UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Similar documents
ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

PERSEPSI PEKERJA TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA NOR AZLINA BINTI HJ WAHAP

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SIFAT DAN PERANAN RAJA DAN PEMBESAR DALAM NASKHAH HUKUM KANUN PAHANG

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

NURUL SA ADAH BINTI SABDIN

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

INTERNAL SURFACE PIPE ROUGHNESS CLASSIFICATION USING HIGH FREQUENCY ACOUSTIC EVALUATION

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

Salina Binti Ramli. I/C No: Dr. Norhazilan Bin Md. Noor

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

..., C t;~:~xj ')' KESANPEMBANGUNANPERUMAHANTERHADAP KUALITI HID UP PENDUDUK BANDAR LINDA ANAK ABRAHAM PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN,

KEPUASAN PENGHUNI TERHADAP PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI OLEH KONTRAKTOR PENYELAMAT KAJIAN KES : TAMAN PERINDUSTRIAN HIJAU, RAWANG

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

LJ"N1Y ERSITl MALAYSIA S.AJ3.AH


DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN PENYEWAAN PERUMAHAN SITI NOOR FARAHANIS BINTI FADZIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

counselling2u.uitm.edu.my

Yang Saya Hormati Saudara/Saudari Pengerusi Majlis

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

Walkability in Campus, Case study of University Technology Malaysia SAMAN JAVAN FARD

Faculty of Engineering

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

(GEOGRAFI) HULUBERNAM ROSLAN B. SAAD PROJEK INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK FAKULTI SAINS KEMANUSIAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

NAJMAH NAWAWI MOHD NUSI ABD. RAHMAN NOOR SHAFEEZA ZAINUDDIN NUR SYAZWANI ZAINUL ABIDIN

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

PERLAKUAN PEMAJU SWASTA AP ABILA BERHADAPAN DENGAN DASAR PERUMAHAN KOS RENDAH DI MALAYSIA. oleh NOR 'AINI BINTI YUSOF

Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif

Katakunci : kecederaan atlet silat

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN


IMPAK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) KEPADA NILAI HARTA TANAH KEDIAMAN DI SETAPAK, KUALA LUMPUR SITIAYU ZUBAIDAH BINTI YUSUF

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Daya Saing Bandar Kecil: Satu Penelitian Dari Aspek Persepsi Penduduk Dalam Kawasan Majlis Daerah Tanjong Malim

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

Transcription:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI TERHADAP SPORTSCAPE DENGAN KEPUASAN PENONTON DAN KEINGINAN MENONTON SEMULA DALAM KALANGAN PENONTON BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA DI STADIUM ASIAH HJ MOHD PILUS FPP 2009 24

HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI TERHADAP SPORTSCAPE DENGAN KEPUASAN PENONTON DAN KEINGINAN MENONTON SEMULA DALAM KALANGAN PENONTON BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA DI STADIUM OLEH ASIAH HJ MOHD PILUS Tesis Yang Dikemukakan Kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia, Sebagai Memenuhi Keperluan untuk Ijazah Doktor Falsafah JUN 2009

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk mendapatkan ijazah Doktor Falsafah HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI TERHADAP SPORTSCAPE DENGAN KEPUASAN PENONTON DAN KEINGINAN MENONTON SEMULA DALAM KALANGAN PENONTON BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA DI STADIUM OLEH ASIAH HJ MOHD PILUS Jun 2009 Penyelia : Aminuddin Bin Yusof, PhD Fakulti : Pengajian Pendidikan Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara sportscape terhadap kepuasan penonton dan keinginan menonton semula dalam kalangan penonton bola sepak Piala Malaysia di stadium. Kajian ini juga mengkaji pengaruh motivasi dan kesetiaan terhadap hubungan di antara sportscape dengan kepuasan penonton dan keinginan menonton semula dalam kalangan penonton bola sepak Piala Malaysia di stadium. Kajian ini melibatkan 370 orang penonton bola sepak Piala Malaysia di stadium. ii

Sebanyak 12 buah stadium bola sepak bagi perlawanan Piala Malaysia di Semenanjung Malaysia sebagai lokasi kajian. Alat kajian yang digunakan ialah Sportscape Scale (Wakefield, Blodgett & Sloan, 1996), Motivation Scale For Sport Consumption (Trial & James, 2001), Model Point of Attachment Index (Trail, Robinson & Dick, 2003), Customer Satisfaction (Hightower, Brady & Baker, 2002; Greenwell, Fink & Pastore, 2002) dan Behavioral Intentions Scale (Hightower, Brady, Baker, 2002). Statistik korelasi Pearson, regresi linear, regresi pelbagai hierarchical, analisis laluan dan statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara sportscape dengan kepuasan penonton dan keinginan menonton semula dalam kalangan penonton bola sepak Piala Malaysia di stadium. Hasil kajian mendapati terdapat pengaruh motivasi dan kesetiaan terhadap hubungan di antara sportscape dengan kepuasan penonton dan keinginan menonton semula dalam kalangan penonton bola sepak Piala Malaysia di stadium. Analisis regresi pelbagai hierarchical menjelaskan sportscape hanya mempengaruhi sebanyak 3.4 peratus varians terhadap kepuasan penonton. Kombinasi sportscape, motivasi dan kesetiaan menjelaskan 56 peratus varians terhadap kepuasan penonton. Analisis regresi pelbagai hierarchical menjelaskan sportscape hanya mempengaruhi sebanyak 5 peratus varians terhadap keinginan menonton semula bola sepak. Kombinasi sportscape, iii

motivasi dan kesetiaan menjelaskan sebanyak 59 peratus varians terhadap keinginan menonton semula bola sepak. Analisis laluan menunjukkan sportscape mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung melalui motivasi dan kesetiaan terhadap kepuasan penonton dan keinginan menonton semula dalam penonton bola sepak Piala Malaysia. Selain sportscape, motivasi dan kesetiaan juga faktor penting menjelaskan kepuasan penonton dan keinginan menonton bola sepak di stadium. Maka, persatuan bola sepak Malaysia dan pemasar sukan perlu mengambil kira sportscape, motivasi dan kesetiaan dalam merancang strategi pemasaran untuk mengoptimumkan kehadiran penonton bola sepak Piala Malaysia ke stadium. Oleh itu, persatuan bola sepak Malaysia dan pemasar sukan sewajarnya berusaha untuk meningkatkan kehadiran penonton bola sepak di stadium dan keuntungan persatuan bola sepak Malaysia. iv

Abstract of thesis presented to the Senat of Universiti Putra Malaysia in fulfilment of requirement for the Degree Doctor of Philosophy THE RELATIONSHIP BETWEEN SPORTSCAPE TOWARDS SPECTATORS SATISFACTION AND THEIR INTENTIONS TO REPATRONIZE MALAYSIAN FOOTBALL CUP AT STADIUM BY ASIAH HJ MOHD PILUS June 2009 Chairperson: Aminuddin Bin Yusof, PhD Faculty : Educational Studies Abstract The purpose of this study was to investige the relationship between sportscape towards spectators satisfaction and their intentions to repatronize Malaysian football Cup. The factors that were intended to analyze are motivation and loyalty towards the relationship between sportscape and spectators satisfaction and their intentions to repatronize Malaysian Football Cup at stadium. v

The study was conducted in Pennisular Malaysia with the involvement of 370 spectators who attended the Malaysian football Cup game from 12 stadiums. The study tools that were used are Sportscape Scale (Wakefield, Blodgett & Sloan, 1996), Motivation Scale For Sport Consumption (Trial & James, 2001), Model Point Of Attachment Index (Trail, Robinson & Dick, 2003), Customer Satisfaction (Hightower, Brady & Baker, 2002; Greenwell, Fink & Pastore, 2002) and Behavioral Intentions Scale (Hightower, Brady, Baker, 2002). Correlation Pearson, linear regression, hierarchical regression, path analysis and descriptive statistics (mean) were used to analyse data. The results also showed that motivation and loyalty have an influence on the relationship between spectators satisfaction and their intentions to repatronize football. Hierarchical regression analysis showed that sportscape influences only 3.4 percent of the variance on the spectators satisfaction. The combination of sportscape, motivation and loyalty variables predicts 56 percent variance regarding spectators satisfaction. Hierarchical regression analysis showed that sportscape influence only 5 percent of the variance on the intention to repatronize Malaysian Football Cup. The combination of sportscape, motivation and loyalty variables explained 59 percent of the variance regarding vi

the intention to repatronize Malaysian football Cup. Path analysis showed that sportscape has and inderect influence on the motivation and loyalty as well as the spectators satisfaction and intention to repatronize Malaysian Football Cup. Besides sportscape, motivation and loyalty are identified other important factors in predicting spectators satisfaction and their intentions to repatronize Malaysian football Cup. Thus, Malaysian football associations and sport marketers should consider sportscape, motivation dan loyalty in planning marketing strategies to maximize attendance at Malaysian Football Cup. Therefore, Malaysian football associations and sport marketers should take further steps to increase the attendance and the revenue of the Malaysian football associations. vii

PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Penyeliaan saya iaitu Profesor Madya Dr. Aminuddin Yusof (selaku Pengerusi), Profesor Madya Dr. Jamil Bojei (Ahli) dan Profesor Madya Dr. Mohd Sopian Omar Fauzee (Ahli) dan segala nasihat dan sokongan, pengorbanan masa dan tenaga yang mereka berikan telah membantu saya melalui segala dugaan dan kesulitan serta mempertahankan saya sehingga saya menyiapkan tesis ini. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada para pemeriksa iaitu Prof. Madya Dr. Soh Geok Kim (Pengerusi), Dr. Chee Chen Soon, Dr. Azizi Ali @ Ibrahim dan Prof. Madya Dr. Salleh Aman (Pemeriksa Luar) diatas nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan supaya saya dapat menghasilkan tesis yang lebih mantap dan baik. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia, Persatuan Bola Sepak Negeri dan pihak Pengurusan Perbadanan Stadium kerana tidak keberatan membenarkan saya menjalankan kajian di stadium bola sepak. viii

Kepada responden kajian dan pembantu penyelidik juga saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas pengorbanan masa, tenaga dan sokongan serta memberi maklum balas yang ikhlas bagi menjayakan kajian ini. Penghargaan jutaan terima kasih kepada suami, Razali Md Noor serta anakanak Mohd Aqil Razali, Nur Adila Razali dan tidak lupa ibu tersayang yang sentiasa mendoakan kejayaan dalam mengatasi segala kesulitan dan kerumitan sepanjang pengajian ini. Tanpa mereka, saya tidak mungkin dapat mengatasi segala dugaan dan kesulitan bagi menyiapkan tesis ini dengan jayanya. Sekian, terima kasih. ix

x

Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti, Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai syarat keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut: Aminuddin Bin Yusof, PhD Profesor Madya Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Pengerusi) Jamil Bojei, Phd Profesor Madya Fakulti Pengurusan Siswazah (Ahli) Mohd Sopian Omar Fauzee, Phd Profesor Madya Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Ahli) HASANAH MOHD GHAZALI,PhD Profesor dan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Tarikh : xi

PENGAKUAN Saya mengaku bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang telah diberi penghargaan di dalam tesis. Saya juga mengaku bahawa tesis ini tidak dimajukan untuk ijazah-ijazah lain di Universiti Putra Malaysia atau institusi-institusi lain. ASIAH HJ MOHD PILUS Tarikh : xii

KANDUNGAN Muka Surat ABSTRAK ABSTRACT PENGHARGAAN PENGESAHAN PENGAKUAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH ii v viii x xvi xvii xxii BAB I PENGENALAN 1 Latar Belakang 1 Bola Sepak Di Malaysia 9 Pernyataan Masalah 11 Objektif Kajian 16 Model Sportscape 18 Konseptual Kajian 24 Hipotesis Kajian 30 Kepentingan Kajian 31 Delimitasi Kajian 34 Limitasi Kajian 34 Definisi Istilah Operasional 36 II KAJIAN LITERATUR 38 Pengenalan 38 Konsep Pemasaran Sukan 38 Produk Sukan 43 Pengguna Sukan 49 Faktor Membeli Produk Sukan 52 Model Penggunaan Sukan 54 Persekitaran Sportscape 55 Kajian Berkaitan Sportscape 60 Motivasi Pengguna Sukan 68 Motivation Scale For Sport Consumption 71 Kajian Berkaitan Motivasi Menonton Sukan 73 Kesetiaan Pengguna Sukan 83 Model Kesetiaan Penggunaan Sukan 86 xiii

Muka Surat Model Point Of Attachment Index 88 Kajian Berkaitan Kesetiaan Penonton Sukan 90 Kepuasan Penonton Sukan 97 Keinginan Menonton Semula 102 Rumusan 105 III METODOLOGI 107 Pengenalan 107 Reka Bentuk Kajian 107 Lokasi Kajian 111 Kaedah Persampelan Kajian 113 Penentuan Saiz Sampel Kajian 115 Alat Kajian 119 Prosedur Kajian 130 Kajian Rintis 133 Kesahan Alat Kajian 135 Kebolehpercayaan Alat Kajian 144 Analisa Data 150 Rumusan 159 IV DAPATAN KAJIAN 160 Pengenalan 160 Responden Kajian 161 Analisis Faktor Kajian Sebenar 168 Analisis Kebolehpercayaan Kajian Sebenar 175 Statistik Deskriptif 181 Ujian Hipotesis 184 Kebagusan Kesesuaian Model (Goodness-Of-Fit) 210 Ringkasan Kajian 215 V PERBINCANGAN, IMPLIKASI, CADANGAN KAJIAN 218 LANJUTAN DAN KESIMPULAN Pengenalan 218 Perbincangan 219 xiv

Muka Surat Implikasi Praktikal 236 Implikasi Teoritikal 237 Cadangan Kajian Lanjutan 239 Kesimpulan 243 BIBLIOGRAFI LAMPIRAN BIODATA PENULIS xv

SENARAI JADUAL Muka Surat 3.1 Pembolehubah Kajian 108 3.2 Lokasi Kajian 112 3.3 Contoh Pernyataan Item Sportscape Scale 121 3.4 Jumlah Item Dan Alpha Faktor Sportscape (Wakefield, Blodgett & Sloan, 1996) 3.5 Contoh Pernyataan Item Motivation Scale For Sport Consumption (Trail & James, 2001) 3.6 Jumlah Item Dan Alpha Dimensi Motivation Scale For Sport Consumption (Trial & James, 2001) 3.7 Contoh Pernyataan Item Point Of Attachment Index (Trail, Robinson & Dick, 2003) 3.8 Jumlah Item Bagi Point Of Attachment Index (Trail, Robinson & Dick, 2003) 3.9 Jumlah Item Bagi Customer Satisfaction (Hightower, Brady, Baker, 2002; Greenwell, Fink, Pastore, 2002) 3.10 Contoh Pernyataan Item Behavioral Intentions (Hightower, Brady & Baker, 2002) 122 123 124 126 127 128 129 3.11 Kajian Rintis Analisis Faktor Item Behavioral Intentions 136 3.12 Kajian Rintis Analisis Faktor Motivation Scale For Sport Consumption 138 3.13 Kajian Rintis Analisis Faktor Item Sportscape Scale 140 3.14 Kajian Rintis Analisis Faktor Item Point Of Attachment Index 142 xvi

Muka Surat 3.15 Kajian Rintis Analisis Faktor Item Behavior Intentions 143 3.16 Pekali Kajian Rintis Alat Kajian 147 3.17 Perbandingan Min Bagi Kepuasan Penonton 153 3.18 Perbandingan Min Bagi Keinginan Menonton Semula 156 4.1 Jumlah Responden Mengikut Lokasi Kajian (N = 370) 162 4.2 Bilangan Responden Mengikut Jantina 163 4.3 Bilangan Responden Mengikut Umur 163 4.4 Bilangan Responden Mengikut Bangsa 164 4.5 Bilangan Responden Mengikut Status 165 4.6 Bilangan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 165 4.7 Bilangan Responden Mengikut Pendapatan Bulanan 166 4.8 Analisis Faktor Item Sportscape 168 4.9 Analisis Faktor Item Motivation Scale For Sport Consumption 170 4.10 Analisis Faktor Item Point Of Attachment Index 172 4.11 Analisis Faktor Item Customer Satisfaction 173 4.12 Analisis Faktor Item Behavioral Intentions 174 4.13 Pekali Alpha Sportscape Scale 175 xvii

Muka Surat 4.14 Pekali Alpha Skala Motivation Scale For Sport Consumption 177 4.15 Pekali Alpha Skala Point Of Attachment Index 178 4.16 Pekali Alpha Customer Satisfaction Scale 179 4.17 Pekali Alpha Behavioral Intentions Scale 180 4.18 Min Faktor Sportscape Penonton Bola Sepak Piala Malaysia 4.19 Min Dimensi Motivasi Penonton Bola Sepak Piala Malaysia 4.20 Min Faktor Kesetiaan Penonton Bola Sepak Piala Malaysia 4.21 Hubungan Sportscape Terhadap Kepuasan Penonton Bola Sepak Piala Malaysia 4.22 Analisis Regresi Linear Faktor Sportscape Terhadap Kepuasan Penonton Bola Sepak Piala Malaysia 4.23 Hubungan Sportscape Terhadap Keinginan Menonton Semula Bola Sepak Piala Malaysia 4.24 Analisis Regresi Linear Sportscape Terhadap Faktor Keinginan Menonton Semula 4.25 Analisis Regresi Linear Sportscape, Motivasi Dan Kesetiaan Terhadap Kepuasan Penonton 4.26 Analisis Regresi Linear Sportscape, Motivasi, Kesetiaan Dan Keinginan Menonton Semula 181 182 183 184 185 186 187 189 190 xviii

Muka Surat 4.27 Set Pertama Analisis Regresi Pelbagai Linear Sportscape, Motivasi, Kesetiaan Dan Kepuasan Penonton 4.28 Set Kedua Analisis Regresi Pelbagai Linear Sportscape, Motivasi, Kesetiaan Dan Kepuasan Penonton 4.29 Set Ketiga Analisis Regresi Pelbagai Linear Bagi Faktor Sportscape, Motivasi, Kesetiaan Dan Keinginan Menonton Semula 4.30 Set Keempat Analisis Regresi Pelbagai Linear Bagi Faktor Sportscape, Motivasi, Kesetiaan dan Keinginan Menonton Semula 4.31 Analisis Regresi Pelbagai Hierarchical Bagi Motivasi, Kesetiaan Terhadap Hubungan Di Antara Sportscape Dengan Kepuasan Penonton Bola Sepak Piala Malaysia 4.32 Ujian Anova - Faktor Sportscape, Motivasi Dan Kesetiaan Terhadap Kepuasan Penonton 4.33 Koefisyen Regresi Pelbagai Hierarchical Bagi Motivasi, Kesetiaan Terhadap Hubungan Di Antara Sportscape Dengan Kepuasan Penonton Bola Sepak Piala Malaysia 4.34 Statistik Collinearity Sportscape, Motivasi Dan Kesetiaan Terhadap Kepuasan Penonton 4.35 Analisis Regresi Pelbagai Hierarchical Bagi Motivasi, Kesetiaan Terhadap Hubungan Di Antara Sportscape Dengan Keinginan Menonton Semula 4.36 Ujian Anova - Faktor Sportscape, Motivasi Dan Kesetiaan Terhadap Keinginan Menonton Semula 193 193 194 194 197 198 199 201 204 205 xix

Muka Surat 4.37 Koefisyen Regresi Pelbagai Hierarchical Bagi Motivasi, Dan Kesetiaan Terhadap Hubungan Di Antara Sportscape Dengan Terhadap Keinginan Menonton Semula 4.38 Statistik Collinearity Sportscape, Motivasi Dan Kesetiaan Terhadap Keinginan Menonton Semula 4.39 Analisis Laluan Hubungan Sportscape, Motivasi Dan Kesetiaan Terhadap Kepuasan Penonton Dan Keinginan Menonton Semula 206 207 212 xx

SENARAI RAJAH Muka Surat 1.1 Model Sportscape 19 1.2 Konseptual Kajian 24 2.1 Proses Penggunaan Produk Sukan 45 3.1 Histogram Bagi Kepuasan Penonton 154 3.2 Plot Normal Q-Q Regresi Bagi Kepuasan Penonton 155 3.3 Histogram Bagi Keinginan Menonton Semula 157 3.4 Plot Normal Q-Q Regresi Bagi Keinginan Menonton Semula 4.1 Normal P-P Plot of Regression Standardized Resdiual Bagi Kepuasan Penonton 4.2 Plot Normal Q-Q Regresi Pelbagai Hierarchical Bagi Kepuasan Penonton 4.3 Normal P-P Plot of Regression Standardized Resdiual Bagi Keinginan Menonton Semula 158 202 203 209 4.4 Plot Normal Q-Q Bagi Keinginan Menonton Semula 209 4.5 Hubungan Sportscape, Motivasi, Kesetiaan Terhadap Kepuasan Penonton Dan Keinginan Menonton Semula Bola Sepak Piala Malaysia 213 xxi

BAB I PENGENALAN Latar Belakang Industri sukan merupakan suatu bidang penting kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memajukan lagi industri sukan seperti penganjuran sukan, pembangunan sukan prestasi tinggi, penyertaan sukan untuk semua, promosi sukan dan pembinaan prasarana sukan. Norasmah dan Tajul Arifin (2004) menyatakan sukan kini telah diperakui sebagai sektor yang berupaya memberi pulangan yang lumayan kepada ekonomi sesebuah negara. Menurut Zhang, Smith dan Pease (1996), jualan tiket penonton stadium menyumbang pendapatan sebanyak 75 peratus daripada keuntungan keseluruhan acara sukan pasukan. Shank (2002) menjelaskan terdapat pelbagai faktor mendorong seseorang individu dalam proses penetapan keputusan membeli produk atau perkhidmatan sukan seperti menonton acara sukan. Menurut Kotler (1996), kajian dan maklumat mengenai tingkah laku pengguna membantu pemasar sukan

2 memasarkan produk secara berkesan untuk menepati cita rasa pengguna sukan. Selaras dengan perkembangan industri sukan, konsep pemasaran sukan yang dipratikkan perlu mengambil kira pengaruh persekitaran dan pengaruh psikologi terhadap kepuasan penonton dan keinginan menonton semula di stadium (Harris & Harrington, 2000). Fenomena ini telah mendorong pemasar sukan menjadi semakin berminat untuk memahami kepuasan, niat dan pengalaman pengguna sukan (Bitner, 1992; Wakefield & Sloan, 1995; Wakefield, Blodgett & Sloan, 1996; Funk, Ridinger & Moorman, 2003; Won & Kitamura, 2006). Pemasaran produk sukan daripada perspektif industri sukan merupakan satu bidang disiplin ilmu yang agak luas diterokai oleh para penyelidik dalam bidang berkaitan. Fokus kajian terdahulu meliputi sportscape (Wakefield, Blodgett & Sloan, 1996), motivasi (Trial & James, 2001) dan kesetiaan (Trail, Robinson & Dick, 2003) terhadap kepuasan penonton dan keinginan menonton semula dalam kalangan penonton sukan. Kebelakangan ini para penyelidik mula cenderung untuk memahami hubungan di antara pembolehubah sportscape (Wakefield, Blodgett, Sloan, 1996; Greenwell, Fink & Pastore, 2002), motivasi (Trial & James, 2001; Hong, McDonald & Yoon, 2005), minat (Funk, Ridinger & Moorman, 2003) dan kesetiaan penonton sukan (Trail, Robinson & Dick, 2003;

3 Robinson, Trail & Kwon, 2004) terhadap kepuasan penonton dan keinginan menonton semula dalam kalangan penonton sukan. Kajian-kajian ini tertumpu kepada perkaitan di antara faktor-faktor terhadap kehadiran menonton sukan. Kajian-kajian yang berkaitan telah merujuk kepada Model Sportscape (Wakefield & Sloan 1995; Wakefield, Blodgett & Sloan, 1996), Model Motivation Scale For Sport Consumption (Trial & James, 2001), dan Model Point Of Attachment Index (Trail, Robinson & Dick, 2003). Teoriteori ini telah menyediakan indikator asas untuk mengkaji hubungan di antara pelbagai pembolehubah kepuasan penonton dan keinginan menonton semula dalam kalangan penonton sukan. Robinson dan Trail (2005), mencadangkan kajian mengenai perkhidmatan persekitaran di tempat acara sukan dan lain-lain pembolehubah moderator perlu diterokai oleh para penyelidik. Oliver (1997) menyatakan pengguna membuat jangkaan terhadap produk, sekiranya jangkaan (harapan) pengguna melebihi daripada apa yang dijangkakan, pengguna berpuas hati terhadap produk tersebut. Dalam konteks kajian ini, kepuasan penonton menggambarkan keseronokan seseorang menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia di stadium. Keseronokan penonton bola sepak didorong oleh sportscape (Wakefield, Blodgett & Sloan, 1996). McDonald (1999) pula mengklasifikasikan kekerapan seseorang untuk menonton acara sukan di stadium mengikut hierarki keinginan iaitu keinginan kesejahteraan, keinginan sosial, keinginan berorientasikan sukan dan keinginan peribadi. Kajian oleh Funk, Ridinger dan Moorman (2003) mengemukakan lima