MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-407/17 ANTARA PUTERI NADIA BINTI AZMAN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.

Similar documents
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

counselling2u.uitm.edu.my

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

RHB Premium Cards Golf Privileges 2019 Terms and Conditions

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2017 Garis Panduan, Tatacara dan Tanggungjawab Peguam Lantikan Mahkamah bagi Kes Kesalahan Hukuman Mati

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PEMBIAYAAN MENGIKUT JENIS PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

Complimentary green fees for 1 full flight for Cardmember and 3 guests. Tee-off at 10 renowned regional golf courses.

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

Terma dan Syarat Program Keistimewaan Golf World Mastercard ( Program )

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

(Menggunakan Letter Head Jabatan)

NOTIS PEMBERITAHUAN TERMASUK TARIKH AKHIR UNTUK MENYELESAIKAN POTENSI TUNTUTAN BEG UDARA INFLATOR TAKATA

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Program Golf Serantau 2018( Program )

Guide for Activity Report Panduan untuk Laporan Aktiviti

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN AKUATIK MSSPP

PERATURAN SPESIFIK (CRITERIUM)

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

4. BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, AKUATROP adalah :

ASSOCIATION BETWEEN ERGONOMIC RISK FACTORS AND MUSCULOSKELETAL PAIN AMONG FIXIE BIKE CYCLISTS MOHD SHAMSHEMUN BIN MOHAMED

a) This Contest is open to all individual customers of Maybank, who are Digi subscribers and at least 18 years of age ( Eligible Participant(s) )

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

INTERNAL SURFACE PIPE ROUGHNESS CLASSIFICATION USING HIGH FREQUENCY ACOUSTIC EVALUATION

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH GREAT EASTERN TAKAFUL BERHAD

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

MASALAH PENGUMPULAN DATA DI SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD DALAM PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI SELANGOR

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

(A) Ahad & Selasa Sun. & Tue. (B) Isnin & Rabu Mon. & Wed. Teras Kesukarelawanan / Volunteership Core

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

ffil*fiffiffil:' M il, SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 :20'15 KAMPUS KESIHATAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA \',

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN DENGAN ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN EMPLOYABILITY YANG DIPERLUKAN OLEH PARA MAJIKAN INDUSTRI

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

oleh Pemohon (Pelukis Pelan Berdaftar/ Arkitek/ Jurutera Profesional

INTEGRATED FARE PAYMENT SYSTEM IN MULTI OPERATORS SINGLE MARKET PUBLIC BUS NETWORK SAFIZAHANIN BINTI MOKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM

NEYMAR JR S FIVE RULES OF THE GAME *Untuk versi Bahasa Malaysia, sila rujuk muka surat 13*

PERATURAN SPESIFIK (CRITERIUM)

Faculty of Engineering

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERLINDUNGAN HAK DAN KEPENTINGAN PEMBELI RUMAH. JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT Mei 2017

EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam

TAJUK TENDER / SEBUTHARGA : MAT-IMSE TO REPLENISH INSTRUMENT SPARES FOR OVERHAUL

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

Memahami Emosi Watak dalam Gambar Bersiri Melalui Kaedah Berfikir Secara Lateral

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

Faculty of Engineering

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

IRDAYATI BINTI ABDUL AIR

HUBUNGAN ANTARA KERAPATAN HUBUNGAN DAN KEPUASAN PERKAHWINAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Kegagalan Pemaju Menyiapkan Rumah Dan Kesan Ke Atas Pembeli Yang Menggunakan Produk Pembiayaan Perumahan Islam

KKPICESM. mm PANGING. m m m m

PENGESAHAN PENYELIA. Tandatangan : Nama Penyelia : Dr. Aminah Binti Md. Yusof Tarikh : APRIL 2006

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

Personaliti Ekstraversi Sebagai Moderator dalam Hubungan antara Kecerdasan Emosi dengan Estim Kendiri Pekerja. Siti Sarawati Johar (PhD) 1, a *

KERJA KERJA PEMBAIKAN PENYELENGGARAAN TAHUN 2015 ( KERJA KERJA AWAM SAHAJA) BIL BUTIR BUTIR KERJA UNIT KUANTITI HARGA JUMLAH (PROV) (RM) (RM)


REGISTRATION FORM. Page 1 : 2. Association Stamp. Signature Delegation Leader / Team Manager TEAM : DELEGATION LEADER : TEAM MANAGER :

DEVELOPMENT OF PADDED BANDANA FOR TAKRAW PLAYERS MUHAMMAD AZRI BIN MOHD RAZI

SISTEM e- KAUNSELING (e-3psk) Khairul Fadhli Abdul Karim Assoc. Prof. Dr. Shahnorbanun Sahran ABSTRAK

SOALAN NOMBOR 1 ADALAH SOALAN WAJIB YANG PERLU DIJAWAB OLEH SETIAP CALON

KAJIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DRON BAGI MENGURANGKAN RISIKO DI TAPAK PROJEK MOHAMAD MU AZRADZI BIN AZAHAR

GARIS PANDUAN PENJANAAN PENDAPATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA GARIS PANDUAN PENJANAAN PENDAPATAN UNIVERSI TI TEKNOLOGI MARA

FACULTY OF ELECTRICAL ENGINEERING UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM2)

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

PERMAINAN WEB ALPHA BAHAYA AIR

Transcription:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-407/17 ANTARA PUTERI NADIA BINTI AZMAN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.: 56 OF 2018 DI HADAPAN TEMPAT : YA DATIN KALMIZAH BINTI SALLEH PENGERUSI : Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur TARIKH RUJUKAN : 27.03.2017. TARIKH SEBUTAN : 05.05.2017; 10.07.2017; 10.08.2017; 15.11.2017; 22.11.2017. TARIKH BICARA : 13.10.2017. PERWAKILAN : Puteri Nadia binti Azman Pemohon (Tidak diwakili) - hadir 42EAST Management Sdn. Bhd. Pihak Syarikat/Wakil tidak hadir RUJUKAN : Ini adalah suatu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 berkenaan dengan pembuangan kerja Puteri Nadia binti Azman (dirujuk sebagai Yang Menuntut ) oleh 42EAST Management Sdn. Bhd. (dirujuk sebagai Responden ) pada 29.09.2016. 1

AWARD [1] Kes ini adalah mengenai penamatan perkhidmatan Putri Nadia binti Azman (dirujuk sebagai Yang Menuntut ) oleh 42EAST Management Sdn. Bhd. (dirujuk sebagai Responden ) pada 29.09.206. YB Menteri Sumber Manusia telah merujuk kes ini ke Mahkamah Perusahaan pada 28.03.2017 dan diteirma oleh Mahkamah ini pada 04.04.2017 untuk dibicarakan. FAKTA KES [1] Perbicaraan dijalankan secara ex-parte. [2] Kes ini telah dijalankan secara ex-parte pada 13.10.2017. Sewaktu kes ini disebut buat kali pertama pada 05.05.2017, pihak Yang Menuntut hadir dan tidak diwakili peguam tetapi pihak Responden tidak hadir di Mahkamah. [3] Pada 10.07.2017, kes ini sekali lagi disebut dan pihak Yang Menuntut hadir manakala pihak Responden masih tidak hadir. Sekali lagi Mahkamah yang mulia ini memberi tarikh sebutan baru kali ketiga pada 10.08.2017 di mana pada tarikh tersebut, pihak Yang Menuntut dan pihak Responden tidak hadir. Mahkamah yang mulia akhirnya menetapkan tarikh bicara pada 13.10.2017,sekiranya pihak Yang Menuntut tidak hadir, kes ini akan dibatalkan dan sekiranya pihak Responden tidak hadir, perbicaraan akan diteruskan secara ex-parte. [4] Menurut pihak Yang Menuntut, pihak Responden masih lagi aktif di alamat yang sama. Mengikut rekod Penghantar Notis, pada 16.08.2017 jam 11.00 pagi, beliau telah pergi ke alamat pihak Responden dan telah berjaya serahkan notis kepada Ariya Pauline De Silva (rujuk kepada akuan penerimaan lampiran 27). Pihak Yang Menuntut telah memfailkan Penyataan Kes dan dokumen-dokumen yang berkaitan di Mahkamah. Berdasarkan equiti, niat murni dan merit kes ini, Mahkamah telah memerintahkan perbicaraan kes ini dijalankan secara ex-parte di bawah seksyen 29(d) Akta. 2

TUGAS MAHKAMAH DI DALAM PERBICARAAN SECARA EX-PARTE [5] Rujuk kepada kes OP Malhotra in the law of Industrial Disputes Vol. 1, 6 th Edition at page 1063 adalah seperti berikut: if any party, without sufficient cause, defaults and fails to appear at any stage of adjudication before tribunal, the tribunal may proceed with the reference ex-parte and decide the reference or any application in the absence of the defaulting party. Seksyen 29(d) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 memberi kuasa kepada Mahkamah: (d) hear and determine the matter before in notwithstanding the failure of any party to submit any written statement whether of case or reply to the Court within such time as maybe prescribed by the President or in the absence of any party to the proceedings who has been served with a notice or summons to appear. KES PIHAK YANG MENUNTUT [6] Pihak Yang Menuntut sewaktu memberi keterangan di Mahkamah secara bersumpah menyatakan beliau telah bekerja sebagai seorang juruwang serta Bartender (Tukang Bancuh Air) dengan syarikat Responden. - rujuk kepada ikatan dokumen pihak Yang Menuntut (CLB) mukasurat 3 iaitu Contract of Employment bertarikh 7 September 2016. [7] Pihak Yang Menuntut menyatakan pendapatan yang ditawarkan ialah RM2,500.00. Pihak Yang Menuntut juga diberi tempoh percubaan selama enam (6) bulan atau dua puluh empat (24) minggu. Tempoh percubaan tersebut akan tamat pada 09.03.2017. Pihak Yang Menuntut mula bekerja pada 07.09.2016. 3

[8] Menurut pihak Yang Menuntut, pada 29.09.2016 jam lebih kurang 6.30 petang. Pihak Yang Menuntut telah menerima panggilan telefon daripada majikannya (Responden) untuk berjumpa di restoran kejiranan Interlude bagi membincangkan pertuduhan salah laku pihak Yang Menuntut. Selepas perjumpaan dan perbincangan tersebut, pihak Yang Menuntut telah dibuang kerja serta-merta tanpa notis. Pihak Yang Menuntut menafikan sekeras-kerasnya tentang perbuatan salahlaku tersebut iaitu majikan (Responden) telah menuduh pihak Yang Menuntut mencuri wang jualan pada tarikh 22.09.2016. [9] Menurut pihak Yang Menuntut, semasa sesi perjumpaan di restoran kejiranan Interlude tersebut, majikan (Responden) datang dengan isterinya dan menyuruh pihak Yang Menuntut menjelaskan bagaimana laporan kewangan disediakan. Pihak Yang Menuntut menerangkan laporan kewangan yang disediakan. Kemudian majikan (Responden) menyuruh pihak Yang Menuntut mengikut format yang disediakan oleh majikan (Responden) selepas majikan menerangkan format baru itu. [10] Selepas majikan (Responden) memberi penerangan tentang format baru laporan kewangan, Responden beritahu pihak Yang Menuntut bahawa duit jualan pada 22.09.2016 tiada di dalam simpanan beliau. Pihak Yang Menuntut menafikan tentang ketiadaan duit jualan itu. Responden seterusnya menyatakan tiada resit kewangan harian di dalam sistem. Pihak Yang Menuntut menyatakan bahawa resit kewangan ada di dalam sistem dan pihak Yang Menuntut boleh tunjukkan. Responden minta pihak Yang Menuntut bertanggungjawab di atas kehilangan wang tersebut. Pihak Yang Menuntut minta Responden tunjukkan bukti terlebih dahulu bahawa pihak Yang Menuntut yang telah hilangkan wang tersebut. 4

[11] Selepas perjumpaan tersebut, Responden telah membuang kerja pihak Yang Menuntut pada 29.09.2016. Pemberhentian pihak Yang Menuntut ini dilakukan secara mudah. Tindakan Responden ini amat tidak adil kepada pihak Yang Menuntut. Tambahan pula perbuatan salahlaku yang dikatakan dibuat oleh pihak Yang Menuntut masih belum dibuktikan lagi. Pihak Yang Menuntut kemudiannya membuat satu laporan polis iaitu TTDI/005198/16 pada 26.09.2016. - rujuk kepada ikatan dokumen pihak Yang Menuntut (CLB) mukasurat 5. [12] Pihak Yang Menuntut juga ada resit kewangan yang bertarikh 22.09.2016 sebagai bukti di simpan di dalam sistem. - rujuk resit kewangan di dalam ikatan dokumen pihak Yang Menuntut (CLB) muksurat 7 dan mukasurat 8. Sekali lagi, pihak Yang Menuntut membuat laporan polis iaitu TTDI/005339/16. - rujuk kepada ikatan dokumen pihak Yang Menuntut (CLB) mukasurat 6. Tujuan laporan polis kedua dibuat oleh pihak Yang Menuntut adalah untuk menyatakan Responden meminta pihak Yang Menuntut membayar wang sejumlah RM758.00 yang dikatakan hilang. Majikan (Responden) juga tidak mahu membayar gaji pihak Yang Menuntut. [13] Pihak Yang Menuntut juga menyatakan bahawa majikan (Responden) menjanjikan untuk mempamerkan rakaman CCTV apa yang berlaku pada tarikh kejadian iaitu 22.09.2016 tetapi majikan (Responden) gagal mengemukakannya. Sehinggalah ke tarikh 22.09.2016, majikan (Responden) juga mengelak daripada berjumpa dengan pihak Yang Menuntut. Pihak Yang Menuntut ada minta majikan (Responden) menyerahkan nombor telefon peguam Responden tetapi Responden gagal memberikannya. 5

[14] Menurut pihak Yang Menuntut, majikan (Responden) pernah melakukan perkara yang sama seperti yang beliau lakukan ke atas pihak Yang Menuntut kepada pekerja-pekerja terdahulu. - rujuk ikatan dokumen pihak Yang Menuntut (CLB) mukasurat 10 catatan whatsapp (perbualan mesej). [15] Pihak Yang Menuntut juga menyatakan bahawa beliau masih di dalam peringkat percubaan. Sekiranya majikan (Responden) ingin menamatkan perkhidmatannya, majikan (Responden) hendaklah berikan notis satu (1) minggu tetapi majikan (Responden) tidak mengeluarkan notis tersebut. Berkaitan dengan isu salah laku (jika ada), majikan (Responden) akan mengeluarkan amaran lisan, akan keluarkan amaran bertulis formal pertama sebelum tindakan disiplin dan akhir sekali amaran bertulis formal akhir. - rujuk kepada ikatan dokumen pihak Yang Menuntut (CLB) mukasurat 4 42EAST Management Sdn. Bhd. (Regulations and Conditions of Employments. [16] Keterangan bersumpah pihak Yang Menuntut ini disokong oleh seorang saksi iaitu Asraf Ariff bin Ahmad Amirudin (CLWS 2). Menurut CLWS 2 di dalam keterangannya menyatakan CLWS 2 bersama dengan pihak Yang Menuntut telah berbincang dengan majikan (Responden) berkaitan dengan masalah duit yang hilang. CLWS 2 turut dipanggil kerana pihak Yang Menuntut adalah di bawah seliaan CLWS 2. [17] Di dalam perbincangan tersebut, CLWS 2 mendapati majikan (Responden) menyalahkan sepenuhnya tentang kehilangan wang tersebut kepada pihak Yang Menuntut. Pihak Yang Menuntut akhirnya telah dibuang kerja serta-merta tanpa sebarang surat. CLWS 2 tanya mengenai gaji pihak Yang Menuntut sebab pihak Yang Menuntut adalah pekerja di bawah seliaan CLWS 2. Majikan (Responden) memaklumkan gaji pihak Yang Menuntut 6

tidak akan diberikan. Pihak Yang Menuntut harus bayar jumlah wang yang hilang tanpa gaji. Menurut majikan (Responden) lagi, resit kewangan tiada di dalam sistem. Pihak Yang Menuntut ada tunjukkan resit kewangan tersebut kepada CLWS 2 dan telah dijadikan dokumen sokongan kes pihak Yang Menuntut. CLWS juga mengesahkan bahawa pihak Yang Menuntut ada membuat dua (2) laporan polis berkenaan dengan kejadian ini. [18] Pihak Yang Menuntut menghujahkan, oleh kerana pihak Responden tidak hadir ke Mahkamah yang mulia ini dan gagal memfailkan sebarang Penyataan Jawapan (Statement in Reply) menyebabkan pihak Responden telah gagal membuktikan di hadapan Mahkamah ini berasaskan perseimbangan kebarangkalian bahawa perbuatan salahlaku pihak Yang Menuntut ini gagal dibuktikan dan penamatan kerja pihak Yang Menuntut yang dikatakan dibuat secara adil juga gagal dibuktikan. [19] Setelah Mahkamah meneliti keterangan pihak Yang Menuntut dan disokong dengan keterangan dokumentasi yang dikemukakan di Mahkamah serta keterangan bersumpah oleh CLWS 2 (saksi pihak Yang Menuntut) dan keterangan juga tidak dicabar oleh pihak syarikat (Responden) kerana kegagalan pihak Responden untuk hadir di Mahkamah sepanjang kes ini disebut dan dibicarakan. Mahkamah memutuskan penamatan kerja pihak Yang Menuntut pada 29.09.2016 adalah tidak adil dan tanpa alasan. Mahkamah membenarkan tuntutan pihak Yang Menuntut. 7

REMEDI [20] Pihak Yang Menuntut telah berkhidmat di syarikat Responden mulai 07.09.2016 dan telah ditamatkan perkhidmatan pada 29.09.2016. Pendapatan yang ditawarkan sejumlah RM2,500.00 dan tempoh percubaan pula adalah selama 24 minggu/6 bulan. Pihak Yang Menuntut telah ditamatkan perkhidmatan setelah 23 hari bekerja. Mahkamah memutuskan remedi yang sesuai ialah : Upah gaji bagi bulan bekerja tersebut (September 2016) : RM2,500.00 Ini adalah kerana pihak Yang Menuntut masih lagi di dalam tempoh percubaan yang akan tamat pada 09.03.2017. Ini juga adalah sepertimana yang terdapat di dalam 42East Management Sdn. Bhd. (Regulation and Conditions of Employment). Bayaran hendaklah dibayar dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Award ini diperturunkan. DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 4 HARIBULAN JANUARI 2018 t.t. ( DATIN KALMIZAH BINTI SALLEH ) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN, MALAYSIA KUALA LUMPUR 8