Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan

Similar documents
1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

KAJIAN KAEDAH ANALISIS KEWANGAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN BAGI PEMILIHAN PROJEK PERUMAHAN MAZNAH BINTI A.WAHAB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN PENYEWAAN PERUMAHAN SITI NOOR FARAHANIS BINTI FADZIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KAJIAN TERHADAP PROJEK PERUMAHAN DI KELANTAN NOR ADILAH BINTI CHE IBRAHIM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Faculty of Engineering

NURUL SA ADAH BINTI SABDIN

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

INTERNAL SURFACE PIPE ROUGHNESS CLASSIFICATION USING HIGH FREQUENCY ACOUSTIC EVALUATION

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERSEPSI PEKERJA TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA NOR AZLINA BINTI HJ WAHAP

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

SALAH URUS RISIKO DALAM PEMBANGUNAN PROJEK PERUMAHAN: KAJIAN KE ATAS PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI MALAYSIA

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN TERADUN DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH. Che Rohalan Binti Ahmad

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

Penggunaan Simbol bagi Meningkatkan Penulisan Karangan. Abstrak

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

TINDAKAN PENGAMBIL ALIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI KAJIAN KES DI NEGERI MELAKA ROZETTA BINTI YUNUS

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

counselling2u.uitm.edu.my

Salina Binti Ramli. I/C No: Dr. Norhazilan Bin Md. Noor

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

REKA BENTUK ALAT PELONTAR BOLA SEPAK TAKRAW MOHD SHAFFIQ SAZALI BIN MOHD ISMAIL. Laporan ini dikemukakan sebagai. Fakulti kejuruteraan Mekanikal


SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

NAJMAH NAWAWI MOHD NUSI ABD. RAHMAN NOOR SHAFEEZA ZAINUDDIN NUR SYAZWANI ZAINUL ABIDIN

Daya Saing Bandar Kecil: Satu Penelitian Dari Aspek Persepsi Penduduk Dalam Kawasan Majlis Daerah Tanjong Malim

IMPAK TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) KEPADA NILAI HARTA TANAH KEDIAMAN DI SETAPAK, KUALA LUMPUR SITIAYU ZUBAIDAH BINTI YUSUF

KAJIAN KEMAMPUAN PEMILIKAN PERUMAHAN DI NEGERI PERAK ROSDI BIN MOHD YAACOB

KEBERKESANAN PERANCAHAN DAN PENGGANTIAN KOSA KATA DALAM KEMAHIRAN MENULIS - UBAH UNTUK BERUBAH

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*


(GEOGRAFI) HULUBERNAM ROSLAN B. SAAD PROJEK INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK FAKULTI SAINS KEMANUSIAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH GREAT EASTERN TAKAFUL BERHAD

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

DEVELOPMENT OF A VISION-BASED MOBILE ROBOT NAVIGATION SYSTEM FOR GOLF BALL DETECTION AND LOCATION

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong This page is deliberately left blank

Walkability in Campus, Case study of University Technology Malaysia SAMAN JAVAN FARD

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

Faculty of Engineering

Krisis Subprima dan Kemeruapan Harga Saham Mengikut Sektor Ekonomi di Bursa Malaysia

PENGARUH KELUARGA DALAM MEMPERKASA KEPUTUSAN EKSPATRIASI AKADEMIK EKSPATRIAT BERDIKARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

..., C t;~:~xj ')' KESANPEMBANGUNANPERUMAHANTERHADAP KUALITI HID UP PENDUDUK BANDAR LINDA ANAK ABRAHAM PUSAT PENGAJIAN PERUMAHAN,

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

Transcription:

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan oleh Wan Mohd Yusuff Bin Wan Ibrahim Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat memperolehi ijazah Sarjana Keusahawanan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2014

PERANAN PENGARUH FUNGSI PENGURUSAN KE ATAS PRESTASI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA DI NEGERI KELANTAN WAN MOHD YUSUFF BIN WAN IBRAHIM SARJANA KEUSAHAWANAN 2014

PENGESAHAN TESIS Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada mana-mana Universiti atau Institusi. TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis ini boleh didapati sebagai naskah keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh). SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis ini boleh didapati sebagai naskah keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah. Dari Tarikh. Hingga. SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi di mana penyelidikan dijalankan. Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian. Tandatangan Tandatangan Penyelia Utama Nombor Kad Pengenalan Nama Penyelia Utama Tarikh : Tarikh : i

PENGHARGAAN Alhamdulillaahirabbil Aalamin dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan hidayahnya jualah penyelidikan ini dapat diselesaikan. Selawat dan salam juga ditujukan kepada Nabi besar Muhammad S.A.W. Penyelidik mahu mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang ikhlas kepada kedua-dua penyelia iaitu Prof. Madya Dr Noraani Bt Mustapha dan En Zuraimi Bin Abdul Aziz di atas bimbingan, tunjuk ajar, kritikan dan kesabaran serta perkongsian mereka sepanjang menyelesaikan penyelidikan ini. Terima kasih juga dirakamkan kepada Naib Canselor, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan serta kepada Dekan Pusat Pengajian Siswazah (PPS) Universiti Malaysia Kelantan yang telah memberikan fasiliti pembelajaran dan program sokongan sepanjang pengajian saya. Rakaman terima kasih juga kepada Profesor Madya Dr Mohd Rafi Bin Yaacob, Profesor Madya Dr Ghazali Bin Ahmad, Profesor Madya Dr Mohd Rosli Bin Mohamad, En Ong Soon Chuan, En Mohd Fadhil Mohd Yusof dan kepada semua kakitangan di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) Universiti Malaysia Kelantan yang telah memberikan sokongan dan dorongan dalam penyelesaian penyelidikan ini. Terima kasih juga disampaikan kepada pihak perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) atas bantuan dan sumber rujukan yang disediakan. Setinggi penghargaan juga kepada kedua ibu bapa, adik beradik dan rakan-rakan seperjuangan yang telah memberikan semangat dan bantuan dari segi sokongan moral dan kewangan yang tulus ikhlas serta dengan penuh harapan. Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Nik Muhd Kamil Nik Ismail selaku Pengarah SMEcorp Kelantan dan kepada semua responden yang terlibat dalam penyelidikan ini yang telah memberikan maklumat yang diperlukan dalam menyelesaikan penyelidikan ini. Penyelidik mengharapkan semoga Allah s.w.t membalas kebaikan kepada semua pihak yang terlibat dan memberikan bantuan dalam menjayakan penyelidikan ini. InsyaAllah. ii

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGESAHAN TESIS i PENGHARGAAN ii ISI KANDUNGAN iii SENARAI JADUAL vii SENARAI RAJAH viii ABSTRAK ix ABSTRACT x BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Fenomena Kajian 3 1.3 Penyataan Masalah 8 1.4 Persoalan Kajian 10 1.5 Objektif Kajian 10 1.6 Kepentingan Kajian 11 1.7 Skop Kajian 12 1.8 Lokasi Kajian 13 1.9 Rumusan Bab 15 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 16 2.2 Pengaruh Pengurusan ke Atas Prestasi Perusahaan 16 2.3 Prestasi organisasi dari perspektif fungsi pengurusan 19 2.3.1 Pengaruh perancangan dengan prestasi perusahaan 21 2.3.2 Pengaruh pengorganisasian dengan prestasi perusahaan 24 2.3.3 Pengaruh kepimpinan dengan prestasi perusahaan 28 2.3.4 Pengaruh Pengawalan dengan prestasi perusahaan 30 2.4 Profil Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) 33 2.5 Pengukuran Prestasi Perusahaan 38 iii

2.6 Pengukuran prestasi perusahaan menggunakan 39 elemen Balanced Scorecard. 2.7 Empat prespektif elemen pengukuran prestasi perusahaan 42 Balance Scorecard (BSC) 2.7.1 Perspektif Kewangan 42 2.7.2 Perspektif Pelanggan 43 2.7.3 Perspektif Pengurusan Dalaman Perusahaan 44 2.7.4 Perspektif Pertumbuhan dan Pembelajaran 45 2.8 Penutup 47 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 48 3.2 Reka Bentuk Kajian 48 3.2.1 Kerangka Kajian 49 3.3 Pembolehubah Kajian 49 3.3.1 Pembolehubah bersandar 49 3.3.2 Pembolehubah Bebas 50 3.4 Subjek Kajian 50 3.5 Kaedah Persampelan 51 3.6 Saiz Sampel 52 3.7 Kaedah Pengumpulan Data 53 3.8 Instrumentasi Kajian 54 3.9 Kajian Rintis 59 3.10 Penganalisaan Data 62 3.11 Ringkasan Bab 63 BAB 4 PENEMUAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 64 4.2 Penemuan Kajian 64 4.2.1 Profil Demografi 67 4.2.1.1 Jantina 68 4.2.1.2 Umur 68 iv

4.2.1.3 Bangsa 69 4.2.1.4 Pendapatan Pengurus 69 4.2.1.5 Sumber Modal 69 4.2.2 Profil Perusahaan 70 4.2.2.1 Jenis Pemilikan 71 4.2.2.2 Lama Beroperasi 72 4.2.2.3 Modal Berbayar 72 4.2.2.4 Anggaran Jumlah Jualan Bagi Tiga 73 Tahun Yang Lepas 4.2.2.5 Anggaran Jumlah Keuntungan Bagi Tiga 73 Tahun Yang Lepas 4.2.2.6 Jumlah Pekerja 74 4.2.3 Min, Sisihan piawai, Kebolehpercayaan, 74 dan Korelasi Faktor 4.2.3.1 Analisi Inferensi Pearson 75 4.2.3.2 Objektif Kajian I 76 4.2.3.3 Objektif Kajian II 77 4.2.3.4 Objektif Kajian III 77 4.2.3.5 Objektif Kajian IV 78 4.2.3.6 Pembolehubah yang Mempunyai Hubungan 79 yang Paling Signifikan Dengan Prestasi Perusahaan PKS 4.3 Ringkasan Bab 81 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN 5.1 Pendahuluan 82 5.2 Penemuan Kajian dan Perbincangan 83 5.2.1 Rumusan Profil Demografi 83 5.2.2 Rumusan Profil Perusahaan 85 5.2.3 Rumusan Objektif Kajian 86 5.2.4 Rumusan Hipotesis Kajian 88 v

5.3 Cadangan 88 5.4 Sumbangan Kajian 89 5.4.1 Sumbangan Terhadap Bidang Ilmu 90 5.4.2 Sumbangan Terhadap Praktis 92 5.5 Kesimpulan 93 5.6 Cadangan Untuk Pengkaji Masa Hadapan 96 RUJUKAN 98 LAMPIRAN A 107 LAMPIRAN B 111 LAMPIRAN C 114 vi

SENARAI JADUAL NO. 2.1 Definisi perniagaan kecil dan sederhana 2012 2020 MUKA SURAT 36 oleh SMEcorp 3.1 Hasil ujian kebolehpercayaan 61 3.2 Garispanduan mengenai nilai Cronbach s Alpha Hair (2003) 61 4.1 Taburan sampel mengikut daerah 66 4.2 Profil Demografi 67 4.3 Profil Perusahaan 70 4.4 Min, Sisihan piawai,kebolehpercayaan dan korelasi faktor 74 4.5 Guilford s Rule of Thumb (Guilford, 1956) 75 4.6 Analisis Regresi 79 vii

SENARAI RAJAH NO. MUKA SURAT 3.1 Kerangka kajian 49 viii

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan antara faktor-faktor pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan dengan prestasi perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negeri Kelantan. Sampel kajian ini terdiri daripada 220 buah organisasi yang dipilih secara rawak sistematik berdasarkan senarai organisasi PKS yang berdaftar dengan SMEcorp. Data dikumpul menggunakan set soalan soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.1 untuk mendapatkan maklumat mengenai demografi dan maklumat mengenai dimensi pengurusan melalui analisis deskriptif dan inferensi. Analisis data mendapati semua objektif terjawab dan semua hipotesis disokong. Organisasi boleh menggunakan elemen pengurusan sebagai mekanisme untuk meningkatkan prestasi organisasi dan menikmati kelebihan bersaing seterusnya menentukan kelestarian organisasi dalam jangka masa panjang. ix

Peranan Pengaruh Fungsi Pengurusan Ke Atas Prestasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana Di Negeri Kelantan ABSTRACT This study aims to examine the relationship between management pillars that is planning, organizing, leading and controlling and its influence on organizational performance of Small and Medium Enterprises (SMEs) in Kelantan. Research samples were selected from 220 SMEs through systematic random sampling process based on the registered companies provided by the SME Corp. Data were collected using selfadministered research questionnaires and were analysed using Statistical Package for Social Science (SPSS) 20.1 software to obtain data about demographic and dimensions of management through descriptive and inferential analyses. Data indicated that all objectives were met and will supported hypotheses. Organizations are called to utilized management functions as mechanisms to enhance organization performance in order to out competed business rivals and to achieve long run sustainability. x

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Struktur ekonomi Malaysia telah berubah daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan pembuatan mulai tahun 1970. Dalam sektor pembuatan, sumbangan dan peranan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) amat besar dan penting. PKS memberikan sumbangan yang penting kepada pertumbuhan ekonomi yang mantap dan memberansangkan. Banci Pertubuhan dan Enterprais Tahun 2011 menunjukkan bahawa 99.2% atau 618,996 pertubuhan perniagaan ialah perusahaan kecil dan sederhana, dengan 511,849 merupakan perusahaan mikro, Banci Pertubuhan dan Enterprais Tahun (2011). Kebanyakan daripada PKS ini adalah dalam sektor perkhidmatan, terutamanya dalam perniagaan runcit, restoran dan borong. Jumlah guna tenaga dalam PKS adalah lebih daripada 3 juta pekerja, dan kumpulan ini menjana nilai ditambah sebanyak RM174 bilion pada tahun 2010 (Buku Laporan Tahunan SMEcorp, 2011). Prestasi perusahaan dianggap sebagai satu natijah pengurusan yang penting dan amat berkesan untuk mengawal serta memastikan objektif yang ditetapkan tercapai atau sebaliknya. Pelbagai kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan perkara ini yang sebahagian besarnya bertujuan untuk 1

meningkatkan keberkesanan proses perlaksanaan pengurusan ke arah meningkatkan prestasi. Menikut Abdul Aziz (2000), penilaian prestasi merupakan satu komponen yang telah diterima sebagai salah satu mekanisme untuk menjamin kecemerlangan sesebuah perusahaan. Pekerja akan menunjukkan faktor prestasi yang lemah dengan menimbulkan ketidakpuasan untuk bekerja atas alasan prestasi perusahaan yang lemah dan tidak menjamin kebajikan mereka (Nigel Nicholson dan Toby D.Wall, 1982). Pelbagai definisi yang dapat menggambarkan perkataan prestasi. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), prestasi bermaksud hasil yang telah diperoleh ataupun dicapai. Menurut LW Rue (1999) dalam Tuti Haryati dan Abd Hakim (2003), prestasi bermaksud darjah pencapaian tugasan yang merujuk kepada kerja bagi setiap individu. Philip Ricciardi (1996) pula menyatakan prestasi adalah produktif ditambah dengan kualiti. Ini dapat dilakukan merujuk kepada kedua-dua jumlah kerja yang dapat disiapkan serta nilai kerja yang dilakukan terhadap pelanggan. Selain itu, menurut beliau lagi, prestasi juga membawa maksud kebolehan untuk menyediakan keluaran yang sebenar pada cara dan masa yang betul dalam satu usaha yang bersesuaian. Berdasarkan kepada definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa prestasi merupakan satu pencapaian terhadap tugasan yang diberikan sama ada individu mahupun perusahaan. Pelaksanaan elemen-elemen pengurusan dapat menguruskan dan mengoperasikan perniagaan secara sistematik dalam usaha untuk memberikan 2

sumbangan kepada pencapaian objektif perusahaan dan mencerminkan prestasi perusahaan (Norma Kassim, 2001). Oleh yang demikian, segala permasalahan yang berkaitan dengan kewangan, pengawalan pekerja, kepimpinan, perancangan, pemasaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan lain-lain adalah diletakkan di bawah bidang kuasa pihak pengurusan atau pemilik perusahaan (Norma Kassim, 2001). 1.2 Fenomena Kajian Pengurusan adalah proses merancang, menganjurkan, memimpin dan mengendalikan kerja-kerja ahli perusahaan dan menggunakan semua sumber perusahaan untuk mencapai sasaran perusahaan yang sudah ditetapkan, namun bukan semua perusahaan menggunakan fungsi pengurusan sebagai teras utama dalam menjalankan operasi perusahaan. Terdapat beberapa perusahaan yang dikaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu dan mendapati kebanyakan perusahaan yang tidak menggunapakai elemen pengurusan telah menemui kegagalan. Beaver dan Jennings (2005) menyatakan, untuk memahami kegagalan perniagaan, pemilik perniagaan tidak bersedia untuk melaporkan sebab-sebab sebenar masalah yang mereka hadapi. Beaver dan Jenning (2005) telah menjalankan kajian menggunakan kaedah gabungan temu bual secara mendalam dan separa berstruktur untuk mengumpul data di mana pengasas (pemilik) perusahaan ditemuramah mengenai faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan mereka dan pengalaman mereka 3

dalam menguruskan perniagaan. Peniaga yang dipilih adalah peniaga yang telah gagal melaksanakan perniagaan yang mereka bina dan uruskan sebelum ini. Seramai 20 orang pengasas-pemilik iaitu 10 masing-masing dari Australia dan Malaysia telah ditemuramah antara tahun 2006 dan 2007. Mereka dipilih dari Jabatan Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Australia Selatan dan pangkalan data Majlis Produktiviti Negara Malaysia. Keputusan yang diperolehi dari temubual termasuk kegagalan untuk merancang strategi pengurusan mengakibatkan ketiadaan halatuju perniagaan dan kegagalan untuk mengurus pernigaan mereka. Faktor ini adalah faktor yang paling kerap diketengahkan oleh peserta dalam kedua-dua negara. Contohnya, ialah seorang respondan sebuah syarikat pembangunan perisian, Australia melaporkan bahawa kegagalan untuk mewujudkan satu perancangan pelan strategi telah menyebabkan perniagaan kehilangan fokus dan melakukan kerjakerja yang tidak sepatutnya dilakukan (Beaver dan Jenning 2005). Satu lagi faktor yang dikaitkan dengan kegagalan perniagaan adalah kelemahan perancangan dalam membuat pelaburan. Seterusnya seorang pemilik sebuah perniagaan barangan elektrik dan perabot runcit, Australia, telah mengalami kerugian kewangan sebelum ini kerana dia tersalah merancang pelaburan dengan membeli lebih banyak barangan daripada yang diperlukan sedangkan belum ada permintaan. Ia juga penting bagi usahawan untuk menjalankan perancangan sebelum membuat sebarang pelaburan bagi mengelakkan kesan-kesan negatif seperti kerugian kewangan dan lebihan penawaran (Beaver dan Jenning 2005). 4