KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

Similar documents
RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN PENYEWAAN PERUMAHAN SITI NOOR FARAHANIS BINTI FADZIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR KRITIKAL BAGI PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI FADZILAH BINTI IBRAHIM

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

IMPAK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) KEPADA NILAI HARTA TANAH KEDIAMAN DI SETAPAK, KUALA LUMPUR SITIAYU ZUBAIDAH BINTI YUSUF

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PEMBIAYAAN MENGIKUT JENIS PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

NAJMAH NAWAWI MOHD NUSI ABD. RAHMAN NOOR SHAFEEZA ZAINUDDIN NUR SYAZWANI ZAINUL ABIDIN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

PERSPEKTIF DAN SUMBER MAKLUMAT ISU PERUMAHAN DALAM KALANGAN PENGGUNA SABAH

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

KEPUASAN PENGHUNI TERHADAP PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI OLEH KONTRAKTOR PENYELAMAT KAJIAN KES : TAMAN PERINDUSTRIAN HIJAU, RAWANG

Kos Perbelanjaan Perumahan dalam Kalangan Penduduk Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Sederhana di Pulau Pinang

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

..., C t;~:~xj ')' KESANPEMBANGUNANPERUMAHANTERHADAP KUALITI HID UP PENDUDUK BANDAR LINDA ANAK ABRAHAM PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN,

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

(GEOGRAFI) HULUBERNAM ROSLAN B. SAAD PROJEK INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK FAKULTI SAINS KEMANUSIAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN BAGI GENERASI Y FARAH HANAN BINTI MD ANUAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

PERLAKUAN PEMAJU SWASTA AP ABILA BERHADAPAN DENGAN DASAR PERUMAHAN KOS RENDAH DI MALAYSIA. oleh NOR 'AINI BINTI YUSOF

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

Penilaian awal impak perlaksanaan Dasar Perumahan Negara terhadap sektor perumahan di Kuala Lumpur

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

(Menggunakan Letter Head Jabatan)

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong This page is deliberately left blank

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

Impak Sosioekonomi dan Politik Program Perumahan Rakyat Lembah Subang, Selangor

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM


PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010

counselling2u.uitm.edu.my

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

LJ"N1Y ERSITl MALAYSIA S.AJ3.AH

POLITIK BIROKRASI SEMASA PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) TERHADAP PROJEK PEMAJUAN PERUMAHAN KERAJAAN

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

NURUL SA ADAH BINTI SABDIN

TAKLIMAT ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN: SUB-KOMPONEN JARINGAN KOMUNITI

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

INTERNAL SURFACE PIPE ROUGHNESS CLASSIFICATION USING HIGH FREQUENCY ACOUSTIC EVALUATION

Bachelor of Engineering with Honours (Civil Engineering)

Daya Saing Bandar Kecil: Satu Penelitian Dari Aspek Persepsi Penduduk Dalam Kawasan Majlis Daerah Tanjong Malim

PENGURUSAN TRAFIK DALAM PEMBINAAN JALAN RAYA NORHAYATI BINTI ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

Faculty of Engineering

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

Transcription:

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Awam-Pengurusan Pembinaan) Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia MEI 2005

ii DEDIKASI Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa tercinta Hj Zainal Abidin Bin Hj Abdul Rahman Hjjh Asmat @Rubiah Binti Sulaiman Tidak lupa kepada Bonda, Kekanda dan Adinda dikasihi Serta sahabat-sahabatku yang banyak membantu Ainur Zaireen Rashidah Adilah Faezah Jasa kalian sentiasa ku kenang.

iii PENGHARGAAN Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T di atas keizinan serta kehendaknya saya dapat menyiapkan Projek Sarjana ini. Jutaan terima kasih kepada penyelia-penyelia Projek Sarjana ini, Prof. Madya Tuan Hj Wan Zulkifli Bin Wan Yusof dan En. Bachan Singh a/l Besawa Jagar Singh yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyiapkan Projek Sarjana ini. Setinggi penghargaan juga ditujukan kepada Saudara Mazlan Bin Zawawi, Saudara Wan Mohd Hassani Bin Wan Yusof serta Pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Kelantan dan Pegawai serta kakitangan Pejabat Tanah Kuala Krai di atas bantuan yang diberikan.

iv ABSTRAK Projek perumahan di Kelantan bukan sahaja dijalankan oleh pihak kerajaan malah juga pihak pemaju swasta juga memberi sumbangan yang besar dalam industri ini. Namun di sebalik itu terdapat masalah di kalangan pemaju swasta di mana mereka tidak dapat menjual unit-unit rumah kepada bukan bumiputera. Ini adalah disebabkan polisi tanah di Kelantan di mana rumah-rumah yang dibina hanya diperuntukkan kepada kaum bumiputera. Dalam kajian ini terdapat empat objektif yang ingin dicapai iaitu untuk mengkaji proses kelulusan permohonan tanah kerajaan bagi projek perumahan di Kelantan, untuk mengenalpasti proses kelulusan penjualan rumah kepada bukan bumiputera, untuk mengenalpasti faktor-faktor pihak bumiputera tidak berminat membeli rumah yang diperuntukkan dan untuk mengenalpasti julat harga rumah yang menjadi pilihan kaum bumiputera. Skop kajian ini pula menumpukan kepada projek perumahan di Kelantan sahaja. Dalam kajian literatur pula diterangkan mengenai perumahan di Malaysia, pihak-pihak yang terlibat dengan industri perumahan, kajian kemungkinan, kepentingan kajian kemungkinan, skop dan pendekatan kajian kemungkinan, pinjaman perumahan kerajaan dan faktor-faktor lebihan penawaran dalam industri perumahan. Metodologi kajian pula ialah kajian literatur, kajian lapangan dan analisis data. Kaedah Indeks min purata iaitu SPSS digunakan untuk mengalisis data. Hasil kajian menunjukkan kelulusan penjualan unit rumah kepada bukan bumiputera mengambil masa lebih kurang 6 hingga 12 bulan untuk diproses. Julat harga rumah yang menjadi pilihan kaum bumiputera pula ialah di antara RM 46,000 hingga RM 90,000.

v ABSTRACT The housing projects in Kelantan are not only constructed by the government but also by the private sectors. In Kelantan, the private sectors are facing problems whereby they are unable to sell the houses to the non bumiputeras. This is due to the government policy that the land title and houses is only for the people in Kelantan. The objectives of this study are to identify the process of State Land application in Kelantan, to identify the approval process in selling housing units to non bumiputeras, to identify the factors contributing to the failure in selling housing units to bumiputeras in Kelantan and lastly to identify the preferable housing price range affordable among the bumiputeras in Kelantan. The scope of this study is focused on housing projects in Kelantan. The literature review consists of housing in Malaysia, the parties that are involved in housing industry, the laws which are related to the housing industry, feasibility study, the importance of feasibility study, scope and approaches in feasibility study, housing loan and problems of surplus in housing industry. The methodologies that have being used are literature review, pilot study and data analysis. The mean index method using SPSS is also being used to analyze the data. From the study, the approval process in selling housing units to non-bumiputeras takes about 6 to 12 months to be processed. The housing price rang affordable is between RM 46,000 to RM 90,000.

vi KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABTRACT KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi xi xii xiii BAB I PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Penyataan Masalah 3 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 4 1.4 Skop Kajian 5 1.5 Kaedah Kajian 5 1.5.1 Peringkat Pertama 6 1.5.2 Peringkat Kedua 6 1.5.3 Peringkat Ketiga 7 BAB II INDUSTRI PERUMAHAN 9

vii 2.1 Pengenalan 9 2.2 Perumahan Di Malaysia 11 2.2.1 Perumahan Sektor Awam 12 2.2.2 Perumahan Sektor Swasta 13 2.3 Perundangan Dalam Industri Perumahan Malaysia 13 2.4 Pihak Yang Terlibat Dalam Industri Perumahan Malaysia 15 2.4.1 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 15 2.4.2 Jabatan Perumahan Negara (JPN) 17 2.4.3 Pemaju Perumahan 18 2.4.4 Pihak Kontraktor 19 2.4.5 Golongan Profesional 20 2.4.6 Golongan Pembeli Rumah 22 2.5 Kajian Kemungkinan Dalam Projek Perumahan 23 2.5.1 Kepentingan Kajian Kemungkinan Dalam Projek Perumahan 24 2.5.2 Skop Dan Pendekatan Kajian Kemungkinan 27 2.6 Pinjaman Perumahan Kerajaan 33 2.6.1 Syarat-syarat Asas Pinjaman Perumahan Kerajaan 33 2.6.2 Kadar Kelayakan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia 33 2.7 Faktor-faktor Lebihan Penawaran Dalam Industri Perumahan 34 2.7.1 Pertumbuhan Pendapatan Pembeli Rumah Yang Lembap 34 2.7.2 Kesukaran Mendapat Pinjaman

viii Perumahan 35 2.7.3 Kadar Faedah Yang Tinggi 35 2.7.4 Harga Rumah Yang Tinggi 36 2.7.5 Lokasi Yang Kurang Sesuai 36 2.8 Kesimpulan 37 BAB III METADOLOGI KAJIAN 38 3.1 Pengenalan 38 3.2 Metodologi Kajian 39 3.3 Sumber Data Maklumat 39 3.3.1 Data Primer 40 3.3.2 Data Sekunder 40 3.4 Pengumpulan Data 41 3.4.1 Kaedah Soalselidik 41 3.4.2 Temubual 42 3.4.3 Indeks Purata 43 3.4.4 Contoh Pengiraan 45 3.5 Kesimpulan dan Cadangan 47 BAB IV BAHAGIAN PERUMAHAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN 48 4.1 Pengenalan 48 4.2 Misi Bahagian Perumahan 49 4.3 Objektif Jabatan 49 4.4 Fungsi Bahagian Perumahan 49 4.5 Dasar Perumahan Negeri 51 4.6 Pelaksanaan Projek Rumah Awam Kos Rendah Oleh Kerajaan Negeri 52 4.6.1 Membina sendiri 52 4.6.2 Secara Usahasama 53 4.6.3 Skim Pertapakan Dan Kemudahan Asas (SPKA) 53 4.7 Proses Permohonan Tanah Kerajaan Bagi

ix Projek Perumahan di Kelantan 54 4.8 Proses Kelulusan Penjualan Unit Rumah kepada Bukan Bumiputera Projek Khas di bawah Pusat Serenti 57 4.9 Penutup 62 BAB V ANALISIS DATA 63 5.1 Pengenalan 63 5.2 Jumlah Responden 64 5.3 Jantina Responden 65 5.4 Pekerjaan Responden 65 5.5 Pendapatan Responden 66 5.6 Faktor-faktor Pihak Bumiputera Tidak Berminat Membeli Rumah Yang Diperuntukkan 67 5.6.1 Harga Rumah Yang Tinggi 69 5.6.2 Rekabentuk Yang Kurang Menarik 69 5.6.3 Lokasi Yang Kurang Sesuai 69 5.6.4 Pertumbuhan Pendapatan Yang Lembap 70 5.6.5 Kesukaran Mendapat Pinjaman Perumahan 70 5.6.6 Kadar Faedah Pinjaman Perumahan Yang Tinggi 71 5.7 Julat Harga Rumah Yang Menjadi Pilihan Kaum Bumiputera Di Kelantan 72 5.8 Penutup 72 BAB VI KESIMPULAN DAN CADANGAN 73 6.1 Pengenalan 73 6.2 Kesimpulan 74 6.2.1 Proses Hakmilik Tanah Kerajaan Bagi Projek Binaan Perumahan

x Di Kelantan 74 6.2.2 Proses Kelulusan Penjualan Unit Rumah Kepada Bukan Bumiputera Di Kelantan 75 6.2.3 Faktor-faktor Pihak Bumiputera Tidak Berminat Membeli Rumah Yang Diperuntukkan 75 6.2.4 Julat Harga Rumah Yang Menjadi Pilihan Kaum Bumiputera Di Kelantan 78 6.3 Cadangan 78 6.4 Cadangan Untuk Kajian Selanjutnya 79 RUJUKAN 80 LAMPIRAN 82

xi SENARAI RAJAH MUKA SURAT Rajah 1.1 Carta Aliran Metodologi Kajian 8 Rajah 4.1 Proses Permohonan Tanah Kerajaan Bagi Projek Perumahan di Kelantan 56 Rajah 4.2 Proses Kelulusan Penjualan Unit Rumah Kepada Bukan Bumiputera Projek Khas Di bawah Pusat Serenti 60 Rajah 5.1 Prestasi Tindak balas responden 64 Rajah 5.2 Analisis Jantina Responden 64 Rajah 5.3 Analisis Pekerjaan Responden 65 Rajah 5.4 Analisis Pendapatan Responden 66

xii SENARAI JADUAL MUKA SURAT Jadual 2.1 Gaji Dan Kelayakan Jumlah Pinjaman 34 Jadual 2.2 Kadar Faedah Pinjaman Bank 35 Jadual 2.3 Julat Harga Rumah Mengikut Jenis 36 Jadual 3.1 Contoh Bilangan Maklumbalas Responden 46 Jadual 4.1 Proses Permohonan Tanah Kerajaan Bagi Projek Perumahan di Kelantan 54 Jadual 4.2 Proses Kelulusan Penjualan Unit Rumah kepada Bukan Bumiputera Projek Khas Di Bawah Pusat Serenti 58 Jadual 5.1 Faktor-faktor Pihak Bumiputera Tidak Berminat Membeli Rumah Yang Diperuntukkan 67 Jadual 5.2 Julat Harga Rumah Yang Menjadi pilihan Kaum Bumiputera di Kelantan 71 SENARAI LAMPIRAN

xiii Lampiran A Contoh Borang Soal Selidik Kepada Penduduk Bumiputera Lampiran B Jadual 1 (Borang Permohonan Tanah Kerajaan) Lampiran C Laporan Permohonan Memiliki Tanah Kerajaan Lampiran D Borang Permohonan Pinjaman Bank Lampiran E Kadar Faedah Pinjaman Perumahan Oleh Pihak Bank

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri perumahan di Malaysia semakin berkembang maju selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemajuan industri pembinaan iaitu dengan meningkatkan sub industrinya iaitu perumahan. Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh polisi pembangunan projek perumahan kerajaan Malaysia adalah untuk meningkatkan jumlah unit perumahan kos rendah dan sederhana rendah. Tujuan utama projek ini dirancang ialah untuk membantu golongan berpendapatan rendah (Elinawati, 2003). Di Malaysia pemerintah memikul tanggungjawab sosial yang sangat penting untuk memenuhi keperluan perumahan terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Tanggungjawab ini disalurkan kepada kumpulan sasaran melalui kerajaan pusat, negeri dan majlis tempatan. Mengikut perundangan, tanah dan perumahan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan majlis tempatan. Oleh itu kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa secara terus terhadap perlaksanaan rancangan perumahan pada peringkat negeri.

2 Di negeri Kelantan setiap daerah dalam negeri mempunyai majlis tempatan yang mengawasi perancangan fizikal dan perkhidmatan yang lain untuk perumahan bagi bandar masing-masing. Namun begitu kebanyakan majlis tempatan memberi tumpuan yang lebih kepada perkhidmatan dan kemudahan bandar yang lain serta tidak mampu untuk memberi penekanan kepada keperluan perumahan. Kajian yang dijalankan oleh Sen (1982) menunjukkan hubungan yang agak kompleks dan kurang jelas antara kerajaan pusat, negeri dan kerajaan tempatan. Kerajaan negeri mempunyai peraturan yang berbeza berkaitan dengan fungsi mereka. Kerajaan negeri mengawasi aspek asas perumahan termasuklah perancangan fizikal, penggunaan, pembahagian dan pertukaran hakmilik tanah dan pengawalan pembinaan bangunan (Nurizan Yahya, 1998). Bagi negeri Kelantan selain mengawasi aspek asas perumahan kerajaan negeri juga terlibat secara langsung dalam proses pembinaan perumahan awam dengan bantuan kerajaan pusat. Kerajaan negeri memainkan peranannya dengan menyediakan perumahan awam seperti rumah kos rendah, sederhana rendah dan kos sederhana bagi memenuhi keperluan rakyat Kelantan. Walau bagaimanapun perumahan yang dibina di negeri ini bukan sahaja dibangunkan oleh pihak kerajaan malah juga pihak swasta yang terdiri daripada pemaju-pemaju perumahan yang telah mantap dan menjadi pemangkin terhadap perkembangan industri perumahan di negeri ini. Di antara jenis rumah yang dibina oleh pihak pemaju di negeri Kelantan ini termasuklah rumah kos rendah, sederhana rendah dan kos mewah. Pihak kerajaan dan pihak pemaju di Kelantan mempunyai hubungan yang baik di mana pihak kerajaan sentiasa bekerjasama dengan pihak pemaju dalam membangunkan projek perumahan di Kelantan. Kerajaan Kelantan berperanan meluluskan permohonan tanah kerajaan oleh pihak pemaju bagi projek perumahan terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar. Selain itu terdapat juga projek usahasama antara Kerajaan negeri dan pihak pemaju dalam sesuatu projek perumahan. Kakitangan awam seperti guru, kerani, jururawat, tentera, pekerja swasta dan peniaga menjadi pemilik kepada perumahan yang disediakan oleh pihak pemaju manakala bagi golongan berpendapatan rendah diberi keistimewaan untuk memiliki perumahan awam yang dibangunkan oleh kerajaan negeri.

3 Keperluan perumahan di Kelantan semakin meningkat memandangkan dasar kerajaan negeri sendiri ingin memberi peluang rakyat negeri ini terutama yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri. Selain itu dasar kerajaan negeri juga menggalakkan rakyat untuk menikmati cara hidup yang selesa, teratur dan sempurna selain memaju dan memesatkan negeri ini dari segi pertumbuhan ekonomi dan sosial. 1.2 Penyataan Masalah. Perihal pindahmilik tanah kepada bukan bumiputera seringkali diperkatakan dan telah menjadi satu isu bagi rakyat Negeri Kelantan. Tidak dinafikan bahawa dasar tanah di Negeri Kelantan khususnya mengenai pindah milik tanah kepada bukan bumiputera adalah merupakan dasar yang perlu dijaga atau dipelihara demi untuk memberi perlindungan dan kepentingan hak pribumi orang-orang Melayu. Begitu juga dengan isu pembangunan dan penghijrahan anak-anak jati tempatan di mana minda mereka sering dikaitkan dengan kemunduran Negeri Kelantan. Seperti di negeri-negeri lain di Malaysia Negeri Kelantan juga berada dalam proses pembangunan. Pertumbuhan kawasan penempatan yang baru pula tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Oleh yang demikian bagi menangkis segala tanggapan negatif kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam proses penjanaan pertumbuhan ekonomi serta hal ehwal penyediaan kemudahan. Untuk memenuhi kehendak perumahan di Kelantan, kerajaan telah menyediakan perumahan-perumahan awam seperti rumah kos rendah, sederhana rendah dan kos sederhana. Rumah rumah ini disediakan kepada penduduk-penduduk Melayu di Kelantan yang berpendapatan RM 2000 ke bawah. Walaubagaimanapun perumahan yang disediakan oleh kerajaan di Kelantan tidak mencukupi dan kerajaan terpaksa

4 menyerahkan kepada pihak pemaju untuk menjalankan projek-projek perumahan. Namun begitu terdapat beberapa masalah di Kelantan di mana pihak pemaju tidak dapat menjual rumah kepada kaum bukan bumiputera kerana dasar pemberian hakmilik tanah dan perumahan di Kelantan tidak membenarkan pemaju menjual rumah kepada bukan bumiputera. Pemaju menghadapi masalah untuk menjual rumah kepada bukan bumiputera memandangkan terdapat unit-unit rumah yang tidak terjual kepada bumiputera. Punca dan faktor yang menyebabkan masalah ini perlu diketahui bagi memastikan projek perumahan di Kelantan dapat berjalan lancar. 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian Untuk menjalankan kajian ini, matlamat dan objektif telah dibentuk supaya kajian ini dapat berjalan mengikut tujuan yang ingin dicapai. Matlamat yang dibentuk adalah:- Objektif kajian yang dibentuk untuk mencapai matlamat di atas adalah seperti berikut:- i) Mengkaji proses permohonan tanah kerajaan bagi projek binaan perumahan di Kelantan ii) Mengenalpasti proses kelulusan penjualan unit rumah kepada bukan bumiputera di Kelantan iii) Mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan pihak bumiputera tidak membeli rumah yang diperuntukkan

5 iv) Mengenalpasti julat kos rumah yang menjadi pilihan kaum bumiputera di Kelantan 1.4 Skop Kajian Bagi memudahkan kajian dijalankan, skop kajian telah ditentukan. Skop kajian adalah tertumpu kepada:- i) Kajian hanya menumpukan kepada proses hakmilik tanah bagi projek binaan perumahan sahaja ii) Kajian hanya dilakukan bagi proses hakmilik tanah di Kelantan iii) Kawasan kajian hanya bagi projek perumahan di Kelantan iv) Menganalisis data yang diperolehi 1.5 Kaedah Kajian Kajian ini akan dijalankan secara berperingkat-peringkat supaya ianya lebih teratur. Di setiap peringkat kaedah-kaedah tertentu digunakan untuk menjalankan kajian dan penganalisaan (Rujuk Rajah 1.1)

6 1.5.1 Peringkat Pertama Dalam peringkat ini, kajian literatur akan dilakukan dengan pembacaan dan rujukan, pemerhatian dan perbincangan awal untuk memaham dan mengetahui bidang kajian. 1.5.2 Peringkat Kedua Pada peringkat ini, kajian lapangan akan dilakukan secara pengamatan, pengumpulan data, menembual pegawai dan pekerja yang terlibat. Dua jenis data dikumpul dan dianalisis iaitu: i. Data Primer Data Primer ini diperolehi dan dikumpul daripada pemerhatian, temuduga dan soal selidik yang dijalankan. Borang soal selidik diedarkan kepada pemaju dan pembelipembeli rumah di Kelantan sementara pula temubual pula dijalankan dengan Pegawai Perumahan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Pembantu Tadbir bahagian hakmilik tanah di Pejabat Tanah Kuala Krai dan pemaju perumahan swasta. ii. Data Sekunder

7 Data Sekunder diperolehi dan dikumpul daripada kajian literatur dan sumber dokumen bertulis seperti buku rujukan, tesis, majalah, akhbar, jurnal, kertas seminar dan lain-lain bahan rujukan. 1.5.3 Peringkat Ketiga Peringkat ini adalah merupakan peringkat terakhir dalam kajian penyelidikan ini. Data-data yang diperolehi disusun, diproses dan dianalisis bagi mencapai objektif kajian. Cadangan-cadangan dan garispanduan berdasarkan keputusan kajian akan dikemukakan dalam peringkat ini.

8 KENALPASTI BIDANG KAJIAN KENALPASTI MASALAH KAJIAN PEMILIHAN TAJUK DAN PENYELIA KAJIAN LITERATUR, KUMPUL DAN KENALPASTI DATA PENGUMPULAN DAN PEMILIHAN DATA TEMUBUAL DAN SOAL SELIDIK SEMAK, PROSES DAN ANALISIS PEMAJU, PEMBELI, PEGAWAI PEJABAT TANAH DAN GALIAN & PEMBANTU TADBIR PEJABAT TANAH KUALA KRAI RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN Rajah 1.1: Carta Alir Metodologi Penyelidikan

80 RUJUKAN Eko. Budihardjo (1984) Sejumlah Masalah Permukiman Kota, Alumni Bandung Elinawati Mat Jusoh (2003) Projek Perumahan Di Kota Bharu, Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia Goh Leong Sen (2001) Cadangan Lembaga Pemajuan Perumahan Satu Altenatif Penyelesaian Masalah Dalam Industri Perumahan, Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan 2003 John Cowley (1979) Housing For People Or For Profit?, London Kamal Hakim B. Ab.Rahman (2001) Kajian Kemungkinan Dan Kepentingannya Sebagai Asas Untuk Meluluskan Kebenaran Merancang, Universiti Teknologi Malaysia Kon Ken Meng (2001) Kajian Kemungkinan Dalam Pembangunan Hartatanah Perdagangan di Johor Bahru, Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia Laporan Pasaran Harta (1999) Property Market Report, Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia Mohd Razali Agus (1992) Pembangunan Perumahan Isu Dan Prospek, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia Munira Salleh (2004) Mengatasi Isu Projek Perumahan Terbengkalai National House Buyers Association

81 Norhaya Kamarudin dan Rosadah Mahamud (1993) Feasibility Studies On Housing Development In Johor Bahru, AsiaPacific Real Estate Society (APRES) Conference Nurizan Yahya (1998) Kemiskinan Dan Perumahan Di Bandar-Peranan Pemerintah Dan Penyelesaian, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur Rancangan Malaysia Ke Lima (RML) Bab XXI:Perumahan Shamsul Amri Baharuddin (1990) Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur Soo Pim Ling (2001) Pembangunan Berfasa, Pelaksanaannya Dalam Projek Perumahan, Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia Http://www.treasury.gov.my Http://www.sinarharapan.co.id