KEBERKESANAN KURSUS INTEGRITI KONTRAKTOR MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Similar documents
1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

INTERNAL SURFACE PIPE ROUGHNESS CLASSIFICATION USING HIGH FREQUENCY ACOUSTIC EVALUATION

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

Faculty of Engineering

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN PENYEWAAN PERUMAHAN SITI NOOR FARAHANIS BINTI FADZIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',


BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

counselling2u.uitm.edu.my

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan

Faculty of Engineering

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PEMBIAYAAN MENGIKUT JENIS PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

TAKLIMAT ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN: SUB-KOMPONEN JARINGAN KOMUNITI

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

Pelan Pengurusan Perubahan Fasa III Self Reliance dan Tahap Kematangan Self Reliance

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

Yang Saya Hormati Saudara/Saudari Pengerusi Majlis

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

oleh Pemohon (Pelukis Pelan Berdaftar/ Arkitek/ Jurutera Profesional

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH GREAT EASTERN TAKAFUL BERHAD

NURUL SA ADAH BINTI SABDIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

POLITIK BIROKRASI SEMASA PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) TERHADAP PROJEK PEMAJUAN PERUMAHAN KERAJAAN

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BLOOD PRESSURE MONITORING SYSTEM USING PIEZOELECTRIC FILM SENSOR NORSYILA BINTI BAHARUDIN

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SIFAT DAN PERANAN RAJA DAN PEMBESAR DALAM NASKHAH HUKUM KANUN PAHANG

IMPAK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) KEPADA NILAI HARTA TANAH KEDIAMAN DI SETAPAK, KUALA LUMPUR SITIAYU ZUBAIDAH BINTI YUSUF

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong This page is deliberately left blank

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

TATAKELAKUAN. Melengkapkan nilai teras kita: KESELAMATAN KEPELBAGAIAN INTEGRITI PEMATUHAN PENCIPTAAN NILAI BERPASUKAN/KERJASAMA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGISYTIHARAN PUTRAJAYA SEBAGAI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Transcription:

KEBERKESANAN KURSUS INTEGRITI KONTRAKTOR MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KEBERKESANAN KURSUS INTEGRITI KONTRAKTOR SESI PENGAJIAN : 2010/2011 Psz 19:16 (pind. 1/07) Saya MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : JALAN BALAI RAYA K.G. LUIT, PROFESOR MADYA WAN YUSOFF 26500 MARAN, PAHANG WAN MAHMOOD Nama Penyelia Tarikh :... Tarikh :... CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PENGESAHAN PENYELIA Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan) Tandatangan : Nama Penyelia I : P.M WAN YUSOFF WAN MAHMOOD Tarikh : Tandatangan : Nama Pembaca II : PUAN FARA DIVA BINTI MUSTAPA Tarikh : * Potong yang tidak berkenaan.

KEBERKESANAN KURSUS INTEGRITI KONTRAKTOR MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan) Fakulti Alam Bina (Jabatan Ukur Bahan) Universiti Teknologi Malaysia Mei 2011

ii Saya akui bahawa saya karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan :... Nama : MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN Tarikh : 10 Mei 2011

iii DEDIKASI Teristimewa buat; Ibu dan Abah tersayang, Fubiah Bt Chek Jamaluddin Bin Abd Rashid Keluarga yang dikasihi, Terima kasih di atas doa dan kasih sayang yang dicurahkan Yang Diingati; Rakan-rakan seperjuangan, Terima kasih di atas galakan yang diberikan

iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada penyelia projek sarjana muda saya, Prof. Madya Wan Yusoff Wan Mahmood di atas segala nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan tesis ini. Tanpa kerjasama dan perhatian beliau kajian ini akan mengalami masalah dan tidak dapat disiapkan dengan jayanya. Penghargaan ini juga diberikan kepada ahli keluarga yang tersayang terutama kepada ibunda Fubiah Binti Chek, Al-Marhum ayahanda, Jamaluddin Bin Abd Rashid serta ahli keluarga yang tercinta atas dorongan dan sokongan yang diberikan. Sesungguhnya sokongan anda semua ibarat peluru untuk berjuang di medan perang. Akhir sekali, ucapan terima kasih saya tujukan buat semua pihak yang terlibat iaitu secara langsung dan tidak langsung dalam penyiapan penyelidikan ini. Terutama kepada sahabat dan rakan yang sentiasa membantu dan mendoakan kejayaan serta memberi banyak tunjuk ajar serta semangat untuk saya meneruskan kajian ini. Semoga Allah S.W.T memberkati serta merahmati hidup kalian.

v ABSTRAK Pada masa kini, tahap pengamalan etika dan integriti di kalangan pihak yang terlibat di dalam industri pembinaan semakin luntur dan terhakis. Hal ini dapat dibuktikan melalui peningkatan masalah yang berlaku dalam industri pembinaan yang melibatkan integriti seperti gejala rasuah, penyelewengan kuasa, sikap tidak bertanggungjawab, penipuan dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung telah mencemarkan imej industri pembinaan negara di mata dunia. Bagi membendung masalah ini, kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mula melaksanakan Kursus Integriti Kontrator yang telah diwajibkan ke atas setiap firma kontraktor yang berdaftar. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat apakah persepsi dan reaksi kontraktor terhadap perlaksanaan kursus ini. Selain itu, kajian juga dilakukan untuk melihat tahap kefahaman dan kesediaan kontraktor untuk melakukan perubahan setelah mengikuti Kursus Integriti Kontraktor. Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kuantitatif di mana teknik pengutipan data dijalankan melalui pengedaran borang soal selidik. Hasil dari kajian ini mendapati kontraktor telah memberikan reaksi dan persepsi yang positif terhadap perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor. Selain itu, responden turut bersetuju bahawa kursus ini telah dilaksanakan secara berkesan kerana berjaya mencapai objektif perlaksanaan kursus, memberi kesan kepada sikap peserta kursus dan berjaya meningkatkan tahap pemahaman peserta berkaitan isu integriti.

vi ABSTRACT At the time being, the practice of ethics and integrity among all parties involved in construction industry has faded and eroded. This can be proofed by the increases in problems that occur in the construction industry especially involving integrity, such as corruption, abuse of power, recklessness, fraud and so forth. This indirectly has tarnished the image of the construction industry globally. To curb this problem, the Government through the Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB) began implementing the Kursus Integriti Kontraktor, and has been compulsory for all registered contractor firms. Thus, the study was conducted to see whether the perceptions and reactions to the implementation of this course to contractor. In addition, the study was also conducted to see how far this course can help produce the next integrity contractors that can give confidence to all parties to the credibility of local contractors. This study is a quantitative study in which data collection techniques conducted by distributing questionnaires. The results of this study found that the contractor has given a positive reaction and perception towards the implementation of the Kursus Integriti Kontraktor. In addition, the respondents also agreed that this course has been implemented effectively and successfully to achieving the objectives of the course, it also affect the attitudes of participants of the course and successfully increased the level of understanding of participants on issues of integrity.

vii SENARAI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN i ii iii iv v vi vii xii xiv 1 PENDAHULUAN 1.1. Pengenalan 1 1.2. Penyataan Masalah 3 1.3. Persoalan Kajian 5 1.4. Objektif Kajian 5 1.5. Skop Kajian 6 1.6. Kepentingan Kajian 6 1.7. Kesimpulan 7

viii 2 KURSUS INTEGRITI KONTRAKTOR 2.1. Pengenalan 8 2.2. Definisi Integriti 9 2.2.1. Peranan Dan Kepentingan Integrtiti 10 2.2.2. Pembentukan Integriti 11 2.2.3. Faktor Yang Boleh Menjejaskan Integriti 12 2.3. Definisi Kontraktor 14 2.3.1. Pengelasan Kontraktor 15 2.3.1.1 Pengelasan Kontraktor Oleh CIDB 15 2.3.1.2 Pengelasan Kontraktor Oleh PKK 17 2.4. Pengenalan Kepada Kursus Integriti Kontraktor 17 2.4.1 Objektif Pelaksanaan Kursus Integriti Kontraktor 19 2.4.2 Manfaat Kursus Integriti Kontraktor 19 2.5. Badan Yang Terlibat Dalam Kursus Integriti Kontraktor 20 2.5.1. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) 21 2.5.2. Institut Integriti Malaysia (IIM) 22 2.5.3. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 23 2.6. Kandungan Dan Perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor 26 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2 Kod Etika Kontraktor 29 2.6.2.1 Pengenalan Kod Etika Kontraktor 30 2.6.2.2 Tujuan Perlaksanaan Kod Etika Kontraktor 31 2.6.2.3 Prinsip Kod Etika Kontraktor 31 2.6.2.4 Aplikasi Kod Etika Kontraktor 32

ix 2.6.3 Rasuah 33 2.6.3.1 Definisi Rasuah 32 2.6.3.2 Jenis Kesalahan Rasuah 34 2.6.3.3 Kesan Buruk Aktiviti Rasuah 36 2.6.3.4 Hukuman Yang Diperuntukkan 38 2.7. Kesimpulan 38 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1. Pengenalan 40 3.2. Kaedah Pengumpulan Data 41 3.2.1 Kajian Literatur 41 3.2.2 Kajian Empirikal 42 3.3. Instrumen Kajian 42 3.3.1. Prosedur Kajian Soal Selidik 43 3.3.2. Populasi Kajian Soal Selidik 43 3.3.3. Rekabentuk Borang Soal Selidik 44 3.3.4. Maklumat Borang Soal Selidik 44 3.3.5. Pengagihan Borang Soal Selidik 47 3.4. Penyusunan Dan Pemindahan Data 48 3.5. Kaedah Penganalisaan Data 48 3.5.1 Analisis Skala Likert 51 3.5.2 Indeks Tahap Persetujuan 53 3.6. Kesimpulan 54 4 ANALISIS DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan 53 4.2 Latar Belakang Responden 54 4.3 Analisis Persepsi Kontraktor Terhadap Perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor 54

x 4.4 Analisis Keberkesanan Kursus Integriti Kontraktor 61 4.4.1 Pencapaian Objektif 63 4.4.2 Perubahan Sikap 65 4.4.3 Tahap Pemahaman 66 4.5 Rumusan 68 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 69 5.2 Hasil Kajian 69 5.2.1 Persepsi Terhadap Perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor 70 5.2.2 Keberkesanan Kursus Integriti Kontraktor 72 5.2.2.1 Pencapaian Objektif Kursus 73 5.2.2.2 Perubahan Sikap Peserta Kursus 73 5.2.2.3 Tahap Pemahaman Peserta Kursus 73 5.3 Masalah Semasa Kajian 74 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 75 5.5 Penutup 76 RUJUKAN 77 LAMPIRAN A 81 LAMPIRAN B 86

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Kriteria Pendaftaran Kontraktor Yang Digariskan Oleh CIDB 16 2.2 Had Kewangan Bagi Kontraktor Kerja Awam Oleh PKK 17 3.1 Pengelasan Skala Likert Bagi Persepsi Kontraktor Terhadap Perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor 45 3.2 Pengelasan Skala Likert Bagi Pencapaian objektif Kursus Integriti Kontraktor 46 3.3 Pengelasan Skala Likert Bagi Perubahan Sikap Setelah Menghadiri Kursus Integriti Kontraktor 47 3.4 Pengelasan Skala Likert Bagi Tahap Kefahaman Berkaitan Kandungan Kursus Integriti Kontraktor 47 3.5 Indeks Tahap Persetujuan Persepsi Kontraktor Terhadap Perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor 53 4.1 Persepsi Kontraktor Terhadap Perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor Berdasarkan Purata skor 56

xii 4.2 Persepsi Kontraktor Mengikut Tahap Persetujuan 59 4.3 Pencapaian Objektif Kursus Integriti Kontraktor 63 4.4 Perubahan Sikap Peserta Setelah Menghadiri Kursus Integriti Kontraktor 65 4.5 Tahap Pemahaman Kontraktor Terhadap Kandungan Kursus Integriti Kontraktor 66

xiii SENARAI SINGKATAN BPR - Badan Pencegah Rasuah BSN - Biro Siasatan Negara CIDB - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia IIM - Institut Integriti Malaysia PIN - Pelan Integriti Malaysi PKK - Pusat Khidmat Kontraktor RMK9 - Rancangan Malaysia Ke-9 SPNB - Syarikat Perumahan Negara Berhad SPRM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SSM - Suruhanjaya Syarikat Malaysia UTM - Universiti Teknologi Malaysia

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam usaha untuk meningkatkan imej serta menggalakkan profesionalisma dalam industri pembinaan di Malaysia, syarikat-syarikat pembinaan yang merupakan pemacu utama industri pembinaan memainkan peranan yang amat penting dalam sama-sama menggembleng tenaga ke arah pengukuhan integriti. Hal ini penting kerana berdasarkan situasi semasa industri pembinaan negara yang menggambarkan kelunturan nilai integriti dan etika yang semakin membimbangkan (Wan, 2009). Untuk memastikan amalan integriti dan etika dipatuhi oleh setiap kontraktor maka menjadi tanggungjawab Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk menentukan firma-firma kontraktor mempunyai nilai integriti yang tinggi, dan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran firma dan syarikat yang telah terbukti mengadaikan integriti mereka (Shaziman, 2009). Hal ini dapat memastikan bahawa hanya kontraktor yang memiliki kredibiliti dan integriti yang cemerlang sahaja dapat terus bersaing di dalam industri pembinaan Malaysia.

2 Selain itu, pihak kerajaan turut menyatakan pendirian untuk mendokong nilainilai murni integriti, kesetiaan serta dedikasi di mana integriti merupakan nilai terulung yang diutamakan (Shaziman, 2009). Hal ini menunjukkan kerajaan turut mengakui bahawa aspek integriti dan etika merupakan aspek yang perlu diberi penekanan dan perhatian untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berkualiti. Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) juga sedar bahawa masih belum memadai jika perhatian hanya diberikan kepada isu-isu teknikal dan pengurusan tanpa memberi penekanan terhadap isu yang bersifat abstrak seperti nilai dan sikap (Jamilus, 2009). Atas kesedaran ini, CIDB telah mula mengolah program di dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan nilai integriti dan etika yang menjadi tunjang kepada pembentukan imej industri pembinaan yang luhur. Salah satunya adalah mewujudkan Kursus Integriti Kontraktor yang telah diwajibkan ke atas pemilik mana-mana syarikat pembinaan baru yang telah berdaftar dengan CIDB. Usaha CIDB untuk memupuk aspek berkaitan integriti dan etika pemain dalam industri pembinaan sewajarnya diberi sokongan dan kerjasama. Namun begitu, adakah usaha ini telah mencukupi dan mampu menyelesaikan masalah integriti yang telah sedia ada,sedangkan isu-isu berkaitan nilai dan integriti ini telah menjadi barah di dalam masyarakat dan semakin sukar dibendung. Oleh itu, kajian telah dijalankan untuk mengetahui adakah kursus integriti kontraktor yang dilaksanakan berjaya meningkatkan tahap kefahaman kontraktor berkaitan integriti seterusnya mampu menyelesaikan masalah integriti yang semakin meruncing di dalam industri pembinaan.

3 1.2 Penyataan Masalah Transformasi Malaysia ke arah sebuah negara dan masyarakat yang maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi semata-mata, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Walaubagaimanapun, tahap kesedaran dan komitmen terhadap etika dan integriti di kalangan ahli profesional di pelbagai sektor di Malaysia terutamanya dalam sektor pembinaan masih kurang (CIDB, 2010). Oleh itu, pemantapan etika dan integriti perlu diterapkan agar ianya menjadi budaya masyarakat di Malaysia. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia telah mengambil langkah dan inisiatif mewajibkan penyertaan kursus ini terhadap pemilik mana-mana syarikat pembinaan baru yang berdaftar dengan CIDB bermula pada tahun 2007 (CIDB, 2010). Kursus ini bertujuan memberi kesedaran kepada pemilik syarikat pembinaan terhadap kepentingan dalam mengukuhkan integriti di dalam perlaksanaan projek pembinaan. Perlaksanaan kursus ini menimbulkan persepsi dan persoalan dari pelbagai pihak iaitu sejauh manakah kursus ini mampu mendidik dan membimbing kontraktor ke arah integriti yang lebih unggul dan mampu memberikan imej yang baik kepada industri pembinaan negara. Pada masa kini, tahap pengamalan integriti dan nilai etika oleh pihak yang terlibat di dalam pelbagai industri termasuk industri pembinaan berada di paras yang sangat membimbangkan. Sistem pemerolehan awam sedia ada dan prosedur menganugerahkan kontrak kerajaan penuh dengan peluang-peluang untuk rasuah (Abdullah, 2004). Hal ini menunjukkan gejala rasuah dan masalah etika di dalam perkhidmatan awam dan swasta di Malaysia semakin berleluasa dan semakin sukar dikawal. Situasi ini jelas menggambarkan pengamalan integriti di kalangan kakitangan kerajaan dan swasta semakin luntur.

4 Tahap kesedaran dan pengamalan integriti yang lemah boleh menyebabkan individu atau organisasi terjebak dalam kesalahan etika yang bukan sahaja menyusahkan diri sendiri malah masyarakat sekeliling. Kejadian projek perumahan terbengkalai yang berlaku di Nibong Tebal merupakan salah satu contoh di mana kontraktor telah gagal melaksanakan tanggunjawabnya sehingga menyebabkan pemilik terpaksa menunggu selama 10 tahun. Selain membebankan pemilik, kejadian ini turut menyusahkan kerajaan kerana terpaksa mengambilalih dan menyiapkan projek berkenaan (Syarikat Perumahan Negara Berhad, 2008). Selain itu, terdapat juga kes di mana pembeli rumah yang mendapati, apabila pertama kali memasuki rumah baru mereka, rumah yang mereka miliki itu tidak seindah yang digambarkan dalam risalah dan iklan syarikat (Utusan Malaysia, 2001). Hal ini mengambarkan kontraktor ini sanggup menggadaikan etika dan integriti kerja sehingga sanggup menipu pembeli semata-mata mahu mendapatkan keuntungan dengan jalan yang singkat. Situasi ini tidak akan berlaku sekiranya pihak kontraktor atau pemaju jujur dalam menjalankan amanah yang telah diberikan oleh pihak pembeli. Sikap kontrakor yang terlalu mengutamakan keuntungan juga bukan sahaja merugikan pembeli malah boleh mengancam nyawa penghuni kediaman tersebut. Kes keretakan konkrit dinding penambak berhampiran dengan kawasan perumahan Ipoh menjadi satu lagi bukti kecuaian kontraktor (Loh, 2008). Kejadian menunjukkan seolah-olah tiada lagi sifat kemanusiaan kontraktor tersebut kerana sangup menjadikan nyawa penduduk di kawasan tersebut sebagai taruhan akibat dari hasil kerja yang tidak berkualiti. Kejadian ini secara tidak langsung akan menyebabkan imej dan kredibiliti syarikat pembinaan di Malaysia tercalar. Kes-kes kecuaian kontraktor ini menjadi bukti bahawa tahap pengamalan integriti dan etika mereka masih lemah dan tidak menyakinkan. Oleh itu, persoalan yang timbul adalah apakah perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor mendapat reaksi dan persepsi yang positif. Kajian turut ingin melihat sejauh manakah langkah

5 kerajaan mewujudkan Kursus Integriti Kontraktor ini dapat membendung masalah integriti di kalangan kontraktor. 1.3 Persoalan Kajian Terdapat beberapa persoalan yang wujud dalam kajian ini. Antara persoalanpersoalan kajian adalah : a) Apakah pandangan dan persepsi peserta terhadap perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor? b) Sejauh manakah keberkesanan Kursus Integriti Kontraktor dalam melahirkan kontraktor yang berintegriti? 1.4 Objektif Kajian Antara objektif kajian disenaraikan seperti di bawah : 1. Persepsi kontraktor terhadap perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor. 2. Tahap kefahaman dan kesedaran kontraktor untuk melakukan perubahan setelah menghadiri Kursus Integriti Kontraktor.

6 1.5 Skop Penyelidikan a) Penyelidikan ini hanya akan dilaksanakan di sekitar negeri Johor Darul Takzim. Hal ini kerana sektor pembinaan negeri Johor pada ketika ini sedang membangun dengan pesat iaitu mencatat pertumbuhan 3.1 peratus pada tahun 2009 berbanding 2.9 peratus pada tahun sebelumnya (Zulhisham, 2011). b) Kajian akan tertumpu kepada kontraktor yang telah menghadiri kursus integriti kontraktor yang telah dianjurkan oleh pihak CIDB. 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini sangat relevan dan selaras dengan senario semasa industri pembinaan di Malaysia. Saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai masalah yang berlaku dalam industri pembinaan. Hal ini belaku akibat kelemahan integriti dan etika oleh pemain industri pembinaan itu sendiri sehingga terbabit dengan masalah etika seperti gejala rasuah, penyelewengan kuasa, penipuan dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini penting bagi memastikan kursus integriti kontraktor yang telah dianjurkan oleh CIDB benar-benar berkesan seterusnya mampu membentuk kontraktor dengan nilai integriti yang terbaik. Hasil dari kajian ini juga membolehkan pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai badan yang menganjurkan kursus integriti kontraktor mengetahui pandangan dan persepsi dari peserta program. Sekiranya terdapat kritikan maka penganjur harus melakukan penambahbaikan bagi memastikan program berjalan dengan lancar.

7 1.7 Kesimpulan Bab ini penting dalam mengenalpasti objektif yang ingin dicapai melalui kajian yang akan dilaksanakan. Ketika menentukan objektif kajian, perkara penting yang harus dititikberatkan adalah setiap objektif yang ditetapkan harus relevan dan boleh dicapai. Selain itu, bab ini turut membincangkan skop kajian iaitu kawasan yang dipilih untuk menjalankan kajian. Bab ini turut menyentuh kepentingan kajian iaitu sejauhmana hasil kajian dapat memberi sumbangan kepada senario industri pembinaan dan pihak yang menganjurkan Kursus Integriti Kontraktor iaitu CIDB.

BAB II KURSUS INTEGRITI KONTRAKTOR 2.1 Pengenalan Perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor dilihat salah satu agenda kerajaan yang relevan dalam mengukuhkan imej industri pembinaan negara. Hal ini selaras dengan cita-cita kerajaan yang mahu menjadikan industri pembinaan negara adalah yang terbaik di dunia bagi membolehkan syarikat-syarikat tempatan bersaing di peringkat global (Pelan Induk Industri Pembinaan Malaysia, 2007). Melalui kursus ini, imej industri pembinaan dapat dikembalikan setelah Malaysia dikejutkan dengan beberapa insiden yang telah memalukan industri pembinaan negara. Apatah lagi dalam masa kerajaan Malaysia begitu giat ingin mempromosikan golongan kontraktor dan profesional kita yang berwibawa ke luar negara, berita kejadian berkenaan sedikit sebanyak memberi imej yang negatif terhadap industri pembinaan negara (Megat, 2009). Oleh itu, semua penggiatpenggiat industri pembinaan harus mengambil iktibar dari keadaan ini dan tidak boleh leka dengan kesenangan sementara yang diperolehi.

9 2.2 Definisi Integriti Integriti merupakan satu konsep yang kompleks kerana maksudnya yang meluas dan ditakrifkan mengikut konteks yang berbeza. Integriti berasal daripada perkataan latin iaitu integer yang membawa maksud menyeluruh, sempurna dan kesatuan yang teguh (Widang & Fridlund, 2003). Istilah integriti juga boleh diklasifikasikan kepada empat perspektif yang utama iaitu ketekalan nilai peribadi, komitmen terhadap nilai peribadi, komitmen terhadap nilai komuniti dan komitmen terhadap nilai-nilai murni (Stanford Encyclopedia of Philosophy, 2004). Selain itu, integriti turut menjadi konsep yang memainkan peranan penting dalam pentaakulan etika kerana ia berkait rapat dengan pembentukan dan pengukuhan etika yang baik (Mahathir Mohamad, 2004). Integriti juga menjelaskan elemen tingkahlaku pekerja dan kejayaan yang melibatkan urusan yang adil, kejujuran dan kebolehpercayaan di tempat kerja (Mehrabian, 2000). Nilai-nilai integriti yang yang baik ini wajar diterapkan kepada setiap individu dan organisasi dalam melahirkan bangsa yang berjaya dan disegani di mata dunia. Hal ini menunjukkan sikap integriti tidak hanya penting kepada setiap individu malah turut melibatkan sesebuah organisasi. Menurut pandangan dari sudut islam pula, integriti dikatakan sebagai akhlak yang dituntut mengikut panduan sunnah dan Al-Quran. Antara akhlak yang dianjurkan oleh islam ialah seperti sifat-sifat benar, amanah, setia, pegangan teguh, peribadi teguh, peribadi mulia, mu min yang bertaqwa dan sebagainya, yang membawa pengertian menyeluruh pengamalan nilai-nilai akhlak yang diperlihatkan dalam diri Rasulullah s.a.w (Zulkifli, 2006). Di dalam kontek pembinaan isu integriti bukan hanya terfokus kepada isu-isu rasuah sahaja, malah ia merupakan satu konsep yang lebih besar. Amalan budaya kerja juga menuntut sikap berintegriti (CIDB, 2009). Sebagai contoh integriti dalam

10 ketepatan waktu, integriti dalam menyampaikan maklumat, integriti dalam memberi perkhidmatan terbaik, integriti dalam berhubung dengan ketua jabatan, rakan sekerja dan juga kakitangan sokongan. 2.2.1 Peranan dan Kepentingan Integriti Integriti adalah elemen yang penting dalam membentuk kesejahteraan sesuatu individu dan organisasi. Melalui kajian yang telah dilaksanakan, integriti mempunyai hubungan yang positif antara kesejahteraan individu, kesejahteraan komuniti dan kesejahteraan organisasi (Widang & Fridlund, 2003). Ini menjelaskan bahawa sikap berintegriti bukan sahaja penting kepada individu sahaja malah turut mempengaruhi kejayaan sesebuah komuniti dan organisasi. Kelemahan integriti turut menyumbang kepada penghakisan nilai moral dan kerosakan sesuatu profesyen pekerjaan. Oleh itu, pengambilan individu yang berintegriti tinggi merupakan langkah yang terbaik dalam meminimumkan kadar produktif di tempat kerja (Mikulay & George, 2001). Hal ini menunjukkan bahawa sikap yang berintegriti mampu melahirkan pekerja yang lebih berkualiti dan berdisiplin dalam melaksanakan suatu perkerjaan. Selain itu, tahap integriti juga memberi kesan terhadap kepada kejayaan emosi, kejayaan kerjaya dan kewangan, kejayaan kerja, kejayaan perhubungan dan kejayaan fizikal (Mehrabian, 2000). Hal ini secara tidak langsung menjelaskan bahawa kejayaan emosi berupaya menjadi pengaruh untuk individu menjadi gembira, puas hati atau tenang dan sebaliknya risau, cemas, kecewa, marah atau tidak berpuas hati. Kejayaan kerjaya dan kewangan pula boleh ditafsirkan sebagai keupayaan yang mengawal kebiasaan perbelanjaan dan simpanan yang mencukupi untuk masa depan dan kerjaya seseorang. Manakala, kejayaan kerja pula boleh ditakrifkan dalam aspek

11 produktiviti yang tinggi, keseronokan bekerja, hubungan yang buruk dengan rakan sekerja dan penyelia, kecenderungan untuk melakukan aktiviti yang dilarang di tempat kerja dan sikap menganggap kerja sebagai satu paksaan dan tekanan (Mehrabian, 2000). Sikap yang negatif ini hanya menyebabkan kerosakan dalam pembentukan etika dan integriti pekerja yang jitu. 2.2.2 Pembentukan Integriti Dalam pembentukan integriti, individu itu sendiri memiliki tanggungjawab terhadap diri mereka. Menurut Aristotle, individu adalah bermoral apabila melakukan tindakan yang betul kerana mengetahui tindakan itu adalah betul secara konsisten dan sebati dengan dirinya (Wakin, 1996). Oleh itu, Aristotle menjelaskan adalah sangat penting untuk membentuk nilai moral yang baik melalui kebiasaan dan latihan. Individu juga perlu memiliki keberanian dan kecekalan dalam menentukan sempadan untuk mempertahankan diri daripada perkara yang hanya akan merosakkan diri sediri dan nilai yang dipegang. Selain itu, setiap individu seharusnya menyerlahkan kreativiti yang ada pada diri dan tidak terlalu serius sehingga kehilangan sense of humor. Setiap indvidu juga mestilah tidak bersifat terlalu taksub kepada peribadi yang tertentu dan mendengar pendapat pihak lain untuk menjana integriti diri mereka (Kooce, 1998). Hal ini menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai tanggungjawab kepada diri sendiri dalam pembentukan integriti yang jitu tanpa mengharapkan bantuan dari pihak lain. Setiap komuniti dan organisasi turut memainkan peranan yang penting dalam pembangunan integriti. Komuniti mempengaruhi integriti professional kerana komuniti profesion tersebut yang terlibat dalam setiap tahap pembangunan

12 profesional (Wakin, 1996). Integriti juga boleh dikekalkan dengan melalui kewujudan persekitaran kerja yang selamat dan hukuman yang berterusan (Mikulay & George, 2001). Pembangunan integriti turut memerlukan perubahan dalam budaya organisasi dan pendidikan melalui penumpuan terhadap pembentukan moral komuniti. Aspek pendidikan adalah penting sebagai pendekatan utama dalam pembangunan integriti untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada identiti diri yang teguh (Musschenga, 2001). Di dalam konteks peribadi, setiap individu harus bijak dalam mengawal hawa nafsu, menyucikan hati, bertaqwa kepada Allah serta memantapkan aqidah dan akhlak terpuji. Dari aspek organisasi pula, setiap organisasi perlu berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan mewujudkan mekanisme penyeliaan yang efektif dan berkesan. Secara dasarnya pembentukan integriti lahir dari kekuatan rohani dan kesucian aqidah tauhid (M. Kamal Hasan, 2004). Hal ini menjelaskan setiap pihak memiliki peranan dan tanggungjawab dalam membentuk integriti yang utuh. 2.2.3 Faktor Yang Boleh Menjejaskan Integriti Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjejaskan integriti (IIM, 2010). Kelemahan mana-mana satu faktor atau kesemuanya boleh menyumbang dan memberi kesan kepada kemerosotan integriti. Antara faktor tersebut adalah seperti berikut: Kelemahan individu merupakan salah satu faktor yang amat penting dalam kemerosotan integriti. Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilainilai murni, lemah disiplin diri dan etika kerja, serta tamak dan mementingkan diri akan menyebabkan merosotnya integriti. Selain itu, tekanan hidup juga boleh

13 menyebabkan individu terjerumus ke dalam kancah rasuah, penyelewengan, salaguna kuasa dan gejala tidak bermoral. Kepimpinan juga sangat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan masyarakat serta tahap integriti. Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberikan pedoman dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk kebaikan. Pemimpin juga mesti mematuhi undangundang, prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. Sebarang tindakan pemimpin mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang, prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan akan menjejaskan integriti. Sistem dan prosedur merangkumi pelbagai dimensi. Aspek-aspek yang boleh menjejaskan integriti dalam sistem dan prosedur adalah seperti urusan, sistem dan prosedur, penguatkuasaan, program, sumber dan undang-undang. Sebagai contoh prosedur yang rumit dan mengambil masa yang lama seperti karenah birokrasi akan menyebab sesetengah pihak mengambil jalan singkat dengan melakukan rasuah untuk mempercepat suatu urusan kerja. Aspek-aspek seperti ini memberi ruang dan peluang kepada pihak terlibat melakukan perkara yang bertentangan dengan etika dan integriti. Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin kelancaran pentadbiran kerajaan, swasta dan masyarakat umum. Struktur sesebuah organisasi perlu kemas, fokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan munasabah. Bahagianbahagian di dalamnya haruslah sesuai dengan tugasnya. Institusi pula memainkan peranan yang amat penting dalam keseluruhan sistem pentadbiran. Institusi yang mempunyai matlamat atau kepentingan yang bertentangan antara satu sama lain boleh menjejaskan integriti. Faktor persekitaran juga amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah lakunya. Salah satu komponen persekitaran ialah

14 budaya. Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi persekitaran yang kondusif kepada individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya. Budaya yang sebaliknya akan mempengaruhi mereka untuk bersikap tidak ambil peduli, tidak bertanggungjawab dan melepaskan tanggungjawab kepada orang lain. 2.3 Definisi Kontraktor Menurut Dollah (1990) dalam Masturianeh (2008) di Malaysia kontraktor telah dibahagikan kepada dua iaitu kontraktor kerja binaan dan kontraktor bekalan. Kontraktor kerja binaan bermaksud sebagai kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan dan menguruskan segala kerja seperti mengupah kerja, peralatan kerja binaan, penggunaan bahan binaan serta segala urusan teknikal sehingga suatu projek yang dikendalikan itu siap dan diserahkan kepada klien. Manakala kontraktor bekalan pula berperanan dalam menyediakan segala jenis bekalan yang berbentuk alatan jentera, barangan serta lain-lain perkhidmatan. Akta 520, Bahagian I (1994) mendefinisikan kontraktor sebagai seseorang yang mengakujanji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan. Selain itu, kontraktor turut dikenali sebagai pihak yang paling berkuasa dan membawa tanggungjawab terakhir dalam kedua-dua aspek luaran dan dalaman untuk firma dan modal pelaburannya. Dalam pengertian ini, kontraktor merupakan badan satu badan yang terdiri daripada pengarah syarikat am berhad dan pengurus komersial syarikat persendirian. Untuk memudahkan tender-tender projek diagihkan kepada kontraktor, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah menetapkan kelas-kelas kontraktor serta kriteria-kriteria yang

15 diperlukan. Justeru itu, pengelasan kontraktor amat penting untuk menentukan had kerja kontraktor di dalam industri pembinaan di Malaysia. 2.3.1 Pengelasan Kontraktor Syarikat pembinaan atau kontraktor di Malaysia dibahagikan kepada beberapa kelas tertentu. Di malaysia terdapat dua pendekatan yang digunapakai untuk mengelaskan kontraktor bagi memudahkan tawaran kerja ditawarkan kepada kontraktor yang memenuhi kriteria dan syarat yang telah ditetapkan. Pendekatan itu akan ditentukan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). 2.3.1.1 Pengelasan Kontraktor Oleh CIDB Kelas-kelas kontraktor yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berdasarkan Jadual 2.1

16 Jadual 2.1 : Kriteria Pendaftaran Kontraktor Yang Digariskan Oleh CIDB Gred G7 G6 G5 G4 G3 G2 G1 Keupayaan Menender (RM) Tiada Had Tidak melebihi 10 juta Tidak melebihi 5 juta Tidak melebihi 3 juta Tidak melebihi 1 juta Tidak melebihi 500,000.00 Tidak melebihi 100,000.00 Modal Berbayar/Modal Terkumpul (RM) 750,000.00 500,000.00 250,000.00 150,000.00 Kelulusan Individu/ Teknikal 1 Kumpulan A dan 1 Kumpulan B (kedua-dua minimum 5 tahun pengalaman) atau 2 kumpulan A (salah seorang 5 tahun minimum) 1 kumpulan A dan kumpulan B (salah seorang 3 tahun minimum) 1 kumpulan A dan kumpulan B (pengalaman minimum 5 tahun) 1 Kumpulan B Yuran Pendataran (1 Tahun) RM 1,400.00 1,000.00 700.00 350.00 50,000.00 Sijil Kursus/ pengalaman 150.00 25,000.00 Sijil Kursus/ pengalaman 80.00 5,000.00 Sijil Kursus/ pengalaman 20.00 (Sumber : Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, 2009)

17 2.3.1.2 Pengelasan Kontraktor oleh PKK Sebagai usaha melahirkan kontraktor yang berdaya maju, kerajaan telah mengambil langkah mengkaji semula kelas pendaftaran dan nilai kerja kontraktor. Di samping itu, kerajaan juga telah menaikkan nilai had kerja bagi kelas-kelas pendaftaran yang dikekalkan. Jadual 2.2 menunjukkan kelas-kelas kontraktor yang diteitap oleh PKK menurut had kewangan iaitu kos kerja bagi kontraktor kerja awam. Jadual 2.2 : Had kewangan (kos kerja) bagi kontraktor kerja awam Kelas Had Kewangan A Melebihi RM 10,000,000 B RM 5,000,001 hingga RM 10,000,000 C RM 2,000,001 hingga RM 5,000,000 D RM 500,001 hingga RM 2,000,000 E RM 200,001 hingga RM 500,000 F Sehingga RM 200,000 (Sumber : Pusat Khidmat Kontraktor, 2002) 2.4 Pengenalan Kepada Kursus Integriti Kontraktor Di dalam melaksanakan tanggungjawab selaku institusi yang diamanahkan dengan pembangunan industri pembinaan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) amat sedar bahawa memberi perhatian kepada isu-isu teknikal dan pengurusan belum memadai bagi memperkasakan industri pembinaan

18 negara tanpa memberi penekanan kepada isu-isu yang bersifat abstrak seperti nilai atau sikap. Atas kesedaran ini, CIDB telah mula mengolah program bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan nilai dan integriti yang menjadi tunjang kepada pembentukan imej jenama industri pembinaan yang luhur (Hamzah, 2008). Oleh itu, CIDB mengambil inisiatif mewajibkan penyertaan kursus ini terhadap pemilik mana-mana syarikat pembinaan yang berdaftar dengan CIDB. Kandungan kursus ini juga bertujuan membantu syarikat pembinaan tanah air mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan risiko dan cabaran-cabaran yang mampu mempengaruhi dan memberi kesan terhadap imej dan profesionalisma mereka (CIDB, 2010). Melalui perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor ini diharapkan agar dapat membantu peningkatan imej dan profesionalisma syarikat-syarikat pembinaan tanah air seterusnya dapat membantu dalam meningkatkan daya saing mereka untuk berhadapan dengan cabaran era liberalisasi. Persaingan yang begitu kompetitif di kalangan pemain industri pembinaan di peringkat antarabangsa menuntut supaya kontraktor tempatan melakukan perubahan dan menjaga imej syarikat mereka dari terdedah kepada perkara yang bertentangan dengan nilai etika dan integriti. 2.4.1 Objektif Pelaksanaan Kursus Integriti Kontraktor Antara objektif-objektif perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor Industri yang disenaraikan di bawah (CIDB, 2010):-

19 Menyampaikan polisi serta hasrat Kerajaan dan masyarakat umum mengenai kepentingan aspek integriti dan membincang isu-isu berkaitan integriti dalam industri pembinaan secara umum. Mendedahkan amalan-amalan yang beretika dan sebaliknya dalam rantaian pelaksanaan kerja pembinaan serta membincangkan kesan-kesan negatif akibat amalan tidak beretika terhadap kos, kualiti dan produktiviti kerja pembinaan. Membentangkan mekanisma terbaik yang wajar diterapkan oleh kontraktor dalam pelaksanaan kerja pembinaan bagi mengelak dan membasmi amalanamalan tidak beretika bagi membantu meningkatkan imej serta profesionalisma industri pembinaan. Menyampaikan informasi awal berkaitan Kod Etika Kontraktor. Menyediakan platform bagi perbincangan dan perkongsian pengalaman berkaitan aspek integriti dalam pelaksanaan projek pembinaan. Meningkatkan keyakinan masyarakat dari aspek amalan beretika terhadap perkhidmatan kontraktor pembinaan tempatan. 2.4.2 Manfaat Kursus Integriti Kontraktor Pelaksanaan Kursus Integriti Kontraktor memberikan pelbagai kebaikan kepada kontraktor dan berupaya memberi kesan terhadap imej industri pembinaan negara (CIDB, 2010). Antaranya adalah seperti di bawah :

20 1. Perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor dapat memberi kesedaran di kalangan kontraktor tentang kepentingan mengamal integriti dalam melaksanakan suatu kerja 2. Kursus integriti kontraktor dapat melahirkan kontraktor memiliki daya saing untuk berhadapan dengan cabaran era liberalisasi 3. Kursus Integriti Kontraktor dapat membantu memberi kenyakinan semua pihak terhadap kredibiliti syarikat-syarikat pembinaan di Malaysia 4. Kursus Integriti Kontraktor dapat memberi kesan positif terhadap imej industri pembinaan negara 5. Kursus Integriti Kontraktor mampu menangani masalah etika dan integriti yang melanda industri pembinaan pada masa kini 2.5 Badan Yang Terlibat Dalam Kursus Integriti Kontraktor Kursus Integriti Kontraktor ini telah dibangunkan secara usahasama usahasama antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Setiap pihak memiliki tanggunjawab dan peranan dalam memastikan kontraktor yang menghadiri kursus mampu menjadi kontraktor yang memiliki daya saing yang tinggi serta mampu mengukuhkan imej dan profesionalisme mereka.

21 2.5.1 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) merupakan salah sebuah badan kerajaan yang dibentuk di bawah Akta Parliament iaitu Akta 520. YB Dato Leo Moggie,Menteri di Kementerian Kerja Raya telah melancarkan majlis perasmian CIDB pada 16 Disember 1994. Kewujudan CIDB ini selaras dengan pendirian kerajaan yang menyifatkan industri pembinaan sebagai pemangkin atau penggerak kepada industri yang lain untuk membangunkan negara. Hasil dari kemajuan pembinaan turut mampu menjadi nadi dalam ekonomi negara (CIDB, 2010). Pembentukan CIDB oleh pihak kerajaan adalah untuk menyediakan kepimpinan dan koordinasi kepada pemain industri pembinaan dan memastikan industri ini dapat berkembang dan bergerak ke arah persaingan global. Antara tujuan penubuhan CIDB adalah untuk membangunkan industri pembinaan supaya menjadi salah satu sektor yang dapat menyumbang kepada ekonomi selaras dengan sektor perkilangan, perkhidmatan dan automotif. Dalam mencapai matlamat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan maka pebagai alternatif dan perancangan jangkamasa panjang telah dibentuk. Kursus Integriti Kontraktor merupakan salah-satu inisiatif pihak CIDB dalam memartabatkan industri pembinaan negara. Melalui pembentukan kontraktor yang berintegriti maka imej pembinaan negara akan meningkat seterusnya kontraktor tempatan dapat bersaing di peringkat global.

22 2.5.2 Institut Integriti Malaysia (IIM) Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan idea dalam penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM). Beliau mengisytiharkan secara rasmi penubuhan IIM pada tanggal 5 November 2003. IIM ditubuhkan sebagai sebuah badan autonomi yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat. Penubuhan IIM adalah untuk melengkapkan usaha-usaha pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN). Pendaftaran IIM telah pun diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan berkuatkuasa pada 4 Mac 2004 (IIM, 2010). Visi bagi penubuhan IIM adalah membentuk masyarakat Malaysia yang beretika dan berintegriti di mana warganya mempunyai nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang murni. Manakala misi IIM adalah melaksanakan objektif, strategi dan program peningkatan integriti warga Malaysia dalam semua aspek kehidupan.objektif utama penubuhan IIM pula ialah sebagai jentera pelaksana Pelan Integriti Nasional (PIN) ke arah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat. 2.5.2.1 Peranan Institut Integriti Malaysia Antara peranan yang dipikul oleh IIM ialah: a) Mengendalikan penyelidikan berkaitan dengan integriti institusi dan masyarakat

23 b) Menganjurkan persidangan, seminar dan forum c) Menghimpun pendapat pelbagai sektor mengenai kemajuan atau halangan kepada pelaksanaan integriti d) Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan bercetak, menggubal melaksanakan program-program latihan dan pendidikan e) Mengemukakan perakuan-perakuan dasar bagi peningkatan integriti dan etika f) Membangunkan pangkalan data mengenai integriti dan etika g) Memberikan khidmat nasihat kepada Kerajaan mengenai program-program dan strategi-strategi bagi meningkatkan integriti h) Mewujudkan jaringan dengan organisasi-organisasi antarabangsa bagi membolehkan peranan dan sumbangan IIM diiktiraf di peringkat antarabangsa. 2.5.3 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pada 29 Ogos 1973, Akta Biro Siasatan Negara (BSN) telah diperkenankan oleh Yang di-pertuan Agong dan dengan itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar namanya kepada Biro Siasatan Negara (BSN). Penukaran nama ini bertujuan untuk memberi lebih kuasa kepada BSN yang bukan sahaja terlibat menyiasat kes-kes rasuah bahkan kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan negara (SPRM, 2010).

24 Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR pada 13 Mei 1982 apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan. Objektif penting penukaran ini ialah untuk mencerminkan dengan lebih tepat lagi peranan badan itu sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah jenayah rasuah. Pada tahun 2008, Kerajaan dan Parlimen telah bersetuju supaya sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditubuhkan bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta untuk memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi Suruhanjaya. SPRM akan turut disokong oleh mekanisme check and balance dalam memastikan Suruhanjaya bertindak selaras dengan kehendak perundangan, negara dan aspirasi masyarakat. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia. Ia ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Sejarah usaha pencegahan rasuah secara formal telah dimulakan oleh sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah. Pada masa yang sama, siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Criminal Investigation Department (Special Crime) yang diletakkan di bawah Pasukan Polis Diraja Malaysia. Manakala itu, pendakwaan kes-kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara.

25 2.5.3.1 Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Di bawah Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 menjelaskan fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah seperti berikut: 1. Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di bawah Akta ini dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu. 2. Mengesan dan menyiasat a) Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini. b) Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan dibawah Akta ini. c) Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini. 3. Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan di bawah Akta ini dan untuk menghasilkan kajian semula amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya mungkin membawa kepada rasuah. 4. Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan orang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu.

26 5. Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam amalan, sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah. 6. Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah. 7. Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah 2.6 Kandungan Dan Pelaksanaan Kursus Integriti Kontraktor Untuk memastikan objektif Kursus Integriti Kontraktor ini tercapai maka CIDB sebagai pihak penganjur harus memastikan slot dan kandungan kursus benar berguna dan mampu memberi kesan kepada peserta program. Hal ini penting kerana pihak CIDB harus megambil kira input yang akan diperolehi peserta setelah menghabiskan kursus ini. Antara agenda yang diberi penekanan di dalam Kursus Integriti Kontraktor adalah seperti berikut (CIDB, 2010): 2.6.1 Pelan Integriti Nasional : Prinsip dan falsafah Antara perkara yang akan dibincangkan di dalam Kursus Integriti Kontraktor adalah berkaitan Pelan Integriti Nasional (PIN). Wakil dari Institut Integriti Malaysia

27 akan membentangkan tajuk ini bagi memastikan maklumat dan informasi yang diberikan telus dan tepat. Hal ini kerana IIM merupakan badan autonomi yang ditubuhkan bagi melengkapkan usaha-usaha pelaksanaan PIN (IIM, 2010). Melalui kepakaran dan kemahiran penceramah maka setiap peserta dapat memperolehi input yang maksima dari kursus yang dihadiri. 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 23 April 2004. Pelan tersebut bertujuan membangunkan masyarakat beretika dan dapat membezakan antara perkara yang betul dan salah manakala matlamat jangka panjang PIN adalah memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu membentuk masyarakat yang mempunyai ciri-ciri moral dan etika yang kukuh, mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh serta berbudi pekerti luhur (Kadir Dikoh, 2004 dan Mustafar Ali, 2004). PIN merupakan dasar payung dan pelan induk untuk menggubal strategi dan memberi hala tuju bagi semua sektor masyarakat supaya mereka dapat bekerjasama serta mengambil bahagian secara langsung dalam usaha memantapkan nilai etika dan integriti (Kadir Dikoh, 2004 dan Mustafar Ali, 2004). Strategi pelaksanaan dan pelan tindakan PIN merangkumi lapan komponen institusi masyarakat dan negara iaitu institusi keluarga, komuniti, masyarakat sivil (pertubuhan bukan-kerajaan), institusi sosiobudaya, institusi agama, institusi ekonomi, institusi politik dan institusi pentadbiran.

28 Keberkesanan dan penentu kejayaan PIN merangkumi lapan komponen utama iaitu kesediaan individu untuk berubah, kepimpinan berteladan, pendidikan berterusan & berulang, komunikasi berkesan, kesediaan individu untuk berubah, kecukupan & kecekapan sumber, kerangka perundangan berkesan & kehakiman bebas, kerjasama jentera politik & pentadbiran serta persekitaran budaya yang kondusif (Mustafar Ali, 2004). Menyedari kepentingan dan komitmen negara terhadap pengukuhan integriti sebagai asas pembangunan sumber manusia berkualiti, kertas kerja ini akan membincangkan tentang definisi, kerangka konseptual dan nilai integriti secara menyeluruh dalam usaha menjana sumber manusia dengan kualiti bertaraf dunia. 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN Prinsip dan falsafah yang telah digariskan dalam Pelan Integriti Nasional adalah seperti berikut : a) Merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan b) Menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara c) Dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 d) Lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka. e) Mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara

29 f) Mengambil kira perkembangan dan pengalaman antarabangsa serta impak aru globalisasi 2.6.1.3 Sasaran PIN Sasaran PIN diterjemahkan melalui Tekad 2008 dikemukakan iaitu: 1) Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan 2) Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi 3) Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan 4) Memantapkan institusi keluarga 5) Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat 2.6.2 Kod etika kontraktor Untuk menyampai maklumat berkaitan kod etika kontraktor dengan lebih berkesan dan mudah difahami oleh peserta kursus maka penceramah yang dipilih untuk membentangkan tajuk ini adalah wakil dari pihak CIDB sendiri. Peserta akan diberi kefahaman dan informasi berkaitan tujuan perlaksanaan, aplikasi kod etika kontraktor dan prinsip-prinsip utama yang digariskan dalam kod etika kontraktor.

30 2.6.2.1 Pengenalan Kepada Kod Etika Kontraktor Kod Etika Kontraktor merupakan hasil daripada Resolusi Forum Integriti Di Dalam Sektor Pembinaan yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) pada September 2005. Kod etika ini juga merupakan salah satu saranan yang telah dicadangkan di dalam Pelan Induk Industri Pembinaan Malaysia (CIMP 2006-2015) menerusi Teras Strategik Dua iaitu Berusaha Meningkatkan Imej Industri Pembinaan (Hamzah, 2008). Mengikut CIDB setiap kontraktor dan pihak-pihak yang berkepentingan di dalam perlaksanaan projek pembinaan boleh menjadikan Kod Etika sebagai rujukan dan panduan dalam memastikan mereka tidak tersasar dari segi tingkah laku dan moral. Kod Etika menggariskan amalan serta perilaku murni yang wajar diamalkan oleh semua kontraktor bagi meningkatkan tahap profesionalisma, integriti dan akauntabiliti yang tinggi di kalangan mereka. CIDB telah memberi penekanan kepada program pengukuhan integriti di kalangan pemain-pemain industri pembinaan bermula dengan pihak kontraktor kerana menyedari akan kepentingan isu integriti di dalam industri pembinaan. Melalui Penghayatan kepada Kod Etika ini diharap dapat membudayakan kaedah pengawalseliaan sendiri di kalangan kontraktor bagi mencapai tahap keyakinan yang tinggi oleh semua pihak sepanjang perlaksanaan sesuatu projek pembinaan. Kod Etika ini adalah bersifat dinamik iaitu boleh mengalami perubahan yang mana isi kandungannya boleh sama ada diubahsuai, ditambah atau dikurangkan mengikut kesesuaian semasa. Sebarang perubahan kandungan ini perlu diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kod Etika yang dianggotai oleh pelbagai pihak yang berkepentingan dalam industri pembinaan negara (CIDB, 2008).