Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

Similar documents
KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan

Penulisan Kreatif yang Cemerlang

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH BEACON

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

Memahami Emosi Watak dalam Gambar Bersiri Melalui Kaedah Berfikir Secara Lateral

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

counselling2u.uitm.edu.my

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

Kata kunci: kemahiran mendengar, pasangan minimal, Perceptual Assimilation Model, diskriminasi, perisian PRAAT.

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih.

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

TERAPI MUZIK. Pengenalan

Katakunci : kecederaan atlet silat

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

PENGGUNAAN MODEL PENGUKURAN RASCH MANY-FACET (MFRM) DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERASASKAN PRESTASI

Guide for Activity Report Panduan untuk Laporan Aktiviti

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

Teori Behavioris. Pelopor Pelaziman Klasik : Watson Pavlov Thorndike Skinner Albert Bandura (Neo-Behaviorist)

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

Salina Binti Ramli. I/C No: Dr. Norhazilan Bin Md. Noor

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

Faculty of Electrical & Electronic Engineering University Malaysia Pahang

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

Mohamad Harkimi, Julismah Jani & Saidil Mazlan Abdul Razak Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI ABSTRAK

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

OSCC Case Study. Aplikasi Sistem Maklum Balas Sesi Latihan & Khidmat Sokongan (e- Penilaian) IAB. Agensi Kerajaan : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

TAJUK : 3 TEORI PEMBELAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

Jurnal Teknologi PERBANDINGAN CIRI-CIRI SOSIOEKONOMI PENERIMA INOVASI SISTEM INTENSIFIKASI PADI DAN PROJEK ESTET PADI. Full Paper

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

Yang Saya Hormati Saudara/Saudari Pengerusi Majlis

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN PENYEWAAN PERUMAHAN SITI NOOR FARAHANIS BINTI FADZIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

KEFAHAMAN BERAGAMA DAN PROSES TRANSFORMASI HUBUNGAN PASANGAN DALAM PERKAHWINAN

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

a) This Contest is open to all individual customers of Maybank, who are Digi subscribers and at least 18 years of age ( Eligible Participant(s) )

Siri Selamat di Rumah dan di Luar Rumah

GARIS PANDUAN IDENTITI KORPORAT & PRODUK OKTOBER 2018 PRODUCT & CORPORATE IDENTITY GUIDELINES

Jumal Kinaballl IV (1998) 58-76

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

Transcription:

20 Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan Hajjah Marzia Abdul Rahman Hajjah_marzia@moe.edu.sg Atikah Adilah Ahmad Affandi atikah_adilah_ahmad_affandi@moe.edu.sg Sekolah Rendah Fuchun Abstrak Murid Darjah 3 didapati agak sukar menulis karangan yang baik dan lengkap. Penguasaan kosa kata dan juga pengalaman mereka agak terhad untuk berupaya menjana idea bagi penulisan karangan yang baik. Kajian ini melibatkan murid Darjah 3 dan bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan Nearpod bagi meningkatkan penguasaan kosa kata dan memperkukuh cara murid menyusun jalan cerita agar murid dapat menghasilkan sebuah karangan yang baik dan bermutu. Dapatan kajian menunjukkan 93% murid meraih peningkatan lima hingga tujuh markah bagi karangan yang dihasilkan pada peperiksaan akhir tahun. Kajian ini juga diharapkan dapat meningkatkan motivasi murid dalam penulisan karangan agar mereka lebih yakin dan mahir dalam melahirkan hasil karya yang lebih menarik. Kata Kunci: Karangan, motivasi, Nearpod, kosa kata, penulisan 248 PAPER 20-21 (pages 248-267)-DD.indd 248

PENGENALAN Pengamatan tentang pencapaian murid-murid Darjah 3 dalam penulisan karangan menunjukkan bahawa rata-rata hasil penulisan mereka agak lemah kerana mereka kurang berpengalaman dalam penulisan karangan dan tidak memiliki kosa kata yang luas berkaitan gambar sebagai bahan stimulus yang diberikan. Pengalaman dan kosa kata adalah antara faktor penting untuk membantu murid menulis sebuah karangan yang baik. Guru-guru juga mendapati bahawa murid sering kali menulis idea yang berulang-ulang untuk mencapai jumlah perkataan yang ditetapkan. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan strategi dan alat bantu mengajar yang sesuai bagi menangani masalah yang dihadapi oleh murid dalam penulisan karangan. Pihak sekolah mengalu-alukan pengajaran menggunakan alat bantu mengajar seperti teknologi maklumat. Guru-guru mencari alat bantu mengajar yang paling sesuai agar dapat menyelesaikan cabaran yang dihadapi. Sejajar dengan objektif ICT Masterplan 4 bagi meningkatkan kecekapan murid dalam pembelajaran kendiri dan kolaboratif, aplikasi Nearpod telah digunakan. Aplikasi ini memberikan ruang kepada guru-guru untuk merancang pengajaran karangan secara interaktif agar pembelajaran dapat meningkatkan minat murid dan memberikan pengalaman belajar yang menyeronokkan. PERNYATAAN MASALAH Sesuai dengan hasil pembelajaran yang dinyatakan dalam kurikulum Bahasa Melayu, seseorang murid harus mampu menulis teks berdasarkan panduan atau rangsangan. Beberapa usaha telah dijalankan untuk memupuk kemahiran menulis dalam diri murid. Namun, kerana latar belakang murid berbeza-beza, murid masih memerlukan bantuan lain dalam melengkapkan tugasan menulis. Murid didapati kurang pengalaman sedia ada dalam banyak perkara dan mempunyai kosa kata yang terhad. Mereka juga kurang berkeyakinan untuk menyelesaikan tugasan menulis karangan kerana ketandusan idea. Murid dilihat tidak bermotivasi dan kurang terangsang untuk menulis karangan kerana kekurangan-kekurangan tersebut. Pengalaman sedia ada dan kosa kata mengenai cerita yang perlu ditulis penting untuk membolehkan murid melengkapkan karangan mereka. Secara tidak langsung, jika kekurangan ini 249 PAPER 20-21 (pages 248-267)-DD.indd 249

dapat diatasi, keyakinan diri dan motivasi murid dapat ditingkatkan. Melalui pemantauan dan tinjauan, murid juga didapati kurang memahami teknik pemerengganan. Murid juga sering menulis idea yang berulang-ulang untuk mencapai jumlah perkataan yang diperlukan. Kajian ini cuba menyuntik keseronokan dan kerjasama dalam pembelajaran karangan selain menggunakan peranti ipad, yang memang disukai murid. Kajian ini memberikan murid pengalaman baharu dan suasana pembelajaran yang positif. Dengan aktiviti yang disediakan, murid juga dapat meningkatkan kosa kata dan idea semasa penulisan karangan. Guru-guru juga dapat meningkatkan kemahiran mereka menggunakan alat bantu mengajar yang mereka gemari. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk: 1. melihat keberkesanan penggunaan aplikasi Nearpod bagi merangsang dan meningkatkan kemahiran murid dalam penulisan karangan; dan 2. menyediakan pengalaman simulasi melalui virtual reality (VR) yang berkaitan dengan gambar bersiri bagi membantu murid menimba pengalaman untuk meluaskan kosa kata dan idea bagi penulisan karangan. KAJIAN LEPAS Beberapa kajian telah dijalankan oleh sekolah-sekolah di Singapura dengan menggunakan aplikasi Nearpod. Kajian yang dijalankan di sekolah-sekolah tersebut mendapati bahawa aplikasi Nearpod menjadi alat rangsangan dan pembelajaran kendiri yang efektif. Aplikasi Nearpod mampu meningkatkan keinginan murid melakukan tugas tanpa memerlukan dorongan. Sikap murid amat positif apabila penggunaan ipad dan aplikasi Nearpod dijalankan. Mereka mahu mencuba melakukan aktivitiaktiviti yang dirancang. Menurut Larson (2010), McClanahan, Williams, Kennedy dan Tate (2012), Siegle (2012), alat digital dapat membuat murid lebih fokus dan memberikan 250 PAPER 20-21 (pages 248-267)-DD.indd 250

perhatian semasa belajar di dalam kelas. Alat tersebut juga dapat meningkatkan motivasi dalam diri murid untuk membaca sesebuah teks. Ini berlaku kerana murid sememangnya gemar belajar menggunakan ipad dan apabila mereka diberikan peluang tersebut, mereka lebih memberikan perhatian pada pelajaran. Larson (2010) juga mengatakan bahawa fungsi-fungsi yang terdapat dalam alat digital dapat membantu murid lebih memahami teks yang dibaca. Teks dan ilustrasi yang digunakan dapat dilihat murid pada skrin peranti mereka. Malah, mereka juga dapat mengubah saiz teks yang dilihat agar sesuai dengan keselesaan murid. Dengan yang demikian, mereka lebih terdorong untuk belajar. Delacraz (2014) pula melaporkan bahawa kajian penggunaan Nearpod menunjukkan murid lebih gemar menggunakan aplikasi tersebut kerana ia interaktif dan mempunyai ciri-ciri menghiburkan. Kajian yang dijalankan sememangnya mempunyai ciri-ciri interaktif. Murid dapat menyelesaikan aktiviti yang dirancang dan guru juga dapat menilai pembelajaran dengan efektif. KAEDAH KAJIAN Subjek Kajian Subjek kajian merupakan 30 murid Darjah 3. Murid-murid ini berada di dalam kelas yang melebihi aras kebolehan. Walaupun begitu, pengkaji berasa bahawa kumpulan murid ini mempunyai penguasaan kosa kata dan idea yang terhad khususnya ketika menulis karangan. Semasa pelaksanaan kajian, guru yang mengajar dilengkapi dengan rancangan pelajaran dan bahan-bahan pembelajaran. Rancangan pelajaran dan bahan-bahan pembelajaran telah disiapkan oleh para pengkaji bersama-sama pada tahap perbincangan. Data kajian dikumpulkan oleh para pengkaji berdasarkan sesi pemantauan di bilik darjah dan rakaman video. Data ini kemudian dianalisis sebagai dapatan. Instrumen Kajian Kajian yang dijalankan berbentuk kajian tindakan. Setelah pengkaji berbincang dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, pengkaji bersepakat untuk menggunakan ipad dan aplikasi Nearpod kerana kelebihan yang terdapat pada peralatan-peralatan ini dalam menangani masalah yang ada. 251 PAPER 20-21 (pages 248-267)-DD.indd 251

Idea dan bahan pengajaran karangan yang sedia ada telah diguna pakai kerana kesediaan bahan-bahan tersebut dan keberkesanannya. Pengkaji beranggapan terdapat keperluan untuk menyuntik keseronokan dalam pembelajaran agar murid terdorong dan terangsang untuk lebih berminat dalam menulis karangan. Dengan penggunaan ipad dan aplikasi Nearpod ini, murid dengan ghairah mengikuti dan menerima pelajaran kerana berasa seronok diberi peluang menggunakan peralatan ICT dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Semua aktiviti dijalankan menggunakan aplikasi Nearpod kerana kelebihan yang disediakan oleh aplikasi tersebut. Pengkaji juga mendapati aplikasi ini mampu meningkatkan kemahiran menulis murid kerana penilaian dan maklum balas guru diberikan secara langsung dan ini memudahkan murid untuk mengenal pasti dan memperbaik kesilapan mereka dengan segera. Prosedur Kajian Setelah setiap murid menerima ipad masing-masing, murid diberi kata laluan untuk memulakan pelajaran pada hari itu. Slaid pengajaran semuanya terdapat dalam aplikasi Nearpod dan terpapar pada skrin murid. Pengajaran diteruskan dengan mengikuti setiap slaid yang telah disiapkan. Murid diberi penerangan mengenai objektif yang hendak dicapai pada awal pembelajaran. Ini amatlah penting kerana murid perlu tahu apa yang akan mereka pelajari semasa sesi itu. Objektif yang jelas membantu murid dan guru fokus dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif yang jelas juga membantu murid memahami dan menilai pembelajaran mereka untuk memastikan bahawa mereka telah mencapai objektif tersebut pada akhir pelajaran. Sebagai induksi, murid ditunjukkan VR untuk menarik minat mereka. VR memberi pengalaman yang berbeza kepada murid. Mereka dapat melihat ilustrasi dalam sekitaran 360. Hal ini memberikan pengalaman baharu kepada murid. Murid dapat bertanyakan soalan dan menceritakan pengalaman mereka mengenai perkara-perkara yang dipaparkan. Guru boleh mencatatkan kosa kata yang mereka sarankan. Murid amat ghairah dan tidak sabar hendak memberikan kosa kata dan idea yang mereka lihat melalui VR. Secara tidak langsung, murid mampu mengaktifkan pemikiran mereka. 252 PAPER 20-21 (pages 248-267)-DD.indd 252

Murid kemudiannya diberi peluang untuk meramal dan melukiskan kejadian yang akan digunakan sebagai penutup cerita mereka. Mereka digalakkan untuk memberikan pendapat berdasarkan gambar yang diberi. Murid yang kurang pengetahuan bahasa mahupun yang agak pendiam mendapat peluang menyatakan pendapat mereka melalui lukisan tersebut. Murid lain juga mendapat idea daripada rakan-rakan mereka semasa penerangan lukisan dijalankan. Aktiviti ini menjadi kegemaran murid kerana mereka dapat melukis dan mewarnakan gambar mengikut kreativiti mereka. Dengan meramal, mereka secara tidak langsung berfi kir mengenai jalan cerita yang bakal mereka tulis. Aktiviti ini juga menggalakkan murid mengutarakan pendapat mereka secara lisan. Pada sesi ini, murid juga dilihat lebih fokus dengan tugasan dan sentiasa berfi kir untuk mengesahkan ramalan. Strategi ini juga membantu murid menghubungkaitkan pengalaman mereka. Oleh sebab aktiviti ini membolehkan murid melihat lukisan rakan yang lain, murid dapat menggunakan idea yang ada dan memperdalam pengetahuan mereka. Terdapat juga ruang untuk perbincangan dan bertukartukar pendapat bagi menggalakkan murid belajar secara kolaboratif. Pelajaran diteruskan dengan proses mengimbas kembali teknik-teknik penulisan yang telah diajarkan. Dengan cara ini, murid dapat memperkukuh kemahiran menulis dengan penggunaan teknik yang diajar. Murid juga dapat merancang dan menyusun idea atau jalan cerita bagi penulisan mereka dengan lebih sistematik. Murid dapat melihat gambaran keseluruhan plot cerita yang dibina dengan lebih jelas dan ini membantu membina keyakinan diri murid untuk melahirkan hasil karya yang baik. Oleh sebab setiap murid diberikan ipad, mereka juga dapat meneliti soalan-soalan pada skrin masing-masing dan cuba melengkapkan tugasan yang diberi mengikut tahap kemahiran mereka. Hal ini memudahkan pengajaran kerana guru dapat memberi tumpuan dan bimbingan kepada kumpulan murid yang lemah. Di samping itu, murid yang lebih bijak juga akan dapat memanfaatkan sesi pembelajaran kendiri mereka itu dengan berkesan. Murid juga digalakkan mengaplikasikan teknik-teknik meramal dan menerangkan gambar bersiri yang diberikan melalui aktiviti bekerjasama. Mereka digalakkan untuk sumbang saran kosa kata atau frasa mengenai gambar yang dipaparkan. Peluang berbincang, melihat dan membaca frasa yang dihantar atau ditulis oleh rakan-rakan menerusi aplikasi Nearpod mampu memberikan satu lagi peluang untuk murid belajar bersama rakan sebaya. Murid juga secara tidak 253 PAPER 20-21 (pages 248-267)-DD.indd 253

langsung berupaya menambah kosa kata bagi tugasan penulisan mereka. Guru akan memilih beberapa kosa kata untuk dibincangkan dan akan menggalakkan murid melakukan perkara yang sama. Seterusnya, murid mengisikan tempat kosong dalam sebuah perenggan dengan perkataan-perkataan yang diberikan. Guru menunjukkan bagaimana sesebuah perenggan isi ditulis. Murid meneliti contohan penulisan yang ditunjukkan dan berbuat serupa semasa tugasan mengarang. Guru kemudiannya membacakan perenggan yang lengkap. Guru mengulangi soalan-soalan yang perlu dijawab bagi melengkapkan bahagian perenggan yang diberikan. Kemudian murid diberi peluang untuk berbincang dalam kumpulan mengenai gambar yang ditetapkan. Setiap kumpulan perlu menulis beberapa potong ayat mengenai gambar tersebut. Setiap kumpulan hanya perlu memberi fokus pada satu bahagian sahaja. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan teknik penulisan yang telah diajarkan dan menulis perenggan bersama rakan-rakan. Hal ini penting kerana murid dapat berkongsi kekuatan dan membina kemahiran menulis mereka melalui aktiviti berkumpulan ini. Semasa sesi perkongsian, murid dapat meningkatkan kemahiran dan keyakinan berinteraksi dan belajar mengatasi masalah. Pada akhir pelajaran, guru mengimbas kembali dengan bertanyakan soalan dan memberikan fokus kepada objektif pelajaran yang telah ditetapkan. Murid juga berupaya menilai diri mereka dan melihat sejauh mana mereka telah berjaya mencapai objektif pelajaran tersebut. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Data yang dikumpulkan merupakan markah karangan yang murid raih dalam peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun. Markah peperiksaan pertengahan tahun merupakan markah sebelum murid menjalani intervensi yakni menerapkan penggunaan Nearpod sementara markah peperiksaan akhir tahun ialah markah yang murid perolehi setelah melalui proses pengaplikasian Nearpod. Terdapat peningkatan markah daripada hampir kesemua murid yang menjalani kajian. Peningkatan markah juga amat memberangsangkan. 55% murid mencatatkan peningkatan markah sebanyak 5-7 markah. 254 PAPER 20-21 (pages 248-267)-DD.indd 254

Dapatan kajian menunjukkan bahawa 93% murid pula telah mencatatkan peningkatan markah dalam peperiksaan karangan akhir tahun mereka, sementara 7% murid tidak menunjukkan perubahan markah. Dengan pencapaian yang memberangsangkan ini, pengkaji lebih yakin akan keberkesanan penggunaan Nearpod dalam pengajaran karangan untuk murid Darjah 3. Semasa menyemak hasil karangan murid, pengkaji mendapati bahawa murid telah menunjukkan kemampuan untuk menulis karangan yang lengkap dengan jalan cerita dan isi yang tidak berulang. Murid juga berupaya menggunakan semua kosa kata yang diberikan dalam penulisan mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa murid lebih yakin dan kreatif dalam usaha mereka untuk mempertingkatkan kemahiran menulis karangan. KESIMPULAN Guru-guru mendapati bahawa aplikasi Nearpod dapat digunakan secara meluas dan meliputi pelbagai kemahiran. Guru-guru telah mencuba aplikasi ini dalam pelbagai peringkat yang lain dalam usaha untuk membantu murid meningkatkan pengetahuan bahasa mereka. Pelajaran menggunakan aplikasi Nearpod telah juga diperkenalkan kepada murid Darjah 1, 2, 4 dan 6. Beberapa orang guru telah mencuba penggunaan Nearpod dalam pengajaran aspek ejaan dan lisan. Aplikasi ini terbukti dapat memenuhi keperluan murid dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah lebih menyeronokkan. Namun, seperti aplikasi yang lainnya, aplikasi Nearpod ini juga menimbulkan beberapa cabaran. Contohnya, aplikasi percuma yang digunakan hanya membolehkan guru menggunakan beberapa fungsi yang tersedia. Guru perlu melanggan aplikasi itu sebelum berupaya menggunakan fungsi aplikasi sepenuhnya. Guru dan murid juga harus bersabar kerana kadang-kala, talian Internet yang terputus-putus mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga harus mengubah cara pengajaran yang sehala dan perlu menggalakkan interaksi dalam kalangan murid. Murid ternyata lebih fokus dan terarah apabila diberi peluang melakukan pembelajaran kendiri melalui penggunaan Nearpod. Hakikatnya, guru amat berpuas hati dengan kajian yang dijalankan kerana ia telah dapat meningkatkan kemahiran murid dalam penulisan karangan mereka. 255 PAPER 20-21 (pages 248-267)-DD.indd 255

Guru yang turut menjalankan kajian ini: 1. Cg Asmidah Mohd Jailani RUJUKAN Ceri, B. Dean, Hubbell, E. Ross, Pitler, H & Stone, BJ. (2012 Classroom Instruction That Works. ASCD, Alexandria: VA Dies, M. E., and Moon, J. C. (1992). What do we want students to know? and other important questions. Educational Leadership, 38-41. Johnson, D.W. and R.T. Johnson. (1991) Learning together and alone. Engle wood Cliffs, N.J.: Prentice Hall Larson, L. C. (2010). Digital readers: The next chapter in e-book reading and response. The Reading Teacher, 64(1), 15-22. McClanahan, B., Williams, K., Kennedy, E., & Tate, S. (2012). How use of an ipad facilitated reading improvement. TechTrends: Linking Research & Practice to Improve Learning, 56(3), 20-28. 256 PAPER 20-21 (pages 248-267)-DD.indd 256