Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan

Similar documents
Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

Penulisan Kreatif yang Cemerlang

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

Memahami Emosi Watak dalam Gambar Bersiri Melalui Kaedah Berfikir Secara Lateral

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH BEACON

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

counselling2u.uitm.edu.my

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

PENGGUNAAN MODEL PENGUKURAN RASCH MANY-FACET (MFRM) DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERASASKAN PRESTASI

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

Kata kunci: kemahiran mendengar, pasangan minimal, Perceptual Assimilation Model, diskriminasi, perisian PRAAT.

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)


1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

Katakunci : kecederaan atlet silat

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Siri Selamat di Rumah dan di Luar Rumah

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

Mohamad Harkimi, Julismah Jani & Saidil Mazlan Abdul Razak Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI ABSTRAK

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih.

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

Faculty of Electrical & Electronic Engineering University Malaysia Pahang

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

Penemuan Awal Berkaitan Pemuliharaan Bandar dalam Pembentukan Imej Bandar di Tanjong Malim, Perak

DEVELOPMENT OF PADDED BANDANA FOR TAKRAW PLAYERS MUHAMMAD AZRI BIN MOHD RAZI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. EAL 335/4 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]

VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

Salina Binti Ramli. I/C No: Dr. Norhazilan Bin Md. Noor

Teori Behavioris. Pelopor Pelaziman Klasik : Watson Pavlov Thorndike Skinner Albert Bandura (Neo-Behaviorist)

PANDUAN PEMBANGUNAN SOALAN LATIHAN KEMAHIRAN

Transcription:

22 Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan Badrolhaizat Kamsin badrolhaizat_kamsin@moe.edu.sg Irvena Herlin Abdullah irvena_herlin@moe.edu.sg Sekolah Rendah Woodgrove Abstrak Murid-murid didapati kurang memahami cara menulis karangan yang menarik dan sering ketandusan idea. Akibatnya, karangan yang dihasilkan kurang memuaskan dan tidak kreatif. Lantaran itu, jalan cerita karangan mereka sering membosankan dan menjejas markah, terutamanya bagi bahagian isi. Kajian ini dijalankan untuk meninjau kesan penggunaan frasa berbunga dalam penulisan karangan agar karangan yang ditulis menjadi menarik. Kaedah kajian yang digunakan berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Strategi pengajaran secara eksplisit dan rutin berfikir Fikir-Berpasangan-Kongsi telah digunakan dalam menjalankan sesi pengajaran ini. Penilaian berbentuk praujian dan pascaujian digunakan untuk mengumpul data. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan frasa berbunga dalam karangan murid dapat membantu menjadikan karangan murid menjadi lebih menarik. Kata Kunci: karangan, frasa berbunga, kolaboratif, eksplisit, idea kreatif 268 PAPER 22 (pages 268-275)-DD.indd 268

PENGENALAN Satu daripada aspek penting dalam pembelajaran bahasa Melayu ialah kemahiran menulis karangan. Kemahiran ini merupakan satu daripada unsur dalam perkembangan dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Oleh sebab itu, kemahiran menulis karangan dipelajari di sekolah sehingga ke peringkat yang paling tinggi kerana masalah menulis berlaku dalam setiap peringkat usia dan tahap pendidikan. Dalam hal yang demikian, murid juga harus diberi latihan yang membolehkan mereka mempelajari dan menggunakan kemahiran tersebut sejak dari awal lagi. Justeru, bentuk pengajaran yang sesuai perlu diamalkan oleh guru agar kemahiran mengarang dapat diajar dengan lebih berkesan. Penerapan penggunaan frasa berbunga dalam penulisan karangan jarang diaplikasikan oleh murid memandangkan kurangnya pengetahuan murid akan kesesuaian frasa berbunga tersebut mengikut konteks dalam ayat ataupun mungkin disebabkan kurangnya pengetahuan dari segi kemahiran kosa kata. Arba ie Sujud (2010) menekankan bahawa pemilihan kata dan lambang bahasa secara berhati-hati dan tertib, menjadikan jalinan bahasa bukan sekadar suatu anyaman tetapi suatu hamparan indah. Justeru untuk mengindahkan lagi karangan atau mendedahkan murid kepada penulisan yang lebih kreatif dan menarik, penggunaaan frasa berbunga dalam penulisan karangan telah dilaksanakan. Seramai 31 murid Darjah 5 telah diuji cuba dalam kajian ini. Hasilnya amat memberangsangkan. Kertas kajian ini membincangkan bagaimana guru boleh mengajar frasa berbunga dengan mudah kepada murid dan sekaligus menjadikannya satu panduan kepada mereka supaya lebih yakin menggunakannya dalam penulisan karangan mereka. PERNYATAAN MASALAH Masalah yang dihadapi oleh murid-murid adalah menulis karangan yang baik. Ini sering terjadi kerana ketandusan idea atau ayat-ayat yang ditulis kurang menarik. Maka itu, sering kali hasil karangan murid didapati agak membosankan dari segi jalan cerita kerana kurangnya penggunaan kosa kata atau ayat-ayat yang menarik. Kesudahannya, markah pencapaian murid kurang memuaskan. Ada yang sekadar 269 PAPER 22 (pages 268-275)-DD.indd 269

lulus sahaja dan tidak kurang pula yang gagal. Tidak dinafikan dengan adanya pengaruh media sosial yang lebih berfokus kepada bahasa Inggeris atau bahasa pasar, menjadikan murid terdedah kepada isu bahasa yang membimbangkan. Justeru, jarang sekali dapat dilihat frasa berbunga yang diterapkan dalam karangan mereka. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan untuk: 1. menjadikan penulisan karangan lebih menarik dengan menggunakan frasa berbunga; 2. menggalakkan murid mengembangkan idea atau isi dalam karangan; dan 3. memastikan pelajar dapat menggunakan frasa berbunga yang sesuai dengan konteks dalam penulisan karangan. KAJIAN LEPAS Menurut Arba ie Sujud (2010) ketepatan dalam memilih kata dan diksi dapat menghasilkan sebuah karya yang memiliki keindahan kata dan makna melalui diksi yang digunakan. Ini menunjukkan bahawa karangan yang menarik ditunjangi oleh elemen-elemen bahasa yang dirangkaikan menjadi ayat-ayat yang menarik yang mampu menyentuh deria rasa pembaca. Ini sekaligus menjadikan sesebuah karangan itu karangan yang berjaya. Hal ini menunjukkan bahawa proses mengajar murid menggunakan frasa berbunga adalah penting bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam penulisan dan berhati-hati serta peka terhadap apa yang ditulis dan ingin disampaikan kepada khalayak pembaca. Melalui proses ini rutin berfikir Fikir-Berpasangan- Kongsi telah digunakan. Ini sejajar dengan pemerhatian yang dilakukan oleh Lev Vygotsky (1962) tentang pembelajaran secara kolaboratif dan berpasangan. Beliau menegaskan bahawa manusia membentuk pengetahuan dan pemahaman sendiri tentang keadaan di sekelilingnya dengan membuat refleksi melalui pengalaman yang diraihnya. Beliau juga lebih menekankan tentang teori konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan dibina berdasarkan interaksi sosial, budaya dan aktviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu. 270 PAPER 22 (pages 268-275)-DD.indd 270

KAEDAH KAJIAN Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian tindakan untuk melihat keberkesanan rutin berfikir Fikir-Berpasangan-Kongsi dalam mengenalkan murid kepada caracara menggunakan frasa berbunga dalam penulisan karangan. Pendekatan pengajaran secara eksplisit juga digunakan bagi memastikan murid benar-benar memahami apa yang diajarkan supaya mudah bagi mereka menjalankan tugasan pembelajaran mereka secara kendiri. Dalam pengajaran secara eksplisit, murid dibimbing melalui modeling. Ini merupakan peringkat yang agak penting kerana jika murid dapat memahami apa yang ingin disampaikan pada peringkat ini, maka seterusnya tentu tugas guru dan murid menjadi mudah pada peringkat seterusnya. Borang maklum balas telah digunakan bagi mengenal pasti sama ada murid memahami pelajaran yang mereka ikuti ataupun sebaliknya. Melalui borang tersebut juga, data-data tentang keberkesanan strategi ke atas hasil kerja murid dapat dikesan. Kajian ini melibatkan analisis secara kuantitatif dan kualitatif. Subjek Kajian Subjek kajian terdiri daripada 31 orang murid Darjah 5 yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu. Mereka terdiri daripada murid-murid middle progress (MP) dan higher progress (HP). Semasa ujian diagnostik dilakukan, terdapat beberapa orang murid yang gagal dalam ujian Topikal. Pemilihan ini dilakukan sebagai uji cuba untuk melihat sejauh mana murid-murid dapat menggarap penggunaan frasa berbunga dalam penulisan dengan berkesan. Instrumen Kajian Keupayaan murid dinilai melalui praujian dan pascaujian. Murid juga dinilai melalui kelakonan mereka semasa menulis karangan di dalam kelas dan pencapaian mereka melalui ujian semester. Di dalam kelas, hasil kerja murid dinilai melalui ketepatan penggunaan frasa berbunga di dalam karangan mereka. Penilaian juga dilihat melalui kekerapan murid menggunakan frasa berbunga dalam karangan mereka. Bagi mencapai tujuan ini, murid telah melalui pembelajaran secara eksplisit. 271 PAPER 22 (pages 268-275)-DD.indd 271

Borang soal selidik juga telah digunakan bagi memantau sejauh mana murid-murid dapat memahami serta menggunakannya dalam karangan mereka. Prosedur Kajian Kajian ini dijalankan sepanjang tahun 2017 selepas keputusan markah karangan murid diperoleh. Guru-guru Bahasa Melayu secara berkolaborasi telah menghasilkan karyakarya cerita pendek bagi setiap peringkat Darjah 1 hingga Darjah 6. Karya-karya ini dinamakan sebagai Program Menghargai Sastera atau L.A.P. (Literature Appreciation Programme). Dalam setiap karya disisipkan beberapa jenis frasa berbunga yang kemudiannya diikuti dengan latihan menggunakan frasa berbunga di dalam ayat sebagai pengukuhan. Selepas proses tersebut, guru telah merancang aktiviti penulisan menggunakan frasa-frasa berbunga yang telah mereka ajarkan. Dalam pelajaran yang pertama, guru menggunakan pendekatan modeling bagi memastikan murid-murid terbimbing dan faham akan setiap langkah yang diajarkan. Guru menayangkan sebuah karangan ringkas. Kemudian, guru menayangkan beberapa jenis frasa berbunga. Guru meletakkan frasa berbunga yang sesuai pada ayat-ayat yang tertentu di samping meluaskan ayat-ayat tersebut dengan kosa kata tambahan jika perlu. Dalam pelajaran seterusnya, murid-murid duduk secara berpasangan. Mereka diberikan sebuah teks yang berbeza. Teks ini juga memerlukan pengisian frasa berbunga yang sesuai pada bahagian ayat-ayat yang tertentu. Murid secara berpasangan berbincang tentang pemilihan frasa-frasa berbunga yang sesuai untuk digunakan supaya ia menjadi sebuah karangan yang dilengkapi dengan frasa berbunga. Selepas proses ini, murid-murid secara berpasangan akan beralih ke meja rakan mereka yang lain untuk membuat penilaian akan hasil tugasan rakan mereka. Murid-murid akan saling memberi maklum balas tentang hasil tugasan rakan-rakan mereka. Borang maklum balas dan soal selidik digunakan bagi aktiviti ini. Selepas proses ini, murid diberi latihan menulis karangan secara kendiri. Sama seperti prosedur di atas, murid diberikan sebuah teks karangan yang pendek berserta senarai frasa berbunga yang telah mereka pelajari. Kemudian, murid akan menyisipkan frasa-frasa berbunga tersebut pada ayat-ayat yang sesuai. 272 PAPER 22 (pages 268-275)-DD.indd 272

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Bagi mendapatkan data kajian, guru mengambil kira keputusan murid dalam ujian Topikal, SA1 Ujian Semester 1, CA2 Ujian Berterusan 2 dan SA2 Ujian Semester 2 murid Darjah 5 tahun 2017. Keempat-empat keputusan penilaian ini telah digunakan untuk melihat perbandingan dan keberkesanan pengajaran ini dalam meningkatkan penggunaan frasa berbunga dalam karangan serta meningkatkan markah murid-murid. Berdasarkan keputusan peperiksaan murid, jumlah terbanyak yang gagal adalah dalam ujian Topikal 1. Pada tahap ini, murid-murid belum didedahkan kepada teknik penggunaan frasa berbunga. Justeru, ramai yang kurang menyerlah dari segi isi. Rata-rata mereka gagal meluaskan idea kerana buntu dan tidak tahu apa lagi yang hendak disertakan dalam karangan mereka. Selepas menjalankan teknik ini dengan murid, guru dapat melihat kemajuan yang agak ketara dari segi pencapaian murid dalam peperiksaan SA1. Tiada murid yang gagal. Oleh yang demikian, teknik pengajaran ini telah dilanjutkan hingga ke peperiksaan CA2. Bagaimanapun di sini terdapat seorang sahaja murid yang gagal. Ini disebabkan oleh kesilapan murid itu sendiri yang menjawab soalan karangan 1 (karangan berasaskan tajuk) tetapi menulis karangan yang tidak memenuhi kehendak tajuk. Namun demikian, pada peperiksaan SA2, murid-murid kembali menunjukkan pencapaian yang baik dan tiada murid yang gagal. Jadual 1: Keputusan Markah Murid dalam Penilaian Komponen Penulisan Karangan Keputusan Karangan Lulus Gagal Jumlah Murid Ujian Topikal 1 25 6 31 SA1 31 0 31 CA2 29 1 30 SA2 31 0 31 Berikut ialah dapatan kajian yang meneliti jumlah penggunaan frasa berbunga dalam karangan peperiksaan mereka. Dari segi peningkatan jumlah 273 PAPER 22 (pages 268-275)-DD.indd 273

memang amat memberangsangkan kerana dalam peperiksaan SA2 semakin ramai murid yang lebih yakin menggunakan frasa berbunga dalam penulisan karangan mereka. Ada beberapa murid yang telah menggunakan sepuluh atau lebih frasa berbunga dalam karangan mereka. Ini lebih daripada apa yang dijangkakan. Hal ini menunjukkan bahawa murid telah berjaya menguasai penggunaan frasa berbunga dalam karangan mereka apabila mereka berada dalam Darjah 6 pada tahun hadapan nanti. Jadual 2: Jumlah Penggunaan Frasa Berbunga dalam Karangan Frasa Berbunga Menggunakan 4 atau kurang Menggunakan 5 atau lebih Jumlah murid Ujian Topikal 1 2 0 31 SA1 25 6 31 CA2 20 10 30 SA2 15 16 31 Berikut ialah respons murid berkaitan penilaian mereka terhadap tugasan rakan mereka. Murid-murid dapat berbincang dan berkongsi pendapat akan kekuatan atau kelemahan hasil karangan rakan-rakan mereka. Guru sebagai fasilitator akan mencelah untuk menambah komen-komen yang perlu agar muridmurid semua dapat belajar daripada contoh-contoh karangan rakan-rakan mereka untuk memperbaik kelemahan diri masing-masing. Jadual 3: Respons Murid No. Respons Murid Ya Tidak 1 Teks yang diubahsuai boleh saya fahami. 29 2 2 Frasa berbunga digunakan dengan betul / sesuai dalam ayat. 27 4 3 Frasa berbunga yang digunakan menarik. 27 4 4 Isi karangan ini dikembangkan dengan betul. 29 2 5 Karangan ini lebih menarik daripada karangan asal. 29 2 274 PAPER 22 (pages 268-275)-DD.indd 274

KESIMPULAN Menerapkan penggunaan frasa berbunga dalam penulisan karangan merupakan salah satu strategi yang guru boleh gunakan untuk menggalakkan murid-murid menghasilkan karangan yang kreatif. Dengan menggunakan rutin berfikir Fikir- Berpasangan-Kongsi, murid-murid berpeluang untuk berinteraksi sesama mereka di samping bertukar-tukar pendapat akan karangan yang rakan-rakan mereka telah hasilkan. Murid-murid juga tidak lepas daripada menggunakan kebolehan berfikir sewaktu meluaskan ayat dengan menyertakan frasa berbunga yang sesuai dengan konteks. Penggunaan frasa berbunga dapat membantu murid menulis karangan dengan penuh yakin dan menghasilkan karangan yang menarik. Penggunaan pendekatan mengajar secara eksplisit juga telah membantu murid agar lebih memahami konsep frasa berbunga dengan tepat dan pemilihan frasa berbunga yang sesuai dengan penggunaannya dalam karangan. Pastinya ini dapat mencorak daya pemikiran murid supaya menjadi lebih kreatif dalam penulisan. Guru yang turut terlibat dalam kajian ini: 1. Nur Syafizah Rohayat RUJUKAN Abbas Mohd Shariff (2012). Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa, Singapura: Alfa Media. Arba ie Sujud. (2010). Apresiasi bahasa interpretasi & ekspresi. Kuala Lumpur: Sarjana Press Sdn. Bhd. Malay Language Centre Of Singapore (2017). Pengajaran Inovatif, Pemikiran Kreatif. Singapura: Pusat Bahasa Melayu Singapura. Vygotsky, L.S. (1978) Mind in Society: The development of higher psychological processes. Cambridge, MA: Harvard University Press. Vygotsky, L.S. (1962). Thought and Language. Cambridge, MA: MIT Press. (Original work published in 1934). 275 PAPER 22 (pages 268-275)-DD.indd 275