Indeks Kualiti Air (IKA) Sg. Selangor pasca pembinaan Empangan Sg. Selangor

Similar documents
KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

Kos Perbelanjaan Perumahan dalam Kalangan Penduduk Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Sederhana di Pulau Pinang

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)


DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

EAL335 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

POLA PERTUMBUHAN IKAN SEBAGAI PENGUKUR KUALITI EKOSISTEM SUNGAI. Ahmad Abas Kutty & M. Munajah

counselling2u.uitm.edu.my

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

Penemuan Awal Berkaitan Pemuliharaan Bandar dalam Pembentukan Imej Bandar di Tanjong Malim, Perak

Salina Binti Ramli. I/C No: Dr. Norhazilan Bin Md. Noor

ABSTRAK. di kawasan pendidikan di Malaysia. ABSTRACT. ) is very important because the air containing O 3

Daya Saing Bandar Kecil: Satu Penelitian Dari Aspek Persepsi Penduduk Dalam Kawasan Majlis Daerah Tanjong Malim

THE EFFECTS OF CHANGES AT SIGNALIZED INTERSECTION ON THE VEHICLES EMISSION LOADING IN PARIT BUNTAR, PERAK.

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

COMMUNICATION I. Kesan Penggabungan Germplasma Jagung dari CIMMYT (Rattray Arnold) dengan Germplasma Jagung Tempatan (Jagung Kumpit) ^

Cabaran perubahan fungsi bandar kecil dalam era globalisasi: petunjuk positif dari Tanjong Malim, Malaysia

EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

IMPAK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) KEPADA NILAI HARTA TANAH KEDIAMAN DI SETAPAK, KUALA LUMPUR SITIAYU ZUBAIDAH BINTI YUSUF

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

ANALYSIS THE PERFORMANCE OF UNSIGNALIZED INTERSECTION BASED ON GAP ACEPTANCE STUDIES

Impak Sosioekonomi dan Politik Program Perumahan Rakyat Lembah Subang, Selangor

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

THE EFFECTIVENESS OF THE CYLINDER BLOCK ON STILLING BASIN AS ENERGY DISSIPATION SYSTEM NOR FARAHIAH IBRAHIM. Report submitted in fulfillment of the

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

PERSPEKTIF DAN SUMBER MAKLUMAT ISU PERUMAHAN DALAM KALANGAN PENGGUNA SABAH

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

Jurnal Teknologi PERBANDINGAN CIRI-CIRI SOSIOEKONOMI PENERIMA INOVASI SISTEM INTENSIFIKASI PADI DAN PROJEK ESTET PADI. Full Paper

AKTIVITI MENANGKAP IKAN TUNA DI LAUTAN HINDI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)


KEPUASAN PENGHUNI TERHADAP PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI OLEH KONTRAKTOR PENYELAMAT KAJIAN KES : TAMAN PERINDUSTRIAN HIJAU, RAWANG

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

..., C t;~:~xj ')' KESANPEMBANGUNANPERUMAHANTERHADAP KUALITI HID UP PENDUDUK BANDAR LINDA ANAK ABRAHAM PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN,

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

Krisis Subprima dan Kemeruapan Harga Saham Mengikut Sektor Ekonomi di Bursa Malaysia

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

MODELLING OF MOTORCYCLE ACCIDENTS AT NON-EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE JUNCTIONS IN MALAYSIA

Jumal Kinaballl IV (1998) 58-76

TheMind's Q'Bank - A non-profit community initiative by TheMind Association

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGGUNAAN MODEL PENGUKURAN RASCH MANY-FACET (MFRM) DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERASASKAN PRESTASI

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

Impak Pasir Belanda Resort Terhadap Pembangunan dan Perubahan Sosiobudaya Masyarakat Setempat Muhamad Khalid Bin Razali (37208)

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

Penilaian awal impak perlaksanaan Dasar Perumahan Negara terhadap sektor perumahan di Kuala Lumpur

NAJMAH NAWAWI MOHD NUSI ABD. RAHMAN NOOR SHAFEEZA ZAINUDDIN NUR SYAZWANI ZAINUL ABIDIN

LJ"N1Y ERSITl MALAYSIA S.AJ3.AH

LAMPIRAN 3 M A R I N E S C I E N C E L E A D E R S H I P

Transcription:

68 Indeks Kualiti Air (IKA) Sg. Selangor pasca pembinaan Empangan Sg. Selangor Mokhtar Jaafar 1, Asmah Ahmad 1, Zaini Sakawi 1, Maimon Abdullah 2, Norela Sulaiman 2, Normukhnun Mokhtar 1 1 Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2 Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia Correspondence: Mokhtar Jaafar (email: mokhtar@eoc.ukm.my) Abstrak Kajian ke atas kualiti air Sg. Selangor telah dilakukan pada tahun 2008 bagi menentukan Indeks Kualiti Air (IKA) Sg. Selangor pasca pembinaan Empangan Sg. Selangor. Hasil kajian mendapati IKA keseluruhan Sg. Selangor berada dalam Kelas III tetapi IKA bahagian hiliran berada dalam Kelas IV. Parameter BOD dan NH4 adalah dua parameter IKA yang paling tinggi kadar konsentrasinya dalam aliran Sg. Selangor. Tahap IKA ini menunjukkan Sg. Selangor mengalami pencemaran tahap tercemar yang memerlukan rawatan air secara intensif. Kemerostan IKA Sg. Selangor pasca-pembinaan Empangan Sg. Selangor sangat dipengaruhi oleh perubahan gun tanah semasa yang berlaku dalam Lembangan Sg. Selangor terutama aktiviti pertanian, pembangunan bandar dan perumahan. Proses pemonitoran secara berterusan harus dilaksanakan bagi memastikan tahap kualiti air Sg. Selangor terus terjamin baik bagi kelangsungan aktiviti sosio-ekonomi di hiliran sungai. Katakunci: Eko-pelancongan, Empangan Sg. Selangor, IKA, Kelip-kelip, kualiti air, Laporan Terperinci Penilaian Impak Alam Sekitar Water Quality Index (WQI) of the Selangor river after the construction of the Selangor river dam Abstract A study of Sg. Selangor Water Quality Index (WQI) after the construction of Sg. Selangor Dam has been conducted in 2008. The results show that the overall WQI of Sg. Selangor may be categorized as Class III. However, the downstream part of Sg. Selangor could be categorized as Class IV. With concentrations of BOD and NH4 being the highest reported among the WQI parameters, it can be concluded that Sg. Selangor is in need of an intensive treatment to stabilise its water quality. The degradation of the river water quality could be linked to recent changes in land use within the Sg. Selangor Basin, especially with regard to agricultural activities, urban development and housing schemes. A continuous monitoring process should be implemented to ensure that Sg. Selangor can sustain the various socio-economic activities happening on the downstream part of the river. Keywords: Detailed Environmental Impact Assessment, Eco-tourism, Firefly, Sg. Selangor Dam, water quality, WQI

69 Pengenalan Pembangunan ekonomi yang pesat di Malaysia, khususnya di Negeri Selangor, sekitar 1980-an dan 1990-an telah menyebabkan peningkatan terhadap bekalan air bersih daripada pelbagai sektor terutama sektor domestik dan perindustrian. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, dan pada masa yang sama pembangunan di sekitar Lembah Kelang dan Lembah Langat semakin pesat, pembinaan sebuah empangan baru telah dicadangkan sebagai langkah jangka panjang dalam mengatasi sebarang kemungkinan masalah kekurangan bekalan air bersih pada masa hadapan. Empangan Sg. Selangor telah dibina di kawasan lingkungan Hutan Simpan Hulu Selangor, lebih kurang lima kilometer dari Bandar Kuala Kubu Baru. Empangan ini meliputi kawasan tadahan hujan seluas 600 hektar, mewakili hanya tiga peratus daripada keseluruhan kawasan tadahan hujan tersebut. Pembinaan Empangan Sg. Selangor tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Alam Sekeliling) 1987, yang memerlukan kajian Terperinci Penilaian Impak Alam Sekitar dilakukan. Selaras dengan itu, satu laporan Detailed Environmental Impak Assessment (DEIA) telah dikemukakan oleh pihak pemaju, iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) untuk penilaian. Setelah mendapat kelulusan, kerja pembinaan dimulakan pada akhir tahun 1990-an dan siap beroperasi sepenuhnya pada 2003. Laporan DEIA yang dikemukakan jelas memapar dan memberi fokus kepada pelbagai isu persekitaran (geofizikal, biologikal dan sosio-ekonomi) yang dijangka memberi impak yang signifikan terhadap pola persekitaran semasa dan jangka panjang. Pelbagai bantahan terhadap pembinaan empangan ini telah dikemukakan oleh pelbagai pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan yang melihat cadangan pembinaan Empangan Sg. Selangor akan merosak dan memusnahkan alam sekitar sedia ada. Secara umum, bantahan yang dikemukakan amat berkait dengan kebimbangan terhadap kemusnahan alam sekitar terutama di bahagian hiliran Sg. Selangor. Ini berkait rapat dengan masa depan industri eko-pelancongan kelip-kelip yang terdapat di hiliran Sg. Selangor, iaitu di Kg. Kuantan dan Kg. Belimbing. Kebimbangan ini berkait dengan kemungkinan terhadap berlakunya pencemaran air sungai, terutama semasa pembinaan empangan dan selepas empangan beroperasi. Namun begitu, kebimbangan ini cuba diredakan dengan buktibukti kajian santifik oleh perunding yang dilantik, sebagaimana terkandung dalam laporan DEIA, dengan menyatakan bahawa kualiti air Sg. Selangor akan dikawal melalui pemantauan berjadual dan secara berterusan bagi memastikan kualiti air Sg. Selangor berada pada tahap yang sewajarnya. Kini, fasa pembinaan Empangan Sg. Selangor telah berlalu dan Empangan Sg. Selangor telahpun beroperasi sepenuhnya sejak tahun 2003. Setakat yang diketahui, belum ada kajian pemantauan semula dilakukan terhadap kualiti air Sg. Selangor selepas empangan tersebut mula beroperasi. Memang diakui bahawa pihak SPLASH (Syarikat Pengeluar Air Sg. Selangor Sdn. Bhd.) bekerjasama dengan pihak LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) dan JAS (Jabatan Alam Sekitar) dalam memastikan kualiti air Sg. Selangor sentiasa dipantau dengan melakukan pelbagai langkah mitigasi dan pemantauan berterusan bagi memastikan persekitaran empangan dan aliran Sg. Selangor berada pada tahap yang memuaskan. Malah, menurut laporan terkini pihak LUAS melalui laman sawangnya (sehingga 6 Ogos 2010), kualiti air Sg. Selangor di takat loji air Batang Berjuntai hingga ke hiliran sungai berada pada Kelas II dan III (merosot) akibat daripada pembangunan pesat di Rawang dan Rantau Panjang. Walaupun pihak terbabit (sebagaimana yang dinyatakan di atas) sentiasa memantau tahap kualiti air Sg. Selangor, namun didapati belum ada kajian secara menyeluruh dilakukan bagi menilai impak perubahan kualiti air Sg. Selangor terhadap industri eko-pelancongan kelip-kelip yang terdapat di hiliran Sg. Selangor, iaitu di Kg. Kuantan dan Kg. Belimbing. Kedua-dua kawasan perkampungan ini memang sudah dikenalpasti sebagai lokasi habitat kelip-kelip yang penting, dan dalam kes Kg. Kuantan, pengembaraan kawasan kelip-kelip dikatakan telah bermula seawal tahun 1970-an lagi. Kelip-kelip Kg. Kuantan dan Kg. Belimbing yang didominasi oleh spesis kumbang Pteroptyx tener adalah serangga yang sangat unik kerana dapat mengeluarkan tiga kelipan cahaya sesaat. Namun begitu, serangga ini sangat bergantung hidup kepada sejenis

70 pokok bakau yang dikenali sebagai Sonneratia Caseolaris (Pokok Berembang) sebagai sumber makanan dan tempat tinggal. Kebimbangan terhadap kelangsungan industri eko-pelancongan kelip-kelip di hiliran Sg. Selangor berasaskan kepada beberapa senario yang dilihat boleh menjejaskan sektor tersebut untuk tempoh jangka panjang. Ia bermula dengan andaian bahawa akan berlaku pengurangan kadar aliran sungai mengikut jadual pelepasan air dari Empangan Sg. Selangor dan pengurangan ini boleh menyebabkan keupayaan untuk melengaikan bahan pencemar turut berkurang. Keadaan ini seterusnya menjadikan aliran Sg. Selangor tercemar. Pada masa yang sama, pelencongan dan pengurangan air tawar, secara perlahan-lahan dikatakan akan menyebabkan kemusnahan hutan paya bakau di hiliran sungai dan pengurangan ini juga akan turut memberi ruang kemasukan air masin dari muara sungai dan seterusnya mampu menyebabkan perubahan yang signifikan terhadap keseimbangan fizikal, kimia dan biologi akuatik. Semua ini dilihat, secara peransuransur dan dalam tempoh jangk panjang, akan memusnahkan habitat bakau, dan seterusnya boleh menamatkan riwayat industri eko-pelancongan kelip-kelip di hiliran Sg. Selangor. Maka dapatlah difahami asas kebimbangan pihak yang bimbang dengan pembinaan Empangan Sg. Selangor yang dikatakan boleh memudaratkan persekitaran hiliran Sg. Selangor. Memandangkan kelangsungan hidup kelip-kelip di Kg. Kuantan dan Kg. Belimbing sangat bergantung kepada kewujudan pokok berembang, dan pada masa yang sama pertumbuhan dan kelangsungan hidup pokok berembang sangat bergantung kepada persekitaran paya, maka sekiranya aliran Sg. Selangor tercemar, pertumbuhan pokok berembang akan terganggu dan implikasi langsungnya adalah ke atas kehidupan kelip-kelip itu sendiri yang mungkin akan merosot. Impak secara tidak langsung daripada kemungkinan kemusnahan pokok berembang dan kelip-kelip pula adalah ke atas sosio-ekonomi penduduk setempat yang bergantung hidup pada industri eko-pelancongan kelip-kelip. Namun begitu, pelbagai hujah negatif tersebut dibahaskan juga oleh pihak pemaju dan perunding dalam laporan DEIA. Antara lain, perubahan regim hidrologi Sg. Selangor, walaupun tidak dinafikan akan berlaku, namun tidak akan menghasilkan impak negatif yang keterlaluan terhadap hiliran sungai. Ekosistem bakau di hiliran Sg. Selangor pastinya, bukan sahaja akan menerima impak daripada perubahan regim hidrologi yang berpunca daripada pelepasan air daripada empangan secara berjadual tetapi penyumbang kepada kemusnahan tersebut pasti juga boleh disebabkan oleh pembangunan pesat yang berlaku di sekitar Lembangan Sg. Selangor dalam pelbagai sektor seperti pembukaan kawasan untuk pembangunan bandar, industri dan perumahan. Memandangkan keterkaitan yang sangat kuat antara kualiti air Sg. Selangor dengan habitat paya bakau berembang, kelip-kelip dan pengusaha eko-pelancongan kelip-kelip Kg. Kuantan dan Kg. Belimbing, maka kajian ke atas kualiti air Sg. Selangor perlu dilakukan. Dapatan yang bakal diperolehi dapat membantu pihak pengurusan eko-pelancongan kelip-kelip Kg. Kuantan, pihak SPLASH, LUAS dan JAS dalam memastikan kelestarian persekitaran hiliran Sg. Selangor. Dengan itu, objektif utama artikel ini adalah untuk melaporkan tahap kualiti air Sg. Selangor setelah lebih 10 tahun Empangan Sg. Selangor beroperasi. Pelaporan tahap kualiti air ini akan didasarkan kepada Indeks Kualiti Air (IKA) yang digunapakai oleh pihak JAS, Malaysia. Pengumpulan dan analisis data Proses pengumpulan data bagi menentukan tahap kualiti air Sg. Selangor dilakukan dengan mengambil sampel air daripada aliran Sg. Selangor. Pengambilan sampel air dilakukan di lima lokasi yang berhampiran dengan stesen pemonitoran JAS, iaitu tiga titik persampelan yang terletak di bahagian hulu sungai tetapi berada pada kedudukan selepas empangan (dalam kawasan Daerah Kuala Kubu Bharu) dan dua titik persampelan di bahagian hiliran sungai (dalam Daerah Kuala Selangor). Pengambilan sampel air sungai dilakukan pada bulan April 2009 dalam keadaan tanpa kehadiran hujan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum persampelan air dilakukan. Semua sampel air yang diambil akan dianalisis dengan memberi fokus kepada enam parameter utama yang diambilkira dalam proses menganalisis IKA, iaitu BOD (Biological Oxygen Demand-Keperluan

71 Oksigen Biokimia), COD (Chemical Oxygen Demand-Keperluan Oksigen Kimia), DO (Dissolved Oxygen-Oksigen Terlarut), NH4 (Nitrogen ammonia), jumlah pepejal terampai (TSS) (total suspended sediment) dan ph. Proses menentukan nilai BOD, COD, NH4 dan SS dilakukan di Makmal Hidrogeomorfologi menggunakanmesin WSI 556 Multiparameter System manakala bagi parameter DO dan ph, bacaan dilakukan secara in-situ di lapangan. Nilai yang diperolehi bagi setiap parameter di atas akan dianalisis tahap kualitinya mengikut kategori KELAS sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 1. IKA Sg. Selangor pula akan dikira berdasarkan rumus berikut: n WQI = Σ w i I i i di mana WQI adalah Indeks Kualiti Air (IKA), I i adalah indeks kualiti air bagi parameter i, w i adalah faktor pemberat bagi parameter i, dan n adalah bilangan parameter. Ini menghasilkan lima kelas IKA seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Indeks IKA seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 akan digunakan dalam mentasfir tahap kualiti air Sg. Selangor secara keseluruhan. Jadual 1. Kelas Indeks Kualiti Air dan status pencemaran Kelas/parameter Kelas I Kelas II Kelas III Kelas IV Kelas V Nitrogen ammonia (mg/l) BOD (mg/l) COD (mg/l) DO (mg/l) ph TSS (mg/l) < 0.1 < 1 < 10 > 7 > 7 < 25 0.1 0.3 1 3 10 25 5 7 6 7 25 50 0.3 0.9 3 6 25 50 3 5 5 6 50 150 0.9 2.7 6 12 50 100 1 3 < 5 150 300 > 2.7 > 12 > 100 < 1 < 5 > 300 Indeks Kualiti Air (IKA) > 92.7 76.5 92.7 51.9 76.5 31 51.9 < 31 Status pencemaran Tidak Sedikit Sederhana Tercemar tercemar tercemar tercemar Sangat tercemar Dapatan kajian dan perbincangan Berdasarkan Jadual 2, adalah jelas bahawa hanya parameter BOD dan ph sahaja yang menunjukkan tahap kualiti air Sg. Selangor berada pada tahap yang sama, masing-masing pada Kelas II dan III, sama ada di bahagian hulu mahupun di hiliran. Secara lebih tepat lagi, nilai BOD yang dicatatkan tergolong dalam Kelas IIA. Ini bermakna, dalam konteks BOD, aliran Sg. Selangor masih mampu membekalkan oksigen yang mencukupi bagi hidupan akuatik terutama dalam konteks kelangsungan hidup mikroorganisma dan bakteria yang terdapat di dalam Sg. Selangor. Dalam konteks ph pula, nilai yang dicatatkan meletakkan aliran Sg. Selangor dalam Kelas III yang menjurus kepada berasid. Nilai ini dapat diterima kerana ia amat berkait dengan nilai yang tinggi yang dicatatkan bagi lain-lain parameter dan secara tidak langsung telah mempengaruhi nilai ph di bahagian hulu dan hiliran Sg. Selangor. Nilai ph ini memberi gambaran terhadap proses penguraian bahan organik yang terdapat di dalam sistem Sg. Selangor yang membebaskan karbon dioksida lantas bertindakbalas dengan aliran sungai untuk membentuk asid karbonik. Nilai COD dan TSS yang dicatatkan di bahagian hulu Sg. Selangor adalah sangat rendah dan ini meletakkan tahap kualiti air Sg. Selangor di bahagian hulu dalam Kelas I. Berbeza dengan bacaan COD yang dicatatkan di bahagian hilir Sg. Selangor yang sangat tinggi dengan nilai purata yang diperolehi bagi kedua-dua titik persampelan meletakkan tahap kualiti air daripada segi COD berada dalam Kelas IV. Keadaan ini mungkin dapat dikaitkan dengan taburan aktiviti ekonomi berbentuk perniagaan kedai makan dan restoran yang banyak di sekitar 1km radius daripada persampelan. Perniagaan begini boleh dikaitkan dengan pembuangan sisa makanan terus

72 ke dalam saluran yang memasuki sungai hingga mempengaruhi tahap kualiti air yang tinggi nilai COD-nya. Parameter NH4 BOD COD DO ph TSS Jadual 2. Bacaan kualiti air bagi setiap parameter IKA Titik persampelan di bahagian hulu sungai Titik persampelan di bahagian hilir sungai S1 Kelas S2 Kelas S3 Kelas S4 Kelas S5 Kelas 0.74 III 0.2 II 0.27 II 0.3 II 0.83 III 1.15 II 1.1 II 1.6 II 1.15 II 1.21 II < 10 I < 10 I < 10 I 30 III 134 V 5.43 II 6.46 II 6.28 II 4.03 III 3.08 III 5.46 III 5.42 III 5.29 III 5.33 III 5.51 III 8.4 I 23.6 I 8.8 I 268 IV 1144 V Nota: S1 Titik persampelan 1 Tahap DO aliran Sg. Selangor meletakkan aliran Sg. Selangorr di bahagian hulu berada dalam Kelas II manakala Kelas III adalah kes bagi bahagian hilir. Tahap DO yang rendah di bahagian hilir mungkin boleh dikaitkan dengan kemasukan air masin daripada air laut di bahagian muara Sg. Selangor apabila air laut surut atau aras air Sg. Selangor lebih rendah daripada aras air laut semasa empangan tidak melepaskan air daripada takungannya. Jika salah satu keadaan tersebut berlaku maka kadar oksigen terlarut bagi aliran Sg. Selangor akan menjadi rendah dan boleh menganggu kehidupan akuatik dan habitat bakau di hiliran Sg. Selangor. Namun, sebagimanana dijelaskan sebelum ini, keadaan ini mungkin dapat diseimbangkan dengan tahap BOD yang baik, iaitu membekalkan oksigen yang sewajarnya kepada kelangsungan hidupan akuatik dan habitat bakau Sg. Selangor. Dalam konteks NH4, bacaan yang dicatatkan pada titik persampelan S1 dan S5 adalah tinggi dan meletakkan tahap kualiti air berada dalam Kelas III. Bacaan yang tinggi ini mungkin dapat dikaitkan dengan pola guna tanah semasa di sekitar kedua-dua titik persampelan tersebut yang dilingkungi oleh aktiviti pertanian dengan tanaman kelapa sawit. Keterkaitannya adalah, aktiviti pertanian sering dikaitkan dengan penggunaan baja kimia bagi membantu pertumbuhan pokok dan penghasilan yang baik. Secara tidak langsung, apabila berlaku hujan dan wujud aliran permukaan dan hakisan permukaan, sisa baja kimia akan dipindahkan bersama-sama dengan sedimen hakisan dalam air larian permukaan ke sistem saliran terhampir dan seterusnya memindahkan sedimen tersebut ke dalam aliran Sg. Selangor. Situasi begini berupaya meningkatkan kadar NH4 dalam aliran Sg. Selangor. Pemindahan sedimen daripada kawasan pertanian yang mengalami hakisan tanih ke dalam sistem aliran Sg. Selangor secara tidak langsung meningkatkan kadar TSS di bahagian hilirannya, dan meletakkan kualiti air Sg. Selangor sebagai sangat tercemar dan berada dalam Kelas V (berdasarkan nilai purata). Bahan kelodak yang diangkut oleh cawangan Sg. Selangor di Rasa dan Batang Berjuntai terkumpul di titik pertemuan sungai yang berhampiran dengan titik persampelan menyebabkan bacaan TSS yang dicatatkan adalah sangat tinggi. Berdasarkan perbincangan di atas, adalah jelas bahawa aliran Sg. Selangor di bahagian hulu masih terkawal tahap pencemarannya berbanding dengan bahagian hiliran yang mengalami pencemaran yang lebih buruk. Tahap pencemaran keseluruhan aliran Sg. Selangor di bahagian hulu, secara purata, meletakkan IKA Sg. Selangor berada dalam Kelas II. Ini bermakna, secara keseluruhannya, aliran Sg. Selangor di bahagian hulu selepas titik pelepasan air empangan hanya memerlukan rawatan air secara konvensional bagi menjamin tahap kualiti air yang sihat. Manakala IKA di bahagian hiliran pula, secara puratanya berada dalam Kelas IV. Ini bermakna proses rawatan air bagi aliran Sg. Selangor di bahagian hiliran harus dilakukan secara intensif dan menyeluruh bagi memastikan kualiti air dapat dikembalikan ke tahap yang lebih baik. Bagi memudahkan perbincangan seterusnya, tumpuan diberikan kepada status IKA aliran Sg. Selangor di bahagian hiliran yang mencatatkan tahap pencemaran yang teruk. Dapatan daripada analisis data lapangan dibandingkan dengan data yang dicerap oleh pihak JAS bagi kedua-dua titik persampelan lapangan di bahagian hiliran, ketika air laut pasang dan air laut surut. Perbandingan sebegini perlu kerana salah satu hujah yang dikemukakan oleh pihak yang

73 mempertikaikan kemampuan Empangan Sg. Selangor dalam mengekalkan tahap kualiti air Sg. Selangor yang sihat adalah berkenaan impak pasang-surut air laut yang mampu meningkatkan kadar kemasinan aliran Sg. Selangor di bahagian hiliran apabila pelepasan air daripada empangan menjadikan aliran Sg. Selangor lebih rendah/tinggi, dan seterusnya mempengaruhi ekosistem bakau di hiliran Sg. Selangor. Berdasarkan Jadual 3, dapatlah dijelaskan bahawa terdapat perbezaan yang sederhana antara hasil lapangan dengan data JAS bagi kedua-dua situasi air laut pasang dan air laut surut. Secara purata, data lapangan menghasilkan nilai IKA 45.5 yang meletakkan tahap kualiti air di hiliran Sg. Selangor dalam Kelas III. Nilai IKA yang diperolehi daripada data JAS ketika air laut pasang, secara purata, adalah 49, dan nilai ini tidak jauh berbeza dengan nilai IKA yang diperolehi daripada data lapangan. Walau bagaimanapun, nilai IKA bagi data JAS yang dicerap ketika air laut surut, secara purata, adalah 53, berbeza sebanyak 16.5% dan 8.2%, masing-masing dengan data cerapan lapangan dan data cerapan JAS ketika air laut pasang. Jadual 3. Perbandingan Kelas IKA bahagian hiliran Sg. Selangor Titik DO BOD COD NH4 TSS ph IKA Kelas persampelan 4 0 96 63 69 42 68 54 III 5 0 96 7 53 40 82 37 IV 4 0 97 33 41 56 96 50 IV 5 0 96 53 24 33 99 48 IV 4 0 96 65 41 55 97 53 III 5 0 98 61 43 41 99 53 III Sumber: Kerja lapangan (2009), JAS (2009) Nota: Data kerja lapangan Data JAS dicerap sebulan sebelum kerja lapangan semasa air laut pasang Data JAS dicerap sebulan sebelum kerja lapangan semasa air laut surut Jika dibandingkan semua nilai IKA di atas yang meletakkan tahap pencemaran di hiliran Sg. Selangor dalam Kelas III, dengan nilai IKA yang dilaporkan dalam laporan DEIA pembinaan Empangan Sg. Selangor, yang dicerap sebelum kerja-kerja pembinaan empangan dilakukan, yang merumuskan, secara umumnya, bahawa tahap kualiti air di bahagian hiliran Sg. Selangor berada dalam Kelas II (Konsortium TSWA-GAMUDA-KDEB, 1999). Ini bermakna, selepas lebih kurang 10 tahun pembinaan Empangan Sg. Selangor selesai, tahap IKA Sg. Selangor telah merosot di bahagian hiliran. Situasi ini menyokong kebimbangan pihak yang risau akan kemerosotan kualiti aliran Sg. Selangor di awal cadangan pembinaan Empangan Sg. Selangor. Namun begitu, perlu juga diberi perhatian bahawa kemerosotan IKA hiliran Sg. Selangor tidak boleh dipertanggunjawabkan sepenuhnya dengan operasi Empangan Sg. Selangor, sebaliknya pembangunan pesat yang sedang berlaku di bahagian tengah dan hiliran Sg. Selangor mungkin merupakan penyumbang utama kepada kemerosotan IKA tersebut. Kemungkinan, salah satu daripada penyumbang utama kepada kemerosotan IKA hiliran Sg. Selangor adalah perubahan guna tanah yang sedang pesat berlaku di sekitar Lembangan Sg. Selangor. Terdapat dua lokasi pembangunan bandar yang sedang giat berlaku, iaitu di kawasan Berjuntai Bestari dan Puncak Alam. Secara tidak langsung, gangguan tanah untuk pembangunan bandar di kedua-dua kawasan ini turut menyumbang kepada pencemaran Sg. Selangor. Dalam konteks kepadatan pembangunan, pembangunan Puncak Alam diklasifikasikan sebagai Tinggi manakala bagi Berjuntai Bestari pula adalah Sederhana. Selain itu, aktiviti pertanian di bahagian tengah lembangan juga turut berperanan menyumbang kepada kemerosotan IKA Sg. Selangor. Kawasan kelapa sawit masih lagi meluas di bahagian tengah lembangan ini. Hakisan tanih yang mungkin berlaku di kawasan pertanianboleh menyumbang kepada pemindahan sedimen ke dalam sungai,lantas meningkatkan jumlah sedimen dalam aliran Sg. Selangor, dan secara tidak langsung merendahkan tahap IKA Sg. Selangor. Aktiviti lain yang turut menyumbang kepada kemerosotan kualiti air Sg. Selangor adalah seperti pembuangan air sisa perbandaran terutama daripada pasar basah dan restoran serta kumbahan

74 daripada sektor domestik dan industri. Semua sektor ini menyumbang kepada kemerosotan salah satu atau beberapa parameter IKA sehingga mempengaruhi keseluruhan IKA Sg. Selangor. Ini bermakna, pihak SPLASH yang menguruskan Empangan Sg. Selangor tidak boleh dipertanggunjawabkan sepenuhnya terhadap kemerosotan IKA Sg. Selangor kerana operasi pembebasan dan penahanan air dari empangan bukan satu-satunya penyebab kepada kemerosotan tahap kualiti air Sg. Selangor terutama di bahagian hiliran. Pembangunan semasa yang pesat berlaku harus diambil-kira dalam perancangan mitigasi IKA Sg. Selangor. Sebagaimana yang telah dibuktikan daripada dapatan lapangan, IKA Sg. Selangor di bahagian hulu, iaitu di bahagian selepas empangan, tahap kualiti air adalah terkawal. Kemerosotan kualiti air di bahagian hulu, jika berlaku pun, sangat terkait dengan aktiviti pertanian dan pembangunan semasa lain yang berlaku di sekitarnya. Kesimpulan Atikel ini telah membincangkan dapatan lapangan mengenai tahap kualiti air Sg. Selangor melalui pemonitoran semula selepas lebih10 tahun Empangan Sg. Selangor beroperasi. IKA Sg. Selangor adalah berbeza-beza mengikut kawasan dan parameter IKA. Bahagian hulu Sg. Selangor masih berada pada tahap yang baik berbanding dengan bahagain hilir yang menunjukkan kemerosotan IKA manakala parameter BOD dan NH4 adalah dua parameter IKA yang mencatatkan kadar yang tinggi dalam aliran Sg. Selangor. Penurunan tahap IKA di hiliran Sg. Selangor, boleh menjadi petunjuk awal terhadap keperluan pemuliharaan (rawatan) air Sg. Selangor. Ini kerana tanpa pemuliharaan terkawal, ekosistem bakau yang menjadi habitat kelipkelip di hiliran Sg. Selangor, iaitu di Kg. Kuantan dan Kg. Belimbing akan terjejas. Sekiranya ini berlaku, industri eko-pelancongan kelip-kelip di kedua-dua kawasan tersebut juga dijangka akan terjejas dan titisan daripadanya adalah impak sosio-ekonomi ke atas penduduk setempat yang bergantung kepada industri ini. Penghargaan Artikel ini dihasilkan daripada projek penyelidikan berdaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai UKM-GUP-TKS-08-12-269, iaitu Pemantauan Sosial ke atas Penempatan Semula Penduduk Akibat Pembangunan: Kajian Pasca Pembangunan Empangan Sg. Selangor. Artikel ini telah diberi penambahbaikan daripada kertas kerja yang dibentangkan di Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia (SKIM-XI), Bandung, Indonesia, pada 10-12 November 2009. Ucapan terima kasih kepada Normukhnun Mokhtar yang bertindak sebagai pembantu penyelidik projek ini sehingga artikel ini dapat dihasilkan. Rujukan Konsortium TSWA-Gamuda-KDEB (1991) DEIA study for the proposed development of Sg. Selangor Dam in Hulu Selangor. LUAS (2009) Tahap kualiti air Sg. Selangor [Cited 7 July 2009]. Available from: http://www.luas.gov.my. Majlis Daerah Hulu Selangor (2007) Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Kuala Kubu Bharu 2007-2015. Masaki Sawamotoc (2007) Characterization of firefly habitat using a GIS with hydrological simulation. Ecological Modelling 20, 392-400. Mokhtar Jaafar, Asmah Ahmad, Zaini Sakawi, Maimon Abdullah, Norela Sulaiman, Normukhnun Mokhtar (2009) Penilaian IKA Sg. Selangor pasca pembinaan Empangan Sg. Selangor. In: Prosiding SKIM-IX Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia: Pembangunan untuk kesejahteraan dan perdamaian-pengalaman Indonesia dan Malaysia.

75 Sulong Mohamad, Mohd Ekhwan Toriman (2006) Implikasi struktur air ke atas aktiviti pelancongan dan penduduk di sekitar Sg. Chini dan Tasik Chini. E-Bangi 1 (1), 1-13.