LAMPIRAN 3 M A R I N E S C I E N C E L E A D E R S H I P

Similar documents
KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

counselling2u.uitm.edu.my

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

Faculty of Engineering

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

POLA PERTUMBUHAN IKAN SEBAGAI PENGUKUR KUALITI EKOSISTEM SUNGAI. Ahmad Abas Kutty & M. Munajah

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

(A) Ahad & Selasa Sun. & Tue. (B) Isnin & Rabu Mon. & Wed. Teras Kesukarelawanan / Volunteership Core

Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih.

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

PROBLEMS FOR CHAPTER 2 - PRESSURE. Question 1

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ANALYSIS THE PERFORMANCE OF UNSIGNALIZED INTERSECTION BASED ON GAP ACEPTANCE STUDIES

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai


ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

Walkability in Campus, Case study of University Technology Malaysia SAMAN JAVAN FARD

VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

ANALISIS PASANG SURUT DENGAN KAEDAH HARMONIK MENGGUNAKAN PELARASAN KUASA DUA TERKECIL HERY PURWANTO

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

Indeks Kualiti Air (IKA) Sg. Selangor pasca pembinaan Empangan Sg. Selangor

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

Jurnal Teknologi PERBANDINGAN CIRI-CIRI SOSIOEKONOMI PENERIMA INOVASI SISTEM INTENSIFIKASI PADI DAN PROJEK ESTET PADI. Full Paper

OSCC Case Study. Aplikasi Sistem Maklum Balas Sesi Latihan & Khidmat Sokongan (e- Penilaian) IAB. Agensi Kerajaan : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

THE EFFECTS OF CHANGES AT SIGNALIZED INTERSECTION ON THE VEHICLES EMISSION LOADING IN PARIT BUNTAR, PERAK.

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

ABSTRAK. di kawasan pendidikan di Malaysia. ABSTRACT. ) is very important because the air containing O 3

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

Katakunci : kecederaan atlet silat

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

Penemuan Awal Berkaitan Pemuliharaan Bandar dalam Pembentukan Imej Bandar di Tanjong Malim, Perak

IMPAK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) KEPADA NILAI HARTA TANAH KEDIAMAN DI SETAPAK, KUALA LUMPUR SITIAYU ZUBAIDAH BINTI YUSUF

EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

POLITIK BIROKRASI SEMASA PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) TERHADAP PROJEK PEMAJUAN PERUMAHAN KERAJAAN

Transcription:

LAMPIRAN 3 M A R I N E S C I E N C E L E A D E R S H I P

M A R I N E S C I E N C E L E A D E R S H I P

Pengkalan data marin INOS diiktiraf dan telah dilantik sebagai Associate Data Unit (ADU - under International Oceanographic Information Data Exchange - IODE, IOC UNESCO) yang PERTAMA di ASEAN, pada 20 Jun 2014. ADU merupakan salah satu unit di bawah IODE, yang bertindak sebagai pusat pengumpulan data saintifik dan maklumat berkaitan dengan penyelidikan dan kajian laut serta penghubung antara IODE dan komuniti penyelidik sains marin di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. INOS turut dijemput oleh pihak IODE, bagi menjalani latihan Quality Management System Workshop di Oostende, Belgium dari 8 11 Disember 2014. IODE menggalakkan ADU yang baru dilantik untuk mendalami dan mempelajari berkenaan Quality Management System agar pengumpulan dan penyampaian maklumat, produk dan perkhidmatan yang berkenaan oseanografi, adalah mematuhi piawaian dan standard yang ditetapkan, selari dengan ISO 9001 serta Quality Management Framework yang ditetapkan oleh IODE.

INOS diiktiraf dan terpilih sebagai OceanTeacher Global Academy (OGTA) - Regional Training Centre Pengisian bengkel latihan tersebut akan mengandungi (RTC) bagi Asia Pasifik, setelah diaudit oleh silibus yang berkaitan dengan program di bawah IOC, Intergovernmental Oceanographic Commission (IOC), yang memberi tumpuan kepada pengurusan UNESCO, 4 Ogos 2014. kelestarian penjagaan laut secara amnya. Aspek kepakaran dalam penyelidikan oseanografi dan fasiliti INOS yang serba lengkap menjadi asas utama kepada pemilihan INOS sebagai OGTA RTC Pengiktirafan INOS sebagai RTC oleh pihak OGTA ini adalah selari dengan objektif OGTA iaitu untuk menjadi fasiliti yang memberikan latihan berkaitan sains marin di peringkat global. Secara amnya, INOS RTC menjadi sebahagian dari OGTA untuk menjalankan bengkel latihan bagi mereka yang berminat dengan sains marin.

INOS telah terpilih sebagai rakan kerjasama strategik TROPIMUNDO s Steering Board (STEB) pada 1 September 2014. Melalui kerjasama ini INOS diberikan kepercayaan untuk menjalankan program pengajian kerja kursus Master Sains Erasmus Mundus di dalam bidang Tropical Biodiversity and Ecosystem (TROPIMUNDO) yang disokong sepenuhnya oleh Europian Commision (EC). Peranan INOS adalah sebagai rakan strategik kolaborasi akademik yang memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan biodiversiti dan ekosistem tropikal di rantau ini. Sehingga kini, pelajar yang terlibat di dalam program ini terdiri daripada 11 buah negara dari seluruh dunia.

Saintis Oseanografi Fizikal INOS telah berjaya menemui fenomena arus laut - Upwelling melalui pengumpulan data berterusan di Laut China Selatan. Fenomena ini pertama kali dibuktikan di kawasan sepanjang pantai timur semenanjung Malaysia, iaitu sepanjang jajaran sejauh 500km dari Johor ke Terengganu Upwelling merupakan satu proses lautan di mana arus membawa air bernutrien tinggi dari dasar ke permukaan. Hasil kajian ini telah memberi kefahaman mendalam terhadap peranan arus lautan dalam meningkatkan produktiviti lautan. Penemuan ini secara tidak langsung membuka dimensi baru dalam membantu industri perikanan mengenalpasti kawasan berpotensi bagi nelayan.

Pelantar Perladangan Karang telah didaftarkan pemfailan patennya di Malaysia Intellectual Property Corporation (MyIPO) pada 03 Jun 2014. Pelantar ini direkabentuk dan dibina khas sebagai platform untuk didiami oleh larva karang, seterusnya merangsang pertumbuhan terutamanya karang keras dengan cara mempercepatkan proses kolonisasi yang akhirnya membentuk terumbu karang. Pelantar ini merupakan suatu konsep perladangan yang membolehkan karang dikulturkan di laut yang akhirnya akan memberi impak positif apabila ianya menjana pembangunan ekonomi kepada komuniti pesisir pantai dan pulau. Ianya merupakan sumber pendapatan alternatif warisan semulajadi berpotensi bagi menaik taraf kehidupan mereka. Pelantar perladangan karang laut lepas juga boleh dimanfaatkan sebagai tukun tiruan yang akan menjadi habitat ikan terumbu karang dan ikan komersial.

Bagi meningkatkan keberkesanan kaedah survei ke atas terumbu karang, satu protokol tinjauan terumbu karang telah dibangunkan. Pada dasarnya, kajian terumbu karang di Malaysia telah dilakukan dengan menggunakan teknik tinjauan dalam air seperti teknik transek garisan pintasan (Line Intercept Transect: LIT) atau transek titik pintasan (Point Intersect Transect: PIT). Walaubagaimanapun, teknik ini memakan masa terlalu lama untuk dilakukan ketika kajian lapangan yang seterusnya boleh mengakibatkan kenaikan kos kajian. Malah, ketepatan data yang dikumpul akan sepenuhnya bergantung kepada penyelam yang menjalankan penyiasatan. Selain dari itu, pengesahan atau penilaian semula data tidak dapat dilakukan melainkan tinjauan terumbu karang yang melibatkan kos yang tinggi diulang sekali lagi. Oleh itu, penggunaan peralatan digital seperti menggunakan kamera kalis air untuk pengumpulan data boleh membantu meningkatkan keberkesanan teknik tinjauan terumbu karang ini. Ini kerana, rakaman imej atau video ini dapat menyediakan data yang kekal bagi tujuan untuk diarkibkan dan dikaji semula jika perlu. Teknik ini juga dapat menjimatkan kos kajian kerana memerlukan masa yang singkat untuk dilaksanakan ketika kajian lapangan. Teknik yang dipanggil Transek Video Karang (Coral Video Transect: CVT) telah diperkenalkan sebagai alternatif untuk kajian terumbu karang di Malaysia. Bagi meningkatkan keberkesanan teknik ini dalam peninjauan terumbu karang, pengoptimuman dari segi teknik semasa kerja lapangan dan data analisis turut ditemui dan diuji secara saintifik bagi memastikan data yang diambil adalah sah. Teknik ini juga boleh digunapakai di mana-mana kawasan terumbu karang di Malaysia samada kawasan karang yang sihat atau tidak. Selain itu, video yang diambil boleh dianalisis dan diarkibkan di INOS, UMT Malaysia.

Salah satu matlamat utama Jabatan Taman Laut Malaysia ialah untuk menguruskan terumbu karang Malaysia bagi memberi perlindungan dan memastikan kemampanannya. Bagi menguruskan terumbu karang dengan baik, pengumpulan data yang sistematik mengenai status kesihatan terumbu karang amatlah diperlukan. Oleh itu, program-program pemantauan berkala perlu dijalankan untuk melaporkan status kesihatan terumbu karang dan mengesan sebarang bentuk perubahan pada terumbu tersebut. Oleh itu, dengan kerjasama Jabatan Taman Laut Malaysia, program pemantauan baru yang dipanggil Indeks Kesihatan Coral (Coral Health INdex: CHI) telah dibangunkan untuk memberi gambaran keseluruhan status terumbu di Malaysia. Indeks Kesihatan Karang yang dibangunkan adalah berdasarkan tiga komponen kehidupan iaitu hidupan bentik, ikan dan mikrob untuk menggambarkan atau menunjukkan kesihatan terumbu karang. Setiap satu daripada tiga komponen ini diskalakan untuk memberikan nilai sifar sehingga satu untuk menunjukkan kesihatan terumbu karang daripada tidak sihat kepada sihat. Dalam CHI ini, nilai bagi setiap komponen akan digabungkan untuk memberikan nilai CHI tersebut. Tinjauan CHI yang telah dijalankan adalah seperti berikut Fasa I (2013): Pulau Redang, Bidong dan Lang Tengah Fasa II (2015) : Pulau Perhentian Tinjauan seperti ini dapat membantu Jabatan Taman Laut Malaysia mengklasifikasikan kawasan terumbu karang di Malaysia dan sekaligus membantu pengurusan terumbu karang yang lebih sistematik dan berkesan.

Jadual 1: Penilaian Indek CHI mengenai kesihatan terumbu karang Categories Very Healthy Healthy Fair Degraded Very Degraded Range 1.00~0.80 0.79~0.60 0.59~0.40 0.39~0.20 0.19~0.00 CHI Mikrob Bentik CHI Ikan

Ancaman kepupusan terhadap spesis pernyu terutama di Malaysia menjadi motivasi utama kepada INOS dalam meneraju usaha konservasi dan penyelidikan penyu. UMT telah terlibat secara aktif dalam usaha ini sejak tahun 1993 lagi dengan menjadikan lokasi Chagar Hutang di Pulau Redang sebagai tapak pemuliharaan penyu. Usaha ini diperkasakan lagi dengan penglibatan INOS dalam menambah komponen penyelidikan. Antara penyelidikan yang dijalankan adalah kajian bio-telemetry penyu bagi mengetahui migrasi penyu, kajian populasi penyu di kawasan persarangan dan kawasan pemakanan, kajian kesihatan dan tumbesaran penyu. Pada tahun 2001, pemuliharaan dan penyelidikan penyu yang dijalankan oleh UMT di Chagar Hutang telah diiktiraf oleh United Nation Environmental Program (UNEP) sebagai salah satu institusi yang menjalankan pemuliharaan dan penyelidikan penyu yang terbaik di Rantau Asia Tenggara. Pengiktirafan ini adalah berdasarkan usaha panjang selama hampir dua dekad (1993-2014), dimana sejumlah 2,500 penyu telah ditanda, dan lebih 500,000 anak penyu telah ditetaskan di Chagar Hutang, suatu pencapaian yang amat memberangsangkan. Selain pemuliharaan dan penyelidikan penyu, UMT juga sangat aktif dalam menjalankan program kesedaran penyu dalam meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai kepentingan pemuliharaan penyu.

Siri Pelayaran Saintifik menerokai Laut China Selatan (LCS) Tunjang utama kajian INOS didalam bidang oseanografi tertumpu di kawasan Laut China Selatan (LCS). Dalam usaha menerokai kepelbagaian ekosistem serta kepentingan laut ini terhadap Malaysia, INOS mengetuai usaha penerokaan lautan ini dengan menjadikan LCS sebagai makmal terbuka dengan mengadakan beberapa siri pelayaran saintifik. Bermula tahun 2013 hingga 2015, kawasan seluas 37,500km persegi telah diterokai melalui 4 siri pelayaran, dimana ia meliputi kawasan laut dari Kelantan hingga Johor. Diantara kajian yang dilakukan melibatkan pengukuran parameter fizikal (suhu, ph, keterlarutan oksigen), biologi (plankton) dan kimia (nutrien, logam dan bahan organik) terhadap kolum air dan sedimen. Sepanjang siri pelayaran ini, beberapa penemuan saintifik telah dapat ditemui, antaranya penemuan arus laut yang membawa air bernutrisi tinggi pada musim monsun barat daya, perbezaan taburan nutrien, logam, bahan organik dan fitoplankton di kawasan pesisir dan laut dalam, serta pengaruh air laut luar dari Laut Jawa dan Teluk Thailand di perairan Malaysia. Selain itu, kajian juga merekodkan banyak kesan antropogenik terhadap kualiti air di LCS. Sebahagian besar daripada penemuan baru ini membuka prospek baru terhadap kajian oseanografi laut di kawasan LCS ini yang sebelum ini kurang diterokai.