Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Program Golf Serantau 2018( Program )

Similar documents
Complimentary green fees for 1 full flight for Cardmember and 3 guests. Tee-off at 10 renowned regional golf courses.

RHB Premium Cards Golf Privileges 2019 Terms and Conditions

Terma dan Syarat Program Keistimewaan Golf World Mastercard ( Program )

a) This Contest is open to all individual customers of Maybank, who are Digi subscribers and at least 18 years of age ( Eligible Participant(s) )

SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

ASAS SIMPAN KIRA DAN PERAKAUNAN Tempat: Kota Kinabalu, Sabah. Sila pilih tarikh kursus yang bersesuaian. Tandakan dalam kotak yang disediakan.

LAWN BOWLS (LELAKI & WANITA)

BUKU PANDUAN PESERTA PEREKA 2018

SHORT ESSAY COMPETITION PERTANDINGAN KARANGAN PENDEK

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ]

SUKAN MALAYSIA IX 2002 PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

OBJEKTIF MODUL. Membincangkan dan menerangkan lebih lanjut pelbagai arahan (Command) tambahan dalam menganalisis data.

NOTIS PEMBERITAHUAN TERMASUK TARIKH AKHIR UNTUK MENYELESAIKAN POTENSI TUNTUTAN BEG UDARA INFLATOR TAKATA

BAB 4: GRAF GEOGRAFI TINGKATAN DUA BAB 4: GRAF

Nama Penilai. No. K/Pengenalan. Tarikh Terima :. Tarikh Siap :... No. Telefon : No. Faksimili :.. 1. Adakah manuskrip ini merupakan karya asli?

DATA INTEGRITI. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

counselling2u.uitm.edu.my

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PERATURAN SPESIFIK (CRITERIUM)

Terms and Conditions Governing The CIMB Bank Berhad Regional Golf Program 2018

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November 2010

PERATURAN SPESIFIK (CRITERIUM)

GARIS PANDUAN IDENTITI KORPORAT & PRODUK OKTOBER 2018 PRODUCT & CORPORATE IDENTITY GUIDELINES

32nd MALAYSIAN INTERNATIONAL OPEN MASTERS ATHLETICS CHAMPIONSHIPS LAPORAN (REPORT)

-1- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. First Semester Examination 2010/2011 Academic Session. November ESA 366/3 Flight Performance Prestasi Pesawat

TAJUK TENDER / SEBUTHARGA : MAT-IMSE TO REPLENISH INSTRUMENT SPARES FOR OVERHAUL

PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN AKUATIK MSSPP

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Arahan Amalan Bil 1 Tahun 2017 Garis Panduan, Tatacara dan Tanggungjawab Peguam Lantikan Mahkamah bagi Kes Kesalahan Hukuman Mati

finer things in life

DATA AKSES. Akademi Audit Negara. View. CAATs ASAS ACL / 1

NEYMAR JR S FIVE RULES OF THE GAME *Untuk versi Bahasa Malaysia, sila rujuk muka surat 13*

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 5/4-407/17 ANTARA PUTERI NADIA BINTI AZMAN DAN 42EAST MANAGEMENT SDN. BHD. AWARD NO.

Bengkel di Kedah dan Melawat Kumpulan Advokasi Diri di Kedah & Perlis


PERLINDUNGAN HAK DAN KEPENTINGAN PEMBELI RUMAH. JABATAN PERUMAHAN NEGARA KPKT Mei 2017

PRUhealth. Akhirnya, terdapat satu pelan perubatan yang memberi kita ganjaran kerana sihat, dan melindungi kita apabila tidak!

EAH 221/3 Mekanik Bendalir Untuk Jurutera Awam

28 April hingga 1 Mei 2017

(Menggunakan Letter Head Jabatan)

KAJIAN BIOLOGI PEMBIAKAN IKAN KELAH (Tor tambra) DI SUNGAI MEUREUBO, ACEH BARAT, INDONESIA BAIHAQI

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH GREAT EASTERN TAKAFUL BERHAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DETERMINATION OF IDEAL WIDTH FOR EXCLUSIVE MOTORCYCLE LANE ALONG THE STRAIGHT SECTION OF FEDERAL HIGHWAY, SELANGOR, MALAYSIA

BIOMECHANICAL LOADING OF INSTEP KICK FOR MALAYSIAN FOOTBALLER DAYANG KHAIRUNNISA BINTI ABANG KIPRAWI

HBT Bahasa, Undang-Undang dan Penterjemahan II

RESIDENTIAL HOUSING DEVELOPMENT IN KURDISTAN REGION GOVERNMENT OF IRAQI FEDERAL

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM

Sistem Tempahan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Malaysia

Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial

REGISTRATION FORM. Page 1 : 2. Association Stamp. Signature Delegation Leader / Team Manager TEAM : DELEGATION LEADER : TEAM MANAGER :

oleh Pemohon (Pelukis Pelan Berdaftar/ Arkitek/ Jurutera Profesional

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PEMBIAYAAN MENGIKUT JENIS PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

A SYSTEM DYNAMIC MODEL FOR DECISION SUPPORT SYSTEM IN LEAN CONSTRUCTION ALI CHEGENI

ESA 244/2 Aerodynamics [Aerodinamik]

SIGNIFICANCE OF WALKABILITY IN THE CONTEXT OF TERRACE ROW HOUSES IN MALAYSIA: AN ETHNOGRAPHIC APPROACH SARA NAZEM

PERATURAN TEKNIKAL SUKAN LUMBA BASIKAL

SULIT 4551/3. Diagram 1.1 shows the apparatus set-up used in this experiment. Rajah 1.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen ini.

PEDESTRIAN UTILIZATION; ENHANCING FROM EXISTING : A STUDY CASE OF PANTAI CHENANG, LANGKAWI AND MELAKA HISTORICAL CITY, MELAKA

Buku ini membincangkan undang-undang yang berkaitan

THE EFFECT OF OVERSIZED LANE WIDTH AND LANE SHOULDER ON HEAVY VEHICLE PARKING ON RESIDENTIAL STREETS NURAIN BINTI MOHD SITH

ANALYSIS OF STROKE DISTRIBUTION BETWEEN PROFESSIONAL, INTERMEDIATE AND NOVICE SQUASH PLAYERS DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

(i) Warganegara Malaysia dengan keutamaan diberikan kepada yang bermastautin tetap di Negeri Sarawak ;

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

ECOLOGY OF BIVALVES IN THE LAGOON AREA OF SETIU WETLAND, TERENGGANU, MALAYSIA NURULAFIFAH BINTI YAHYA

4. BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA Bidang Tugas Jawatankuasa Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, AKUATROP adalah :

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. program. Perkembangan Profesional Berterusan Kaunselor Berdaftar BUKU PANDUAN

BENTUK KEROSAKAN DAN KOS PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI NEGERI TERENGGANU MOHD FAISAL BIN MUSTAFA

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Metodologi Kajian 1.

INTERNAL SURFACE PIPE ROUGHNESS CLASSIFICATION USING HIGH FREQUENCY ACOUSTIC EVALUATION

Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong This page is deliberately left blank

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. EAL 335/4 Traffic and Transportation Engineering [Kejuruteraan Pengangkutan dan Lalulintas]

KAJIAN FAKTOR KELEWATAN DAN LANGKAH KAWALAN KELEWATAN PROJEK PEMBINAAN PERUMAHAN DI PULAU PINANG NUR LIYANA BINTI MOHD SALLEH

THE DYNAMICS OF CURRENT CIRCULATION AT NEARSHORE AND VICINITY OF ISLAND IN TERENGGANU WATERS NURUL RABITAH BINTI DAUD

KADAR KEMUDAHAN/ URUSAN PENTADBIRAN

Material Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kima

15/2017. Buletin UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

GARIS PANDUAN PENJANAAN PENDAPATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA GARIS PANDUAN PENJANAAN PENDAPATAN UNIVERSI TI TEKNOLOGI MARA

PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010

TATAKELAKUAN. Melengkapkan nilai teras kita: KESELAMATAN KEPELBAGAIAN INTEGRITI PEMATUHAN PENCIPTAAN NILAI BERPASUKAN/KERJASAMA

KEPERLUAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CPD) TERHADAP PROFESIONAL JURUUKUR DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZIM B. ALIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAUDITAN PEMBINAAN PENGALAMAN MALAYSIA (JABATAN AUDIT NEGARA)

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 BAGI PERKHIDMATAN PELUKIS PELAN LANDSKAP TINGKATAN KHAS J26

KERJA KERJA PEMBAIKAN PENYELENGGARAAN TAHUN 2015 ( KERJA KERJA AWAM SAHAJA) BIL BUTIR BUTIR KERJA UNIT KUANTITI HARGA JUMLAH (PROV) (RM) (RM)

9/13/2012. Sr Dr. Mohd Saidin Misnan UTM Skudai, Johor, Malaysia

VALIDATING AND DEVELOPING A NEW AGILITY TEST FOR KARATE

SOALAN NOMBOR 1 ADALAH SOALAN WAJIB YANG PERLU DIJAWAB OLEH SETIAP CALON

(A) Ahad & Selasa Sun. & Tue. (B) Isnin & Rabu Mon. & Wed. Teras Kesukarelawanan / Volunteership Core

Siri Selamat di Rumah dan di Luar Rumah

BORANG PERMOHONAN PELESENAN

Risalah Data Keselamatan Kimia. Chemical Safety Data Sheet

Material Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kimia

Abstrak. Pembelajaran Nilai Melalui Lagu Kanak-kanak. Mohamed Sha ban Mohd Rapiai

Material Safety Data Sheet Risalah Data Keselamatan Kimia

Faculty of Engineering

INSTRUCTION: This section consists of SIX (6) essay questions. Answer FOUR (4) questions only.

PATH WALKABILITY ASSESSMENT FRAMEWORK BASED ON DECISION TREE ANALYSIS OF PEDESTRIAN TRAVELERS RETAIL WALKING AREZOU SHAFAGHAT

Faculty of Engineering

Kegagalan Pemaju Menyiapkan Rumah Dan Kesan Ke Atas Pembeli Yang Menggunakan Produk Pembiayaan Perumahan Islam

Risalah Data Keselamatan Kimia. Chemical Safety Data Sheet

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN MUSLIM DI MALAYSIA

Transcription:

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Program Golf Serantau 2018( Program ) 1. Pemegang kad kredit berikut:- CIMB WORLD MasterCard, CIMB Enrich World Elite MasterCard dan CIMB Enrich WORLD MasterCard ( Kad-kad Kredit CIMB ) yang dikeluarkan oleh CIMB Bank Berhad, Malaysia ( CIMB Bank atau CIMB ) berhak menikmati hak istimewa tertentu di bawah Program Golf Serantau CIMB 2018 ( Program ). Pemegang kad utama dan/atau tambahan Kad Kredit CIMB akan dirujuk sebagai Ahli Kad CIMB. Program sah sehingga 31 Disember 2018 kecuali dinyatakan sebaliknya. Hak istimewa golf yang diberikan di bawah Program adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dibentangkan di dalam ini dan terma-terma dan syarat-syarat kelab golf sertaan ( Kelab Golf Sertaan ). Hak istimewa golf hanya boleh dinikmati oleh Ahli Kad CIMB sendiri dan tidak boleh dipindahkan atau ditukar untuk wang tunai, kredit atau barangan dan perkhidmatan lain. 2. Tertakluk kepada tempahan terdahulu dibuat selaras dengan terma-terma di sini dan semua pembayaran berjaya dicaj kepada Kad Kredit CIMB relevan Ahli Kad CIMB:- (i) setiap Ahli Kad CIMB utama dan tambahan berhak menikmati green fees percuma apabila mereka bermain golf di Kelab Golf Sertaan di Malaysia; dan (ii) hanya Ahli Kad CIMB utama berhak menikmati green fees percuma apabila mereka bermain golf di Kelab Golf Sertaan di Singapura, Indonesia, Thailand, Kambodia, Filipina dan Vietnam. Untuk mengelakkan keraguan, Ahli Kad CIMB tambahan tidak berhak menikmati green fees percuma apabila mereka bermain golf di Kelab Golf Sertaan di Singapura, Indonesia, Thailand, Kambodia, Filipina dan Vietnam. *Senarai Kelab Golf Sertaan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Kambodia, Filipina dan Vietnam di bawah Program bersama-sama dengan sebarang terma dan syarat tambahan yang dikenakan oleh setiap Kelab Golf Sertaan boleh didapati dalam Jadual 1: Program Golf Serantau 2018 - Kelab Golf Sertaan. Untuk Kelab Golf Sertaan tertentu, hak istimewa green frees percuma tidak tersedia semasa hujung minggu dan cuti umum. 3. Semua tempahan golf di bawah Program hendaklah dibuat oleh Ahli Kad CIMB sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal tetapi tidak lebih daripada 14 hari lebih awal (tidak termasuk tarikh tempahan dan tarikh tee-off ), dengan menghubungi CIMB Privileges Reservations di nombor telefon berikut: Ahli Kad Malaysia : +603 6204 7899 4. Keutamaan untuk membuat tempahan golf akan diberi kepada Ahli Kad CIMB yang mengekalkan RM3,000 (perbelanjaan runcit atau baki yang dibawa dari penyata sebelum) dalam mana-mana daripada dua penyata kad kredit yang terbaru. 5. Kelab golf tidak akan melayan sebarang tempahan di bawah Program ini secara terus daripada Ahli Kad CIMB dan Ahli Kad CIMB tidak akan diberikan hak istimewa jika tidak membuat tempahan melalui CIMB Privileges Reservations. Pengesahan tempahan golf adalah tertakluk kepada ketersediaan dan pengesahan oleh Kelab Golf Sertaan. Ahli kelab golf tidak boleh membuat tempahan secara terus dengan kelab golf dan memindahkan masa tee-off yang disahkan kepada Ahli Kad CIMB dan Ahli Kad CIMB tidak dibenarkan membuat tempahan dengan CIMB Privileges Reservations bagi pihak ahli kelab golf yang lain. 6. Ahli Kad CIMB dikehendaki membayar semua bayaran bugi, bayaran kedi, tip, cukai kerajaan, caj perkhidmatan dan caj sampingan lain yang boleh ditetapkan dan dicaj oleh oleh Kelab Golf Sertaan dari semasa ke semasa. Ahli Kad CIMB mengakui bahawa jika dikehendaki berbuat demikian oleh Kelab Golf Sertaan, Ahli Kad CIMB boleh dikenakan pembayaran terdahulu daripada akaun kad kredit Ahli Kad CIMB, selepas Ahli Kad CIMB dimaklumkan tentangnya. Rain check tidak akan diberikan oleh Kelab Golf Sertaan selepas masa tee-off yang ditetapkan. Muka surat 1

7. Kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Kelab Golf Sertaan, tetamu Ahli Kad CIMB dikehendaki membayar green fees, bayaran bugi, bayaran kedi, cukai, caj perkhidmatan dan caj sampingan lain pada kadar yang ditetapkan oleh Kelab Golf Sertaan. Ahli Kad CIMB hendaklah membayar bayaran ini dalam Ringgit Malaysia yang akan, jika berkenaan, ditukar daripada mata wang asing yang berkenaan kepada Ringgit Malaysia, menggunakan kadar pertukaran semasa CIMB yang diterbitkan setiap hari. Bilangan tetamu tidak dikenakan had, tetapi tempahan adalah tertakluk kepada ketersediaan. Kadar boleh diubah oleh Kelab Golf Sertaan tanpa notis. 8. Hak istimewa yang disediakan di bawah Program hanya sah untuk akses kepada padang golf dan tidak merangkum akses kepada kemudahan lain di Kelab Golf Sertaan. Hak istimewa di bawah Program tidak boleh digunakan oleh Ahli Kad CIMB atau tetamu mereka dengan sebarang promosi golf lain. 9. Ahli Kad CIMB hanya berhak bermain maksimum empat (4) kali di setiap Kelab Golf Sertaan setiap tahun kalendar di bawah Program. 10. Pembatalan atau penjadualan semula tempahan golf (sama ada pada nama pemain golf, tarikh permainan atau masa tee off ) adalah menurut budi bicara Kelab Golf Sertaan dan tertakluk kepada caj pembatalan / penjadualan semula mereka yang berkuat kuasa. Untuk maklumat, dasar pembatalan dan penjadualan semula semasa bagi Kelab Golf Sertaan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Kambodia, Filipina dan Vietnam dibentangkan dalam Jadual 2 di bawah. Kelab Golf Sertaan boleh meminda dasar mereka masing-masing dari semasa ke semasa tanpa perlu memberikan sebarang notis terdahulu kepada Ahli Kad CIMB dan dasar yang terpinda akan mengikat Ahli Kad CIMB. Ahli Kad CIMB dengan ini memberi kuasa kepada CIMB Bank, untuk mendebit akaun Kad Kredit CIMB Ahli Kad CIMB dengan serta-merta dan tanpa notis berhubung dengan sebarang caj pembatalan atau penjadualan semula atau yuran pentadbiran yang dikenakan oleh Kelab Golf Sertaan yang berkenaan. 11. Ahli Kad CIMB hanya boleh memegang maksimum (1) tempahan terdahulu untuk Kelab Golf Sertaan di Malaysia dan tidak boleh membuat sebarang tempahan lanjut sehingga permainan yang ditempah telah selesai. Untuk kelab golf di negara melainkan negara di mana Kad Kredit CIMB dikeluarkan, Ahli Kad CIMB boleh membuat maksimum dua (2) tempahan terdahulu. 12. Apabila tiba dan mendaftar diri di Kelab Golf Sertaan yang ditempah, Ahli Kad CIMB hendaklah mengemukakan dokumen berikut:- (i) kad handikap yang sah (untuk Kelab Golf Sertaan di Malaysia dan Singapura sahaja); dan (ii) Kad Kredit CIMB. Bilangan pemain golf minimum setiap flight hendaklah seperti yang ditetapkan oleh Kelab Golf Sertaan masing-masing. 13. Setiap Ahli Kad CIMB yang turut serta mengakui bahawa penyertaannya dalam Program termasuk bermain golf di Kelab Golf Sertaan masing-masing dilakukan atas risikonya sendiri dan dengan ini melepaskan CIMB Bank dan ahli gabungannya dan setiap pekerja, agen dan wakil sah mereka masing-masing, daripada sebarang tuntutan, kerugian, kerosakan, kematian, kecederaan, kos atau perbelanjaan (termasuk sebarang tuntutan untuk kos guaman dan/atau perbelanjaan guaman) yang ditanggung atau dialami oleh Ahli Kad CIMB yang turut serta dan/atau tetamunya berhubung dengan hak istimewa dan promosi yang mereka nikmati sama ada semasa bermain golf atau sebaliknya. 14. CIMB Bank tidak menjamin mutu atau perkhidmatan yang diberikan oleh Kelab Golf Sertaan dan tidak bertanggungjawab atas sebarang kekurangan, kelewatan atau kelemahan mana-mana Kelab Golf Sertaan dan/atau padang golf tersebut atau atas sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami, atau sebarang kecederaan diri atau kematian mana-mana Ahli Kad CIMB, tetamu mereka atau mana-mana Muka surat 2

pelanggan lain secara langsung atau tidak langsung kerana menggunakan atau tidak menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Kelab Golf Sertaan. 15. CIMB Bank berhak menggantikan, mengeluarkan atau menggantikan mana-mana Kelab Golf Sertaan di bawah Program ini, melanjutkan, memodifikasi, menarik balik, membatalkan, menamatkan atau menggantung semua atau mana-mana hak istimewa dan promosi yang terkandung atau disenaraikan di bawah Program dan/atau untuk menggantikan mana-mana hak istimewa dan promosi yang disenaraikan di bawah Program dengan hak istimewa dan promosi lain yang serupa kosnya dengan memberikan notis terdahulu selama 14 hari kalendar selaras dengan terma-termanya. Untuk mengelakkan keraguan, pengeluaran atau penggantian mana-mana Kelab Golf Sertaan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh CIMB Bank, terhadap hak istimewa dan promosi yang diberikan tidak akan memberikan hak kepada mana-mana Ahli Kad CIMB untuk membuat sebarang tuntutan atau mendapatkan sebarang pampasan terhadap CIMB Bank, untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Ahli Kad CIMB yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh pengeluaran atau penggantian, pembatalan, penamatan atau penggantungan. 16. Kelab golf sertaan tempatan dan serantau merizab hak mereka masing-masing untuk meminda terma-terma dan syarat-syarat atau peraturan kelab golf mereka masing-masing dan mengenakan terma-terma dan syaratsyarat atau peraturan baru dari semasa ke semasa tanpa perlu memberikan sebarang notis terdahulu kepada Ahli Kad CIMB. Ahli Kad CIMB terikat oleh terma-terma dan syarat-syarat atau peraturan yang diubah dan/atau baru. 17. Ahli Kad CIMB mengakui dan bersetuju bahawa sebarang pertikaian melibatkan perkhidmatan setiap kelab golf sertaan hendaklah diselesaikan secara terus antara Ahli Kad CIMB dan Kelab Golf Sertaan. CIMB Bank tidak bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang pertikaian atau untuk pertikaian itu sendiri. Setiap Ahli Kad CIMB mengakui dan bersetuju bahawa jika berlaku sebarang pertikaian, keputusan kelab golf sertaan adalah muktamad dan konklusif. 18. CIMB Bank berhak, dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari, untuk meminda (sama ada dengan menambah, memotong, memodifikasi, mengubah atau sebaliknya walau bagaimanapun jua) sebarang terma dan syarat yang dinyatakan di dalam ini. 19. Sebarang notis berkaitan dengan Program yang hendak diberikan oleh CIMB Bank kepada Ahli Kad CIMB boleh dilaksanakan melalui mana-mana cara komunikasi berikut:- (i) dengan meletakkan notis di premis CIMB Bank; dan/atau (ii) melalui satu penerbitan dalam satu atau lebih daripada satu akhbar pilihan CIMB Bank; dan/atau (iii) dengan memasukkan sisipan dalam penyata akaun CIMB Bank; dan/atau (iv) melalui pos biasa atau berdaftar; dan/atau (v) melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau mel elektronik; dan/atau (vi) dengan meletakkan notis di laman web CIMB Bank. Ahli Kad CIMB mengakui dan bersetuju untuk melawat laman web CIMB Bank secara berkala untuk membaca terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal Program untuk memastikan bahawa mereka mendapat maklumat yang dikemas kini tentang apa-apa perubahan atau pindaan pada terma-terma dan syarat-syarat ini. Makluman yang diberikan oleh CIMB akan dianggap disampaikan kepada Ahli Kad CIMB dari tarikh komunikasi dan akan dianggap mengikat Ahli Kad CIMB dari tarikh komunikasi makluman atau dari sebarang tarikh lain yang boleh ditetapkan oleh CIMB Bank dalam makluman. Muka surat 3

20. Terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, seperti yang dipinda dari semasa ke semasa, akan mengatasi sebarang peruntukan atau representasi yang terkandung dalam sebarang bahan promosi lain yang mengiklankan Program. Ahli Kad CIMB yang menuntut hak istimewa di bawah Program akan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju terikat oleh terma-terma dan syarat-syarat ini. 21. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Program, Ahli Kad CIMB boleh menghubungi Customer Resolution Unit CIMB di alamat, nombor telefon dan nombor faks berikut (atau di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks lain yang boleh diubah oleh CIMB dengan memaklumkan Peserta Layak): Customer Resolution Unit, Level 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 603 6204 7788/ Faks: 603 2691 3248/CRU@cimb.com. 21. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi Terma-terma dan Syaratsyarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Ahli Kad CIMB dan dicatat dan diakui oleh CIMB Bank dalam rekodnya bahawa versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi Kad-kad Kredit CIMB Ahli Kad CIMB ini, maka versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain. JADUAL 1: PROGRAM GOLF SERANTAU 2018 KELAB GOLF SERTAAN Negara / Kelab Golf Sertaan 1. Bukit Kemuning Golf & Country Resort 2. Eastwood Valley Golf & Country Club 3. Impian Emas Golf & Country Club 4. Kelab Rahman Putra Malaysia (Promosi sah hingga 30 April 2018) 5. Nilai Springs Golf & Country Club 6. Palm Garden Golf Club 7. Palm Resort Golf & Country Club 8. Penang Golf Resort 9. Penang Golf Club 10. Ponderosa Golf and Country Club 11. Pulai Springs Resort 12. Tanjung Puteri Golf Resort 13. The Legends Golf & Country Resort 14. Tiara Melaka Golf & Country Club 15. Tropicana Golf & Country Resort 16. Orna Resort Indonesia 1. Bandung Giri Gahana Golf Resort 2. Bintan Lagoon Resort Muka surat 4

Negara / Kelab Golf Sertaan 3. Cengkareng Golf Club 4. Imperial Klub Golf 5. Jagorawi Golf & Country Club 6. Klub Golf Bogor Raya 7. New Kuta Golf Bali 8. Padang Golf Modern & Country Club 9. Rancamaya Golf & Country Club 10. Riverside Golf Club Singapura 1. Keppel Club 2. Orchid Country Club 3. Raffles Country Club (Promosi sah hingga 31 Mei 2018 atau pada tarikh yang ditentukan oleh CIMB Bank mengikut budi bicara mutlaknya ) 4. Sembawang Country Club 5. Warren Golf & Country Club Thailand 1. Uniland Golf & Resort 2. Lotus Valley Golf Resort Kambodia 1. Angkor Golf Resort Filipina 1. Eagle Ridge Golf & country Club 2. Sherwood Hills Golf & Country Club 3. The Rivieria Golf Club Vietnam 1. Laguna Lang Co 2. Montgomerie Links 3. Sky Lake Resort and Golf Club Muka surat 5

JADUAL 2: DASAR PEMBATALAN DAN PENJADUALAN SEMULA KELAB GOLF SERTAAN Sebagai maklumat, dasar pembatalan dan penjadualan semula semasa bagi kelab golf sertaan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Kambodia, Filipina dan Vietnam dibentangkan di bawah. Kelab golf sertaan boleh meminda dasar mereka masing-masing dari semasa ke semasa tanpa perlu memberikan sebarang notis terdahulu kepada Ahli Kad CIMB dan dasar yang terpinda akan mengikat Ahli Kad CIMB. Negara / Malaysia Kelab Golf Bukit Kemuning Golf & Country Club Eastwood Valley Golf & Country Club Orna Resort The Legends Golf & Country Resort Tiara Melaka Golf & Country Club Kelab Rahman Putra Malaysia Nilai Springs Golf & Country Club Palm Garden Golf Club Impian Emas Golf & Country Club Palm Resort Golf & Country Club Penang Golf Resort Ponderosa Golf and Country Club Pulai Springs Resort Tanjung Puteri Golf Resort Penang Golf Club Tropicana Golf & Country Resort Dasar Pembatalan / Penjadualan Semula Pembatalan mesti dibuat dalam 24 jam sebelum tee-off. Penalti sebanyak RM100 akan dikenakan jika tidak datang atau jika berlaku kelewatan membuat pembatalan yang ditetapkan. Pembatalan mesti dibuat 48 jam sebelum tee-off. Tiada klausa pembatalan. Pembatalan mesti dibuat 24 jam sebelum tee-off. Penalti sebanyak RM40 akan dikenakan jika tidak datang atau jika berlaku kelewatan membuat pembatalan yang ditetapkan. Pembatalan mesti dibuat dalam 24 jam sebelum tee-off. Penalti sebanyak RM250 (hari kerja) dan RM390 (hujung minggu) akan dikenakan jika tidak datang atau jika berlaku kelewatan membuat pembatalan yang ditetapkan. Indonesia Semua Kelab Golf a. 75 % daripada jumlah penuh* jika pembatalan dibuat 2 hari bekerja** sebelum tee-off untuk tempahan hari Isnin hingga Jumaat / bukan cuti umum atau 75% daripada jumlah kos * untuk tempahan hujung minggu / cuti umum. b. 100% daripada jumlah penuh *, jika pembatalan Muka surat 6

Negara / Kelab Golf Dasar Pembatalan / Penjadualan Semula dibuat 1 hari bekerja ** sebelum tee-off (untuk tempahan hari bekerja, hujung minggu dan cuti umum). c. 100% daripada jumlah penuh * akan dikenakan sebagai penalti jika tidak datang atau jika berlaku kelewatan untuk mematuhi jadual tee-off yang ditetapkan. * Jumlah kos termasuk green fee, bayaran bugi, bayaran kedi, insurans dan yuran loker kerana Ahli Kad CIMB boleh menikmati kemudahan percuma dalam bentuk green fee, bayaran bugi, dan bayaran kedi. ** Masa penggalan adalah pukul 3.00 petang untuk Indonesia dan hari bekerja bermaksud hari yang bukan hari Sabtu, Ahad atau cuti umum di Indonesia atau daerah/negeri di mana terletaknya Kelab Golf Sertaan. Jika berlaku penjadualan semula sebarang masa teeoff yang disahkan daripada masa yang ditempah (yang mana penjadualan semula ini adalah tertakluk kepada ketersediaan) Ahli Kad CIMB akan dikenakan yuran pentadbiran sebanyak USD10.00 (atau jumlah yang bersamaan dalam mata wang tempatan) untuk setiap perubahan. Singapura Semua Kelab Golf Sebarang pembatalan yang dibuat sebelum masa yang ditempah akan menjadikan Ahli Kad CIMB tertakluk kepada caj berikut:- a. 3 hari bekerja* atau lebih sebelum tee-off S$10.00 setiap flight. b. 2 hari bekerja* atau kurang sebelum tarikh tee-off S$150.00 setiap flight. c. Tidak datang atau datang lewat pada tarikh tee-off 100% caj golf yang dibayar. Muka surat 7

Negara / Kelab Golf Dasar Pembatalan / Penjadualan Semula Thailand Semua Kelab Golf Sebarang pembatalan yang dibuat 3 hari bekerja* atau kurang sebelum masa yang ditempah akan menjadikan Ahli Kad CIMB tertakluk kepada caj berikut:- a. 3 hari bekerja sebelum tee-off THB800 setiap perubahan b. 2 hari bekerja atau kurang, tidak datang atau datang lewat sebelum tee-off 100% daripada jumlah caj golf** c. Perubahan tarikh dalam tempoh pembatalan dianggap pembatalan dan penalti akan dikenakan seperti di atas. ** Jumlah kos termasuk bayaran bugi dan bayaran kedi. Kambodia, Siem Reap Filipina, Manila Filipina, Angkor Golf Resort The Riviera Golf Club Sherwood Hills Golf Club Eagle Ridge Golf & Country Club Sebarang pembatalan yang dibuat 3 hari bekerja* atau kurang, sebelum masa yang ditempah akan menjadikan Ahli Kad CIMB tertakluk kepada caj berikut:- d. 3 hari bekerja sebelum tee-off USD25 setiap perubahan e. 2 hari bekerja atau kurang, tidak datang atau datang lewat sebelum tee-off 100% daripada jumlah caj golf** f. Perubahan tarikh dalam tempoh pembatalan dianggap pembatalan dan penalti akan dikenakan seperti di atas. ** Jumlah kos termasuk bayaran bugi dan bayaran kedi. Sebarang pembatalan yang dibuat 3 hari bekerja* atau kurang, sebelum masa yang ditempah akan menjadikan Ahli Kad CIMB tertakluk kepada caj Muka surat 8

Negara / Cavite Vietnam, Danang Vietnam, Hanoi Kelab Golf Sky Lake Resort & Golf Club Montgomerie Links Laguna Lang Co Golf Club berikut:- Dasar Pembatalan / Penjadualan Semula a. 3 hari bekerja sebelum tee-off PHP 1200 setiap perubahan b. 2 hari bekerja atau kurang, tidak datang atau datang lewat sebelum tee-off 100% daripada jumlah caj golf** c. Perubahan tarikh dalam tempoh pembatalan dianggap pembatalan dan penalti akan dikenakan seperti di atas. **Jumlah kos termasuk bayaran bugi dan bayaran kedi. Sebarang pembatalan yang dibuat 3 hari bekerja* atau kurang, sebelum masa yang ditempah akan menjadikan Ahli Kad CIMB tertakluk kepada caj berikut:- a. 3 hari bekerja sebelum tee-off USD25 setiap perubahan b. 2 hari bekerja atau kurang sebelum tee-off 100% daripada jumlah caj golf** c. Perubahan tarikh dalam tempoh pembatalan akan dianggap pembatalan dan penalti akan dikenakan seperti di atas. **Jumlah kos termasuk bayaran bugi dan bayaran kedi. Sebarang pembatalan yang dibuat 5 hari bekerja* atau kurang, sebelum masa yang ditempah akan menjadikan Ahli Kad CIMB tertakluk kepada caj berikut:- a. 5 hari bekerja sebelum tee-off VND 562,500 Muka surat 9

Negara / Kelab Golf Dasar Pembatalan / Penjadualan Semula setiap perubahan b. 4 hari bekerja sebelum tee-off 50% daripada jumlah caj golf** c. 3 hari bekerja atau kurang sebelum tee off 100% daripada jumlah caj golf** d. Perubahan tarikh dalam tempoh pembatalan dianggap pembatalan dan penalti akan dikenakan seperti di atas. ** Jumlah kos termasuk bayaran bugi and dan bayaran kedi. Muka surat 10