Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

Similar documents
ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

counselling2u.uitm.edu.my

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

4. BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, AKUATROP adalah :

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PEMBIAYAAN MENGIKUT JENIS PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR


BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH GREAT EASTERN TAKAFUL BERHAD

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

RHB Premium Cards Golf Privileges 2019 Terms and Conditions

PENGAUDITAN PEMBINAAN PENGALAMAN MALAYSIA (JABATAN AUDIT NEGARA)

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

oleh Pemohon (Pelukis Pelan Berdaftar/ Arkitek/ Jurutera Profesional

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

POLITIK BIROKRASI SEMASA PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) TERHADAP PROJEK PEMAJUAN PERUMAHAN KERAJAAN

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

Faculty of Engineering

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

Penemuan Awal Berkaitan Pemuliharaan Bandar dalam Pembentukan Imej Bandar di Tanjong Malim, Perak

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

Faculty of Engineering

SGHU 4342 AMALAN IKHTISAS. Mohamad Saupi bin Che Awang, MRISM

Complimentary green fees for 1 full flight for Cardmember and 3 guests. Tee-off at 10 renowned regional golf courses.

PERLINDUNGAN HAK DAN KEPENTINGAN PEMBELI RUMAH. JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT Mei 2017

Terma dan Syarat Program Keistimewaan Golf World Mastercard ( Program )

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

Pelan Pengurusan Perubahan Fasa III Self Reliance dan Tahap Kematangan Self Reliance

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong This page is deliberately left blank

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

TAKLIMAT ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN: SUB-KOMPONEN JARINGAN KOMUNITI

GARIS PANDUAN PENJANAAN PENDAPATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA GARIS PANDUAN PENJANAAN PENDAPATAN UNIVERSI TI TEKNOLOGI MARA

PENGURUSAN TRAFIK DALAM PEMBINAAN JALAN RAYA NORHAYATI BINTI ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

GARIS PANDUAN IDENTITI KORPORAT & PRODUK OKTOBER 2018 PRODUCT & CORPORATE IDENTITY GUIDELINES

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

Kegagalan Pemaju Menyiapkan Rumah Dan Kesan Ke Atas Pembeli Yang Menggunakan Produk Pembiayaan Perumahan Islam

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

Mohamad Rafidi Mat Dahan. No. Fail: QU (QM/6-262) Tarikh: 8 Ogos 2014 (Semakan 14 Ogos 2014)

a) This Contest is open to all individual customers of Maybank, who are Digi subscribers and at least 18 years of age ( Eligible Participant(s) )

Material Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kima

Material Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kimia

NOTIS PEMBERITAHUAN TERMASUK TARIKH AKHIR UNTUK MENYELESAIKAN POTENSI TUNTUTAN BEG UDARA INFLATOR TAKATA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

PERATURAN SPESIFIK (CRITERIUM)

EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam

PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010

PERLAKUAN PEMAJU SWASTA AP ABILA BERHADAPAN DENGAN DASAR PERUMAHAN KOS RENDAH DI MALAYSIA. oleh NOR 'AINI BINTI YUSOF

Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan

Penulisan Kreatif yang Cemerlang

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

Transcription:

410 [ARTIKEL] [JULAI 2018] ULASAN BUKU Abdul Aziz Hussin (2017), Undangundang Pembinaan: Konsep, Skop dan Persekitaran Perundangan Am, hlm. 370, ISBN 978-983-46-1225-2. Azlinor Sufian sazlinor@iium.edu.my Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan dengan pembinaan secara terperinci, bermula dari konsep dan teori undang-undang pembinaan hinggalah kepada peranan, tanggungjawab dan liabiliti setiap pihak yang terlibat dalam sektor pembinaan. Buku yang mengandungi tujuh bab ini ditulis oleh Profesor Madya Dr. Abdul Aziz Hussin, pensyarah di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia (USM). Pengalaman luas penulis dalam undangundang yang berkaitan dengan pembinaan membolehkan penulis membincangkan setiap bab dengan jelas dan terperinci. Pada bahagian awal buku ini, penulis membincangkan takrif, konsep undang-undang pembinaan, kaitan antara undang-undang pembinaan dengan hak asasi manusia, skop undang-undang pembinaan dan kepentingan pengajian undang-undang pembinaan yang memberikan pengetahuan asas kepada pembaca yang pertama kali didedahkan dengan undang-undang pembinaan. Gabungan undang-undang pembinaan dengan konsep pengurusan dalam proses pembinaan menjadikan buku ini berbeza daripada buku lain kerana pembaca akan dapat menghargai pentingnya pengurusan dan perancangan yang baik dalam pembinaan, selain keperluan mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan dari masa ke masa. Kanun NSK 18 Julai 2018.indb 410

30 KANUN (2) 411 Keperluan mematuhi undang-undang yang berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar menjadi suatu trend terkini dalam bidang pembinaan. Pengetahuan yang berkaitan dengan undang-undang ini amat penting kerana kelulusan sesuatu projek pembinaan bergantung pada pematuhan undang-undang pemeliharaan alam sekitar. Oleh itu, buku ini membantu pembaca memahami senarai peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan berhubung dengan alam sekitar. Kesemua undang-undang berkaitan diterangkan dengan jelas, termasuklah liabiliti dari sudut undang-undang sivil sekiranya undang-undang ini tidak dipatuhi. Skop kecuaian yang sering kali berlaku dalam proses pembinaan dibincangkan dengan merujuk beberapa kes yang diputuskan oleh mahkamah. Pendekatan ini amat mudah difahami, khususnya bagi pembaca yang tidak mempunyai pengetahuan asas dalam bidang undang-undang. Proses pengurusan dalam sesuatu projek pembinaan bermula dari peringkat pemilikan tapak bina, pemeriksaan tapak bina, mesyuarat tapak bina, keselamatan tapak bina dan juga langkah yang perlu diambil sekiranya bahan warisan ditemui di kawasan tapak bina. Setiap penerangan yang diberikan oleh penulis merujuk peruntukan yang relevan yang terdapat dalam kontrak seragam Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), International Federation of Consulting Engineers (FIDIC), Institute of Engineers Form of Contract for Sivil Engineering Works (IEM CE) dan juga Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Dengan kata lain, buku ini memberikan maklumat yang berkaitan dengan projek yang dilaksanakan untuk pihak kerajaan ataupun swasta. Penerangan yang berkaitan dengan pemakaian kontrak ini dijelaskan lagi dengan merujuk peruntukan undang-undang berkaitan seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dan kes yang diputuskan oleh mahkamah. Maklumat berkaitan dengan pengurusan mesyuarat tapak bina yang terkandung di dalam buku ini sangat relevan dengan keadaan semasa. Dalam proses pembinaan, mesyuarat ini sangat penting kerana semua anggota yang terlibat dalam pembinaan seperti kontraktor, arkitek, jurutera, jurukur bahan dan pegawai penguasa projek perlu hadir. Buku ini sangat membantu pembaca yang tidak Kanun NSK 18 Julai 2018.indb 411

412 KANUN [JULAI 2018] mempunyai pengalaman untuk mengendalikan atau menghadiri mesyuarat tapak bina. Antara aspek yang perlu diberikan perhatian termasuklah penentuan tarikh mesyuarat, pihak yang perlu menghadiri mesyuarat, agenda, tempoh mesyuarat, penangguhan mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, penyimpanan minit mesyuarat dan pematuhan keputusan mesyuarat. Ulasan yang dibuat berkaitan dengan pengurusan mesyuarat juga perlu merujuk sumber yang tepat seperti Manual Jabatan Kerja Raya. Maklumat yang terkandung di dalam buku ini membantu pembaca memahami kepentingan mesyuarat tapak bina kerana keputusan mesyuarat tersebut boleh menjadi bahan bukti jika terdapat sebarang pertelingkahan di mahkamah. Maksud dan kepentingan pelan dan lukisan dibahaskan dengan merujuk peruntukan kontrak seragam (seperti JKR, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), CIDB, IEM CE) dan undang-undang berkaitan. Bab ini boleh menjadi rujukan yang sangat berguna semasa menyediakan pelan dan lukisan untuk tujuan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Sebagai contoh, keperluan minimum undangundang tentang pelan dan lukisan yang dinyatakan boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam proses penyediaan pelan dan lukisan, di samping keperluan mematuhi Akta Rahsia Rasmi 1972 yang belum pernah dibincangkan dalam konteks pembinaan di Malaysia sebelum ini. Perbahasan yang berkaitan dengan tanggungjawab dan liabiliti pelaku dalam pembinaan seperti kontraktor dan pereka bentuk pelan dan lukisan juga digarap dengan baik dalam buku ini. Tidak dinafikan bagi seseorang yang tidak mempunyai latar belakang pengetahuan berkenaan dengan undang-undang akan mendapati agak sukar untuk memahami terma, syarat atau klausa yang terkandung dalam kontrak pembinaan. Namun begitu, penulis berjaya menerangkan hal ini dengan cara yang mudah difahami. Pelaku yang terlibat dalam proses pembinaan perlu memahami kesan kontrak yang dimeterai dan juga kesan dari segi tort. Pengetahuan yang berkaitan dengan undang-undang tort, pelaksanaan kontrak, kesan dan akibat apabila kontrak tidak dipenuhi ataupun remedi yang boleh diperoleh melalui kontrak akan menjadikan pelaku yang terlibat dalam projek pembinaan akan lebih peka terhadap tugas Kanun NSK 18 Julai 2018.indb 412

30 KANUN (2) 413 dan tanggungjawab mereka dengan meujuk klausa yang terkandung dalam Kontrak Borang Format Seragam PAM 2006, JKR 203/203A (Semakan 2007), IEM CE dan CIDB. Bab yang membincangkan hubungan, hak dan tanggungjawab antara klien, pembina dengan kontraktor (juga subkontraktor) dalam sesuatu projek pembinaan sangat penting untuk menyampaikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam pembinaan tentang pemakaian undang-undang pada peringkat perolehan projek, serta sebelum dan semasa projek pembinaan dilaksanakan. Hubungan antara pelanggan, kontraktor dengan subkontraktor agak berbeza bergantung pada kaedah perolehan projek, iaitu kaedah konvensional atau kaedah putar kunci/reka bentuk dan bina atau kaedah binaoperasi pindah milik. Kupasan yang panjang lebar berserta contoh memberikan maklumat berguna kepada pembaca. Antara topik yang sukar difahami tetapi diterangkan dengan baik termasuklah perubahan kerja yang sering menjadi punca perbalahan antara klien dengan kontraktor. Selain itu, ketiga-tiga profesionalisme yang menjadi tulang belakang dalam projek pembinaan, iaitu arkitek, jurutera dan juruukur bahan diulas dengan jelas. Buku ini turut menyentuh prosedur undang-undang sebelum dan semasa projek pembinaan dilaksanakan bersandarkan kontrak seragam JKR 203/203A (Semakan 2007), IEM CE, PAM 2006 dan CIDB 2000. Bukan sahaja bayaran dan fee kepada ahli profesional dibincangkan, malahan jenayah dan tort yang melibatkan ahli profesional turut dibincangkan. Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dalam jurusan undang-undang. arkitek, perancangan, juruukur bahan dan kejuruteraan, selain mereka yang terlibat secara langsung dalam sektor pembinaan seperti pelanggan, kontraktor dan ahli profesional lain kerana buku ini menyajikan maklumat yang mendalam, bukan sahaja dari segi teori tetapi juga dari segi praktikalnya. Penggunaan rajah dalam sesetengah perbincangan menjadikan sesuatu penerangan itu lebih mudah difahami. Setiap bab dimulakan dengan penerangan objektif bab tersebut supaya pembaca lebih fokus. Semua perbincangan disertakan rujukan kontrak seragam yang memang diguna pakai dalam industri pembinaan di Malaysia, tidak kira Kanun NSK 18 Julai 2018.indb 413

414 KANUN [JULAI 2018] sama ada melibatkan projek kerajaan ataupun swasta. Contoh kes yang diputuskan di mahkamah juga dibincangkan dalam semua bab menjadikan pembaca lebih mudah memahami pelaksanaan undangundang tersebut oleh pihak mahkamah. Buku ini wajar dimiliki oleh individu yang terlibat dalam bidang pembinaan, lebih-lebih lagi jika buku ini dilengkapi dengan proses pembangunan tanah yang bermula dari pemerolehan tanah, proses ubah syarat, proses pecah bahagi, dan seterusnya sijil perakuan siap dan pematuhan. Jelasnya buku ini memberikan maklumat yang berguna kepada semua entiti yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam industri pembinaan, termasuklah para pensyarah kerana kesemua isu penting digabungkan dalam satu buku seperti tulisan Vincent Powell Smith, yang banyak menulis buku yang berkaitan dengan undang-undang pembinaan di United Kingdom. Kanun NSK 18 Julai 2018.indb 414