KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

Similar documents
1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

IMPAK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) KEPADA NILAI HARTA TANAH KEDIAMAN DI SETAPAK, KUALA LUMPUR SITIAYU ZUBAIDAH BINTI YUSUF

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PEMBIAYAAN MENGIKUT JENIS PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

..., C t;~:~xj ')' KESANPEMBANGUNANPERUMAHANTERHADAP KUALITI HID UP PENDUDUK BANDAR LINDA ANAK ABRAHAM PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN,

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

PERLAKUAN PEMAJU SWASTA AP ABILA BERHADAPAN DENGAN DASAR PERUMAHAN KOS RENDAH DI MALAYSIA. oleh NOR 'AINI BINTI YUSOF

KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN BAGI GENERASI Y FARAH HANAN BINTI MD ANUAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM


KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEPUASAN PENGHUNI TERHADAP PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI OLEH KONTRAKTOR PENYELAMAT KAJIAN KES : TAMAN PERINDUSTRIAN HIJAU, RAWANG

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

NAJMAH NAWAWI MOHD NUSI ABD. RAHMAN NOOR SHAFEEZA ZAINUDDIN NUR SYAZWANI ZAINUL ABIDIN

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN PENYEWAAN PERUMAHAN SITI NOOR FARAHANIS BINTI FADZIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Impak Sosioekonomi dan Politik Program Perumahan Rakyat Lembah Subang, Selangor

FAKTOR-FAKTOR KRITIKAL BAGI PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI FADZILAH BINTI IBRAHIM

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHO HARUN NARRASHID [ KOT A TINGGI ]

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong This page is deliberately left blank

Kos Perbelanjaan Perumahan dalam Kalangan Penduduk Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Sederhana di Pulau Pinang

GP001-A. DRAF KEDUA (17 Jun 2011) Perumahan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

Bachelor of Engineering with Honours (Civil Engineering)

oleh Pemohon (Pelukis Pelan Berdaftar/ Arkitek/ Jurutera Profesional

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

Pelan Pengurusan Perubahan Fasa III Self Reliance dan Tahap Kematangan Self Reliance

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

Faculty of Engineering

TAKLIMAT ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN: SUB-KOMPONEN JARINGAN KOMUNITI

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

Walkability in Campus, Case study of University Technology Malaysia SAMAN JAVAN FARD

counselling2u.uitm.edu.my

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

POLITIK BIROKRASI SEMASA PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) TERHADAP PROJEK PEMAJUAN PERUMAHAN KERAJAAN

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

Pengetahuan dan Skil Pekerja Sosial Kesihatan Mental di Malaysia

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

LJ"N1Y ERSITl MALAYSIA S.AJ3.AH

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

PERSPEKTIF DAN SUMBER MAKLUMAT ISU PERUMAHAN DALAM KALANGAN PENGGUNA SABAH

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

Kesejahteraan Komuniti Dalam Skop Perumahan Mampu Milik Mampan

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

Katakunci : kecederaan atlet silat

EAL335 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

Penilaian awal impak perlaksanaan Dasar Perumahan Negara terhadap sektor perumahan di Kuala Lumpur

Penemuan Awal Berkaitan Pemuliharaan Bandar dalam Pembentukan Imej Bandar di Tanjong Malim, Perak

Transcription:

v ABSTRAK Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar Dan Berpengawal (GACOS) di Malaysia telah memperkenalkan melalui pindaan Akta Hakmilik Strata 1985 pada 2007. Tujuannya adalah untuk membaikpulih dan mengatasi kelemahan sistem perumahan komuniti berpagar yang sedia ada. Konsep ini berbeza dengan konsep perumahan biasa dan konsep perumahan komuniti berpagar sebelum ini kerana konsep ini merupakan pembangunan perumahan skim strata yang merujuk kepada pemilikan keatas petak tanah land parcel. Konsep GACOS tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 dengan status pegangan hakmilik adalah hakmilik strata. Kebanyakan pembeli memilih konsep GACOS kerana faktor keselamatan yang ditawarkan dalam konsepnya. Pembangunan GACOS juga telah menyebabkan timbulnya minat penghuni untuk menjadikan perumahan sedia ada mereka sebagai Kejiranan Berpengawal Guarded Neighbourhood dengan meletakkan pengawal keselamatan dilaluan keluar masuk perumahan. Namun begitu, penghuni sendiri tidak faham akan konsep perumahan yang didiami, hak dan tanggungjawab dalam komuniti serta implikasi daripada konsep perumahan yang didiami mereka, apatah lagi orang awam. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kriteria-kriteria perancangan semasa yang digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam memantau pelaksanaan perumahan GACOS di Semenanjung Malaysia, mengenalpasti perbezaan yang wujud bagi pembangunan perumahan GACOS dengan kawasan kejiranan sedia ada untuk membentuk Guarded Neighbourhood (GN) iaitu Kejiranan Berpengawal dan Komuniti Berpagar dan Berpengawal dan mengenalpasti kefahaman dan pandangan penghuni serta orang awam terhadap konsep GACOS. Maklumat kajian diperoleh melalui sumber-sumber primer dan sekunder. Data primer diperoleh melalui kajian soal selidik yang melibatkan responden penghuni dan orang awam. Kajian ini mendapati bahawa penghuni dan orang awam mempunyai kefahaman yang sama mengenai konsep perumahan GACOS tetapi mereka tidak faham akan hak dan tanggungjawab serta implikasi dari pembangunan perumahan yang mereka diami serta perumahan GACOS.

vi ABSTRACT The development of Gated and Guarded Community Schemes (GACOS) in Malaysia had been introduced by the amendment of the Strata Title Act in 2007. The purpose is to repair and overcome the weaknesses in a gated community concept that is currently used. This concept is different compared to the current residential concept and also to the current concept that has been used for the gated community, since this new concept is a development of strata housing schemes which referring to ownership toward land parcel. The GACOS concept is apply under Strata Titles Act 1985 with the titles ownership is strata titles. Majority of the buyers choose GACOS concept because of the security factor offered. The development of GACOS also attacts the occupiers to make their existing residential as Guarded Neighbourhood with the placement of guard house at the main entrance of the residential where the traffic flow can be monitored. However, the occupiers did not fully understand with the concept, rights and responsibilities in the community and also the implication arise from the concept of the residential they live in. The aim of this reseach is to identify the existing planning criterias used by the Local Authoriry in order to monitor the GACOS concept performance in peninsular Malaysia, to identify the differences that exist between GACOS concept development and the existing neighbourhood area to form Guarded Neighbourhood (GN) which is guarded neighbourhood and guarded and gated community and finally to identify the understanding and opinion of the occupiers and public toward GACOS concept. The research data obtained from both the primary and secondary sources. The primary data obtained through questionnaire involving the occupiers and the public. This research found that the occupiers and public both have the same understanding toward GACOS concept but on the other hand they are not really understand the rights and responsibilities and the implication arise from the development of their housing and also the GACOS concept.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI FOTO SENARAI KATA SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xiii xvi xviii xix xx 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Penyataan Isu Dan Masalah 5 1.3 Matlamat dan objektif kajian 6 1.4 Skop kajian 6 1.5 Kepentingan Kajian 8 1.6 Metodologi 9

viii 1.6.1 Peringkat Pertama : Kajian Awalan 9 1.6.2 Peringkat Kedua : Kajian Literatur 10 1.6.3 Peringkat Ketiga: Kajian Pengumpulan Data / Maklumat 10 1.6.4 Peringkat Keempat: Analisis Data dan Penemuan 11 1.6.5 Peringkat Kelima: Rumusan 11 1.7 Susunan Bab 13 2 SKIM STRATA DAN PERUMAHAN KOMUNITI BERPAGAR 2.1 Pengenalan 14 2.2 Definisi Komuniti 15 2.3 Definisi Pembangunan Perumahan 16 2.4 Pembangunan Perumahan Di Malaysia 17 2.5 Pembangunan Perumahan Skim Strata 18 2.5.1 Definisi Perumahan Skim Strata 19 2.5.2 Jenis-Jenis Skim Strata 20 2.5.3 Perundangan Pembangunan Perumahan Skim Strata 21 2.5.4 Pemilikan 22 2.6 Pembangunan Bercampur 23 2.6.1 Definisi Pembangunan Bercampur 24 2.7 Perumahan Komuniti Berpagar (Sebelum Pindaan 2007) 26 2.7.1 Definisi Komuniti Berpagar 26 2.8 Perumahan Komuniti Berpagar Di Malaysia 29 2.8.1 Konsep-Konsep Komuniti Berpagar 29 2.8.2 Ciri-Ciri Asas Pembangunan Komuniti Berpagar Di Malaysia 21 2.8.3 Pemilikan Dan Perundangan Bagi Komuniti Berpagar Di Malaysia 32

ix 2.9 Pengalaman Pembangunan Komuniti Berpagar Di Malaysia 34 2.10 Pembangunan Komuniti Berpagar Di Luar Negara 38 2.11 Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar Dan Berpengawal (GACOS) (Selepas Pindaan 2007) 43 2.12 Kesesuaian Pembangunan Komuniti Berpagar Dan Berpengawal Dengan Polisi Negara 44 2.12.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990) 44 2.12.2 Dasar Perbandaran Negara (DPN) 45 2.12.3 Dasar Sosial Negara (DSN) 50 2.12.4 Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9) (2006-2010) 52 2.12.5 Program Bandar Selamat oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD) 54 2.13 Kesimpulan 57 3 PEMBANGUNAN PERUMAHAN KOMUNITI BERPAGAR DAN BERPENGAWAL (GACOS) 3.1 Pengenalan 59 3.2 Definisi GACOS 60 3.3 Prinsip Perancangan Pembangunan GACOS 61 3.4 Perancangan Pembangunan GACOS Di Malaysia 62 3.5 Pembangunan Baru Gated and Guarded Community Scheme (GACOS) 63 3.5.1 Garis Panduan Umum 63 3.5.2 Garis Panduan Khusus dan Piawaian Perancangan Gated and Guarded Community Scheme (GACOS) 65 3.6 Perundangan Dan Status Pemilikan GACOS 84

x 3.7 Bentuk-Bentuk Konsep Komuniti Berpagar Dan Berpengawal Gated And Guarded Community Scheme (GACOS) 86 3.8 Hak Sebagai Pembeli/ Pemilik Rumah Dalam Perumahan GACOS 88 3.8.1 Pemilikan Ke Atas Unit/ Seksyen/ Petak 89 3.8.1.1 Hak-Hak Pemilik Petak 90 3.8.1.2 Tanggungjawab Pemilik Petak 90 3.8.1.3 Larangan Terhadap Pemilik Petak 91 3.8.1.4 Petak Aksesori 92 3.8.2 Pemilikan Bersama Ke Atas Harta Bersama Dalam Skim Strata 93 3.8.3 Ahli Kepada Perbadanan Pengurusan Management Corporation (MC) 94 3.8.3.1 Tugas Dan Tanggungjawab Perbadanan Pengurusan (MC) 95 3.8.3.2 Kuasa-Kuasa Perbadanan Pengurusan Managemet Corporation (MC) 97 3.9 Hakmilik Eksklusif Dalam Pemilikan GACOS 98 3.10 Permohonan Untuk Membentuk Guarded Neighbourhood Scheme (GN) 99 3.10.1 Garis Panduan Khusus dan Piawaian Perancangan Guarded Neighbourhood Scheme (GN) 100 3.10.2 Permohonan Kejiranan Sedia Ada Untuk Membentuk Kejiranan Berpengawal/ Guarded Community/ Guarded Neighbourhood (GN) 101 3.10.3 Permohonan Kejiranan Sedia Ada Untuk Membentuk Kejiranan Berpengawal dan Berpagar/ Gated and Guarded Community 102 3.10.4 Perundangan Dan Status Hakmilik Bagi Guarded Neighbourhood (GN) 104

xi 3.10.5 Hak Dan Tanggungjawab Pemilik Rumah Guarded Neighbourhood (GN) 105 3.10.6 Pengurusan Penyenggaraan Bagi Guarded Neighbourhood (GN) 106 3.11 Kesimpulan 107 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 109 4.2 Metodologi Kajian 110 4.2.1 Kaedah Pemerhatian 110 4.2.2 Kaedah Temubual 111 4.2.3 Kaedah Sekunder 111 4.2.4 Kaedah Soal Selidik 112 4.3 Kaedah Penganalisaan Data 114 4.3.1 Kaedah Analisis Kekerapan (Frequency Analysis) 115 4.3.2 Kaedah Skala Likert 115 4.4 Analisis Kajian 116 4.4.1 Pemerhatian Terhadap Pembangunan Terawal Bagi konsep Perumahan Komuniti Berpagar Di Malaysia Dan Di Luar Negara 117 4.4.2 Pemerhatian Terhadap Kesesuaian Pembangunan Komuniti Berpagar Dan Berpengawal (GACOS) Dengan Polisi Negara 119 4.4.3 Borang Soal Selidik Untuk Penghuni Perumahan 121 4.4.3.1 Bahagian A : Profil Responden 122 4.4.3.2 Bahagian B : Kediaman Dan Pegangan 123 4.4.3.3 Bahagian C : Kefahaman Penghuni Terhadap Konsep Perumahan Didiami 125

xii 4.4.3.4 Bahagian D : Pandangan Dan Persepsi Penghuni Terhadap Konsep Perumahan Yang Didiami 131 4.4.4 Borang Soal Selidik Untuk Orang Awam 140 4.4.4.1 Bahagian A :Profil Responden 141 4.4.4.2 Bahagian B: Kefahaman Dan Pandangan Orang Awam Terhadap Konsep Perumahan Komuniti Berpagar Dan Berpengawal (GACOS) Di Malaysia 142 4.5 Rumusan 149 4.6 Kesimpulan 154 5 CADANGAN DAN KESIMPULAN KAJIAN 5.1 Pengenalan 156 5.2 Masalah 157 5.3 Cadangan Bagi Penambahbaikan Konsep Perumahan Komuniti Berpagar dan Perumahan GN Sedia Ada 160 5.4 Penemuan kajian 162 5.5 Pencapaian Objektif 162 5.5.1 Pencapaian Objektif Pertama 163 5.5.2 Pencapaian Objektif Kedua 163 5.5.3 Pencapaian Objektif Ketiga 167 5.6 Masalah dan Limitasi Kajian 169 5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 170 5.8 Kesimpulan 170 RUJUKAN 172 LAMPIRAN 177

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perancangan pembangunan bagi sesebuah negara memainkan peranan penting dalam memastikan setiap rakyat mampu menikmati dan merasai pembangunan tersebut. Pembangunan hartanah perumahan juga tidak terkecuali dimana pelbagai konsep perumahan telah diperkenalkan dalam memenuhi keperluan dan kehendak setiap pembeli. Begitu juga dengan negara kita, terdapat pelbagai konsep perumahan yang diketengahkan dalam memastikan keselesaan rakyat terjamin disamping memberi kepuasan kepada semua pihak. Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung semasa merasmikan Sidang Kemuncak Perumahan dan Hartanah Kebangsaan yang ke-13 di Petaling Jaya, pembangunan perumahan di Malaysia aktif ekoran pertumbuhan rancak proses urbanisasi dan ia dijangka meningkat daripada 67 peratus tahun ini kepada 75 peratus menjelang 2020. Tambahnya lagi sektor hartanah telah menunjukkan prestasi baik berdasarkan kepada jualan positif oleh para pemaju hartanah dan permintaan yang meningkat untuk hartanah juga adalah seiring dengan bertambahnya populasi sementara harga hartanah di Malaysia masih lagi rendah berbanding rantau yang lain (Bernama, 2010).

2 Pembangunan perumahan di Malaysia sekarang lebih tertumpu kepada Konsep Komuniti Berpagar dan Berpengawal. Konsep ini menjadi satu trend dan ikutan bagi pemaju serta pemilik rumah ekoran permintaan yang tinggi dalam pasaran hartanah. Perumahan ini menjadi pilihan utama bagi penduduk bandar terutamanya bagi golongan yang berkemampuan dan berpendapatan tinggi. Pada awalnya, konsep pembangunan ini hanya melibatkan pembangunan kondominium mewah dan apartmen dalam dua atau tiga bangunan tinggi bagi satusatu projek, dengan kemudahan awamnya dikongsi bersama seperti rumah pengawal, kolam renang, rumah kelab, kemudahan sukan dan rekreasi dan sebagainya. Sekarang, konsep ini telah diperkembangkan ke pembangunan hartanah perumahan yang lain seperti perumahan teres, rumah berkembar dan rumah banglo dengan atau tanpa keperluan kemudahan dalam satu kawasan berpagar yang elit dan eksklusif. Konsep perumahan ini bermula dengan hanya berkonsepkan komuniti berpagar yang telah bermula di kota-kota berkubu (fortress), seterusnya bandar berpagar yang terawal seperti bandar pelabuhan di Sepanyol dan di Caribbean dan kemudian pada abad ke 19, kawasan perumahan berpagar dan mempunyai jalan-jalan persendirian seperti yang terdapat di St. Louis yang dibina pada 1870. Di Amerika Syarikat pula, konsep komuniti berpagar yang moden bermula di pada awal abad ke- 20(Low, 2003). Sehingga kini konsep ini telah berkembang hampir ke seluruh bandar-bandar di dunia. Pembangunan komuniti berpagar di Malaysia banyak tertumpu di kawasan membangun dan penggunaan tanah yang terhad seperti di Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Pulau Pinang dan yang terbaru di Bandar Kuching. Secara amnya pembangunan ini memberi fokus kepada keselamatan komuniti dan kawasan berkawalan ketat. Contoh komuniti berpagar di Malaysia adalah seperti di Bukit Gita Bayu, Sierramas dan Tropicana dengan pelbagai kemudahan seperti padang golf, rumah kelab, kolam renang, gimnasium, padang tenis dan kawasan rekreasi.

3 Komuniti berpagar yang disediakan terdiri daripada kombinasi kawalan keselamatan, privasi dan gaya hidup penduduk itu sendiri. Warga tempatan yang membeli atau menyewa hartanah sebegini tidak keberatan meninggalkan persekitaran terbuka yang sekian lama menjadi sebahagian kehidupan mereka telah beralih ke suatu tempat yang tertutup dan lebih terkawal di sebalik tembok tinggi dan pagar besar. Pakar psikologi menggelar amalan membina rumah kediaman di sebalik tembok besar dan di kelilingi pagar ini sebagai pembinaan kota (Blakely dan Snyder, 1997). Sebelum ini terdapat pelbagai garis panduan yang digunakan bagi meluluskan pembangunan GACOS bagi landed property. Bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan pula, garis panduan yang digunakan adalah berbeza-beza. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia pula telah mengeluarkan draf garis panduan dan piawaian perancangan komuniti berpagar dan berpengawal dan dibawa ke kabinet untuk mendapatkan kelulusan. Garis panduan ini kemudiannya telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 28 Julai 2010 dan Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 2 September 2010. Garis Panduan ini seterusnya akan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) di setiap negeri bagi tujuan penerimapakaian dan penguatkuasaan di peringkat negeri dan seluruh PBT. Garis panduan ini penting berikutan banyak skim perumahan kini yang melaksanakan konsep komuniti berpagar atau kejiranan berpengawal atas tujuan keselamatan, terutamanya dalam mencegah dan mengelak ancaman jenayah. Ianya juga perlu kerana sudah begitu banyak skim perumahan yang melaksanakan komuniti berpagar atau kejiranan berpengawal. Tanpa garis panduan yang berkesan dan menepati undang-undang kecil, pelaksanaannya akan menjadi keadaan yang tidak tersusun(berita Harian, 2010).

4 Pada 2007, pindaan akta telah dibuat bagi memperkemaskan pegangan hakmilik bagi perumahan komuniti berpagar di Malaysia. Hasil daripada pindaan ini, komuniti bepagar telah dikenali sebagai Gated and Guarded Scheme (GACOS). Pindaan ini melibatkan pindaan terhadap Akta Hakmilik Strata 1985 dimana bagi semua jenis pembangunan perumahan GACOS, ia akan termaktub didalam Akta Hamilik Strata 1985 dan pemilikannya pula adalah pemilikan hakmilik strata dan bukan lagi hakmilik individu. Pindaan ini adalah ekoran daripada terdapat banyak kekeliruan yang wujud apabila hakmilik individu dikeluarkan bagi perumahan komuniti berpagar. Hakmilik individu ini tertakluk dibawah Kanun Tanah Negara 1965 sedangkan perumahan komuniti berpagar adalah perumahan skim strata yang tertakluk dibawah Akta Hakmilik Strata 1985. Skim hakmilik strata pula melibatkan petak-petak individu dan harta bersama yang ditadbir secara self-governance oleh sistem perbadanan strata yang dikenali sebagai Perbadanan Pengurusan. Dalam pindaan 2007 ini, konsep hakmilik strata juga telah diperluaskan bagi kegunaan petak-petak tanah land parcels di atas tanah berimilik. Sementara itu, Akta Hakmilik Strata 1985 dan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 pula telah diselaraskan untuk membantu pelaksanaan konsep pembangunan GACOS. Tujuannya adalah untuk memperluaskan konteks jentera perundangan legal machinery pengeluaran hakmilk strata kepada hartanah bertanah landed property di samping menjadikan Akta Hakmilk Strata 1985 responsif kepada keperluan semasa pembangunan skim strata.

5 1.2 Penyataan Isu Dan Masalah Masyarakat Malaysia khususnya yang tinggal di bandar mula cenderung untuk menetap dalam komuniti yang berpagar dan berpengawal. Ianya ekoran daripada kadar jenayah yang tinggi di kawasan bandar serta penghuninya yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Perumahan sedia ada dengan laluan keluar masuk yang mudah telah dihalang laluannya oleh penduduk untuk menghalang orang luar memasuki kawasan perumahan mereka. Penduduk juga menggunakan khidmat pengawal keselamatan bagi tujuan mencegah jenayah. Dengan ini, penduduk menjadikan perumahan mereka sebagai perumahan Guarded Neighbourhood berdasarkan tujuan yang sama dengan konsep perumahan GACOS iaitu melalui aspek kawalan oleh pengawal keselamatan. Lantaran dari itu, kerajaan telah berusaha mengeluarkan garis panduan dan piawaian perancangan pembangunan komuniti berpagar dan berpengawal untuk mengawal situasi ini. Pembangunan perumahan baru GACOS dan perumahan sedia ada gated community dan guarded community adalah tiga situasi yang berbeza. Pada dasarnya ia mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mencegah jenayah tetapi ianya berbeza dari segi cara permohonan, perundangan yang terlibat, pegangan hakmilik, penggunaan kemudahan awam dan sebagainya. Keadaan perbezaan inilah yang sebenarnya menjadi cabaran kepada perancangan perumahan GACOS dalam mencapai matlamat ke arah pembentukan perumahan mampan. Antara persoalan yang timbul adalah seperti berikut :- i. Adakah penghuni dan orang awam faham akan konsep perumahan GACOS? ii. Apakah tanggungjawab dan hak penghuni dalam perumahan GACOS? iii. Apakah pula kriteria perancangan yang telah digunakan oleh PBT dalam memantau pelaksanaan pembangunan perumahan GACOS di Semenanjung Malaysia khususnya?

6 Kajian ini menilai perbezaan yang wujud dalam pembangunan GACOS dengan pembangunan sedia ada komuniti berpagar dan komuniti berpengawal dari segi perundangan yang terpakai, pegangan hakmilik, penggunaan keatas kemudahan awam dan sebagainya. Ianya penting bagi meningkatkan tahap kefahaman orang ramai dalam memahami serta menerima pembangunan GACOS sekaligus memberi pendedahan kepada pembeli dalam membantu mereka membuat keputusan untuk mendiami perumahan ini. 1.3 Matlamat Dan Objektif Kajian Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti kriteria-kriteria perancangan pembangunan GACOS yang selaras dengan Polisi Negara disamping meningkatkan tahap kefahaman penghuni dan orang awam mengenai pembangunan perumahan GACOS serta kelebihan dari konsep ini. Bagi mencapai matlamat ini, objektif kajian telah distrukturkan seperti berikut; 1. Mengenalpasti kriteria-kriteria perancangan semasa yang digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memantau pelaksanaan perumahan GACOS di Semenanjung Malaysia. 2. Mengenalpasti perbezaan yang wujud bagi pembangunan perumahan GACOS dengan kawasan kejiranan sedia ada untuk membentuk Guarded Neighbourhood (GN) iaitu Kejiranan Berpengawal dan Komuniti Berpagar dan Berpengawal. 3. Mengkaji kefahaman dan pandangan penghuni serta orang awam terhadap konsep GACOS.

7 1.4 Skop kajian Terdapat banyak kajian lepas mengenai GACOS telah dibuat. Kajian Komuniti berpagar sebelum ini menumpukan pada aspek perundangan. Antaranya seperti isu kekurangan peruntukan perundangan mengenai komuniti berpagar (Azlinor Suffian, 2005), kajian terhadap keperluan perundangan dalam perumahan komuniti berpagar (Stamford Zereth, 2006). Selain itu, kajian mengenai peruntukan perundangan pembangunan skim komuniti berpagar telah diperkenalkan dan digabungkan dalam pindaan terbaru Akta Hakmilik Strata 1985 pula disediakan oleh Azimuddin Bahari (2007) dan Saharudin Hj Musa, (2006) pula mengkaji isu-isu pembangunan komuniti berpagar dari segi perundangan. Kajian oleh Stamford dan Saharuddin telah menggariskan masalah yang dihadapi oleh pemaju dalam membangunkan perumahan komuniti berpagar kerana tiada perundangan khas berkaitan pembangunan komuniti berpagar di Malaysia. Kajian oleh Sazzelina, (2006) pula mengkaji penilaian kesesuaian konsep gated community ke atas pembangunan landed property di kawasan Majlis Perbandaran Kajang. Norazmin Adibah (2007) pula mengkaji kriteria kriteria perancangan dalam pembangunan perumahan komuniti berpagar di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan membincangkan kriteria-kriteria perancangan yang diberi tumpuan oleh pemaju dalam pembangunan komunit berpagar. Berikutan kajian-kajian terdahulu yang telah dijalankan, kajian ini akan memberi perhatian dalam membincang dan menerangkan perbezaan yang wujud bagi ketiga-tiga perancangan perumahan GACOS, perumahan sedia ada komuniti berpagar dan komuniti/kejiranan berpengawal. Sekaligus memberi kefahaman kepada orang awam akan konsep perumahan GACOS. Kajian ini memberi tumpuan kepada penghuni perumahan Komuniti Berpagar dan Kejiranan Berpengawal di sekitar Selangor dan Johor. Kajian juga mengambil kira pendapat dan pendangan orang awam terhadap konsep perumahan ini.

8 1.5 Kepentingan kajian Hasil kajian ini dapat memberi beberapa manfaat kepada pihak-pihak berikut : - 1. Penghuni Penghuni akan merasai keselesaan, keharmonian dan kepuasan sebenar dalam memiliki kediaman yang memenuhi falsafah dan prinsip perancangan. Penghuni akan memahami dan mengetahui akan status pemilikan mereka terhadap perumahan ini serta hak-hak mereka dalam komuniti ini. Ini akan memudahkan penghuni untuk bekerjsama dengan pemaju setelah mereka tahu dan faham akan tanggungjawab dan hak mereka dalam komuniti. 2. Orang awam Kajian ini dapat memberi pemahaman kepada orang awam mengenai konsep sebenar perumahan komuniti berpagar dan pengawal (GACOS) di Malaysia. Ia juga dapat membantu orang awam yang mungkin terdiri daripada bakal pembeli rumah GACOS untuk membuat penilaian dan memilih rumah yang sesuai dan terbaik untuk mereka diami. 3. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kajian ini dapat membantu PBT dalam mempertimbangkan dan seterusnya meluluskan permohonan terhadap pembangunan GACOS. Ia juga dapat membantu PBT dalam memastikan pembangunan perumahan kawasan PBT selaras dengan dasar pembangunan Negara dalam menyediakan perumahan yang terbaik dan selesa kepada masyarakat.

9 4. Pemaju Perumahan Cadangan garis panduan dan piawaian perancangan yang diterangkan boleh dijadikan asas dan dijadikan panduan khas dalam pembangunan GACOS yang akan dibangunkan oleh pemaju. Sekiranya, garis panduan dan keperluan perancangan dipatuhi dan keperluan diikuti, maka ini dapat mengurangkan masalah dihadapi pemaju. Selain itu ia dapat membantu pemaju dalam menguruskan perumahan ini kerana penghuni sedar akan tanggungjawab dan hak mereka dalam komuniti. 1.6 Metodologi kajian Kajian yang dijalankan akan melalui beberapa peringkat. (Rujuk Rajah 1.1) Peringkat tersebut adalah seperti berikut: 1.6.1 Peringkat Pertama : Kajian Awalan Peringkat ini melibatkan penerangan mengenai pengenalan terhadap kajian yang mengandungi kenyataan masalah, objektif kajian, skop dan limitasi kajian, kepentingan kajian kepada pihak-pihak terlibat serta penerangan mengenai metodologi kajian. Pada peringkat ini, bacaan awal daripada sumber rujukan seperti jurnal, kertas seminar, sumber internet dan kajian tesis terdahulu dikaji untuk mengenal pasti masalah dan bidang kajian. Pencarian maklumat pada peringkat ini adalah pencarian yang paling asas pada kajian ini. Ia bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan bidang kajian yang dikaji dan seterusnya menjadi asas kepada pembentukan matlamat dan objektif kajian.

10 1.6.2 Peringkat Kedua : Kajian Literatur Pada peringkat kedua, kajian literatur adalah untuk mengetahui perkembangunan perumahan di Malaysia yang bermula dengan Perumahan Skim Strata, Perumahan Bercampur, Perumahan Komuniti Berpagar dan seterusnya perkembangan Perumahan Komuniti Berpagar Dan Berpengawal (GACOS) selepas pindaan akta pada 2007. Kesesuaian Pembangunan Komuniti Berpagar Dan Berpengawal dengan Dasar Polisi Pembangunan Negara juga dikenalpasti bagi memberi tambahan pengetahuan berkenaan konsep perumahan ini. Sumber bahan rujukan juga di perolehi berdasarkan kepada buku, artikel, jurnal, kajian terdahulu, sumber internet dan kertas bengkel/seminar. 1.6.3 Peringkat Ketiga: Pengumpulan Data / Maklumat Peringkat ini memberi pengenalan mengenai pembangunan Perumahan Komunitit Berpagar Dan Berpengawal (GACOS) selepas pindaan akta 2007. Ianya juga merangkumi garis panduan perancangan pembangunan GACOS yang digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengawal pembangunan perumahan ini. Peringkat ini merupakan kajian yang penting di mana data primer dan data sekunder yang diperlukan akan diperoleh untuk tujuan kajian. Data yang diperoleh akan digunakan untuk menyokong penjelasan penulis serta untuk menganalisis hasil kajian. i. Data primer Data ini merupakan data dan maklumat yang diperoleh daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan dengan Konsep Perumahan Komuniti Berpagar Dan Berpengawal.

11 Ianya bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan konsep perumahan ini. Borang soal selidik juga diedarkan kepada penghuni perumahan di sekitar kawasan Selangor dan Johor serta orang awam untuk menilai kefahaman dan pandangan mereka terhadap konsep ini. Satu kajian lapangan/lawatan ke kawasan kajian dijalankan bagi membantu pengkaji untuk melihat isu permasalahan secara dekat dengan meninjau Perumahan Komuniti Berpagar dan Kejiranan Berpengawal dan Komuniti Berpagar dan Berpengawal GACOS itu sendiri. ii. Data Sekunder Data sekunder merupakan data yang diperoleh daripada pembacaan bahanbahan bercetak seperti buku rujukan, kertas seminar, kertas kerja, keratan akhbar serta sumber-sumber lain. 1.6.4 Peringkat Keempat: Analisis Data dan Penemuan Peringkat ini merupakan bahagian menganalisis data-data primer yang telah dikumpulkan bagi membentuk hasil kajian bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Data-data yang dianalisis adalah berdasarkan maklumbalas daripada borang soal selidik yang diedarkan serta temubual yang telah dibuat. 1.6.5 Peringkat Kelima: Rumusan Peringkat ini merupakan peringkat terakhir dalam kajian ini di mana ia merumuskan semua hasil kajian yang telah diperoleh serta mengemukakan cadangan berdasarkan rumusan kajian analisis dan kesimpulan kajian.

12 KAJIAN AWALAN Peringkat 1 Persoalan Kajian Matlamat dan Objektif Kefahaman Penghuni Dan Orang Awam Mengenai Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar Dan Berpengawal (GACOS) Di Malaysia. KAJIAN LITERATUR Peringkat 2 Definisi dan pembangunan perumahan di Malaysia. Pembangunan Perumahan Skim Strata dan Pembangunan Bercampur di Malaysia. Pembangunan Komuniti Berpagar di Malaysia dan luar Negara. Kesesuaian pembangunan GACOS dengan Polisi Negara. Garri panduan pembangunan perumahan GACOS di Malaysia, perundangan, hak dan tanggungjawab Garis panduan pembangunan Guarded Neighbourhood, perundangan, hak dan tanggungjawab PENGUMPULAN DATA & MAKLUMAT Peringkat 3 Data Primer Temubual bersama penghuni perumahan serta orang awam. Borang soal selidik Data Sekunder Polisi, Garis panduan dan piawaian perancangan ANALISIS DATA Peringkat 4dan 5 PENEMUAN KAJIAN CADANGAN DAN Rajah 1.1 : Carta Alir Metodologi Kajian Sumber : Olahan Pengkaji (2010)

13 1.7 Susunatur Bab Bab 1 : Pendahuluan. Penulisan Bab ini akan menerangkan berkenaan dengan perkara-perkara seperti pengenalan, pernyataan masalah, matlamat dan objektif kajian, metodologi kajian, skop kajian dan kepentingan kajian Bab 2 : Skim Strata Dan Perumahan Komuniti Berpagar. Bab ini pula akan menerangkan definisi, konsep-konsep pembangunan skim strata, pembangunan kediaman bercampur dan pembangunan komuniti berpagar dalam dan luar negara serta kesesuaian pembangunan GACOS dengan polisi Negara. Bab 3 : Pembangunan Perumahan Komuniti Berpagar Dan Berpengawal (GACOS). Bab ini menerangkan mengenai piawaian Perancangan Perumahan Komuniti Berpagar Dan Berpengawal (GACOS) yang diambilkira oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mengawal pembangunan perumahan ini di semenanjung Malaysia. Perkara lain yang dibincangkan adalah berkenaan perundangan, status pemilikan, hak dan tanggungjawab penghuni serta pembangunan perumahan Guarded Neighbourhood. Bab 4: Analisis Data. Peringkat ini meliputi jawapan dari edaran borang soal-selidik yang telah diberikan kepada responden yang terdiri daripada penghuni perumahan serta orang awam. Hasil jawapan borang soal-selidik dianalisis. Bab 5: Cadangan Dan Kesimpulan Kajian. Bab terakhir ini mengandungi kesimpulan dan cadangan daripada hasil kajian dan pencapaian objektif-objektif yang telah dinyatakan pada peringkat awal kajian. Selain itu juga, limitasi kajian serta cadangan-cadangan bagi kajian lanjutan akan diberikan sebagai kesinambungan dari kajian ini.