UTMSPACE GLOBAL OUTREACH PROGRAMME 2015 MELBOURNE, AUSTRALIA Tarikh 13 Januari 2015, seramai 20 orang staf UTMSPACE telah berlepas ke Melbourne, Victoria, Australia. Mereka mewakili UTMSPACE dalam program UTMSPACE Global Outreach Programme 2015 Melbourne, Australia. Peserta program telah berlepas dari lapangan terbang Kuala Lumpur II pada pukul 1.30 petang. Deakin University Perjalanan udara mengambil masa 8 jam untuk tiba ke destinasi. Para peserta program telah mendarat di lapangan terbang Tullamarine, Melbourne jam 12.10 pagi (waktu Australia). Peserta terus dibawa ke hotel untuk berehat. Keesokan pagi (14 Januari 2015), rombongan peserta di bawa ke Daekin University Australia (Burwood Campus). Ms Gretchen selaku penyambut tetamu di universiti tersebut terus membawa semua peserta ke bilik mesyuarat untuk sesi bertukar pandangan dan pendapat. Selepas itu, para peserta di bawa melawat ke seluruh kawasan Deakin University Australia. Jam 10 pagi (waktu Australia) tarikh 17 Januari 2015, para peserta telah berkumpul semula di lapangan terbang Tullamarine untuk bertolak pulang ke tanah air. Para peserta telah selamat mendarat semula di lapangan terbang Kuala Lumpur II pada jam 3.30 petang (waktu Malaysia). Maru Koala and Animal Park Panny s Chocolate Factory Restoran Nelayan Cape Woolamai Beach Churchill Island
PENDAFTARAN MAHASISWA BAHARU PENGAMBILAN FEBRUARI 2015 UTMSPACE telah mengadakan sesi pendaftaran mahasiswa baharu yang pertama untuk tahun 2015 pada 7 Februari 2015 (Sabtu). Sesi pendaftaran tersebut telah diadakan di Bangunan N24, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Jumlah calon yang berjaya ditawarkan untuk menyambung pelajaran di UTMSPACE adalah seramai 803 orang. Pada hari pendaftaran, seramai 503 orang mahasiswa yang telah datang mendaftar. Mahasiswa dari seluruh Malaysia berkumpul di UTM Skudai untuk memeriahkan lagi hari pendaftaran mahasiswa baru UTMSPACE. Mereka kelihatan sangat bersemangat untuk memulakan pengajian Program Sarjana Muda Separuh Masa UTMSPACE bagi sesi Februari 2014 / 2015. Seramai 13 mahasiswa lepasan Program Diploma Separuh Masa telah berjaya menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda Separuh Masa UTMSPACE bagi pengambilan kali ini. Ini adalah satu langkah positif dan pengurusan yang cemerlang daripada UTMSPACE. Sesi pembelajaran bermula pada 27 Februari 2015. UTMSPACE ingin mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa. Semoga terus mencipta kejayaan demi masa depan yang cemerlang. Tahniah! LAWATAN PRESIDEN DAN DEKAN Dari Sahmyook Health University College, Korea Pada 2 Februari 2015, Presiden Prof. Kim Gwang-Yu dan Dekan, Prof. Park Joo Hee dari Sahmyook Health University College (SHUC) telah mengadakan lawatan dan perbincangan di UTMSPACE dan UTM. Mereka turut melawat makmal Institute of Bioproduct Development (IBD) dan Hospital Penawar, Pasir Gudang. Tujuan lawatan adalah untuk meninjau peluang kerjasama yang boleh diwujudkan untuk STAR Oversea Employment Project mereka.
MAJLIS PENGHARGAAN Pada 29 Januari 2015, UTMSPACE telah mengadakan Majlis Penghargaan bagi menghargai jasa di atas perkhidmatan Prof. Dr. Khairul Anuar bin Abdullah, Pengarah Urusan/Dekan dan Prof. Yunus, Pengarah PPSM yang berakhir di UTMSPACE pada 31 Januari 2015. Perkhidmatan Prof. Dr. Khairul Anuar bin Abdullah bermula di UTMSPACE pada 1 November 2008 sebagai Timbalan Dekan (Pembangunan) dan seterusnya telah dilantik oleh Universiti sebagai Dekan pada 1 April 2009. Selepas pengkorporatan, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan/Dekan mulai 1 Februari 2011 hingga 31 Januari 2015. Bagi Prof. Madya Sr. Dr. Mohd beliau memulakan perkhidmatan di UTMSPACE sebagai Ketua Unit Program Eksekutif pada 1 Januari 2009. Seterusnya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Dekan (Akademik) pada 1 Mac 2009 dan sebagai Pengarah PPSM pada 1 Februari 2011 iaitu selepas pengkorporatan. UTMSPACE mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan keduadua mantan pengurusan tertinggi ini. Semua sumbangan dan pengorbanan yang diberikan kepada pihak syarikat akan diingati sampai bila-bila. UTMSPACE berharap agar mereka akan terus kekal cemerlang pada masa hadapan.
PEMILIHAN JAWATANKUASA 2015/2017 & MESYUARAT AGUNG KESUKEB UTMSPACE JOHOR Pada 28 Februari 2015, UTMSPACE cawangan Johor Bahru telah mengadakan mesyuarat agung KESUKEB dan pemilihan jawatankuasa baru bagi penggal 2015/2017. Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Seminar, UTMSPACE Johor. Semua staf UTMSPACE Johor dan ahli jawatankuasa KESUKEB 2013/2015 hadir dan membincangkan perkara berbangkit. Pemilihan jawatankuasa KESUKEB 2015 / 2017 adalah seperti berikut : Pengerusi EN. NORHAIZAL BIN RAMLEY Setiausaha CIK MASHANIDA BT MOHAMAD MAZALAN Penolong Setiausaha PN. NUR FADHILAH BT MD SALLEH Bendahari PN. NURUL NADIA BT AZEHA Penolong Bendahari PN. SUZELAWATI BT DJONI @ JOHAN Biro EN. AMIRUL HUSNI BIN SHAARIN EN. AHMAD TARMIZI BIN JAAFAR EN. MOHD ROSLYZAM BIN ABD RAFI EN. FAHMIE BIN YAZID PN. NORFARHAWA BT KHAIRI SIDANG RIDAKSI EDITOR Farhan Khair bin Fawazul Khair GRAFIK Maria Ahmad FOTOGRAFI Syed Muhammad Hilmi bin Syed Yahya
Program Pembangunan Profesional 2015 (Reg. No. 0902) UTMSPACE adalah Penyedia Latihan di bawah PSMB KURSUS DALAMAN boleh direka khas mengikut keperluan organisasi BIL TAJUK KURSUS TARIKH TEMPAT 1. CLOSE PROTECTION OFFICER TRAINING FOR VIP PROTECTION TECHNIQUES 15 22 FEB 2015 UTM JOHOR BAHRU 2. KURSUS ASAS APLIKASI AUTOCAD 2D & 3D 23 25 MAC 2015 UTMSPACE KUALA LUMPUR 3. PENGENDALIAN MESYUARAT & PENULISAN MINIT YANG BERKESAN 30 31 MAC 2015 4. BENGKEL PENULISAN LAPORAN & KERTAS KERJA 1 2 APRIL 2015 5. NOTE TAKING FOR EVERYONE 4 5 MEI 2015 6. PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN DALAM PERLAKSANAAN PROJEK PEMBINAAN 11 12 MEI 2015 7. SAFETY ENVIRONMENT 24 25 OGOS 2015 8. SEMINAR SETIAUSAHA SUPER Menjana Minda Setiausaha Berkarisma 25 27 OGOS 2015 HOTEL PREMIERA, KUALA LUMPUR 9. ASPEK BAHASA DALAM PENULISAN SURAT RASMI 28 29 SEPT 2015 10. KURSUS PENYEDIAAN TENDER & SEBUT HARGA KERJA BANGUNAN 29 30 SEPT 2015 PULAU PINANG 11. SCIENTIFIC VISUALISATION USING VTK 12 13 OKT 2015 UTM JOHOR BAHRU 12. PENGENALAN KEPADA PENULISAN RINTAS (TULISAN RINGKAS) 28 29 OKT 2015 HOTEL PREMIERA, KUALA LUMPUR 13. UKUR BAHAN UNTUK BUKAN JURUKUR BAHAN 3 4 NOV 2015 MELAKA 14. 15. TRANSFORMASI KETERAMPILAN DIRI TOUCH-TYPING WITH 10 FINGERS 4 5 NOV 2015 7 8 DIS 2015 MAKMAL KOMPUTER, UTMSPACE KUALA LUMPUR www.utmspace.edu.my maizatul@utmspace.edu.my / khalidi@utmspace.edu.my Johor Bahru : 07-521 2000 / 5166 / 8164 / En. Khalidi @ Pn. Maizatul 012-745 6818