HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Similar documents
ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

PERSEPSI PEKERJA TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA NOR AZLINA BINTI HJ WAHAP

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN PENYEWAAN PERUMAHAN SITI NOOR FARAHANIS BINTI FADZIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

NURUL SA ADAH BINTI SABDIN

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Katakunci : kecederaan atlet silat

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

..., C t;~:~xj ')' KESANPEMBANGUNANPERUMAHANTERHADAP KUALITI HID UP PENDUDUK BANDAR LINDA ANAK ABRAHAM PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN,

counselling2u.uitm.edu.my

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL


IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

IMPAK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) KEPADA NILAI HARTA TANAH KEDIAMAN DI SETAPAK, KUALA LUMPUR SITIAYU ZUBAIDAH BINTI YUSUF

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPUASAN PENGHUNI TERHADAP PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI OLEH KONTRAKTOR PENYELAMAT KAJIAN KES : TAMAN PERINDUSTRIAN HIJAU, RAWANG

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

Walkability in Campus, Case study of University Technology Malaysia SAMAN JAVAN FARD

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

PENGGUNAAN MODEL PENGUKURAN RASCH MANY-FACET (MFRM) DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERASASKAN PRESTASI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

Impak Pasir Belanda Resort Terhadap Pembangunan dan Perubahan Sosiobudaya Masyarakat Setempat Muhamad Khalid Bin Razali (37208)

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

Jurnal Teknologi PERBANDINGAN CIRI-CIRI SOSIOEKONOMI PENERIMA INOVASI SISTEM INTENSIFIKASI PADI DAN PROJEK ESTET PADI. Full Paper

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

KEFAHAMAN BERAGAMA DAN PROSES TRANSFORMASI HUBUNGAN PASANGAN DALAM PERKAHWINAN

PERCERAIAN DALAM KALANGAN PASANGAN DEWASA PERTENGAHAN DI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU LANGAT (PAIDHL): EKSPLORASI FAKTOR

LJ"N1Y ERSITl MALAYSIA S.AJ3.AH

Bachelor of Engineering with Honours (Civil Engineering)

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SIFAT DAN PERANAN RAJA DAN PEMBESAR DALAM NASKHAH HUKUM KANUN PAHANG

Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif


INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

Kos Perbelanjaan Perumahan dalam Kalangan Penduduk Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Sederhana di Pulau Pinang

Transcription:

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK JAMALUDIN SUHAIMI Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Kaunseling) Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK 2006

PENGHARGAAN Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih kepada penyelia projek asal iaitu Puan Fatahyah Yahaya atas segala usaha, bimbingan dan nasmat yang telah diberikan sepanjang proses kajian ini dihasilkan. Bantuan, bimbingan dan nasihat Puan merupaka as as dan dorongan untuk terus maju dalam menghasilkan projek tahun akhir ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi ditujukan kepada Ketua labatan Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) iaitu Encik Rizal Abu Bakar selaku penyelia projek atas segala nasihat dan tunjuk ajar. Didikan dan bantuan daripada Tuan adalah tulang belakang kejayaan penghasilan projek tahun akhir ini. nmu dan pengalaman yang dicurahkan Tuan menjadikan projek tahun akhir ini suatu yang lebm bermakna. lutaan terima kasih ditujukan kepada pensyarah-pensyarah dan tutor-tutor labatan Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) atas segal a bentuk sumbangan dan tunjuk ajar yang banyak membantu penghasilan kajian ini. Penat lelah mereka dalam memberi galakan dan panduan akan dikenang sampai akhir hayat. Penghargaan yang tidak terhingga kepada rakan-rakan sepetjuangan; Mahasiswa Program Kaunseling ambilan 2003 atas sokongan dan tunjuk ajar yang amat bermanfaat kepada diri. Penghasilan kajian ini merupakan satu kejayaan bersama untuk semua. Penghargaan terakhir tetapi penuh bermakna ditujukan kepada ahli keluarga kerana sentiasa menyokong dan memberi sumbangan tidak kira apa jua keadaan. Segala jasa dan budi semua pihak amat dikenang. iii

JADUAL KANDUNGAN Halaman Penghargaan Jadual Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Lampiran Abstrak Abstract iii vi vii viii ix x xi BABI PENDAHULUAN 1.0 Pendahuluan 1 1.1 Latar Belakang Kajian 4 1.2 Kenyataan Masalah 5 1.3 ObjektifKajian 8 1.3.1 ObjektifKajian Vmum 8 1.3.2 ObjektifKajian Khusus 9 1.4 Hipotesis Kajian 9 1.5 Kerangka Konseptual 10 1.6 Definisi Istilah 12 1.6.1 Kerapatan Hubungan 12 1.6.2 Kepuasan Perkahwinan 13 1.6.3 Kekerapan Hubungan 13 1.6.4 Kepelbagaian Aktiviti Dilakukan 13 1.6.5 Kekuatan Pengaruh Pasangan 14 1.7 Kepentingan Kajian 14 1.8 Limitasi Kajian 15 1.9 Kesimpulan 17 BAB2 SOROTAN LITERATUR 2.0 Pengenalan 18 2.1 Saling Bergantung Dalam Hubungan 19 2.2 Teori Pertautan 20 2.3 Kerapatan Hubungan Dalam Hubungan 21 Interpersonal 2.4 Kerapatan Dan Kebebasan 22 2.5 Kerapatan Dan Kemesraan 23 IV

2.6 Kerapatan Dan Hubungan Romantik 24 2.7 Kerapatan Dalam Hubungan Kekeluargaan 24 2.8 Aspek-aspek Kepuasan Perkahwinan 25 2.9 Model-model Kepuasan Perkahwinan 26 2.10 Kepuasan Perkahwinan Dan Umur 27 2.11 Kesan Kepuasan Perkahwinan Kepada Individu 28 2.12 Kepuasan Perkahwinan Dan Komunikasi 29 2.13 Kepuasan Perkahwinan Dan Penyelesaian Masalah 30 2.14 Kesimpulan 30 BAB3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 31 3.1 Lokasi Kajian 32 3.2 Rekabentuk Kajian 32 3.3 Responden Kajian 32 3.4 Instrumen Kajian 33 3.4.1 Bahagian A (Demografi) 33 3.4.2 Bahagian B (Kerapatan Hubungan) 35 3.4.3 Bahagian C (Kepuasan Perkahwinan) 28 3.5 Pengumpulan Data 40 3.6 Penganalisaan Data 40 3.6.1 Relationship Closeness Inventory 41 3.6.2 Comprehensive Marital Satisfaction Scale 43 3.7 Kesimpulan 45 BAB4 DAPA TAN DAN PERBINCANGAN 4.0 Pengenalan 46 4.1 Statistik Deskriptif 47 4.1.1 Analisa Taburan Demografi Tempoh 47 Perkahwinan 4.2 Statistik Inferensi 48 4.3 Pengujian Hipotesis 49 4.3.1 Perhubungan Antara Faktor Demografi 49 (Tempoh Perkahwinan) Dengan Kerapatan Hubungan Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. 4.3.2 Perhubungan Antara Faktor Demografi 50 (Tempoh Perkahwinan) Dengan Kepuasan Perkahwinan Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. 4.3.3 Perhubungan Antara Kerapatan Hubungan 52 v

Dengan Kepuasan Perkahwinan Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. 4.3.4 Perhubungan Antara Kekerapan Hubungan 53 Dengan Kepuasan Perkahwinan Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. 4.3.5 Perhubungan Antara Kepelbagaian Aktiviti 55 Dengan Kepuasan Perkahwinan Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. 4.3.6 Perhubungan Antara Kekuatan Pengaruh 57 Pasangan Dengan Kepuasan Perkahwinan Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. 4.3.7 Kesimpulan Pengujian Hipotesis 58 4.4 Kesimpulan 60 BAB 5 RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 61 5.1 Rumusan Kajian 62 5.2 Kesimpulan Kajian 64 5.3 Cadangan Kajian 64 5.3.1 Pengkaji Akan Datang 65 5.3.2 Pengamal 66 5.3.3 Organisasi 67 5.4 Kesimpulan, 68 RUJUKAN 69 LAMPlRAN VI

SENARAI JADUAL Jadual3.1 Kriteria Pennakahan Bagi Relationship Closeness Inventory Jadual3.2 Tahap Kerapatan Hubungan Keseluruhan Dalam Relationship Closeness Inventory Jadual4.1 Tempoh Perkahwinan Responden Mengikut Bulan Jadual4.2 Perbezaan Tempoh Perkahwinan Dengan Kerapatan Hubungan Jadual4.3 Perbezaan Tempoh Perkahwinan Dengan Kepuasan Perkahwinan Jadual4.4 Hubungan Antara Kerapatan Hubungan Dengan Kepuasan Perkahwinan Jadual4.S Hubungan Antara Kekerapan Hubungan Dengan Kepuasan Perkahwinan Jadual4.6 Hubungan Antara Kepelbagaian Aktiviti Dengan Kepuasan Perkahwinan Jadual4.7 Hubungan Antara Kekuatan Pengaruh Dengan Kepuasan Perkahwinan Jadual4.8 Rumusan Pengujian Hipotesis Halaman 42 43 47 50 51 52 53 56 58 59 Vll

SENARAI RAJAH Halaman Rajah 1.1 11 Kerangka Konseptual Rajah 3.1 34 Fonnula Pengiraan Sampel Rajah 3.2 44 Pengiraan Julat Skor Min Rajah 3.3 45 Pengiraan Julat Min Skor Untuk Kepuasan Perkahwinan Vlll

SENARAI LAMPlRAN Lampiran 1 Instrumen Kajian Lampiran 2 Kekerapan Dan Taburan Demografi Lampiran 3 Jadual Keputusan Ujian Anova Sehala Lampiran4 Jadual Keputusan Ujian Korelasi Pearson Halaman 73 82 84 86 IX

ABSTRAK HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DENGAN KEPUASAN PERKAHWINAN: SATU KAJIAN DIUNIVERSITIMALAYSIA SARAWAK Jamaludin bin Suhaimi Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perhubungan antara kerapatan hubungan dengan kepuasan perkahwinan bagi mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. Seramai 70 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa yang telah berkahwin telah dipilih secara rawak bagi tujuan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set borang soal selidik yang terdiri daripada dua jenis inventori iaitu Relationship Closeness Inventory (RCI) dan Comprehensive Marital Satisfaction Scale (CMSS). Kaedah statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis faktor demografi responden yang terdiri daripada tempoh perkahwinan. Kaedah statistik inferensi pula digunakan bagi menganalisis hubungan antara kerapatan hubungan dengan kepuasan perkahwinan serta ketiga-tiga sub-skala kerapatan hubungan (kekerapan hubungan, keperlbagaian aktiviti dilakukan dan kekuatan pengaruh pasangan) dengan kepuasan perkahwinan melalui ujian Anova sehala dan ujian Korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan signifikan antara tempoh perkahwinan dengan kepuasan perkahwinan dan tempoh perkahwinan dengan kerapatan hubungan. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan antara kerapatan hubungan dengan kepuasan perkahwinan, kekerapan hubungan dengan kepuasan perkahwinan dan kekuatan pengaruh pasangan dengan kepuasan perkahwinan. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa terdapat hubungan signifikan antara kepelbagaian aktiviti dengan kepuasan perkahwinan. Turut dibincangkan adalah cadangan-cadangan bagi kajian akan datang dan juga limitasi kajian. x

ABSTRACT RELATIONSHIP BETWEEN RELATIONSHIP CLOSENESS AND MARITAL SATISFACTION: A STUDY IN UNIVERSITI MALAYSL4 SARAWAK Jamaludin bin Suhaimi The pulpose of this study is to identify the relationship between relationship closeness and marital satisfaction of students of Universiti Malaysia Sarawak. A set of70 married students were randomly selected for the pulpose ofthis study. The instrument ofthe study is a set ofquestionnaire comprises oftwo inventories which are Relationship Closeness Invent01Y (RCI) and Comprehensive Marital Satisfaction Scale (CMSS). Descriptive statistical methods are used to analyze the demographical factors part of the study which is the period of marriage in years and months. Inferential statistical methods are used to analyze the relationship between relationship closeness and marital satisfaction and the relationships of three sub-scales of relationship closeness (frequency of relationship, diversity of activities done and strength ofspousal affection) and marital satisfaction by using One-Way Anova test and Pearson Correlation test. The findings show that there are no significant relationships between the period of marriage and marital satisfaction and the period of marriage and relationship closeness. The findings also indicate that there are no significant relationships between relationship closeness and marital satisfaction, frequency of relationship and marital satisfaction and strength ofspousal affection and marital satisfaction. The results also show a significant relationship between diversity of activities peiformed and marital satisfaction. Suggestionsforfitture research and limitation ofresearch are also discussed. Xl

BABI PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Perkahwinan merupakan satu hubungan antara satu pasangan yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan secara sah dari aspek sosial, agama dan budaya. Perkahwinan merupakan asas kepada keluarga yang seterusnya merupakan komponen kedl masyarakat di sesuatu kawasan. Sejarah perkahwinan adalah berdasarkan kontrak sosial antara pasangan yang terdiri daripada seorang lelaki iaitu suami dan seorang perempuan iaitu isteri (Eshleman, 1991). Budaya perkahwinan telah diperkembangkan dengan munculnya negara dan masyarakat yang menerima dan membenarkan perkahwinan sesama jenis (homoseksual) iaitu antara lelaki dan lelaki iaitu pasangan gay (McWhirter & 1

Mattison, 1984). atau perempuan sesama perempuan iaitu pasangan lesbian (Thomas, 2005). Selain daripada itu wujud juga isu perkahwinan poligami iaitu seorang lelaki yang berkahwin lebih daripada seorang perempuan dalam suatu masa (Eshleman, 1991). Islam sebagai salah satu agama di dunia juga mempunyai pandangan serta hukum terhadap perkahwinan. Miftah Faridl (1996) menyatakan bahawa perkahwinan dalam Islam mempunyai suatu asas yang paling utama iaitu konsep nikah. Nikah yang bererti aqad atau ikatan, merupakan suatu petjanjian antara seorang lelaki dan perempuan dalam ikatan suami isteri untuk membangunkan rumah tangga sesuai dengan ketentuan syarak (Miftah Faridl, 1996). Miftah Faridl (1996) turut menyatakan bahawa terdapat tiga dasar bagi undang-undang perkahwinan. Tiga dasar ini adalah yang pertama iaitu perkahwinan merupakan ikatan yang diwujudkan antara seorang lelaki dan soerang perempuan bagi membentuk sebuah rumah tangga. Dasar kedua ialah perkahwinan adalah sah sekiranya dilakukan mengikut hukum agama dan kepercayaan masing-masing dan dasar yang ketiga ialah setiap perkahwinan periu dicatat menurut peraturan perundangan setempat. Ahmad Ibrahim (1997) pula menyatakan pendaftaran merupakan salah satu perkara yang terdapat dalam Ordinan Perkahwinan 1952 yang menetapkan setiap perkahwinan di Malaysia hendaklah didaftarkan di bawah Registra. Di Asia, perkahwinan juga merupakan satu adat atau aktiviti yang dijalankan sejak dahulu lagi. Namun begitu timbul beberapa isu yang berkaitan 2

dengan isu perkahwinan seperti pendidikan perkahwinan dan pendidikan seks serta isu penceraian yang semakin meningkat di kalangan beberapa negara di Asia (Huang, 2005). Isu-isu yang timbul terutamanya penceraian menunjukkan kajian bagi penduduk Asia harus terus dijalankan dan diperbanyakkan. Kerapatan hubungan merupakan satu aspek yang terdapat dalam hubungan interpersonal. Clark dan Reis (1988) dalam Berscheid, Snyder dan Omoto (1989) menyatakan bahawa kerapatan merupakan satu keadaan yang menjadi asas kepada apa jua bentuk hubungan. Hubungan interpersonal yang rap at dapat mewujudkan pelbagai impak positif kepada kedua-dua individu tersebut dan juga persekitaran. Kerapatan hubungan juga merupakan aspek yang penting bagi satu hubungan romantik atau mesra yang berdasarkan satu ikatan. Ikatan yang teijalin antara pasangan teijadi apabila pasangan aktif, saling mempengaruhi dan saling memberi dan menerima antara satu sarna lain (Johnson, Makinen & Milikin, 2001). Johnson, Makinen dan Milikin (2001) menarnbah bahawa ikatan yang dibentuk pula akan menghasilkan keselesaan, perasaan selamat dan kerapatan antara kedua-dua individu atau pasangan ini. Kepuasan perkahwinan sering dikaitkan dengan kebahagiaan rumah tangga. Kepuasan perkahwinan berkait rapat dengan keadaan individu tersebut, keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga (Stack & Eshelmen, 1998 dalam Bradbury, Fincham & Beach, 2000). Hubungan yang sentiasa terkawal dan membentuk kepuasan dalam perkahwinan bagi seseorang individu dapat mengelak dari berlakunya pelbagai kejadian yang tidak diingini kepada individu atau 3

keluarga. Penceraian merupakan antara fenomena yang selalu berlaku dalam perkahwinan (Huang, 2005) dan patut dielakkan. 1.1 Latar Belakang Kajian Keluarga merupakan satu institusi asas dalam masyarakat. Keluarga berpunca dari pasangan yang terdiri daripada suami dan isteri dan seterusnya anakanak. Hubungan yang wujud dalam keluarga adalah hubungan antara pasangan suami isteri, hubungan antara anak dengan bapa, hubungan antara anak dengan ibu dan hubungan antara adik-beradik. Hubungan suami isteri dari segi kerapatan hubungan mereka dan kepuasan perkahwinan merupakan satu aspek penting bagi membentuk kebahagiaan rumahtangga. Kerapatan hubungan merupakan aspek yang terdapat dalam hubungan interpersonal. Saling bergantung dalam hubungan merupakan konsep yang menjadi asas dalam kerapatan hubungan bagi suatu pasangan. Konsep ini terdiri daripada empat faktor iaitu tempoh masa, kekerapan hubungan, kepelbagaian aktiviti dilakukan dan kekuatan pengaruh pasangan (Berscheid, Snyder & Omoto, 1989). Teori Pertautan merupakan suatu teori yang sering dihubungkait dengan hubungan antara dua orang individu. Teori ini diasaskan oleh John Bowlby dan Mary Ainsworth. Teori yang merujuk kepada hubungan ibu dan anak ini telah dikembangkan dalam kajian terhadap orang dewasa (Bretherton, 1992). Kepuasan perkahwinan merupakan aspek yang luas dan mempunyai banyak kajian yang berbeza telah dijalankan. Secara keseluruhan, kajian-kajian yang 4

dijalankan berkenaan kepuasan perkahwinan dibahagikan kepada tiga aspek iaitu proses interpersonal dalam perkahwinan, peijalanan hubungan perkahwinan dan pengukuran dan konsep kepuasan perkahwinan (Bradbury, Fincham & Beach, 2000). Terdapat beberapa model dan konsep yang dijadikan panduan dalam kajian kepuasan perkahwinan. Model Dinamika Berterusan, Model Penyalahanggapan dan Model Penyesuaian merupakan model yang digunakan bagi mengukur kepuasan perkahwinan bagi responden (Caughlin, 2002). 1.2 Kenyataan Masalah Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan dua pembolehubah yang berkaitan iaitu kerapatan hubungan dan kepuasan perkahwinan. Kajian yang dijalankan mengkaji hubungan antara kerapatan hubungan dengan kepuasan perkahwinan dengan mengambilkira tempoh perkahwinan sebagai faktor demografi. Perhubungan yang rap at merupakan satu aspek yang wujud dalam perhubungan yang penting dan amat bermakna bagi seseorang. Perhubungan yang rapat adalah berdasarkan prinsip saling bergantungan antara kedua-dua individu (Kelley, Berscheid, Christensen, Harvey, Huston, Levinger, McClintock, Peplau & Peterson, 1983 dalam Berscheid, Snyder & Omoto, 1989). Terdapat pelbagai hubungan yang rapat yang boleh di alami oleh indivdu pada suatu masa. Kajian oleh Berscheid, Snyder dan Omoto (1989) kepada 241 orang pelajar di Universiti 5

Minnesota telah mengenalpasti terdapat beberapa bentuk hubungan yang paling rapat yang wujud iaitu perhubungan romantik (47%), perhubungan persahabatan (36%), perhubungan kekeluargaan (14%) dan lain-lain perhubungan (3%). Hubungan suami isteri dan pasangan kekasih adalah dikategorikan sebagai hubungan yang romantik. Kepuasan perkahwinan mernpakan aspek yang sering kali dikaji dalam perhubungan suami isteri. Setiap kajian menyentuh aspek yang berbeza-beza yang berkaitan dengan kepuasan perkahwinan. Antara aspek yang sering disentuh ialah proses interpersonal manusia seperti kognisi dan sokongan sosial, peijalanan hubungan perkahwinan seperti kehadiran anak-anak dan pengurnsan tekanan dan pengukuran kepuasan perkahwinan yang berkaitan seperti pembangunan alat ukuran yang sesuai dan teori-teori yang boleh diaplikasikan (Bradbury, Fincham & Beach, 2000). Kajian yang dijalankan ke atas 60 orang ibu bapa yang barn memperolehi cahaya mata dan 60 orang ibu bapa tanpa anak di Univeristi Haifa mendapati bahawa ibu bapa yang mempunyai anak menunjukkan kepuasan perkahwinan yang lebih tinggi berbanding dengan ibu bapa yang tidak mempunyai anak (Guttmann & Lazar, 2004). Contoh kajian ini menunjukkan hubungan antara kepuasan perkahwinan dengan kehadiran anak-anak. Sacco dan Phares (2001 dalam Patten, n.d.) menyatakan bahawa individu akan merasai kepuasan perkahwinan apabila pasangannya memberi tanggapan yang positif terhadapnya. Sacco dan Phares (2001 dalam Patten, n.d) membuat kajian terhadap peranan keyakinan kendiri dan tekanan dalam sokongan pasangan dan 6

kepuasan perkahwinan. Kajian mereka menunjukkan bahawa walaupun individu mempunyai masalah tekanan, namun sokongan oleh pasangan akan menimbulkan keyakinan kendiri dan mengekalkan kepuasan perkahwinan individu dan pasangannya. Gee, Scott, Castellani dan Cordova (2002) telah menjalankan kajian yang berbentuk pencegahan dan pengawasan. Gee et al. (2002) telah membuat kajian bagi menekankan kepuasan perkahwinan dalam kalangan pasangan yang baru berkahwin. Di samping membuat kajian berkenaan jangkaan kepuasan perkahwinan dalam masa 2 tahun bagi pasangan yang baru berkahwin, mereka juga telah memberi satu pandangan dan nasihat tidak langsung akan kepentingan kepuasan perkahwinan kepada pasangan yang dikaji. Bagi pasangan lain di seluruh dunia pula mereka akan menjadi lebih peka terhadap kepentingan kepuasan perkahwinan kerana hasil kajian pengkaji-pengkaji ini menunjukkan terdapat kemungkinan pasangan yang berkahwin mengalami masalah dalam perkahwinan dan kepuasan perkahwinan mereka selepas 2 tahun berkahwin. Sebanyak 41 peratus pasangan yang dikaji dicadangkan untuk merujuk pakar atau mengikuti kaunseling perkahwinan selepas tempoh atau semasa tempoh 2 tahun tersebut akibat daripada pelbagai punca. Kesedaran terhadap kepentingan kepuasan perkahwinan harus ditingkatkan terutamanya bagi pasangan yang baru berkahwin agar rumah tangga mereka terus berada dalam keadaan yang bahagia. Kerapatan hubungan dan kepuasan perkahwinan merupakan satu hubungan yang berkait rap at. Kerapatan hubungan merupakan as as kepada perhubungan 7

romantik (Johnson, Makinen & Milikin, 2001) seperti hubungan perkahwinan. Kajian ini penting bagi mengetahui tahap hubungan kerapatan perhubungan suami isteri yang dapat menjamin kepuasan perkahwinan mereka. Kerapatan hubungan antara suami dan isteri hasil daripada kekerapan meluangkan masa bersama pasangan, kepelbagaian aktiviti yang dilakukan bersama-sama dan keakraban yang terhasil dari kekuatan perhubungan suami isteri (Kelley et ai., 1983 dalam Berscheid, Snyder & Omoto, 1989). Elemen-elemen kerapatan ini merupakan elemen yang dikaji dalam hubungan antara kerapatan hubungan dan kepuasan perkahwinan. Kajian yang dijalankan oleh Kirby, Baucom dan Peterman (2005) ke atas 84 pasangan serta 4 suami dan 12 isteri di Carolina Utara mendapati bahawa keperluan bagi kerapatan yang tidak dipenuhi mengakibatkan kesan yang negatif kepada kepuasan perkahwinan secara keseluruhan. Hal ini menunjukkan bahawa kerapatan dan kepuasan perkahwinan adalah suatu yang berkait rapat. 1.3 Objektif Kajian Kajian yang dijalankan pengkaji mengandungi dua jenis objektif iaitu objektif umum kajian dan objektif khusus kajian. Objektif umum dan khusus bagi kajian ini adalah disenaraikan seperti berikut: 1.3.1 Objektif Umum Mengenal pasti tahap hubungan antara kerapatan hubungan dan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. 8

1.3.2 Objektif Khusus 1.3.2.1 Mengkaji hubungan antara tempoh perkahwinan diantara responden dengan kerapatan hubungan (kekerapan, kepelbagaian dan kekuatan hubungan) mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. 1.3.2.2 Mengkaji hubungan antara tempoh perkahwinan diantara responden dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. 1.3.2.3 Mengkaji hubungan antara kerapatan hubungan (kekerapan, kepelbagaian dan kekuatan hubungan) dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. 1.3.2.4 Mengkaji hubungan antara kekerapan hubungan dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. 1.3.2.5 Mengkaji hubungan antara kepelbagaian aktiviti dilakukan dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. 1.3.2.6 Mengkaji hubungan antara kekuatan pengaruh pasangan dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. 1.4 Hipotesis Kajian Hipotesis kajian bagi kajian yang dijalankan adalah seperti berikut: Ho 1 Tiada perbezaan signifikan antara tempoh perkahwinan diantara responden dengan kerapatan hubungan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. 9

Ho2 Tiada perbezaan signifikan antara tempoh perkahwinan diantara responden dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. Ho3 Tiada perhubungan signifikan antara kerapatan hubungan dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. Ho4 Tiada perhubungan signifikan antara kekerapan hubungan dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. Ho5 Tiada perhubungan signifikan antara kepelbagaian aktiviti dilakukan dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. Ho6 Tiada perhubungan signifikan antara kekuatan pengaruh pasangan dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. 1.5 Kerangka Konseptual Kajian yang dijalankan adalah diterangkan melalui kerangka konseptual seperti Rajah 1.1. Kajian ini menggunakan dua pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tak bersandar. Mengikut kerangka konseptual di atas, pembolehubah bersandar adalah kepuasan perkahwinan. Kepuasan perkahwinan merupakan pembolehubah bersandar kerana kepuasan perkahwinan merupakan pembolehubah yang hendak dikaji dan bergantung kepada pembolehubah 10

bersandar. Kerapatan hubungan mempengaruhi hubungan mesra atau perkahwinan (Johnson, Makinen & Milikin, 2001). Pembolehubah tak bersandar bagi kajian ini merupakan kerapatan hubungan dan faktor demografi. Pembolehubah tak bersandar ini merupakan pembolehubah yang mempengaruhi kepuasan perkahwinan. Rajah 1.1 : Hubungan antara Kerapatan Hubungan dengan Kepuasan Perkahwinan. Faktor Demografi 1. Tempoh Perkahwinan Kerapatan Hubungan Kepuasan Perkahwinan L Kekerapan Hubungan 2. Kepelbagaian Aktiviti Di Lakukan 3. Kekuatan Pengaruh Pasangan Pembolehubah tak bersandar demografi yang dikaji dalam kajian ini merupakan tempoh p erkahwi nan. Tempoh perkahwinan merupakan satu-satunya pembolehubah yang dikaji kerana tempoh perkahwinan mempunyai hubungan dengan kerapatan hubungan (Kelley et ai., 1983 dalam Berscheid, Snyder & Omoto, 1989) dan kepuasan perkahwinan (Caughlin, 2002). Pembolehubah tak bersandar kerapatan hubungan mempunyai 3 elemen yang dikaji iaitu kekerapan 11

hubungan, kepelbagaian aktiviti dilakukan dan kekuatan pengaruh pasangan (Kelley et ai., 1983 dalam Berscheid, Snyder & Omoto, 1989). 1.6 Definisi Istilah Definisi istilah merupakan perkara yang penting sebagai panduan keseluruhan kajian ini. Definisi istilah ini menerangkan maksud setiap konsep yang digunakan dalam kajian dan terbahagi kepada dua iaitu definisi konseptual dan definisi operasional. 1.6.1 Kerapatan Hubungan Konseptual Satu jenis keadaan dimana kedua-dua individu (I) mempunyai kekerapan masa bersama-sama, (2) kesan perbuatan adalah kuat terhadap masing-masing, (3) kesan perbuatan adalah hasil dari pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama-sama dan (4) kesemua aspek adalah hasil dari perbuatan yang berkaitan dalam sesuatu jangka masa yang lama (Kelley et ai., 1983 dalam Berscheid, Snyder & Omoto, 1989). Operasional Satu perhubungan yang rap at antara mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak dan pasangannya yang di nilai melalui kekerapan meluangkan masa bersama-sama, melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama dan pasangan mempunyai pengaruh terhadap responden. 12

1.6.2 Kepuasan Perkahwinan Konseptual Pendapat seseorang yang subjektif berkaitan komponen yang spesifik dalam hubungan perkahwinan beliau (Moreira, 2001). Operasional Kepuasan perkahwinan hasil daripada kepuasan perhubungan, kepuasan komunikasi dan kepuasan kehidupan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak dan pasangannya. 1.6.3 Kekerapan Hubungan (Frequency) Konseptual Tempoh mas a diluangkan bersama-sama semasa waktu pagi, tengahari dan petang tidak termasuk waktu tidur (Berscheid, Snyder & Omoto, 1989). Operasional Tempoh masa yang diluangkan bersama-sama pada waktu pagi, tengahari dan petang tidak termasuk waktu tidur bagi mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak bersama pasangan. 1.6.4 Kepelbagaian Aktiviti di Lakukan(Diversity) Konseptual Kepelbagaian aktiviti yang dilakukan bersama-sama (Berscheid, Snyder & Omoto, 1989). 13

Operasional Kepelbagaian aktiviti yang dilakukan bersama-sama oleh mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak dan pasangannya. 1.6.5 Kekuatan Pengaruh Pasangan (Strength) Konseptual Tahap pengaruh pasangan terhadap individu (Berscheid, Snyder & Omoto, 1989). Operasional Tahap pengaruh pasangan terhadap mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. 1.7 Kepentingan Kajian Terdapat beberapa kepentingan bagi kajian 1m dijalankan. Kepentingan kajian ini adalah seperti berikut: 1.7.1 Kajian ini dijalankan bagi memperbaiki kajian yang telah dijalankan sebelum ini. Maklumat yang diperolehi dapat memperbaiki lagi maklumat sedia ada dan dapat menolong intitusi kekeluargaan. 1.7.2 Kajian ini dijalankan bagi membantu institusi kekeluargaan bagi meningkatkan ikatan kekeluargaan khususnya dalam kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. 14