, murid mempunyai kesukaran mengaitkan gerak tubuh manusia yang terpapar dalam gambar dengan emosi tertentu. Instrumen Kajian Murid-murid dinilai berdasarkan kebolehan mereka berfi kir untuk mengesan emosi yang tepat bagi watak-watak yang terkandung dalam gambar bersiri. Seperti yang dijelaskan Lateral Thinking ialah satu cara penyelesaian masalah yang menggunakan daya imaginasi dan memahami emosi bukan secara konvensional atau tradisional. Murid-murid menggunakan rutin berfi kir LFT bagi mengesan emosi di dalam watak gambar bersiri yang diberi. Prosedur Kajian Kajian ini dijalankan selama lima minggu dan mengambil tiga waktu pengajaran pada setiap minggu selama 90 minit bagi setiap waktu pengajaran. 132 PAPER 9 (pages 128-139)-CC.indd 132

Pada minggu pertama, murid diberikan satu set gambar bersiri sebagai praujian. Kemudian, murid diminta untuk menulis tentang seberapa banyak ayat yang berkaitan dengan emosi watak di dalam gambar. Rajah 1: Gambar Bersiri Pada minggu kedua, murid melakukan aktiviti-aktiviti bagi mengenal perasaan melalui teknik PAGMaD. Terdapat empat jenis perkataan emosi (Sedih, Gembira, Cemas, Perasaan yang negatif) untuk murid-murid membincangkan kolokasi antara satu perkataan dengan yang lain. Strategi adalah kesan daripada Ron Ritchhart and David Perkins yang menetapkan enam prinsip utama di dalam Visible Thinking. Antaranya ialah learning is a consequence of thinking. Rajah 2: Pakej Pembelajaran Berkaitan Perasaan: Contoh Paparan Pengajaran Pada minggu ketiga, murid-murid menggunakan strategi LFT dengan mengikuti langkah-langkah berikut: 1. Berikan satu sahaja gambar bersiri kepada murid-murid. 2. Bertanya kepada mereka tentang apakah yang mereka sedang fi kirkan 133 PAPER 9 (pages 128-139)-CC.indd 133

dan apakah pemerhatian awal mereka. 3. Galakkan murid memberikan alasan-alasan yang sesuai tentang interpretasi mereka mengenai gambar tadi. 4. Galakkan murid berfi kir tentang topik atau konteks gambar tersebut. 5. Galakkan murid berbincang bersama kumpulan tentang gambar tersebut. 6. Perkenalkan strategi LFT kepada murid di dalam kumpulan. Namun, mereka digalakkan menulis respons mereka secara individu. 7. Guru perlu merancah pemikiran rutin melalui strategi LFT ini satu per satu. 8. Guru memberi peluang kepada murid untuk mendengar atau melihat respons murid. 9. Berkongsi respons murid sama ada secara verbal atau visual. 10. Guru membuat kesimpulan tentang pengajaran tersebut. Rajah 3: Templat Kajian LFT 134 PAPER 9 (pages 128-139)-CC.indd 134

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 1 Murid-murid diberi gambar bersiri yang pertama untuk menggarap pemikiran mereka dengan menyenaraikan ekspresi emosi watak dan juga emosi-emosi yang berligar di sekitaran watak (di luar persekitaran watak). Langkah 2 Dengan gambar yang sama, murid-murid diminta untuk mendalami pemikiran tentang sebab mereka memilih perkataan yang berkaitan dengan emosi watak tersebut. Langkah 3 Langkah 3 Murid-murid cuba untuk menyoal emosiemosi lain daripada yang dipilih sewaktu Langkah 1 dan Langkah 2 sama ada emosiemosi lain juga berkolokasi. Pada minggu keempat, murid-murid mempelajari tentang ayat-ayat perasaan (i) sebelum melakukan aksi; (ii) semasa melakukan aksi; dan (iii) selepas melakukan aksi. Di samping itu, murid-murid merujuk templat LFT bagi membina ayat-ayat perasaan di dalam pakej berikut: Jadual 1 : Pakej Pembelajaran (Perasaan) : Contoh Pakej Pengajaran S/N sebelum semasa selepas 1. Kassim berasa ghairah hendak makan. 2. Kassim berasa takut hendak berjumpa ayah. Ali berasa gembira ketika dirinya dipuji. Raj berasa sedih ketika dirinya diejek. Lily berasa bangga setelah dirinya dipuji oleh Ibunya. Lily berasa hampa setelah dirinya ditipu oleh sahabatnya. 135 PAPER 9 (pages 128-139)-CC.indd 135

Pada minggu kelima, murid-murid diberi latihan ujian bagi menerapkan hasil perbincangan dengan menggunakan rutin berfi kir LFT dan ayat-ayat perasaan dengan menggunakan sebuah gambar bersiri yang serupa. Murid-murid didapati lebih bersedia dan bersahaja dengan menulis ayat-ayat perasaan mereka selepas menjalani proses pemikiran tersebut. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Setelah menganalisis dan membandingkan respons murid terhadap ayat-ayat perasaan untuk memahami emosi watak, melalui data praujian dan pascaujian, terdapat peningkatan markah yang agak ketara. Analisis Kuantitatif Dengan merujuk Carta Palang 1 dan Carta Palang 2, data analisis menunjukkan markah murid dalam praujian dan pascaujian yang dijalankan. Melalui analisis data praujian, hanya 53% orang murid sahaja yang lulus dan 47% orang murid gagal. Dapatan pascaujian membuktikan bahawa terdapat peningkatan dari segi analisis kuantitatif. Dengan merujuk Carta Palang 2, hanya 18% orang murid sahaja yang gagal dan terdapat 82% orang murid yang lulus dengan peningkatan markah yang agak baik. Jika dibandingkan markah praujian dengan pascaujian, peningkatan yang paling ketara ialah M58, iaitu sebanyak 6 markah. Tambahan lagi, terdapat 30% orang murid yang menunjukkan prestasi yang baik, iaitu peningkatan sebanyak 5 markah jika dibandingkan dengan markah praujian melalui Kod Pelajar M59, M511, M512, M514, M515. Rajah 4: Carta Palang 1 Markah Murid bagi Praujian 136 PAPER 9 (pages 128-139)-CC.indd 136

Rajah 5: Carta Palang 2 Markah Murid bagi Pascaujian Analisis Kualitatif Dapatan awal mendapati bahawa murid-murid memahami emosi watak. Namun, mereka menghadapi kesukaran untuk menggambarkan melalui perkataanperkataan yang lebih tepat dan pelbagai. Mereka hanya mampu untuk menggunakan gambaran emosi yang mudah-mudah. Setelah menggunakan rutin berfi kir LFT dan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid didapati memberi respons yang amat positif. Mereka mampu untuk memahami emosi watak dalam gambar bersiri dengan lebih kukuh. Namun demikian, terdapat juga murid-murid yang masih memerlukan bantuan yang lebih berpandu dan pemantauan yang lebih dekat. Murid-murid yang mempunyai tahap keupayaan yang lemah akan meminta bantuan guru dengan lebih kerap daripada murid-murid yang boleh melakukan tugasan secara berdikari. Sila lihat beberapa contoh respons murid seperti yang berikut: Jadual 2: Contoh Respons Murid bagi Gambar 1: Gambar Bersiri 1.1 Kod Pelajar Praujian Pascaujian M58 Mereka berasa seronok. Mereka berasa sangat seronok dan senang hati kerana mereka dapat pergi memancing pada waktu lapang. M59 Adam yang kelihatan gembira sedang bercakap dengan Syafi q. Adam yang berasa senang hati sedang bercakap dengan Syafi q. 137 PAPER 9 (pages 128-139)-CC.indd 137

M511 Adam dan Syafi q gembira dapat pergi memancing. Mereka berasa senang hati kerana dapat pergi memancing bersama-sama. M512 Mereka berdua berasa riang. Mereka berdua berasa riang dan seronok kerana mereka dapat pergi memancing bersama-sama. KESIMPULAN Secara rumusan, kajian ini telah menunjukkan bahawa pemikiran lateral sebenarnya berkaitan dengan proses penglahiran idea-idea baharu. Dengan mendalami learning is a consequence of thinking, pengkaji mendapati bahawa rutin berfi kir Lihat-Fikir-Tanya atau LFT memberi wahana kepada murid-murid. Strategi tersebut dapat diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui penggunaan carta Lihat-Fikir-Tanya. Tambahan lagi, melalui kajian pengajaran ini, pengkaji menyedari kepentingan pemahaman emosi watak dan melibatkan murid untuk menjana fi kiran, iaitu pengupasan pemahaman, penggalakan proses berfi kir dan pembelajaran kendiri. Melalui analisis dapatan, murid-murid telah menunjukkan peningkatan markah yang signifi kan. RUJUKAN De Bono, E. (1970). Lateral thinking: Creativity step by step. New York: Harper and Row. De Bono, E. (1977). Lateral thinking: A textbook of creativity. Penguin Books. Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence: Why it can matter more than IQ. New York: Bantam Books. Halberstadt, J.B, Niedenthal, P.M., & Kushner, J. (1995). Resolution of lexical ambiguity by emotional state. Psychological Science, 6, 5, 278-282. Jenson, J. (2012). Developing Creativity in the Primary School. Berkshire: Open University Press. 138 PAPER 9 (pages 128-139)-CC.indd 138

Othamn, A. & Soares, J.J.F. (1998). Emotion conditioning to masked stimuli: Expectancies for aversive outcomes following non-recognised fear-relevant stimuli. Journal of Experimental Psychology: General, 127, 1, 69-82. Richards, C. J. & Anderson A. N. (2003). What Do I See? What do I Think? What Do I Wonder? (STW): A Visual Literacy to Help Emergent Readers Focus on Storybook Illustrations. Jounal Article The Reading Teacher, 56, 5, 442-444. Russell, J. A. & Sato, L. (1995). Comparing emotion words between languages. Journal of Cross-Cultural Psychology, 26, 4, 383-391. Widner, Jr. R.L. & Smith, S.M. (1996). Feeling-of-knowing judgements from the subject s perspective. American Journal of Psychology, 109, 3, 373-388. Wierbicka, A. (1995). Emotion and facial expression: A semantic perspective. Culture & Psychology, 1, 227-258. 139 PAPER 9 (pages 128-139)-CC.indd 139