KHAIDZIR HJ. ISMAIL, KHAIRIL ANWAR & HANINA H. HAMSAN PENGENALAN

Similar documents
KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF


A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

Katakunci : kecederaan atlet silat

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

counselling2u.uitm.edu.my

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID

TERAPI MUZIK. Pengenalan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

TheMind's Q'Bank - A non-profit community initiative by TheMind Association

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

Kos Perbelanjaan Perumahan dalam Kalangan Penduduk Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Sederhana di Pulau Pinang

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

POLA PERTUMBUHAN IKAN SEBAGAI PENGUKUR KUALITI EKOSISTEM SUNGAI. Ahmad Abas Kutty & M. Munajah

PERANAN SITUATIONAL FACTORS DALAM MEMPENGARUHI TINGKAHLAKU DEVIAN PARA PENYOKONG BOLASEPAK

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif

Penemuan Awal Berkaitan Pemuliharaan Bandar dalam Pembentukan Imej Bandar di Tanjong Malim, Perak

PENGGUNAAN MODEL PENGUKURAN RASCH MANY-FACET (MFRM) DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERASASKAN PRESTASI

PERSPEKTIF DAN SUMBER MAKLUMAT ISU PERUMAHAN DALAM KALANGAN PENGGUNA SABAH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Jurnal Teknologi PERBANDINGAN CIRI-CIRI SOSIOEKONOMI PENERIMA INOVASI SISTEM INTENSIFIKASI PADI DAN PROJEK ESTET PADI. Full Paper

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

ABSTRAK. di kawasan pendidikan di Malaysia. ABSTRACT. ) is very important because the air containing O 3

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

LAMPIRAN 3 M A R I N E S C I E N C E L E A D E R S H I P

Article history: Received: 1 November 2017 Received in revised form: 4 April 2018 Accepted: 16 April 2018 Published online: 30 April 2018

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010

Daya Saing Bandar Kecil: Satu Penelitian Dari Aspek Persepsi Penduduk Dalam Kawasan Majlis Daerah Tanjong Malim

Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih.

POLITIK BIROKRASI SEMASA PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) TERHADAP PROJEK PEMAJUAN PERUMAHAN KERAJAAN

Impak Pasir Belanda Resort Terhadap Pembangunan dan Perubahan Sosiobudaya Masyarakat Setempat Muhamad Khalid Bin Razali (37208)

Walkability in Campus, Case study of University Technology Malaysia SAMAN JAVAN FARD

THE EFFECTS OF CHANGES AT SIGNALIZED INTERSECTION ON THE VEHICLES EMISSION LOADING IN PARIT BUNTAR, PERAK.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

JENIS JENIS KABEL ELEKTRIK

Development of Bicycle Shift Models in Universiti Kebangsaan Malaysia Campus

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Produk Pengguna. Paling Banyak Terima Aduan. Semasa. Sidang Redaksi

Siri Selamat di Rumah dan di Luar Rumah

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Serangga 20(2): ISSN , Centre for Insects Systematic, Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

Motorist Compliance Level Towards Pedestrian Crossing in University Campus

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

Faculty of Electrical & Electronic Engineering University Malaysia Pahang

Transcription:

Malaysian Journal of Youth Studies ABSTRAK Analisis Kecenderungan Penyalahgunaan Bahan dan Peranan Faktor Keagamaan: Kajian Kes Terhadap Belia di Sebuah IPTA KHAIDZIR HJ. ISMAIL, KHAIRIL ANWAR & HANINA H. HAMSAN Kajian ini bertujuan mengenalpasti kecenderungan penyalahgunaan bahan dalam kalangan pelajar tahun pertama di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Responden terdiri daripada 1000 orang pelajar berumur antara 18 hingga 23 tahun. Tahap kecenderungan penyalahgunaan bahan telah diukur menggunakan alat pengukuran psikologi SASSI-2 (Substance Abuse Subtle Screening) yang terdiri daripada lapan subskala, iaitu: Family friends risk, Attitude, symptom, obvious attributes, subtle attributes, defensiveness, supplemental addiction measure dan correctional. Menerusi hasil psikometrik Skala SASSI-2,terdapat seramai 21 orang pelajar terbabit dalam penyalahgunaan bahan (SAD) dan sembilan orang pelajar telah dikenalpasti berada pada tahap kebergantungan dengan bahan (SDD). Selain itu, seramai 793 pelajar dikenalpasti memiliki potensi untuk terlibat dengan penyalahgunaan bahan (tahap kebarangkalian yang rendah untuk SAD) dan seramai 177 pelajar bebas dari keterlibatan ini. Dalam mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kecenderungan penyalahgunaan bahan dalam kalangan responden, analisis regresi menunjukkan sumbangan faktor keagamaan terhadap kesemua subskala pengukuran SASSI-2. Dapatan kajian ini mencadangkan program prevensi terapi spiritual mental-kognitif dan psiko-sosial terhadap subjek yang berpotensi untuk terlibat dengan penyalahgunaan bahan serta program intervensi terapi mentalkognitif dan psiko-sosial yang disertakan dengan terapi klinikal bio-fizikal dan bio-psikologikal bagi subjek yang berada pada tahap SAD dan SDD. Kata kunci: pengukuran psikometrik, belia, penyalahgunaan bahan, keagamaan PENGENALAN Isu belia dan gejala sosial bukanlah suatu permasalahan baru dalam masyarakat. Bahkan, isu ini juga merupakan isu global yang sentiasa dibincang dan dibahas oleh para pemimpin dunia dalam mencari formula menanganinya. Salah satu masalah sosial dalam kalangan belia yang agak meruncing adalah penyalahgunaan dadah. Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah. Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menangani masalah ini yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untuk membasminya. Sehubungan dengan itu, kita juga sedia maklum dengan kesan buruk akibat dari pengambilan dadah ini iaitu satu penyakit 'kronik' yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficency Virus) dan AIDS (Aquired Immune Deficency Syndrome). Di Malaysia, penyalahgunaan dadah bukan satu persoalan baru. Ia telah menjadi satu ancaman bukan sahaja kepada individu atau keluarga, malah turut menjadi satu masalah besar kepada negara (Syed Amin 1995; Mahmood 1999; Abdul Ghafar 1992; Ruslina 2004). Masalah dadah lebih ganas daripada putaran kemiskinan. Ia mengancam secara berantai bermula dari penyeludupan dan pengedaran, kemudian membawa kepada penyalahgunaan dan seterusnya penagihan dadah. Jika dilihat isu penyalahgunaan dadah yang melanda dunia khususnya negara barat pada hari ini sangat kritikal. Peningkatan kes penyalahgunaan dan penagihan dadah setiap tahun menuntut pelbagai usaha untuk memerangi gejala ini yang sememangnya berhadapan dengan dugaan dan cabaran yang begitu hebat. Apa yang lebih malang pada masa ini ialah fenomena keterlibatan pelajar pengajian tinggi sebagai penyumbang utama kepada penagihan dadah peringkat IPT sepanjang 2002 hingga Julai 2008. Penglibatan pelajar IPT ini adalah mencerminkan peranan dunia pendidikan dalam mencegah dan menangani masalah dadah ini sangat diperlukan. Salah satu yang terpenting adalah peningkatan tahap mental kognitif keagamaan di setiap bidang keilmuan, sebagai program asas yang harus diterapkan oleh seluruh IPT yang ada di negara ini (IPPBM, 2008; AADK, 2008).

Oleh Mohamad Basri Hamzah pada hari Rabu, Januari 19, 2011. Artikel - Pengenalan Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ). Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam). Penerangan Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya.begitu juga dengan mengambil minuman beralkohol bersama rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh masyarakat. Namun begitu, penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat umum. Penggunaan bahan (samada dadah atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna. Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan kesan yang merbahaya. Secara amnya kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga bunuh diri. Asas Saintifik Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak

dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnah sesuatu. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak. Faktor - Faktor Risiko Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah: Faktor biologi 1. Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan. Faktor psikososial 1. Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar. Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai. Faktor sosial

1. Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti televisyen, radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa apa yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum arak. 2. Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam dunia hiburan mampu menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa. Tekanan untuk menjalani kehidupan yang dikatakan 'berarus deras' ini sangat menggoda kepada kebanyakan masyarakat zaman ini. Tanda- Tanda dan Gejala Berikut merupakan ciri-ciri penyalahguna dadah dikesan: a) Gejala fizikal Berpeluh Meremang bulu roma Pening kepala Menggigil (tremor) b) Gejala psikologi Keresahan Insomnia - tidak dapat tidur Kerisauan

Gangguan emosi dan perasaan c) Gejala perlakuan Sentiasa ponteng kerja Penurunan prestasi kerja Digantung atau dibuang sekolah Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam Mencuri Di antara dadah-dadah yang sering disalahgunakan termasuklah kanabis (ganja), amfetamin, ekstasi dan heroin. Gejala-gejala yang biasa dipamerkan oleh penyalahguna dadah adalah: Gangguan koordinasi Mata merah Insomnia - tidak dapat tidur Hilang selera makan Penurunan berat badan Kemurungan

Cakap banyak Tidak dapat mengimbang diri Loya dan muntah Mengetap gigi dan rahang Peningkatan tenaga Kerap menggosok hidung Berpeluh berlebihan Mengantuk Menggunakan tandas terlalu lama Walau bagaimanapun, sesetengah dadah menghasilkan gejala yang khusus. Contohnya, mempamerkan simptom yang dikenali sebagai cocaine bug iaitu rasa sesuatu merayap di atas kulit. Ekstasi pula mempamerkan gejala yang ganjil iaitu rasa tersangat dahaga. Komplikasi Penggunaan dadah dan alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Alkohol terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung. Hati yang telah dirosakkan oleh alkohol kurang berupaya untuk membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul di dalam badan. Individu yang berada dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah, mengantuk, pengsan, bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Koma hepatik boleh membawa maut dan perlu dirawat dengan segera. Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun. Kuman yang berjangkit dari jarum yang tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak bernanah. Virus

hepatitis yang juga boleh merebak melalui perkongsian jarum, boleh menyebabkan kerosakan hati. Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara subkutanus (di bawah kulit) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat dan menjadikan salur venanya tersumbat. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum, ramai penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS. Penggunaan dadah yang berlebihan boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh menyebabkan gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut. Ujian - Ujian Penyalahgunaan dadah yang masih di peringkat awal jarang-jarang dapat dikesan melalui pemeriksaan fizikal. Penyiasatan yang biasa dijalankan termasuklah mengesan bahan yang disalahgunakan itu di dalam air kencing ataupun di dalam darah. Namun bagitu, ujian air kencing ini adalah tidak sensitif bagi mereka yang mengambil dadah secara bersela (tidak berterusan). Kes penyalahgunaan alkohol pula boleh dikesan pada nafas atau darah individu yang terlibat. Pengesanan pada rambut pula adalah berguna bagi mengesan dadah yang telah disalahgunakan untuk jangkamasa yang panjang. Pencegahan Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol. Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya yang dibawa oleh bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala penagihan muncul. Mengekalkan kewaspadaan terhadap tanda-tanda awal penagihan dadah atau pengalaman lampau yang boleh menjurus kepada penagihan adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat penagihan atau penagihan semula. Oleh

kerana penagihan adalah gangguan kronik yang boleh berulang, setiap individu masih memiliki risiko mengulangi semula tabiat buruk mereka ataupun membawa masalah baru dengan menggunakan bahan-bahan lain. Akhir sekali, pencegahan tertier melibatkan rawatan kesan perubatan dari dadah yang telah disalahgunakan dan membantu penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi mengatasi ketakupayaan mereka seterusnya. Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau perkembangan individu yang terlibat adalah amat penting. Sumber: Penyalahgunaan Dadah, http://www.sioloon.com/informasi-isu-terkini-f157/penyalahgunaan-dadaht8627.htm, yang diakses pada 20 Disember 2010. Read more: http://cegahdadahperak.blogspot.com/2011/01/apakah-penyalahgunaandadah.html#ixzz1p41n5n23