Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih.

Similar documents
KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

counselling2u.uitm.edu.my

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

VOLTAGE SAG ANALYSIS AND DETERMINATION OF THE SOURCE OF DISTURBANCE IN INDUSTRIAL SECTOR FARALYNA AISYAH BINTI ABDUL RASID

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal

Penggunaan Aplikasi Nearpod dalam Penulisan Karangan

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis


PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

Salina Binti Ramli. I/C No: Dr. Norhazilan Bin Md. Noor

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

OSCC Case Study. Aplikasi Sistem Maklum Balas Sesi Latihan & Khidmat Sokongan (e- Penilaian) IAB. Agensi Kerajaan : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

Guide for Activity Report Panduan untuk Laporan Aktiviti

WEB 2.0 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

APLIKASI PERINGATAN DAN LAPORAN UNTUK PELANCONGAN BERASASKAN ANDROID MENGGUNAKAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GPS)

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

KERJA KERJA PEMBAIKAN PENYELENGGARAAN TAHUN 2015 ( KERJA KERJA AWAM SAHAJA) BIL BUTIR BUTIR KERJA UNIT KUANTITI HARGA JUMLAH (PROV) (RM) (RM)

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

(A) Ahad & Selasa Sun. & Tue. (B) Isnin & Rabu Mon. & Wed. Teras Kesukarelawanan / Volunteership Core

BAB 1 PENDAHULUAN. Lazimnya petani-petani kecil menggunakan penyembur racun mekanikal sebagai pilihan

Katakunci : kecederaan atlet silat

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

THE EFFECTS OF CHANGES AT SIGNALIZED INTERSECTION ON THE VEHICLES EMISSION LOADING IN PARIT BUNTAR, PERAK.

NEYMAR JR S FIVE RULES OF THE GAME *Untuk versi Bahasa Malaysia, sila rujuk muka surat 13*

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Skim Subsidi Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Petani Padi di Kawasan Pengairan Muda: Analisis Kualitatif

SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PERAKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRAC KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

Faculty of Electrical & Electronic Engineering University Malaysia Pahang

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

JENIS JENIS KABEL ELEKTRIK

Pelan Pengurusan Perubahan Fasa III Self Reliance dan Tahap Kematangan Self Reliance

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

Jurnal Teknologi PERBANDINGAN CIRI-CIRI SOSIOEKONOMI PENERIMA INOVASI SISTEM INTENSIFIKASI PADI DAN PROJEK ESTET PADI. Full Paper

Terma dan Syarat Program Keistimewaan Golf World Mastercard ( Program )

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

Memahami Emosi Watak dalam Gambar Bersiri Melalui Kaedah Berfikir Secara Lateral

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

AKTIVITI MENANGKAP IKAN TUNA DI LAUTAN HINDI

PENGGUNAAN MODEL PENGUKURAN RASCH MANY-FACET (MFRM) DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERASASKAN PRESTASI

Nomenklatur galas bebola

Penggunaan Frasa Berbunga dalam Penulisan Karangan

POLA PERTUMBUHAN IKAN SEBAGAI PENGUKUR KUALITI EKOSISTEM SUNGAI. Ahmad Abas Kutty & M. Munajah

RedGold Arowana Sdn Bhd ( H)

Penulisan Kreatif yang Cemerlang

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Transcription:

Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih. Abstrak Siti Norihan Binti Mohd Alias Kolej Komuniti Temerloh E-mail : sitinorihan.kktm@yahoo.com Asma Laily binti Md Hanafiah Kolej Komuniti Bera E-mail: asmalaily@kkbera.edu.my Nor Dini binti Abdullah Kolej Komuniti Bera E-mail: nordini@kkbera.edu.my Proses pembiakan tilapia merupakan satu kaedah yang mudah mengikut kaedah semulajadi namun kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pelajar dalam penghasilannya sedikit sebanyak mengganggu proses PnP pelajar Sijil Akuakultur Teknik Pembiakan Ikan (SMK 1) di Kolej Komuniti Bera dan rega tilapia yang terhasil juga amat rendah untuk diasuh oleh pelajar berikutnya iaitu Sijil Akuakultur Teknik Asuhan Ikan (SMK 2). Antara faktor yang menyumbang kepada gangguan proses ini adalah infrustruktur serta ruang ternakan hidup yang amat terhad menyebabkan penghasilan benihnya juga terhad. Sehubungan dengan itu satu kaedah penyelesaian telah dilakukan oleh para pensyarah iaitu dengan menghasilkan satu inovasi pusat pengeraman telur tiruan bagi menghasilkan anak benih ikan tilapia yang banyak dan berkualiti. Inovasi Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih ini dibuat bertujuan untuk mencapai tiga objektif utama iaitu pelajar boleh melihat dengan jelas proses formasi telur tilapia di dalam mulut induk, meningkatkan penghasilan rega tilapia setiap kali proses pembenihan dilakukan sekaligus menyelesaikan masalah kekangan ruang di kolej dan akhir sekali ia mudah alih dimana ia mudah di bawa ke mana-mana seperti pameran dan sebagainya. Ia dihasilkan menggunakan bahan-bahan & peralatan yang murah dan mudah didapati serta ringan. Ini dapat menjimatkan kos pengurusan di kolej serta membantu proses PnP supaya berjalan dengan lancar. Hasil daripada inovasi yang dilakukan inovasi ini membantu mencapai objektif utama iaitu menyelesaikan masalah penghasilan rega yang terhad dimana anak benih yang dihasilkan meningkat sehingga 70 %, menyelesaikan masalah ruang yang terhad, membantu proses pemahaman pelajar terhadap topik dalam PnP serta menjimatkan kos pengurusan pihak Kolej Komuniti Bera. Produk inovasi ini berpotensi untuk dipaten dan dikomersilkan serta disebar luaskan ilmunya memandangkan belum ada inkubator seumpanya di dalam industri ini sekaligus membantu industri kecil akuakultur untuk berjinak-jinak menghasilkan anak benih sendiri. Kata kunci : Terhad, pengeraman dan mudah alih. 181 CiE-TVET2013

Objektif Inovasi 1. Pelajar boleh melihat dengan jelas proses formasi telur tilapia di dalam mulut induk. 2. Meningkatkan penghasilan rega tilapia setiap kali proses pembenihan dilakukan. 3. Mudah di bawa ke mana-mana seperti pameran dan sebagainya. Tempoh Pelaksanaan Dua minggu. Lokasi Kolej Komuniti Bera. Kedudukan Sebelum Projek Inovasi Dilaksanakan Sebelum produk inovasi ini dilaksanakan, pelajar melakukan pembenihan secara semulajadi. Proses penghasilan rega tilapia secara semulajadi mengambil masa lebih kurang dua minggu setiap kali pembenihan dilakukan. Ia bermula dari proses persenyawaan antara induk betina dan induk jantan sehingga rega yang terhasil dibebaskan oleh induk betina. Dalam tempoh penghasilan tersebut, telur ikan yang telah tersenyawa akan berada di dalam mulut induk betina sehingga telur-telur tersebut menetas dan menjadi rega. Rega-rega ini akan diasuh oleh induk betina di dalam mulut sehingga rega tersebut mampu berdikari. Oleh yang demikian, pelajar tidak dapat melihat proses-proses yang berlaku di dalam mulut ikan di mana di dalamnya telah berlaku proses formasi terhadap rupa bentuk telur-telur tersebut sebelum bertukar sepenuhnya menjadi rega. Keadaan ini agak merugikan pelajar sekaligus menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran di mana sebelum ini pelajar hanya mempelajarinya secara teori sahaja tentang bagaimana perubahan rupabentuk telur tilapia tersebut. Dalam proses pembelajaran tradisional banyak tangki diperlukan untuk proses pembiakan tilapia. Tangki digunakan antaranya untuk proses seperti persenyawaan, pengeraman dan penetasan. Justeru itu, induk perlu ditempatkan ke dalam tangki berasingan. Kekangan ruang di kolej menyebabkan tidak banyak tangki yang boleh disediakan untuk proses tersebut. Permasalahan inilah yang membawa kepada punca penghasilan rega ikan tilapia yang terhad oleh pelajar Sijil Akuakultur Teknik Pembiakan Ikan (SMK 1) di Kolej Komuniti Bera. Penyataan Masalah 1. Pelajar tidak dapat melihat keadaan sebenar proses yang berlaku terhadap telur di dalam mulut induk tilapia. 2. Tangki yang tidak mencukupi untuk proses penghasilan rega tilapia. 182 CiE-TVET2013

3. Penghasilan rega tilapia yang amat rendah untuk diasuh oleh pelajar Sijil Akuakultur Teknik Asuhan Ikan (SMK 2). Fungsi Projek Inovasi 1. Boleh menjangka jumlah penetasan telur tilapia. 2. Boleh menambah bilangan rega. 3. Boleh menjangka tempoh rega dihasilkan. Kebaikan Dan Potensi Komersil 1. Mudah alih serta ringan. 2. Tidak memerlukan ruang yang besar. 3. Kos yang rendah. 4. Bahan yang mudah didapati. 183 CiE-TVET2013

Carta Alir Proses Telur ditempatkan di dalam balang penetasan dan air dialirkan ke dalam balang secara berterusan. Kelajuan air yang terhasil oleh motor dilaraskan untuk membentuk tekanan ke atas telur bagi membolehkan telur berolak bergerak ke atas dan ke bawah. Selepas beberapa hari dieramkan telur - telur tersebut akan menetas menjadi rega. Rega akan berolak bergerak mengikut arus air. Rega yang cergas akan keluar dari balang berenang menentang arus aliran air ke permukaan & memasuki dulang rega. 184 CiE-TVET2013

Metodologi Projek Inovasi Projek Inovasi Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih ini melalui beberapa fasa, iaitu : i. Fasa I : Penyiasatan Awal ii. iii. iv. Fasa ini merangkumi penyiasatan awal secara umum terhadap projek yang akan dibangunkan. Fasa ini adalah penting bagi mengenalpasti masalah-masalah yang timbul sebelum projek inovasi dilaksanakan. Elemen-elemen yang diambil kira adalah menyenaraikan objektif, mengenalpasti skop projek dan seterusnya mengkaji sumber atau maklumat yang diperolehi. Fasa II : Analisa produk yang dibangunkan Dalam fasa ini, projek lebih tertumpu kepada produk yang dibangunkan. Ianya merangkumi kepada beberapa bahagian penting iaitu mengenalpasti masalah, membina perancangan produk dan mendapatkan maklumat yang diperlukan. Fasa III : Rekabentuk Merekabentuk inkubator yang akan dihasilkan. Fasa IV : Implementasi Peralatan-peralatan yang terdapat di dalam inkubator dihubungkan agar setiap peralatan dapat berinteraksi antara satu sama lain. v. Fasa V : Pengujian Pengujian perlu untuk menentukan kesahihan dan kemampuan produk yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Jangkaan Hasil Projek Inovasi Jangkaan hasil projek ini adalah pelajar akan lebih memahami proses pengeraman dan pembentukan awal rega yang sebelum ini tidak dapat dilihat melalui pemerhatian mata kasar. Selain daripada itu, dijangkakan hampir 90% telur tilapia mampu bertukar menjadi rega. Ini sekaligus akan menambah kuantiti penghasilannya. Dengan terhasilnya inkubator mudah alih ini, unit promosi Kolej Komuniti Bera juga boleh membawanya ke mana-mana sahaja promosi diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada masyarakat tentang bidang akuakultur seperti di pameran-pameran dan sebagainya. Kesimpulan Pengeraman Telur Tilapia Menggunakan Inkubator Mudah Alih ini dihasilkan adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar melihat dengan jelas proses pengeraman telur tilapia. Di samping itu, inkubator tersebut dapat membantu dalam penghasilan rega yang lebih banyak. Implikasi daripada projek inovasi ini juga, diharapkan dapat menjadi salah satu alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan 185 CiE-TVET2013

pembelajaran untuk Sijil Modular Kebangsaan Teknik Pembiakan Ikan khususnya, dan mampu menjadi alat bantu mengajar bagi Sijil Akuakultur amnya. Selain itu ia juga diharap dapat membantu pihakpihak lain yang berkaitan dalam industri ini. Untuk perancangan masa hadapan, produk ini akan ditambahbaik dari semasa ke semasa serta berpotensi untuk dikomersialkan bagi tujuan membantu memenuhi keperluan teknologi industri akuakultur di Malaysia. Laporan atau Penerangan Ringkas Mengenai Kedudukan Sebelum Inovasi Dilaksanakan 1.0 Pelajar tidak boleh melihat dengan jelas proses formasi telur tilapia di dalam mulut induk. Sebelum produk inovasi ini dilaksanakan, pelajar melakukan pembenihan secara semulajadi. Proses penghasilan rega tilapia secara semulajadi mengambil masa lebih kurang dua minggu setiap kali pembenihan dilakukan. Ia bermula dari proses persenyawaan antara induk betina & induk jantan sehingga rega yang terhasil dibebaskan oleh induk dai mulut mereka. Dalam tempoh penghasilan tersebut, telur ikan yang telah tersenyawa akan berada di dalam mulut induk betina sehingga telur-telur tersebut menetas dan menjadi rega. Rega-rega ini akan diasuh oleh induk betina di dalam mulut sehingga rega tersebut mampu berdikari. Oleh yang demikian, pelajar tidak dapat melihat proses-proses yang berlaku di dalam mulut ikan di mana di dalamnya telah berlaku proses formasi terhadap rupabentuk telur-telur tersebut sebelum mereka bertukar sepenuhnya menjadi rega. Keadaan ini agak merugikan pelajar kerana mereka tidak dapat melihat sendiri proses formasi pada telur ikan sebelum ia menjadi rega. Ia sekaligus menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran di mana sebelum ini pelajar hanya mempelajarinya secara teori sahaja tentang bagaimana perubahan rupabentuk telur tilapia tersebut. 1.1 Tangki tidak mencukupi untuk proses penghasilan rega. Dalam proses pembelajaran tradisional banyak tangki diperlukan untuk proses pembiakan tilapia. Tangki digunakan antaranya untuk proses seperti persenyawaan, pengeraman dan penetasan. Justeru itu, induk perlu ditempatkan ke dalam tangki berasingan. Kekangan ruang di kolej menyebabkan tidak banyak tangki yang boleh disediakan untuk proses tersebut. Permasalahan inilah yang membawa kepada punca penghasilan rega ikan tilapia yang terhad oleh pelajar Sijil Akuakultur Teknik Pembiakan Ikan (SMK 1) di Kolej Komuniti Bera. 1.2 Gambar keadaan sebelum inovasi diperkenalkan. - Sila rujuk lampiran 1 2.0 Masalah Masalah Yang Dihadapi 2.1 Pelajar tidak dapat melihat keadaan sebenar proses yang berlaku terhadap telur di dalam mulut induk tilapia. 2.2 Tangki tidak mencukupi untuk proses penghasilan rega. 186 CiE-TVET2013

2.3 Penghasilan rega tilapia yang amat rendah untuk diasuh oleh pelajar Sijil Akuakultur Teknik Asuhan Ikan (SMK 2). 3.0 Tahap Pelaksanaan Inovasi 3.1 Produk Inovasi ini mempunyai kaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pelajar dari Sijil Modular Kebangsaan Teknik Pembiakan Ikan (SMK 1) yang mempelajari tajuk tentang pembenihan ikan dari spesis tilapia ini. Dengan adanya inkubator ini mudah alih ini pelajar akan lebih memahami situasi telur yang berada di dalam mulut induk ikan tilapia tersebut. - Sila rujuk lampiran 2 Dalam projek inovasi ini, balang penetasan yang disediakan berfungsi seperti mulut induk tilapia. Telur ditempatkan di dalam balang penetasan dan air dialirkan ke dalam balang secara berterusan. Kelajuan air dilaraskan untuk membentuk tekanan ke atas telur bagi membolehkan telur berolak bergerak ke atas dan ke bawah seperti pergerakan dalam mulut induk ikan. Selepas beberapa hari dieramkan, telur tadi akan menetas menjadi rega. Rega akan diasuh didalam mulut induk tiruan iaitu balang penetasan sebelum ia mula bergerak mengikut arus air. Rega yang cergas akan berenang keluar dari balang menentang arus dan mengikut aliran air ke dulang rega. a. Peralatan yang digunakan untuk menghasilkan produk inovasi ini adalah kotak penyimpanan (storage box) yang berukuran 2 x 1 3 x 1 (panjang x lebar x tinggi). Balang pula berkedalaman 6 ½ dan berdiameter 7. Selain daripada itu, pam air yang digunakan adalah berkuasa 50 Hz, 15 watt serta kadar kelajuan air 800 liter/ jam. Manakala, paip berdiameter 15 mm dan ukuran jaring 1 mm. - Sila rujuk lampiran 3 ( Rajah lukisan skematik inkubator ) 3.3 Bidang utama yang menjadi tumpuan inovasi ini adalah dalam bidang pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Inkubator ini boleh dijadikan alat bantu mengajar di dalam kelas. Ianya sungguh praktikal dan mudah dikendalikan. (Sila rujuk lampiran 4 mengenai gambar inkubator mudah alih). 3.4 Projek inovasi ini dimulakan pada 7 Ogos 2012 yang dianggotai seramai tiga orang. Jumlah kos operasi projek ini adalah sebanyak RM 147.90. Peralatan yang digunakan untuk projek ini terdiri daripada kotak penyimpanan (storage box), balang, pam air, pemanas air (heater), termometer, paip dan jaring. 3.5 Selepas projek inovasi ini diperkenalkan, pelajar tidak lagi mempunyai masalah untuk memahami proses pengeraman dan perkembangan telur tilapia. Mereka lebih mudah faham kerana dapat melihat keadaan rupa sebenar dalam fasa 187 CiE-TVET2013

perubahan rupabentuk telur melalui pemerhatian dengan mata kasar mereka sendiri. Inkubator yang dihasilkan dapat menyelesaikan masalah kekurangan tangki untuk penghasilan anak ikan tilapia. Ini kerana, proses pengeraman dan penetasan telur boleh dilakukan serentak hanya menggunakan inkubator mudah alih yang dihasilkan. Maka, tidak terlalu banyak tangki yang diperlukan lagi. (Sila rujuk lampiran 4 bagi gambar keadaan selepas inovasi diperkenalkan). 4.0 Faedah-Faedah Daripada Inovasi Yang Telah Diperkenalkan 4.1 Pengurangan kos operasi Kos operasi projek inovasi ini lebih murah jika dibandingkan dengan sistem inkubator yang berskala besar. Di samping itu, inkubator tersebut juga memerlukan ruangan yang besar. 4.2 Penjimatan masa Projek inovasi ini dapat menjimatkan masa dari sudut penggunaan induk ikan. Seekor induk ikan betina mampu membiak dua kali sebulan atau sekurang-kurangnya 10 hari sekali. Jika telur yang berada di dalam mulutnya diambil, maka induk tersebut boleh dilepaskan semula ke dalam tangki dan boleh menghasilkan telur semula. 4.3 Peningkatan hasil kerja / produktiviti Peningkatan hasil kerja / produktiviti melalui produk ini adalah boleh menjangka jumlah penetasan telur tilapia. Ini kerana 90% daripada telur yang dikeluarkan dari mulut induk akan menetas menjadi rega. Oleh yang demikian, ia boleh menambah bilangan rega. Produk ini juga boleh menjangka tempoh rega dihasilkan. Penghasilan rega yang banyak memang diperlukan kerana rega tersebut akan diasuh oleh pelajar di dalam Sijil Modular Kebangsaan Teknik Asuhan Ikan (SMK 2). 4.4 Peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan Pelanggan dalam konteks produk inovasi ini adalah pelajar. Pelajar dapat melihat proses fasa perkembangan telur sehingga ia menetas menjadi rega. Melalui pemerhatian dan temubual, didapati pelajar berpuas hati dengan inkubator mudah alih ini. 188 CiE-TVET2013

Rujukan Pradeep P.J. ( 2011 ). Production of Triploidy in Red Tilapia.[Oreochromis niliticus (Linnaeus, 1758 ]. Doctor Of Philosophy.Universiti Malaysia Terengganu. Thomas Popma1 and Michael Masser2 (1999). Tilapia Life History and Biology. Southern Regional Aquaculture Center, SRAC Publication No. 283. Mohd Faizzi Bin Mohd Yusof ( 2008 ). Effects Of Ovaprim Stimulation On Egg Production, Hatching Rate And Fry Survival Rate In Red Tilapia (Oreochromis Niloticus). The Degree Of Master Of Science, Faculty Of Science University Of Malaya Kuala Lumpur, Malaysia. Thomas J. Aureli (1988). Spawning Frequency Andfecundity Of Blue Tilapia. Proceedings Arkansas Academy of Science, Vol.42. Arkansas Power and Light Company, 9005 Penrose Lane, Little Rock, AR,72205, and LES TORRANS, Department of Agriculture, University of Arkansas at Pine Bluff, Pine Bluff. 189 CiE-TVET2013

Apendiks Sebelum Produk Inovasi Dilaksanakan. Lampiran 1 Gambar 1: Menunjukkan situasi sebelum inovasi dilakukan dimana induk ditempatkan dalam 1 kanvas khas untuk proses mengawan/persenyawaan, seterusnya tangki untuk proses pengeraman dan penetasan ini sekaligus menggunakan ruang yang besar memandangkan ruang ternakan hidup di Kolej Komuniti Bera yang terhad. Gambar 2 : Pelajar cuba memeriksa induk yang mempunyai telur di dalam mulut betina melalui kaedah pemerhatian yang mana telah ditempatkan bersama di dalam tangki persenyawaan. Ini bertujuan untuk diasingkan ke dalam tangki yang berbeza. Proses tradisional ini menujukkan penggunaan ruang yang tidak efisien. Ini kerana SMK 2 juga memerlukan tangki untuk tujuan asuhan ikan. 190 CiE-TVET2013

Gambar 3 : Proses tradisional pelajar akan mengambil sampel induk yang bertelur untuk di periksa telur yang terdapat di dalam mulutnya selepas 1 minggu ditempatkan bersama induk jantan. Gambar 4 : Pelajar akan mengambil sampel induk betina yang bertelur untuk di periksa telur - telur yang terdapat di dalam mulutnya selepas 1 minggu ditempatkan bersama induk jantan. Melalui kaedah sebelum inovasi, induk akan dilepaskan ke dalam tangki yang baru berasingan dengan induk jantan supaya telur-telur tersebut selamat. 191 CiE-TVET2013

Gambar 5 : Induk yang telah bertelur tadi akan dilepaskan kembali ke dalam tangki pembenihan untuk meneruskan proses pengeraman telur tersebut di dalam mulut mereka sehingga anak tersebut diluahkan dalam bentuk rega yang mampu berdikari. Kelihatan ruang yang luas diperlukan untuk proses pengeraman telur meyebabkan berlaku konflik dalam penggunaan tempat ternakan antara SMK 1 & SMK 2. Gambar 6 : Setelah seminggu berada di dalam mulut induk, pelajar akan memerhatikan anak ikan berenang di permukaan air kerana telah kehabisan bekalan makanan iaitu yolka yang terdapat pada badan mereka Anak-anak ikan ini sudah mampu berdikari untuk mendapatkan bekalan makanan.walau bagaimanapun, anak-anak ini mesti diasingkan ke dalam tangki yang berbeza bagi mengelakkan mereka mati kerana terpaksa bersaing dengan induk bagi mendapatkan bekalan makan selain di makan oleh induk mereka sendiri. Gambar 7 : Pelajar akan menyauk rega yang telah berdikari dan dipindahkan dari tangki pembenihan bagi mengelakkan rega tersebut mati kerana terpaksa bersaing dengan induk yang terdapat dalam tangki untuk mendapatkan makanan. Ini sekali lagi memerlukan tangki yang baru bagi tujuan mengasuh anak-anak ikan ini sebelum betul-betul dewasa. 192 CiE-TVET2013

Gambar 8 : Pelajar akan menggred rega mengikut saiz untuk untuk ditempatkan dalam tangki asuhan. Gambar 9 : Rega yang sihat akan diberikan makanan hidup (moina & artemia) atau makanan rumusan ( powder feed ) dan proses pemberian makan akan berterusan sehingga anak ikan tersebut betul-betul dewasa untuk menerima jenis makanan yang bersesuaian dengan saiz mereka. Barulah mereka akan ditempatkan semula bersama induk mereka yang asal kerana mampu bersaing mendapatkan makanan sepenuhnya. Disinilah baru berlaku proses penjimatan ruang kerana induk & anak mereka mampu berkongsi satu tangki. 193 CiE-TVET2013

Lampiran 2 Gambar 1 : Menunjukkan proses formasi telur yang hanya dipelajari secara teori oleh pelajar selama ini berikutan anak-anak ikan yang diasuh didalam mulut ikan. Pelajar terlepas peluang untuk melihat pemerhatian sebenar pada perubahan rupa bentuk anak ikan sebelum mereka mampu berdikari 194 CiE-TVET2013

Lampiran 3 Gambar 1 : Lukisan menunjukkan Peralatan yang digunakan untuk menghasilkan produk inovasi ini adalah kotak penyimpanan (storage box) yang berukuran 2 x 1 3 x 1 (panjang x lebar x tinggi). Balang pula berkedalaman 6 ½ dan berdiameter 7. Gambar 2 : Lukisan menunjukkan ilustrasi bagaimana inkubator beroperasi setelah anak benih ditempatkan mengikut fungsi peralatan yang telah digunakan. 195 CiE-TVET2013

Paip PVC Aliran air masuk Balang plastik Tarikan graviti Jaring penapis Air yang berolak Telur tilapia Gambar 3 : Ilustrasi menunjukkan bagaimana balang berfungsi dalam mengalirkan arus untuk mengolak telur ikan. Aliran air masuk Telur tilapia Rega tilapia Tarikan graviti Rega bersama yolka Rega tilapia Telur tilapia Jaring penapis Gambar 4 : Ilustrasi menunjukkan bagaimana telur yang telah mula menetas dan masih mempunyai yolka berolak, manakala rega yang telah kehabisan yolka berenang menentang arus masuk ke dalam jaring. 196 CiE-TVET2013

Gambar 5 : Gambar menunjukkan produk inovasi yang telah dihasilkan. Gambar menunjukkan peralatan sebenar yang telah digunakan. Selain daripada itu, pam air yang digunakan adalah berkuasa 50 Hz, 15 watt serta kadar kelajuan air 800 liter/ jam. Bagi membenarkan telur bersama yolka berolak mengikut arus seperti mana keadaan mereka berada di dalam mulut ibu mereka. Manakala, paip berdiameter 15 mm yang bertujuan untuk mengalirkan anak benih yang telah mampu berenang menentang arus dan seterusnya masuk kedalam jaring yang ukuran jaringnya adalah 1 mm. 197 CiE-TVET2013

Selepas Produk Inovasi Dilaksanakan. Lampiran 4 Gambar 1: Menunjukkan induk ditempatkan dalam 1 kanvas untuk pembiakan dengan nisbah 1:3 bagi 1 meter persegi saiz kawasan. Keluasan kanvas kolej adalah 3 meter persegi ini memerlukan ruang yang agak luas. Gambar 2 : Pelajar memeriksa induk betina yang mempunyai telur dengan memaksa induk betina tersebut membuka mulut bagi tujuan mengeluarkan telur dari mulutnya. 198 CiE-TVET2013

Gambar 3 : Telur dikeluarkan secara paksa dan diambil untuk dimasukkan ke dalam bekas khas. Gambar 4 : Sampel telur yang diambil hanya perlu ditempatkan ke dalam dulang yang kecil untuk dibuat proses pembersihan & penggredan telur. Sisik ikan & bendasing yang boleh mengganggu proses pertumbuhan telur kepada rega di asingkan dan dibersihkan. Gambar 5 : Pelajar akan menyedut kotoran & telur yang sambang ( tidak menjadi ) menggunakan pipet atau tiub sifon. Gambar 6 : Telur yang telah dibersihkan dimasukkan ke dalam balang penetasan yang terdapat dalam inkubator. 199 CiE-TVET2013

Gambar 7 : Telur-telur yang telah digredkan akan dimasukkan ke dalam balang penetasan pada bilangan 500 biji pada setiap balang. Penghadan bilangan telur ini adalah bagi mengelakkan balang penetasan terlalu sesak.dengan ruangan yang kecik namun mampu untuk menampung sehingga 500 biji telur tilapia. Penggunakan inkubator ini mampu mengeramkan sehingga 1000 biji telur. Gambar 8 : Permukaan balang yang lutsinar memudah proses pemerhatian dibuat oleh pelajar bagi melihat perkembangan telur kepada rega. Gambar 9 : Sistem yang dibangunkan dengan menggunakan peralatan & bahan yang ringan, murah & mudah didapati di pasaran disamping menjimatkan ruang. Gambar 10 : Pelajar sedang melakukan pemerhatian pada rupa bentuk telur megikut fasa -fasa perkembangan telur. Ini sekaligus membantu proses PnP. 200 CiE-TVET2013

Perbezaan Antara Inkubator Mudah Alih & Inkubator Skala Besar INKUBATOR MUDAH ALIH INKUBATOR MAKMAL INKUBATOR SKALA BESAR Hanya ruang yang kecil. Ruang yang sederhana luas Memerlukan ruang yang luas. Bahan mudah didapati & murah. Ditempah khas & kos sederhana tinggi. Dipasang siap & kos amat tinggi. Sistem yang ringkas. Sistem yang sederhana rumit. Sistem yang rumit. Peralatan yang tidak mudah alih. Bahan & peralatan yang ringan. Bahan & perlatan yang berat. 201 CiE-TVET2013