KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

Similar documents
1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN PENYEWAAN PERUMAHAN SITI NOOR FARAHANIS BINTI FADZIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

counselling2u.uitm.edu.my

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

Yang Saya Hormati Saudara/Saudari Pengerusi Majlis

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

PENGISYTIHARAN PUTRAJAYA SEBAGAI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

PENGURUSAN TRAFIK DALAM PEMBINAAN JALAN RAYA NORHAYATI BINTI ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

IMPAK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) KEPADA NILAI HARTA TANAH KEDIAMAN DI SETAPAK, KUALA LUMPUR SITIAYU ZUBAIDAH BINTI YUSUF

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

NURUL SA ADAH BINTI SABDIN

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN


PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

Faculty of Engineering

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

4. BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, AKUATROP adalah :

ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SIFAT DAN PERANAN RAJA DAN PEMBESAR DALAM NASKHAH HUKUM KANUN PAHANG

PERSEPSI PEKERJA TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA NOR AZLINA BINTI HJ WAHAP

Katakunci : kecederaan atlet silat

Faculty of Electrical & Electronic Engineering University Malaysia Pahang

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong This page is deliberately left blank

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

NAJMAH NAWAWI MOHD NUSI ABD. RAHMAN NOOR SHAFEEZA ZAINUDDIN NUR SYAZWANI ZAINUL ABIDIN

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan

Pelan Pengurusan Perubahan Fasa III Self Reliance dan Tahap Kematangan Self Reliance

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) Dengan Kepujian Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JANUARI, 2018

ii PENGAKUAN Saya akui laporan projek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya. Pelajar :.. MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR Tarikh :. Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) dengan Kepujian. Tandatangan : Penyelia : PROF. MADYA DR GOH KAI CHEN Tarikh :...

iii DEDIKASI Teristimewa buat... Yang dihormati dan dikasihi, PROF. MADYA DR GOH KAI CHEN Yang tidak pernah jemu dalam memberi bimbingan, Juga tunjuk ajar dan nasihat serta sokongan, Supaya sentiasa berusaha untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Insan tersayang, Ibu yang tercinta, Puan Zalekha, Terima kasih di atas iringan doa, dorongan dan sokongan yang diberikan, Sentiasa memberi kata-kata semangat supaya tidak berputus asa, Supaya menuntut ilmu yang sangat berguna pada diriku. Seluruh keluarga tercinta, Terima kasih atas sokongan dan nasihat yang diberikan. Yang sentiasa diingati, Sahabat-sahabat seperjuangan. Kepada semua yang memberi sokongan, Terima kasih atas segalanya. Doaku sentiasa bersama kalian

iv PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Iiahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-nya dapat saya menyempurnakan satu kajian projek yang diperlukan sebagai syarat lulus dalam pengajian yang berliku ini dengan kadar yang termampu. Saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dan bimbingan yang berguna kepada saya sepanjang melaksanakan kajian projek ini khususnya kepada penyelia, Prof. Madya Dr Goh Kai Chen. Tidak lupa juga kepada para pensyarah yang turut terlibat dalam membantu dan menyumbangkan idea serta tunjuk ajar semasa kajian dijalankan bagi memantapkan lagi hasil kajian dan cara penulisannya. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua responden yang terlibat secara langsung dalam memberikan kerjasama kepada saya menjalankan sesi temubual bagi mendapatkan data untuk menyiapkan projek sarjana muda. Buat bonda yang tercinta, Puan Zalekha, terima kasih di atas pengorbanan terhadap wang ringgit dan dorongan semangat yang tidak pernah putus asa semasa menyempurnakan kajian saya. Seterusnya, tidak lupa kepada insan istimewa yang banyak menolong saya dalam penulisan thesis ini Nur Syazwani dan juga kepada rakan-rakan seperjuangan Shahrizal, Muqri, Zuhaili dan Ibrahim yang sama-sama menjalankan projek sarjana muda yang memberi sokongan, dorongan dan tunjuk ajar sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada saya. Kalian adalah sahabat terbaik yang pernah ada di samping saya sewaktu memerlukan peneman suka dan duka. Semoga kita semua akan memperolehi kejayaan yang diimpikan pada masa hadapan.

v ABSTRAK Risiko merujuk kepada kejadiannya yang tidak dapat dipastikan dan kebiasaannya membawa kesan negatif seperti kemusnahan atau kerugian. Oleh itu, risiko perlu diuruskan dengan baik dan berkesan. Teknologi dron masih baru dalam industri pembinaan dan masih belum digunakan secara sepenuhnya untuk mengawal risiko di tapak bina. Kajian ini membantu bagi memberi pendedahan terhadap kelebihan teknologi dron dalam mengurangkan risiko di tapak bina. Kajian ini mempunyai dua objektif utama iaitu mengenal pasti cabaran untuk menggunakan teknologi dron dalam sektor pembinaan dan mengkaji langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi dron dalam industri pembinaan. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dengan pihak kontraktor pembinaan berkelas G7 yang berdaftar dengan pihak CIDB serta pakar dron yang menggunakan teknologi ini dalam pembinaan di sekitar Johor Bahru, Johor. Melalui dapatan kajian ini, didapati bahawa cabaran yang terbesar dalam menggunakan teknologi dron untuk mengurangkan risiko dalam pembinaan adalah kurangnya pengetahuan terhadap dron. Selain itu, langkah yang paling sesuai bagi meningkatkan penggunaan teknologi dron dalam pembinaan adalah dengan tingkatkan pengiklanan terhadap kegunaan dron di tapak bina. Diharapkan agar kajian ini dapat membantu bagi mengurangkan risiko dan meningkatkan penggunaan dron di tapak bina.

vi ABSTRACT Risk refers to an uncertain event and usually leads to negative effects such as destruction or loss. Therefore, risks need to be managed well and effectively. Drone technology is still new in construction industry and has not been fully utilized to control the risks at the site. This study helps to provide exposure to the advantages of drone technology in reducing the risks at the site. This study has two main objectives: identifying the challenges of using the drone technology in the construction sector and studying the measures to increase the use of drone technology in the construction industry. This study uses interview methods with G7- class construction contractors registered with CIDB and drone experts using this technology in construction around Johor Bahru, Johor. From the findings, it is found that the biggest challenge in using drone technology in reducing the risk during construction is the lack of knowledge on drones. Additionally, the most appropriate step to improve the use of drone technology in construction is to improve advertising about the use of drones at the construction site. It is hoped that this study will help to reduce the risk and increase drone usage at the site.

vii SENARAI KANDUNGAN TAJUK PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xv xvi xvii xviii BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 2 1.3 Penyataan Masalah 3 1.4 Persoalan Kajian 5 1.5 Objektif Kajian 5 1.6 Skop Kajian 6

viii 1.7 Metodologi Kajian 1.8 Kepentingan Kajian 1.9 Susunan Bab 1.10 Kesimpulan 6 7 7 9 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 2.2 Definisi Risiko 2.2.1 Kategori Risiko 2.2.1.1 Klasifikasi Risiko 2.2.2 Punca Berlakunya Risiko 2.2.3 Tahap Risiko 2.2.4 Cara untuk Mengurangkan Risiko 2.3 Definisi Pengurusan Risiko 2.3.1 Objektif Pengurusan Risiko 2.3.2 Kaedah Pengurusan Risiko 2.3.3 Proses Pengurusan Risiko 2.4 Teknologi Dalam Pembinaan 2.4.1 Sejarah Teknologi Pembinaan 2.4.2 Kepentingan Teknologi Pembinaan 2.5 Teknologi Dron 2.5.1 Sejarah Dron 2.5.2 Fungsi dan Kegunaan Dron 10 11 12 13 15 17 18 19 20 20 21 22 23 25 26 28 29

ix 2.5.3 Fungsi dron dalam sektor pembinaan 2.5.4 Cabaran Melaksanakan Teknologi Dron 2.5.5 Langkah-langkah untuk Meningkatkan Penggunaan Teknologi Dron Dalam Sektor Pembinaan 2.5.6 Kos Menggunakan Dron dalam Industri Pembinaan 2.6 Dron Dalam Mengurangkan Risiko 2.6.1 Cara Dron Mengurangkan Risiko 2.6.2 Pihak yang Terlibat dalam Mengaplikasikan Dron 2.6.3 Jenis Risiko Yang Dapat Dikurangkan Menggunakan Teknologi Dron 2.6.4 Cara Dron Dikendalikan 2.6.5 Pelaksanaan Dron di Luar Negara 2.7 Kesimpulan 30 37 42 45 46 46 48 48 49 50 51

x BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Kerangka Kajian 3.2.1 Pemilihan Tajuk dan Mengenal pasti Masalah 3.2.2 Menentukan Objektif Kajian 3.3 Metodologi Kajian 3.3.1 Kaedah Kualitatif 3.4 Reka Bentuk Kajian 3.5 Pengumpulan Data 3.5.1 Data Primer 3.5.2 Data Sekunder 3.6 Instrumen Kajian 3.6.1 Temubual 3.7 Analisis Kajian 3.8 Kesimpulan 53 54 55 56 56 56 57 58 58 59 59 59 60 61

xi BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 4.2 Pengumpulan Data 4.3 Maklumat Latar Belakang Responden 4.4 Cabaran Untuk Menggunakan Teknologi Dron Dalam Sektor Pembinaan 4.4.1 Kurangnya Pengetahuan Terhadap Teknologi Dron 4.4.2 Kontraktor Masih Belum Bersedia Untuk Menerima Teknologi Dron Dalam Pembinaan 4.4.3 Masalah Kos Dalam Menggunakan Teknologi Dron 4.4.4 Masalah Kurangnya Kepakaran Dalam Teknologi Dron 4.4.5 Kurangnya Keyakinan Kontraktor Terhadap Penggunaan Teknologi Dron bagi Mengurangkan Risiko di Tapak Pembinaan 4.4.6 Penguatkuasaan Undang-undang dalam Penggunaan Dron 4.5 Langkah-Langkah Untuk Meningkatkan Penggunaan Teknologi Dron Dalam Sektor Pembinaan 4.5.1 Tingkatkan Kursus Pengendalian Dron 4.5.2 Meningkatkan Pengiklanan Teknologi Dron Dalam Pembinaan 4.5.3 Mewujudkan Kursus Dron Dalam Silibus Pembelajaran Di Universiti 4.4.4 Pemberian Subsidi atau Insentif Dalam Menggunakan 62 63 63 65 65 67 68 70 71 73 76 76 77 79 80

xii Teknologi Dron Dalam Pembinaan 4.5.5 Menguatkuasakan Undang-Undang Dalam Menggunakan Teknologi Dron Dalam Pembinaan. 82 BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Rumusan Dapatan Kajian 5.3 Objektif 1: Cabaran Untuk Menggunakan Teknologi Dron Dalam Sektor Pembinaan 5.4 Objektif 2: Langkah-Langkah Untuk Meningkatkan Penggunaan Teknologi Dron Dalam Sektor Pembinaan 5.5 Cadangan 5.6 Limitasi Kajian 5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 5.8 Penutup RUJUKAN LAMPIRAN 85 86 86 82 92 93 94 95 96 103 VITA

xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 3.1 Statistik Kemalangan Pekerjaan Mengikut Sektor Sehingga Disember 2015 Proses pengurusan risiko Jenis-jenis dron Dron yang digunakan dalam sektor pembinaan Alat untuk mengendalikan dron Penggunaan tablet sebagai skrin paparan Kerangka Kajian 4 22 27 31 49 50 54

xiv SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 2.1 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 Kategori Risiko Latar Belakang Responden Kenyataan responden terhadap jenisjenis risiko yang mampu dikurangkan dengan menggunakan dron. Ringkasan dapatan kajian dalam cabaran untuk menggunakan teknologi dron dalam sektor pembinaan Kaedah pengiklanan bagi meningkatkan penggunaan teknologi dron di tapak bina Ringkasan dapatan kajian berkaitan langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi dron dalam sektor pembinaan 12 64 72 75 79 84

xv SENARAI SINGKATAN CIDB UAS UAV GPS GCS DCA GNSS DOSH - Construction Industry Development Board - Unmanned Aircraft Systems - Unmanned Aerial Vehicle - Global Positioning System - Ground Control Station - Department of Civil Aviation - Global Navigation Satellite System - Department of Occupational Safety & Health

xvi SENARAI LAMPIRAN A Soalan Temubual 104

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu industri yang mempunyai kadar peratusan bahaya yang tinggi. Antara aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada kadar ini ialah melalui aktiviti pembinaan, pengubahsuaian dan pembaikan. Sebagai contohnya dalam aspek pembinaan kediaman, jambatan, jalan raya, penggalian dan perobohan. Khususnya, pekerja binaan yang melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang boleh mendedahkan mereka kepada bahaya, seperti jatuh daripada kawasan tinggi di tapak bina, masalah kegagalan jentera untuk berfungsi dengan baik, dan juga terdedah kepada runtuhan bangunan. Selain daripada itu, faktor semula jadi seperti gempa bumi, hujan lebat dan panahan petir juga merupakan salah satu faktor yang mendedahkan pekerja binaan kepada bahaya. Keadaan ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti kecacatan kekal atau kecacatan sementara, bahkan boleh mengakibatkan kematian pekerja di tapak projek. Oleh itu, pengurusan risiko perlu dilakukan dengan betul bagi mengelak kemalangan dalam sektor pembinaan. Kegagalan dalam pengurusan risiko akan menyebabkan projek pembinaan tersebut gagal (Kadir, 2006). Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindung daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini (Sallehuddin, 2013). Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Pesawat Udara Tanpa Pemandu Unmanned Aerial Vehicle (UAV) atau dikenali sebagai dron. Dron merupakan sejenis pesawat udara yang tidak memerlukan juruterbang untuk

2 mengendalikannya. Secara umumnya, ia dibangunkan sebagai permainan dengan alat kawalan tetapi kini keupayaannya dipertingkat sehingga berkemampuan umtuk melakukan pelbagai perkara atas arahan pengendalinya. Pada masa kini, kebanyakan UAV telah digunakan dalam pelbagai jenis sektor iaitu dalam sektor keselamatan, sektor perfileman, sektor perkhidmatan pos dan juga dalam sektor pembinaan. Teknologi dalam membangunkan dron sentiasa berkembang sepanjang masa dan terpulanglah kepada kaedah atau tujuan ia diterbangkan sama ada untuk mencapai hasil positif atau negatif masih lagi merupakan sesuatu yang subjektif. 1.2 Latar Belakang Kajian Industri pembinaan adalah salah satu industri yang paling berbahaya dan berisiko tertinggi bagi kecederaan maut dan bukan maut, dan ia merupakan salah satu bidang pekerjaan yang paling berbahaya di seluruh dunia (Zulkifli, 2012). Oleh disebabkan itu, pemantauan yang ketat perlu dilaksanakan supaya kadar kemalangan dan kadar kematian dapat dikurangkan dalam tapak bina. Pelbagai cara untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin seperti memberi latihan kepada pekerja, memberitahu pekerja apa itu hazard dan di mana hazard berada, melatih penggunaan PPE dan cara menyelenggara. Dengan erti kata lain yang di maksudkan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja adalah penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan langkah berjaga-jaga yang berpatutan untuk mencegah orang yang bekerja daripada tercedera atau mendapat kesan kesihatan akibat aktiviti kerja yang dijalankan (JKKP, 2016). Teknologi adalah sebuah pengetahuan yang dipraktikan untuk menciptakan alat, tindakan pengolahan dan ekstraksi benda. Istilah "teknologi" telah dikenal secara luas dan setiap orang memiliki cara mereka sendiri memahami pengertian teknologi. Teknologi digunakan untuk menyelesaikan berbagai permasalahan dalam kehidupan kita seharian, Selain itu, teknologi digunakan untuk memperluas potensi, dan memudahkan kerja yang ingin dilakukan.

3 Akhir-akhir ini, penggunaan dron semakin popular dan meluas. Banyak orang yang mula menggunakan alat ini untuk pelbagai keperluan. Pada awalnya dron merupakan ciri-ciri yang hanya digunakan oleh pihak tentera mahupun kerajaan. Berbeza dengan pesawat terbang yang juruterbangnya berada di dalam kabin, juruterbang dron ini tetap berada di daratan dan hanya mengendalikan dron melalui alat kawalan jauh. Hal inilah yang menyebabkan pesawat dron ini sering digunakan oleh pihak tentera terutama untuk misi-misi yang mempunyai risiko besar bagi pesawat yang dikendalikan oleh juruterbang. Namun sudah banyak sektor lain mula menggunakan teknologi ini untuk memudahkan kerja dijalankan seperti sektor perfileman, sektor perkhidmatan pos dan juga dalam sektor pembinaan. Pada kebiasaannya dalam sektor pembinaan dron digunakan dalam aktiviti mengenal pasti risiko di tapak bina. Oleh itu, dengan bantuan teknologi ini diharapakan agar dapat membantu untuk mengurangkan risiko kemalangan dan risiko kehilangan peralatan pembinaan di tapak bina. 1.3 Penyataan Masalah Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (IKKPN), Datuk Lee Lam Thye, meningkatkan majikan bahawa dengan penguatkuasaan Akta 514 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat bererti kerajaan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku kecuaian (Nawi, 2006). Namun begitu, dapat dilihat masih kurangnya penggunaan teknologi baru yang digunakan dalam tapak bina yang mampu untuk mengelak kemalangan daripada berlaku. Kurangnya pendedahan kepada teknologiteknologi yang baru dan mampu untuk mengurangkan kemalangan menjadi penyebab mengapa Malaysia masih lagi mempunyai kadar kemalangan yang tinggi di tapak bina. Terdapat banyak teknologi baru dipasaran yang mampu untuk mengurangkan kadar kemalangan di tapak bina namun Malaysia masih menggunakan jentera-jentera dan peralatan yang lama untuk menjalankan aktiviti pembinaan di tapak projek (Bernama, 2016). Selain itu, terdapat juga banyak teknologi baru yang telah

4 dikenalkan dalam mengurangkan kemalangan seperti aplikasi atau perisian untuk mengendalikan sebarang kemalangan yang berlaku serta merekodkan segala tugasan yang dijlankan oleh penyelia keselamatan (safety supervisor), pengunaan peranti pintar untuk menyebarkan makluman dengan pantas, penggunaan dron untuk membuat pemeriksaan hazard di tapak bina sebelum memasuki tapak bina, dan kawalan jauh dalam peralatan pembinaan. Rajah 1.1: Statistik Kemalangan Pekerjaan Mengikut Sektor Sehingga Disember 2015 Berdasarkan rajah 1.1 diperoleh daripada laman sesawang Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), di mana dalam rajah ini menunjukkan sektor pembinaan mencatat sebanyak 88 kes kematian di tapak projek. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kemalangan maut di tapak bina bukan sesuatu perkara yang boleh di ambil mudah. Hal ini menjadikan jumlah kematian dalam sektor pembinaan adalah yang paling tinggi berbanding sektor- sektor lain. Selain itu, dalam sektor pengilangan iaitu sektor kedua tertinggi selepas sektor pembinaan mencatatkan sebanyak 46 kes kematian. Angka tersebut hampir separuh daripada jumlah kematian dalam sektor pembinaan. Jurang perbezaan antara keduadua sektor ini adalah dalam keadaan yang amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian supaya jumlah kemalangan yang direkodkan dapat di kurangkan. Oleh itu,

5 perlunya penukaran teknologi bagi memastikan keselamatan pekerja di tapak bina lebih terjamin. Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, setiap syarikat pembinaan perlu mengkaji semula keseluruhan pendekatan mereka terhadap aspek keselamatan serta memastikan kawal selia pekerja yang lebih berkesan. (Utusan Malaysia, 2015). Sebagai contohnya, sebuah kemalangan di tapak bina yang berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2016 di mana terjadinya runtuhan jambatan yang meghubungkan kedua-dua bangunan tersebut. Kemalangan tersebut telah mengorbankan beberapa orang pekerja pembinaan. Jika teknologi dron ini dapat di aplikasikan dalam sektor pembinaan kemungkinan keretakan jambatan tersebut dapat dikenalpasti dengan lebih awal sekali gus mengelak sebarang kecelakaan berlaku. Oleh itu, teknologi dron ini perlu diberikan lebih perhatian untuk digunakan dalam sektor pembinaan bagi megurangkan kemalangan di tapak bina(bernama, 2016). 1.4 Persoalan Kajian Berdasarkan penyataan masalah yang bincangkan, terdapat persoalan yang timbul mengenai penggunaan teknologi jentera yang baru dalam menjaga keselamatan pekerja di tapak bina. Antara persoalan yang timbul adalah : I. Apakah cabaran untuk menggunakan teknologi dron dalam sektor pembinaan? II. Apakah langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi dron dalam industri pembinaan? 1.5 Objektif Kajian Objektif kajian menerangkan tentang apakah tujuan kajian ini dijalankan. Antara objektif kajian ini adalah: I. Mengenalpasti cabaran untuk menggunakan teknologi dron dalam sektor pembinaan.

6 II. Mengkaji langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi dron dalam industri pembinaan. 1.6 Skop Kajian Skop kajian lebih tertumpu pada kontraktor dan pakar dron yang mana mereka adalah pihak penting dalam industri pembinaan negara. Kontraktor adalah orang atau pihak yang diberikan kuasa dalam kerja-kerja pembinaan manakala pakar dron ialah pihak yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam menggunakkan teknologi dron dalam sektor pembinaan. Mereka ini merupakan individu yang sangat penting dalam menjalankan sebarang aktiviti pembinaan. Oleh itu, sebarang informasi mengenai dorn dapat diperolehi dengan lebih tepat. Kajian dilakukan dalam sektor pembinaan di negeri Johor. Dalam usaha membawa Malaysia ke arah negara yang lebih maju dan menjadikan kedudukan ekonomi negara dari sebuah negara yang berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi, bidang teknologi perlu diberi perhatian yang lebih serius bagi merialisasikan misi ini (Sallehuddin,2013). Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji sejauh mana penggunaan teknologi dron dapat membantu bagi mengurangkan sebarang risiko di tapak bina. Kajian ini dijalankan di kawasan Johor Baharu di negeri Johor. Kawasan ini telah dipilih disebabkan terdapat banyak projek pembinaan yang berskala besar. Kontraktor dan pihak dari pakar dron akan di temubual bagi mendapatkan pendapat mereka tentang teknologi dron. Kajian ini turut akan mengenal pasti cabaran serta langkah-langkah untuk meningkatkan teknologi dron ini dalam sektor pembinaan. 1.7 Metodologi Kajian Metodologi kajian merupakan elemen penting yang perlu dilakukan bagi memudahkan pengkaji untuk mendapatkan maklumat dalam kajian yang ingin dilaksanakan. Penyelidikan bermaksud mencari maklumat lanjut mengenai sesuatu, menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian secara menyeluruh atau mendalam.

7 Dalam proses pelaksanaan kajian ini, beberapa elemen utama perlu dikenalpasti dan difahami terlebih dahulu bagi memudahkan pengumpulan maklumat dijalankan. Oleh itu, kaedah data sekunder dan primer telah digunakan bagi melengkapkan kajian ini. Kaedah data primer iaitu temubual akan digunakan di dalam kajian ini kerana kajian ini memerlukan pandangan, pengalaman dan pengetahuan pihak kontraktor, pegawai keselamatan dan pakar dron. Ini juga membantu dalam memenuhi objektif kajian iaitu untuk mengetahui potensi teknologi dron dalam sektor pembinaan. Selain itu, kajian ini turut menggunakan kaedah sekunder iaitu merujuk kepada buku, jurnal, majalah dan keratan akhbar untuk mendapatkan data-data yang berkait dengan kajian ini. 1.8 Kepentingan Kajian Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasi tahap keberkesanan teknologi sedia ada dan bagi mengkaji potensi keberkesanan teknologi baru yang ada di pasaran. Oleh disebabkan masih banyak teknologi keselamatan yang agak lama masih dipraktikkan dan tahap kematian dan kemalangan di tapak bina tidak menunjukkan kekurangan dari tahun-tahun sebelumnya maka langkah bagi mengurangkan kemlangan dan kematian perlu dipertingkatkan. Oleh itu, dengan pengunaan teknologi yang baru ini dalam aspek keselamatan menjadi satu jawapan untuk mengurangkan kes kemalangan dan kematian di tapak bina. Sudah banyak negara maju menggunakan teknologi ini untuk mengurangkan kemalangan di tapak bina. 1.9 Susunan Bab Dalam proses menjalankan kajian ini, susunan bab telah dibentuk supaya pelaksanaan kajian ini dapat dijalankan dengan lancar. Dengan adanya susunan bab, perancangan untuk melaksanakan kajian ini dapat dibentuk dengan jelas. Susunan bab ini juga akan menerangkan serba sedikit tentang maklumat yang terkandung di dalam Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, dan Bab 5 bagi kajian ini.

8 Bab 1 : Pengenalan Merangkumi pengenalan kepada kajian yang akan dijalankan iaitu tajuk kajian diperjelaskan melalui latar belakang kajian. Isu-isu yang terlibat dalam kajian ini diterbitkan dalam pemasalahan kajian. Objektif kajian dibentuk berdasarkan persoalan kajian yang dipetik menerusi pemasalahan kajian. Kepentingan kajian pula dilaksanakan dengan mengambil kira kebaikan yang dapat disumbangkan kepada pihak tertentu sekiranya kajian ini mencapai objektifnya. Skop dan metodologi bagi kajian ini pula akan dilaksanakan mengikut kesesuaian kajian yang telah ditetapkan. Bab 2 : Kajian Literatur Kajian ini akan diperkukuhkan lagi dengan penghasilan kajian literatur terhadap kajian ini melalui sumber yang telah dirujuk dalam mengukuhkan pengenalan dan pemahaman tajuk. Maklumat diterbitkan dengan mengikut kata kunci yang dikenal pasti dan disusun mengikut susunan supaya lebih mudah difahami. Maklumat yang diterbitkan juga memfokuskan kepada pembangunan teori kajian. Kajian literatur juga merangkumi penerangan keseluruhan tentang objektif kajian yang telah ditetapkan. Bab 3 : Metodologi Kajian Pengumpulan data kajian ini dilaksanakan dengan mengumpul data primer dan sekunder. Pengumpulan data dilakukan megikut kaedah kualitatif iaitu menerusi cara temubual bersama responden. Sumber rujukan melalui kajian literatur dari bab 2 akan dijadikan panduan bagi mengembangkan lagi maklumat teori kajian ini.

9 Bab 4 : Dapatan Kajian Dan Perbincangan Analisis data serta perbincangan akan dilakukan berpandukan daripada hasil maklumat yang diperoleh dengan mengambil kira objektif kajian. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kandungan. Bab 5 : Kesimpulan Dan Cadangan Hasil analisis data dan perbincangan akan dijadikan panduan kepada pembentukan kesimpulan serta cadangan. Kesimpulan dan cadangan akan diterangkan mengikut objektif kajian yang telah dicapai dan bagi membolehkan cadangan untuk kajian akan datang dapat diterangkan. 1.10 Kesimpulan Sejak isu mengenai keselamatan meningkat dalam industri pembinaan, banyak kajian berkaitan keselamatan telah dijalankan bagi kerja-kerja bangunan. Kejadian kemalangan seperti yang sering berlaku di sektor pembinaan telah mengakibatkan kehilangan begitu ramai tenaga kerja dan kerugian harta benda berjuta-juta ringgit pada setiap tahun di negara ini. Kejadian kemalangan di dalam industri pembinaan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program program kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin meningkat hari ini. Khusus untuk projek pembinaan, dron boleh digunakan sebagai alat untuk proses pemeriksaan visual seperti pemetaan kawasan, kemajuan kerja, pemeriksaan membina struktur dan mencari dan menilai risiko (Zainudin,2015). Oleh itu, potensi teknologi baru dalam mengurangkan kemalangan perlu diberikan perhatian untuk menjamin keselamatan pekerja dan orang awan di kawasan tapak bina.