PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010

Similar documents
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PEMBIAYAAN MENGIKUT JENIS PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

oleh Pemohon (Pelukis Pelan Berdaftar/ Arkitek/ Jurutera Profesional

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?


Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH GREAT EASTERN TAKAFUL BERHAD

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

Pelan Pengurusan Perubahan Fasa III Self Reliance dan Tahap Kematangan Self Reliance

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

Terma dan Syarat Program Keistimewaan Golf World Mastercard ( Program )

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Guide for Activity Report Panduan untuk Laporan Aktiviti

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

4. BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, AKUATROP adalah :

Daya Saing Bandar Kecil: Satu Penelitian Dari Aspek Persepsi Penduduk Dalam Kawasan Majlis Daerah Tanjong Malim

Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

RHB Premium Cards Golf Privileges 2019 Terms and Conditions

TAKLIMAT ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN: SUB-KOMPONEN JARINGAN KOMUNITI

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

(Menggunakan Letter Head Jabatan)

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

counselling2u.uitm.edu.my

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Program Golf Serantau 2018( Program )

Complimentary green fees for 1 full flight for Cardmember and 3 guests. Tee-off at 10 renowned regional golf courses.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHO HARUN NARRASHID [ KOT A TINGGI ]

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

Kos Perbelanjaan Perumahan dalam Kalangan Penduduk Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Sederhana di Pulau Pinang

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

Material Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kima

GARIS PANDUAN PENJANAAN PENDAPATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA GARIS PANDUAN PENJANAAN PENDAPATAN UNIVERSI TI TEKNOLOGI MARA

(i) Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada yang bermastautin tetap di Negeri Sarawak ;

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

GP001-A. DRAF KEDUA (17 Jun 2011) Perumahan

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

PERATURAN SPESIFIK (CRITERIUM)

TATAKELAKUAN. Melengkapkan nilai teras kita: KESELAMATAN KEPELBAGAIAN INTEGRITI PEMATUHAN PENCIPTAAN NILAI BERPASUKAN/KERJASAMA

PERATURAN SPESIFIK (CRITERIUM)

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLMATIK GRED M

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

a) This Contest is open to all individual customers of Maybank, who are Digi subscribers and at least 18 years of age ( Eligible Participant(s) )

BORANG PERMOHONAN PELESENAN

EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam

..., C t;~:~xj ')' KESANPEMBANGUNANPERUMAHANTERHADAP KUALITI HID UP PENDUDUK BANDAR LINDA ANAK ABRAHAM PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN,

(A) Ahad & Selasa Sun. & Tue. (B) Isnin & Rabu Mon. & Wed. Teras Kesukarelawanan / Volunteership Core

Material Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kimia

KEPUASAN PENGHUNI TERHADAP PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI OLEH KONTRAKTOR PENYELAMAT KAJIAN KES : TAMAN PERINDUSTRIAN HIJAU, RAWANG

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

Chairman s Statement / Penyata Pengerusi

(GEOGRAFI) HULUBERNAM ROSLAN B. SAAD PROJEK INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK FAKULTI SAINS KEMANUSIAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

Faculty of Engineering

PENGURUSAN TRAFIK DALAM PEMBINAAN JALAN RAYA NORHAYATI BINTI ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Material Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kimia

PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN AKUATIK MSSPP

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

Material Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kimia

Penilaian awal impak perlaksanaan Dasar Perumahan Negara terhadap sektor perumahan di Kuala Lumpur

Impak Sosioekonomi dan Politik Program Perumahan Rakyat Lembah Subang, Selangor

Transcription:

PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010 PENUBUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA OLEH MAJIKAN SEKTOR KORPORAT DAN PERNIAGAAN USAHASAMA ANTARA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA DENGAN TABUNG KANAK-KANAK PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (UNICEF)

Penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak Di Tempat Kerja oleh Majikan Sektor Korporat dan Perniagaan

Objektif 1. Objektif Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik 1/2010 (BBPC 1/2010) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah: Untuk memberipanduan kepada para majikan di sektor swasta mengenai penubuhan taman asuhan kanak-kanak bagi pekerja-pekerja mereka. Untuk menyumbang ke arah pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi yang menyeluruh dan mapan dari segi sosial dengan menggalakkan persekitaran kerja yang mesra keluarga. Untuk memastikan keperluan bagi asuhan dan perkembangan awal kanak-kanak dalam persekitaran sektor korporat dipenuhi. Latar Belakang 2. Dengan pembangunan ekonomi, asuhan bagi kanak-kanak di luar rumah telah menjadi suatu realiti di negara-negara maju dan membangun di mana kanak-kanak terpaksa menghabiskan masa yang lebih lama di taman asuhan kanak-kanak. Dalam menuju ke taraf negara maju pada tahun 2020 dengan hasrat untuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita, penyediaan taman asuhan kanakkanak yang berkualiti tinggi menjadi suatu keutamaan kepada Malaysia. Pada tahun 2008, jumlah tenaga kerja wanita yang berumur dari 25-34 tahun ialah sebanyak 62.5%, iaitu peningkatan sebanyak 58% berbanding dengan tahun 2001. Pada tahun yang sama, jumlah bilangan kanak-kanak di bawah 5 tahun mencecah hampir 3 juta orang, bersamaan dengan 11% daripada jumlah penduduk Malaysia. 3. Kajian Kajian antarabangsa telah mengesahkan kepentingan pembelajaran dan asuhan awal kanak-kanak yang berkualiti tinggi adalah pelaburan dalam pembangunan sosial dan ekonomi yang menyeluruh bagi sesebuah negara. Analisis kos faedah ke atas penglibatan awal kanak-kanak telah menunjukkan bahawa dalam pelbagai persekitaran yang berbeza, pulangan ke atas pembelajaran dan asuhan awal kanak-kanak boleh meningkat setinggi USD8 bagi setiap USD1 yang dilaburkan. 4. Selaras dengan Pelan Tindakan Kanak-Kanak Negara, pekeliling ini memberikan tumpuan kepada penubuhan taman asuhan kanak-kanak dalam atau berdekatan dengan premis perniagaan yang beroperasi sepanjang waktu kerja biasa ke arah penyediaan asuhan kepada kanak-kanak yang berumur antara 0 dan 4 tahun, sebagaimana yang ditetapkan dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984. The Child Care Transition - Innocenti Research Centre Report Card No.8, 2008 UNICEF Jabatan Statistik - Petunjuk Utama Pasaran Buruh Malaysia, 2001-2008 The Child Care Transition - Innocenti Research Centre Report Card No.8, 2008 UNICEF

Garis Panduan Pelaksanaan Prinsip panduan 5. Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak, yang diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1995, mengiktiraf hak setiap kanak-kanak untuk berkembang dengan sepenuhnya dan dilindungi daripada pengaruh yang memudaratkan, penderaan dan eksploitasi. Perkara 18 Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak memperuntukkan langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan bahawa kanak-kanak yang ibu bapanya bekerja mempunyai hak untuk memperoleh faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan asuhan kanak-kanak yang layak bagi mereka. Rangka kerja perundangan dan pengawalseliaan secara am 6. Seksyen 6(1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta) menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan di bawah Akta. Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak terpakai jika taman asuhan tersebut dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Taman asuhan kanak-kanak juga perlu mematuhi peraturan-peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan berhubung dengan penubuhan taman asuhan kanak-kanak. 7. Terdapat empat jenis taman asuhan kanak-kanak bagi kanak-kanak yang berumur antara 0 dan 4 tahun di bawah Akta iaitu: (i) (ii) (iii) (iv) Taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja; Taman asuhan kanak-kanak komuniti; Taman asuhan kanak-kanak di institusi; dan Taman asuhan kanak-kanak di rumah. Penubuhan taman asuhan kanak-kanak oleh majikan sektor swasta termasuk di bawah kategori taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja.

Tatacara am bagi pendaftaran taman asuhan kanak-kanak Membeli Buku Garis Panduan bagi Penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak dan Borang Permohonan di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Memperoleh kelulusan daripada Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba & Penyelamat dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan Mengemukakan borang Permohonan berserta dokumen yang berkaitan kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah yang terdekat Pilihan bagi penubuhan taman asuhan kanak-kanak oleh majikan 8. Cadangan pilihan bagi penubuhan taman asuhan kanak-kanak termasuklah: (i) Majikan/syarikat/perniagaan memulakan inisiatif sendiri. (ii) Majikan/syarikat/perniagaan yang berada dalam satu bangunan/premis pejabat bersama-sama menubuhkan suatu taman asuhan umum bagi kanak-kanak. (iii) Majikan/syarikat/perniagaan sama ada dengan sendiri atau bersama, menubuhkan suatu pusat, sama ada berdekatan dengan tempat kerja atau berdekatan dengan kawasan perumahan pekerja. Walau bagaimanapun, pusat ini tidak dianggap sebagai taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja. Pusat ini termasuk di bawah kategori taman asuhan kanak-kanak di institusi. Pusat ini boleh dijalankan oleh majikan/syarikat/perniagaan itu dengan sendiri atau oleh individu/agensi melalui kontrak di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang dipersetujui bersama. 9. Jika majikan/syarikat/perniagaan tidak boleh menubuhkan taman asuhan kanakkanak yang sesuai dan mampu memenuhi kepentingan terbaik kanak-kanak, majikan/syarikat/perniagaan perlu mempertimbangkan peruntukan insentif bagi asuhan kanak-kanak. Ini termasuklah peruntukan subsidi bagi asuhan kanak-kanak yang diberikan kepada pekerja secara langsung dan menjadi sebahagian daripada skim pakej faedah.

Dinamik kewangan 10. Kos bagi mengendalikan taman asuhan kanak-kanak bergantung kepada kos pengendalian setiap taman asuhan lokasi, bilangan kanak-kanak, jumlah kakitangan, pembelajaran dan pengalaman pengasuh, perabot dan alat yang disediakan, latihan yang diberikan dan lain-lain. 11. Insentif kewangan semasa bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak oleh majikan termasuklah: (i) Elaun Bangunan Industri dan potongan cukai ke atas perbelanjaan penyelenggaraan; dan (ii) Pengurangan cukai sebanyak 10% setahun ke atas kos penubuhan taman asuhan kanak-kanak selama tempoh 10 tahun bagi majikan yang menubuhkan taman asuhan kanak-kanak. Prinsip-prinsip utama asuhan 12. Asuhan yang diberikan kepada kanak-kanak mestilah menyokong prinsip-prinsip mengenai kepentingan terbaik, kesaksamaan dan penyertaan kanak-kanak. Di bawah prinsip Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak, penubuhan sesebuah taman asuhan kanak-kanak perlu berlandaskan prinsip-prinsip yang berikut : (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Tiada diskriminasi. Kepentingan terbaik kanak-kanak. Penyertaan kanak-kanak. Kehidupan dan perkembangan kanak-kanak. Kebertanggungjawaban kanak-kanak. Hak kanak-kanak yang tidak boleh dibahagikan. 13. Program yang diadakan di taman asuhan kanak-kanak di atau berdekatan dengan tempat kerja perlu: (i) Memberi tumpuan kepada kepentingan terbaik kanak-kanak Membangunkan program dan aktiviti yang mengiktiraf sifat kanak-kanak yang unik dan tersendiri, keutamaan dan pendapat mereka. (ii) Berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang bersepadu Program ini haruslah mampu menyatupadukan berbagai-bagai kemahiran ke dalam budaya dan pembelajaran mereka yang pelbagai, melalui pengalaman masyarakat dan kehidupan kekeluargaan. (iii) Menggalakkan hubungan erat dan ikatan Program ini perlu memastikan perkembangan melalui hubungan erat dan ikatan antara kanak-kanak dengan pengasuh utama yang tetap. Tanpa hubungan erat dan ikatan ini, kanak-kanak akan mengalami keciciran dalam perkembangan mereka yang akan meninggalkan kesan sepanjang hidup.

(iv) Mengurangkan stigma dan diskriminasi Kanak-kanak daripada keluarga yang taraf sosio-ekonominya lebih rendah dan masyarakat etnik yang berlainan mungkin berhadapan dengan diskriminasi. Oleh itu, taman asuhan kanak-kanak perlu menyediakan suatu persekitaran tanpa diskriminasi yang boleh menawarkan perlindungan, mewujudkan persefahaman dan memberikan pembelaan terhadap penyisihan dan diskriminasi. (v) Menggalakkan keupayaan untuk mewujudkan hubungan Program ini mestilah menggalakkan kanak-kanak supaya bertemu dan berkawan dengan kanak-kanak yang lain. (vi) Mengadakan peluang bagi kemahiran hidup dan penglibatan kebudayaan Program ini perlu memupuk semangat di kalangan kanak-kanak supaya mempelajari kemahiran hidup dan juga mengenai warisan kebudayaan mereka melalui proses pengalaman hidup dan dengan tanggungjawab dan peranan yang berlainan dalam lingkungan kawan-kawan, keluarga dan masyarakat. (vii) Perlindungan dan penyeliaan Program ini mestilah mengandungi polisi perlindungan yang mencukupi bagi kanak-kanak dan kakitangan. 14. Taman asuhan kanak-kanak perlu mempunyai suatu program menyeluruh yang memastikan keperluan perkembangan dan bersesuaian dengan kebudayaan bagi kanak-kanak yang menekankan penglibatan ibu bapa. 15. Akta (termasuk peraturan-peraturan yang dikeluarkan di bawahnya) dan dasar Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai kehendak yang khusus yang menggariskan standard minimum bagi asuhan di taman asuhan kanak-kanak. 16. Tahap minimum bagi asuhan yang diperlukan termasuk: (i) Penyediaan suatu program dan jadual yang lengkap mengenai aktiviti kanakkanak di bawah asuhannya. (ii) Penyediaan suatu set menu yang berkhasiat bagi pengambilan makanan kanak-kanak. Makanan yang disediakan mestilah termasuk susu, makanan yang mengandungi protein, sayur-sayuran segar dan buah-buahan segar.

(iii) Pembinaan taman asuhan kanak-kanak hendaklah mengikut kehendak minimum yang dinyatakan dalam undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan. (iv) Taman asuhan kanak-kanak hendaklah mempunyai seorang penyelia, pengasuh kanak-kanak yang mencukupi, tukang masak dan pekerja lain. Bilangan minimum pengasuh kanak-kanak adalah seperti yang berikut: Minimum 1 pengasuh kanak-kanak bagi tiap-tiap 5 orang kanak-kanak yang berumur antara 0-3 tahun. Minimum 1 pengasuh kanak-kanak bagi tiap-tiap 10 orang kanak-kanak yang berumur antara 3-4 tahun. Bagi kanak-kanak yang kelainan upaya, minimum 1 pengasuh kanakkanak bagi tiap-tiap 4 orang kanak-kanak yang di bawah umur 4 tahun. (v) Pengasuh kanak-kanak hendaklah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (tempoh minimum kursus ialah 17 hari bekerja & yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM480.00). (vi) Aspek kesihatan dan keselamatan di taman asuhan kanak-kanak: Latihan kebakaran dan pengosongan Kesihatan kanak-kanak Kit pertolongan cemas Penyakit berjangkit Merokok Mempunyai suatu skim yang praktikal bagi tujuan pengosongan sekiranya berlaku kebakaran. Latihan kebakaran perlu dijalankan sekali dalam tiga bulan. Semua laluan keluar hendaklah dikosongkan daripada halangan pada setiap masa. Kesihatan kanak-kanak perlu diperiksa setiap hari apabila mereka tiba di taman asuhan kanak-kanak. Suatu bilik yang sesuai perlu diadakan untuk mengasingkan dan memberikan jagaan sementara bagi sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak yang sakit dan ibu bapa kepada kanak-kanak yang sakit perlu dimaklumkan dengan serta-merta apabila kanak-kanak jatuh sakit. Sekurang-kurangnya satu kit pertolongan cemas yang disenggarakan dengan baik dan lengkap dengan bekalan bahan-bahan/perubatan hendaklah disediakan. Pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hendaklah diberitahu jika disyaki terdapat penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak atau pekerja. Merokok (dan meludah) adalah dilarang di taman asuhan kanak-kanak.

(vii) Ruang di taman asuhan kanak-kanak: Luas lantai Dapur Tandas Kemudahan mencuci dan mandi Keluasan minimum lantai bagi tiap-tiap kanak-kanak ialah 3.5 meter persegi. Diasingkan daripada bilik-bilik yang digunakan bagi aktiviti kanak-kanak. Satu tandas bagi setiap 10 orang kanak-kanak. Taman asuhan kanak-kanak perlu dilengkapi dengan kemudahan untuk mencuci pakaian, bilik persalinan dan bilik mandi. (viii) Permainan kanak-kanak yang mencukupi disediakan dan adalah dalam keadaan baik. Jenis dan bentuk katil, buaian dan kelengkapan untuk tidur bagi kanakkanak mestilah juga sesuai, boleh dibasuh dan bersih. (ix) Pengurusan taman asuhan kanak-kanak mestilah sentiasa berhubungan dengan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak melalui pelbagai program dan aktiviti yang dirancang.

Faedah Pelaksanaan Pembangunan modal insan dan ekonomi makro Program berkualiti tinggi yang disediakan di taman asuhan kanak-kanak akan meningkatkan pencapaian pendidikan dan akhirnya menyumbang kepada ekonomi kanak-kanak. Kewujudan taman asuhan kanak-kanak membolehkan tenaga kerja berkembang dan menjadi lebih produktif yang boleh menyumbang kepada pertambahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, peningkatan hasil awam, pengurangan kadar kemiskinan dan perbelanjaan kebajikan, dan peningkatan pulangan bagi pelaburan awam dalam bidang pendidikan. Majikan Taman asuhan kanak-kanak yang disediakan di tempat kerja membolehkan ibu bapa yang bekerja memberikan tumpuan kepada kerja mereka dan menghasilkan produktiviti dan kualiti kerja yang lebih baik dengan pengetahuan bahawa anakanak mereka dijaga dengan baik, Taman asuhan kanak-kanak yang disediakan oleh majikan akan meningkatkan reputasi dan nama baik syarikat/perniagaan. Pekerja Keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan yang lebih baik dan kebarangkalian yang tinggi untuk kembali bekerja walaupun masih memberikan pemakanan optimal kepada anak mereka melalui penyusuan ibu sepenuhnya selama 6 bulan pertama selepas kelahiran. Membolehkan hubungan erat antara ibu bapa dan anak dikekalkan melalui waktu lawatan semasa waktu makan tengah hari. Kanak-Kanak Perkembangan fizikal, kognitif, linguistik, emosi dan sosial boleh ditingkatkan melalui penglibatan dalam program yang dijalankan di taman asuhan kanak-kanak. Kanak-kanak menikmati faedah berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan pengasuh profesional, dan boleh dipantau sekiranya berpotensi memerlukan sokongan tambahan.

Maklumat Perhubungan Utama Jabatan Kebajikan Masyarakat Tingkat 19-24 Menara Tun Ismail Mohamed Ali, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, 50562 Tel: +603-2616 5600 Faks: +603-2693 4270/ +603-2694 9395 Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia No. 3C & 5C Jalan SS 25/12 Taman Desa Suria 47301 Petaling Jaya Selangor Tel: +603-7880 1367 Faks: +603-7880 2941 PENDAFTAR SYARIKAT/PERNIAGAAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 28 Januari 2010 NOTA: Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik ini menjadi panduan umum berkenaan dengan penubuhan taman asuhan kanak-kanak. Butir-butir maklumat selanjutnya terdapat dalam Kit Peralatan kepada Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik 1/2010. Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik ini tidak mewujudkan apa-apa obligasi di sisi undang-undang untuk dipatuhi oleh syarikat dan perniagaan dan hanya menggariskan amalan terbaik untuk diterima pakai mengikut pilihan syarikat/perniagaan. SSM dan UNICEF menggalakkan supaya Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik ini diterima pakai untuk mencapai kemampanan perniagaan dan menyokong tanggungjawab sosial korporat. Kebenaran telah diperolehi untuk penggunaan gambar dalam penerbitan ini.