BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Similar documents
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

INTERNAL SURFACE PIPE ROUGHNESS CLASSIFICATION USING HIGH FREQUENCY ACOUSTIC EVALUATION

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

NURUL SA ADAH BINTI SABDIN

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN PENYEWAAN PERUMAHAN SITI NOOR FARAHANIS BINTI FADZIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

Faculty of Engineering

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

Faculty of Engineering

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

Katakunci : kecederaan atlet silat

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

BLOOD PRESSURE MONITORING SYSTEM USING PIEZOELECTRIC FILM SENSOR NORSYILA BINTI BAHARUDIN

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

PERSEPSI PEKERJA TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA NOR AZLINA BINTI HJ WAHAP

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

counselling2u.uitm.edu.my

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SIFAT DAN PERANAN RAJA DAN PEMBESAR DALAM NASKHAH HUKUM KANUN PAHANG

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

Yang Saya Hormati Saudara/Saudari Pengerusi Majlis

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA


(A) Ahad & Selasa Sun. & Tue. (B) Isnin & Rabu Mon. & Wed. Teras Kesukarelawanan / Volunteership Core

VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID

Mohamad Harkimi, Julismah Jani & Saidil Mazlan Abdul Razak Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI ABSTRAK

LJ"N1Y ERSITl MALAYSIA S.AJ3.AH

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN AKUATIK MSSPP

DEVELOPMENT OF CONTROL SYSTEM FOR SEPAK TAKRAW LAUNCHER MODEL MOHANDAS SAGARAN

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

(i) Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada yang bermastautin tetap di Negeri Sarawak ;

Salina Binti Ramli. I/C No: Dr. Norhazilan Bin Md. Noor

Walkability in Campus, Case study of University Technology Malaysia SAMAN JAVAN FARD

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

Transcription:

PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS Nama Penulis : SUHAILA BINTI SAARANI Tarikh Lahir : 15 FEBRUARI 1983 Judul : KAJIAN TAHAP KEKUATAN MENTAL DI KALANGAN ATLET KARATE PERINGKAT UNIVERSITI Sesi Pengajian : 2007/2008 Saya dengan ini mengakui bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai: SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Saya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) 830215-08-5084 EN SYAHRUL RIDHWAN MORAZUKI (NO. KAD PENGENALAN) (NAMA PENYELIA) Tarikh : 29 April 2008 Tarikh : 29 April 2008 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Tandatangan : Nama Penyelia : EN. SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI Tarikh : 29 APRIL 2008

KAJIAN TAHAP KEKUATAN MENTAL DI KALANGAN ATLET KARATE PERINGKAT UNIVERSITI SUHAILA BINTI SAARANI Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2008

ii Saya akui bahawa karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya. Tandatangan : Nama Pelajar : SUHAILA BINTI SAARANI Tarikh : 29 APRIL 2008

iii DEDIKASI KU TITIPKAN DEDIKASI INI KHAS BUAT AYAHANDA DAN BONDA YANG TERSAYANG Saarani Bin Haji Abdullah dan Rasiah Binti Haji Zakaria Sesungguhnya jasa yang ditaburkan tiada nilainya... Acap kali peniup semangat... Tidak jemu dengan kata-kata nasihat... Mengajar erti kehidupan... BUAT KEKANDA DAN ADINDA TERSAYANG... Rozilah Kertina Miga Wati Juliana Nurul Rafeeda Bibir ini sering mengucap syukur... Kerana rimbunan kasih kekeluargaan... Kerana kalian tidak lokek dengan bantuan... Dan sentiasa ada tika suka dan duka... Khas buat teman seperjuangan kerjasama yang diberikan tidak akan dilupakan... Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan...

iv PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya menyempurnakan penulisan kajian ilmiah ini. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada En Syahrul Ridhwan Bin Morazuki selaku pensyarah Penyelia Projek Sarjana muda yang banyak berkorban masa dalam memberi segala tunjuk ajar, cadangan dan bimbingan ke arah menyempurnakan penulisan kajian ilmiah ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas galakkan, sokongan dan dorongan ahli keluarga sepanjang menjalani penyelidikan tesis ini sehingga penyelidikan tesis ini berjaya disiapkan. Malah saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada para subjek yang sudi membantu dan memberi kerjasama sepanjang kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang memberi bantuan dan sokongan secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek penyelidikan ini. Wassalam

v ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk menguji dan membandingkan tahap kekuatan mental terhadap prestasi atlet karate. Subjek yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 8 orang (5 lelaki dan 3 perempuan) yang menyertai pertandingan di peringkat universiti. Atlet yang terlibat dibahagikan kepada kumpulan atlet berpengalaman melebihi 4 tahun dan atlet berpengalaman kurang daripada 4 tahun. Soal selidik kekuatan mental (MTQ) digunakan dalam kajian ini. Di dalam soal selidik kekuatan mental, 5 kriteria iaitu kebolehbalikan kesilapan, kawalan tekanan, tumpuan, keyakinan dan motivasi diuji. Hasil dapatan mendapati atlet berpengalaman lebih daripada 4 tahun mendominasi 3 kriteria iaitu kebolehbalikkan kesilapan, kawalan tekanan dan tumpuan berbanding atlet tahap pengalaman kurang daripada 4 tahun hanya mengatasi bagi kriteria motivasi. Manakala bagi kriteria keyakinan, kedua-dua kumpulan menunjukkan keputusan yang sama.

vi ABSTRACT The aim of this study was to assess and compared level of mental toughness on Karate athlete performance. Eight subject (5 men and 3 women) representing the university levels were involved in this study. The subject were divide into group of experience more than 4 years and group of experience less then 4 years. Mental toughness was assessed by questionnaire using the Mental Toughness Questionnaire (MTQ) which consisted of 5 criteria as reboundability, handle pressure, concentration, confident and motivation was assess. Findings demonstrated that athlete level of experience more than 4 years dominate 3 criteria specifically reboundability, handle pressure and concentration while athlete level of experience less than 4 years dominate in motivation criteria. In confident criteria, both group show same result.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii x xi xii BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 3 1.4 Objektif Kajian 4 1.5 Hipotesis Kajian

viii 1.6 Kepentingan Kajian 4 1.7 Batasan Kajian 5 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 6 2.2 Kekuatan Mental 7 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Rekabentuk Kajian 10 3.2 Subjek Kajian 10 3.3 Tempat Kajian 11 3.4 Instrumen Kajian 11 3.5 Prosedur Ujian 12 3.6 Kaedah Pengumpulan Data 13 3.7 Analisis Data 13 BAB 4 PENGANALISAAN DATA 4.1 Latar Belakang Subjek 14 4.1.1 Taburan Subjek Mengikut Umur 14 4.1.2 Taburan Subjek Mengikut Jantina 15 4.1.3 Taburan Subjek Mengikut Bangsa 15 4.1.4 Taburan Subjek Mengikut Tahap Pengalaman 16 4.1.5 Taburan Subjek Mengikut Penyertaan Pertandingan 16 4.1.6 Taburan Subjek Mengikut Pencapaian Dalam Pertandingan 17 4.2 Analisis Skor 18 4.3 Analisis Inferensi 21

ix BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Perbincangan 24 5.2 Rumusan 27 5.3 Cadangan 27 5.3.1 Bilangan Subjek 28 5.3.2 Pengkhususan Bidang Kajian 28 RUJUKAN 29 LAMPIRAN 35

x SENARAI JADUAL NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Rating Interpretasi Skor Ujian 14 4.1 Taburan Subjek Mengikut Umur 15 4.2 Taburan Subjek Mengikut Jantina 16 4.3 Taburan Subjek Mengikut Bangsa 16 4.4 Taburan Subjek Mengikut Tahap Pengalaman 17 4.5 Taburan Subjek Mengikut Penyertaan Dalam Pertandingan 17 4.6 Taburan Subjek Mengikut Pencapaian Dalam Pertandingan 18 4.7 Ujian-tidak Bersandar Bagi Kriteria Kebolehbalikan 22 4.8 Ujian-t Tidak Bersandar Bagi Kriteria Kawalan Tekanan 22 4.9 Ujian-t Tidak Bersandar Bagi Kriteria Tumpuan 23 4.10 Ujian-t Tidak Bersandar Bagi Kriteria Keyakinan 23 4.11 Ujian-t Tidak Bersandar Bagi Kriteria Motivasi 24

xi SENARAI RAJAH NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.1 Tahap Kekuatan Mental bagi Setiap Atlet 17 4.2 Taburan Intepretasi Skor Ujian Tahap Kekuatan Mental 18 4.3 Perbandingan Tahap Kekuatan Mental Berdasarkan Pengalaman 19

xii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A1 Borang Soal Selidik Kekuatan Mental 35 B1 Analisis Statistik 41 B2 Skor Ujian T 42 C Surat Lepasan Tanggungjawab 43 D1 Borang Maklumat Peribadi Subjek 44 E Surat Pelantikan Subjek 46

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Karate adalah satu sistem mempertahankan diri malah merupakan satu sukan di mana mempunyai seni yang menarik. Karate atau karate-do merupakan salah satu seni bela diri timur yang bermula pada beberapa abad yang lepas di Pulau Okinawan, Jepun. Karate melibatkan tendangan dan tumbukan mempertahankan diri yang sebenar. Pada umumnya, karate lebih digambarkan dengan gerakan serangan dan belaan kaki dan tangan secara menyeluruh. Konsep yang diamalkan adalah berdasarkan kepada kefahaman umum adalah serangan-serangan lurus dan mendatar. Menurut ahli falsafah Zen dari China dan Bushido dari Jepun menyatakan, mempelajari karate adalah untuk kekuatan diri dan juga kebebasan. Asas karate adalah sama, namun terdapat berbagai gaya atau aliran karate. Di antara aliran utama karate adalah seperti Shotokan, Shito-Ryu, Sholin-Ryu, Goju-Ryu, Wado-Ryu dan Shorinji Kempo. Karate juga boleh dikategorikan sebagai aliran tradisional dan aliran moden (sport karate). Aliran tradisional menumpukan aspek bela diri dan seni tempur manakala aliran moden lebih menumpukan kepada sukan atau

2 pertandingan. Asas latihan karate terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pertama Kihon. Ia adalah latihan teknik asas karate sepeti menumbuk, menendang, menangkis dan mengelak. Kedua ialah Kata. Ia adalah latihan jurus atau bunga karate dan yang ketiga ialah Kumite. Ia adalah latihan bela diri atau seni tempur. Pada tahun 1988, buat pertama kali karate dipertandingkan di Sukan Olimpik melalui usaha World Union Of Karate-Do Organization (WUKO). Acara kata dan kumite menjadi pilihan dan dipertandingkan mengikut kategori berat badan. 1.2 Latar Belakang Masalah Keperluan khas dalam sesuatu sukan boleh dibantu dengan faktor kecergasan iaitu kecergasan fizikal dan kecergasan mental. Kecergasan ini boleh diperolehi daripada latihan fizikal tetapi bukan untuk kecergasan mental. Oleh itu, jurulatih tidak hanya boleh menumpukan perhatian kepada fizikal sahaja, tetapi perlu menitikberatkan kecergasan mental bagi memastikan atlet mereka bersedia untuk menghadapi pertandingan. Menurut Robert (1987), latihan mental merupakan suatu aktiviti atau lakuan kreatif dan disiplin yang digunakan semasa menyempurnakan pergerakan atlet. Latihan kekuatan mental penting untuk membantu atlet mengawal dan menggunakan strategi mental dalam menghadapi tekanan malah ia akan membantu atlet supaya lebih bermotivasi untuk terus berlatih dan bertanding dengan penuh keazaman. Selain itu juga, latihan kekuatan mental membantu atlet menjadi lebih yakin dan bersikap positif terhadap kemampuan mereka dan mencuba sedaya upaya untuk mencapai kemenangan.

3 Apabila seseorang atlet mempunyai kekuatan mental, ia menjadi asas keyakinan diri dan petunjuk kepada diri sendiri. Seseorang atlet yang mempunyai kekuatan mental tidak memerlukan sokongan terlalu besar dari luar tetapi atlet itu dapat mengawal sendiri didalam dirinya. Menurut (Gould et al., 1987; Williams, 1988; Jones et al., 2002) menyatakan kekuatan mental tidak dapat dipertikaikan kepentingannya dalam mencapai prestasi yang cemerlang. Tambah mereka lagi, dengan kekuatan mental, atlet itu mampu mengawal emosinya sendiri. Apabila atlet mempunyai kekuatan mental, ia akan lebih bersikap positif dan realistik dengan matlamat serta kejayaan yang akan diperolehi. Pendapat ini disokong oleh Jones et al. (2002) yang menyatakan atlet yang berpengalaman tinggi mampu mengawal situasi dan dapat mengembalikan ketenangan serta membaiki kesilapan ketika pertandingan. Melalui kekuatan mental juga, seseorang atlet lebih berasa tenang, bersedia, berkeyakinan, menumpukan perhatian kepada pertandingan dan bertanggungjawab atas tindakannya (Wann, 1977). 1.3 Pernyataan Masalah Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kekuatan mental berdasarkan tahap pengalaman atlet karate-do yang menyertai pertandingan peringkat universiti. Aspek psikologi dikenalpasti sebagai sumbangan penting bagi kejayaan seseorang atlet. Ini berdasarkan pendapat Orlick (2000) yang menyatakan bahawa psikologi adalah berkait dengan peningkatan prestasi didalam sukan seni mempertahankan diri. Manakala Devonport (2006) dalam kajiannya pula mengenalpasti sumbangan daripada kekuatan mental mampu membantu atlet dalam sukan mempertahankan diri memperolehi kejayaan.

4 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk : 1.4.1 mengkaji tahap kekuatan mental di kalangan atlet karate peringkat universiti. 1.4.2 membandingkan tahap kekuatan mental di kalangan atlet karate peringkat universiti mengikut tahap pengalaman.