Penulisan Kreatif yang Cemerlang

Similar documents
Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH BEACON

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

Memahami Emosi Watak dalam Gambar Bersiri Melalui Kaedah Berfikir Secara Lateral

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

counselling2u.uitm.edu.my

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

Siri Selamat di Rumah dan di Luar Rumah

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


Guide for Activity Report Panduan untuk Laporan Aktiviti

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih.

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

Kata kunci: kemahiran mendengar, pasangan minimal, Perceptual Assimilation Model, diskriminasi, perisian PRAAT.

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Mohamad Harkimi, Julismah Jani & Saidil Mazlan Abdul Razak Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI ABSTRAK

PENGGUNAAN MODEL PENGUKURAN RASCH MANY-FACET (MFRM) DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERASASKAN PRESTASI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. EAL 335/4 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

RHB Premium Cards Golf Privileges 2019 Terms and Conditions

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

Katakunci : kecederaan atlet silat

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

(A) Ahad & Selasa Sun. & Tue. (B) Isnin & Rabu Mon. & Wed. Teras Kesukarelawanan / Volunteership Core

TERAPI MUZIK. Pengenalan

PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN AKUATIK MSSPP

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Yang Saya Hormati Saudara/Saudari Pengerusi Majlis

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010

KEFAHAMAN BERAGAMA DAN PROSES TRANSFORMASI HUBUNGAN PASANGAN DALAM PERKAHWINAN

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

Complimentary green fees for 1 full flight for Cardmember and 3 guests. Tee-off at 10 renowned regional golf courses.

Terma dan Syarat Program Keistimewaan Golf World Mastercard ( Program )

Transcription:

50 Penulisan Kreatif yang Cemerlang Yasmin Azahari yasmin_azahari@moe.edu.sg Rozana Zainuri rozana_zainuri@moe.edu.sg Sekolah Rendah Sengkang Green Abstrak Pada awal tahun 2015, guru mendapati bahawa murid menghadapi kekangan dan tidak dapat menulis karangan dengan baik. Setiap hasil penulisan bagi latihan karangan yang dihantar kepada guru menyerlahkan pelbagai masalah, termasuk kekurangan isi dan pelbagai kesalahan bahasa. Kajian ini dilakukan untuk meningkatkan minat murid-murid dalam penulisan karangan, mendedahkan murid-murid kepada tema karangan yang berbeza dan menggalakkan penulisan karangan yang kreatif. Beberapa usaha intervensi telah dijalankan berkait dengan kajian ini seperti penggunaan peta minda, soalan-soalan beraras Taksonomi Bloom dan pembelajaran kooperatif. Subjek kajian terdiri daripada muridmurid Darjah 5 Bahasa Melayu yang mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza iaitu murid-murid berkeupayaan tinggi dan sederhana. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian markah karangan murid-murid dan juga proses pemikiran murid dalam menjana dan menghuraikan isi. Kata Kunci: penulisan kreatif, Taksonomi Bloom, pembelajaran kooperatif 574 PAPER 49-50 (pages 562-585)-DD.indd 574

PENGENALAN Setiap kali seorang guru mengajar murid-murid cara menulis karangan, guru akan menitikberatkan tentang pentingnya sebuah karangan yang menarik dan tidak membosankan. Namun, perkara ini bukanlah mudah untuk dicapai. Penghasilan karangan yang baik bukanlah satu perkara yang mustahil. Guru harus menjalankan beberapa langkah yang dapat membantu dalam perancahan pengajaran karangan supaya murid-murid dapat berfi kir dengan kreatif dan meluas dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Kebiasaannya, ramai dalam kalangan murid sekolah rendah hanya akan menulis karangan berdasarkan gambar bersiri yang diberi dan rangkaian kosa kata yang disertakan. Maka timbul masalah guru membaca hasil karangan yang hamper sama dan kerap diulang isinya oleh murid-murid. Markah yang diperoleh mereka juga hampir sama lantas mengakibatkan pengelompokan markah atau bunching of marks. Situasi ini sering kali menonjolkan masalah penulisan karangan yang agak mendatar. Guru juga akan berasa kecewa kerana potensi murid tidak dapat ditonjolkan. Bahkan, pelbagai cara telah dicuba dan dijalankan oleh para guru untuk menggilap kemahiran murid-murid dalam aspek penulisan namun setiap tahun cabaran yang sama akan tetap muncul. Peredaran zaman juga telah menukar dan mengubah cara pengajaran dan pembelajaran (PdP) karangan. Justeru penting untuk para guru menghasilkan teknik-teknik yang bersesuaian dengan profi l pelajar pada masa kini. PERNYATAAN MASALAH Guru-guru mendapati bahawa murid-murid menghadapi masalah menghasilkan sebuah karangan yang berkualiti. Murid-murid selalunya memperoleh dalam lingkungan 9 hingga 12 markah untuk bahagian isi (markah penuh 20). Masalah ini timbul kerana murid-murid menghadapi kesukaran dalam menjana, menyusun dan mengembangkan idea-idea bagi membentuk jalan cerita yang menarik. Lantas, karangan yang dihasilkan tidak berkualiti lalu tidak dapat menarik perhatian pemeriksa. Pengkaji telah menyertakan dua lampiran yang menunjukkan prestasi murid yang sama sebelum dan sesudah menjalani PdP S2SW. 575 PAPER 49-50 (pages 562-585)-DD.indd 575

Contoh 1a: (contohan kerja murid yang tidak disunting) Cuaca petang itu cerah. Anita dalam perjalanan pulang dari sekolah. Anita ternampak seorang wanita menjerit meminta tolong. Beg tangan wanita itu diragut oleh seorang pemuda. Anita terperanjat melihat wanita itu menjerit. Anita ingin membantu wanita itu. Karangan di atas ini merupakan contoh hasil penulisan seorang murid darjah 5 yang hanya dapat meluahkan dan menulis apa yang dilihat dalam gambar bersiri yang diberikan. Walaupun karangan yang ditulis memberi gambaran yang jelas tentang gambar tersebut, namun murid tidak dapat mengembangkan karya itu supaya lebih terperinci dan tuntas. Di sini dapat dilihat bahawa tugas guru adalah untuk membimbing murid-murid supaya mengembangkan lagi skop penulisan dan pada masa yang sama menambah nilai kepada hasil karya berkenaan. Contoh 1b: (contohan kerja murid yang tidak disunting) Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Cuaca pada petang itu indah dan cerah. Anita dalam perjalanan pulang dari sekolah. Anita terasa penat sekali pada hari itu kerana banyak yang perlu diselesaikan tadi di sekolah untuk projek Sains. Anita hanya mahu pulang terus ke rumah kerana dia terlalu penat untuk melakukan apa-apa lagi. Sedang dia berjalan sambil menenangkan fi kiran, Anita ternampak seorang wanita menjerit meminta tolong. Beg tangan wanita itu diragut oleh seorang pemuda. Anita terperanjat melihat wanita itu menjerit. Muka wanita itu pucat dan dia kelihatan panik. Anita melihat di sekelilingnya namun tiada sesiapa yang ada untuk membantu wanita tersebut. Anita ingin membantu wanita itu kerana dia kasihan melihat keadaan wanita itu. Tanpa berlengah lagi, Anita bergegas ke arah wanita itu. Karangan di atas ini pula berbeza dengan karangan yang telah dihasilkan pada awalnya. Penggunaan peta minda dengan sokongan soalan-soalan aras Taksonomi Bloom dapat membantu murid-murid mengembangkan lagi skop penulisan. Peta minda harus dikukuhkan lagi dengan adanya soalan-soalan aras Taksonomi Bloom kerana murid-murid harus menerima bimbingan dan sokongan supaya dapat menggunakan peta minda untuk mengembangkan lagi jalan cerita. Lantaran itu, kami telah memilih cara ini sebagai cara tetap untuk mengajar karangan kepada murid-murid di sekolah. Hasilnya sungguh menggalakkan kerana terdapat peningkatan bukan sahaja dalam pemarkahan isi bahagian karangan tetapi juga dalam proses pemikiran murid-murid. Proses pembelajaran 576 PAPER 49-50 (pages 562-585)-DD.indd 576

ini memastikan bahawa murid-murid dapat menggunakan peta minda untuk memanjangkan dan mengembangkan jalan cerita dengan memastikan bahawa terdapat kesinambungan. Manakala, soalan-soalan aras taksonomi Bloom membantu murid-murid untuk berfi kir dengan lebih mendalam kerana proses pemikiran yang mantap dapat membolehkan murid-murid untuk menulis dengan lebih jelas, tuntas dan menarik. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk: 1. meningkatkan minat murid-murid dalam penulisan karangan; 2. meninjau kesan tema karangan yang berbeza; 3. mengkaji penggunaan kaedah-kaedah yang berbeza;dan 4. melihat sejauh mana penulisan karangan murid dapat dijadikan kreatif dan padat. KAJIAN LEPAS Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk Superbrain, menyatakan bahawa pemetaan minda seseorang itu dapat membuat murid learn more, remember more, use less paper, invest less effort... Ini bermaksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkat daya ingatan tanpa membazir banyak kertas untuk menulis lakaran cerita yang ingin dihasilkan. Lakaran peta minda dapat membantu murid melakarkan idea-idea padat dan tersusun. Musa Sulaiman (2006) dalam laman sesawangnya menyatakan bahawa ada beberapa syarat yang perlu dicapai dalam penulisan karangan yang baik. Antaranya adalah kejelasan dan ketepatan isi. Isi-isi atau hujah yang bakal menimbulkan sebarang salah faham atau kekeliruan harus dielakkan. Contohnya mengikut urutan masa, urutan kepentingan, urutan kerumitan dan sebagainya. Isi-isi atau hujah hendaklah saling berkaitan antara satu sama lain sehingga mewujudkan satu idea yang padu dan bukannya sekumpulan isi atau hujah yang terpisah-pisah. Terdapat juga bukti bahawa penggunaan permainan dalam pengajaran membolehkan murid memberi tumpuan yang secukupnya untuk belajar dengan 577 PAPER 49-50 (pages 562-585)-DD.indd 577

lebih baik. Lepper dan Cordova (1992) telah mendapati bahawa penggabungan permainan dalam pembelajaran dapat mempertingkat pemahaman menimbulkan keseronokan dalam kalangan murid. Usaha ini juga akan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran murid. Dalam kajian Van Vleet, C. (2006) bertajuk We re Writers, Too! Engaging Younger Students in the Writing Process, beliau menyatakan bahawa kanakkanak sebenarnya mampu menulis. Mereka memerlukan satu peta cerita atau peta minda untuk membina ilusi berkaitan aktiviti mereka ke dalam bentuk penulisan. Kanak kanak juga memerlukan masa yang mencukupi dan suasana pembelajaran yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu penulisan yang baik dan kreatif. KAEDAH KAJIAN Subjek Kajian Subjek kajian terdiri daripada murid-murid peringkat Darjah 5 Bahasa Melayu yang mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza iaitu murid-murid berkeupayaan tinggi dan sederhana. Jumlah keseluruhan murid yang terlibat ialah 28 orang. Kumpulan sasaran ini dipilih kerana para guru mendapati murid-murid kerap kali tidak dapat mengembangkan idea-idea dan penggunaan kosa kata yang terhad dalam mengarang berdasarkan gambar bersiri mahupun karangan bertajuk. Instrumen Kajian Murid-murid akan dinilai berdasarkan dua aspek penilaian. Penilaian pertama merupakan penilaian berbentuk formatif kerana guru akan menilai hasil perkembangan peta minda murid semasa aktiviti di dalam kelas. Melalui aktiviti ini, guru dapat melihat sejauh mana murid-murid dapat mengembangkan idea mereka berdasarkan gambar dan juga soalan-soalan mengikut aras Taksonomi Bloom. Murid juga menggunakan peta minda Tony Buzan sebagai alat untuk membantu mereka menyusun dan melakarkan idea-idea bagi karangan mereka. Prosedur Kajian Guru-guru Bahasa Melayu menggunakan masa yang diperuntukkan untuk mencatat idea-idea yang dapat dijalankan bagi mengatasi masalah yang murid 578 PAPER 49-50 (pages 562-585)-DD.indd 578

hadapi untuk menulis karangan yang baik. Setelah mencatat idea-idea yang dapat dijalankan demi kebaikan murid-murid, kesemua guru akan berbincang lalu memilih idea yang paling sesuai untuk menangani masalah yang dihadapi. Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah untuk mencapai objektif pembelajaran. Kaedah pertama merupakan kaedah Pengajaran Secara Eksplisit yang terdiri daripada lima peringkat. 1. Pengenalan Guru guru menjelaskan kepada murid-murid tentang matlamat pembelajaran pada hari itu. Guru menerangkan pentingnya penulisan karangan yang kreatif dan berkualiti. Guru juga menekankan bahawa komponen karangan bukan sahaja penting untuk markah keseluruhan PSLE. Malah, murid-murid juga boleh menggunakan kemahiran ini pada masa hadapan dalam alam pekerjaan atau pun untuk hal peribadi. 2. Penerangan Guru menayangkan sebuah klip video atau menunjukkan sekeping gambar yang memberikan gambaran yang lebih jelas tentang tema karangan yang akan dikupas buat pengajaran pada hari ini. Guru mendapatkan murid-murid untuk menyuarakan pendapat dan juga jawapan berdasarkan soalan-soalan yang diajukan. Guru menggalakkan murid-murid untuk berfi kir dengan kreatif namun pada masa yang sama harus memastikan bahawa idea-idea mereka itu relevan dengan tema. 3. Modeling Untuk bahagian ini guru akan menerangkan aktiviti secara berpasangan dahulu dengan menunjukkan contoh bagi setiap aktiviti yang perlu diselesaikan murid. Ini untuk memastikan murid-murid memahami apa yang dikehendaki oleh mereka semasa menghabiskan kerja kumpulan dan latihan secara individu. 4. Latihan Guru telah menyediakan beberapa latihan secara kumpulan dan individu untuk memastikan murid-murid dapat melalui proses penulisan karangan secara bertahap. Dengan cara ini, murid-murid 579 PAPER 49-50 (pages 562-585)-DD.indd 579

dapat mengembangkan idea-idea dan jalan cerita mereka secara selfdirected. Untuk bahagian ini, terdapat latihan yang menggunakan perisian ICT dalam talian dan juga latihan secara kumpulan yang memuatkan beberapa teknik perkembangan idea dan disertakan sekali bahagian ICT. Pada akhir pembelajaran, murid-murid akan ditugaskan untuk menulis sebuah karangan berdasarkan tema yang dibincangkan secara individu. 5. Penutup Guru merumuskan pembelajaran pada hari itu dengan mendapatkan respons daripada murid-murid. Murid-murid juga berkongsi bersama rakan sedarjah tentang apa yang mereka fahamkan daripada pengajaran yang telah dijalankan. Seminggu sesudah pelajaran dijalankan, guru akan memulangkan hasil karangan yang ditulis kepada murid-murid. Guru menonjolkan markah murid-murid yang memperlihatkan peningkatan sekurang-kurangnya 1 markah ke atas untuk bahagian isi. Selain daripada kaedah Pengajaran Secara Eksplisit, pengkaji juga menggunakan teknik peta minda yang dipelopori oleh Tony Buzan untuk memastikan dan memudahkan proses pengembangan idea murid-murid agar lebih berkesan. Peta Minda (Mind Mapping) adalah satu teknik yang digunakan untuk meningkatkan daya ingatan melalui penggunaan minda sebelah kanan atau the subconscious mind. Pengkaji juga telah menerapkan penggunaan teknik-teknik Guru Mahir (Skillful Teacher) untuk memastikan pembelajaran murid-murid di dalam bilik darjah berkesan. Guru menggunakan teknik-teknik pembelajaran kooperatif untuk menjalankan pengajaran yang menarik dan efektif. Kaedah Guru Mahir membantu para guru dalam menjalankan pengajaran yang lebih berkesan dengan menggunakan teknik-teknik yang terdapat pada kaedah ini. Rancangan Pelajaran Langkah 1 Video / Gambar 1. Guru menayangkan / menunjukkan klip video atau gambar berkenaan dengan 580 PAPER 49-50 (pages 562-585)-DD.indd 580

tema karangan yang akan dikupas untuk pelajaran tersebut. 2. Murid menonton video. Guru mendapatkan respons daripada murid-murid mengenai kandungan video / gambar tersebut. 3. Guru mengajukan beberapa soalan berdasarkan bahan yang ditayangkan. Guru memberi gambar bersiri yang akan digunakan kepada setiap murid. Murid-murid harus meneliti gambar yang diberi lalu membaca soalan-soalan bimbingan berteraskan aras Taksonomi Bloom. 4. Soalan-soalan bimbingan berteraskan aras Taksonomi Bloom (akan diberi bersama gambar bersiri). Ini adalah untuk membolehkan murid-murid supaya berfi kir secara mendalam. Langkah 2 Gambar karangan dan perisian dalam talian Padlet / Google Shared Document 5. Bahagian seterusnya memerlukan murid-murid menggunakan aplikasi Web 2.0. 6. Guru meminta murid-murid klik pada pautan Padlet / Google shared document yang telah diemelkan ke alamat emel setiap murid. 7. Guru memuatnaikkan gambar komik berdasarkan satu babak dalam tema karangan yang diberi. 8. Murid-murid perlu menghasilkan sebuah dialog berdasarkan gambar komik yang selaras dengan tema karangan. 9. Guru menayangkan hasil kerja murid-murid dan menonjolkan beberapa hasil dialog yang menarik untuk dijadikan contoh. Guru juga memberi maklum balas yang membina kepada murid-murid yang perlu memperbaik hasil dialog mereka. Langkah 3 Kerja Kumpulan: Menghasilkan peta minda 10. Tugas seterusnya merupakan aktiviti membina peta minda. 11. Guru menggunakan teknik Round Robin dan menggalakkan murid-murid mengambil giliran untuk membina peta minda berdasarkan setiap petak gambar. 12. Murid-murid diberi templat peta minda, soalan-soalan aras Taksonomi Bloom, cetakan Padlet / Google Shared document dan senarai frasa berbunga. 13. Murid-murid cuba menghasilkan cabang-cabang anak panah untuk mengembangkan jalan cerita dan memastikan terdapat kesinambungan dalam cerita masing-masing. 14. Melalui peta minda ini, murid-murid dapat melihat gambaran yang lebih jelas berkenaan gambar yang diberi. Setiap idea dicatat dan dikembangkan mengikut strategi peta minda yang telah guru ajarkan kepada murid-murid 15. Guru akan menetapkan masa untuk setiap gambar supaya murid-murid berdisiplin semasa menjana idea untuk setiap gambar. 16. Dengan adanya rentetan idea yang terhasil, murid-murid kini mempunyai koleksi idea yang padat untuk penulisan karangan dan juga idea-idea yang tersusun dan berkaitan memastikan kesinambungan cerita yang memberi gambaran yang jelas. 581 PAPER 49-50 (pages 562-585)-DD.indd 581

Langkah 4 Pembentangan dan Lintas Galeri 17. Setelah melengkapkan peta minda, murid-murid membuat pembentangan ringkas. 18. Guru memberi pendapat dan kata-kata perangsang berdasarkan isi dan kaitan yang terdapat pada peta minda setiap kumpulan. 19. Setelah pembentangan setiap kumpulan, guru akan menampal hasil peta minda di keliling bilik darjah. 20. Murid-murid dapat melihat peta minda yang dihasilkan oleh setiap kumpulan dengan lebih terperinci dan pada masa yang sama murid-murid dapat lekatkan kata-kata perangsang dan pujian untuk hasil kerja rakan-rakan mereka. 21. Aktiviti lintas galeri ini dapat menggalakkan perkongsian idea dan memperluaskan lagi skop pemahaman murid-murid berkenaan topik. Langkah 5 Penutup Tugasan: Karangan Individu 22. Murid-murid diberi masa untuk menghasilkan sebuah karangan lengkap secara invidividu. 23. Murid-murid diberi soalan-soalan bimbingan berteraskan aras Taksonomi Bloom sebagai panduan dalam penulisan karangan. 24. Murid-murid dibenarkan untuk bergerak di keliling kelas untuk meminjam idea rakan-rakan mereka supaya hasil karangan individu lebih menarik, padat, berkesinambungan, jelas dan terperinci. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Projek ini dilaksanakan dalam jangka masa setahun. Projek ini dilaksanakan tiga kali setiap penggal sebagai pelajaran karangan. Murid-murid yang dipilih sudah terbiasa dengan teknik menjana idea seperti yang ditetapkan ini. Melalui satu tinjauan yang dijalankan, semua murid didapati mempunyai motivasi untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelajaran penulisan karangan. Ini berlaku kerana penggunaan perisian dan aplikasi dalam talian, aktiviti kerja kumpulan yang menggunakan soalan-soalan Taksonomi Bloom dan juga penggunaan peta minda telah dapat membantu mempertingkatkan kemahiran menulis murid. Murid-murid berpendapat bahawa dengan menggunakan kaedah ini, penulisan karangan dapat dijalankan dengan lebih mudah dan menarik. Dapatan ini menunjukkan bahawa murid-murid menunjukkan minat dan pembelajaran menjadi lebih berkesan apabila teknik-teknik yang sesuai diselitkan 582 PAPER 49-50 (pages 562-585)-DD.indd 582

ke dalam rancangan pelajaran. Dapatan berdasarkan borang refl eksi murid-murid seperti di dalam Jadual 1 berikut menunjukkan bahawa semua murid bersetuju bahawa pengajaran karangan menggunakan kaedah ini memberi mereka keyakinan, lebih berkesan dan membolehkan mereka berfi kir secara mendalam. Melalui pemantauan guru dan hasil kerja murid-murid, 100% murid dapat mengikut kaedah yang diajar dan berusaha untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Jadual 1: Borang Refleksi Murid Kelas 5ML1 NO ITEM BERJAYA 1 Penggunaan peta minda disertakan dengan soalan-soalan rangsangan memudahkan pelajaran karangan untuk saya. 2 Pelajaran yang diajar oleh guru sungguh seronok. 3 Saya dapat berfi kir dengan mendalam dan juga dengan teliti semasa menulis karangan saya. N= 27 murid Jadual 2: Borang Refleksi Guru MASIH MENCUBA 100% 0% 100% 0% 100% 0% NO ITEM BERJAYA 1 Murid-murid memahami setiap langkah yang diajar. 2 Hasil karangan murid-murid dapat menunjukkan peningkatan yang positif dengan adanya isi-isi yang padat dan kesinambungan cerita. *Peningkatan sekurang-kurangnya 1 markah untuk bahagian isi. MASIH MENCUBA 100% 0% 100% 0% 3 Masa yang diperuntukkan untuk pelajaran karangan - 3 kali setiap penggal mencukupi dan memadai. - 6 waktu untuk 1 rancangan pengajaran N= 5 guru 100% 0% 583 PAPER 49-50 (pages 562-585)-DD.indd 583

Sebelum projek ini dijalankan, pengkaji mendapati markah untuk bahagian isi karangan murid selalunya tidak memuaskan kerana murid tidak dapat menjana idea-idea yang lebih luas dan kreatif. Ini menyebabkan skop penulisan karangan mereka agak terhad. Pascaujian yang merupakan markah karangan untuk penggal 1, ujian karangan formatif sangat berbeza dengan markah karangan peperiksaan akhir tahun. Bila dibandingkan markah SA2 dengan markah CA1, 100% murid yang terlibat menunjukkan peningkatan yang menakjubkan. Secara keseluruhan, murid dapat menghasilkan 10 peta minda sepanjang tahun bersama-sama ahli kumpulan mereka. Namun, secara individu murid dapat menghasilkan lima peta minda sendiri. Pada akhir tahun, murid-murid mempunyai 15 peta minda yang terperinci dan tersusun untuk dijadikan bahan ulang kaji buat peperiksaan karangan SA2. Ramai antara mereka yang menyatakan bahawa ulang kaji karangan menjadi lebih mudah dan lebih jelas untuk diingat dan difahami. Maklum Balas Guru Pada keseluruhannya, murid-murid dapat menghasilkan karangan kreatif dengan penggunaan peta minda yang terperinci. Murid-murid menunjukkan minat yang memberangsangkan apabila dapat melakarkan peta minda kerana kaedah ini berbeza dan memberi murid-murid ruang untuk menyerlahkan nilai artistik mereka. Wujudnya kebebasan untuk murid melakarkan peta minda mereka dengan mengisi anak panah dengan idea-idea dan frasa-frasa, membantu murid mengatur idea-idea itu dalam perenggan yang sesuai. Pendekatan Round-Robin juga membantu murid menjana lebih banyak idea setelah berkongsi dan berbincang dengan ahli kumpulan mereka. Walaupun murid dapat menghasilkan karangan yang kreatif, kekurangan kosa kata masih menjadi penghalang dalam komponen bahasa pemarkahan karangan. Lebih banyak pendedahan bagi latihan kosa kata yang harus diberikan supaya dapat mengukuhkan dan mengembangkan pengusaan bahasa murid. KESIMPULAN Kajian ini menunjukkan bahawa dengan penggunaan peta minda sebagai alat menjana idea-idea dan disokong dengan soalan-soalan aras Taksonomi Bloom, murid berjaya menghasilkan peningkatan markah yang sangat ketara dan 584 PAPER 49-50 (pages 562-585)-DD.indd 584

memberangsangkan. Hal ini jelas dilihat melalui analisis data yang dikumpulkan secara kuantitatif. Murid dapat mengolah jalan cerita dengan lebih mendalam. Lantas, tidak mustahil untuk murid memperolehi markah yang agak tinggi untuk komponen isi. Hasil dapatan kajian melalui pascaujian bukan sahaja memaparkan peningkatan dalam markah yang diperoleh murid-murid, malah keberkesanan penggunaan Peta Minda dan soalan-soalan aras Taksonomi Bloom juga terserlah kerana murid-murid dan para guru bersetuju bahawa teknik ini memudahkan lagi proses pembelajaran karangan dan pada masa yang sama dapat meningkatkan proses pemikiran murid-murid. Murid-murid kini lebih yakin dan sudah mampu menyampaikan idea-idea yang lebih tersusun dan kreatif. Guru lain yang terlibat dalam kajian ini: 1. Norashikin Abdul Hamid RUJUKAN Buzan, T. & Buzan, B. (2003) The mind map book. Rev Ed. London: BBC. Dilip Mukerjea. (1996). Superbrain Train your brain and unleash the genius within. Singapore: Oxford University Press. Multicultural-Foreign Language-ESOL Jabatan Pendidikan Buku Panduan, Sekolah Lembaga Broward County, Florida Forte, Imogene dan Sandra Schurr, Mengintegrasi Instruction dalam Matematik: Strategi, Aktiviti, Projek, Alat, dan Teknik, 1996 Penerbitan Insentif, Inc., Nashville. TN Kagan, Spencer, Pembelajaran Koperasi, 1992 Sumber untuk Guru-guru, Inc.) Musa Sulaiman (2006). Http://myschoolnet.ppk.kpm.my/berita/2004/10April_ ap2um.htm Van Vleet dalam lelaman pada 24 Disember 2018. http://sgstuentcenteredresearch. Wikispaces.com/fi le/view/we re+writers+tool.pdf 585 PAPER 49-50 (pages 562-585)-DD.indd 585