BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Similar documents
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

INTERNAL SURFACE PIPE ROUGHNESS CLASSIFICATION USING HIGH FREQUENCY ACOUSTIC EVALUATION

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

Faculty of Engineering

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

NURUL SA ADAH BINTI SABDIN

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN PENYEWAAN PERUMAHAN SITI NOOR FARAHANIS BINTI FADZIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

Faculty of Engineering

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

counselling2u.uitm.edu.my

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

BLOOD PRESSURE MONITORING SYSTEM USING PIEZOELECTRIC FILM SENSOR NORSYILA BINTI BAHARUDIN

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DEVELOPMENT OF CONTROL SYSTEM FOR SEPAK TAKRAW LAUNCHER MODEL MOHANDAS SAGARAN

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

NEYMAR JR S FIVE RULES OF THE GAME *Untuk versi Bahasa Malaysia, sila rujuk muka surat 13*

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

Katakunci : kecederaan atlet silat

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA


WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

Salina Binti Ramli. I/C No: Dr. Norhazilan Bin Md. Noor

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

PENGGUNAAN MODEL PENGUKURAN RASCH MANY-FACET (MFRM) DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERASASKAN PRESTASI

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

PERSEPSI PEKERJA TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA NOR AZLINA BINTI HJ WAHAP

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

Yang Saya Hormati Saudara/Saudari Pengerusi Majlis

PERANAN SITUATIONAL FACTORS DALAM MEMPENGARUHI TINGKAHLAKU DEVIAN PARA PENYOKONG BOLASEPAK

DEVELOPMENT OF PADDED BANDANA FOR TAKRAW PLAYERS MUHAMMAD AZRI BIN MOHD RAZI

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

POLITIK BIROKRASI SEMASA PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) TERHADAP PROJEK PEMAJUAN PERUMAHAN KERAJAAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SIFAT DAN PERANAN RAJA DAN PEMBESAR DALAM NASKHAH HUKUM KANUN PAHANG

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

RHB Premium Cards Golf Privileges 2019 Terms and Conditions

Transcription:

PSZ 19: 16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ANALISA PENERIMAAN BOLA PERTAMA DALAM PERMAINAN SEPAK TAKRAW DI KALANGAN ATLET SEPAK TAKRAW NEGARA SESI PENGAJIAN: 2011/2012 Saya: MOHD SHAHREN HAKIM BIN HJ IBRAHIM (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, (TANDATANGAN PENULIS) Alamat tetap: (TANDATANGAN PENYELIA) Nama Penyelia: BATU 27 ½ GAPIS NYALAS PROF. MADYA DR. ZAINAL ABIDIN BIN 77100 ASAHAN, ZAINUDDIN MELAKA. Tarikh : 18 JANUARI 2012 Tarikh : 18 JANUARI 2012 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan). Tandatangan : Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN Tarikh : 18 JANUARI 2012

ANALISA PENERIMAAN BOLA PERTAMA DALAM PERMAINAN SEPAK TAKRAW DI KALANGAN ATLET SEPAK TAKRAW NEGARA MOHD SHAHREN HAKIM BIN HJ IBRAHIM Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia JANUARI 2012

ii Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : Nama Penulis : MOHD SHAHREN HAKIM BIN HJ IBRAHIM Tarikh : 18 JANUARI 2012

iii DEDIKASI Penulisan ini khas buat : Ayah dan Bonda yang tersayang Tuan Hj Ibrahim Bin Hj Sapar & Puan Hajjah Asmah Binti Haji Salleh, Terima Kasih di atas segala pengorbanan, Membesar dan mendidikku supaya menjadi manusia berguna, Jasa kalian tidak akan terbalas selamanya. Buat insan-insan yang disayangi Abang-abang, kakak-kakak dan abang-abang dan kakak-kakak ipar Abg Al, Abg Aman, Abg Taib dan semuanya, Serta tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan Terima kasih di atas segala sokongan dan kasih sayang anda

iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan penulisan ilmiah ini dengan sempurna. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Bin Zainuddin selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini atas segala bimbingan, bantuan dan nasihat serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Segala ilmu yang diberikan amat berharga dan akan dikenang sepanjang hayat. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada kesemua pensyarah Sains Sukan dan pendidik yang telah mencurahkan ilmu dan memberi tunjuk ajar yang tidak berbelah-bahagi demi menjayakan kajian ini. Buat rakan-rakan yang dikasihi, terima kasih di atas bantuan dan sokongan yang diberikan selama ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak dalam menjalankan kajian ini. Hanya Allah yang dapat membalas budi dan jasa baik kalian. Mohd Shahren Hakim Bin Hj Ibrahim, Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan(Sains Sukan), Universiti Teknologi Malaysia.

v ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk melihat kebolehan pasukan sepak takraw negara untuk menerima bola pertama yang ditujukan oleh pemain tekong dari pihak lawan kepada mereka. Video perlawanan sebenar digunakan sebagai bahan kajian dalam kajian yang telah dijalankan ini. Perkara utama yang menjadi keutamaan dan diperhatikan di dalam rakaman video yang diperolehi ialah kawalan terhadap bola pertama yang diterima daripada servis yang dilakukan oleh tekong pihak lawan kepada pemain Malaysia. Video perlawanan yang digunakan dalam kajian ini ialah video kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia ISTAF 2011 yang melibatkan perlawanan antara pasukan sepak takraw negara menentang pasukan negara Singapura dan juga perlawanan antara pasukan negara menentang pasukan negara Thailand. Hasil dapatan daripada analisis kajian yang dijalankan, didapati bahawa penerimaan bola pertama oleh pasukan sepak takraw negara adalah baik, iaitu 76.5% daripadanya adalah kawalan yang berjaya dilakukan terhadap bola pertama yang diterima dari bola servis yang ditujukan oleh pemain tekong kepada mereka. Peratus kawalan bola pertama yang tinggi semasa mengambil bola pertama yang diperolehi ini menunjukkan bahawa kebolehan pasukan sepak takraw negara untuk menerima bola pertama dengan baik adalah tinggi. Oleh itu, kecuaian dalam penerimaan bola pertama tidak boleh digunakan sebagai punca kekalahan pasukan negara kepada pihak lawan. Selain daripada faktor penerimaan bola pertama, mungkin terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan prestasi pasukan sepak takraw negara yang kurang memuaskan seperti serangan yang tidak konsisten atau pun kerana servis tekong skuad negara yang tidak tepat menuju ke sasaran yang ditujui.

vi ABSTRACT This study was conducted to observe the ability of national sepak takraw team to receive first ball from the opponent s tekong. Complete actual video recording of the game was used to examine the action. Emphasize were given to the ability to control the upcoming ball served from the opponent s tekong to Malaysian player. The Video used in this study are actual game which involved Malaysian team competing in ISTAF 2011 Sepak Takraw World Cup against Singapore and Thailand. Result from this study shows that overall performance for the national team in receiving the first ball is good which recorded 76.5% success rate. The high percentage of first ball control following receiving the ball has shows the ability of the Malaysian player to receive the first ball is good. Thus, the negligence in recieving the first ball is not the contributing factors to the defeats of Malaysian Team in the competition. Apart from reieving the first ball, attacking strategies which are not consistent and concistency of our own tekong might be the contributing factors to the defeats among Malaysian Team.

vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xv xvii 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 4 1.3 Pernyataan Masalah 5 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Kepentingan Kajian 6 1.6 Definisi Operational 7 1.7 Batasan Kajian 11

viii 1.8 Rasional Kajian 11 1.9 Penutup 12 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Kajian Yang Berkaitan 15 2.3 Penutup 17 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 18 3.2 Rekabentuk Penyelidikan 19 3.3 Pemilihan Video 22 3.4 Instrumen Kajian 22 3.5 Prosedur Kajian 3.5.1 Pengumpulan Data 23 3.5.2 Pemerhatian 23 3.5.3 Penjadualan dan Graf 23 3.5.4 Analisa 24 3.5.5 Perbandingan 24 3.5.6 Keputusan 25 3.6 Kaedah Penganalisaan Data 25 3.7 Penutup 25 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 26 4.2 Analisis Kualitatif 27 4.2.1 Analisa penerimaan bola pertama oleh

ix skuad sepak takraw negara 29 4.2.2 Analisa perbandingan antara tampanan bola pertama yang berjaya dikawal dengan tampanan bola pertama yang tidak berjaya dikawal oleh skuad sepak takraw negara 31 4.2.3 Analisa tampanan bola pertama yang diambil oleh skuad sepak takraw negara dengan menggunakan kepala 33 4.2.4 Analisa tampanan bola pertama yang diambil oleh skuad sepak takraw negara dengan menggunakan kaki 35 4.2.5 Analisa tampanan bola pertama yang diambil oleh skuad sepak takraw negara dengan menggunakan peha. 37 4.2.6 Analisa tampanan bola pertama yang diambil oleh tekong skuad sepak takraw negara. 39 4.2.7 Analisa tampanan bola pertama yang diambil oleh apit kiri skuad sepak takraw negara. 41 4.2.8 Analisa tampanan bola pertama yang diambil oleh apit kanan skuad sepak takraw negara. 43 4.2.9 Analisa tampanan bola pertama yang mudah diambil oleh skuad sepak takraw negara. 45 4.2.10 Analisa tampanan bola pertama yang sederhana sukar diambil oleh skuad sepak takraw negara. 47 4.2.11 Analisa tampanan bola pertama yang sukar diambil oleh skuad sepak takraw negara. 49

x 4.3 Analisa Tampanan Bola Pertama Berdasarkan Posisi 4.3.1 Analisa tampanan bola pertama yang diterima oleh pemain Tekong 51 4.3.2 Analisa tampanan bola pertama yang diterima oleh pemain Apit Kiri 54 4.3.3 Analisa tampanan bola pertama yang diterima oleh pemain Apit Kanan 56 4.4 Analisa Tampanan Bola Pertama Berdasarkan Bahagian Badan Yang Menerima Bola Pertama Mengikut Tahap Kesukaran Bola Yang Diterima 4.4.1 Analisa tampanan bola pertama menggunakan Kepala 58 4.4.2 Analisa tampanan bola pertama menggunakan Peha 61 4.4.3 Analisa tampanan bola pertama menggunakan Kaki 63 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 66 5.2 Perbincangan 67 5.2.1 Analisa terhadap penerimaan bola pertama berdasarkan bahagian badan yang digunakan untuk menerima bola pertama mengikut tahap kesukaran bola pertama yang diterima 67

xi 5.2.2 Analisa terhadap tahap kesukaran bola pertama yang diterima mengikut posisi-posisi pemain di dalam gelanggang, iaitu tekong, apit kiri dan juga apit kanan 71 5.3 Kesimpulan 73 5.4 Cadangan 74 RUJUKAN 76 LAMPIRAN 78

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.1 Penerimaan bola pertama oleh skuad sepak takraw negara 29 4.2 Bilangan bola pertama yang ditampan 31 4.3 Peratus berjaya menampan bola pertama 32 4.4 Bilangan bola pertama yang ditampan menggunakan kepala 33 4.5 Peratus bola pertama yang ditampan menggunakan kepala 34 4.6 Bilangan bola pertama yang ditampan menggunakan kaki 35 4.7 Peratus bola pertama yang ditampan menggunakan kaki 36 4.8 Bilangan bola pertama yang ditampan menggunakan peha 37 4.9 Peratus bola pertama yang ditampan menggunakan peha 38 4.10 Bilangan bola pertama yang ditampan oleh tekong 39 4.11 Peratus bola pertama yang ditampan oleh tekong 40 4.12 Bilangan bola pertama yang ditampan oleh apit kiri 41 4.13 Peratus bola pertama yang ditampan oleh apit kiri 42 4.14 Bilangan bola pertama yang ditampan oleh apit kanan 43 4.15 Peratus bola pertama yang ditampan oleh apit kanan 44 4.16 Bilangan bola pertama yang mudah ditampan 45 4.17 Peratus bola pertama yang mudah ditampan 46 4.18 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan 47 4.19 Peratus bola pertama yang sederhana sukar ditampan 48 4.20 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan 49

xiii 4.21 Peratus bola pertama yang sukar ditampan 49 4.22 Bilangan bola pertama yang mudah ditampan oleh tekong 51 4.23 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan oleh tekong 52 4.24 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan oleh tekong 52 4.25 Bilangan bola pertama yang mudah ditampan oleh apit kiri 54 4.26 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan oleh apit kiri 54 4.27 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan oleh apit kiri 55 4.28 Bilangan bola pertama yang mudah ditampan oleh apit kanan 56 4.29 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan oleh apit kanan 56 4.30 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan oleh apit kanan 57 4.31 Bilangan bola pertama yang mudah ditampan dengan menggunakan kepala 58 4.32 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan dengan menggunakan kepala 59 4.33 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan dengan menggunakan kepala 59 4.34 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan dengan menggunakan peha 61 4.35 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan dengan menggunakan peha 61 4.36 Bilangan bola pertama yang mudah ditampan dengan menggunakan kaki 63 4.37 Bilangan bola pertama yang sederhana sukar ditampan dengan menggunakan kaki 63

xiv 4.38 Bilangan bola pertama yang sukar ditampan dengan menggunakan kaki 64

xv SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Carta alir rekabentuk kajian 20-21 4.1 Kawalan bola pertama yang diterima 31 4.2 Peratus kawalan bola pertama 32 4.3 Tampanan bola pertama dengan kepala 33 4.4 Peratus kawalan bola pertama dengan kepala 34 4.5 Tampanan bola pertama dengan kaki 35 4.6 Peratus kawalan bola dengan kaki 36 4.7 Tampanan bola pertama menggunakan peha 37 4.8 Peratus kawalan bola menggunakan peha 38 4.9 Tampanan bola pertama oleh tekong 39 4.10 Peratus kawalan bola pertama oleh tekong 40 4.11 Tampanan bola pertama oleh apit kiri 41 4.12 Peratus tampanan bola pertama oleh apit kiri 42 4.13 Tampanan bola pertama oleh apit kanan 43 4.14 Peratus kawalan bola pertama oleh apit kanan 44 4.15 Tampanan bola pertama yang mudah 45 4.16 Peratus tampanan bola pertama mudah 46 4.17 Tampanan bola pertama sederhana sukar 47 4.18 Peratus tampanan bola pertama sederhana sukar 48 4.19 Tampanan bola pertama sukar 49 4.20 Peratus tampanan bola pertama sukar 50

xvi 4.21 Bola pertama yang diterima oleh tekong 53 4.22 Bola pertama yang diterima oleh apit kiri 55 4.23 Bola pertama yang diterima oleh apit kanan 57 4.24 Tampanan bola pertama menggunakan kepala 60 4.25 Tampanan bola pertama menggunakan peha 62 4.26 Tampanan bola pertama menggunakan kaki 64

xvii SENARAI LAMPIRAN NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Surat lampiran permohonan dari fakulti bagi proses 78 pengumpulan data B Rakaman Video Perlawanan Yang Digunakan 79

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam meniti era sains dan teknologi yang kian berkembang pada masa kini, terdapat pelbagai saingan serta cabaran yang perlu ditempuhi oleh kerajaan bagi memastikan kesemua sektor dan semua bidang yang diceburi oleh negara kita setanding pencapaiannya di mata dunia. Ia juga termasuklah dalam sektor pembangunan sukan amnya dan khususnya dalam sukan sepak takraw. Jika dahulu, sepak takraw hanya dimainkan sebagai salah satu daripada aktiviti riadah harian sahaja tetapi kini sepak takraw telah dikenali sebagai salah satu acara sukan tumpuan yang dinanti-nantikan persembahannya di kalangan peminat-peminat dan juga penonton-penonton yang meminati sukan ini.

2 Oleh itu, sewajarnya pihak kerajaan merangka satu program yang khusus kepada skuad sepak takraw negara demi memastikan pembangunan sepak takraw di negara kita mencapai kehendak dan matlamat yang diinginkan. Persembahan yang baik serta aksi permainan yang bermutu di dalam gelanggang sememangnya merupakan tarikan utama yang ditunggu-tunggu oleh para penonton yang hadir menyaksikannya. Pada temasya sukan sea Guangzhou 2010 yang lalu, kita dapat menyaksikan skuad sepak takraw kita ditundukkan oleh pasukan dari negara Thailand di peringkat akhir iaitu dengan kekalahan 2-0 manakala pada kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia ISTAF 2011 pula, pasukan negara kita sekali lagi tewas kepada pasukan negara Thailand dengan keputusan 3-0. Berdasarkan daripada keputusan dan gaya permainan yang telah ditunjukkan oleh skuad sepak takraw negara, kita dapat lihat bahawa skuad negara perlu berusaha lebih gigih untuk merampas kembali piala kejohanan tersebut pada kejohanan yang akan datang. Hal ini disebabkan penguasaan gelanggang yang dipamerkan oleh skuad negara masih ditahap yang sederhana. Ketika ini, sentuhan yang diberikan oleh para pemain negara di gelanggang pertandingan juga masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Dalam kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia ISTAF 2011 yang lalu, jika dilihat dari aspek tampanan bola pertama selepas bola servis diberikan, didapati bahawa kebolehan bagi skuad negara untuk mengambil bola servis itu agak baik dan skuad negara juga berhasil membuat serangan balas keatas pihak lawan. Sememangnya telah menjadi tanggungjawab serta peranan apit kanan untuk merejam bola yang dilambungkan oleh apit kiri kepadanya dan apa yang dapat diperhatikan persembahan dari apit kanan ini sememangnya jarang dihampakan. Perkara yang perlu diberikan perhatian adalah bagaimana mewujudkan peluang tersebut supaya rejaman-rejaman yang bermutu dapat dilakukan oleh apit kanan skuad negara. Oleh itu, kita perlu mengukuhkan lagi kebolehan para pemain untuk menampan bola pertama dari servis pihak lawan. Walaupun tekong skuad negara tidak dapat mempamerkan persembahan dan sepakan bola yang menggugat pertahanan pemain pihak lawan, ini tidak boleh dijadikan alasan kepada skuad negara diatas pencapaian yang tidak mencapai sasaran dan

3 menemui kegagalan dalam pertandingan. Hal ini kerana skuad negara akan dapat menunjukkan aksi persembahan yang lebih bermutu sekiranya bola pertama dari pihak lawan dapat ditampan dan dikembalikan semula dengan hujanan bola yang mengancam oleh apit kanan secara konsisten. Oleh itu, kita perlu meneliti apakah yang menjadi punca kepada kegagalan pemain sepak takraw negara untuk menampan dan mengawal bola pertama yang ditujukan oleh tekong pihak lawan kepada mereka. Dari situ, kita akan dapat mencari kelemahan atau kekuatan skuad negara yang perlu diperkukuhkan lagi dan diberi tumpuan untuk memastikan skuad negara tidak akan terlepas lagi untuk menggungguli piala kejohanan yang dipertaruhkan oleh penganjur pada masa akan datang. Selain itu, tidak harus dilupakan juga untuk mengukuhkan lagi dan manajamkan kebolehan barisan tekong skuad negara dengan menguasai servis kuda selain servis sila supaya ianya boleh digunakan sebagai senjata dalam mencari dan mencuri mata pertandingan apabila melakukan sepakan mula. Seperti yang kita sedia maklum, pertandingan sepak takraw kebiasaannya dilangsungkan di dalam dewan yang berbumbung iaitu secara tertutup. Oleh itu, bilangan penonton yang dapat menyaksikannya juga terhad dan ini menyebabkan bunyi sorakan dan sokongan yang diberikan oleh penyokong dan juga penonton yang menyaksikan pertandingan ini berlangsung seakan gegak gempita dan memecah suasana dewan. Sedikit sebanyak, ia akan menjejaskan perhatian para pemain yang sedang beraksi khususnya kepada pemain yang disogok dengan sokongan yang tidak membina serta caci-maki yang dilontarkan kepada mereka sekiranya persembahan yang mereka tunjukkan itu kurang memuaskan hati penonton. Di dalam pertandingan sepak takraw, setiap pemain perlu bersedia untuk menerima bola pertama yang ditujukan kepada mereka dari pelbagai arah dan tahap kelajuan bola supaya bola yang diterima tersebut berjaya ditampan dan dikawal dengan baik. Dengan itu, barulah para pemain boleh merancang untuk melakukan serangan-serangan balas berupa rejaman bola yang akan dilakukan oleh apit kanan sekiranya mahu menguasai pertandingan tersebut. Segala usaha dan latihan yang telah dilalui akan berkesudahan dengan sia-sia sahaja sekiranya ia tidak dapat dipamerkan secara maksimum ketika perlawanan sebenar berlangsung jika bola pertama yang ditujukan kepada mereka tidak dapat dikembalikan atau dikawal dengan baik.

4 1.2 Latar Belakang Kajian Pencapaian dalam sukan sepak takraw di negara ini dilihat semakin merosot berbanding pada suatu ketika dahulu iaitu ketika negara ini memegang takhta kejohanan sepak takraw. Ini dapat dilihat berdasarkan keputusan pertandingan yang lalu dimana skuad sepak takraw negara dikalahkan oleh pasukan Thailand dengan keputusan 3-0 pada kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia ISTAF 2011 yang lalu. Fenomena permainan sepak takraw yang dipamerkan oleh skuad negara didapati masih belum sempurna seolah-olah kekurangan sesuatu dan strategi perlawanan yang digunakan tidak berupaya untuk menguasai permainan sepak takraw ini demi merampas semula status kuasa utama sepak takraw dunia yang dipegang oleh Thailand pada masa kini. Pada dasarnya, skuad sepak takraw negara dikatakan setaraf dengan skuad dari negara Thailand berdasarkan latihan dan penguasaan gelanggang yang ditunjukkan tetapi bagi skuad negara Thailand, mereka mempunyai kelebihan dari sepakan servis iaitu menggunakan servis kuda. Jika servis kuda yang diberikan oleh tekong pasukan Thailand dapat disambut dan ditampan dengan kemas, skuad negara mungkin berpeluang menewaskan lawan iaitu dengan membalas semula dengan rejaman berbisa dari apit kanan skuad negara. Secara amnya, bahagian depan (apit kiri dan apit kanan) kita, adalah setanding dengan Thailand yang pada masa ini merupakan juara dunia dalam sukan sepak takraw. Servis dalam permainan takraw antara faktor kenapa Thailand masih di singgahsana juara sehingga sekarang. Mereka mempunyai barisan tekong yang mampu melakukan servis tajam dan laju yang dikenali dengan servis kuda. Servis kuda dikatakan mempunyai banyak kelebihan berbanding servis yang biasa digunakan iaitu servis sila. Faktor yang mungkin menjadi penyebab kepada kekalahan skuad sepak takraw negara kita ialah kegagalan untuk menampan bola pertama yang dilontarkan dari pihak lawan dengan kemas. Dalam permainan sepak takraw, kebolehan melakukan servis yang baik sememangnya suatu kelebihan bagi sesebuah pasukan tersebut tetapi ia bukanlah satu ancaman yang besar bagi

5 pihak lawan untuk menguasai semula rentak permainan dan seterusnya mencapai kemenangan sekiranya ia boleh diatasi dengan menampan bola pertama dari tekong lawan dengan kemas dan berjaya mengawalnya serta berjaya melakukan serangan balas. Untuk mengenal pasti punca kegagalan menerima dan menampan bola pertama dari pihak lawan, suatu kajian telah dilakukan untuk menganalisa kebolehan dalam penerimaan bola pertama dari pihak lawan di kalangan skuad sepak takraw negara. 1.3 Pernyataan Masalah Analisis tidak rasmi dalam permainan sepak takraw mendapati kegagalan sesebuah pasukan untuk menang dalam pertandingan adalah turut dipengaruhi oleh kemampuan pasukan mengambil bola pertama. Pada kebiasaannya pemain tengah atau tekong adalah orang yang akan menerima bola pertama. Walau bagaimanapun peningkatan kualiti permainan terutamanya kepelbagaian servis menjadikan ketiga-tiga pemain yang berada di gelanggang mempunyai peranan yang sama dalam mengambil bola pertama. Fokus kepada kualiti mengambil bola pertama adalah matlamat kajian ini kerana kemampuan sesuatu pasukan untuk menyerang adalah bergantung kepada kawalan bola pertama. 1.4 Objektif Kajian Kajian yang dijalankan mempunyai objektif berikut iaitu:-

6 1.4.1 Menganalisa penerimaan bola pertama yang diberikan oleh pihak lawan selepas bola servis dimulakan. 1.4.2 Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan dalam menerima bola pertama dari pihak lawan berdasarkan anggota badan yang digunakan untuk mengambil bola tersebut. 1.5 Kepentingan Kajian Kajian yang dijalankan ini mengkhususkan kepada punca pemain tidak dapat menerima dan menampan bola pertama yang dilontarkan dari pihak lawan ke gelanggang pemain dengan kemas. Di dalam permainan sepak takraw, kebolehan pemain menerima tampanan bola pertama adalah sesuatu perkara yang penting dan merupakan benteng pertama bagi sesebuah pasukan. Hal ini adalah kerana apabila pemain gagal untuk menampan bola pertama yang dilontarkan dan bola dapat dimatikan, ia akan berpihak kepada pihak lawan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah bersesuaian dengan kehendak skuad sepak takraw negara dalam usaha untuk mencapai kemenangan yang diimpikan dengan mengenalpasti kelemahan apabila menampan bola pertama tersebut. Kajian yang akan dijalankan juga bertujuan memberi panduan kepada jurulatih sepak takraw untuk menilai dan merancang strategi latihan yang khusus untuk menampan bola pertama dari pihak lawan dalam permainan sepak takraw ini. Melalui kajian yang dijalankan ini pihak yang terlibat dalam merangka kaedah latihan dalam permainan sepak takraw juga dapat menggunakan panduan kajian sebagai satu rangka di dalam latihan permainan sepak takraw ini. Dengan mengetahui pelbagai masalah di dalam permainan sepak takraw ini terutamanya dari segi teknik latihan maka permasalahan yang berkaitan di dalam penerimaan bola pertama ini dapatlah digunakan oleh pihak yang terlibat di dalam merangka struktur latihan dalam permainan

7 ini. Selain itu mereka juga dapat menggunakan kajian ini untuk memperolehi dan mendapatkan corak permainan yang baik bagi memperolehi kejayaan dalam permainan sepak takraw negara. Dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan mutu permainan sepak takraw negara khasnya pada masa hadapan terutamanya semasa menerima dan menampan bola pertama dari pihak lawan selepas servis dilakukan, seterusnya kearah pembangunan sepak takraw Malaysia dan antarabangsa amnya. 1.6 Definisi Operational Definisi yang digunakan dalam konteks kajian ini mempunyai maksud yang tertentu. Diantara pengertian yang membantu dalam menjalankan kajian ialah 1.6.1 Servis Sepakan mula yang dibuat oleh tekong ke arah gelanggang lawan setelah menerima bola lontaran dari apit kanan atau apit kiri. 1.6.2 Servis sila Sepakan mula yang dibuat oleh tekong kearah gelanggang lawan setelah menerima lontaran dari apit kanan atau apit kiri dengan kaki yang akan menyepak seperti menyila dan kaki diangkat separas atau tidak melebihi paras kepala semasa menyentuh bola.

8 1.6.3 Servis Kuda Sepakan mula yang dibuat oleh tekong kearah gelanggang lawan setelah menerima lontaran dari apit kanan atau apit kiri dengan kaki yang akan menyepak diangkat tinggi melepasi kepala semasa menyentuh bola. 1.6.4 Tekong Orang yang melakukan sepakan mula. 1.6.5 Pengumpan Orang yang memindahkan atau menghantar bola kepada perejam untuk dibuat libasan atau rejaman ke pihak lawan. 1.6.6 Perejam Orang yang bertanggungjawab mematikan bola dengan membuat libasan atau sepakan kencang setelah menerima umpanan dari apit kiri atau kanan ke pihak lawan. 1.6.7 Apit kiri

9 Pemain yang berada di posisi kiri dan boleh terdiri dari perejam atau pengumpan. 1.6.8 Apit Kanan Pemain yang berada di posisi kanan dan boleh terdiri daripada perejam atau pengumpan. 1.6.9 Rally Satu gabungan kekuatan dan tumpuan dalam setiap servis yang dilakukan. 1.6.10 Bola Pertama Merupakan bola dari servis pihak lawan yang masuk ke dalam gelanggang. 1.6.11 K Merujuk kepada aras bola pertama yang diterima adalah pada aras kaki. 1.6.12 P Merujuk kepada aras bola pertama yang diterima adalah pada aras peha 1.6.13 X Merujuk kepada aras bola pertama yang diterima adalah pada aras kepala.

10 1.6.14 M Merujuk kepada tahap kesukaran bola pertama yang diterima adalah mudah 1.6.15 SS Merujuk kepada tahap kesukaran bola pertama yang diterima adalah sederhana sukar. 1.6.16 S Merujuk kepada tahap kesukaran bola pertama yang diterima adalah sukar. 1.6.17 KK Merujuk kepada bahagian badan yang digunakan untuk mengambil bola pertama adalah kaki kanan. 1.6.18 KP Merujuk kepada bahagian badan yang digunakan untuk mengambil bola pertama adalah kepala. 1.6.19 Y Merujuk kepada bahagian badan yang digunakan untuk mengambil bola pertama adalah peha 1.6.20 B

11 Merujuk kepada kawalan keatas bola pertama yang diterima adalah berjaya 1.6.21 G Merujuk kepada kawalan keatas bola pertama yang diterima adalah gagal. 1.6.22 ISTAF Pertubuhan sepak takraw antarabangsa. 1.7 Batasan Kajian Kajian ini dijalankan melalui analisi video perlawanan yang melibatkan pasukan sepak takraw negara Malaysia menentang pasukan dari negara Singapura dan juga melibatkan video perlawanan antara pasukan negara menentang pasukan negara Thailand. Video yang dipilih ini adalah video perlawanan sebenar yang berlangsung semasa Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia ISTAF 2011 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 24 Julai 2011 yang lalu. Dalam kejohanan yang turut disertai oleh pasukan sepak takraw negara ini, pasukan sepak takraw negara telah bertemu dengan pasukan negara Singapura di peringkat separuh akhir kejohanan. Manakala, pasukan negara Malaysia juga telah bertemu dengan pasukan negara Thailand di peringkat akhir. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini dianalisa berdasarkan rakaman penuh dari video kedua-dua perlawanan ini. 1.8 Rasional Kajian

12 Kajian ini dilaksanakan adalah untuk menunjukkan bahawa penerimaan bola pertama daripada servis yang dilakukan oleh tekong pihak lawan juga memainkan peranan yang penting kepada kekuatan sesebuah pasukan sepak takraw itu. 1.9 Penutup Sesungguhnya kajian terhadap sukan sepak takraw merupakan satu bidang kajian yang meluas yang boleh dilakukan. Namun, kajian ini hanya menilai kebolehan pemain sepak takraw negara ketika menerima bola pertama daripada bola yang di servis oleh pemain tekong pasukan lawan. Adalah diharapkan, semoga kajian yang dijalankan ini dapat menjadi suatu rujukan dalam meningkatkan lagi mutu permainan sepak takraw di Malaysia.