Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

Similar documents
PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

OSCC Case Study. Aplikasi Sistem Maklum Balas Sesi Latihan & Khidmat Sokongan (e- Penilaian) IAB. Agensi Kerajaan : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

counselling2u.uitm.edu.my

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

Faculty of Electrical & Electronic Engineering University Malaysia Pahang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(A) Ahad & Selasa Sun. & Tue. (B) Isnin & Rabu Mon. & Wed. Teras Kesukarelawanan / Volunteership Core

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

Faculty of Engineering

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID

Katakunci : kecederaan atlet silat

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

Pelan Pengurusan Perubahan Fasa III Self Reliance dan Tahap Kematangan Self Reliance

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SISTEM PENDAFTARAN PARKIR PANGSAPURI. Alaaniah Binti Md Sulaiman. Prof. Dr. Zawiyah Mohammad Yusof

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

THE EFFECTS OF CHANGES AT SIGNALIZED INTERSECTION ON THE VEHICLES EMISSION LOADING IN PARIT BUNTAR, PERAK.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JENIS JENIS KABEL ELEKTRIK

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih.

DIMENSIKOOP. Fungsi SPAD

INTERNAL SURFACE PIPE ROUGHNESS CLASSIFICATION USING HIGH FREQUENCY ACOUSTIC EVALUATION

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

4. BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, AKUATROP adalah :

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

BLOOD PRESSURE MONITORING SYSTEM USING PIEZOELECTRIC FILM SENSOR NORSYILA BINTI BAHARUDIN

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

NURUL SA ADAH BINTI SABDIN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

OPTICAL TOMOGRAPHY SYSTEM FOR BUBBLES DETECTION IN LIQUID MEDIUM JULIZA BINTI JAMALUDIN

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

PENGGUNAAN MODEL PENGUKURAN RASCH MANY-FACET (MFRM) DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERASASKAN PRESTASI

Guide for Activity Report Panduan untuk Laporan Aktiviti

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

IMPAK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) KEPADA NILAI HARTA TANAH KEDIAMAN DI SETAPAK, KUALA LUMPUR SITIAYU ZUBAIDAH BINTI YUSUF

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transcription:

Prosiding Komputeran UTM Inovasi di dalam Teknologi dan Aplikasi Komputeran Volume: I Year: 2016 ISBN: 978-967-0194-82-0 1 Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia MOHAMAD ZUL AZRAL NORDIN1, NOR ERNE NAZIRA BAZIN* Jabatan Sains Komputer, Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bharu, Johor, Malaysia 1 zulazral@yahoo.com, 2 erne@utm.my 2 Abstrak Pada era globalisasi ini, penggunaan teknologi semakin berkembang. Perkembangan tersebut adalah sejajar dengan adanya sistem-sistem yang dibangunkan untuk memudahkan pengguna. Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia merupakan sistem berasaskan web. Sistem ini dibangunkan bagi menggantikan sistem manual sedia ada yang digunakan oleh pihak Kompleks Sukan UTM. Sistem ini digunakan oleh pihak pengurusan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia bagi menguruskan tempahan gelanggang. Hal ini adalah kerana penggunaan sistem manual didapati sukar dikendalikan. Pertindihan maklumat, kesukaran capaian data, risiko kehilangan data yang tinggi, ruang simpanan yang terhad dan juga kesukaran mengemaskini maklumat sedia ada adalah merupakan masalah-masalah yang dihadapi semasa menggunakan sistem manual. Sistem tempahan ini akan memberikan satu ID tempahan yang bersifat unik untuk setiap tempahan yang telah dilakukan sebagai pengesahan terhadap tempahan yang dibuat. Selain daripada itu, sistem ini mempunyai fungsi untuk kakitangan unit sukan memasukkan data berkenaan dengan peralatan sukan atau inventori yang terdapat di sana. Satu pangkalan data dibangunkan agar maklumat yang disimpan dapat dicapai dengan mudah oleh kakitangan. Penggunaan rangka kerja CodeIgniter dan juga bahasa pengaturcaraan yang bersesuaian dapat menghasilkan sistem yang berkualiti dan mudah untuk diselenggara. Kesimpulannya, sistem ini merupakan satu sistem yang dapat membantu pengguna dan pihak pengurusan kompleks sukan dalam proses tempahan dan menguruskan maklumat dengan mudah dan lancar. 1.0 Pengenalan Kata Kunci: Kompleks Sukan UTM, Tempahan Gelanggang, Inventori

Sukan dapat diertikan sebagai aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya. Sukan ialah satu aktiviti riadah sama ada dilakukan sebagai aktiviti

2 dalaman atau aktiviti luaran. Aktiviti bersukan adalah penting untuk memastikan kesihatan berada di tahap yang terbaik. Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pihak pentadbiran telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada mahasiswa serta mahasiswi dan juga kakitangan universiti untuk beriadah. Kemudahan yang disediakan adalah untuk aktiviti luaran dan juga aktiviti dalaman. Terdapat 2 kompleks sukan di UTM iaitu Kompleks Sukan 1 dan Kompleks Sukan 2. Jenis sukan yang terdapat di kedua-dua kompleks tersebut adalah berbeza. Bagi Kompleks Sukan 1, kemudahan yang disediakan adalah bagi aktiviti sukan seperti badminton, ping pong, skuasy, futsal dan juga gimnasium. Skop bagi sistem ini adalah melibatkan beberapa proses tempahan kemudahan sukan, pengesahan tempahan (ID Tempahan), jadual tempahan, status tempahan dan rekod inventori kelengkapan sukan. Bagi skop pengguna sistem pula adalah menjurus kepada mahasiswa dan mahasiswi serta kakitangan di UTM sebagai pengguna biasa. Bagi pentadbir adalah kakitangan kompleks sukan UTM. Beberapa kepentingan projek telah dikenalpasti untuk mencapai matlamat dalam projek ini. Antara objektif adalah (i) untuk membangunkan sebuah sistem tempahan kompleks sukan secara dalam talian, (ii) untuk memudahkan proses tempahan kemudahan di kompleks sukan, dan (iii) untuk mengatur tempahan dan rekod inventori kelengkapan sukan. Oleh itu Sistem Tempahan Kompleks Sukan UTM dapat memudahkan pengguna dan petugas untuk melaksanakan proses tempahan. Tambahan pula proses menempah dapat dilakukan dimana sahaja dengan mudah serta ringkas. Masa yang diambil untuk melakukan tempahan dapat disingkatkan berbanding secara manual yang digunakan pada waktu kini. Secara keseluruhan, projek ini melibatkan proses tempahan kemudahan gelanggang dan juga penyimpanan rekod bagi inventori yang terdapat di kompleks sukan UTM. 2.0 Metodologi Pembangunan Metodologi RUP digunapakai dalam pembangunan sistem ini. Metodologi jenis ini dipilih setelah kajian terhadap RUP selesai dilakukan. Metodologi RUP mempunyai beberapa fasa pembangunan yang mengasingkan setiap aktiviti dilakukan sepanjang pembangunan. Antara fasa adalah fasa permulaan, fasa penghuraian, fasa pembinaan dan juga fasa peralihan Kaedah bagi memodelkan sistem yang akan digunakan adalah kaedah Unified Modelling Language (UML). RUP adalah metodologi pembangunan sistem yang menggunakan konsep secara lelaran dan sentiasa berulang-ulang. Konsep berorientasikan objek pada setiap aktiviti difokuskan pada peningkatan model dan UML yang digunakan sebagai bahasa permodelan sepanjang tempoh pembangunan. 3.0 Keperluan, Reka Bentuk dan Implementasi Sistem Pelaksanaan adalah dimaksudkan dengan pengekodan atau aktiviti pengaturcaraan dilakukan untuk membangunkan sistem setelah kajian terperinci dilakukan. Kajian terperinci tentang sistem reka bentuk awalan telah diambil kira sebagai panduan untuk memudahkan pembangunan sistem. Jadual 1 menunjukkan perbandingan antara sistem sedia ada dan sistem cadangan untuk mengenal pasti sebrang penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam sistem cadangan. Selain daripada reka

3 bentuk, keperluan spesifikasi bagi sistem ini turut dijadikan tanda aras bagi mengelakkan kesilapan dan ralat terhadap kefungsian sistem ini. Jadual 1 Perbandingan Sistem Sedia Ada Dan Sistem Cadangan Dalam pembangunan Sistem Tempahan Kompleks Sukan UTM ini pelbagai bahasa pengaturcaraan digunakan. Sistem yang dibangunkan bersifat interaktif, mudah dan cepat. Antara bahasa pengaturcaraan yang telah digunakan pada kedua-dua peringkat reka bentuk dan pengaturcaraan adalah seperti berikut: 3.1 Cascading Style Sheet (CSS) CSS adalah bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk menggambarkan format paparan dalam satu dokumen HTML. Pembangun dapat mengawal reka bentuk dan format paparan kandungan laman web. 3.2 Javascript JavaScript mengandungi perpustakaan (library) yang boleh digunakan untuk mengurus fungsi-fungsi tertentu seperti Array, tarikh dan operasi matematik sebagai contoh. Di dalam pembangunan sistem ini, JavaScript banyak digunakan sebagai fungi untuk pemilihan tarikh, kawalan input borang, dan juga sebagai satu kaedah untuk membuat sistem menjadi lebih interaktif. 3.3 Hypertext Mark-Up Language dan Dynamic HTML HTML merupakan bahasa asas bagi menghasilkan satu laman web. Dynamic HTML pula merujuk kepada laman web yang menggunakan kombinasi HTML JavaScript, dan CSS untuk menghasilkan ciri-ciri laman web itu menjadi interaktif. Dalam pembangunan

4 sistem ini, penggunaan Dynamic HTML digunakan pada menu utama pengguna dan pentadbir. 3.4 PHP dan MySQL PHP dan MySQL telah dipilih untuk membina kemudahan forum dan sistem pencarian maklumat. Data yang dihantar disimpan dalam pangkalan data (MySQL) dan kemudian diproseskan dengan menggunakan skrip PHP. Rajah 1 dibawah menunjukkan antara muka utama Sistem Tempahan Kompleks Sukan UTM. Pengguna perlu log masuk sebagai pengguna biasa atau pentadbir ke dalam sistem terlebih dahulu. Pengguna dapat melakukan aktiviti setelah log masuk berjaya. Antara muka tersebut adalah berkenaan dengan proses tempahan gelanggang yang disediakan di Kompleks Sukan UTM. Rajah 1 Antara Muka Utama Sistem Tempahan Kompleks Sukan UTM Rajah 2 menunjukkan antara muka tempahan gelanggang Sistem Tempahan Kompleks Sukan UTM. Pengguna dapat melakukan aktiviti setelah log masuk berjaya. Antara muka tersebut adalah berkenaan dengan proses tempahan gelanggang yang disediakan di Kompleks Sukan UTM.Tempahan adalah fungsi utama sistem ini.

5 4.0 Perbincangan Rajah 2 Antara muka Sistem Tempahan Kompleks Sukan UTM Hasil pembangunan sistem ini ialah sebuah sistem tempahan fasiliti yang berjaya dibangunkan mengikut keprluan dan spesifikasi yang telah ditetapkan dan dengan berpandukan metodologi pembangunan sistem yang dipilih. Ini adalah kerana, pembangunan sistem dan fasa-fasa pembangunan perlu seiring agar sentiasa berada di dalam rangka masa yang betul dan dapat mematuhi spesifikasi keperluan sistem. Selain daripada itu, fungsi utama sistem ini iaitu tempahan gelanggang sukan telah tercapai dengan tidak mengabaikan mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh organisasi atau lebih di kenali pihak kompleks sukan UTM. Antara fungsi lain yang turut terdapat di dalam sistem ini adalah seperti pengurusan inventori dan juga aduan daripada pihak pengguna. Pengurusan inventori yang diperkenalkan di dalam sistem ini adalah penambaikan daripada sistem sedia ada yang diselia oleh pihak Bendahari UTM. Namun dengan adanya sistem ini, pengurusan tersebut dapat dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan kompleks sukan UTM. 5.0 Kesimpulan Kesimpulan dari pembangunan sistem ini dan proses yang melibatkannya adalah lebih kepada menyelesaikan segala penyataan masalah yang berbangkit. Pembangunan sistem ini adalah sejajar dengan keperluan teknologi pada masa kini yang lebih mementingkan sifat efisyen dan ketersediaan sesuatu aktiviti tersebut. Sistem Kompleks Sukan UTM dapat memudahkan pengguna untuk menggunakan fasiliti yang disediakan dan dalam waktu yang sama, membantu pihak pentadbiran. Rujukan Sommerville, I. (2010). Software Engineering, (9th Edition). Massachusetts: Addison Wesley. Mohd Saari, J. S. (2004). Sistem Tempahan Gelanggang Kompleks Sukan, Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. (2007). Sistem Tempahan Kemudahan Kompleks Belia Dan Sukan. Dicapai pada 10 April 2015, dari http://www.ekbs.gov.my/etempahankombes/index.html

Kruchten, P. (2000). The Rational Unified Process (Introduction), (Second Edition). Boston: Pearson. Sebesta, R. W. (2009). Programming The World Wide Web, (5th Edition). Colorado: Pearson. 6